kajian tindakan khb kt 2013

12
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 2013 NAMA GURU : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU TAJUK KAJIAN : “MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID”

Upload: intan-isahak

Post on 04-Jul-2015

5.373 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan khb kt 2013

KERTAS CADANGANKAJIAN TINDAKAN 2013

NAMA GURU : PN.INTAN SULINRANA ISAHAK

MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TAJUK KAJIAN :

“MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN

KERTAS GRID”

Page 2: Kajian tindakan khb kt 2013

1. NAMA PENYELIDIK: Pn. Intan Sulinrana Isahak

2. NAMA SEKOLAH : SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor.

3. TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:

Semasa menjalankan proses P&P untuk tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Tingkatan 1, pelajar dikehendaki menghasilkan sekurang-kurangnya tiga lakaran idea reka bentuk bagi satu penyelesaian masalah. Lakaran reka bentuk ini sangat penting kerana ia melibatkan band 3, 4, 5 dan 6 dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Oleh itu, pelajar perlu mahir untuk membuat lakaran tanpa menggunakan pembaris, kemas, bersih dan lakaran tersebut mesti dalam bentuk oblik atau isometrik bagi membolehkan pelajar untuk mendapat band 6.

Daripada proses P&P yang dijalankan, saya dapati pelajar sangat lemah untuk membuat lakaran idea reka bentuk dalam bentuk 3 Dimensi. Lukisan yang dihasilkan oleh pelajar tidak dapat memenuhi kehendak dalam kriteria PBS untuk band 4,5 dan 6.

Oleh itu, satu kaedah perlu dicari untuk memastikan pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah dan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok kerana pelajar dapat menghasilkan lakaran reka bentuk.

Berikut ialah análisis yang didapati daripada pemerhatian, temu bual dan contoh kesilapan semasa membuat lakaran..

4.1 Pemerhatian

Daripada pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapati hanya 2 orang pelajar sahaja( 12%) yang boleh melakar dengan betul. Sebanyak 15 orang pelajar (88%) tidak dapat menghasilkan lakaran dalam bentuk tiga dimensi. Apabila latihan diberikan pelajar hanya membuat lakaran dalam bentuk dua dimensi sahaja.

4.2 Temu bual

Melalui kaedah temu bual saya dapati, semua pelajar berminat untuk mempelajari tajuk reka bentuk. Mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat membuat satu garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.

4.3 Kesilapan semasa membuat lakaran

i. Tidak dapat melakar garisan lurus.ii. Lakaran yang dibuat dalam bentuk dua dimensi.iii. Tidak dapat melakar dalam bentuk lakaran oblik atau isometrik

Page 3: Kajian tindakan khb kt 2013

5. FOKUS KAJIAN:

Daripada refleksi di atas, saya membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar saya tidak dapat menguasai kemahiran:

i) Membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembarisii) Tidak mahir melakar dalam bentuk tiga dimensi

Jika perkara ini tidak dapat ditangani, ia akan menyukarkan pelajar-pelajar saya untuk mendapat band 6 dalam PBS untuk tingkatan 1. Kaedah pengajaran yang dijalankan juga kurang menarik minat pelajar yang suka pada sesuatu yang luar biasa . Latihan-latihan diberi juga jarang disiapkan dan banyak melakukan kesilapan dan seterusnya tiada tindakan susulan dibuat oleh guru.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar memberi tumpuan dan menunujukkan mereka faham. Apabila latihan diberikan, pelajar hanya melakar sesuka hati mereka tanpa melakar mengikut kriteria yang diberikan. Justeru saya perlu memperbaiki kaedah pengajaran saya dan mempertingkatkan kemahiran pembelajaran supaya semua pelajar saya mendapat pencapaian yang tertinggi dalam PBS.

Bagi membantu pelajar saya menguasai kemahiran ini saya mesti mencari satu alternatif lain yang lebih mudah untuk memastikan mereka dapat melakar dengan lebih baik. Justeru itu saya menghasilkan satu kaedah lakaran dalam bentuk kotak dan menggunakan bayangan kertas grid untuk memudahkan pelajar saya menghasilkan lakaran reka bentuk dengan lebih mudah.

5.1 TUJUAN KAJIAN:

Secara amnya kajian ini akan dapat mempertingkatkan kemahiran membuat lakaran reka bentuk dengan menggunakan kaedah lakaran bentuk kotak dan bayangan kertas grid.

