kumpulan 3 edu 3093

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH. - EDU 3093 - GURU DAN CABARAN SEMASA Nama Pensyarah: Tuan Haji Mohd Nazri bin Wan Senik TAJUK 4 : Bincangkan dan senaraikan tingkah laku tingkah laku yang TIDAK harus dilakukan berdasarkan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002).

Upload: aqiis

Post on 11-Jan-2016

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU 3093

TRANSCRIPT

Page 1: Kumpulan 3 Edu 3093

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS

DARULAMAN 06000 JITRA KEDAH.

- EDU 3093 -GURU DAN CABARAN SEMASA

Nama Pensyarah:Tuan Haji Mohd Nazri bin

Wan Senik

TAJUK 4 : Bincangkan dan senaraikan tingkah laku – tingkah laku yang TIDAK harus dilakukan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib)

1993 (Pindaan 2002).

Page 2: Kumpulan 3 Edu 3093

Disediakan oleh:

NOOR SUFIDAH BT MUBIN

MOHAMAD TAJUL ARIF BIN MOHD RANI

NUR NADIAH BINTI GHANI

Page 3: Kumpulan 3 Edu 3093

PENGENALAN…

Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.

Oleh yang demikian, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada tahun 2002.

Di samping itu, Akta Pendidikan 1996 juga harus diperhalusi dengan teliti demi menjayakan matlamat pendidikan negara.

Page 4: Kumpulan 3 Edu 3093

PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN 2002)

Berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.

Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).

Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapat dijadikan panduan kepada orang lain.

Page 5: Kumpulan 3 Edu 3093

RASIONAL

Melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.Meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri.Menjaga imej perkhidmatan awam.Pegawai yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.

Bertujuan untuk memastikan pegawai awam :

Page 6: Kumpulan 3 Edu 3093

Bincangkan dan senaraikan tingkah laku – tingkah laku yang

TIDAK harus dilakukan berdasarkan Peraturan-Peraturan

Pegawai Awam (kelakuan dan tatatertib) 1993 (Pindaan 2002).

Page 7: Kumpulan 3 Edu 3093

Peraturan 4(1):

Seorang penjawat awam guru hendaklah sentiasa memberikan kesetiaan kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan. Hal ini bermaksud, seseorang

penjawat awam mestilah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara dan patuh pada undang-undang serta berusaha berbakti kepada negara.

Adalah menjadi kesalahan atau ditegah untuk seseorang itu bersubahat dengan musuh negara, membocorkan rahsia negara, memperkecil dasar serta tindakan kerajaan atau berlakon dalam filem yang memburuk-burukkan negara.

Page 8: Kumpulan 3 Edu 3093

Peraturan 4(2):

1. Seorang penjawat awam tidak boleh membelakangkan tugasnya demi kepentingan peribadi.

2. Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kepentingan awam.

3. Seseorang pegawai juga tidak boleh menggunakan kedudukannya bagi kepentingan diri sendiri.

4. Penjawat awam perlu menjaga nama baik profesion. Penjawat awam tidak boleh berkelakuan yang boleh mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.

Page 9: Kumpulan 3 Edu 3093

5. Penjawat awam mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Seorang pegawai dilarang sama sekali menghasut rakan-rakan yang lain dalam menjalankan tugas atau mengambil cuti pada saat perkhidmatan diperlukan.

6. Penjawat awam tidak boleh menggunakan pengaruh atau memajukan sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain.

7. Penjawat awam juga mesti sentiasa melaksanakan apa yang disuruh (tidak ingkar perintah) serta perlu tekun (tidak cuai) dalam melaksanakan tanggungjawab.

Page 10: Kumpulan 3 Edu 3093

TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI (MUTLAK)

Page 11: Kumpulan 3 Edu 3093

Sebagai kesimpulannya, peningkatan martabat profesion keguruan sebagaimana

yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap

banyak pihak khususnya KPM, institusi-institusi yang berkaitan serta individu yang

terlibat dalam proses pendidikan. Pelaksanaan Peraturan pegawai Awam dan Akta Pendidikan 1996 merupakan antara usaha berterusan dan perlu dihayati agar dapat menyempurnakan Wawasan negara

Malaysia.

KESIMPULAN