pembentangan laskar pelangi kumpulan 3

47
Kumpulan 3: 1.NOR MASRINA BINTI MASRI D20111047497 2.NOOR FADHILAH BINTI AB AZIZ D20111047510 3.MOHAMAD RASHIDI BIN SHA'ARI D20111047574 4.AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN D20111047575 5.SITI HASLIANA BINTI HASBOLLAH D20111047578 6.NURUL FILZAH AIFFAH BINTI MOHAMAD NOR D20111047579 7.NURUL HASHIKIN BINTI IRAHIM D20111047581

Upload: rashidi-shaari

Post on 23-Jan-2017

306 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Kumpulan 3:

1.NOR MASRINA BINTI MASRI D20111047497 2.NOOR FADHILAH BINTI AB AZIZ D201110475103.MOHAMAD RASHIDI BIN SHA'ARI D201110475744.AHMAD GADDAFIE BIN SABRIL AMAN D20111047575 5.SITI HASLIANA BINTI HASBOLLAH D20111047578 6.NURUL FILZAH AIFFAH BINTI MOHAMAD NOR D20111047579 7.NURUL HASHIKIN BINTI IRAHIM D20111047581

Oleh :Andrea Hinata

Lahir di Pulau Belitung pada 24 Oktober 1982.

Kelulusan daripada Universiti Indonesia dalam bidang Ekonomi.

Mendapat tawaran menyambung Ijazah Sarjana dalam bidang Sains di Université de Paris, Sorbonne, Perancis dan Sheffield Hallam University, United Kingdom.

Mula timbul untuk menulis novel Laskar Pelangi apabila beliau menjadi sukarelawan dalam tragedi Tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2004

Dengan dorongan daripada guru beliau iaitu Bu Mus, beliau berjaya menghasilkan novel Laskar Pelangi ini dalam tempoh 3 minggu sahaja.

• Karya Andrea Hirata• Mengisahkan mengenai 10 orang pelajar

sekolah Muhamaddiyah, Belitong. • Mereka digelar Laskar Pelangi oleh guru Bu

Muslimah kerana minat kepada pelangi. • Menceritakan mengenai liku-liku 10 orang

pelajar tersebut sepanjang mereka di sekolah

• Dianggap sebagai karya agung kerana digarap dengan mempunyai unsur sastera dan dan nilai-nilainya yang tersendiri.

Pemikiran bermula dengan idea, yang kemudiannya dimatangkan oleh pengarang menjadi subjek, akhirnya menjadi buah-buah fikiran yang bernas dan signifikan.

Secara umumnya, pemikiran merupakan idea atau mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca atau penonton.

• Laskar Pelangi mengisahkan mengenai sepuluh orang kanak-kanak yang mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar.

• Kisah ini berlaku di Kampung Gantung, Belitung Timur.

• Kisah ini bermula ketika sekolah SD Muhammadiyah iaitu merupakan sekolah agama tertua yang akan dirobohkan sekiranya jumlah pelajar di sekolah tidak mencukupi 10 orang atau lebih.

• Idea utama dalam novel “Laskar Pelangi” ini ialah mengenai pendidikan.

• Penduduk di kawasan ini tiada pendedahan mengenai kepentingan pendidikan.

• Mereka beranggapan bahawa walau belajar setinggi manapun akhirnya akan tetap menjadi kuli.

• Hanya terdapat segelintir penduduk sahaja yang mementingkan pendidikan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

• Pengarang turut menceritakan mengenai kisah persahabatan yang erat antara anggota ‘Laskar Pelangi’.

• Laskar Pelangi- nama yang diberikan oleh guru mereka iaitu Bu Muslimah.

• Mereka akan membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang daripada mereka mengalami masalah.

• Contohnya, di dalam kelas Lintang sering membantu kawan-kawannya sekiranya mereka mengalami masalah dalam matapelajaran yang diajar.

• Novel ini turut menceritakan mengenai pengorbanan dan kegigihan dua orang guru.

• Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk keperluan pelajar mereka.

• Contohnya, Pak Harfan sanggup membaiki dan membersihkan SD Muhammadiyah seorang diri agar pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam keadaan yang selamat dan selesa.

• Selain itu Bu Muslimah juga mempunyai semangat yang tinggi untuk mengajar pelajar-pelajarnya.

