artikel mini kt

37
[LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM P&P] MINI KAJIAN TINDAKAN LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Oleh : Husnan Khufadli Nur Rawaidah Rahmat Sharidah Asman Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar terutama kemahiran komunikasi dan kemahiran maklumat serta mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar melalui penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini mengaplikasi perintegrasian teknologi menggunakan bahan elektronik dan bahan bukan elektronik iaitu laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif. Kajian ini melibatkan 37 orang pelajar dari aliran pembelajaran yang berbeza terdiri daripada 20 pelajar masalah pembelajaran dan 17 orang pelajar masalah pendengaran.Kajian ini melibatkan dua matapelajaran berbeza iaitu matapelajaran Bahasa Melayu dan Teknologi Maklumat. Kajian dilakukan dengan menggunakan set instrumen secara kualitatif iaitu melalui pemerhatian,temubual, soal selidik dan lembaran kerja untuk melihat perbezaan peningkatan kemahiran pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi pelajar sebelum dan selepas pendekatan dilaksanakan. Pelajar-pelajar menunjukkan perkembangan yang positif dimana pelajar mula menunjukkan peningkatan dalam komunikasi diantara rakan-rakan dan juga guru.Selain itu, mereka juga mengakui bahawa penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif berjaya mengubah gaya pembelajaran mereka yang sebelum ini 1 DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH,UKM

Upload: nur-rawaidah-rahmat

Post on 21-May-2015

13.702 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

LAMAN SESAWANG DAN KIT PEMBELAJARAN INTERAKTIF DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Oleh :

Husnan Khufadli

Nur Rawaidah Rahmat

Sharidah Asman

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam diri pelajar terutama kemahiran

komunikasi dan kemahiran maklumat serta mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar melalui

penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif di dalam proses pembelajaran

dan pengajaran. Kajian ini mengaplikasi perintegrasian teknologi menggunakan bahan

elektronik dan bahan bukan elektronik iaitu laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif.

Kajian ini melibatkan 37 orang pelajar dari aliran pembelajaran yang berbeza terdiri daripada 20

pelajar masalah pembelajaran dan 17 orang pelajar masalah pendengaran.Kajian ini melibatkan

dua matapelajaran berbeza iaitu matapelajaran Bahasa Melayu dan Teknologi Maklumat.

Kajian dilakukan dengan menggunakan set instrumen secara kualitatif iaitu melalui

pemerhatian,temubual, soal selidik dan lembaran kerja untuk melihat perbezaan peningkatan

kemahiran pelajar dan gaya pembelajaran pelajar. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa

terdapat perbezaan bagi pelajar sebelum dan selepas pendekatan dilaksanakan. Pelajar-pelajar

menunjukkan perkembangan yang positif dimana pelajar mula menunjukkan peningkatan dalam

komunikasi diantara rakan-rakan dan juga guru.Selain itu, mereka juga mengakui bahawa

penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif berjaya mengubah gaya

pembelajaran mereka yang sebelum ini hanya bergantung kepada guru sahaja. Implikasi

daripada kajian ini ialah guru telah mengenalpasti pendekatan yang berkesan dalam

meningkatkan kemahiran pelajar dan juga gaya pembelajaran mereka. Guru juga berjaya

mengubah teknik pengajaran melalui perintegrasian teknologi.

1

Page 2: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

PENGENALAN

Perkembangan dunia teknologi dan telekomunikasi serta projek Multimedia Super

Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara - negara

maju di dunia. Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memaksimakan penggunaan teknologi

dalam mentransformasikan masyarakat Malaysia kepada masyarakat bermaklumat (knowledge

based society). Kemajuan teknologi seperti internet dan multimedia begitu menonjol dalam

sektor awam dan swasta. Ini selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang telah diutarakan

oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad :

“ In the information age that we are living in, the Malaysian society must be information rich. It

can be no accident that today there is no wealthy developed country that is information poor and

no information rich country is poor and undeveloped” - (Wawasab 2020, 1991, p36)

Persaingan masyarakat dunia yang lebih hebat dalam abad ke 21 dan perubahan ke

arah masyarakat bermaklumat menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk

mencapai matlamat Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif

untuk mengintegrasikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)

adalah perlu. Cabaran ini membawa kepada implikasi yang besar kepada P&P dalam bilik

darjah dan juga bidang penyelidikan. Prasarana telekomunikasi dan sistem maklumat

berasaskan multimedia membenarkan pelajar berinteraksi secara aktif dengan maklumat

secara sinkroni atau asinkroni. Pengintegrasian teknologi atau ICT merupakan salah satu

daripada sepuluh matlamat ICT dalam Pendidikan (KPM, 2001). Sehubungan dengan itu,

semua pihak harus bekerjasama dalam mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan. Pengkaji

menggunakan pendekatan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam

mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan.

Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau

dikenali sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan

teknologi elektronik. Kaedah ini membolehkan individu mengikuti sesi pembelajaran secara

lebih terbuka dan bebas berdasarkan keinginan dan keupayaan sendiri tanpa perlu mengikuti

jadual atau menghadiri kelas yang ditetapkan. Kit pembelajaran interaktif pula adalah salah satu

alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar. Menurut kamus dewan

edisi ke-2 kit bermaksud set bahagian-bahagian yang sedia untuk dipasang manakala

pembelajaran pula bermaksud proses perubahan tingkah laku. Perubahan tingkah laku melalui

pembelajaran iaitu perubahan yang lebih maju, lebih tinggi dan lebih baik daripada tingkah laku

2

Page 3: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

yang sedia ada sebelum aktiviti pembelajaran. Oleh itu kit pembelajaran dapat didefinisikan

sebagai satu bahan bantu mengajar yang melibatkan pelajar secara langsung dalam

penggunaannya untuk meningkatkan perubahan tingkah laku mereka selepas pembelajaran.

Melalui perintegrasian teknologi beberapa perubahan dan pendekatan proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran

berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus

kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan

berdasarkan kepada teori konstruktivisme. Pengenalan kepada ICT juga telah membawa

kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas

dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan laman

sesawang pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal.

Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar

yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional.

Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif menyediakan kaedah dengan

memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada

menerima ilmu secara sehala sahaja.

Sehubungan dengan itu, matlamat utama kajian tindakan ini dilakukan oleh pengkaji

adalah untuk memperkenal, mengukuh, menambah dan mengembangkan kemahiran dan

pengetahuan pelajar melalui pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya penggunaan

laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan laman sesawang

dan kit pembelajaran interaktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif kajian ini

diharap dapat:

1. Mengaplikasikan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif sebagai

medium teknologi instruksional dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam

meningkatkan kemahiran pelajar.

