kuliah 3 & 4 analisis kesalahan bahasa

45
NORIZA DAUD AKADEMI PENGAJIAN BAHASA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KULIAH 3 ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Upload: suitec

Post on 17-Nov-2015

279 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

BMU

TRANSCRIPT

  • NORIZA DAUDAKADEMI PENGAJIAN BAHASAUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

    KULIAH 3

    ANALISIS KESALAHAN BAHASA

    *

  • Kesalahan atau mistakes merupakan selewengan disebabkan faktor pelaksanaan, penampilan, prestasi (performance) seperti ingatan yang terhad, kesalahan dalam urutan sistem kala, sebutan ejaan, keletihan, pengaruh emosi, dan sebagainya.

    Pelajar sebenarnya telah mengetahui sistem linguistik bahasa yang digunakannya, namun disebabkan faktor-faktor berikut, pelajar lupa akan sistem bahasa tersebut.

    KESALAHAN (MISTAKES)

    *

  • Kesilapan atau errors merupakan selewengan disebabkan faktor kecekapan. Pelajar belum memahami sistem linguistik bahasa yang digunakannya. Kesilapan terjadi secara konsisten, oleh itu kesilapan bersifat sistematik.

    Kesilapan bersifat kekal jika tidak diperbaiki. Kesilapan biasanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak menguasai sepenuhnya struktur tatabahasa.

    Kesilapan dilakukan oleh individu yang cuba mempelajari sesuatu bahasa.

    KESILAPAN (ERRORS)

    *

  • Analisis kesalahan bertujuan membantu para pelajar mengenal pasti punca terdapatnya kesalahan bahasa dalam penulisan. Dengan membuat analisis, pelajar boleh mengetahui sistem atau rumus bahasa yang betul.

    Antara tujuan membuat analisis kesalahan adalah supaya pelajar dapat menyediakan bahan penulisan yang betul dan meminimumkan kesalahan tatabahasa.

    TUJUAN

    *

  • Kesalahan bersifat sementara dan boleh dibetulkan apabila pelajar memberikan perhatian kepada kesalahan tersebut.

    all learnes makes mistakes. This is not confined to language learners. We all makes mistakes when we are speaking our mother tongue. ( Corder, S.P, 1973:256)

    *

  • Kesalahan biasanya dilakukan oleh penutur asli bahasa itu sendiri. Berhubung dengan kesalahan yang dilakukan oleh penutur jati, Corder menyifatkan kesalahan mereka sebagai breaches of code

    I have refered to errors as breaches of code. This is a reasonable description of some errors made by the native speaker, since by definition they know the formation of rules of their mother tongue. (Corder, S.P, 1973:259)

    *

  • Menurut Corder, kesalahan kerap dilakukan oleh pelajar yang sedang menguasai bahasa natifnya, manakala kesilapan dilakukan oleh pelajar yang hendak mempelajari bahasa kedua.

    *

  • Penyimpangan yang dikatakan kesilapan tersebut terjadi kerana individu berkenaan belum mampu menguasai seluruh sistem bahasa kedua yang dipelajarinya.

    Kesilapan biasanya dilakukan oleh orang-orang yang tidak dapat menguasai sepenuhnya struktur tatabahasa. Kesilapan dilakukan oleh individu yang cuba mempelajari sesuatu bahasa.

    *

  • refer to those features of the learner utterances which differ from those of any native speaker

    (Corder, S.P, 1973:260)

    Biasanya penutur jati sudah menguasai sistem bahasanya sewaktu kecil dan apa yang berlaku hanyalah kesalahan. Hal ini tidak berlaku kepada individu yang mempelajari bahasa kedua.

