assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam 1malaysia. jkns 2011/edit...1. kumpulan p & p...

26

Upload: others

Post on 05-Feb-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 2

    Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menulis sepatah dua

    kata dalam Buletin Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Edisi Pertama bagi tahun 2010.

    Kehadiran buletin yang memaparkan sumbangan kreatif dan berita Pengurusan JKNSabah akan membolehkan

    semua warga Bahagian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang lain termasuk Pusat Tanggungjawab (PTJ-PTJ) di bawah

    jabatan ini mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh

    warga Bahagian Pengurusan JKNSabah.

    Semoga buletin ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diharap Bahagian/PTJ yang lain juga dapat

    menyediakan buletin seumpama ini untuk tatapan semua.

    Sekian, terima kasih.

    ( DR. MOHD. YUSOF BIN HJ. IBRAHIM )

    Penaung

    Buletin Pengurusan

    Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

  • 3

    Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah berusaha

    dan bertungkus lumus menyiapkan Buletin Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNSabah) yang julung-julung

    kalinya diterbitkan pada tahun ini.

    Walaupun Buletin Pengurusan ini diterbitkan sebagai bacaan ringan dalam bentuk berita bergambar, tetapi ianya me-

    mainkan peranan penting sebagai wadah Bahagian Pengurusan JKNSabah yang memberi manfaat kepada semua pembaca.

    Buletin ini bukan sahaja merekodkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh setiap Unit di Bahagian Pengurusan, tetapi juga

    memuatkan karya dan sumbangan kreatif daripada semua warga Bahagian Pengurusan. Sumbangan seumpama ini menunjukkan

    semua warga berupaya dan berkemampuan untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif dan berinovasi sekiranya diberikan

    dorongan dan saluran yang sewajarnya.

    Melalui penerbitan seperti ini, adalah diharapkan agar semua warga dapat mengimbau kembali pengalaman semasa

    melaksanakan sesuatu aktiviti tersebut yang telah dibukukan bentuk media cetak. Saya yakin dan percaya sokongan, kerjasama

    dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam penerbitan ini akan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas

    seharian. Sesungguhnya, Penyayang, Kerja Berpasukan dan Profesionalisme adalah budaya kerja kita.

    Semoga usaha yang murni ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan liputan maklumat, laporan dan sumbangan

    karya yang lebih menarik untuk tatapan semua warga JKNSabah.

    Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan!

    Sekian, terima kasih.

    ( TOISIN GANTOR )

    Penasihat

    Buletin Pengurusan (Edisi Pertama)

    Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

  • 4

    Unit Latihan & Kompetensi 6 Peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

    Unit Pembangunan 8 Majlis Penyerahan Ambulans

    Taklimat Ambulans

    Unit Pentadbiran 10

    Unit Perkhidmatan 11 Sumbangan Artikel Unit Perkhidmatan Bagi Bulan

    Oktober- Disember 2010

    Unit Aset & Stor 12 Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan

    Anjuran Hospital Mesra Bukit Padang

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan

    (JKPAK) Bil. 4 Tahun 2010

    Bengkel Pengurusan Stor Bil.1 Tahun 2010

    Mesyuarat Pegawai Aset & Pegawai Stor

    Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Bil.1 Tahun 2010

    Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan

    Anjuran Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah

  • 5

    Unit Perolehan 18

    SOALAN LAZIM/FAQ UNIT PEROLEHAN – OLEH ROHAYA HAJI MOHD AMIN

    Unit ICT 21

    Pelaksanaan Kursus Advance

    PHP Development Techniques &

    Kursus Developing Web 2.0 Application (PHP)

    Penilaian ISAC KKM Zon Sandakan

    Kursus Microsoft Office Excel 2007

    Mesyuarat dan Bengkel Technology Update

    Jawatankuasa Wakil ICT Bil.2/2010

    Unit Kewangan 24

  • 6

    Disediakan oleh:

    Bil Nama Kursus Tarikh Tempat Jumlah Ke-

    hadiran

    Perbelan-

    jaan

    (RM)