2. Meningkatkan kepelbagaian stail pembelajaran di kalangan pelajar melalui

pengintegrasian penggunaan teknologi khususnya laman sesawang dan kit

pembelajaran interaktif.

3

Page 4: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Penyataan Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan

digunakan dalam menarik minat pelajar. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan

pengetahuan berasaskan isi kandungan dan pengajaran berpusatkan pengajaran guru itu

sendiri. Adakalanya guru tidak mementingkan kebaikan pengajaran tersebut kepada pelajar

seperti bagaimana pelajar boleh meningkatkan kemahiran yang ada pada diri mereka melalui

sesi pengajaran dan pembelajaran. Malah guru juga adakalanya tidak menghiraukan kesan

pengajaran berpusatkan guru kepada gaya pembelajaran pelajar. Ini menjadikan suasana di

dalam kelas hambar dan tidak mendapat maklumbalas yang positif di kalangan pelajar di mana

pelajar kebiasaanya hanya mendiamkan diri di dalam kelas.

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menjalankan kajian tindakan untuk melihat

sejauhmanakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kemahiran pelajar dan juga

mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar. Kemahiran yang ditekankan di sini adalah

kemahiran komunikasi dan kemahiran maklumat manakala gaya pembelajaran pelajar pula

adalah mengaplikasi pembelajaran kendiri dan pembelajaran berkumpulan atau perbincangan

bersama rakan-rakan. Maka pengkaji ingin mengkaji adakah penggunaan laman sesawang dan

kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar dan

meningkatkan kemahiran mereka. Persoalan kajian yang ingin dijawab oleh pengkaji adalah :

- Bagaimana penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat diaplikasikan

di dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran pelajar?

- Adakah penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat meningkatkan

kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar?

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan proses di mana berlakunya interaksi

antara guru dan pelajar. Pengajaran adalah dirancang oleh guru secara teratur untuk

melaksanakan dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai bagi membimbing, menggalak,

dan memotivasikan pelajar. Azizi dan Intan Sapinas 2007 menyatakan pembelajaran

merupakan proses kognitif di mana dikembangkan melalui isi kandungannya yang

4

Page 5: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

dipelbagaikan dari segi pendekatan dan strategi berfikir serta mempunyai kualiti intelek yang

tinggi. Selain itu aktiviti pembelajaran mestilah dapat merangsangkan pemikiran serta

mengukuhkan daya fikir dan celik akal pelajar. Oleh yang demikian bahan sokongan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran adalah memainkan peranan yang penting dalam

memastikan pelajar memahami isi kandungan pembelajaran dan terlibat secara aktif bukannya

sekadar menerima daripada guru sahaja. Mayer (2003), mengatakan bahawa pembelajaran

perlulah bermakna dan bukan secara hafalan sahaja, pengajaran juga perlulah berfokuskan

kepada pelajar bukannya berfokuskan kepada kurikulum, pentaksiran pula perlu berfokus

kepada pemindahan pembelajaran selain daripada pengekalan maklumat dan pendekatan

kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan perlulah kepada berpusatkan pelajar dan

bukan berpusatkan teknologi.

Menurut Pisapia (1994), perintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal,mengukuh,

mengembangkan kemahiran. Kemahiran yang dikatakan bolehla dirujuk kepada kemahiran

pelajar itu sendiri. Penggunaan teknologi mesti digabungjalinkan bersama kaedah pengajaran.

Oleh itu guru perlu mengintegrasikan ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, perintegrasian teknologi melalui

penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran amatlah sesuai digunakan dalam proses

pembelajaran dan pengajaran. Menurut Zubaidah binti Abu Bakar (2005) menyatakan bahawa

kit pembelajaran yang digunakan mengandungi komponen-komponen seperti foto album,

tayangan video, buku nota pelajar, dan nota pelajar yang menggunakan perisian power point

dapat membantu dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam sesuatu subjek.

Menurut Holmes (1999), memberikan pandangan bahawa perintegrasian teknologi

dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam

kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana

menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi

dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru

terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. Satu kajian ( Bahrudin,

Mohamad Bilal & Muhammad Kasim 2001), menunjukkan bahawa ICT dapat membantu

mengatasi kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru

dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi kemahiran

5

Page 6: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat keberkesanan

penggunaan teknologi.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (lCT) dalam pengajaran dan

pembelajaran seharusnya berkembang selaras dengan perkembangan sains dan teknologi

pada zaman sekarang. Pembelajaran melalui laman sesawang ini dapat dilihat dari dua

perspektif yang berlainan penggunaanya iaitu pengajaran berasaskan laman web (Web based

instruction) dan pembelajaran melalui laman web pendidikan (Sajap Maswan, 2004). Dengan

adanya penggunaan lCT pelajar dapat mengakses data dan maklumat dengan cepat dan selain

itu dapat bertukar-tukar maklumat. Sajap Maswan (2004), menyatakan proses pengajaran dan

pembelajaran melalui laman web dapat menyediakan peluang untuk menghantar dan

mengakses maklumat yang bukan sahaja terdiri daripada teks tetapi juga termasuk grafik,

animasi, audio dan video. Oleh yang demikian penggunaan laman sesawang merupakan salah

satu bahan bantu mengajar yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Antara contoh laman sesawang yang boleh digunakan untuk pembelajaran

pelajar ialah TM School Net, Cikgu.net, Cyberdidik, School.net, Portal Pendidikan Utusan, E-

sekolah, E-tuisyen dan sebagainya. Menurut Sankaran S., Sankaran D., & Bui, T. (2000)

mendapati penggunaan inovatif aplikasi berasaskan laman sesawang boleh membantu

kepelbagaian stail pembelajaran. lni mengelakkan pelajar daripada merasa bosan disamping

mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Dr. Sajap Maswan, pembelajaran melalui laman sesawang mengajak para guru

untuk mengalih paradigma pengajaran mereka daripada yang bercorak behavioris dan

kognitivis kepada konstruktivis. Konstruktivis dikatakan berupaya mengubah sikap memindah

maklumat secara pasif kepada yang aktif dengan menyediakan suasana pengajaran-

pembelajaran yang dapat mempertingkat kemahiran berfikir tahap tinggi (high - order thinking

skills). Aliran ini juga percaya bahawa pengajaran-pembelajaran yang bertumpu kepada

penglibatan multisensori pelajar dan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan eksploratori

dapat membantu meningkatkan kemahiran yang dimaksudkan. Justeru penggunaan Laman

web yang mempunyai ciri-ciri hipermedia, hiperteks dan hiperlinks amat sesuai dengan konteks

konstruktivis ini. Sebab itu laman sesawang harus dimanfaat sepenuhnya oleh guru-guru dalam

pengajaran-pembelajaran.