    *

  • Kesalahan sebutanKesalahan penggunaan kataKesalahan pemakaian imbuhanKesalahan kata jamakKesalahan ayatKesalahan tanda bacaKesalahan kata bilangan

    ANALISIS KESALAHAN BAHASA

    *

  • Kesalahan penjodoh bilanganKesalahan kata penguatKesalahan kata sendi namaKesalahan kata ganti nama diriKesalahan penggunaan kata pemeri ialah dan adalahANALISIS KESALAHAN BAHASA

    *

  • Penggunaan kata sendi namaPenggunaan imbuhanPenggunaan kata asing dan kata pinjamanPenggunaan kata baruPenggunaan kata ganti nama diri ketigaANALISIS KESALAHAN BAHASAMorfologi

    *

  • Penggunaan kata penanda jamakPenggunaan kata penguatPenggunaan kata hubung waktuPenggunaan kata penegasPenggunaan kata bantu Penggunaan ungkapan di manaANALISIS KESALAHAN BAHASAMorfologi

    *

  • Kesalahan morfologi merupakan aspek kesalahan yang paling banyak dilakukan. Kebanyakan kesalahan ini ialah kesalahan penggunaan imbuhan kata kerja meN-, ter-, di-, memper-, -kan.Dari segi perbendaharaan kata, kesalahan sering berlaku apabila penggunanya sering menggunakan perbendaharaan kata yang tidak tepat dengan struktur ayat kerana kurang penguasaan perbendaharaan bahasa pertama.ANALISIS KESALAHAN BAHASAMorfologi

    *

  • Kesalahan dari segi ejaan juga paling kerap berlaku. Sistem ejaan dalam bahasa Melayu berpandukan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu terbitan DBP yang merupakan sistem ejaan yang dipersetujui bersama-sama oleh ketiga-tiga negara, iaitu Brunei, Indonesia, dan Malaysia.ANALISIS KESALAHAN BAHASAMorfologi

    *

  • Kesalahan ini melibatkan sistem keselarasan vokal, ejaan kata pinjaman, penggunaan tanda sempang, penulisan imbuhan pinjaman, rangkai kata, kata majmuk, dan lain-lainANALISIS KESALAHAN BAHASAMorfologi

    *

  • Kesalahan sintaksis bermaksud binaan bahasa yang menyimpang daripada struktur ayat yang betul dalam sesuatu bahasa. Kesalahan ini termasuklah kesalahan klausa dan ayat yang disebabkan oleh kejanggalan dan ketidakgramatisan. ANALISIS KESALAHAN BAHASASintaksis

    *

  • Kesalahan yang biasa dikesan ialah tidak mematuhi rentetan kata dalam bahasa Melayu, iaitu yang diterangkan mendahului yang menerangkan yang dikenali sebagai hukum D M.

    Kesalahan struktur ayat juga berlaku apabila struktur ayat bahasa Melayu dipengaruhi oleh ayat daripada bahasa Inggeris, Cina, dan Tamil. ANALISIS KESALAHAN BAHASASintaksis

    *

  • Kajian juga menunjukkan bahawa kesalahan umum yang biasa dilakukan adalah dari aspek struktur ayat pasif.

    Kesalahan ayat ini berlaku disebabkan para pelajar kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif, dan ayat pasif. Ini termasuklah tanda baca.ANALISIS KESALAHAN BAHASASintaksis

    *

  • Pengaruh sintaksis bahasa Inggeris yang terdapat dalam laras bahasa ilmiah lebih merupakan penyimpangan bahasa yang berpunca daripada kelemahan menguasai sintaksis bahasa Melayu.

    Pengaruh bahasa Inggeris yang meluas dalam bahasa Melayu menyebabkan kesalahan ini kurang diberikan perhatian kerana hal ini dianggap sebagai ciri utama dalam wacana akademik.ANALISIS KESALAHAN BAHASASintaksis

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAHukum D M

    Salah Betul Tomato sosMini CornettoFamili RestoranHaiwan Klinik Sos tomatoCornetto miniRestoran FamiliKlinik Haiwan

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASA Kata Jamak

    Salah Betul mereka-merekasemua kenderaan-kenderaanpara-para siswalima orang adik-adik merekasemua kenderaan

    para siswalima orang adik

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Penguat

    Salah Betul sangat mahal sekalisungguh dekat sekalipaling menawan sekaliamat menggerunkansekali sangat mahalsungguh dekat paling menawanamat menggerunkan

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Adjektif dan Imbuhan ter-

    Salah Betul Intan mendapat tempatyang teratas sekali.

    Encik Abu ialahsukarelawan yang tertuasekali dalam kempen itu. Intan mendapattempat yang teratas.

