laporan ahli jawatan kuasa peralatan bagi bina insan guru fasa iii

3
LAPORAN AHLI JAWATAN KUASA PERALATAN BAGI BINA INSAN GURU FASA III TARIKH : 12 APRIL 2014 TEMPAT : ZOO NEGARA MALAYSIA PESERTA : 21 ORANG/ KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2014 PROGRAM : KHIDMAT MASYARAKAT Pada 23 Mac 2015 kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 telah diarahkan oleh Unit Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPG KBM) untuk melaksanakan Bina Insan Guru (BIG) Fasa III yang bertemakan Khidmat Masyarakat. Aktiviti BIG pada kali ini lebih memberi fokus kepada pereratan hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia amnya dan antara pelajar-pelajar kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 khasnya. Oleh itu setelah mendapat arahan tersebut Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 telah bertindak dengan mengadakan satu mesyuarat untuk menetapkan aktiviti yang sesuai dilaksanakan selaras dengan tema dan fokus BIG pada kali ini. Atas persetujuan bersama keputusan untuk mengadakan khidmat masyarakat di Zoo Negara Malaysia pada 12 April 2015 telah ditetapkan dan pelantikan Ahli Jawatan Kuasa telah berjalan dengan lancar. Saya Louis Pulong, Asyraf Safwan Bin Ahmad Zukri dan Hanson Ang Ping Ting telah dilantik sebagai AJK Peralatan. Sebagai AJK peralatan kami telah berbincang dengan rakan sekelas dan menghubungi Pihak Zoo untuk mendapatkan makluman peralatan apa yang sesuai digunakan semasa aktiviti khidmat masyarakat nanti. Pihak Zoo telah menyatakan bahawa kami hanya perlu menyediakan bekalan makanan dan bagi alat-alat pembersih, Pihak Zoo akan sediakan. Oleh itu kami hanya perlu memohon

Upload: hanson-ang-ping-ting

Post on 11-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

AJK

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ahli Jawatan Kuasa Peralatan Bagi Bina Insan Guru Fasa III

LAPORAN AHLI JAWATAN KUASA PERALATAN BAGI BINA INSAN GURU FASA III

TARIKH : 12 APRIL 2014

TEMPAT : ZOO NEGARA MALAYSIA

PESERTA : 21 ORANG/ KUMPULAN PISMP AMBILAN JANUARI 2014

PROGRAM : KHIDMAT MASYARAKAT

Pada 23 Mac 2015 kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 telah diarahkan oleh Unit

Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPG KBM) untuk melaksanakan

Bina Insan Guru (BIG) Fasa III yang bertemakan Khidmat Masyarakat. Aktiviti BIG pada kali ini

lebih memberi fokus kepada pereratan hubungan silaturahim antara rakyat Malaysia amnya dan

antara pelajar-pelajar kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 khasnya. Oleh itu setelah

mendapat arahan tersebut Kumpulan PISMP Ambilan Januari 2014 telah bertindak dengan

mengadakan satu mesyuarat untuk menetapkan aktiviti yang sesuai dilaksanakan selaras

dengan tema dan fokus BIG pada kali ini. Atas persetujuan bersama keputusan untuk

mengadakan khidmat masyarakat di Zoo Negara Malaysia pada 12 April 2015 telah ditetapkan

dan pelantikan Ahli Jawatan Kuasa telah berjalan dengan lancar.

Saya Louis Pulong, Asyraf Safwan Bin Ahmad Zukri dan Hanson Ang Ping Ting telah

dilantik sebagai AJK Peralatan. Sebagai AJK peralatan kami telah berbincang dengan rakan

sekelas dan menghubungi Pihak Zoo untuk mendapatkan makluman peralatan apa yang sesuai

digunakan semasa aktiviti khidmat masyarakat nanti. Pihak Zoo telah menyatakan bahawa kami

hanya perlu menyediakan bekalan makanan dan bagi alat-alat pembersih, Pihak Zoo akan

sediakan. Oleh itu kami hanya perlu memohon bekalan makanan dan minuman di Stor Bekalan

IPG KBM yang perlu dibawa ke Zoo nanti. Antara bahan makanan dan minuman yang dimohon

di Stor Bekalan IPG KBM ialah dua katen minuman hundred plus, satu katen mineral water dan

dua tin biskut Jacobs. Namun begitu, pada masa yang sama Stor Bekalan IPG KBM telah

kehabisan senarai stok yang kami perlukan. Oleh itu kami telah menetapkan untuk membeli

sendiri bekalan yang kami perlukan itu menggunakan duit kelas. Akhirnya masalah kami

berjaya diselesaikan sebelum BIG ini dilaksanakan.

Semasa hari kejadian iaitu 12 April 2015 kami AJK peralatan hanya membawa bekalan

minuman sahaja ke Zoo Negara Malaysia. Alat-alat pembersih yang kami perlukan telah

Page 2: Laporan Ahli Jawatan Kuasa Peralatan Bagi Bina Insan Guru Fasa III

disediakan oleh pihak Zoo seperti yang mereka nyatakan. Sebelum kerja-kerja membersih

dilakukan, kami telah dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan

dengan peralatan pembersih yang sesuai mengikut kerja-kerja yang bakal dilakukan. Antara

peralatan yang disediakan oleh pihak Zoo ialah penyapu, penyedok sampah, penyapu lidi,

pecakar daun-daun kering, kereta sorong dan sebagainya.. Sebelum berpisah mengikut

kumpulan masing-masing untuk memulakan khidmat masyarakat, AJK peralatan telah

membekalkan setiap perserta sebotol minuman. Semua peserta mendapat sebotol minuman

coke dan bersedia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, setiap kumpulan telah memulangkan kembali

peralatan-peralatan yang dipinjamkan oleh pihak Zoo. Kami berpuas hati dengan peralatan

yang pihak Zoo sediakan kerana disamping mencukupi peralatan-peralatan ini juga selesa

untuk digunakan. Tidak terdapat sebarang masalah yang dihadapi oleh AJK peralatan kerana

peralatan disediakan oleh pihak Zoo, tetapi kami berharap agar peralatan-peralatan

pembersihan lebih dipelbagaikan lagi pada masa hadapan.

Disediakan Oleh

_______________________________________

( )

AJK PERALATAN BIG FASA III