6

Page 7: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses

pembelajaran dan pengajaran akan meningkatkan pemahaman pelajar dan menggalakkan

aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Menurut Anderson dan Joerg

(1996) melaporkan dalam kajian mereka bahawa penggunaan laman sesawang berperanan

sebagai suatu alat yang berkesan dan sesuai bagi pelajar untuk meningkatkan pencapaian dan

minat dalam pembelajaran. Selain itu menurut Irfan Naufal Umar (2003) menyatakan bahawa

pengajaran berasaskan laman sesawang merupakan alternatif atau cara baru pengajaran yang

mempunyai banyak potensi untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna. Penggunaan

kit pembelajaran seperti kad imbasan, kad cantuman, kad padanan dan sebagainya menjadikan

proses P&P menarik dan secara tidak langsung melibatkan penglibatan aktif pelajar. Selain itu

penggunaan laman sesawang pula membolehkan pelajar mengakses maklumat lanjut untuk

mengetahui sesuatu subjek pembelajaran dengan lebih mendalam. Selain itu juga penggunaan

kedua-duanya semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat dan

mencabar kreativiti dan merangsang pemikiran tahap tinggi pelajar (Higher thinking level).

Kerangka Teoritikal Kajian

Kerangka Teoritikal Kajian ini dibentuk berdasarkan Teori Dick dan Carey (Rafidah 2002) atau

lebih dikenali sebagai The Dick and Carey System Approach Model (1978). Teori model ini

merupakan antara Teori Instructional Design yang terkenal dihasilkan oleh Walter Dick and Lou

Carey dalam buku mereka yang bertajuk “The Systematic Design Of Instruction”. Mengikut teori

ini proses pengajaran bermula daripada pengetahuan subjek terus kepada objektif, diikuti oleh

struktur pelajaran, penaksiran dan kemudian maklum balas penilaian. Kesemua perancangan

pengajaran ini membolehkan proses pengajaran menjadi lebih efektif dan sesuai dengan objek

pendidikan terkini. Teori ini berasaskan pendekatan sistematik yang melibatkan pembinaan

strategi pengajaran serta membina dan memilih bahan pengajaran yang bersesuaian. Secara

grafiknya, teori The Dick and Carey System Approach Model dapat dijelaskan seperti rajah di

bawah ;

7

Page 8: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Rajah 1.0 : Model Dick dan Carey

Kerangka konseptual ini juga dibentuk berdasarkan kajian-kajian yang lepas yang berkaitan

dengan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dodge

(1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Kajian yang dijalankan

oleh P.J Philips di Universiti Texas pada tahun 1950 berhubung dengan perkaitan antara

ingatan dan cara sesuatu maklumat disampaikan dapat dilihat melalui jadual I dalam kajian

tersebut. Dapatan tersebut menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran amat penting dan bermanfaat kerana penggunaannya dapat

menggalakkan aktiviti yang pelbagai untuk memastikan keberkesanan proses tersebut secara

maksimum.

Bruner pula telah memperkenalkan 4 model pedagoginya seperti berikut:

i.Kanak-kanak adalah pelajar yang suka mencontohi

ii.Kanak-kanak belajar melalui pendedahan didaktik

iii.Kanak-kanak sebagai pemikir

iv.Kanak-kanak adalah berpengetahuan

Keempat-empat model ini bersesuaian dengan penggunaan teknologi seperti laman sesawang

dan kit pembelajaran interaktif sebagai bahan pembelajaran mereka. Kesimpulannya, kerangka

teori-teori yang dinyatakan di atas menunjukkan bahawa teknologi moden seperti laman

8

Page 9: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

sesawang dan kit pembelajaran interaktif yang mampu melibatkan pelajar secara lebih meluas

dan berkesan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran amat perlu untuk diaplikasikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi kebaikan pelajar itu sendiri.

Kerangka Konseptual Kajian

Kerangka konseptual ini terdiri daripada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan

pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah laman

sesawang dan kit pembelajaran interaktif, manakala pemboleh ubah tidak bersandar ialah stail

kepelbagaian pembelajaran pelajar dan kemahiran pelajar. Di dalam kajian ini, pengkaji ingin

mengkaji hubungan di antara penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif

dengan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar. Kerangka

konseptual yang dibentuk bagi kajian ini adalah seperti berikut :

Rajah 2.0 : Kerangka

Operasional Kajian

Definisi operational kajian yang digunakan adalah seperti berikut :

(iii) Penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

9

Page 10: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Pembelajaran melalui laman sesawang ialah pembelajaran secara elektronik atau dikenali

sebagai E-Pembelajaran. Ia merupakan kombinasi di antara elemen pendidikan dan teknologi

elektronik. Kit pembelajaran interaktif pula merupakan bahan teknologi bukan elektronik yang

mengandungi pelbagai bahan misalnya buku cerita dan set permainan pintar dan peralatan

yang menyokong aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Kedua – dua bahan ini diintegrasikan

dan digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kemahiran

dan kepelbagaian stail pembelajaran pelajar.

(ii) Stail Kepelbagaian Pembelajaran Pelajar

Menurut Dodge (1996) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya

pembelajaran pelajar adalah tidak sama diantara satu sama lain. Bagaimanapun gaya

pembelajaran pelajar perlu dipelbagaikan agar pelajar dapat mengetahui kekuatan dan

kelemahan mereka disamping disesuaikan mengikut subjek dan keadaan.

(ii) Kemahiran Pelajar

Menurut Kamus Dewan Bahasa, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan

kepandaian melakukan sesuatu. Kemahiran pelajar boleh dirujuk kepada kecekapan dan

kepandaian pelajar melakukan sesuatu, misalnya kemahiran berfikir, kemahiran literasi

computer, kemahiran komunikasi dan sebagainya.

(iii) Penilaian Pelajar

Penilaian boleh didefinisikan sebagai perbuatan atau hal menilai ataupun pentaksiran. (Kamus

Dewan Bahasa). Penilaian akan dilakukan bagi melihat perubahan dan penambahbaikan stail

kepelbagaian pembelajaran pelajar dan peningkatan kemahiran mereka.

METADOLOGI

Reka Bentuk Kajian

Dalam menjalankan kajian tindakan bagi penggunaan laman sesawang dan kit

pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kumpulan kami telah

berpandukan kepada reka bentuk kajian adaptasi Model Kajian Tindakan oleh Gerald Susman

(1983). Ia meliputi diagnosis, merancang, tindakan, penilaian dan refleksi.