Novel Laskar Pelangi ini menunjukan bahawa pelajar-pelajar di sekolah SD Muhammadiyah ini mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya.

Contohnya Lintang yang tinggal di Tanjong Kelumpang, kampung yang jauh di pinggir laut sanggup datang belajar di SD Muhammadiyah.

Keindahan Pemakaian Bahasa Andrea Hirata menyusun gaya bahasa dengan

selingan metafora yang sangat indah. Contohnya:-

Metafora• Ibu muslimah yang beberapa mini lalu sembab, gelisah dan

coreng-moreng kini menjelama menjadi sekuntum Crinum giganteum. Sebab tiba-tiba ia mekar sumringah dan posturnya yang jangkung persis tangkai bunga itu. Kerudungnya juga berwarna bunga crinum demikian pula bau bajunya, persis crinum yang mirip bau vanili. Sekarang dengan ceria beliau mengatur tempat duduk kami.

• Sumbangan mereka laksana manfaat yang berikan pohon filicium yang menaungi atap kelas kami. Pohon ini meneduni kami dan dialah saksi seluruh drama ini. Seperti guru-guru kami, filicium memberikan napas kehidupan bagi ribuan organisma dan menjadi tonggak penting mata rantai ekosistem (Laskar Pelangi: 33)

Hiperbola – Gaya bahasa yang mempamerkan unsur berlebih-lebihan mengenai sesuatu perkara. Unsur hiperbola yang diguna pakai oleh Andrea Hirata mempunyai sisian keindahan tersendiri.

Lintang, bulan purnama di atas dermaha Olivir (Laskar Pelangi: 113)

Rangka badanku seakan runtuh dan setiap persendian ditubuhku seakan terlepas (Laskar Pelangi: 453)

Rinduku terlanjut berdarah-darah (Laskar Pelangi:265)

Andrea Hirata bukan sekadar mengguna pakai bahasa yang indah dari segi bunga bunga bahasa semata tetapi keindahan bahasa yang dipamerkan melalui penyusunan intelektualiti. Sudut pandangan ini memberikan garapan keindahan tersendiri sepanjang pengamatan pembaca. Misalnya:-

◦ Gapailah gumpalan awan dalam lapisan toposfer lalu naiklah terus menuju stratosfer, menembus lapisan ozon, ionesfer, dan bulan-bulan di planet asing. Meluncurlah terus sampai ketinggian di mana gravitasi bumi sudah tidak peduli. Arungi samudera bintang gemintang dalam suhu dingin yang mampu meledakkan benda padat. Lintasi hujan meteor sampai tiba di eksofer-lapisan paling luar atmosfer dengan bentangan selebar 1.200 kilometer, dan teruslah melaju menalukkan langit ke tujuh (Laskar Pelangi: 103)

Dalam novel ini Andrea Hirata menyelitkan keindahan dalam rasa yang jujur dan sederhana apabila Ikal jatuh cinta kepada A-Ling. Keindahan yang dipamerkan dalam aspek ini ialah menerusi rasa polos anak muda yang baru mengenali perasaan secara dalam.

◦ “Demikian berlangsung beberapa bulan, setiap senin pagi aku dapat menjumpai belahan jiwaku, hanya hati ini yang bicara melalui kuku-kuku yang cantik, tidak ada perkenalan, tidak ada tatap muka, tidak ada rayuan, tidal ada pertemuan, cinta kami adalah cinta yang bisu, cinta yang sederhana dan cinta yang sangat malu tapi indaha, indah sekali tak terperikan

(Laskar Pelangi:252)

Andrea Hirata menggarap sisian pendidikan dari lahiriah guru itu sendiri. Beliau mempamerkan keindahan apabila ketulusan didikan seorang guru yang bukan mengejar meteralistas kekayaan semata tetapi juang didikan jiwa anak-anak muda.Berikut merupakan petikan yang memaparkan sisian keindahan tersebut:-

….Di sekolah Muhammadiyah setiap hari aku membaca keberanian berkorban semacam itu diwajah wanita muda ini. N.A Muslimah Hafsari Hamid binti K.A Abdul Hamid atau kami memanggilnya Bu Mus, hanya memiliki selembar ijazah SKP (Sekolah Kepandaian Puteri), namun beliau bertekad melanjutkan cita-cita ayahnya-K.A Abdul Hamid pelopor sekolah Muhammadiyah di Belitong-untuk terus megobarkan pendidikan Islam.

