kt untuk tindakan penyelia

15
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK, KILOMETER 10, CHENG, 75250 MELAKA. NAMA PENYELIDIK : NASRAH BT MIHAT TAJUK KAJIAN : KEBERKESANAN MODUL SELAN OSNI DALAM MEMBANTU PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA MURID-MURID PROGRAM LINUS 1

Upload: nashklasiknasrahmihat

Post on 16-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

NAMA SEKOLAH

: SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG MINYAK,

KILOMETER 10, CHENG,

75250 MELAKA.

NAMA PENYELIDIK

: NASRAH BT MIHAT

TAJUK KAJIAN

: KEBERKESANAN MODUL SELAN OSNI DALAM

MEMBANTU PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA

MURID-MURID PROGRAM LINUSREFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Semasa menjalankan Saringan Membaca kepada murid-murid Program LINUS, saya dapati masih terdapat beberapa orang murid saya yang masih belum menguasai kemahiran KVKV sedangkan rakan-rakan mereka yang lain sudah lancar membaca. Berdasarkan keputusan saringan 1, terdapat 5 daripada 22 orang murid yang belum menguasai kemahiran KVKV. Apabila ditanya kenapa mereka tidak boleh menyebut perkataan tersebut, mereka hanya menjawab, tidak tahu.. susah.. ataupun hanya mendiamkan diri sahaja. Saya juga dapati mereka adalah sebilangan murid-murid yang kurang menunjukkan minat serta tidak fokus terhadap pengajaran guru. Murid-murid di dalam kelas saya terdiri daripada murid-murid yang lemah. Berdasarkan pemerhatian setelah 4 bulan mengajar kelas tersebut dan melalui aktiviti yang dijalankan seperti latih tubi membaca, bersoal jawab secara lisan, membaca dan saringan membaca, didapati mereka masih gagal membaca lancar sekaligus memahami apa yan mereka baca.

Saya telah memerhati dan meneliti, kegagalan murid menguasai kemahiran membaca kerana mereka gagal mengingat bunyi suku kata awal yang telah mereka eja serta gagal menyambungkan bunyi-bunyi suku kata yang telah mereka eja. ( gagal membatangkan sukukata ) kegagalan mereka membunyikan suku kata dan membentuk perkataan ini telah menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan pembacaan kerana beranggapan membaca adalah sesuatu yang sangat sukar. Sebagai guru pula, saya menggunakan kaedah terus iaitu mengeja dan membunyikan suku kata serta membentuk perkataan. Kaedah ini didapati membosankan murid kerana mereka akan berhadapan situasi yang sama setiap kali waktu Bahasa Melayu. Saya dapati pembelajaran mereka membosankan dan tiada unsur-unsur didik hibur yang dapat menarik perhatian mereka untuk membaca.

Sejak kebelakangan ini saya sedar bahawa masalah ini tidak boleh dibiar berlarutan memandangkan murid-murid ini perlu menduduki Saringan LINUS sebanyak 2 kali setiap tahun. Kegagalan mereka untuk menguasai konstruk-konstruk yang ditetapkan menyebabkan mereka tidak sesuai untuk belajar di arus perdana. Ini bermakna mereka akan terus ketinggalan sekiranya dibiarkan tanpa sebarang tindakan segera. Perlukah saya mengulangi pengajaran mereka bermula dari mengenal abjad? Perlukah saya menggunakan teknik yang berbeza untuk membantu murid-murid ini? Bolehkah mereka menguasai kemahiran dalam jangkamasa 3 bulan sebelum menghadapi saringan 2? Persoalan-persoalan ini telah dibincangkan di dalam mesyuarat khas peningkatan program LINUS sekolah. Saya bercadang untuk cuba membantu murid dalam mengatasi masalah di atas dengan mengaplikasikan kaedah membaca berlagu menggunakan Modul Selan Osni dan diintegrasikan dengan animasi yang dilengkapi dengan suku kata berwarna berserta gambar. Cadangan ini dipersetujui oleh pentadbir dan mereka berharap supaya dilaksanakan dengan secepat mungkin. Saya telah berusaha mengintegrasikan teknologi maklumat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya kerana saya mendapati murid-murid lemah suka kepada nyanyian. Mereka boleh menghafal senikata lagu apabila mereka menengar lagu tersebut saban hari. Saya mendengar seorang murid saya menyanyi lagu Awan Nano dengan begitu bagus sedangkan murid ini tidak tahu membaca. Saya berpendapat, sekiranya kemahiran membaca ini dijadikan lagu, murid boleh menguasai kemahiran ini dengan lebih cepat dan secara tidak langsung mereka akan tertarik dengan kaedah membaca berirama seperti ini.

ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Murid-murid ini mengalami masalah dalam membaca. Berdasarkan refleksi pengajaran yang lalu, saya mendapati murid tidak dapat membaca lancar kerana :

a. Murid tidak mampu mengingati suku kata awal yang telah mereka eja dan gagal menyambungkan bunyi suku kata-suku kata tersebut.

b. Murid tidak seronok dengan situasi pembelajaran yang sama setiap hari.

c. Murid tidak dibantu dengan ilustrasi / animasi yang mampu menarik minat mereka untuk membaca.

Masalah ini berlaku kerana murid terbentuk dengan sikap kurang rajin untuk berusaha supaya pandai membaca. Murid tidak berminat untuk membaca kerana mereka tidak tahu apakah yang mereka eja kerana tiada rangsangan atau bantuan yang menyeronokkan dan menarik minat mereka. Murid menjadi lemah dalam menguasai kemahiran membaca kerana latih tubi yang dijalankan bersifat sama saban hari.

Kesan masalah jika tidak ditangani, murid akan gagal menguasai kemahiran membaca sekaligus akan gagal melepasi Saringan LINUS. Mereka juga akan kehilangan minat untuk belajar kerana kegagalan mereka memahami apa yang mereka eja dan baca. Murid juga akan menghadapi masalah untuk menjawab soalan pemahaman dan menulis karangan kerana mereka tidak tahu menulis perkataan yang hendak mereka gunakan. Saya akan cuba mengatasi masalah murid yang belum menguasai kemahiran membaca ini dengan menggunakan Modul Selan Osni dengan integrasi teknologi maklumat beranimasi.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Am:

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid Program LINUS, menggunakan Modul Selan Osni.Objektif Khusus:

1. Murid dapat membatangkan suku kata KVKV menggunakan Modul Selan Osni.

2. Murid dapat belajar membaca suku kata KVKV dengan cara yang lebih menyeronokkan dengan bantuan gambar.

3. Murid dapat memengaplikasikan kemahiran membaca perkataan KVKV secara berlagu dan membaca ayat mudah suku kata KVKV dengan lancar.

SOALAN KAJIAN

Kajian ini perlu dilaksanakan bagi menjawap beberapa soalan yang difokuskan kepada subjek kajian.

i) Apakah kaedah yang sesuai untuk membantu murid saya menguasai kemahiran membatang suku kata KVKV?ii) Bagaimanakah kaedah membaca dengan bantuan gambar yang saya pilih membantu murid membaca perkataan KVKV dengan lebih menyeronokkan ?iii) Bolehkah subjek kajian saya membaca ayat mudah dan memahami apa yang mereka baca ?

KUMPULAN SASARAN

Subjek kajian yang terlibat adalah 5 orang murid Tahun 1 Yakin yang gagal menguasai kemahiran suku kata terbuka KV-KV semasa Saringan 1 Program LINUS 2.0 tahun 2014. Kesemua subjek kajian adalah berbangsa Melayu, 3 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka adalah dari keluarga sederhana dan seorang daripada mereka (subjek kajian A) merupakan anak angkat kepada guru di sini. Latar belakang keluarga kandung agak bercelaru dan kanak-kanak ini juga trauma akibat penderaan daripada bapa kandung. Sosialisasi kanak-kanak ini sangat terbatas dan hanya mempercayai ibu angkatnya sahaja. Kanak-kanak ini sukar didekati dan akan bertindak agresif jika didesak. Subjek kajian yang lain menunjukkan perkembangan dan latar belakang hidup yang normal. Mereka berlima mendapat pendidikan awal kanak-kanak (prasekolah) di Tadika Perpaduan, Tabika Kemas dan prasekolah di bawah seliaan KPM. Kesemua mereka merupakan kanak-kanak yang aktif dan ceria terutamanya semasa pengajaran dan pembelajaran Muzik. Ketara dilihat, mereka gemar menyanyi dan suka jika dapat melihat animasi / tayangan visual. Subjek Kajian A pada awalnya kelihatan menyendiri dan tidak seronok namun mula menunjukkan minat apabila lagu-lagu yang dinyanyikan bersama guru muzik diiringi dengan paparan visual yang menarik dan perlahan-perlahan kanak-kanak ini mula menyanyi bersama rakan-rakan yang lain. Subjek kajian B, C, D dan E nampak sangat seronok dan kegembiraan mereka nampak terserlah dengan adanya visual kereta api abjad yang dinyanyikan secara santai. Cuma, apabila mereka di tanya dalam sesi soal jawab biasa, mereka mula menunjukkan emosi bosan dan tidak dapat menjawab.