10

Page 11: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Rajah 3.0 : Model Kajian Tindakan : Gerald Susman (1983)

Berdasarkan Model Kajian Tindakan oleh Gerald Susman (1983), reka bentuk kajian tindakan

yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah seperti berikut :

FASA 1 : DIAGNOSIS

Pengkaji telah membuat pemerhatian dan tinjauan awal semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlansung dan mendapati para pelajar agak pasif dan tidak menunjukkan reaksi

yang memberansangkan apabila ditanya oleh guru. Pelajar juga didapati hanya bergantung

kepada guru dalam mendapatkan maklumat. Bagi mengenalpasti tahap kemahiran dan gaya

pembelajaran pelajar, pengkaji telah meminta para pelajar menjawab soal-selidik yang telah

disediakan kepada pelajar sebelum menjalankan kajian. Temubual juga dijalankan oleh guru

terhadap para pelajar tentang tingkahlaku mereka yang pasif di dalam kelas. Hasil temubual

yang dijalankan, didapati para pelajar tidak meminati matapelajaran Bahasa Melayu dan

Teknologi Maklumat kerana mereka berasa bosan dengan suasana pembelajaran.

Hasil daripada pemerhatian, soal selidik dan temubual yang telah dijalankan, didapati

majoriti para pelajar memberi tindak balas dengan menyatakan bahawa mereka tidak

mempunyai keyakinan diri sekaligus menghadapi masalah dalam kemahiran komunikasi dan

kemahiran mendapatkan maklumat. Mereka lebih tertumpu kepada sumber yang diperoleh

11

Page 12: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

daripada guru sahaja dan jarang berbincang dengan rakan-rakan tentang sesuatu isi

pengajaran.

FASA 2 : MERANCANG

Hasil daripada diagnosis yang dilakukan, pengkaji telah membuat perancangan dengan

menyenaraikan dua tindakan yang perlu diambil dalam menyelesaikan masalah yang telah

dikenalpasti iaitu meningkatkan stail pembelajaran pelajar dimana pelajar tidak bergantung

kepada guru sahaja tetapi juga kepada sumber lain dan juga meningkatkan kemahiran pelajar.

Kemahiran yang ditekankan di dalam kajian ini ialah kemahiran komunikasi dan kemahiran

maklumat. Dua tindakan yang akan dilakukan ialah dengan menggunakan laman sesawang

sebagai medium pembelajaran dan juga kit pembelajaran interaktif dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Pengumpulan data juga dirancang di mana pengkaji merancang untuk

mengumpul data melalui instrumen pemerhatian, temubual, soal selidik dan lembaran kerja.

FASA 3 : TINDAKAN

Pengkaji mengaplikasi dua tindakan yang telah dirancang iaitu penggunaan laman

sesawang dan kit pembelajaran interaktif di dalam kelas.

Penggunaan Laman Sesawang

Guru memperkenalkan pelajar kepada satu topik dan memberi penerangan asas. Kemudian

pelajar diminta melayari laman sesawang pendidikan yang telah diberi oleh guru. Di dalam

laman sesawang ini, setiap pelajar diberi tanggungjawab untuk menguasai topik yang diberikan.

Pelajar digalakkan untuk menggunakan aplikasi yang ada di laman sesawang tersebut seperti

forum, berbual bersama rakan dan menggunakan internet sebagai media untuk mencari

maklumat tambahan. Setelah itu, pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menulis isi-isi penting

hasil daripada pencarian maklumat yang mereka lakukan.

Penggunaan Kit Pembelajaran Interaktif

Penggunaan Kit Pembelajaran Interaktif pula digunakan pada sesi kelas yang seterusnya

dimana para guru meminta pelajar duduk di dalam kumpulan yang diberikan oleh guru,

kemudian setiap kumpulan diberi kit pembelajaran interaktif yang mengandungi bahan seperti

buku cerita, permainan ’scrabble’ dan silang kata.

12

Page 13: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Pendekatan ini memerlukan pelajar melibatkan diri secara aktif dimana mereka perlu

berkomunikasi sesama rakan dan juga guru. Pelajar juga melalui proses pembelajaran secara

kendiri di mana mereka perlu menguasai kemahiran maklumat dalam mencari informasi yang

berkaitan dan tidak bergantung kepada guru sahaja. Perbincangan sesama rakan juga

meningkatkan kemahiran komunikasi dan gaya pembelajaran bagi setiap pelajar.

FASA 4 : PENILAIAN

Penilaian dilakukan adalah berdasarkan hasil daripada pengumpulan data melalui

pemerhatian, temubual, soal selidik dan lembaran kerja. Kesemua instrumen ini dinilai bagi

mendapatkan hasil yang dikehendaki dalam membantu pengkaji mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

Pemerhatian

Pemerhatian dibuat terhadap tingkahlaku dan reaksi pelajar di mana penglibatan mereka di

dalam dua aktiviti tersebut dinilai. Pemerhatian dibuat sebelum dan selepas kajian dilaksanakan

bagi melihat perbezaan yang berlaku dan juga keberkesanan kajian.

Soal Selidik

Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar dalam mendapatkan maklumbalas pelajar

mengenai aktiviti yang dilakukan serta dibuat perbandingan dengan borang soal selidik yang

diberi sebelum kajian tindakan dilakukan.

Temubual

Temubual telah dijalankan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan dalam mendapatkan

maklumbalas pelajar selepas aktiviti dijalankan. Pengkaji juga dapat melihat reaksi mereka hasil

daripada temubual tersebut.

Lembaran Kerja

Penilaian dilakukan berdasarkan lembaran kerja pelajar berdasarkan kriteria ditetapkan iaitu

bagaimana pelajar mengolah isi pengajaran melalui penggunaan laman sesawang sebagai

sumber pembelajaran. Daripada lembaran kerja tersebut, kemahiran mencatat nota dan

kemahiran mengorganisasi maklumat merupakan antara kriteria yang perlu ada dalam

kemahiran mencari maklumat.

13

Page 14: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

FASA 5 : REFLEKSI

Hasil daripada perlaksanaan kajian tindakan ini mendapati para pelajar memberi

maklumbalas yang positif. Pelajar mula menunjukkan perubahan di mana mereka mula aktif di

dalam kelas dan tidak lagi pasif. Para pelajar juga mula berkomunikasi dengan rakan dan guru

secara aktif di mana mereka tidak lagi rasa segan untuk bertanya dan berbincang sesama

rakan. Gaya pembelajaran mereka juga menunjukkan perubahan di mana pelajar tidak hanya

bergantung kepada guru sahaja tetapi juga melalui sumber lain seperti laman sesawang dan

perbincangan sesama rakan dalam mendapatkan maklumat sekaligus meningkatkan kemahiran

mencari maklumat mereka.