    1. Kursus Peningka-

    tan Pembantu

    Tadbir

    25-26 Oktober

    2010

    Bilik Kuliah II

    Kinabalu Hostel

    Kota Kinabalu

    50 8,110.00

    2. Kursus English

    report Writing

    24-25 Nov 2010 Bilik Kuliah

    MPC

    20 5,500.00

    3. Kursus Kepimpi-

    nan Berkesan dan

    Pemantapan

    Sahsiah Diri

    seorang Pemim-

    pin

    1- 3 Disember

    2010

    Bilik Kuliah II

    Kinabalu Hostel

    Kota Kinabalu

    50 15,626.00

    4. Kursus Motivasi

    Berkesan dan

    Perubahan Minda

    Yang Positif Ke

    Arah Kecemer-

    langan Or-

    ganisasi

    8-10 Disember

    2010

    Bilik Kuliah II

    Kinabalu Hostel

    Kota Kinabalu

    50 15,516.00

    Peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

    Bagi tempoh Oktober hingga Disember 2010, Unit

    Latihan dan Kompetensi telah menjalankan 4 kali kursus di

    bawah peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).

    Kursus-kursus yang telah dijalankan adalah seperti jadual

    berikut:

  • 7

    Selain kursus LDP, Unit Latihan dan Kompetensi juga telah mengadakan 1 siri

    Kursus Induksi Khusus dan Umum bagi Kumpulan Sokongan II pada 15 hingga 26

    Oktober 2010 yang diadakan di Hotel Beverly Kota Kinabalu. Sejumlah 74 orang peserta

    telah mengikuti kursus berkenaan dan telah lulus dengan jayanya. Selain itu, Unit ini

    juga telah melaksanakan empat (4) siri Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bagi tempoh

    Oktober hingga Disember 2010 seperti di bawah.

    Seperti yang sedia maklum, Kerajaan telah memutuskan supaya PTK

    dimansuhkan dan digantikan dengan sistem penilaian yang lebih sesuai dan

    diterima baik oleh pegawai awam dalam Pembentangan Bajet 2011.

    Sehubungan itu, pelaksanaan PTK tidak akan dibuat lagi bermula pada 1 Januari

    2011. Perkara ini terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 tahun

    2010 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan awam (JPA). Disamping

    pemansuhan PTK, pekeliling ini turut menjelaskan perkara-perkara berikut:

    I. Pegawai yang telah menduduki PTK pada tahun 2010 dan mendapat aras IV serta telah memenuhi semua syarat anjakan gaji boleh dipertimbangkan untuk anjakan gaji di tahun 2011 sebelum perubahan dasar berkaitan dikuatkuasakan;

    II. PTK tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai 1 Januari

    2011 sehingga penilaian baru diperkenalkan; dan III. Penjawat awam tidak perlu lagi menjalani Kursus Kenegaraan

    sebagai syarat lulus penilaian.

    Bil Kategori Tarikh Kursus/

    peperiksaan/Penilaian

    Khas

    Bilangan calon

    1. Kumpulan P & P (Gred

    44)

    2 & 3 Oktober 2010 107

    2. Kumpulan Sokongan 8-11 November 2010 1,364

    3. Kumpulan P & P Pelba-

    gai Skim (Gred 41/44)

    27 November 2010 185

    4. Kumpulan Sokongan II 2010 ( Penilaian Khas

    Bulan November)

    410

    Jumlah 3633

  • 8

    Disediakan oleh: Dicky shafari Md. ALi

    MAJLIS PENYERAHAN

    Pada 12 Januari 2011 yang lalu Unit Pembangunan

    JKNS telah mengadakan majlis penyerahan 28 buah ambulans

    yang disempurnakan oleh Ybhg. Dr. Yusof Hj. Ibrahim,

    Pengarah Kesihatan Negeri Sabah bertempat di Perkarangan

    lobi Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu.

    Penyerahan 28 buah ambulans tersebut melibatkan 28

    buah yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Kesihatan

    Malaysia jenis Maxus dan sebanyak 10 buah selebihnya jenis

    Toyota dibeli di peringkat JKNS di mana spesifikasinya telah

    ditentukan oleh pihak JKNS sendiri mengikut keperluan

    sebenar serta kesesuaian penggunaanya dengan topografi

    negeri Sabah.

  • 9

    Pada 28 hingga 30 Disember 2010 yang lalu Unit

    Pembangunan, JKNS bersama-sama dengan Syarikat Westar

    Maxus telah menganjurkan taklimat pengendalian kenderaan

    dan peralatan perubatan bagi kenderaan ambulans maxus

    bertempat di kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu.