Mereka sebenarnya berdepan masalah sukar mengingati apa yang telah mereka pelajari untuk jangka masa panjang. Mereka tidak mampu mengecam dan menyebut huruf tanpa bantuan dan bimbingan guru. Namun, mereka mula menunjukkan kemampuan mengingat apabila melagukan abjad-abjad tersebut. Pengkaji yakin, menggunakan latih tubi nyanyian akan membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca. Mereka mula boleh menyebut turutan huruf dengan lebih baik selepas beberapa kali menyanyikan lagu abjad tersebut. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Berdasarkan pemerhatian melalui sesi PdP, didapati murid-murid ini masih belum boleh membaca.

i) Murid tidak boleh membunyikan suku kata KV.

ii) Murid gagal mencantumkan dua suku kata untuk menjadi perkataan yang bermakna.

iii) Murid tidak boleh membaca suku kata KV-KV, sekaligus menghalang keupayaan mereka untuk menyebut perkataan KV-KV dan membaca ayat mudah.

A) Tinjauan awal masalah:

Saya bercadang untuk menlaksanakan Ujian Diagnostik untuk mengetahui tahap penguasaan murid membaca suku kata terbuka KV KV

( Ujian Diagnostik Lampiran 1 )B) Pengumpulan data.

i) Analisis Saringan LINUS.

a) Analisis keputusan Saringan 1 Program LINUS juga menunjukkan bahawa murid-murid berkemaan belum menguasai kemahiran KV-KV.

b) Murid hanya mencapai kemahiran mengenali abjad dan mengenal beberapa bunyi vokal sahaja.

c) Murid gagal untuk membatangkan sukukata bagi membentuk perkataan, rangkai kata dan ayat.

( Analisa Pencapaian Saringan Linus Lampiran 2 )

ii) Ujian Pra

Saya bercadang akan menjalankan ujian pra terhadap murid-murid ini untuk mengetahui tahap penguasaan mereka.

( Instrumen Pra-bacaan Lampiran 3 )

( Borang Pencapaian Murid Lampiran 4 )

iii) Analisis item

Satu analisis item akan dibuat berdasarkan pencapaian murid dalam ujian pra tersebut. Berdasarkan keputusan tersebut, saya akan melaksanakan program Bacaan Berlagu menggunakan Modul Selan Osni. Modul ini diintegrasikan dengan animasi bergambar.

( Analisis item ujian pra Lampiran 5 )

iv) Ujian pos

Selepas 3 bulan melaksanakan program ini, saya akan melaksanakan ujian pos menggunakan instrumen yang sama semasa melaksanakan ujian pra. ( Lampiran 6 )

v) Analisis hasil akhir

Setelah mendapatkan keputusan pencapaian ujian pos murid, saya akan menyediakan graf pencapaian untuk melihat keberkesanan program disamping memantau peningkatan murid dalam menguasai kemahiran membaca.

( Borang Pencapaian murid Lampiran 7)

( Analisis Pencapaian ujian pos Lampiran 8 )

( Graf perbandingan pencapaian Lampiran 9 )

C) Tindakan Yang Akan Dijalankan:

1. Aktiviti 1 Vokal istimewa

Dalam aktiviti ini murid-murid diajar bunyi-bunyi vokal bergambar. Guru akan membekalkan seberapa banyak gambar yang mempunyai bunyi awal huruf-huruf vokal. Murid akan didedahkan dengan aktiviti permainan seperti mencari huruf tersembunyi, memadankan bunyi dengan gambar, mencari pasangan bunyi dengan gambar dan sebagainya, sehingga murid-murid menguasai kemahiran tersebut. ( Lampiran 10 )

ii) Aktiviti 2 Membunyikan suku kata / perkataan KV-KV.

