kuliah 4 ayat (09-10)

34
Penggunaan ayat dalam penulisan

Upload: muhd-hafizan

Post on 06-Feb-2016

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kuliah 4 ayat

TRANSCRIPT

Page 1: kuliah 4 ayat (09-10)

Penggunaan ayat dalam penulisan

Page 2: kuliah 4 ayat (09-10)

• Tahap kedua dalam penulisan ialah pembinaan ayat. • Selain perkataan, unsur-unsur ayat yang lain ialah

frasa dan klausa. • Bahagian-bahagian dalam karangan yang sering dilihat

sebagai unsur-unsur yang saling menyokong ialah perengan-perenggan.

• Setiap perenggan itu pula terbentuk dengan adanya bahagian atau unsur yang lebih dasar, iaitu ayat.

• Segala idea yang ingin disajikan oleh penulis tidak dapat tidak harus melalui ayat sebagai sarananya.

• Jalinan ayat-ayat, yang bererti juga jalinan idea-idea itulah akhirnya yang membentuk sebuah karangan.

Page 3: kuliah 4 ayat (09-10)

Jenis-jenis ayat

• ayat tunggal • ayat majmuk

Page 4: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat tunggal

• Ayat tunggal ialah ayat yag hanya mengandungi hanya satu klausa iaitu satu rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat

• Misalnya dalam ayat Johan menendang bola itu, Johan ialah subjek iaitu bahagian ayat yang diterangkan, manakala menendang bola pula merupakan predikat kerana menerangkan subjek tersebut.

Page 5: kuliah 4 ayat (09-10)

• Ayat di atas juga dikenali sebagai ayat dasar iaitu ayat yang belum mengalami proses tranformasi.

• Ayat tranformasi juga merupakan satu dasar ayat tunggal.

• Misalnya ayat pasif yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

• Begitu juga dengan ayat tanya yang mempunyai satu subjek dan satu predikat.

Page 6: kuliah 4 ayat (09-10)

• Dia diberi pujian.• b. Saya ambil buah itu.• c. Anda baca buku itu.

Page 7: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat majmuk

• Ayat majmuk ialah ayat yang lebih panjang. Ia mengandungi lebih daripada satu unsur subjek atau predikat.

• Ayat majmuk dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun dengan cara-cara yang tertentu untuk mewujudkan satu bentuk ayat yang baharu.

• Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, dan ayat majmuk campuran.

Page 8: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat majmuk gabungan

• ayat yang terdiri daripada du ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, lalu, serta, sambil dan sebagainya

Page 9: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat majmuk pancangan

• Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat induk itu

• Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan

Page 10: kuliah 4 ayat (09-10)

i. Ayat relatif

• Ayat relatif ialah ayat yang dikenal dengan penggunaan perkataan yang, seperti dalam contoh-contoh berikut :

• i.Kasut yang berwarna merah itu kepunyaan

ayah.• ii. Yang berdiri di tiang itu ialah abang saya.

Page 11: kuliah 4 ayat (09-10)

ii. Ayat komplemen

• Terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu iaitu bahawa dan untuk.

• Contoh:i.Dia mengetahui bahawa Ahmad telah pergi.ii.Untuk Ali melakukannya sangat sukar.

• Ayat (i) mengandungi dua ayat iaitu;• ia. Dia mengetahui sesuatu. (Ayat induk)• ib. Ahmad telah pergi. (Ayat komplemen) • Ayat i(b). telah dipancangkan ke dalam ayat i(a). untuk melengkapi

kata kerja dalam ayat tersebut. Hubungan antara ayat i(a) dengan i(b) disebut hubungan komplemen.

Page 12: kuliah 4 ayat (09-10)

iii. Ayat keterangan

• Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.

• Saya tidak datang kerana tidak sihat.• Jikalau saya berjaya, saya akan memberi kamu

hadiah.• Kita kena rajin berusaha agar kita berjaya

dalam kehidupan kita.

Page 13: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat majmuk campuran

• Ayat majmuk campuran mengandungi lebih daripada satu ayat.

• Ia terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

• Ayat majmuk campuran biasanya lebih panjang daripada ayat-ayat yang lain.