    Taklimat ini bertujuan untuk member pendedahan yang

    lebih terperinci kepada para pemandu dan pembantu Perubatan

    untuk mengendalikan ambulans jenis maxus serta peralatan

    perubatan yang terdapat di dalam ambulans tersebut.

    TAKLIMAT AMBULANS

  • 10

    Pada 25 Oktober 2010 satu seminar berkenaan Pengrusan Aduan Awam bertema "Pengurusan Aduan Awam yang Dinamik Ke Arah Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam" anjuran bersama Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah dan Institut Latihan Sektor Awam Negeri Jabatan Ketua Menteri telah diadakan di Grand Ballroom, The Pacific Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Sukarti Wakiman, Setiausaha Kerajaan Negeri. Seramai 3 orang anggota Unit Pentadbiran terlibat yang diketuai oleh En. Walter Martin bersama-sama dengan Pn. Nurlina Abd. Malik dan Cik Sharifah Rospipah dalam penyediaan booth bagi pameran berkenaan Proses Pengendalian Aduan di JKNS. Pameran tersebut telah dijalankan seawal 8.45 pagi yang dilawati oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri sendiri. Aktivti ini penting dalam mendedahkan para peserta seminar mengenai proses aduan di JKNS dan mengalu-alukan sebarang aduan yang ingin dikemukakan kepda JKNS.

  • 11

    Kemudahan Cuti Bersalin ini adalah terpakai kepada pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service). Seorang pegawai yang bersalin layak mendapat cuti bersalin bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin di antara 60 hari hingga 90 hari. Bagi pegawai yang mempunyai baki cuti bersalin kurang daripada 90 hari, pegawai dikehendaki untuk memenuhi tempoh cuti bersalin diantara 60 hari hingga 90 hari dengan menggunakan turutan kemudahan seperti berikut: i) menghabiskan kesemua baki cuti bersalin bergaji penuh yang dilayaki. ii) mengambil cuti rehat yang berkelayakan iii) mengambil cuti bersalin tanpa gaji atau iv) menggunakan cuti menjaga anak (tanpa gaji) (hanya bagi pegawai lantikan tetap)

    Sumbangan Artikel Unit Perkhidmatan Bagi Bu-

    lan Oktober- Disember 2010

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14/2010 Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam

  • 12

    Unit Pengurusan Aset & Stor telah dijemput

    untuk memberikan ceramah bagi Kursus

    Pengurusan Aset Alih Kerajaan anjuran Unit

    Pentadbiran Hospital Mesra Bukit Padang

    (HMBP). Kursus ini telah diadakan pada 02

    Oktober 2010 di Dewan Rafflesia Hospital Mesra

    Bukit Padang. Kursus tersebut dihadiri seramai

    35 orang peserta yang terdiri dari warga Hospital

    Mesra Bukit Padang dalam pelbagai kategori

    jawatan. Objektif kursus tersebut diadakan adalah

    untuk memperkenalkan organisasi tentang

    perkhidmatan pengurusan aset alih kerajaan,

    memberi kefahaman akan kepentingan

    pengurusan aset dan menjelaskan peranan serta

    tanggungjawab warga HMBP amnya dan Ketua

    Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan Anjuran

    Hospital Mesra Bukit Padang

  • 13

    Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Roza J. Anthony Mojigoh dengan dibantu oleh

    En. Mohd Safar Bin Ag Jaludin dan Pn. Ritah Evee Asong selaku Urusetia jemputan. Unit

    Pengurusan Aset & Stor JKN Sabah akan sentiasa berusaha untuk memenuhi jemputan

    daripada peringkat PTJ untuk menyampaikan ceramah atau taklimat mengenai Tatacara

    Pengurusan Aset bagi PTJ yang ingin mengadakan kursus atau bengkel di PTJ

    masing-masing. Secara tidak langsung melalui program seumpama ini, Unit Pengurusan

    Aset & Stor JKN Sabah dapat berkongsi maklumat, menyampaikan informasi terbaru yang

    berkaitan dengan pengurusan aset & stor dan seterusnya dapat memantau tatacara

    pengurusan aset alih kerajaan di seluruh PTJ di bawah JKN Sabah.