    Encik Abu ialahsukarelawan yangtertua dalam kempenitu.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Hubung

    Salah Betul Asraf sedang mengulangkaji bila saya tiba dirumahnya.

    Mukanya cantik kecuali badannya gemuk. Asraf sedangmengulang kajiapabila saya tiba dirumahnya.

    Mukanya cantiktetapi badannyagemuk.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Bilangan

    Salah Betul Asrama Seroja telahmenjalankan berbagaiaktiviti semasa HariTerbuka.

    Beribu usahawan tidak membayar cukai pendapatan.Asrama Seroja telahmenjalankan berbagai-bagai aktiviti semasaHari Terbuka.

    Beribu-ribuusahawantidak membayar cukaipendapatan.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Sendi

    Salah Betul Zulaikha telahberpindah daripadakolej ini bulan lalu.

    Sofa itu dibuat dari getah asli.Zulaikha telahberpindah dari kolejini bulan lalu.

    Sofa itu dibuatdaripada getah asli.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Sendi

    Salah Betul Saya selalu pergi ke ibukota di Hari Kebangsaan.

    Khalid dilahirkan diArabSaudi.Saya selalu pergi keibu kota pada HariKebangsaan.

    Khalid dilahirkan diArab Saudi.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenjodoh Bilangan

    Salah Betul Setiap orang pekerjaSesetengah orangpelatihSeluruh buah daerahSemua ekor burungSetiap pekerjaSesetengah pelatih

    Seluruh daerahSemua burung

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Ganti Diri

    Salah Betul Pengedar dadah itutelah ditangkap. Beliaudibawa ke balai polis.

    "Awak tinggal di mana?tanya Ah Chong kepadapensyarahnya. Pengedar dadah itutelah ditangkap. Diadibawa ke balai polis.

    Profesor tinggal dimana? tanya AhChong kepadapensyarahnya.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Adjektif

    Salah Betul Juadah yangdihidangkan olehtunangnyabenar enak.

    Panorama dari atasbukit yang nian indahitu mempesonakannya. Juadah yangdihidangkan olehtunangnya enak benar.

    Panorama dari atasbukit yang indah nianitu mempesonakannya.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Kerja Transitif

    Salah Betul Kakak sedang jahit baju kebaya.

    Abang selalu cuci motosikalnya.Kakak sedang menjahit baju kebaya.

    Abang selalu mencuci motosikalnya.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAKata Tanya

    Salah Betul Naib Canselor berasal dari manakah?Apa nama pensyarah itu?Bila Dekan akan pulang?Haiwan peliharaan awak bernama siapa? Naib Canselor berasal dari mana?Siapakah nama pensyarah itu?Bilakah Dekan akan pulang?Haiwan peliharaan awak bernama apa?

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    Keterangan Contoh Adakah dan Apakah i. Kata adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak. ii. Kata apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda, keterangan tentang sesuatu, dan untuk menanyakan sesuatu yang tidak khusus. Salah (a) Apakah benar laporanmu itu? (b) Apakah Intan datang semalam? (c) Apakah kamu bermimpi? Betul (a) Adakah benar laporanmu itu? (b) Adakah Intan datang semalam? (c) Adakah kamu bermimpi?

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    Keterangan Contoh Boleh dan Dapat i. Kata boleh lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keizinan.

    ii. Kata dapat pula lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan. Salah (a) Dia tidak boleh membuat persembahan kerana sakit perut. (b) Saya tidak boleh berlari kencang kerana kaki saya terseliuh. Betul (a) Dia tidak dapat membuat persembahan kerana sakit perut. (b) Saya tidak dapat berlari kencang kerana kaki saya terseliuh.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    Keterangan ContohBukan dan Tidak i. Kata bukan dan tidak tergolong dalam kelas kata nafi untuk membentuk ayat nafi.

