kursus pembangunan sahsiah

10
PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252 TAJUK PROGRAM EXPERIENTIAL KURSUS PEMBANGUNAN SAHSIAH (KUMPULAN Q) KOD KURSUS : KKD 2063 LAPORAN INDIVIDU NAMA : DAYANGKU FARAH AZEILA BT AWANG MOHAMMAT NO MATRIK : D20142069252 SEMESTER : SEMESTER 1 2014/2015 NAMA PENSYARAH : DR. CHE ANNUAR B CHE ABDULLAH 1

Upload: farahmohammat

Post on 16-Aug-2015

141 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

TAJUK

PROGRAM EXPERIENTIAL

KURSUS

PEMBANGUNAN SAHSIAH (KUMPULAN Q)

KOD KURSUS :

KKD 2063

LAPORAN INDIVIDU

NAMA : DAYANGKU FARAH AZEILA BT AWANG MOHAMMAT

NO MATRIK : D20142069252

SEMESTER : SEMESTER 1 2014/2015

NAMA PENSYARAH : DR. CHE ANNUAR B CHE ABDULLAH

FAKULTI : FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

1

Page 2: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

1.0 PENGENALAN

Program Pembelajaran Experiential ini adalah merupakan satu program yang dibina untuk

mewujudkan suasana pembelajaran pengalaman terus. Program ini membantu peserta

memahami lebih banyak tentang diri mereka serta bekerja sebagai seorang anggota pasukan

dan memperbaiki keyakinan diri serta membina kepercayaan di antara rakan kerja. Peserta

akan memperolehi kemahiran kepimpinan serta kemahiran bekerja secara berkumpulan dan

membolehkan mereka berdikari di tempat kerja. Peserta juga diajar bahawa dalam hidup,

mereka sentiasa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Peserta akan menjalankan tugasan dan

aktiviti yang akan membawa mereka melalui pelbagai tahap sehingga berjaya untuk

berdikari.

Program ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 27 Mac 2015 (Jumaat) dan 28 Mac 2015

(Sabtu) yang dijalankan di Dewan Besar, Kampus Sultan Azlan Shah dan dilaksanakan oleh

Dr Che Anuar Che Abdullah dan beberapa orang fasilitator yang berpengalaman telah

terlibat. Pada hari Jumaat, program bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam

11.00 malam. Aktiviti hanya berjalan di dalam dewan sahaja. Terdapat pelbagai aktiviti yang

telah dijalankan. Selain daripada itu, pelajar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan

iaitu sebanyak 6 kumpulan. Kami juga membuat beberapa aktiviti yang meningkatkan

semangat kami. Setelah program ini selesai, kami dibenarkan pulang dan diberikan makanan.

Bagi program pada hari Sabtu pula, bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam

6.30 petang. Program bermula dengan senamtari dan kemudiannya kami dibahagikan kepada

beberapa kumpulan untuk program seterusnya iaitu “Kembara Minda”, selepas itu sarapan

pagi. Setelah selesai sarapan pagi, kami mula bergerak untuk meneruskan aktiviti kami.

Aktiviti seterusnya, kami lakukan di kawasan Pekan Tanjung Malim dimana kerja amal yang

kami lakukan ialah aktiviti penanaman pokok bunga Ros Jepun. Seterusnya, kami

dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan tugasan masing-masing seperti

menanam, mencabut rumput, meletakkan nama pada bunga dan memotong rumput. Hasil

yang kami perolehi daripada aktiviti ini kami mendapat sedikit sumbangan dan diberikan 3

bakul pokok bunga Ros Jepun. Hasil daripada kutipan setiap kumpulan akan disumbangkan

kepada anak-anak yatim dan mangsa banjir.

2

Page 3: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

1.0 OBJEKTIF

Objektif utama program ini ialah untuk :

Mengetahui peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai

kecemerlangan dalam pasukan.

Melatih diri untuk berfikiran kreatif dan positif dalam menangani isu-isu yang berlaku

dalam pasukan dengan berkesan.

Meningkatkan keyakinan untuk berkomunikasi dengan rakan sepasukan dan

terutamanya dengan masyarakat di luar sana.

Mencapai satu tahap sinergi yang lebih tinggi dalam pasukan.

Menanam nilai murni serta akhlak yang mulia dalam diri pelajar apabila berhadapan

dengan pelbagai cabaran dalam pelbagai bidang.

2.0 LAPORAN REFLEKSI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI

2.1 KEKUATAN DIRI

Program ini memberi impak yang positif dalam diri dan rakan sepasukan yang lain. Saya

dapat merasakan bahawa program seperti ini memupuk nilai bekerjasama antara setiap ahli

kumpulan serta komunikasi yang baik dalam kumpulan dapat meyarankan ahli pasukan untuk

menyatakan idea dan pendapat. Sebagai contoh, aktiviti kembara minda ini dimana saya

dengan ahli kumpulan yang lain melakukan aktiviti penanaman pokok bunga Jepun bersama-

sama untuk mengumpul dana bagi mereka yang memerlukan. Selain itu, program ini juga

mengajar saya untuk terus berusaha demi mencapai matlamat kerana apabila menjadi seorang

guru nanti dapat melatih diri agar sentiasa berusaha sedaya upaya dalam mendidik dan

menbentuk seorang pelajar agar menjadi seorang yang berguna dan sabar dalam menghadapi

pelbagai cabaran yang akan datang.

