nota kuliah minggu 4

Upload: maniswari

Post on 30-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

master ukm

TRANSCRIPT

  • KULIAH 4Perenggan dan PenulisanAbstrak

    GB6012Penulisan Akademik 1

    Prof. Madya Dr. Zamri Mahamod

  • PENULISAN PEMERENGGANAN Apakah maksud perenggan dan pemerengganan? Apakah ciri-ciri perengganan yang baik. Penekanan aspek kesatuan dan kesepaduan isi/fakta dengan huraian contoh yang membentuk perenggan. Contoh perenggan yang baik dan kurang berkesan.

  • Maksud Perenggan

    Perenggan ialah kesatuan wacana yang utuh yang berisi maklumat atau gagasan yang menjadi tema/pokok perbincangan. Unit asas perenggan ialah ayat. Dalam setiap perenggan mesti mengandungi ayat yang menyentuh tema/pokok perbincangan. Awang Sariyan (1992) perenggan hendaklah dilihat sebagai satu binaan yang berstruktur.

  • Maksud Pemerengganan

    Idea utama disusuli dengan idea berikutnya yang mempunyai kohesi dan kesinambungan idea. Pemerenggan yang baik ialah sistem pemerengganan yang ada ayat judul (isi pokok) dan dikembangkan (pengembangan) dengan huraian lanjut, bahasan, perbincangan, data, contoh dan sebagainya.- Contoh perenggan dan pemerengganan:

  • Jenis-Jenis Perenggan

    Perenggan pengenalan. Contoh:Perenggan isi. Contoh:Perenggan konseptual. Contoh:Perenggan idea. Contoh:Perenggan sub-idea. Contoh:Perenggan dialog. Contoh:Perenggan penutup. Contoh:

  • Ayat Dalam Perenggan

    Ayat tesis. Contoh:Ayat tajuk. Contoh:Ayat keterangan. Contoh:Ayat contoh. Contoh:Ayat penutup. Contoh:

  • Isi Dalam Perenggan

    Idea utama. Contoh:Idea kawalan. Contoh:Idea sokongan. Contoh:Huraian contoh. Contoh:

  • Ciri-Ciri Perenggan Yang Baik

    1. Jelas dan terbaca (keterbacaan): - penggunaan kata ayat dan perenggan yang dibina - tidak ada kesamaran (pembaca mudah fahami) - kandungan isinya disusun dengan baik mengikut pembinaan struktur ayat, pemerenggan, pembahagian tajuk dan subtajuk, dan gaya persembahan.

  • 2. Koherens:

    Koherens boleh dirujuk dalam tiga situasi:

    Koherens dalam ayatKoherens dalam perengganKoherens dalam bab

  • Wujudnya kesejajaran, keteraturan, kepautan dan kesatuan.Keselanjaran dan keteraturan dibuat melalui penyusunan daripada satu idea kepada idea yang lain sehingga satu kesimpulan dapat dibuat terhadap keseluruhan perbincangan.Kepautan dan kesatuan berdasarkan: a. Antara ayat dengan ayat lain dalam satu perenggan b. Antara perenggan dengan perenggan lain dengan menggunakan penanda wacana.

  • 3. Mudah dan Langsung: - Ayat mudah ialah satu idea dalam satu ayat. - Ayat ringkas dan bukan ayat majmuk. - Ciri langsung ialah tidak menggunakan banyak kata hubung, kata sendi kerana penggunaan kata hubung/sendi boleh menyebabkan terbinanya ayat yang kompleks/majmuk.

  • 4. Ringkas dan Padat: - Jika penulisannya berkemampuan menyatakan sesuatu maklumat yang berkaitan dengan menggunakan jumlah perkataan yang minimum tanpa menimbulkan kekeliruan atau mencicirkan maksud yang ingin disampaikan. - Ciri kepadatan idea disertakan dengan hujah dan huraian contoh boleh menarik perhatian pembaca.

  • 5. Kepelbagaian: - Melalui variasi seperti: a. Pemilihan pendekatan penulisan b. Alat penulisan c. Ragam pembentukan idea yang berbeza - Melalui ragam ayat yang mudah dan kompleks/majmuk yang diselang-seli. - Penulis menukarkan struktur ayat seperti: a. Ayat aktif ke ayat pasif b. Huraian contoh dahulu diikuti fakta/idea c. Dimasukkan petikan, dialog dll.

  • KHALAYAK PEMBACA Siapakah khalayak pembaca hasil penulisan yang dihasilkan? Bagaimanakah untuk menarik perhatian pembaca? Apakah strategi yang digunakan untuk menarik perhatian pembaca? Adakah penulisan bersifat ilmiah?

  • Khalayak Pembaca Fakulti hasil penyelidikan/penulisan dibaca oleh pensyarah dan pelajar. Khalayak pembaca yang berbeza Boleh diseminarkan Cara penulisan pastikan sesuai dengan khalayak

  • Hasil Penulisan Kertas konsep atau hasil penyelidikan. Penemuan sesuatu yang baru. Didasari dengan teori dan kajian berkaitan yang menyokong / bertentangan dengan hasil kajian / pandangan. Dinyatakan sumber rujukan.

  • PENULISAN ABSTRAK Terdapat perbezaan penulisan abstrak antara jurnal, kertas kerja atau kertas konsep atau tesis / kertas projek penyelidikan. Bagaimana hendak menulis abstrak yang baik mengikut jenis. Contoh abstrak.

  • Apa Yang Ada Dalam Abstrak

    Memuatkan tiga perkara utam:

    Mengapa kajian dijalankan? - TujuanBagaimana kajian dijalankan? - MetodologiApakah hasil kajian yang ditemui? - Dapatan

  • KESIMPULAN Aspek perenggan dan pemerengganan penting dalam penulisan tesis/kertas projek. Bahasa, wacana dan perenggan menjadikan abstrak/ kertas kerja/ jurnal/ prosiding dan lain-lain artikel dapat dihasilkan dengan baik.

  • Sekian, Terima KasihGuru ibarat kucing tetapi berjiwa seperti singa