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih

    Kerajaan (JKPAK) Bil. 4 Tahun 2010

    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bilangan 4 Tahun 2010

    telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kedah,

    Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    Sabah pada 19 Oktober 2010 bermula jam 2.00

    petang hingga 4.00 petang. Mesyuarat ini telah

    dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan

    Kesihatan Negeri Sabah iaitu yang Berbahagia

    Dr. Mohd. Yusof Bin Ibrahim. Mesyuarat tersebut

    telah dihadiri oleh semua Ketua PTJ yang terdiri

    daripada Pengarah Hospital, Pegawai Kesihatan

    Kawasan, Pegawai Pergigian Kawasan,

    Pengarah Kolej Jururawat dan Pengarah

    Makmal Kesihatan Awam. Turut hadir dalam

    mesyuarat tersebut adalah Ketua-Ketua

    Penolong Pengarah dan Pegawai-Pegawai

    Kanan dari Bahagian Pengurusan JKN Sabah.

    Pembentangan Laporan JKPAK Bil. 04/2010

    telah dibentangkan oleh wakil Pegawai Aset

    iaitu Pn. Ketirah Hank dan dibantu oleh Urusetia

    Mesyuarat iaitu Pn. Roza

    J. Anthony Mojigoh, En. Mohd. Safar Bin Ag.

    Jaludin dan Pn. Ritah Evee Asong.

    Mesyuarat JKPAK ini diadakan setiap suku

    tahun bagi melaporkan kedudukan semasa

    pengurusan aset alih kerajaan, pemeriksaan

    aset yang telah dibuat, pelupusan aset pada

    suku semasa, kes-kes kehilangan aset yang

    dilaporkan dan hapuskira yang diluluskan serta

    laporan pengurusan stor. Mesyuarat ini wajib

    diadakan bagi setiap suku tahun untuk

    membincangkan isu dan permasalahan yang

    dihadapi oleh setiap pusat tanggungjawab (PTJ)

    dan tindakan-tindakan lanjut yang akan

    dilaksanakan bagi mematuhi keperluan

    Pekeliling Perbendaharaan – Tatacara

    Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil 5 Tahun

    2010) serta memantapkan pengurusan aset alih

    kerajaan di JKN Sabah dari masa ke semasa.

  • 14

    Bengkel Pengurusan Stor Bil.1 Tahun 2010

    Bengkel Pengurusan Stor Bilangan 1 Tahun

    2010 telah diadakan pada 22 hingga 23 November

    2010 yang telah dihadiri oleh seramai 116 orang

    peserta yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Stor

    yang menguruskan stor di semua PTJ di bawah

    seliaan JKN Sabah. Para Penceramah dan fasilitator

    yang dijemput untuk menyampaikan ceramah dan

    mengkoordinasi bengkel tersebut merupakan pegawai

    -pegawai yang mempunyai banyak pengetahuan dan

    pengalaman berkaitan Pengurusan Stor Perubatan

    yang terdiri daripada Pn. Juhainun Taha – Timbalan

    Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi),

    Pn. Fadzilahwaty Binti Hamri – Pegawai Farmasi di

    Pusat Bekalan Farmasi Negeri (PBFN), Pn. Huang

    Leh Ing – Pegawai Farmasi di Hospital Queen

    Elizabeth, Cik Ong Su Hua – Pegawai Farmasi di

    Bahagian Farmasi JKN Sabah, En. Benjamin Yunus

    – Pen. Peg. Tadbir Kanan (Stor) di PBFN dan En.

    Adrian Joseph – Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran di

    Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Pejabat Ke-

    sihatan (PKD) Papar.

  • 15

    Objektif bengkel ini adalah untuk memantapkan

    Pengurusan Stor Kerajaan di Peringkat JKNSabah dan

    memberi pendedahan secara langsung kepada para

    peserta akan keperluan Pekeliling Perbendaharaan Bil.

    5/2009 – Tatacara Pengurusan Stor kepada

    Pegawai-Pegawai Stor yang lama atau yang baru

    dilantik. Daripada maklumbalas dan penilaian dari para

    peserta telah menyatakan bahawa bengkel tersebut te-

    lah memberi dan menambah pengetahuan kepada

    pegawai-pegawai yang menguruskan stor kerana ianya

    dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang

    bertauliah serta terlibat secara langsung dengan rutin

    tugas seharian mereka dalam pengurusan stor dalam

    mematuhi Pekeliling Perbendaraan – Tatacara

    Pengurusan Stor (PP Bil 5 Tahun 2009). Bengkel

    seumpama ini ini akan terus dilaksanakan oleh Unit

    Pengurusan Aset & Stor dari masa ke semasa dalam

    merealisasikan pengurusan stor yang baik dan cekap

    terutamanya stor perubatan di JKN Sabah. Majlis

    penutupan bengkel tersebut telah disempurnakan oleh

    Encik Toisin Gantor selaku Timbalan Pengarah

    Kesihatan Negeri (Pengurusan) pada 23 November

    2010.