Tekad memberinya kesulitu hidup yang tak terk8ira, karena kami kekurangan guru-lagi pula siapa yang rela diupah beras 15 kilo setiap bulan? Maka selama enam tahun di SD Muhammadiyah beliau sendiri yang mengajar semua mata pelajaran-mulai dari menulis indah, Bahasa Indonesia, Kewarganegaraan, Ilmu Bumi, sampaiu Matematika, Geografi, Prakarya dan Praktik Olahraga.

Kepengarangan bermaksud keterampilan, kecerdikan dan kearifan seseorang pengarang dalam berkarya

kepengarangan selalu dikaitkan dengan keperibadian yang ingin dicapai oleh pengarang.

Pendekatan yang menitikberatkan pengalaman seseorang sebagai tapak ke arah menghasilkan suatu penulisan yang bermutu.

Pengalaman dianggap penting kerana ia membolehkan seseorang penulis mengaitkan peristiwa-peristiwa yang dialaminya sendiri dengan fenomena yang berlaku dalam masyarakat.

Penggunaan perkataan “aku” dalam novel laskar pelangi

Pagi itu waktu aku masih kecil, aku duduk di bangku panjang di depan sebuah kelas. Sebatang pohon tua yang riang meneduhiku. Ayahku duduk disampingku, memeluk pundakku dengan kedua lengannya dan tersenyum menggangguk-angguk pada setiap orang tua dan anak-anaknya yang duduk berderet-deret di bangku panjang lain di depan kami.

(Laskar Pelangi:1)

Karena penampilan Pak Harfan agak seperti beruang madu maka ketika pertama kali melihatnya kami merasa takut. Anak kecil yang tidak kuat mental bisa-bisa langsung terkena sawan. Namun, ketika beliau angkat bicara, tak dinyana, meluncurlah mutiara-mutiara nan puitis sebagai prolog penerimaan selamat datang penuh atmosfer sukacita di sekolahnya yang sederhana. Kemudian dalam waktu yang amat singkat beliau telah merebut hati kami. Bapak yang jahitan kerah kemejanya telah lepas itu bercerita tentang perahu Nabi Nuh serta pasangan-pasangan binatang yang selamat dari banjir bendang. “mereka yang ingkar telah diingatkan bahawa air bah akan datang....” demikian ceritanya dengan wajah penuh penghayatan

(Laskar Pelangi :14)

Berpaksikan kehidupan realiti komuniti belitong pada masa dahulu dan bukannya imaginasi semata

Setiap fasa-fasa penceritaan dihuraikan dengan begitu terperinci hingga mencernakan minda pembaca berkenaan dengan kehidupan komuniti belitong pada masa dahulu

Pulau Belitong yang makmur seperti mengasingkan diri dari tanah Sumatra yang membujur dan di sana mengalir kebudayaan Melayu yang tertua. Pada abad ke-19, ketika korporasi secara sistematik mengeksploitasi timah, kebudayaan bersahaja itu mulai hidup dalam karakteristik sosiologi tertentu yang atribut-atributnya mencerminkan perbedaan sangat mencolok seolah berdasarkan status berkasta-kasta. Kasta majemuk itu tersusun rapi mulai dari para petinggi PN Timah yang disebut “orang starf” atau urang setap dalam dialek lokal sampai pada para tukang pikul pipa di isntalasi penambangan warga suku sawang menjadi buruh-buruh yuka pengjahit karung timah. Salah satu artibut diskirriminasi itu adalah sekolah-sekolah PN

Laskar Pelangi: 26)

Akidah Islam‘…aku tahu bahwa tulisan itu berbunyi amar makruf nahi mungkar artinya: menyuruh kepada makruf dan mencegah dari yang mungkar.’ (Laskar Pelangi: 22)

“shalatlah tepat waktu, biar dapat pahala lebih banyak,…bukankah ini kata-kata yang diilhami surah An-Nisa dan telah diucapkan ratusan kali oleh puluhan khatib?(Laskar Pelangi: 30)

Taat kepada agama

‘…namun, kesombongan membutakan mata dan menulikan telinga mereka, hingga mereka musnah dilamun ombak…’

‘…pelajaran moral pertama bagiku: jika tak rajin sahalat maka pandai-pandailah berenang.’(Laskar Pelangi: 24)

