kumpulan 3 (minggu 3) sifat bahasa

Click here to load reader

Upload: shamimi-jamudin

Post on 14-Jun-2015

2.318 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 1. (MINGGU 3) Sifat BahasaTeori Noam ChompskyStruktur SintaktikDisediakan oleh :Nur Shamimi binti Jamudin Basirah binti Yaacob Athirahshazana binti Zakaria Norshuhaida binti Masre PISMP Ambilan Jan 2011 (Unit J2)IPG KAMPUS IPOHPuan Hasnah binti Awang.

2. Tatabahasa Transformasi Generatif(TTG) Teori Tatabahasa Transformasi Generatif muladiperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliauyang bertajuk Syantactic Structures. Teori ini terkenal kerana kelainan yangdiperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacamrumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadipopular di kalangan para linguis. 3. Definisi Tatabahasa TransformasiGeneratif Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripadaseperangkat (set) rumus untuk menghasilkanayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkankorpus-korpus dan bertujuaan untukmemudahkan seseorang yang mempelajarisesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayatbaru dan memahami pertuturan orang lain yangtidak pernah didengarnya. 4. TTG diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian. Dalam teori standard TG, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu :i- sintaksisii- semantikiii- fonologi. 5. Konsep-konsep dan Kajian TentangTransformasi Generatif Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitugeneratif, kreatif, eksplisit, gramatis dantransformasional. Terdapat dua konsep utama yang diambil kiraiaitu kemampuan dan perlakuan berbahasadan struktur dalaman dan struktur permukaan. 6. i) Kecekapan dan PerlakuanBerbahasa Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajianbahasa terletak pada pengetahuan penutur asliyang memungkinkan membentuk sertamemahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapanberbahasa, yang ada pada setiap penutur aslisesuatu bahasa. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungisatu set rumus yang sifatnya eksplisit yangdengannya penutur asli berkemampuanmembentuk serta memahami pelbagai ayatdalam bahasanya. 7. Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur danpendengar itu mempunyai dua bahagianbahasa, iaitu kecekapan dan perlakuan. Kecekapanini (tatabahasa) berada di dalam otak sedangkanperlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentukpenerbitan dan pemahaman, iaitu apa yangditerbitkan dan apa yang difahami. Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistemrumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkankalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya. Kecekapan merupakan pengetahuan penuturmengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiridaripada satu sistem rumus-rumus. Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan intiTTG. 8. Kecekapan ini penting sebagai asas untukmenghasilkan ujaran atau penggunaanbahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Perlakuan pula berlaku pada dua medan iaitu medanWernicke dan medan Broca untuk prosespenerbitan. Oleh itu, diingatkan kembali dua istilah pentingdalam nahu ini, iaitu :-Kecekapan atau pengetahuan :- ilmu atau pengetahuan bahasa yang implicit yang ada pada seseorang.Perlakuan :- prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuainya pada keadaan yang sesuai dan tepat. 9. ii)Struktur Dalaman dan StrukturPermukaan Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat inipertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957oleh Noam Chomsky. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yangbaharu yang dikenali sebagai teori tatabahasatransformasi-generatif setelah beliau tidakberpuas hati dengan tatabahasa struktral. 10. Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman. Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat. 11. Jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi. 12. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. 13. Tak paham?Lihat contoh di bawah Ayat Dasar (struktur dalaman)~Encik Ali guru. 14. Ayat Transformasi (struktur permukaan) ~Encik Ali bukan guru. ~Encik Alikah guru? ~Siapakah Encik Ali? ~Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. ~Guru itu Encik Ali. 15. Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulahsebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat. 16. Untuk pemahaman lebih lanjut : Kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayatterbitan kerana perkara ini membolehkan ayatdigeneratif secara gramatis. Jika penguasaan terhadap perkara inidiremehkan, justeru akan menjejas atau menjadibahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yangjelas apabila penutur asing cuba menggunakanbahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsaMelayu. 17. Rumusan : Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah keinstitusi pengajian tinggi, tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. Ini terbukti apabila Nik Safiah Karim (Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika 1975) dan Farid M. Onn (Universiti of Illinois 1976) menerima penuh terhadap aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika ini. Justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain. 18. Rumus Sintaksis Rumus sintaksis terbahagi kepada dua iaitu :- i) rumus struktur frasa Ii) rumus transformasi 19. i) Rumus Struktur Frasa Rumus struktur frasa terletak pada komponendasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yangseterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atauayat inti. Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsiuntuk melahirkan rajah-rajah pohon yangmenunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek,predikat dan sebagainya) antara berbagai-bagaibentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayatdasar. 20. ii) Rumus Transformasi Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yangberkait dengan rumus transformasi ini. Penerbitan ayat bermaksud hasil daripadaterlaksananya suatu proses gramatis iaitumelibatkan pelaksanaa rumus transformasi yangberfungsi mengubah aturab atau struktur ayatserta memperluas sesuatu unsur dalam ayatataupun frasa. Penerbitan ayat ini dapat dilakukan prosestransformasi yang mengakibatkanpengguguran, penyusunan semula atau perluasakepada unsur-unsur struktur dalaman. 21. Secara ringkas, rumus transformasi adalah :- i) berfungsi mengubah aturan atau struktur ayatserta memperluas sesuatu unsur dalam ayatatau frasa. Ii) struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumusstruktur frasa menjadi input kepada rumustransformasi meukar pola atau struktur ayatmembawa kepada struktur permukaan. Iii) struktur permukaan ditafsir oleh bahagianbunyi bahasa atau kompenan fonologi. Iv) proses transformasi melibatkan pengguguran,penyusunan semula dan perluasan. 22. Rumusan Tatabahasa TransformasiGeneratif Teori TTG merupakan satu teori linguistik yanglengkap dan menyeluruh merangkumi semuakomponen bahasa sepertisintaksis, semantik, fonologi dan merangkumifaktor-faktor bukan linguistik untuk melengkapikomponen semantik yang terkenal dengan namaREST (Revised Extended Standard Theory) Oleh itu, kemunculan teori TG adalah untukmengatasi atau memberi jawapan kepadapersoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahanyang tidak dapat diatasi atau terjawan oleh aliranstruktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawatatabahasa transformasi generatif asasnya ialah 23. Asas Linguistik Transformasi Generatif(Rasionalis / Mentalis) i) bahasa yang hidup dicirikan olehkreativiti dengan berasaskan rumus atauaturan. Ii) rumus-rumus tatabahasa secarapsikologi merupakan hakikat bahasa. Iii) manusia secara istimewa dilengkapikeupayaan mempelajari bahasa. Iv) bahasa yang hidup ialah bahasa yangdapat menjadi wadah untuk manusiaberfikir.