kuliah 4 - guru dan perundanganedit.ppt

26
EDU 3109 GURU DAN CABARAN SEMASA

Upload: unaveswary

Post on 03-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • EDU 3109GURU DAN CABARAN SEMASA

  • Peraturan dan AktaSebagai penjawat awam, guru perlu mematuhi peraturan-peraturan tatakelakuan dan tatatertib.Peraturan-peraturan ini termaktub dalam Perintah Am, Bab D.Guru juga perlu mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan seperti Akta Pendidikan 1996.

  • Peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 (Pindaan 2002)Mengapa Guru Perlu Mematuhi Peraturan:Adalah mandatori untuk setiap penjawat awam mematuhi peraturan kelakuan dan tatatertib.Guru perlu bertingkah laku baik.Guru perlu mengamalkan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam.

  • Matlamat Peraturan Tatakelakuan dan TatatertibMemastikan penjawat awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab.Memastikan pegawai awam mengutamakan kepentingan awam daripada kepentingan diri.Memastikan pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam.Menghukum pegawai awam yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

  • Peruntukan-Peraturan Peraturan Tatakelakuan dan TatatertibPeraturan-peraturan mengenai tatakelakuan serta larangan/kesalahan khususTanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertibProsedur dan tatacara tindakan tatatertibHukuman tatatertibPeruntukan pelbagai yang berkaitan

  • Peraturan-Peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara UmumPeraturan 4 (1) - sentiasa memberi kesetiaan kepada YDA, negara dan kerajaan.. mempertahankan kedaulatan dan maruah negara

  • Peraturan 4 (2)

    - tidak boleh membelakangkan tugas demi kepentingan peribadi. Contoh? - tidak boleh berkelakuan yang memungkinkan kepentingan peribadi bercanggah dengan kepentingan awam. Contoh? - tidak boleh menggunakan kedudukan bagi kepentingan diri sendiri. Contoh? - perlu menjaga nama baik profesion. Bagaimana?

  • Sambungan peraturan 4 (2) - perlu cekap dan sentiasa berusaha. - mesti jujur, amanah dan bertanggungjawab - tidak boleh menggunakan pengaruh atau memberi tekanan dalam menyokong atau memajukan sebarang tuntutan sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.- tidak boleh ingkar perintah dan tidak cuai dalam melaksanakan tanggungjawab.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 4A (Gangguan Seksual) - tidak boleh melakukan apa jua perlakuan yang diistilahkan sebagai gangguan seksual sama ada secara lisan atau bukan lisan terhadap pelajar, rakan sekerja atau sesiapa sahaja di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah baikpun dalam waktu kerja mahupun di luar waktu kerja.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 5 (Pekerjaan Luar) - tidak boleh melakukan kerja-kerja luar kecuali setelah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan. - Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa aktiviti atau kerja luar tidak dilakukan: (i) dalam waktu pejabat dan semasa menjalankan tugas rasmi. (ii) tidak menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam. (iii) tidak bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 23 (Ketidakhadiran tanpa cuti) - dilarang tidak hadir ke sekolah tanpa cuti (Perkara tentang cuti termaktub dalam Perintah Am, Bab C). - guru tidak boleh mengetip kad perakam waktu pada waktu pagi kemudian tidak berada di premis kerja dan hanya muncul semula pada waktu petang untuk mengetip kad perakam waktu.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain yang Berkaitan) - perlu mematuhi etiket berpakaian seperti yang ditetapkan dalam garis panduan cara berpakaian (Pekeliling Berpakaian Kementerian Pelajaran Malaysia). - dilarang menggunakan atau mengambil apa-apa dadah kecuali yang dipreskripsikan oleh doktor perubatan. - tidak boleh menerima atau memberi apa-apa hadiah daripada atau kepada mana-mana individu atau organisasi yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan tugas rasmi pegawai.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain yang Berkaitan) - perlu membuat perisytiharan harta secara bertulis (tambahan harta dan juga pelupusan harta). - tidak boleh berhutang wang yang serius - tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah sama ada dengan atau tanpa cagaran. - tidak boleh terlibat dalam cabutan bertuah atau loteri kecuali untuk tujuan kebajikan. - tidak boleh menerbitkan atau menulis apa-apa buku, makalah atau karya lain yang berasaskan maklumat rasmi berperingkat.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain yang Berkaitan) - tidak boleh bertindak sebagai penyunting atau mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan atau dengan apa-apa cara membuat sumbangan kewangan atau bukan kewangan kepada mana-mana penerbitan jurnal, kecuali penerbitan jabatan atau kakitangan, penerbitan profesional dan penerbitan organisasi sukarela yang bukan bercorak politik.