  • 16

    Unit Pengurusan Aset & Stor JKNSabah telah

    mengadakan mesyuarat dengan Pegawai Aset &

    Pegawai Stor JKN Sabah Bilangan 1 Tahun 2010

    telah diadakan pada 24 November 2010 bertempat

    di Bilik Mesyuarat Kedah, Kompleks Pentadbiran

    Kerajaan Persekutuan Sabah. Mesyuarat

    berkenaan telah dihadiri oleh Pegawai Aset dan

    Pegawai Stor di seluruh PTJ JKN Sabah.

    Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Cik

    Lydia Pook Ying Ying – Ketua Penolong Pengarah

    II (Pengurusan) dan selaku Pegawai Aset

    JKNSabah. Atas jemputan dari Timbalan Pengarah

    Kesihatan Negeri (Pengurusan), mesyuarat ini juga

    telah dihadiri oleh wakil dari syarikat konsesi Faber

    Medi-serve Sdn. Bhd., SIHAT, Bahagian

    Kejuruteraan JKNSabah Bahagian Perubatan dan

    Bahagian Kejuruteraan JKNSabah Bahagian

    Kesihatan Awam.

    Mesyuarat Pegawai Aset & Pegawai Stor

    Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Bil.1 Tahun 2010

    Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat

    ini adalah untuk mengenai isu-isu yang berbangkit

    daripada mesyuarat yang lalu, verifikasi aset dengan

    Sistem CMIS, pengeluaran PEP, pengeluar sijil BER,

    perkara-perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan

    syarikat konsesi iaitu Faber Medi-serve Sdn. Bhd. dan

    SIHAT dan penyediaan laporan-laporan berkenaan

    dengan pengurusan aset alih kerajaan dan pengurusan

    stor kerajaan di JKN Sabah. Mesyuarat ini akan terus

    diadakan di masa-masa akan datang bagi

    membincangkan dan mengenalpasti permasalahan di

    peringkat masing-masing dan mengadakan perbincangan

    penyelesaian serta tindakan yang perlu dilaksanakan

    bertujuan penambahbaikan pengurusan aset & stor di JKN

    Sabah.

  • 17

    Disediakan oleh: Rohaya PPTK Unit Perolehan

    Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Anjuran

    Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah

    Pada 25 November 2010, Unit Pengurusan Aset & Stor telah dijemput untuk memberikan ceramah bagi Kursus Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan anjuran Unit Pengurusan Aset Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah. Kursus ini telah diadakan di Dewan PGMC Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dan dihadiri lebih kurang 70 orang peserta yang terdiri daripada warga hospital tersebut dan mereka adalah terlibat dalam Pengurusan Aset seperti Pegawai Aset, pembantu Pegawai Aset, Penerima Aset, Pemeriksa Aset dan sebagainya. Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Roza J. Anthony Mojigoh dan Pn. Jane Majaham.

    Pada penghujung kursus tersebut, pihak penganjur telah mengadakan sesi dialog dan ahli panelnya terdiri daripada Dr. Hj. Razak Bin Tambi , Pengarah Hospital, Pn. Roza J. Anthony dan Pn. Jane Mahajam mewakili Unit Pengurusan Aset & Stor JKN Sabah, Encik Vitus Juin dari Faber Medi-serve Sdn. Bhd, Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dan Encik Kong Thau Chin – Penolong Pegawai Perubatan U36 juga dari hospital tersebut. Sesi dialog ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota-anggota hospital terlibat mengutarakan permasalahan yang mereka hadapi dalam pengurusan aset di unit/bahagian masing-masing dan kefahaman serta pengetahuan lebih lanjut akan objektif pengurusan aset alih kerajaan. Secara tidak langsung ia juga dapat bertukar-tukar informasi di samping dapat membantu PTJ dalam menangani permasalahan pengurusan aset alih kerajaan.

    Unit Pengurusan Aset & Stor JKN Sabah akan sentiasa memberikan input terkini

    mengenai kepada PTJ mengenai tatacara pengurusan aset alih kerajaan bagi

    memantapkan pengurusan aset di peringkat PTJ khasnya dan di peringkat JKN

    Sabah pada amnya.