Sampel dan Setting Kajian

Sampel kajian terdiri daripada daripada 37 orang pelajar berkeperluan khas yang

melibatkan 20 orang pelajar masalah pembelajaran dan 17 orang pelajar masalah

pendengaran. Kajian ini melibatkan dua matapelajaran berbeza iaitu matapelajaran Bahasa

Melayu bagi 20 orang pelajar masalah pendengaran dan matapelajaran Teknologi Maklumat

bagi 17 orang pelajar masalah pendengaran. Kesemua sampel kajian terdiri daripada para

pelajar tingkatan dua. Setting kajian dilakukan di dalam makmal komputer dan 2 bilik darjah

yang berbeza iaitu tingkatan 2 Arrazi bagi bagi pelajar masalah pembelajaran dan 2 Farrabi

bagi pelajar masalah pendengaran. Kajian dilakukan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran bagi dua matapelajaran tersebut.

Bahan Kajian

Bahan yang digunakan di dalam kajian ini adalah laman sesawang dan kit pembelajaran

interaktif. Laman sesawang terdiri daripada laman sesawang pendidikan yang telah sedia ada

dalam mengaplikasikan pembelajaran melalui laman sesawang. Laman sesawang yang dicapai

di dalam kajian ini ialah Portal Pendidikan Utusan dan Portal Pendidikan Zoom-A. Manakala kit

pembelajaran interaktif pula terdiri daripada koleksi pelbagai bahan bantu mengajar (BBM)

seperti buku cerita, permainan ‘scrabble’ dan silang kata. Kesemua bahan ini digunakan dalam

proses pembelajaran dan pengajaran bagi kedua-dua matapelajaran iaitu Bahasa Melayu dan

Teknologi Maklumat.

Instrumen Kajian

14

Page 15: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Pengumpulan data bagi kajian ini dilakukan secara kualitatif. Bagi pengumpulan data

secara kualitatif, instrumen yang digunakan meliputi pemerhatian, lembaran kerja, temubual

dan borang soal selidik yang dijalankan sebelum dan selepas penggunaan laman sesawang

dan kit pembelajaran di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian, temubual

dan borang soal selidik dijalankan sebelum dan selepas kajian dilaksanakan bagi

mengenalpasti perbezaan dan peningkatan dalam pengumpulan data serta keberkesanan

penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dalam mempelbagaikan gaya

pembelajaran pelajar dan meningkatkan kemahiran pelajar terutama kemahiran komunikasi

dan kemahiran maklumat. Lembaran kerja pula diberi kepada pelajar semasa kajian

dilaksanakan dalam melihat keberkesanan penggunaan laman sesawang dalam proses

pembelajaran dan pengajaran.

Penerangan Prosedur

Prosedur bagi kajian tindakan yang dilakukan oleh pengkaji adalah sama bagi kedua-

dua matapelajaran iaitu matapelajaran Bahasa Melayu dan matapelajaran Teknologi Maklumat.

Dalam empat minggu sesi pembelajaran, dua pendekatan iaitu penggunaan laman sesawang

dan penggunaan kit pembelajaran interaktif digunakan secara berasingan dalam sesi yang

berbeza dan mengikut masa yang sesuai. Dalam seminggu terdapat dua sesi di mana guru

boleh menggunakan kedua-dua sesi tersebut dalam melaksanakan kajian tindakan (Sila Rujuk

Jadual ).

Penggunaan Laman Sesawang

Dalam sesi pertama bagi setiap minggu, guru membawa pelajar masuk ke dalam

makmal sekolah. Kemudian guru memperkenalkan kepada pelajar satu topik yang hendak

diajar dan memberi penerangan yang ringkas dan mudah difahami oleh pelajar. Kemudian, guru

menulis di hadapan papan putih (whiteboard) mengenai laman sesawang pendidikan iaitu

Portal Pendidikan Utusan yang perlu dilayari oleh setiap pelajar. Pelajar diminta membuka

komputer dan membuka aplikasi ‘Internet Explorer’ dalam melayari laman sesawang yang

ditulis oleh guru di hadapan kelas. Guru memberi arahan bagaimana menggunakan Portal

Pendidikan Utusan tersebut seterusnya meminta mereka menerokai laman tersebut sambil

dipantau oleh guru. Di dalam laman sesawang ini, setiap pelajar diberi tanggungjawab untuk

menguasai topik yang diberikan. Pelajar digalakkan untuk menggunakan aplikasi yang ada di

laman sesawang tersebut seperti forum, berbual bersama rakan dan menggunakan internet

sebagai media untuk mencari maklumat tambahan. Kemudian guru memberi lembaran kerja

15

Page 16: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

yang mengandungi isi-isi pengajaran yang perlu dicari oleh pelajar menggunakan portal

tersebut. Guru meminta pelajar menulis isi-isi pengajaran yang dijumpai di dalam lembaran

kerja tersebut. Di akhir pengajaran kelas, guru meminta pelajar memulangkan kembali

lembaran kerja tersebut dan bertanyakan pelajar mengenai apa yang mereka belajar pada hari

tersebut. Penggunaan portal pendidikan adalah berbeza dan digilirkan sepanjang empat

minggu kajian dijalankan, di mana minggu pertama dan ketiga, portal pendidikan yang

digunakan adalah Portal Pendidikan Utusan dan minggu yang kedua dan keempat portal

pendidikan yang digunakan adalah Portal Pendidikan Zoom-A.

Penggunaan Kit Pembelajaran Interaktif

Seterusnya, dalam sesi kedua, guru menggunakan bilik darjah sebagai setting kajian.

Sebelum memulakan sesi pengajaran, guru terlebih dahulu bertanyakan pelajar mengenai isi

pengajaran yang dipelajari dalam sesi sebelum ini. Sesi kedua merupakan sesi aktiviti

berkumpulan dijalankan bagi mengukuhkan kefahaman pengajaran pada minggu tersebut.

Kemudian guru membentuk pelajar kepada 5 kumpulan bagi pelajar kelas masalah

pembelajaran (20 orang pelajar) di mana setiap kumpulan mengandungi 4 orang ahli kumpulan.

Manakala bagi kelas pelajar masalah pendengaran, para pelajar dibentuk sebanyak 4 kumpulan

yang 4 orang ahli bagi 3 kumpulan dan 5 orang ahli bagi satu kumpulan. Penggunaan kit

pembelajaran interaktif adalah secara bergilir bagi setiap minggu di mana bagi minggu pertama

sesi kedua, kit pembelajaran interaktif yang digunakan adalah buku cerita. Minggu kedua sesi

kedua, kit pembelajaran interaktif yang digunakan adalah permainan ‘scrabble’ dan minggu

ketiga sesi kedua, kit pembelajaran interaktif yang digunakan adalah silang kata. Bagi minggu

keempat sesi kedua, tiada sesi pengajaran dilakukan kerana cuti umum.

