kumpulan 3

14
BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJAD Aiman Hafiz Alasia 08/03/2015

Upload: la-suerte-aiman

Post on 15-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

vxcvxdfdfddfg

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

BENGKEL ASAS MEMBACA : KAEDAH ABJADAimanHafiz Alasia08/03/2015KONSEP MEMBACA KAEDAH ABJADMerupakan kaedah klasik yang paling tua untuk mengajar membaca dalam kalangan kanak-kanak

Digemari oleh banyak guru yang mengajar membaca di peringkat permulaan.

Memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa Melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut.

Diperkenalkan pula huruf-huruf vokal dan huruf-huruf konsonan.

Menurut Juriah Long et. al (1994), murid-murid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan.

Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan.

Manakala, Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Teknik latih tubi menyebut nama huruf, mengeja suku kata dan perkataan untuk meningkatkan penguasaan dan pemahaman murid.

Zulkifley Hamid (1994), berpendapat, kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur perkataan. Dengan kata lain, murid-murid perlu menghafal nama-nama huruf dahulu sebelum didedahkan kepada peringkat membaca perkataan-perkataan mudah.

KELEBIHAN KAEDAH ABJADSesuai dengan susuk bahasa Melayu kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya.

Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baru, walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik.

Kaedah ini memberi asas dan binaan yang kukuh dalam membaca. Mencapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid.

KELEMAHAN KAEDAH ABJADMurid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca.

Murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja. Ini menyebabkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca.

Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secara keseluruhan yang bermakna.

Boleh membosankan murid-murid terutamanya apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

LATIHAN MENYEBUT NAMA HURUF A HINGGA Z

(a) Memperkenalkan huruf besar dan huruf kecil Contoh 1: Sebut huruf-huruf di bawah

MARI MENGENAL ABJADContoh 1: Sebut nama-nama huruf.

ZzLatihan Menyebut Pola Suku Kata V dan KV

(a) Mengenal dan menyebut huruf-huruf vokal dan konsonanContoh 1: Sebut nama huruf-huruf vokal dan konsonan

(b) Mengenal dan menyebut pola suku kata v dan kvContoh 1: Sebut suku kata di bawah

Latihan Menyebut Suku Kata, Perkataan dan Frasa

(a) Menyebut suku kata, perkataan dan frasaContoh 1: Sebut suku kata, perkataan dan frasa Suku kata

Perkataan dan frasa

CONTOH KAEDAH ABJAD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS.LATIHAN MEMBACA AYAT

(a) Membaca ayat

Q33 NY