  • 18

    1. Apakah rujukan/pekeliling untuk perolehan sebut harga? Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) Bil. 5 Tahun 2009. 2. Adakah perlu untuk melantik Jawatankuasa Penilaian untuk setiap sebut harga yang dipanggil? Syarat yang perlu dipatuhi berdasarkan para 7.1 dan 7.2 SPP Bil. 5/2009 – Penilaian sebut harga

    bekalan dan perkhidmatan hendaklah dibuat oleh dua (2) Jawatankuasa yang berasingan iaitu Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan jawatankuasa Penilaian Harga. Manakala penilaian untuk sebut harga kerja hanya memerlukan satu (1) Jawatankuasa Penilain sahaja.

    3. PTJ tidak mempunyai pegawai untuk dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Teknikal? Berdasarkan Para 7.1 (a) ii - Pegawai dari PTJ lain boleh dilantik berdasarkan kepakaran. 4. Bolehkah pelanjutan kontrak Kawalan Keselamatan, dan bekalan Makanan diluluskan oleh Pihak

    Jawatankuasa Sebutharga PTJ yang melantik tanpa sebut harga? Berdasarkan Para. 18 S.P.P. Bil. 5/2009 dan Arahan Perbendaharaan 201, perubahan kontrak dan

    perlanjutan tempoh kontrak bekalan dan perkhidmatan boleh diluluskan oleh pihak berkuasa yang meluluskan sebut harga asal dengan syarat-syarat berikut: 4.1 Dibenarkan bagi kontrak yang bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000; 4.2 Kontrak masih berkuat kuasa semasa perlanjutan tempoh kontrak dipertimbangkan; 4.3 Perubahan kontrak dan perlanjutan tempoh kontrak tidak melibatkan perubahan kadar harga dan syarat-syarat lain dalam kontrak; 4.4 Perlanjutan tempoh kontrak hanya diberi sekali sahaja dan tempoh maksimum adalah sehingga dua (2) tahun; dan 4.5 Bagi kontrak bekalan, tambahan kuantiti tidak melebihi 50% daripada kontrak asal tertakluk kepada nilai maksimum RM250,000 dengan syarat jumlah keseluruhan tambahan ini dan nilai kontrak asal tidak melebihi RM750,000; atau 4.6 Bagi kontrak perkhidmatan, nilai tambahan tidak melebihi 50% daripada kontrak asal tertakluk

    kepada

    SOALAN LAZIM/FAQ UNIT PEROLEHAN – OLEH ROHAYA HAJI MOHD AMIN

  • 19

    5. Bagaimana prosedur untuk melaksanakan urusan sebut harga sewa kantin di hospital? Penyewaan ruang/fasiliti melibatkan tatacara premis demis. Sila berhubung dengan Puan

    Ketirah Hank dan Cik Alisah Kabinchong di Unit Pentadbiran Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk maklumat lanjut.

    6. Bagaimana untuk mendapatkan Format Laporan Sebut Harga dan Laporan Maklumat

    Perolehan Kerajaan? Boleh dimuatturun melalui laman web Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

    http://jknsabah.moh.gov.my/ atau hubungi Unit Perolehan di talian 088-265960. 7. Apakah dokumen yang diperlukan dalam Kertas Taklimat untuk pertimbangan Jawatankuasa

    Sebut Harga Pejabat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah? Mengikut Para 9.1 SPP 5/2009, dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

    7.1 Kertas Taklimat; 7.2 Jadual Pembukaan Sebut harga; 7.3 Laporan Jawatankuasa Analisa Penilaian Teknikal; 7.4 Ulasan penilaian sebut harga; 7.5 Laporan penilaian Kewangan; 7.6 Laporan Prestasi/latar belakang Syarikat; 7.7 Sijil Pendaftaran Syarikat; 7.8 Daftar syarikat yang ambil borang; 7.9 Salinan iklan: dan 7.10 Lain-lain dokumen berkaitan.

    8. Bolehkah pelanjutan masa bagi kontrak kerja diberikan? Berdasarkan para 19.3 SPP 5/2009 pelanjutan masa hanya dibenarkan bagi kontrak kerja

    bernilai melebihi RM200,000 hingga RM500,000 tertakluk kepada kelulusan Jawankuasa Sebut Harga terlebih dahulu.