Rajah 4.0 : Perancangan Mingguan Bagi Penggunaan Laman Sesawang dan Kit Pembelajaran

Interaktif

Minggu Sesi Pertama (30 Sesi Kedua (30 Matapelajaran

16

Page 17: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

minit) minit)

Minggu 1

Portal Pendidikan

Utusan

Buku Cerita

Bahasa Melayu :

Huruf Vokal (a,e,i,o,u)

Teknologi Maklumat :

Pengenalan

Perkakasan Asas

Komputer

Minggu 2

Portal Pendidikan

Zoom-A

Permainan ‘Scrabble’

Bahasa Melayu : Bola

(Gabungan Suku Kata

KV+KV)

Teknologi Maklumat :

Pengenalan

Perkakasan

‘Hardware’ Komputer

Minggu 3 Portal Pendidikan

Utusan

Silang Kata

Bahasa Melayu :

Peralatan Dalam

Rumah (Gabungan

Suku Kata KV+KVK)

Teknologi Maklumat :

Pengenalan Perisian

‘Software’ Komputer

Minggu 4

Portal Pendidikan

Zoom-A

Cuti Umum

Bahasa Melayu :

Tema : Dunia Haiwan

Teknologi Maklumat :

Penggunaan

‘Microsoft Word’

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Dapatan Kajian

17

Page 18: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Setelah analisis dibuat terhadap pemerhatian, temubual, soal selidik dan lembaran

kerja, dapatlah dilihat penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif dapat

meningkatkan kemahiran pelajar dan mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar.

Pemerhatian

Pemerhatian di dalam kajian ini adalah bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku

dan reaksi pelajar sebelum dan selepas terlibat dalam aktiviti yang dilakukan. Dalam kajian ini,

pengkaji mendapati bahawa terdapat perbezaan tingkah laku dan penglibatan pelajar sebelum

dan semasa pendekatan dilaksanakan. Sebelum aktiviti dilaksanakan, dapatan kajian

mendapati bahawa pelajar-pelajar tidak aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran

berlangsung, misalnya apabila guru mengajukan soalan, para pelajar tidak memberi

maklumbalas yang menggalakkan. Mereka juga hanya menerima sahaja segala penyampaian

pengajaran dilakukan oleh guru tanpa memberi sebarang pendapat atau cadangan.

Bagaimanapun, selepas penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif

diaplikasikan di dalam kelas, didapati para pelajar sangat teruja dan berminat untuk menjawab

soalan-soalan dan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Ini sekaligus dapat mengubah

sikap pelajar daripada bersikap pasif kepada aktif semasa dalam bilik darjah. Kemahiran

komunikasi dan kemahiran maklumat juga dapat ditingkatkan apabila pelajar mengambil

bahagian secara aktif di dalam kelas. Berikut adalah hasil pemerhatian yang dijalankan dalam

kajian ini:

Jadual 1.0 : Pemerhatian (Sebelum Kajian Dilakukan)

Bil Aspek Baik Memuaskan Tidak Memuaskan

1 Pelajar mula memberi maklum balas apabila

guru bertanyakan soalan √

2 Pelajar menunjukkan rasa minat untuk

mencari maklumat dan mencatatkan isi

penting pengajaran dengan baik

3 Pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dan

guru di dalam kelas√

18

Page 19: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Jadual 2.0 : Pemerhatian (Selepas Kajian Dilakukan)

Bil Aspek Baik Memuaskan Tidak Memuaskan

1 Pelajar mula memberi maklum balas apabila

guru bertanyakan soalan√

2 Pelajar menunjukkan rasa minat untuk

mencari maklumat dan mencatatkan isi

penting pengajaran dengan baik

3 Pelajar berinteraksi dengan rakan-rakan dan

guru di dalam kelas√

Temubual

Selain daripada pemerhatian, pengkaji menggunakan instrumen temubual dalam

mengumpul data untuk dianalisis. Temubual yang dilakukan terbahagi kepada dua iaitu

temubual sebelum kajian dijalankan bagi mengenalpasti masalah yang berlaku dan temubual

selepas kajian dilakukan dalam memperoleh maklum balas dan reaksi selepas aktiviti

dilaksanakan. Hasil temubual yang dijalankan sebelum kajian dilaksanakan, didapati para

pelajar tidak meminati matapelajaran Bahasa Melayu dan Teknologi Maklumat kerana berasa

bosan dengan suasana pembelajaran. Selepas aktiviti dilaksanakan, temubual kedua dijalankan

selepas pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menerapkan penggunaan

laman sesawang dan kit pembelajaran di dalam kelas untuk melihat pandangan dan reaksi

mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan. Hasil dapatan kajian

daripada temu bual kedua yang dijalankan mendapati para pelajar berminat dengan kedua-dua

matapelajaran tersebut malah mereka berasa seronok dalam mencari maklumat melalui proses

kendiri. Selain itu, pelajar juga menyatakan bahawa dengan penggunaan kit pembelajaran

interaktif dapat menimbulkan rasa seronok dan minat mereka dan menjadi lebih aktif dalam bilik

darjah. Tambahan lagi penggunaan laman sesawang juga membolehkan pelajar berkomunikasi

dengan rakan lain untuk berbincang dan menghantar tugasan yang telah diberikan oleh guru.

Jadual 3.0 : Analisis Hasil Temubual (Sebelum Kajian Dilakukan)

Soalan Soalan 1: Soalan 2: Soalan 3:

19

Page 20: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Bil. Pelajar

Adakah anda

berasa seronok

mengikut

pembelajaran

pada hari ini?

Adakah anda

yakin untuk

berbincang

dengan guru dan

rakan-rakan

mengenai topik

yang telah diajar?

Adakah anda

mempunyai

sumber lain untuk

mendapatkan

maklumat selain

daripada guru?

37 orang 86% Tidak (35) 100% Tidak (37) 100% Tidak (37)

Jadual 4.0 : Analisis Hasil Temubual (Selepas Kajian Dilakukan)

Soalan

Bil. Pelajar

Soalan 1:

Adakah anda

berasa seronok

mengikut

pembelajaran

pada hari ini?

Soalan 2:

Adakah anda

yakin untuk

berbincang

dengan guru dan

rakan-rakan

mengenai topik

yang telah diajar?

Soalan 3:

Adakah anda

mempunyai

sumber lain untuk

mendapatkan

maklumat selain

daripada guru?