‘…serbuan Islam yang tak terbendung ke seantero kampung membuat orang menjauhi mereka karena mereka menolak meninggalkan penyembahan buaya sebagai Tuhan.’ (Laskar Pelangi: 70)

Hormat pada guru

‘…setiap kali Pak Harfan ingin menguji apa yang telah diceritakannya kami berebutan mengangkat tangan, bahkan kami mengacung meskipun beliau tak bertanya, kami mengacung walaupun kami tak pasti akan jawaban…’

(Laskar Pelangi: 27)

Bersemangat‘…pedih pada orang tua kami yang tak mampu, pedih

menyaksikan detik-detik terakhir sekolah tua yang tutup justru pada hari pertama kami ingin sekolah, dan pedih pada niat kuat kami untuk belajar tapi tinggal selangkah lagi harus terhenti hanya karena kekurangan satu murid…’ (Laskar Pelangi: 13)

‘…Sahara menangis terisak-isak mendekap ibunya karena ia benar-benar ingin sekolah di SD Muhammadiyah. Ia memakai sepatu, kaus kaki, jilbab dan baju serta telah punya buku-buku, botol air munim dan tas punggung yang semuanya baru.’ (Laskar Pelangi: 14)

Bekerja bersungguh-sungguh

‘…Pak Harfan telah puluhan tahun mengabdi di sekolah Muhammadiyah nyaris tanpa imbalan apa pun demi syiar Islam…’

(Laskar Pelangi: 24)

‘…Pak Harfan tampak amat bahgia menghadapi murid, tipikal ‘guru’ yang sesungguhnya seperti asalnya India iaitu orang yang tak hanya mentranfer sebuah pelajaran tapi juga yang secara pribadi menjadi sahabat dan pembimbing spiritual bagi muridnya…’

(Laskar Pelangi: 25)

Nasihat-menasihati

‘…memegang amanah sebagai pemimpin memang berat tapi jangan khawatir orang yang akan mendoakan. Tidakkah anakanda sering mendengar di berbagai upacara petugas sering mengucap doa: Ya Allah, lindungilah para pemimpin kami? Jarang sekali kita mendengar doa: Ya Allah lindungilah anak-anak buah kami…’( Laskar Pelangi: 58)

Bekerjasama‘…jika kami kesulitan, ia mengajari kami dengan sabar dan selalu membesarkan hati kami …’ (Laskar Pelangi: 83)

‘…Lintang membetulkan jawabanku dengan semangat konstruktif penuh rasa akrab persahabatan…’ (Laskar Pelangi: 92)

‘Jika tak ada guru, Lintang tampil ke depan, menggambar rangkaian teknik…’ (Laskar Pelangi: 106)

Setiakawan

‘…di batang pohonnya kami menuliskan janji setia persahabatan dan mengukir nama-nama kecil kami dengan pisau lipat… tertawa, menangis, bernyanyi, belajar dan bertengkar.’

(Laskar Pelangi: 51)

Kanak-kanak di sekitar Pulau Belitong yang tidak mampu untuk bersekolah di sekolah yang hebat dihantar ke sekolah SD Muhammadiyah untuk diberikan didikan Islam yang kuat agar terhindar daripada iblis.

“Ajarlah anak-anak kamu solat ketika usianya 7 tahun, dan bolehlah kamu memukulnya jika dia mengabaikan solat ketika usianya 10 tahun.”

(Hadith riwayat Abu Daud)

Pedoman yang diterapkan di SD Muhammadiyah “Amal ma’ruf nahi munkar”.

“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”

(Surah Ali Imran, 3:104)

“Kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, supaya menyeru ke arah yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran…”

(Surah Ali Imran, 3:110)

Tiada bayaran yang tinggi kepada guru di SD Muhammadiyyah.

Hanya 15kg beras setiap bulan. Setiap amalan bermula dengan niat.

“Sesunggunya Allah tidak akan melihat wajah-wajah kamu, dan juga kepada harta benda kamu, sebalinya Allah melihat dan menilai hati-hati kamu dan

juga amalan-amalan yang kamu lakukan”(Hadith riwayat Muslim)

Demokrasi memilih ketua kelas. Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesiapa yang membaiah seseorang lelaki tanpa melalui permesyuaratan di kalangan orang Islam, janganlah kamu mengikutinya, iaitu orang yang

dibaiah dan orang yang memberi baiah. Ditakuti kedua-dua akan dibunuh.”