  • Tatakelakuan yang Ditegah Sama Sekali atau Boleh Dibuat dengan KebenaranPeraturan 23 (Peraturan-peraturan Lain yang Berkaitan) - tidak boleh membuat pernyataan awam sama ada secara lisan atau bertulis yang boleh memudaratkan dasar, rancangan atau keputusan kerajaan. - pegawai dari kumpulan Pengurusan Tinggi dan kumpulan Pengurusan Profesional dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik.

  • Tindakan TatatertibJika disabitkan kesalahan, hukuman berikut boleh dikenakan bergantung kepada beratnya salah laku: 1. Amaran 2. Denda 3. Lucut hak emolumen 4. Tangguh pergerakan gaji 5. Turun pangkat 6. Buang kerja

  • Akta Pendidikan 1996Akta Pendidikan 1996 ialah satu perundangan pendidikan yang lengkap, kemaskini dan bersifat futuristik untuk menghadapi perubahan pendidikan abad ke-21.Akta Pendidikan 1996 merupakan satu misi negara untuk menghasilkan satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya untuk mencapai aspirasi negara.

  • Akta Pendidikan 1996Dasar Pendidikan Kebangsaan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menyatakan: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

  • Sistem Pendidikan KebangsaanSistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada: 1. Pendidikan Prasekolah (4 6 thn) 2. Pendidikan Rendah (6 12 thn) 3. Pendidikan Menengah: (i) Pendidikan Menengah Rendah (12 15 thn) (ii) Pendidikan Menengah Atas (16 17 thn) 4. Pendidikan Lepas Menengah 5. Pendidikan Tinggi

  • Jenis-Jenis SekolahSekolah - tempat di mana 10 murid diajar secara formal.Terdapat 3 jenis sekolah:Sekolah Kerajaan - ditubuhkan dan diselenggarakan sepenuhnya oleh kerajaan.Sekolah Bantuan Kerajaan - menerima sumbangan modal dan sumbangan bantuan penuh. Sumbangan modal merupakan bayaran daripada wang awam.3. Sekolah Swasta - pembiayaan sepenuhnya oleh pihak persendirian.Nota: Terdapat peruntukan perundangan untuk Pendidikan Khas dan Pendidikan Agama Islam dan Agama Lain.

  • Sekolah Kebangsaan

    Sekolah rendah dan menengah kerajaan atau sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib dan bahasa Cina serta bahasa Tamil diadakan jika ada permintaan daripad ibu bapa 15 orang murid sekolah itu.

  • Sekolah Jenis KebangsaanSekolah rendah dan menengah kerajaan atau sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama, manakala bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris ialah mata pelajaran wajib.

  • Peraturan-Peraturan PendidikanKurikulum Kebangsaan 1997 - menggariskan mata pelajaran teras, wajib dan elektif. - menggariskan gerak kerja kokurikulum (GERKO)Pendidikan Khas 1997 - program pendidikan untuk pelajar berkeperluan khas cacat, buta, pekak, dll

  • Peraturan-Peraturan PendidikanPenilaian dan Peperiksaan 1997 - fungsi Lembaga Peperiksaan dan Majlis PeperiksaanMajalah Sekolah dan Bahan Multimedia 1998 - penubuhan jawatankuasa penerbitan sekolah - pengedaran majalah sekolah dan bahan multimedia - kelulusan Guru Besar/Pengetua untuk penerbitan dan pengedaranPersatuan Sekolah 1998 - kelulusan Guru Besar/Pengetua untuk penubuhan persatuan - perlantikan Penasihat persatuan

  • Peraturan-Peraturan PendidikanPenerimaan Masuk Murid - anak warganegara dan bukan warganegara - penyimpanan daftar penerimaan masuk murid - pertukaran sekolah dengan kelulusan Pengarah Pendidikan

  • Implikasi Akta Pendidikan 1996FPK menjadi landasan aktaSistem pendidikan dimantapkan untuk semua peringkat persekolahanKedudukan bahasa kebangsaan diperkasakanKurikulum diselaraskanPeperiksaan yang samaPendidikan Islam diperluaskanPendidikan prasekolah diperluaskan dan mutu dipertingkatkanPendidikan teknik dipertingkatkan di sekolah menengahPendidikan guru diperkukuhkanPendidikan swasta lebih sistematik dan berkembangPendidikan khas diberi tumpuanKepentingan pendidikan semua kaum diambil kira

    P*