Page 14: kuliah 4 ayat (09-10)

• Wacana bahasa yang diterbitkan dalam majalah Dewan Bahasa sekurang-kurangnya dapat menjadi kayu ukur kepada kita bahawa bahasa Melayu yang dituturkan hari ini berupaya mengungkapkan ilmu yang dikehendaki oleh penuturnya.

Page 15: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat aktif dan ayat pasif

• Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

• Ia terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.

• Ayat aktif transitif menggunakan kata kerja transitif yang memerlukan objek selepas kata kerja itu seperti kata kerja makan, membaca dan memotong.

• Ayat aktif tak transitif menggunakan kata kerja tak transitif seperti menari, tidur dan tinggal.

• Kata kerja ini tidak memerlukan objek selepas kata kerja itu.

Page 16: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat pasif

• Ayat pasif terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

• Bola ditendang oleh Ali.• Kucing itu dikejar oleh anjing.• Buku itu saya baca.

Page 17: kuliah 4 ayat (09-10)

Ayat biasa dan ayat songsang

• Ayat, jika dilihat dari segi susunan subjek dan predikatnya, dapat dibahagikan kepada dua iaitu ayat biasa dan ayat songsang.

• Ayat biasa ialah ayat yang mendahulukan subjeknya dan kemudian diikuti oleh predikat.

• Ayat biasa juga dipanggil sebagai ayat dasar manakala ayat songsang adalah keterbalikan daripada binaan ayat biasa.

• Ayat songsang bukan merupakan ayat dasar kerana binaan ayat dasar, subjek mendahului predikat dan bukan sebaliknya

Page 18: kuliah 4 ayat (09-10)

Kepanjangan ayat

• Tahap pembacaan sasaran atau kumpulan pembaca

• Tujuan penulisan• Bentuk mesej-bermaksud bilangan,

kekompleksan dan kepentingan idea-idea yang hendak disampaikan dalam sesuatu ayat

• Hubungan sesebuah ayat dengan ayat-ayat yang berikutnya dalam sesebuah perenggan. Dua ayat yang panjang berturut-turut dalam sesuatu perenggan boleh menyebabkan kehilangan ciri kejelasan dan keterbacaan.

Page 19: kuliah 4 ayat (09-10)

Ciri-ciri keberkesanan ayat

• Ayat yang berkesan ialah berhasil menimbulkan gagasan yang sama antara tanggapn pembaca dengan yang dimaksudkan oleh penulis.

• Mengikut Gorys Keraf (1985), ayat yang berkesan pada asasnya mempunyai enam ciri iaitu kesatuan gagasan, kepaduan, penekanan, variasi, kesejajaran dan binaan logik.

Page 20: kuliah 4 ayat (09-10)

Kesatuan gagasan

• Kesatuan gagasan bermaksud bahawa ayat yang ditulis hanya mengandungi satu idea atau gagasan sahaja dan tidak dicampuradukkan dengan gagasan lain.

Page 21: kuliah 4 ayat (09-10)

• Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia ini, juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Justeru, perkembangan multimedia membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

• Ayat (a) mengandungi dua idea yang ingin disampaikan

iaitu (i) urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia dan (ii) multimedia membantu meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita.

Page 22: kuliah 4 ayat (09-10)

• Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan efisien dengan adanya kemudahan multimedia ini. Di samping itu kemajuan multimedia juga meningkatkan kualiti dan produktiviti keluaran industri kita. Justeru, perkembangan multimedia membawa kesan positif dari aspek perniagaan.

Page 23: kuliah 4 ayat (09-10)

Kepaduan

• Kepaduan bermaksud hubungan timbal balik yang baik dan jelas antara unsur-unsur pembentuk ayat (kata dan frasa).

• Antara faktor yang menyebabkan sesuatu ayat tidak berpadu ialah letak kata yang tidak sesuai dalam ayat dan penggunaan kata sendi, kata hubung, serta kata-kata lain yang salah merupakan punca utama rosaknya kepaduan ayat.

Page 24: kuliah 4 ayat (09-10)

• *Beliau memiliki ijazah sarjana di bidang pengurusan perniagaan.

• *Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia menangguhkan cadangannya untuk berpiket ekoran arahan Timbalan Perdana Menteri supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengadakan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan sekerja untuk menerangkan isu penurunan dividen.

