bab 3 kumpulan berkepentingan

22
Kumpulan Berkepentingan dan Konflik Politik PPP6264 Dasar dan Praktis Mohd Asri Mohd Noor

Upload: jelita-kasih-adinda

Post on 29-Jan-2016

291 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN.

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Kumpulan Berkepentingan dan

Konflik PolitikPPP6264 Dasar dan Praktis

Mohd Asri Mohd Noor

Page 2: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

pendahuluan• Masyarakat bertindak secara berkumpulan mengikut berbagai

ciri seperti etnisiti, agama, nilai-nilai politik, ekonomi, alam, kemanusiaan

• Interaksi berbagai-bagai kumpulan inilah menyebabkan wujudnya berbagai-bagai dasar awam

• Kerajaan bertanggungjawab mengimbangi kehendak berbagai-bagai kumpulan ini agar ia mencermin kehenak majoriti

Page 3: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Kumpulan berkepentingan• Setiap individu mempunyai keperluan masing-

masing – wujud kepentingan yang menjadi motivasi untuk memenuhi keperluan tersebut• Terdapat 2 jenis kepentingan: bersyarat dan tekal• Kepentingan bersyarat – berlaku secara berkala

mengikut keadaan• Kepentingan tekal – untuk kesejahteraan awam• W/pun keinginan individu berbeza namun wujud

kelompok manusia yang mempunyai kepentingan sama – mendorong penubuhan kumpulan• Kepentingan pelbagai mewujudkan perkumpulan

yang pelbagai

Page 4: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Kumpulan berkepentingan• Truman (1981), perkumpulan merupakan bahagian2 kecil

dalam masyarakat yang kuat mempengaruhi sikap manusia• Perkumpulan boleh dibahagikan kepada 3 bahagian:

terinstitusi, berorganisasi, tanjesial

Page 5: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Ciri-ciri perkumpulan1) Berkongsi minat, sikap dan pemikiran sama dan

bersaing dengan perkumpulan lain dalam membuat tuntutan

2) Membuat interaksi integratif – sering berjumpa, berbincang dan melaksanakan aktiviti bagi memenuhin matlamat mereka

3) Organisasi formal – mengetepikan keperluan keluarga atau peribadi, ada perlembagaan, peraturan

4) Matlamat dan objektif sesuatu kesatuan berbeza daripada yang lain

5) Matlamat dan objektif kesatuan terbeban dengan nilai-nilai kehidupan seperti keadilan, kebajikan, kebersihan alam, produktiviti, perikemanusiaan, kemajuan, kesejahteraan dll

Page 6: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Kumpulan berkepentingan• Dalam analisis politik dan dasar,kecenderungan kumpulan

mestilah diberi perhatian dengan mengambil kira kesan yang wujud jika kecenderungan itu dipinggirkan – anarki, revolusi, boikot, demontrasi dll

Page 7: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Penyertaan Kumpulan Berkepentingan Dalam Pembuatan Dasar• Perbincangan merujuk kepada 2 kes utama iaitu:1)Dasar reformasi pendidikan2)Pengukuhan dasar reformasi pendidikan kebangsaan

Page 8: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• Laporan Razak 1956 telah menjadi teras

kepada dasar reformasi pendidikan• Laporan ini bertanggungjawab untuk

merangka dasar-dasar penting untuk mengubah sistem, struktur persekolahan, dan kurikulum persekolahan daripada corak kolanial yang tidak seimbang kepada corak kebangsaan yang sesuai dengan aspirasi masyarakat dan negara• Ciri pendidikan kolonial – polarisasi dan

diskriminasi yang memecahbelahkan rakyat dari segi mental dan politik

Page 9: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• JK Pendidikan 1955 ditubuhkan untuk:1)Meneliti dasar pendidikan sedia ada dan

mencadangkan sistem pendidikan yang boleh diterima ramai yang dapat memenuhi kehendak masyarakat dan menggalakkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi, dan politik

2)Membuat perubahan dan pindaan terhadap Ordinan Pendidikan 1952• Matlamat mutkahir JK ini – menyatupadukan

kanak-kanak semua kaum di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa kebangasan sebagai bahasa pengantar tetapi perlu dilakukan secara beransur-ansur

Page 10: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• Bagi menjayakan matlamat ini, JK telah meneliti

saranan-saranan dalam Laporan Barnes (1951), Laporan Fenn-Wu (1951), laporan pendidikan negara-negara lain, Ordinan Pendidikan 1952, memorandum dari kumpulan2 berkepentingan dalam pendidikan• Laporan Barnes – penubuhan sekolah kebangsaan

yang menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar dan penghapusan sekolah-sekolah vernakular Melayu, Cina, dan Tamil, Sekolah menengah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar• Laporan ini telah ditentang oleh semua kaum

Page 11: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• Kesannya tertubuh JK Fenn-Wu yang telah mencadangkan: kaum

cina perlu diberi peluang untuk membetuk kebudayaan negara, menggalak orang Cina menguasai bahasa Melayu dan Inggeris, membina kewarganegaran Malaya