37 orang 100% Ya (37) 98% Ya (36) 100% Ya (37)

Borang Soal Selidik

Melalui dapatan daripada borang soal selidik yang telah diedarkan di dalam kelas, hasil

analisis menunjukkan kesemua responden iaitu 37 orang (100%) bersetuju dengan penyataan

bahawa penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif membantu meningkatkan

keyakinan diri dalam berinteraksi sekaligus meningkatkan kemahiran komunikasi dalam diri

mereka. Selain itu, hasil analisis juga mendapati kesemua para pelajar (100%) mempunyai

sumber alternatif dalam mencari maklumat selain guru iaitu menggunakan laman sesawang dan

perbincangan bersama rakan-rakan. Ini dapat mewujudkan gaya pembelajaran yang pelbagai

dan tidak berpusatkan guru sahaja.

20

Page 21: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Peratus (%)0

20

40

60

80

100

120

Ya 37 OrangTidak 0 Orang

Jadual 5.0 : Analisis Keyakinan Menjawab Soalan Guru

Peratus (%)0

20

40

60

80

100

120

Ya 37 OrangTidak 0 Orang

Jadual 6.0 : Analisis Keseronokan Berbincang Dengan Rakan

21

Page 22: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Peratus0

20

40

60

80

100

120

Ya 37 OrangTidak 0 Orang

Jadual 7.0 : Analisis (Internet Sebagai Sumber Alternatif)

Lembaran Kerja

Dapatan kajian juga diperolehi daripada hasil lembaran kerja pelajar melalui bagaimana

pelajar mengolah isi pengajaran melalui penggunaan laman sesawang sebagai sumber

pembelajaran. Daripada lembaran kerja tersebut, didapati pelajar telah mula menguasai isi

pengajaran di mana mereka mencatat nota yang berkaitan dengan isi pengajaran tanpa dibantu

oleh guru dan berjaya mengorganisasi dan menyampaikan maklumat secara betul. Kemahiran

mencatat nota dan kemahiran mengorganisasi maklumat merupakan antara kriteria yang perlu

ada dalam kemahiran mencari maklumat.

Perbincangan

Pengkaji memilih pendekatan penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran

interaktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran disebabkan pengkaji percaya melalui

perintegrasian teknologi yang dilakukan di antara bahan elektronik dan bahan bukan elektronik,

ia dapat menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran di dalam

kelas. Di samping itu, ia membantu pengkaji mencapai objektif yang ingin dicapai iaitu

meningkat kemahiran pelajar dan mempelbagaikan gaya pembelajaran pelajar. Kaedah ini akan

dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan

Teknologi Maklumat. Kajian ini melibatkan 20 orang pelajar masalah pembelajaran dan 17

orang pelajar masalah pendengaran.

22

Page 23: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan yang dijalankan ini telah membuktikan penggunaan laman sesawang

dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran telah meningkatkan

kemahiran pelajar iaitu kemahiran komunikasi dan juga kemahiran maklumat. Kemahiran

komunikasi meliputi interaksi sosial diantara pelajar sesama pelajar dan juga pelajar bersama

guru. Melalui pemerhatian yang telah dibuat, pelajar mula berinteraksi sesama rakan semasa

melakukan aktiviti berkumpulan dengan menggunakan kit pembelajaran interaktif. Selain itu,

ruangan sembang yang terdapat di dalam portal pendidikan juga menggalakkan pelajar

berinteraksi sesama mereka. Hasil analisis soal-selidik juga mendapati kesemua pelajar

bersetuju bahawa penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran berjaya meningkatkan

keyakinan diri mereka sekaligus meningkatkan keyakinan mereka untuk berkomunikasi. Pelajar

mula memberi maklumbalas yang positif apabila berjaya menjawab soalan yang telah diberikan

oleh guru. 36 orang pelajar hasil daripada temubual telah mengatakan mereka lebih yakin untuk

menjawab soalan yang diberikan oleh guru secara lisan hasil daripada aktiviti yang dijalankan.

Kemahiran komunikasi yang diperhatikan adalah kemahiran untuk berbincang, kemahiran untuk

menanyakan soalan, kemahiran untuk menjawab soalan secara lisan dan kemahiran

memberikan pendapat. Tingkah laku pelajar juga diperhatikan semasa mereka berkomunikasi

dan mendapati mereka tidak lagi merasa malu atau segan sama ada dengan guru atau rakan-

rakan yang lain.

Kemahiran yang kedua adalah kemahiran maklumat. Kemahiran maklumat ini amat

penting kerana kemahiran maklumat membantu pelajar mempelbagaikan gaya pembelajaran

mereka. Kemahiran maklumat ialah kemahiran yang diperlukan dalam mengolah dan

mendapatkan maklumat secara cekap dan berkesan. Sebelum kajian dilaksanakan, para

pelajar menyatakan mereka memperoleh maklumat daripada guru sahaja tanpa mengatakan

sumber yang lain. Bagaimanapun setelah aktiviti penggunaan laman sesawang dan kit

pembelajaran dijalankan, hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua pelajar bersetuju

menyatakan mereka boleh memperoleh maklumat daripada internet seperti laman sesawang

dan juga melalui perbincangan bersama rakan-rakan. Para pelajar tidak lagi tertumpu kepada

guru sahaja dalam mendapatkan maklumat tetapi meneroka sendiri melalui penggunaan laman

sesawang dan perbincangan bersama – rakan ketika membuat aktiviti berkumpulan bagi kit

pembelajaran interaktif. Kemahiran maklumat yang ditekankan di dalam kajian ini adalah

kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengorganisasi dan menyampaikan maklumat secara

betul. Kemahiran mencatat nota dan kemahiran mengorganisasi dan menyampaikan maklumat

secara betul dapat dilihat melalui hasil kerja pelajar di dalam lembaran kerja yang disediakan

oleh guru.

23

Page 24: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Disamping itu juga pelajar juga dapat mempelbagaikan gaya pembelajaran. Jika

sebelum ini gaya pembelajaran pelajar adalah lebih kepada gaya tradisional iaitu berpusatkan

guru sahaja, tetapi selepas aktiviti penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif

dilakukan di dalam bilik darjah, pelajar mula menunjukkan reaksi yang positif di mana mereka

mendorong diri mereka sendiri untuk melakukan pembelajaran kendiri, di mana mereka

berusaha sendiri dalam mencari maklumat di dalam portal pendidikan yang ditunjukkan oleh

guru. Mereka juga berasa seronok dalam menerokai laman sesawang tersebut. Hasil dapatan

kajian juga menunjukkan 100% responden iaitu 37 orang pelajar terbabit bersetuju mereka

boleh mendapatkan sumber maklumat daripada laman sesawang yang digunakan. Hasil

dapatan kajian juga menunjukkan para pelajar mengakui mereka juga memperoleh maklumat

daripada rakan-rakan sebaya dimana melalui sesi perbincangan dan aktiviti berkumpulan.

Pelajar juga menunjukkan minat dalam gaya pembelajaran secara kumpulan.

