kuliah mingguan fiqh wanita (siri 4)

45

Upload: platform-siswa-islam-malaysia-prism-uk

Post on 14-Jun-2015

160 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 2: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 3: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Niat Membasuh muka Membasuh dua tangan hingga ke siku Menyapu kepala Membasuh dua kaki hingga ke buku lali Berturut-turut

Page 4: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Membaca bismillah ketika hendak memulakan wudhuk

Membasuh kedua tapak tangan (3 kali) Berkumur – kumur (3 kali) Membanyakkan berkumur iaitu

menyampaikan air hingga ke anak tekak kecuali bagi yang berpuasa.

Menyapu anak2 jari dan menggerakkan cincin di jari

Menyapu janggut bagi lelaki.

Page 5: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Menyapu telinga dengan air yg baru Menyapu semua anggota wudhuk

sebanyak 3 kali Memulakan dengan anggota kanan Mengalirkan air dengan menggunakan

tangan Melanjutkan air ke bahagian anggota

wudhuk Tidak melampau dalam menggunakan

air ketika wudhuk Doa selepas wudhuk

Page 6: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Menyapu seluruh kepala adalah bagi lelaki sahaja, manakala bagi wanita cukuplah dengan menyapu di hadapan kepala mengikut apa yang dilakukan oleh Saidatina Aisyah RA.

Sekiranya wanita ingin melakukannya, dibolehkan, caranya ialah dengan meletakkan tangan dibelakang kepala dan melalukan air hingga ke depan.

Page 7: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 8: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Keluar sesuatu dari dua jalan iaitu qabul atau dubur – (kencing, mazi, wadi, berak, angin) dan tidak ada khilaf dikalangan ulama

Tidur : sekiranya tidur secara baring, samada tidur sekejap atau lama, maka batal wudhuk. Tidur sambil duduk, tidak batal sekiranya sekejap, jika tidur lama, maka ia dikira batal.

Hilang akal/kewarasan : gila, bodoh, mabuk, atau apa2 seumpama dengannya.

Muntah, darah, nanah yang banyak yg mengalir dari tubuh badan maka hendaklah membalut luka tersebut sehingga ia tidak mengalir.

Memakan daging unta Murtad Memandikan mayat Menyentuh kemaluan Menyentuh wanita

Page 9: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Batal wudhuk lelaki sekiranya menyentuh wanita secara syahwat atau tanpa syahwat dan tanpa lapik. Makna menyentuh ialah dengan tangan atau anggota badan yang lain.

Wanita yg dimaksudkan samada muslimah atau non-muslimah. Tidak termasuk wanita yg mahram seperti ibu, adik beradik, ibu susuan. Tidak membatalkan wudhuk walaupun dengan syahwat.

Page 10: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 11: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Jenis-jenis mandi 1. Mandi yang digalakkan : Mandi selepas

dari memandikan mayat, mandi sebelum ke Makkatul mukarramah.

2. Mandi yang disunatkan : Mandi pada hari Jumaat, pada hari Arafah, hari raya eidul fitri dan eidul adha, ketika ihram haji.

3. Mandi yang diwajibkan : Mandi mayat, mandi seorang kafir yang baru memeluk Islam bagi mazhab Maliki dan Hanbali sahaja.

4. Mandi yang difardhukan: Janabah, Haidh, Nifas.

Page 12: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Keduanya membawa maksud yang sama : compulsory. Sesiapa yg meninggalkan, akan dapat dosa.

Cuma bezanya adalah sumber hukum, fardhu datang daripada sumber yang qatie (putus dan tamat) manakala wajib datang daripada hadith ahad.

Page 13: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Janabah Haidh Nifas Istihadhah Dengan apa digunakan untuk mandi Kaedah mandi dan apa yang diwajibkan

Page 14: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 15: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Keluar mani ketika jaga/ dalam keadaan sedar dengan cara apa sekalipun yang menyebabkan ianya keluar contohnya menyentuh, melihat, dan sebagainya.

Keluar mani ketika bermimpi.Ini berdasarkan hadith, diriwayatkan dari Ummu Salamah RA, bahawa beliau berkata: “Ummu Sulaim, isteri Abu Talhah datang kepada Rasulullah lalu bertanya; Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, apakah wanita wajib mandi ketika bermimpi? Rasulullah menjawab: Betul, jika ia melihat mani.

Page 16: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Apabila wanita melihat ada kesan mani pada bajunya, baju tersebut hanya dipakai olehnya maka diwajibkan mandi.

Jika dia bermimpi jima’ tetapi tidak menemukan bekas air mani maka tidak diwajibkan mandi.