Secara khususnya:i. Pelajar dapat membuat garisan lurus tanpa menggunakan pembaris.ii. Pelajar dapat membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi.iii. Menimbulkan minat pelajar untuk membuat lakaran reka bentuk.iv. Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik dan

menyeronokkan.

KUMPULAN SASARAN:

Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar KHB (KT) Tingkatan 1 SB yang kesemuanya pelajar lelaki (13 orang Melayu dan 4 orang Cina) yang mempunyai masalah untuk membuat lakaran reka bentuk.Kumpulan pelajar ini adalah kumpulan pelajar sederhana.

STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN:Aktiviti 1 : Melakar garisan lurusAktiviti 2 : Membuat lakaran bentuk segiempat sama atau segiempat tepatAktiviti 3 : Meletakkan kertas grid di bawah kertas A4 untuk dijadikan bayangan Aktiviti 4 : Melakar lakaran reka bentuk dalam bentuk tiga dimensi

Page 4: Kajian tindakan khb kt 2013

6 JADUAL PELAKSANANAAN KAJIAN:

Waktu P&P PERKARA

1Membuat latihan melakar garisan menegak dan melintang tanpa menggunakan pembaris.(semasa membuat lakaran garisan lurus , pelajar tidak dibenarkan bercakap untuk menghasilkan satu garisan yang lurus)

1Membuat lakaran dalam bentuk segiempat sama dan segiempat tepat tanpa menggunakan pembaris.

2Membuat lakaran dalam bentuk tiga dimensi dengan menggunakan kertas grid sebagai bayangan.

7 ANGGARAN KOS KAJIAN: Kos fotostat RM10.00Kertas A4

Page 5: Kajian tindakan khb kt 2013

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN 2013

1. Tajuk Kajian : MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT LAKARAN REKA

BENTUK DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH LAKARAN BENTUK SEGIEMPAT DAN BAYANGAN KERTAS GRID

2. Nama Penyelidik :Pn. Intan Sulinrana Isahak

3. Nama Sekolah :SMK. Senggarang, Batu Pahat, Johor

4. Abstrak :

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar Tingkatan 1 SB yang mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di dalam topic Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Seramai 17 orang pelajar lelaki ( 13 orang Melayu dan 4 orang Cina) dan seorang guru terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini telah dilaksanakan melalui Ujian Pra dan Ujian Pos. Keberkesanan kajian ini seterusnya akan dilihat kepada hasil lakaran reka bentuk pelajar mencapai band yang tertinggi. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran melakar.

5. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu :Kebanyakan pelajar sangat meminati lukisan reka bentuk tetapi mereka tidak mahir untuk membuatnya. Kemahiran melakar tanpa menggunakan pembaris sangat penting untuk dikuasai oleh semua pelajar tingkatan 1 kerana ia adalah kemahiran yang berterusan sehingga ke tingkatan 3.

6. Isu Keprihatinan :Setiap tingkatan 1, 2, dan 3 memerlukan pelajar untuk membuat lakaran lukisan reka bentuk. Sekiranya pelajar tidak mahir melakar, ia akan menyukarkan pelajar untuk mendapat band yang lebih baik. Ini kerana, setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3 mengkhendaki pelajar membuat tiga lakaran idea dalam bentuk tiga dimensi.

Oleh itu pelajar perlu didedahkan dengan satu teknik yang betul bagi menghasilkan lakaran yang lebih berkualiti.

7. Objektif Kajian :

7.1 Objektif Umum :

Tujuan kajian ini adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar melakar lukisan reka bentuk dengan betul.

7.2 Objektif Khusus :

Kajian ini dibuat untuk membantu pelajar:7.1 Meningkatkan kemahiran pelajar dalam melakar lukisan reka bentuk7.2 Membantu pelajar mencapai band yang tertinggi dalam PBS

8. Kumpulan Sasaran :

Pelajar 1 SB

Page 6: Kajian tindakan khb kt 2013

Lelaki : 17 orang ( 13 Melayu , 4 Cina)9. Pelaksanaan Kajian :

9.1 Tinjauan Masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa P&P dan semasa pelaksanaaan PBS.

9.1.1 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar saya semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi respon kerana mereka tidak mahir untuk membuat lakaran reka bentuk. Garisan yang dibuat semuanya tidak lurus, comot dan tidak kemas. Sebanyak 88% pelajar (15 orang) yang tidak dapat membuatnya dengan baik. Hanya 12% sahaja (2 orang) pelajar yang boleh membuat lakaran reka bentuk dengan baik.