    ii. Kata bukan tidak boleh digunakan apabila frasa adjektif atau frasa kerja menjadi predikat ayat. Salah (a) Karung ini bukan berat. (b) Kucing bukan tidur di stor. (c) Polis bukan menulis laporan. Betul (a) Karung ini tidak berat. (b) Kucing tidak tidur di stor. (c) Polis tidak menulis laporan.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    Keterangan ContohGolong dan Gulung i. Kata golong boleh diberi imbuhan menjadi menggolongkan, tergolong, golongan, dan penggolongan. Tiap- tiap kata ini berbeza maknanya. ii. Kata gulung pun boleh diberi imbuhan menjadi bergulung, mengulung, tergulung, dan gulungan. iii. Kata golong dan gulung ini sering salah digunakan dan salah dieja kerana seakan-akan sama bentuknya. Salah (a) Gulungan nelayan memerlukan bantuan. (b) Mereka tergulung dalam kumpulan orang bangsawan. (c) Nenek sedang menggolong tikar. Betul (a) Golongan nelayan memerlukan bantuan. (b) Mereka tergolong dalam kumpulan orang bangsawan. (c) Nenek sedang menggulung tikar.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    Keterangan Contoh Pedalaman dan Pendalaman i. Kedua-dua kata ini berasal daripada kata yang sama (dalam) tetapi berbeza maknanya. ii. Pedalaman bererti kawasan yang terpencil atau daerah yang jauh dari perhubungan dan kemudahan. iii. Pendalaman pula bererti usaha mendalami atau mendalamkan. iv. Kesalahan pengunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. Salah (a) Beberapa kawasan pendalaman di Pahang dinaiki air. (b) Pedalaman dasar Sungai Gombak dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir. Betul (a) Beberapa kawasan pedalaman di Pahang dinaiki air. (b) Pendalaman dasar Sungai Gombak dilakukan untuk mengelakkan berlakunya banjir.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    Keterangan ContohPendapat dan Pendapatan i. Kedua-dua kata ini pun berasal daripada kata yang sama (dapat) tetapi berbeza maknanya. ii. Pendapat bererti buah fikiran atau pandangan. iii. Pendapatan pula bererti hasil pencarian yang biasanya dihubungkan dengan gaji atau upah. iv. Kesalahan penggunaan kata berlaku apabila kata pendapatan digunakan pada tempat pendapat. Salah (a) Pada pendapatan saudara, dapatkah projek ini dilaksanakan? (b) Pada pendapatan saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

    Betul (a) Pada pendapat saudara, dapatkah projek ini dilaksanakan? (b) Pada pendapat saya, penswastaan banyak membawa kebaikan.

    *

  • CONTOH-CONTOH KESALAHAN BAHASAPenggunaan Kata Yang Tidak Tepat

    KeteranganContoh Tembok dan Tembuk i. Tembok bererti dinding atau halangan yang dibuat daripada batu. Kata ini boleh dibentuk menjadi kata kerja menembok yang bererti mendinding. ii. Tembuk pula bererti tembus atau berlubang. Kata ini pun boleh dibentuk menjadi kata kerja menembuk yang bererti membuat lubang. iii. Kesalahan penggunaan kata ini dalam ayat berlaku kerana ketidakpastian tentang ejaannya. Salah (a) Tapak sepatu ini sudah tembok. (b) Kontraktor itu menembok dinding dengan penebuk elektrik.

    Betul (a) Tapak sepatu ini sudah tembuk. (b) Kontraktor itu menembuk dinding dengan penebuk elektrik.

    *

  • Kesilapan (errors) ialah penyimpangan sistematik apabila pelajar tidak mempelajari bentuk yang betul dan sering kali melakukan kesilapan tersebut secara tekal.

    Penyimpangan yang tidak tekal pula dikatakan kesalahan. (Norish:1983)PERBEZAAN KESILAPAN DENGAN KESALAHAN

    *

  • Kesalahan yang terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu oleh penutur jati sendiri bukanlah perkara baru dalam kajian pemerolehan bahasa.

    KESIMPULAN

    *

  • Awang Sariyan. 1982. Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

    Lee Lai Foon & Raja Masittah Raja Ariffin. 2007. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    SENARAI RUJUKAN

    *

  • LATIHAN 1Bincangkan aspek-aspek kesalahan bahasa dari sudut morfologi.

    *

  • SEKIAN, TERIMA KASIH.

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *

    *