Perbezaan di antara air mani lelaki dan wanita ialah air mani lelaki warnanya putih dan kental, air mani wanita berwarna kuning dan lembut.

Page 17: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Apabila bertemu 2 khitan. Maksudnya, apabila seorang lelaki menjimakkan seorang wanita maka wajib bagi kedua-duanya untuk mandi wajib. Walaupun tidak keluar mani daripada proses jimak tersebut. Iaitu, air mani suami tidak masuk ke dalam faraj isteri.

Berlaku proses dukhul (memasukkan hasyafah faraj lelaki ke dalam faraj wanita) itu menyebabkan pasangan tersebut wajib mandi, jika tidak ada proses dukhul, maka tidak diwajibkan mandi.

Page 18: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 19: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Ulama berselisih pendapat berkenaan kadar hari haidh bagi wanita. Bagi pendapat Hanafi: paling sedikit 3 hari. Pendapat Syafie: sehari semalam dan paling banyak 15 hari. Pendapat Maliki : tidak ditentukan. Pendapat Hanbali: sama seperti mazhab Syafie, tambahan, dengan melihat uruf dan adat kebiasaan.

Qaul rajih : pendapat mazhab Hanbali. Maka wajib melihat kepada adat kebiasaan hari kedatangan haidh.

Page 20: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Kebiasaan warna haidh ialah hitam(aswad). Berdasarkan hadith Nabi yg menerangkan ttg istihadhah, mengatakan bahawa, darah haidh ialah berwarna hitam seperti diketahui, tetapi sekiranya keluar selain dari itu hendaklah kamu berwudhuk (dan solat). Bagi pendapat Hanafi, tidak semestinya darah haidh adalah hitam kerana berhujah kepada ayat (( wa yas aluunaka anil mahidh, qul huwa aza )).. “aza” membawa maksud sakit. Tidak bermaksud kerana warna hitam atau merah. Maka bagi pendapat Hanafi, boleh jadi darah haidh adalah merah (humrah).

Page 21: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Kudrah ialah warna di antara putih dan hitam iaitu keruh. Pada pendapat Hanafi, warna ini adalah di akhir hari2 haidh. Bagi pendapat mereka juga, boleh jadi warna ini menjadi warna darah haidh pada awal atau permulaan haidh.

Page 22: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Adapun sufrah, bagi ulama bermazhab hanafi, apabila keluar yg berwarna kuning ia dikira sebagai haidh juga jika di awal hari haidh, namun jika ia keluar di akhir haidh (selepas habis darah merah) ianya tidak dikira darah haidh.

Ada juga ulama Hanafi mengatakan samada keruh atau kuning, secara mutlaknya dikira sebagai darah haidh.

Page 23: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Apabila wanita melihat di dalam hari2 kedatangan haidhnya sufrah atau kudrah, di dalam darah haidhnya atau berselang-seli dengan darah haidhnya, maka ianya dikira juga sebagai darah haidh.

Ini kerana Imam Ahmad ibn hanbal menggunakan Nas (( wa yas aluunaka anil maheedh, qul huwa aza )) maka ayat ini umum kepada darah haidh yg berwarna sufrah atau kudrah. Pendapat ini disokong oleh beberapa ulama lain seperti Yahya al-ansari, Malik, Thawri, Auzaie, Syafie, dan Ishaq.

Page 24: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Darah sufrah dan kudrah ialah darah haidh samada keluar semasa hari2 kedatangan haidh atau selepas ada tanda2 suci.

Page 25: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Cecair sufrah dan kudrah pada hari2 kedatangan haidh adalah dikira sebagai haidh, tetapi sekiranya keluar setelah selesai waktu haidh, maka ianya tidak lagi dikira sebagai darah haidh.

Ini berdasarkan hadith, Ummu Athiyyah RA, (( kami tidak mengira cecair sufrah atau kudrah itu sebagai darah haidh setelah suci))

Page 26: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Sekiranya wanita yg masih dalam haidh berjunub maka tidak wajib lagi ke atas nya mandi sehingga dia suci dari haidh.

Apabila dia mandi dalam waktu tersebut, mandi tersebut adalah menyucikan dirinya daripada kedua2 junub dan haidh.

Sekiranya dia mandi junub ketika masih dalam haidh, diterima mandinya, dan dia dikira tidak lagi berjunub, tetapi masih dalam hukum haidh. Wanita tersebut perlu tunggu suci dari darah haidh, kemudian mandi untuk bersuci, maka baru wanita tersebut dikira suci dari haidh dan dibolehkan berwudhuk dan solat.

