kuliah 4- internet.ppt

34
Lecture 4 PENGENALAN KEPADA INTERNET

Upload: raffy-ngimau

Post on 29-Nov-2015

72 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah 4- Internet.ppt

Lecture 4

PENGENALAN KEPADA

INTERNET

Page 2: Kuliah 4- Internet.ppt

APAKAH INTERNET ? Internet adalah singkatan bagi " inter-network". Internet

adalah rangkaian yang menghubungkan berjuta-juta komputer di dunia.

Komputer-komputer ini yang terdiri daripada komputer peribadi hinggalah ke komputer kerangka utama (supercomputers)

Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat seperti sumber maklumat (perpustakaan maya) seperti katalog, pengkalan data, perkhidmatan, penerbitan dan sebagainya.

Page 3: Kuliah 4- Internet.ppt

APAKAH INTERNET ? Pengguna komputer dapat bertukar maklumat

dengan pantas antara satu sama lain walaupun berada di sudut dunia yang berlaianan.

Rangkaian komputer terbesar dikawal selia oleh Yayasan Sains Kebangsaan Amerika Syarikat atau NSF (National Science Foundation).

Page 4: Kuliah 4- Internet.ppt

Model pengkomputeran Internet

Internet menggunakan model pengkomputeran tersebar (distributed computing) dan pengkomputeran pelayan-pelanggan

Sama seperti data-data dan aplikasi yang disimpan dalam cakera keras, maklumat atau fail-fail disimpan dalam komputer yang dinamakan pelayan (server).

Page 5: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH INTERNET BERFUNGSI?Keseluruhan proses komunikasi internet boleh dibahagikan kepada dua komponen : PELAYAN (Server) PELANGGAN (Client)

Ini bermakana apabila anda inginkan maklumat daripda internet, anda adalah PELANGGAN.

Komputer yang menghantar maklumat tersebut kepada anda dikenali sebagai PELAYAN.

Page 6: Kuliah 4- Internet.ppt
Page 7: Kuliah 4- Internet.ppt
Page 8: Kuliah 4- Internet.ppt

Pelanggan dan Pelayan Pelayan ini yang disambungkan ke rangkaian komputer seluruh dunia untuk

berkongsi sumber dan maklumat dengan pengguna lain. Pelayan (serber) disambung secara langsung ke internet sepanjang masa

Apabila pelanggan ingin mengakses internet, mereka akan mendail kepada pelayan. Apabila kita dalam internet dan memerlukan maklumat tertentu, komputer kita akan berhubung dengan komputer pelayan di mana maklumat yang dikehendaki ditempatkan.

Apabila permintaan diterima, maklumat ini akan dipecahkan kepada paket. Paket ini membawa maklumat alamat komputer kita. Paket ini dihantar melalui kabel atau talian telefon. Apabila paket ini tiba ke komputer penerima, ia akan digabungkan semula untuk membentuk mesej asal bagi membolehkan penerima mebaca dan bertindakbalas seperti yang dikehendaki.

Page 9: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET?

Proses pemindahan data dikendalikan oleh protokol rangkaian yang dikenali sebagai Protokol Kawalan Transmisi/Protokol Internet -TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol).

Protokol rangkaian ialah satu set peraturan dan panduan untuk mengelolakan penghantaran data melalui rangkaian.

Page 10: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET?

Protokol ini seakan-akan satu system perekodan (coding system) yang membenarkan computer mentafsir data.

Setiap computer yang dirangkai dalam internet memahami kedua-dua protocol ini dan menggunakannya untuk menghantar dan menerima data dalam rangkaian.

Page 11: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET? TCP/IP mewujudkan sesuatu yang dipanggil

rangkaian bingkisan pensuisan (packet switched network) iaitu satu jenis rangkaian yang bertujuan untuk meminimakan risiko kehilangan data yang dihantar melalui internet.

Pertamanya, TCP memecahkan/menyahhimpunkan (disassemble) setiap data yang hendak dipindahkan itu kepada pecahan-pecahan kecil (chunks) yang dinamakan bingkisan (packets).

Page 12: Kuliah 4- Internet.ppt

` Rangkaian-rangkaian dihubungkan oleh penghala. Penghala-

penghala ini seterusnya akan memeriksa kemana bingkisan-bingkisan ini harus pergi dan menentukan kearah mana hendak ditala.

Penghala ini tahu ke mana destinasi bingkisan-bingkisan tersebut, sebab ada alamatnya (address) dan alamat ini dipanggil Alamat Protocol Internet (IP address).

Oleh itu, sebelem menghantar data, setiap bingkisan tadi akan ‘dibungkus’ dengan ‘sampul surat elektronik’ yang tercatat alamat-alamat Protocol Internet pengirim dan penerimanya. Alamat Protokol Internet ialah satu siri empat nombor yang dihubungkan dengan titik (dot).

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET?

Page 13: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET?