Pemerhatian ini disahkan oleh hasil lakaran pelajar di dalam pelaksanaan PBS.

9.2 Analisis Tinjauan Masalah

9.2.1 Analisis Pemerhatian

Hasil dari tinjauan dan pemerhatian yang dijalankan semasa P&P, hamper 88 % pelajar menghadapi masalah untuk membuat lakaran reka bentuk dengan betul. Pemerhatian ini disahklan oleh hasil lakaran pelajar dalam PBS. Hanya 12% pelajar sahaja yang dapat melakar dengan betul.

Hasil yang diperolehi adalah seperti berikut:

Lakaran yang dihasilkan kurang tepat (15 orang)

Page 7: Kajian tindakan khb kt 2013

Lakaran yang dihasilkan dengan betul (2orang)

9.3 Tindakan Yang Dijalankan

1. Bagi mengatasi masalah ini, pelajar didedahkan dengan teknik lakaran dalam bentuk segiempat sama atau segiempat tepat sebagai asas untuk membuat lakaran.

2. Kertas grid ini hanya digunakan sebagai bayangan untuk memandu pelajar membuat lakaran dengan lurus .

Page 8: Kajian tindakan khb kt 2013

Contoh kertas grid

9.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/Penilaian

Kajian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan semasa pelaksanaan PBS. Saya telah membimbing pelajar saya dengan mendidik mereka melakar menggunakan teknik yang betul. Pelajar dikehendaki melakar bentuk segiempat sama dahulu. Daripada bentuk ini barulah pelajar boleh kembangkannya menjadi bentuk-bentuk yang lain.

Kertas grid digunakan sebagai pembayang sahaja untuk mendapatkan satu garisan yang lurus semasa proses melakar.

Berdasarkan pemerhatian saya, teknik saya itu telah membantu pelajar untuk membuat lakaran dengan lebih mudah, cantik dan kemas. Pelajar lebih berkeyakinan untuk membuat lakaran dan merasa seronok kerana lakaran yang dibuat nampak lebih cantik.

9.5 Refleksi Kajian

Pencapaian pelajar menunjukkan peningkatan walaupun masih terdapat pelajar yang gagal. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik ini dapat membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam membuat lakaran reka bentuk disamping mewujudkkan suasan pengajaran dan pembelajaran lebih ceria dan menyeronokkan.

Pelajar mengatakan bahawa membuat lakaran reka bentuk menggunakan kaedah ini lebih senang, mudah, tepat dan kemas.

Masih terdapat pelajar yang gagal kerana mereka tidak berminat untuk belajar dan tidak bersungguh-sungguh untuk mempelajari teknik membuat lakaran reka bentuk.

10.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Hasil dapatan kajian, saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar namun saya masih kurang puas hati dengan hasil kajian saya ini dan saya menganggap bahawa kajian tindakan saya ini masih kurang berjaya sepenuhya seperti yang saya harapkan.

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Masih ada pelajar yang tidak mahir lagi untuk membuat lakaran dengan lebih cantik, kemas dan bersih.

Page 9: Kajian tindakan khb kt 2013

LAMPIRAN

LANGKAH 1

LANGKAH 2

Pelajar melakar dahulu bentuk segiempat. Daripada bentuk segiempat yang pertama, pelajar boleh menambahkan lagi segiempat yang kedua atau ketiga mengikut kreativiti masing-masing

Ini adalah lakaran asas untuk membentuk lakaran reka bentuk yang lain. Daripada lakaran asas ini , pelajar boleh mengubahsuai menjadi lakaran reka bentuk yang lebih cantik selaras dengan kriteria dalam PBS.

Page 10: Kajian tindakan khb kt 2013

LANGKAH 3

Pengubahsuaian

Daripada lakaran yang ke dua tadi, pelajar boleh membuat pengubahsuaian. Pen yang berwarna merah adalah pengubahsuaian yang hendak di buat.

LANGKAH 4

Hasil pengubahsuaian yang dibuat.

Ini adalah contoh pengubahsuaian yang dibuat. Pelajar boleh mempelbagaikan lagi bentuknya mengikut citarasa masing-masing.

Page 11: Kajian tindakan khb kt 2013
Page 12: Kajian tindakan khb kt 2013