Page 27: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 28: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Dalam istilah syarak, nifas ialah satu kata nama yang diberikan kepada setiap wanita muslimah yang telah melahirkan anak. Dinamakan nifas kerana rahim melakukan proses meneran bagi mengeluarkan bayi (tanaffus). Atau dikatakan juga nifas itu dari perbuatan mengeluarkan (nafs) iaitu seorang bayi (manusia) dari lelaki atau wanita.

Page 29: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

DAZ menaqalkan beberapa hadith yg sahih dari Nabi SAW bahawa, waktu kebiasaan nifas ialah 40 hari. Contoh :

1. hadith yg ditakhrijkan oleh Imam Tirmizi dari Ummu Salamah.

2. Hadith yang ditakhrijkan oleh Ibn Majah dari Anas.

3. Hadith dari Abu Hurairah RA. Hadith2 ini memberi dalil bahawa jumlah

hari maximum bagi wanita yg nifas ialah 40 hari.

Maka wajib bagi para wanita menunggu sehingga 40 hari melainkan ada tanda2 suci sebelum itu.

Page 30: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Ulama yg mengatakan nifas adalah tiada had dan boleh mencapai 60 hari ialah dari mazhab syafie. Bagi mereka, paling lama ialah 60 hari, tetapi kebiasaannya ialah 40 hari. Pendapat ini melihat kepada keadaan umat mereka pada waktu itu.

Page 31: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Tiada had untuk jangka waktu nifas yg minimum, ini adalah pendapat semua fuqaha’, akan tetapi untuk waktu maximum yg rajihnya ialah 40 hari, ini telah dihighlightkan oleh hadith2 yg sahih.

Page 32: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Mengikut imam ibn qudamah, tidak diwajibkan mandi kerana dari segi Nas, al-quran dan hadith yg sahih, mandi hanya melibatkan kes keluar darah seperti darah haidh atau keluar mani.

Page 33: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)
Page 34: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Apabila berlanjutan keluar darah daripada wanita yg haidh maka ia dinamakan wanita mustahadhah. Darah yg keluar ialah darah istihadhah.

Setiap wanita muslimah perlu tahu membezakan di antara darah haidh dan darah istihadhah kerana setiap jenis darah tersebut membawa hukum yg berlainan.

Iaitu hukum haidh ialah mandi wajib, manakala hukum istihadhah ialah tidak perlu mandi, tetapi yg wajib ialah wudhuk pd setiap solat.

Page 35: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

DAZ telah membahagikan 4 keadaan wanita yg berada dalam keadaan istihadhah dan haidh bagi membezakan antara keduanya iaitu:

1. wanita yg tahu beza jenis darah dan tidak menjadi kebiasaan baginya.

2. wanita yg tahu kitaran haidhnya tetapi tidak boleh membezakan warna darah.

3. wanita yg tidak biasa kedatangan istihadhah dan tidak boleh bezakan warna darah.

4. wanita yang sudah menjadi kebiasaan dan boleh membezakan.

Page 36: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Wanita ini tahu membezakan antara darah haidhnya dengan darah selain haidh. Dan istihadhah adalah bukan kebiasaan baginya.

Wanita ini percaya bahawa haidhnya adalah yg berwarna aswad. Dan kebiasaannya waktu haidh adalah sama setiap bulan.

Maka hukum bagi wanita ini ialah, haidhnya adalah selama mana berterusan darah yg berwarna hitam keluar dari nya, sekiranya warna darah telah berubah kepada sufrah atau kudrah, maka ianya dikira istihadhah.

Maka jadilah sufrah dan kudrah tadi hukum hadas kecil iaitu perlu berwudhuk setiap kali ingin menunaikan solat.

Maka penting bagi setiap wanita muslimah kitaran haidhnya yg tetap.

Page 37: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Wanita ini tahu kitaran haidhnya, tetapi apabila berlaku pengeluaran darah yang melebihi jangka waktu yg biasa, dia tidak dapat membezakan jenis darah tersebut. Ini kerana, sifat darah yg keluar adalah sama, dari segi warna dsbgnya.

Perkara ini berlaku apabila darah tersebut berterusan keluar tanpa henti pada hari yang sepatutnya.

Jadi, mengikut syafie, abu hanifah, dan hanabilah, hendaklah kaedah waktu kebiasaan , setelah tamat waktu biasa dia haidh, mandi, wudhuk dan solat.(mengikut hadith ummu salamah, dari sunan an-nasai)

Page 38: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Bagi menentukan kitaran haidh yg tetap, tidak boleh wanita muslimah menentukannya dalam masa 1 bulan, ianya hanya boleh ditentukan dengan proses pengulangan. Mengikut mazhab hanbali, boleh ditentukan dengan 2 bulan atau kitaran. Pendapat mazhab lain 3 kali dan lebih banyak dari itu.