    9. Perlukah kontrak disempurnakan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan?

    Berdasarkan AP 204 dan lampiran 2 kepada SPP 5/2009 semua perolehan bekalan dan perkhidmatan bermasa, kontrak perlu diadakan.

    http://jknsabah.moh.gov.my/

  • 20

    10. Adakah insuran perlu dikemukakan sebelum melakanakan kerja? Para 2 pada Lampiran A2 SPP 5/2009 – SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK

    KERJA menetapkan insurans liabiliti awam dan insuran kerja perlu dikemukakan sebelum kontraktor memulakan kerja. Dan juga mengemukakan nombor kod pendaftaran PERKESO.

    11. Adakah Kerajaan terikat untuk menerima sebutharga terendah dan menyatakan sebab penolakan sebut harga?

    Para 1 Lampiran A1 SPP 5/2009 ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA menetapkan bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga terendah atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad.

    12. Adakah kontrak untuk bekalan kasut seragam? Ada. Perolehan kasut seragam untuk kakitangan beruniform di bawah Kementerian

    Kesihatan Malaysia (KKM) dibekalkan oleh tiga (3) syarikat iaitu:

    Bil Nama Syarikat Tempoh Kontrak No rujukan kontrak

    1. Amtek Shoes Sdn Bhd

    15.3.2010 – 14.3.2012

    KKM-30/2009(TT)FSSB/W(LLS)

    2. HNW Shoe Sdn Bhd

    15.3.2010 – 14.3.2012

    KKM-30/2009(TT)FSS(MENLS)

    3. TZ Leather Sdn Bhd.

    15.3.2010 – 14.3.2012

    KKM-30/2009(TT)FSSB(LLS - High Heel))

  • 21

    Pelaksanaan Kursus Advance PHP

    Development Techniques & Kursus

    Developing Web 2.0 Application (PHP)

    Kursus PHP Development Techniques telah dijalankan pada 4 Oktober 2011

    hingga 8 Oktober 2010 manakala Kursus Developing Web 2.0 Application (PHP)

    pada 25 Oktober 2010 hingga 29 Oktober 2010. Kedua-dua kursus ini telah

    dilaksanakan di Makmal Komputer Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota

    Kinabalu. Peserta kursus adalah terdiri daripada kalangan Penolong Pegawai dan

    Pegawai Teknologi Maklumat di Unit ICT Bahagian Pengurusan dan PTJ

    Hospital JKN Sabah. Kursus-kursus ini adalah kesinambungan daripada Kursus

    Basic PHP yang diadakan pada bulan September 2011 yang lalu untuk

    meningkatkan lagi kemahiran Pegawai-pegawai IT di JKN Sabah dengan teknik

    bahasa Pengaturcaraan terkini.

  • 22

    Penilaian IT Skill Assessment and Certification (ISAC) telah

    dijalankan oleh INTAN untuk Zon Sandakan pada 19 Oktober 2010 hingga

    21 Oktober 2010 bertempat di Makmal Komputer, Open University

    Malaysia, Sandakan dimana Unit ICT JKN Sabah telah menjadi Urusetia

    sepanjang penilaian ini dijalankan. Penilaian ini dijalankan sebagai salah

    satu kempen kesedaran IT disamping mengukur sejauh mana penguasaan

    Teknologi Maklumat terhadap kakitangan-kakitangan kerajaan. Sebanyak 9

    sesi telah dijalankan sepanjang hari penilaian dimana setiap 1 sesi dihadiri

    sebanyak 30 orang peserta.

    Penilaian ISAC KKM Zon Sandakan

    Kursus Microsoft Office Excel 2007

    Kursus Microsoft Office Excel 2007 telah diadakan sebanyak 3 siri pada tahun

    2010 masing-masing pada;

    1. Siri 1 : 1 Nov 2010 hingga 2 Nov 2010

    2. Siri 2 : 3 Nov 2010 hingga 4 Nov 2010

    3. Siri 3 : 8 Nov 2010 hingga 9 Nov 2010

    Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi penguasaan dan

    penggunaan aplikasi Microsoft Office Excel 2007 kepada kakitangan – kakitangan

    JKN Sabah yang terdiri daripada pelbagai jawatan dan gred.