Setelah murid menguasai kemahiran bunyi vokal, murid akan didedahkan kepada suku kata terbuka. Murid membunyikan suku kata tersebut dengan bantuan gambar supaya murid memperolehi ingatan kekal terhadap suku kata yang di pelajari. Latihtubi ini diteruskan dengan bantuan animasi berlagu yang menjadi unsur didik hibur kepada murid. Saya mengharapkan dalam tempoh sebulan, murid akan dapat menyebut perkataan suku kata terbuka walaupun tanpa lagu. Murid akan diuji untuk membaca setiap kali selesai satu kemahiran. ( Lampiran 11 )

iii) Nyanyian lagu perkataan, rangkaikata, ayat dan cerita pendek.

Murid seterusnya didedahkan dengan kemahiran menyanyi rangkaikata, ayat dan perenggan pendek. Menjelang bulan ke tiga, murid sudah boleh membaca ayat-ayat mudah dengan lancar. ( CD dilampirkan )

Sebagai ujian kelancaran membaca, murid akan diminta membaca senyap petikan yang diberi. Selepas selesai membacanya murid yang telah selesai diminta angkat tangan dan guru mencatat menggunakan jam randik/stop clock masa yang diambil untuk murid pertama mengangkat tangan dan seterusnya. Murid akan diberi beberapa siri petikan, diuji dengan bacaan senyap, kuat dan seorang demi seorang. ( Lampiran 12 )

Selepas tempoh 3 bulan, saya akan melaksanakan ujian pos kepada murid-murid tersebut menggunakan set soalan yang sama seperti ujian pra dahulu. Perkembangan, penguasaan dan pencapaian murid akan direkodkan dalam borang perkembangan murid dan akan dibuat dalam bentuk graf.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Pelaksanaan kajian ini akan dilaksanakan berdasarkan carta gantt berikut.

( Lampiran 13 )

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil.PerkaraJumlah Kos

1.Kertas A43 x RM 10.00RM 30.00

2.Kertas warna20 x RM 0.50RM 10.00

3.Fotostat bahan dan laporan kajianRM 30.00

4.kad manila20 x RM 5.00RM 10.00

5.Pen marker1 kotak x RM 20RM 20.00

6.CD3 x RM 2.00RM 6.00

7.Buku Catatan / Jurnal 2 x RM 5.00RM 10.00

JUMLAHRM 116.00

RUJUKANAbdullah Hassan. 1989. Kuala Lumpur. Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran BahasaMalaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Akhiar Pardi, Shamsina Shamsudin. 2011. Kuala Lumpur. Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Tindakan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Chow Fook Meng PhD. 2011. Kuala Lumpur. Kajian Tindakan : Konsep & Amalan Dalam Pengajaran. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Dolhaji Nekmat. 2007. Selangor Darul Ehsan. Marilah Membaca, Buku Lathan dan Aktiviti, Program Celik Huruf. Utusan Publications & Distributors

Jabatan Pelajaran Melaka. Melaka. Koleksi K.ajian Tindakan Guru-guru Negeri Melaka : Kajian Tindakan Pemangkin P&P Berkesan. Jabatan Pelajaran Melaka.Kamisah binti Buang. 2006. Selangor Darul Ehsan. Intervensi Bahasa Melayu ( Edisi Pelajar ). Penerbitan PHD ( M ) Sdn Bhd.

Norjiah Bt. Sulaiman. 1996. Kuala Lumpur. Kajian Tindakan: Penyelidikan Dalam Bilik Darjah, Kementerian Pendidikan MalaysiaSelan Osni.2007. Kuala Lumpur. Bahasa Melayu Tahun Satu ( Transisi ) : Asas Bacaan Fahaman dan Tulisan. Penerbitan Fargoes Sdn Bhd.

Shamsina Shamsuddin. 2013. Panduan Melaksanakan Kajian Tindakan Di Sekolah. Freemind Horizons Sdn Bhd

10