Bagaimana nak tentukan waktu haidh dalam satu2 kitaran? – kaedah pembezaan warna darah, iaitu aswad (hitam), contohnya 5 hari keluar darah aswad setiap bulan, statik jumlah hari tersebut pada bulan2 seterusnya. Samada 2 bulan atau 3 bulan.

Page 39: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Muttafiqah atau mukhtalifah Muttafiqah : mempunyai bilangan hari haidh yg

sama setiap bulan, contohnya selama 4 hari setiap bulan. Adakala boleh jadi jgk bln pertama: 3 hari, bulan kedua: 4 hari, bulan ketiga : 5 hari, kemudian rotate kepada bilangan asal 3 hari, 4 hari dan 5 hari pada bulan2 seterusnya.

Mukhtalifah : mempunyai bilangan hari yg tidak tertib seperti bulan pertama: 3 hari, bulan kedua: 5 hari, bulan ketiga : 4 hari. Maka hukumnya ambillah untuk menunggu hari yang paling sedikit, contohnya 3 hari adalah yg biasa berlaku. Maka apabila berlaku istihadhah, tunggu habis darah haidh 3 hari, kemudian mandi, wudhuk dan solat.

Page 40: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Apabila wanita tersebut mengetahui waktu haidhnya setiap bulan, dan bila waktu sucinya.

Paling sedikit kitaran haidh bagi wanita ialah 14 hari, iaitu sehari kedatangan haidh, 13 hari suci.

Tetapi yg biasanya ialah kitarannya 1 bulan, haidhnya 5 hari, waktu sucinya 25 hari.

Sekiranya wanita tahu waktu haidh, tapi tak tahu waktu suci, atau sebaliknya, masih tidak dikira mempunyai haidh yg normal.

Maka ambillah waktu yg kebiasaannya berlaku.

Page 41: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Ini berdasarkan hadith Hamnah binti Jahsyi bertanya kpd Rasulullah SAW: aku mengalami haidh yg sangat banyak, maka apakah yg disuruh kepadaku sedangkan aku masih dilarang untuk menunaikan puasa dan solat?

Wanita yg tidak dapat membezakan hari haidhnya kerana darah yang keluar terlalu banyak, maka ambillah jangka waktu kebiasaan datang haidhnya.

Contohnya: kebiasaan adalah 7 hari, maka setelah habis 7 hari, hendaklah mandi, wudhuk dan solat selama 23 hari.

Sekiranya semasa 23 itu masih kuat darahnya keluar, boleh ambil wudhuk untuk solat zuhur di akhir waktu dan solat asar diawal waktu (dalam hadith nabi disuruh hamnah mandi dan hukum mandi tersebut tidak wajib). Ulang wudhuk untuk solat maghrib dan isyak dengan cara yang sama.

Rasulullah menegaskan kejadian pengeluaran darah yg banyak seperti Hamnah adalah perbuatan syaitan yg ingin menyakiti wanita.

Page 42: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Wanita ini ialah yg mengalami kitaran haidh yg normal, tetapi mengalami istihadhah dan darah nya dapat dikenali iaitu sebahagiannya aswad dan sebahagiannya ahmar (merah).

Sekiranya darah hitam yg keluar adalah menepati bilangan hari kebiasaan haidh, dan dia dapat bezakan darah tersebut, maka dia hendaklah mandi apabila darah haidh berhenti keluar.

Page 43: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

Mandi bagi wanita istihadhah ialah sekali sahaja iaitu setelah selesai haidh, kemudian hendaklah berwudhuk setiap kali ingin bersolat.

Air yg digunakan untuk mandi ialah yg mutlak yg suci lagi menyucikan.

Harus lelaki dan perempuan mandi dgn menggunakan satu bekas (suami isteri). Maksudnya boleh mandi bersama-sama dengan menggunakan air dalam satu bekas sahaja.

Seperti keadaan Rasulullah bersama isteri baginda, Ummu Salamah dan isteri2 baginda yg lain.

Page 44: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)

1. Niat 2. Membasuh seluruh badan. Basuh tangan – basuh faraj – dan segala

kekotoran di badan – berwudhuk (kecuali kaki kerana kaki akan dibasuh di akhir mandi) – jirus air di kepala – jirus seluruh badan – mulakan anggota sebelah kanan – gosok dengan tangan – digalakkan menyelati rambut.

Dari hadith : Harus menggunakan sabun bagi membersihkan badan.

Pastikan air sampai pada pangkal rambut. Ambil minyak wangi atau apa2 yg selamat

menyapukan pada kemaluan untuk menghilangkan bau busuk akibat dari darah haidh.

Page 45: Kuliah Mingguan Fiqh Wanita (Siri 4)