Komunikasi ini berlaku dalam Rangkaian TCP/IP melalui get laluan (gateway) iaitu penghala yang menterjemahkan bahasa komunikasi bukan TCP/IP kepada bahasa TP/IP dan sebaliknya.

Page 14: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET? Pelayan-pelayan ini boleh jadi komputer-komputer kerangka

utama (supercomputers) ataupun cuma komputer-komputer peribadi yang masing-masing disambungkan oleh penghala (routers) yang menjadi pencari laluan (path finder) internet.

Data biasanya akan melalui beberapa penghala dalulu sebelum sampai ke pelayan yang dituju.

Penghala-penghala ini biasanya dimiliki sama ada oleh ISP dan mana-mana badan korporat ataupun menjadi sebahagian daripada ’tulang belakang’ internet itu sendiri.

Page 15: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET?

Setiap penghala yang wujud dalam rangkaian internet sentiasa bersambungan melalui pelbagai laluan.

Dengan itu, sekiranya sesuatu data yang dihantar oleh Pelayan A kepada Pelayan B melalui Penghala 1 tidak berjaya, Pelayan A mempunyai ribuan laluan lencongan lain untuk menghantar data tersebut ke Pelayan B tadi iaitu Penghala 2, Penghala 3 dan seterusnya.

Page 16: Kuliah 4- Internet.ppt

BAGAIMANAKAH DATA BERGERAK MELALUI INTRENET? Berbalik kepada bingkisan-bingkisan tadi, selepas diperiksa

alamat Protokol Internetnya, penghala terus menghantar ke destinasinya iaitu pelayan yang menyimpan maklumat yang dikehendaki.

Sekiranya data dipecahkan kepada tiga bingkisan, ada kemungkinan setiap satunya bergerak melalui penghala yang berbeza.

Apabila kesemua bingkisan ini sampai, TCP mengambil alih proses ini semula dengan mengenal pasti setiap bingkisan dan seterusnya menghimpun semula reassemble) menjadi data asal.

Page 17: Kuliah 4- Internet.ppt

Alamat Protokol InternetTiap-tiap komputer dalam internet mempunyai

identiti yang unik Alamat Protokol Internet

(Internet Protocol Address) @ IP Address

Contoh Alamat Protokol Internet : i. 202.188.95.12 untuk pelayan TMnet ii. 192.228.188.34 untuk pelayan Jaring

Page 18: Kuliah 4- Internet.ppt

Alamat Protokol Internet

Page 19: Kuliah 4- Internet.ppt

Nama Domain Nama domain adalah nama untuk mewakili alamat IP. ditafsir oleh

Sistem Nama Domain atau DNS (Domain Name System).

Melambangkan identiti atau nama pengguna atau organisai yang menggunakan sesebuah komputer.

Mudah untuk diingat berbanding dengan alamat IP. Contoh:

ftp.microsoft.com 198.105.232.1 relays.jaring.com 192.228.128.15 www.yahoo.com 192.153.156.22

Page 20: Kuliah 4- Internet.ppt

Nama Domain

http:/www.ilpmsg.gov.my

http:/ - Hyper Text Transfer Protocol- Pelayar fail www – World Wide Web Gov – Jenis Organasasi My – Domain Generik www.ilpmsg.gov.my- Nama Domain

Pelayan

Page 21: Kuliah 4- Internet.ppt

Nama Domain

http:/www.ilpmsg.gov.my/

http:/ - Hyper Text Transfer Protocol- Pelayar fail www – World Wide Web Gov – Jenis Organasasi My – Domain Generik

index.html – Nama Fail

Page 22: Kuliah 4- Internet.ppt

Sistem Nama DomainJenis Organasasi gov- Pertubuhan Kerajaan com-pertubuhan komersial edu- pendidikan mil- agensi ketenteraan net-sokongan rangkaian

Zon geografik my- malaysia sg- singapore

Page 23: Kuliah 4- Internet.ppt

Keperluan Asas Internet Rumah Komputer Modem Talian Telefon Internet Service Provider (ISP) seperti

Jaring/Tmnet Perisian Internet (Netscape

Communicator/Microsoft Internet Explorer)

Page 24: Kuliah 4- Internet.ppt

PERKHIDMATAN ASAS i. WORLD WIDE WEB ii. MEL ELEKTRONIK iii. INTERNET RELAY CHAT (IRC) iv. PROTOKOL PINDAHAN FAIL (FTP) v. TELNET vi. KUMPULAN BERITA (NEWSGROUP) vii. SENARAI MEL (MAILLING LIST)

Page 25: Kuliah 4- Internet.ppt

World Wide Web WWW (web) adalah paling popular. Web mengandungi berjuta-juta laman

maklumat yang disimpan dalam komputer di seluruh dunia. Web berkebolehan menggabungkan teks, gambar, suara, video, animasi dan lain-lain.

Selain daripada itu web juga dapat memberi khidmat e-mel, ftp, gopher, wais dan lain-lain. Tiada arahan yang perlu dimasukkan untuk menjelajah web. Dokumen atau lokasi lain boleh dimasuki dengan hanya mengklik link yang terdapat dalam dokumen semasa.