  • 23

    Mesyuarat dan Bengkel Technology Update Jawatankuasa

    Wakil ICT Bil.2/2010

    Mesyuarat dan Bengkel Technology Update Jawatankuasa Wakil ICT

    merupakan aktiviti yang dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun oleh Unit ICT

    JKN Sabah dimana pada mesyuarat ini, semua pegawai dan wakil-wakil ICT

    daripada seluruh PTJ akan mengemukakan laporan ataupun permasalahan yang

    dialami pada PTJ masing-masing untuk perhatian pengurusan atasan JKN Sabah.

    Mesyuarat ini dipengerusikan oleh TPKN Pengurusan.

    Bengkel Technology Update pula telah diadakan selepas berakhirnya mesyuarat

    tersebut yang mana ia bertujuan untuk memberikan update terhadap

    teknologi-teknologi terkini ICT. Mesyuarat dan Bengkel Technology Update

    Jawatankuasa Wakil ICT Bil.2/2010 telah dijalankan pada 29/11/2010 dan

    30/11/2010 yang bertempat di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

    Sabah.

  • 24

    Unit Kewangan, Bahagian Pengurusan JKN Sabah telah men-

    gadakakan 2 (dua) kursus bagi tempoh suku keempat tahun 2010.

    Kursus Pengurusan Hasil dan eTerimaan Bil.1/2010 pada 27 – 28

    Oktober 2010 bertempat di Auditorium Hospital Queen Elizabeth II.

    Seramai 46 orang peserta yang terdiri Penolong Juruaudit W36,

    Penolong Pegawai Tadbir N27, Pembantu Tadbir N26 dan Pem-

    bantu Tadbir (Kew) W17/ N17 telah terlibat dalam kursus ini. Tu-

    juan kursus ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada pe-

    serta meningkatkan keberkesanan dan kefahaman sistem penguru-

    san hasil di PTJ masing-masing.

    Kursus kedua yang telah dianjurkan oleh Unit Kewangan ialah Kur-

    sus Sistem Pengurusan Hasil (SPH) pada 20-21.12.2010 di Kolej

    Sains Kesihatan Bersekutu, Kota Kinabalu. Kursus dikhususkan

    kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Hospital-Hospital di

    bawah KKM bagi tujuan penghantaran maklumat dan laporan ber-

    kaitan hasil (perubatan) dan diguna pakai mulai pada 01Januari

    2011. Seramai 48 orang peserta yang mengikut kursus berkenaan.

  • 25

    NAMA : HASINIAH SENIN JAWATAN : PEMBANTU TADBIR

    KANAN N22 UNIT : PERJAWATAN &

    PERTUKARAN

    BULAN JANUARI

    BULAN FEBRUARI

    NAMA : ELIZABETH MARGARET

    CHIN

    JAWATAN : PEMBANTU TADBIR KANAN N22

    UNIT : PERKHIDMATAN

    BULAN MAC

    NAMA : ASNAN SULUNG SULAIMAN JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17

    UNIT : PERKHIDMATAN

    BULAN APRIL

    NAMA : LINDA YUBIH

    JAWATAN : PEMBANTU

    TADBIR N17 UNIT : PEMBANGUNAN

    BULAN MEI

    NAMA : ASNIYAH BTE RAMLI

    JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17 UNIT : PEROLEHAN

    BULAN JUN

    NAMA :JAINEH BIN ABIDIN

    JAWATAN : PEMBANTU TADBIR KANAN N22

    UNIT : KEWANGAN & AKAUN

    BULAN JULAI

    NAMA : KARIN ANABEL MOSIOS

    JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17

    UNIT : LATIHAN & KOMPETENSI

    BULAN OGOS

    NAMA : ROZIDAH BTE RODJIT

    JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17

    UNIT : PERKHIDMATAN

    DISEDIAKAN OLEH: HAIRUNI KASUAGI PEGAWAI PSIKOLOGI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

    Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Bahagian Pengurusan

    Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Januari 2010– Disember 2010

    BULAN SEPTEMBER

    NAMA :ROHAYA MD. AMIN

    JAWATAN : PEN. PEG. TADBIR N32

    UNIT : PEROLEHAN

    BULAN OKTOBER

    NAMA :FADZILLAHTUL HANIM

    JAWATAN : AKAUNTAN W41 UNIT : KEWANGAN & AKAUN

    BULAN NOVEMBER

    NAMA :SAMSUH LIMPAONG JAWATAN : PEM. AM PEJABAT N1

    UNIT : PENTADBIRAN

    BULAN DISEMBER

    NAMA :ROSNAH RAYMAN

    JAWATAN : PEM. TADBIR KANAN

    N22