• * Orang luar harus memahami keadaan di negara kita di mana negara kita mempunyai rakyat yang berbilang kaum.

Page 25: kuliah 4 ayat (09-10)

Penekanan

• Penekanan bererti fokus atau penegasan sesuatu yang ingin ditonjolkan dalam ayat. Penekanan dapat dilakukan dengan beberapa cara berikut:

1. Mengubah kedudukan unsur- unsur tertentu dalam ayat seperti yang berlaku dalam proses penyongsangan ayat (predikat dikehadapankan). contoh di bawah menunjukkan ayat (a) yang ingin ditekankan ialah subjek (budak) manakala dalam ayat (b) yang diberi penekanan atau fokus ialah predikatnya.:

• Budak itu sakit• Sakit budak itu

Page 26: kuliah 4 ayat (09-10)

• Penekanan dapat dilakukan dengan mengulang unsur tertentu dalam ayat.

- Slanga berfungsi sebagai kod rahsia atau kata kunci yang hanya difahami dan diketahui oleh golongan atau kumpulan yang menggunakannya. Slanga digunakan kerana kosa kata dan ungkapannya yang ringkas yang dapat mengungkapkan makna dengan lebih berkesan. Melalui slanga, ungkapan dan kosa kata tertentu sebagai kod rahsia, pendapat, idea dan mesej dapat ditukar-tukar dengan agak bebas.

Page 27: kuliah 4 ayat (09-10)

• partikel penegas-lah (dalam ayat penyata dan ayat perintah) dan kah serta tah (dalam ayat tanya)

Page 28: kuliah 4 ayat (09-10)

Variasi

• Variasi bermaksud kelainan yang digunakan untuk menghilangkan kejemuan tetapi tidak mengubah maksudnya.

• Pada peringkat perkataan, ciri variasi boleh dicapai melalui penggunaan kata yang sinonim yang boleh ditukar ganti penggunaannya dalam konteks yang sesuai

• Kita telah berjaya menemui/menjumpai kesan-kesan tapak kaki harimau di kawasan itu.

Page 29: kuliah 4 ayat (09-10)

• Manakala pada peringkat ayat pula penggunaan berbagai-bagai pola dan jenis ayat yang ada dapat menimbulkan variasi.

- Penggunaan bahasa Melayu yang semakin meluas dan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa merentas kurikulum, maka penekanan harus diberikan kepada penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Oleh itu, bahasa Melayu perlu dikuasai dari peringkat awal lagi untuk memudahkan pelajar mengikuti semua bidang pelajaran. Oleh itu, kita mestilah memikirkan hala tuju kurikulum bahasa Melayu dengan penuh tanggungjawab dan amat waras.

Page 30: kuliah 4 ayat (09-10)

Kesejajaran

• Kesejajaran bererti penempatan unsur yang sama pentingnya dan sama fungsinya dalam struktur ayat. Unsur kesejajaran membolehkan penulis mengungkapkan pemikiran yang sama dengan menggunakan struktur nahu yang sama.

• Dalam ayat yang sejajar, penulis mengimbangi kata nama dengan kata nama, kata adjektif dengan kata adjektif dan sebagainya untuk menekankan kesamaan idea.

Page 31: kuliah 4 ayat (09-10)

• Selain itu, aspek seperti penghayatan, pembinaan dan penghargaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu diberi perhatian kritikal.

Page 32: kuliah 4 ayat (09-10)

Binaan logik

• Binaan ayat yang tidak logik adalah ayat yang tidak tepat, mengelirukan atau kabur.

• Aspek ini dikaitkan dengan konsep kebermaknaan yang menjadi syarat ayat yang gramatis, di samping kesempurnaan bentuknya. -Johan menyayangi saya lebih daripada anaknya

Page 33: kuliah 4 ayat (09-10)

• Satu lagi binaan ayat yang tidak logik adalah disebabkan tidak lengkap dan kabur sebagaimana ayat berikut:

• *Masakan Melayu lebih sedap.• * Wanita hari ini lebih agresif.

Page 34: kuliah 4 ayat (09-10)

Kesimpulan

• Suatu penulisan yang baik dan berkesan ialah penulisan yang mempunyai komponen isi yang baik dan didokongi dengan bahasa yang baik.

• Bahasa yang baik ialah yang betul tatabahasanya dan memberi makna.