Penggunaan web dengan meluas merupakan faktor utama yang mendorong perkembangan internet yang amat pesat kebelakangan ini.

Melalui WWW, peniaga atau pengguna dapat membuat pemasaran dan menerbitkan dokumen untuk disebarkan ke seluruh dunia.

Page 26: Kuliah 4- Internet.ppt

WWW -Teknik Mencari Maklumat Mencari Maklumat di Internet, memerlukan sedikit kemahiran agar masa

anda tidak terbazir. Anda perlu bijak menggunakan Engin Pencari dan menggunakan teknik mencari yang lebih berkesan.

Engin Pencari Terdapat  dua jenis engin pencari, iaitu direktori dan indexes.

Enjin Direktori seperti Yahoo! baik untuk mencari maklumat umum.  Hasil pencarian ialah senarai laman web yang berkaitan.

Engin Pencari seperti Alta Vista dan Google dikategorikan sebagai web indexes. Engin pencari jenis ini berkeupayaan untuk mencari mukasurat tertentu dalam sesebuah laman web berdasarkan istilah pencarian yang digunakan. Engin Pencari sedemikian menggunakan program software dikenali sebagai spiders atau robot. 

Page 27: Kuliah 4- Internet.ppt

E-mel - (Mel Elektronik) E-mel ialah menghantar surat secara elektronik kepada penerima

melalui komputer dengan berkesan, murah dan pantas. E-mel juga dapat diguna untuk nenghantar fail, dokumen, imej,

audio dan video dalam bentuk digital dengan melampairkan bersama e-mel.

Setiap pengguna perlu ada akaun e-mel. Untuk mengguna e-mel, pengguna hanya perlu tahu bagaimana:

- mengarang dan menghantar mel baru - memeriksa dan membaca mel - membalas dan menghantar mel - menghantar fail bersama mel.

Contoh perisian: Mailtool, Pine, Mail, Eudora Pro.

Page 28: Kuliah 4- Internet.ppt

Internet Relay Chat - IRC IRC adalah suatu yang cukup digemari dalam internet sejak

kebelakangan ini. Pengguna boleh berinteraksi sesama mereka dalam talian tersebut dengan hanya menggunakan papan kekunci bagaikan bercakap di dalam telefon.

Ini adalah jauh lebih ekonomi daripada penggunaan telefon. Ketika ber’IRC’ ini, anda akan berada di dalam sebuah bilik sembang (chatroom), terdapat pelbagai bilik-bilik sembang yang mempunyai nama-nama yang unik.

Di sinilah anda akan dapat berkomunikasi secara ‘on-line’ membolehkan anda berhubung secara terus dengan orang tertentu dari serata dunia didalam ruang dikenali sebagai “bilik sembang”

Page 29: Kuliah 4- Internet.ppt

Persidangan Video Persidangan video ialah suatu aktiviti di mana pengguna

boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di serata dunia melalui kamera video digital dan mikrofon yang disambung kepada komputer peribadi melalui talian internet.

Ini lebih ekonomi dan penjimatan untuk ke sesuatu tempat. Dari segi perniagaan pula, ia secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran masa dan kos oleh pengurus atau eksekutif. Dari segi pendidikan ia bermenafaat dari persidangan video sebab kawasan-kawasan di luar bandar tidak akan dipencilkan dalam hal penjagaan kesihatan lagi.

Page 30: Kuliah 4- Internet.ppt

Fail Transfer Protocol - FTP Maklumat yang disimpan dalam komputer seperti

artikal dan program boleh dikongsi dengan kemudahan pemindahan data melalui internet.

Ftp (File Transfer Protocol) diguna untuk memindahkan fail dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ftp membenarkan pelanggan menyimpan fail untuk kegunaan awam dan "downloading" oleh pengguna internet (anonymous).

Page 31: Kuliah 4- Internet.ppt

Telnet Istilah yang digunakan untuk menggunakan

komputer secara jarak jauh (remote login) di mana-mana tempat dalam internet.

Biasanya digunakan untuk mencari maklumat dalam pengkalan data atau pusat sumber awam dan menggunakan komputer sendiri dari mana-mana tempat dalam internet. Perisian pelanggan: NetTerm.

Page 32: Kuliah 4- Internet.ppt

KUMPULAN BERITA (NEWSGROUP) Kumpulan Diskusi Internet secara asasnya adalah aplikasi

dan lanjutan kepada penggunaan e-mel secara berkesan.

Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu diantara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka.

Conhoh; Cari Forum,

Page 33: Kuliah 4- Internet.ppt

SENARAI MEL (MAILLING LIST)

Penghantaran E-Mail secara berkumpulan. Boleh menghantar e-mail kepada satu

kempulan serentak serantak. Banyak diguna dalam groups, contonnya

Yahoo groups.

Page 34: Kuliah 4- Internet.ppt