kumpulan 3

Upload: asmidah

Post on 07-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahan modul

TRANSCRIPT

KUMPULAN 3Ahli kumpulan :1. PN JUWAIRIAH BINTI MOHAMED SMK SUNGAI RAMBAI2. PN ROZILA BT RAHMAT SMKA SULTAN MUHAMMAD3. PN ONG SIEW SIEW SMK PEREMPUAN METHODIS4. PN WAN NORSUHADA BT ABD JALIL SMK SERI TANJUNGSOALAN KERTAS 2TAJUK : JADUAL BERKALA (TINGKATAN 4)

Klorin ialah bahan kimia yang sering digunakan untuk merawat air kolam renang dan jakuzi. Air klorin yang dituang ke dalam air bercerai kepada banyak bahan kimia yang berbeza, termasuk asid hipoklorus (HOCl) dan ion hipoklorit (OCl-). Kedua-dua ini membunuh mikroorganisma dengan menyerang lipid pada dinding sel dan memusnahkan enzim dan struktur dalam sel, menjadikan mereka teroksida dan tidak merbahaya. Gambar rajah di bawah menunjukkan pewakilan piawai bagi dua halogen:

a) Mengapa klorin dipilih untuk merawat air kolam berbanding fluorin.

___________________________________________________________________________( 1 markah )

b) Nyatakan kedudukan unsur klorin dalam Jadual Berkala Unsur

___________________________________________________________________________( 1 markah )c) Adakah unsur Fluorin dan Klorin mempunyai sifat kimia yang sama. Terangkan

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________( 2 markah )

d) Tuliskan persamaan kimia antara klorin dan air

___________________________________________________________________________( 2 markah )e) Bagaimanakah kereaktifan fluorin dan klorin berbeza. Terangkan.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(2 markah )f) Terangkan satu ujian untuk mengesahkan sifat pelunturan klorin.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

( 2 markah )

Skema Jawapan:BilJawapanMarkah

(a)Fluorin berada dalam bentuk gas pada suhu bilik manakala klorin dalam bentuk cecair.1

(b)Kumpulan 17Kala ke -311

(c)YaAtom fluorin and klorin mempunyai bilangan electron valens yang sama.11

(d)Cl2 (g) + H2O (l) HCl (aq) + HOCl (aq)1

(e)Fluorin lebih reaktif daripada klorin.Saiz atom fluorin lebih kecil daripada atom klorin. maka daya tarikan antara nucleus dan electron valens lebih kuat dalam atom fluorin. 11

(f)Rendam sekeping kertas litmus biru ke dalam larutan yang mengandungi air klorin. Kertas litmus biru bertukar ke merah dan kemudian menjadi putih.1

1

Jumlah10

Kekuatan dan kelemahan semasa kumpulan 3 menjalankan eksperimen.Kekuatan1. Boleh merancang eksperimen dengan baik iaitu dapat menyatakan:i. Tujuanii. Pernyataan masalahiii. Hipotesisiv. Menyatakan pemboleh ubahv. Boleh merekod data dengan format yang betul

2. Mengikut prosedur yang betul dalam mengendalikan alat radas dan bahan kimia semasa menjalankan eksperimen/ penyiasatan.3. Mentafsir dan membuat kesimpulan Boleh mempamerkan bentuk komunikasi yang sesuai Menulis persamaan kimia yang seimbang Bina carta/ gambarajah berfungsi4. Sikap saintifik dan nilai murni Menunjukkan sikap dan etika sebagai seorang guru sains yang baik.

KelemahanEksperimen 11. Larutan asid dan alkali tidak dibiarkan seketika ( 3-5 minit ) sebelum bacaan suhu diambil.Eksperimen 21. Tidak menutup lubang udara sebelum menyalakan penunu bunsen.2. Bacaan suhu tidak diambil dalam kelalang kon tetapi dari bikar.Eksperimen 31. Isipadu larutan garam tidak disukat menggunakan silinder penyukat.