2.2 KELEMAHAN DIRI

Melalui program ini, saya menyedari kelemahan yang saya hadapi. Antaranya ialah

komunikasi dengan ahli kumpulan serta orang awam masih kurang disebabkan setiap ahli

kumpulan baru kenal pada hari program maka komunikasi yang berlaku agak kurang

sehingga menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak jelas kepada ahli-ahli yang

lain. Selain itu, saya mendapati saya kurang menepati masa sewaktu program dijalankan.

3

Page 4: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

Sikap seperti ini perlu diubah kerana sebagai seorang guru kita perlu menepati masa

terutamanya apabila masuk sesi pengajaran dan pembelajaran agar dapat menghabiskan

pembelajaran dengan teratur dan efisien.

3.0 PELAN TINDAKAN KENDIRI

Tindakan pertama yang saya akan ambil untuk memperbaiki kelemahan diri ialah dari segi

komunikasi dengan orang sekeliling iaitu sentiasa berani untuk berhadapan atau memberi

pendapat agar apabila menjadi seorang guru nanti dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang menarik dan harmonis sekiranya guru tersebut bijak dalam berkomunikasi terhadap

pelajarnya.

Disamping itu, perancangan juga amat penting sebelum melakukan sesuatu aktiviti kerana

setiap aktiviti perlu diselaraskan dengan input kemahiran dan objektif agar aktiviti dapat

berjalan dengan lancar. Kejayaan sesuatu program atau aktiviti itu bergantung kepada

keberhasilan perancangan yang telah dibuat. Jika perancangan dibuat dengan teratur dan

perbincangan bersama ahli kumpulan maka ia akan membuahkan hasil yang boleh

memuaskan hati kita.

Tambahan pula, melalui program ini saya dapat mempelajari kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif. Sebagai contoh, aktiviti di mana kumpulan kami ditugaskan untuk

memperagakan sesuatu kenderaan mengikut kreativiti masing-masing. Dari situ, dapat

melatih kita untuk berfikir secara kreatif dan kritis.

4.0 REFLEKSI KENDIRI

Program Pembelajaran Experiential yang dijalankan ini berjalan dengan lancar. Apa yang

saya dapat lihat, melalui program seperti ini perubahan positif dan nilai murni yang saya

dapati saya amalkan dalam kehidupan seharian. Pertama sekali ialah perancangan masa yang

sistematik iaitu menyiapkan sesuatu kerja itu tepat pada masanya. Sebagai contoh, sesi

perkenalan dengan ahli kumpulan yang lain kami diberi masa yang sedikit untuk mencari

maklumat yang berkaitan mengenai ahli kumpulan tersebut.

Seterusnya, semangant kerjasama semangat kerjasama dalam berkumpulan dan menyedari

bahawa sesuatu perbincangan amat diperlukan dalam sesebuah kumpulan. Saya berasa yakin

semula pada diri sendiri apabila melalkukan sesuatu. Berikutnya, bagi aktiviti kumpulan,

cabaran dan halangan yang kami tempuhi semasa aktiviti dijalankan memberikan impak

4

Page 5: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

positif di mana kami bersatu hati dan jiwa melaluinya walaupun baru sahaja berkenalan.

Kami melakukan kerja bersama-sama tanpa mengira kaum. Akhir sekali, saya merasakan

bahawa program ini juga telah mengajar saya untuk lebih berani terutama semasa bercakap

dengan orang lain. Sekiranya saya tidak berani untuk bersuara, saya mungkin akan

ketinggalan dalam semua perkara. Kesimpulannya, program ini banyak membentuk nilai

mahmudah dalam diri saya.

5.0 PENAMBAHBAIKAN PROGRAM

Terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu di ketahui oleh pihak pengurusan program

ialah dari segi masa apabila sesuatu program itu tamat terlalu lambat iaitu pada jam 11.00

malam hal ini kerana perkhidmatan bas pada waktu itu sukar untuk dapat walaupun jarak

kolej dan dewan besar tidak jauh. Selain itu, dari segi aktiviti saya berharap agar pihak

pengurusan dapat menyediakan aktiviti yang lebih menguji minda atau mencabar agar dapat

meningkatkan komitmen seseorang yang bakal menjadi guru apabila menghadapi cabaran di

luar sana.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, program seperti ini dapat menerapkan nilai-nilai Bitara Upsi di dalam diri

setiap pelajar. Antara nilai bitara yang terdapat ialah berintegriti, professional, semangat

berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif

dapat dipupuk dalam diri pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu aktiviti dijalankan.

Saya mengharapkan agar memperbanyakkan program seperti ini sebagai persiapan kepada

setiap pelajar yang bakal menjadi seorang pendidik kepada anak bangsa nanti. Saya dapati

setiap aktiviti yang terdapat di dalam program ini terdapat input-input positif yang boleh kita

praktikan dalam kehidupan seharian dan kongsikan kepada orang lain. Program seperti ini

menambahkan semangat saya untuk terus berusaha dalam mengahadapi cabaran yang datang

kerana setiapnya merupakan pengalaman yang boleh membentuk kita menjadi seorang guru

yang mempunyai sahsiah yang unggul dengan pegangan moral yang tinggi pada masa akan

datang. Jelas menunjukkan banyak perkara positif yang saya dapat melalui program seperti

ini dan diteruskan kepada generasi akan datang dengan penyediaan pelbagai aktiviti yang

lebih mencabar setanding dengan profesion seorang guru.

5

Page 6: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

8.0 LAMPIRAN

Aktiviti pada 27 Mac 2015 : Senamtari

6

Page 7: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

Aktiviti pada 28 Mac 2015 : Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

7

Page 8: Kursus pembangunan sahsiah

PROGRAMEXPERIENTIAL D20142069252

8