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003) dalam buku Demokrasi dan kepemimpinan islam: suatu perbandingan.

Bu Mus telah memarahi Mahar yang terlalu taksub dengan cerita-cerita karut dan mitos serta ilmu pendukunan sehingga cita-cita (rancangan) yang dipilih untuk dirinya juga menyumbang ke arah syirik iaitu menjadi ahli dukun.

Bu mus menasihati Mahar daripada terus hanyut dalam perkara syirik itu.

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah dengan apapun, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kedzaliman

yang besar.”(Surah Luqman, 31:13)

Perang uhud Bahtera nabi Nuh a.s Deceritakan oleh pak harfan Pengajaran yang diperoleh Ikal:

“kalau tidak rajin bersolat maka pandai-pandailah berenang”

Nilai :•Kamus Dewan Edisi Keempat- darjat, kualiti, mutu, dan taraf.•Ukuran atau piawai kepada sesuatu kelakuan manusia.

Ilmu •Kamus Dewan Edisi Keempat- pengetahuan dalam ilmu dunia, akhirat, zahir, batin, dan lain-lain.

Agama adalah kepercayaan, sistem budaya, dan pandangan dunia yang menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta kehidupan

Berteraskan Islam -Ilmu Agama atau Ilmu Syar’I adalah Ilmu yang Allah turunkan kepada Nabi-Nya berupa bukti-bukti dan petunjuk yang ada dalam Al-Quran dan Sunnah Rasullah SAW.

Bukti : “maka semua jangkauan akal telah berakhir di langit ketujuh tadi. Di tempat asing tersebut, barangkali Arasy, di sana kembali metaphor keagungan tuhan bertakhta. Di bawah takhta-Nya tergelar Lauhul Mahfuz”

Ilmu mengenai asal usul, keturunan, salasilah.

“misalnya pada negeri yang terdekat yang ditaklukkan tentera Persia pada tahun…” “620 Masehi! Persia merebut kekaisaran Heraklius yang juga berada dalam ancaman pemberontakan Mesopotamia, Sisilia, dan Palestina. Ia juga diserbu bangsa Avar, Slavia dan Armenia.”

Ilmu pengetahuan yang teratur (sistematik) yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya.

Bukti : “Artinya adalah jika dalam pelajaran biologi kami baru mempelajari fungsi-fungsi otot sebagai subkomponen yang membentuk system mekanik persial sepotong kaki, maka Lintang telah memahami sistem mekanika seluruh tubuh dan ia mampu menjelaskan peran sepotong kaki itu dalam keseluruhan mekanika persendirian dan otot-otot yang terintegrasi.

Ilmu berkaitan kira-kira.

Bukti : “13 kali 6 kali 7 tambah 83 kurang 39!” lantang Bu Mus di depan kelas…. Lalu kami tergopoh-gopoh membuka karet yang mengikat segenggam lidi, untuk mengambil tiga belas lidi, mengelompokkannya menjadi enam tumpukan, susah payah menjumlahkan semua tumpukan itu. Hasilnya kembali disusun menjadi tujuh kelompok, dihitung satu per satu sebagai total dua tahap perkalian…

Ilmu atau kajian saintifik tentang bahasa

Bukti : “Belajar kata terlebih dulu, bukan belajar bahasa, itulah inti paradigm belajar bahsa Inggris versi Lintang. Sebuah ide cemerlang yang hanya terpikirkan oleh orang-orang yang memahami prinsip-prinsip belajar bahasa…”

ILMU PELAYARAN ialah ilmu pengetahuan yang mengajarkan cara untuk melayarkan kapal dari satu tempat ke tempat yang lain dengan aman dan ekonomis.

Bukti : “Lalu beliau bercerita pada Bu Mus bahwa kemarin sore kawala burung pelintang pulau mengunjungi pesisir. Burung-burung keramat itu hinggap sebentar di puncak pohon ketapang demi menebar pertanda bahla laut akan diaduk badai.”

Berdasarkan ciri-ciri yang dianalisis jelas menunjukkan bahawa penulis Laskar Pelangi ini menggarap dengan baik karyanya.

Walaupun naskah beliau pernah ditolak sewaktu kali pertama beliau menghantar ke penerbit tetapi Andrea tidak berputus asa dan membaiki sehingga menjadi satu fenomena di Indonesia.