Implikasi dan Cadangan

Kajian ini mempunyai implikasi yang positif bagi para pelajar dan guru serta sesi

pengajaran. Guru kini mempunyai alternatif dalam sesi pengajaran di mana guru tidak lagi

hanya menggunakan kaedah lama iaitu ‘chalk and talk’ tetapi boleh mevariasikan teknik

pengajaran di mana ia boleh berpusatkan pelajar. Pelajar boleh menerokai maklumat isi

pengajaran dengan dibimbing oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik

seperti kit pembelajaran interaktif juga meransang minat belajar yang tinggi di kalangan pelajar.

Pelajar dapat memahami sesuatu isi pengajaran dengan lebih mudah dan mendalam.

Selain itu, penggunaan laman sesawang kit pembelajaran interaktif juga membawa

implikasi kepada pemikiran dimana, pemikiran kognitif diaplikasikan. Pendekatan ini selari

dengan aliran pengajaran masa kini, iaitu pendekatan kognitif. Proses interaksi melalui proses

pembelajaran berbantukan komputer dan kit pembelajaran ini menuntut pelajar untuk

memproses arahan atau maklumat, berfikir secara kritikal dan kreatif, memberikan tindak balas

kepada arahan atau maklumat tadi, dan kemudian menanti maklum balas dari komputer

sebelum pelajar tersebut memberikan tindak balas seterusnya. Proses interaksi ini dikenal juga

sebagai negotiation process (Long 1996) bagi memahami apa-apa yang dipelajari sebelum

pelajar mampu memberikan output atau menghasilkan respons dalam konteks yang dipelajari.

Perintegrasian teknologi dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal

dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan teknologi terlibat dalam semua peringkat

proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa dan penilaian

24

Page 25: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

selepas sesi P&P. Kegagalan guru dalam membuat perancangan yang teliti akan merugikan

pelajar dan menjadikan proses P&P kurang berkesan

Cadangan pengkaji adalah sekiranya kajian ini diteruskan pada masa akan datang,

pengkaji akan meintegrasikan teknologi seperti penggunaan laman sesawang dan kit

pembelajaran kepada matapelajaran yang lain terutama yang mempunyai banyak konseptual

dan eksperimental. Pengkaji juga berharap para guru mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan

sekaligus memperluaskan pengalaman supaya mampu memberikan lebih dari yang sepatutnya

kepada pelajar-pelajar mereka. Pelajar hari ini juga tidak mudah berpuas hati hanya dengan

apa yang mereka dapati di dalam kelas. Perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka

mengharapkan jawapan kepada setiap persoalan dan kemusykilan mereka ada pada guru yang

berkenaan. Oleh itu, para guru yang terlibat dalam pengajaran perlu mempelbagaikan lagi

penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif mengikut pengetahuan dan

kemahiran pelajar agar penggunaannya sentiasa meningkat dan seiring dengan pemikiran

pelajar.

RUMUSAN

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan laman sesawang

dan kit pembelajaran interaktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran membawa manfaat

dan kebaikan kepada pelajar dan guru itu sendiri. Sekarang sudah tiba masanya para guru

mengintegrasikan teknologi yang ada di sekolah atau di rumah, untuk tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Janganlah kita membiarkan sahaja teknologi tersebut digunakan untuk tujuan

hiburan semata-mata. Pembelajaran melalui laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif

amat sesuai dengan paradigma konstruktif. Kita seharusnya sudah bersedia untuk merubah

fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

Maka tidak syak lagi penggunaan laman sesawang dan kit pembelajaran interaktif melalui

perintegrasian teknologi adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang amat

sesuai pada masa ini, berbanding dengan pendekatan konvensional yang lazim. Oleh sebab itu

aktiviti berdasarkan perintergrasian teknologi sebagai satu bahan perantara atau alat untuk

menyebarkan maklumat pendidikan secara global patut sudah dimulakan oleh para guru.

RUJUKAN

25

Page 26: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Mok Soon Sang (2008). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia

Sdn.Bhd.

Norazah Mohd Nordin, etc. (2008). Pengintegrasian ICT Dalam Penyelidikan : Penyelidikan,

Amalan dan Aplikasi. Shah Alam : Karisma Publication Sdn. Bhd.

Nor Izah Mohd Salleh, etc. (2008). Pengintegrasian ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

dan Cabaran. Pengintegrasian ICT Dalam Penyelidikan : Penyelidikan, Amalan dan

Aplikasi. p1-10.

Mayer, R. (2003). Theories Of Learning and Their Application To Technology. Technology

Application In Education. p127-154.

Sankaran, S. etc, (2000). Effect Of Student Attitude To Course Format On Learning

Performance : An Empirical Study in Web Vs Lecture Instruction. Journal Of Instructional

Psychology. 27(1), 66-73.

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2008). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur : PTS

Publication.

Elliot, J. (1991). Action Research For Educational Change. Buckingham : Open University

Press.

Johnson, A.P. (2005). A Short Guide To Action Research. Boston : Pearson Education.

Rahimi Md. Saad, etc. (2005). Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab Berasaskan Web.

Jurnal Pendidikan. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Asni. (2000). Pembelajaran Elektronik (E-Learning) Satu Pertukaran Paradigma: Internet Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran’. Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan Mengenai

Pendidikan ICT 2000, Kuala Terengganu.

26

Page 27: Artikel Mini KT

[ ] MINI KAJIAN TINDAKAN

Maswan. S., Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan

Pembelajaran, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institusi Perguruan Tuanku Bainun Pulau

Pinang.

Zaharatul Laili Abdul Rahim. (2007). Pembelajaran Berasaskan Masalah Bagi Subjek Elektronik

: Satu Kajian Tindakan Di Sekolah Menengah Teknik. Jurnal Seminar Kejuruteraan dan

Alam Bina. Bangi : Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina.

Nor Zubaidah Mohd Zain. (2005). “Tahap Penggunaan Laman Web Dalam Membantu Proses

Pembelajaran Di Kalangan Pelajar – Pelajar Cacat Penghilatan di UM, UPSI dan UKM”.

Kertas kerja dibentangkan dalam Prosiding Seminar Kebangsaan E-Komuniti 2005 dan

dikendalikan di Putrajaya, 6-7 Disember, 2005.

Saharani Abdullah, (2000). Pembangunan dan Penilaian Pembelajaran Menerusi Web Bagi Sub

Topik “Membina Laman Web” Berasaskan Pendekatan Kolaboratif. Journal Of Ist

International Malaysian Educational Technology Convention. 735-742.

Sidek Abd Aziz (ed.), etc. (2007). Teknologi dan Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

Monograf 3 :Pengajaran dan Pembelajaran IPTA. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

27