• Kesannya muncul Ordinan Pendidikan 1952 yang menggariskan:1)Sekolah kebangsaan sebagai corak persekolahan yang diterima oleh

kerajaan2)Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga tetapi sekolah

vernakular jenis ini tidak diiktiraf dalam sistem pendidikan kebangsaa

3)Sekolah Inggeris kekal4)Sekolah Vokasional dimaju dan ditambah

Page 12: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• JK Pendidikan 1955 bermatlamat menggubal dasar pendidikan

dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan ideologi politik berkecamuk• Bagi memperoleh kredibiliti, JKP telah mendapat maklumat

dan fakta melalui 4 cara:1)Memohon kesatuan, kerajaan tempatan dan individu

menghantar memorandum2)Mendapatkan dokumen2 rasmi kerajaan3)Mendapatkan bukti lisan daripada kesatuan2 pendidikan4)4) Mendapatkan kertas2 kerja daripada badan2 profesional

kerajaan dan persendirian

Page 13: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• Menerima 151 memorandum dari pelbagai

kumpulan• Mendapatkan dokumen rasmi dasar pendidikan

negara lain• Mendapatkan maklumat dari kesatuan

pendidikan• Mendapatkan kertas2 kerja dari Pengarah

Pendidikan• Hasilnya JK telah mengadakan lapan kali

mesyuarat dan merumuskan 12 skop penting dasar pendidikan

Page 14: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• Laporan Razak 1956 akhirnya disiapkan dan mencadangkan:1)Bahasa Melayu diajar kepada semua murid. Murid2 mesti lulus BM

sebelum memasuki sekolah menengah. BM menjadi mata pelajaran wajib dalam pengajian peringkat menengah rendah dan atas

2)Kementerian Pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dasar2 pendidikan termasuk peperiksaan dan kewangan

3)Hanya 2 sistem sekolah rendaj iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. SK menggunakan BM sebagai bahasa pengantar manakala SJK menggunakan bahasa Cina, Tamil atau Inggeris.

4)Penubuhan satu jenis sekolah menengah iaitu sekolah menengah kebangsaan untuk kepentingan perpaduan antara kaum. Peperiksaan pada peringkat menengah rendah dan menengah atas. Penggunaan kurikulum yang standard

Page 15: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Dasar Reformasi Pendidikan• Laporan Razak telah menjadi asas kepada Dasar Pendidikan

Kebangsaan dan dimaktubkan sebahagian besarnya dalam Akta Pendidikan 1961

• Penglibatan semua kaum dan kumpulan dalam merumuskan Laporan Razak

Page 16: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Pengukuhan Dasar Reformasi Pendidikan Kebangsaan• Dasar2 sedia ada perlu bersifat dinamik – bagi

menyesuaikan dengan keperluan semasa masyarakat• Penggubalan dasar baru bersifat beransur-ansur

bagi memastikan kelansungan dasar sedia ada• Laporan Razak telah disemak dengan munculnya

Laporan Rahman Talib 1960• Matlamat – mencadangkan sistem pendidikan

yang dapat memenuhi aspirasi semua kaum dan pembangunan negara dalam pelbagai aspek

Page 17: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Pengukuhan Dasar Reformasi Pendidikan Kebangsaan• JK Penyemak ini telah mendapatkan pandangan dari pelbagai

pihak meliputi parti politik, kesatuan, individu meliputi pelbagai aspke pendidikan – dari kurikulum sehingga hal ehwal murid dan guru

• Telah menerima 126 memorandum• Meminta Kementerian Pendidikan membentangkan 36 kertas

kerja meliputi pelbagai aspek

Page 18: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Pengukuhan Dasar Reformasi Pendidikan Kebangsaan

• Hasilnya JK Penyemak Pendidikan 1960 mencadangkan beberapa cadangan:

1)Umur berhenti sekolah ketika 15 tahun2)Pendidikan percuma sejagat bermula 19623)Pendidikan rendah dalam bahasa kebangsaan di

semua sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah bantuan bertukat kepada SJK

4)Kenaikan darjah secara automatik5)Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris

dalam sistem peperiksaan sekolah menengah

Page 19: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Pengukuhan Dasar Reformasi Pendidikan Kebangsaan6) Pendidikan Islam dan pendidikan moral 7) Pemansuhan Penguasa Pendidikan Setempat 8) Memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan9) Penambahan guru-guru terlatih

Page 20: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Rumusan Dari Penggubalan 2 Dasar Pendidikan1) Penggubalan dasar menyokong semangat demokrasi –

mengambil kira kepentingan semua pihak dan lapisan, menjaga prinsip hak sama rata

2) Penyertaan yang melibatkan pelbagai kumpulan berkepentingan – mewujudkan suasana menang-menang

3) Proses penggubalan dasar memerlukan fakta dan bukti untuk membina ilmu dasar yang bertujuan untuk mengatasi masalah2 secara praktikal

4) 4) Bersikap telus terhadap kritikan dan cadangan orang awam – menyiarkan laporan

Page 21: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

RUMUSAN• Manusia mempunyai berbagai-bagai keperluan dan

kepentingan• Pembinaan perkumpulan memudahkan pencapaian

keperluan dan kepentingan • Proses penggubalan dasar memerlukan analisis

fenomena dan masalah hidup terperinci bagi membolehkan penyelesaian terbaik dicari• Perkumpulan dapat memberi input2 penting kepada

kerajaan bagi penggubalan dasar yang adil dan terbaik kepada rakyat

Page 22: BAB 3 KUMPULAN BERKEPENTINGAN

Perbincangan• Apakah peranan kumpulan berkepentingan dan bagaimana

mereka mempengaruhi pembentukan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025?