kt konsep badleh

Upload: s0fea

Post on 03-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    1/15

    MENINGKATKAN KEFAHAMAN PELAJAR DALAM KONSEP PERAKAUNAN DENGANMENGGUNAKAN KONSEP BADLEH

    Oleh

    RUSILAWATI BINTI MOINSekolah Sultan Alam Shah

    62520 Putrajaya

    ABSTRAKKajian ini dijalankan bertujuan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah

    yang dihadapi oleh pelajar yang mengambil Prinsip Perakaunan SPM dalampemahaman konsep perakaunan. Konsep asas dalam perakaunan amat penting untuk

    difahami oleh semua pelajar yang mempelajari mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

    Seramai 10 orang pelajar Tingkatan 5 Bestari, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan

    seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian

    pertama, peperiksaan pertama dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan pelajar

    masih lemah dalam menjawab ke semua soalan yang diberi dalam masa yang panjang.

    Perancangan tindakan diteruskan dengan teknik pemahaman yang mudah diingati

    dan berkesan dengan menggunakan Konsep BADLEH. Kajian ini telah diselesaikandalam tempoh 7 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan pelajar lebih mudah

    menjawab soalan yang diberi dan masa menjawab lebih singkat dengan menggunakan

    teknik Konsep BADLEH. Guru merasakan kaedah ini boleh diperluaskan kepada semua

    tajuk-tajuk lain dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan.

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALUPelajar-pelajar mengalami kesukaran dalam menjawab soalan yang

    dikemukakan jika bentuk soalan adalah berbeza dengan latihan yang diberi didalam kelas. Seterusnya menyebabkan analisa di dalam peperiksaan tidak

    membanggakan. Saya selalu bertanya di dalam kelas berkaitan dengan konsep

    asas perakaunan tetapi apa yang saya dapati pelajar tidak ada panduan yang

    tetap dalam memahami konsep dan prinsip asas sebenar dalam perakaunan.

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    2/15

    Pelajar-pelajar sering bertanya soalan-soalan yang hampir sama bagi setiap

    pelajar. Pelajar sering mengajukan soalan Cikgu, akaun ni susah,Cikgu,

    macamana nak pandai dalam Akaun?, Cikgu, nak ingat konsep

    macamana?dan banyak lagi. Saya terfikir satu perkara sekiranya pelajar

    dapat memahami konsep dan prinsip asas akaun dengan tepat pasti apa jua

    soalan yang dikemukakan pelajar dapat memahami dan menjawabnya dengan

    baik. Seterusnya memudahkan saya dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh

    sebab itu juga saya terdorong untuk menyediakan kajian tindakan ini.

    2.0 ISU KEPERIHATINANKeputusan peperiksaan dan masa yang diambil semasa menjawab soalan yang

    dikemukakan kepada pelajar menyebabkan saya perlu menyelesaikan dengan

    satu teknik yang berkesan. Apa yang saya dapati, ada pelajar yang lebih

    mengingat daripada memahami. Bukannya mengingati tidak boleh tetapi

    dalam perakaunan apa yang saya dapati jika kita memahami dengan tepat apa

    yang dimaksudkan dengan konsep dan prinsip asas perakaunan pasti apa jua

    soalan yang diberi akan dapat dijawab dengan baik.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN3.1 Objektif Am

    Kajian ini untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar dalam konsep

    dan prinsip asas perakaunan dengan menggunakan Konsep BADLEH.

    3.2 Objektif Khusus3.2.1 Meningkatkan kefahaman pelajar dalam konsep dan prinsip

    asas perakaunan.

    3.2.2 Pelajar dapat menggunakan konsep yang diberi dalam semuatopik yang dipelajari dalam Prinsip Perakaunan.

    3.2.3 Membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi individu dalampeperiksaan.

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    3/15

    3.2.4 Memudahkan pelajar memahami Prinsip Perakaunan denganlebih tepat dan menyeronokkan semasa pembelajaran.

    4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini dijalankan kepada 10 orang pelajar lelaki Tingkatan 5 Bestari Sekolah

    Sultan Alam Shah, Putrajaya.

    5.0 PELAKSANAAN KAJIAN5.1 Tinjauan Masalah

    5.1.1 PemerhatianSaya telah membuat pemerhatian di dalam kelas ke atas tingkah

    laku pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

    berlangsung sebelum dan selepas kajian dilaksanakan.

    Pemerhatian dilaksanakan semasa proses P&P sebelum

    menggunakan kaedah dan teknik konsep BADLEH diperkenalkan

    dan juga pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa P&P

    sedang dilaksanakan serta selepas kajian dilaksanakan.

    5.1.2 Ujian Pra dan Ujian PosUjian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan

    sejauh mana kefahaman dan ingatan pelajar mengenai konsep

    dan prinsip asas perakaunan. Item ujian pra merupakan soalan

    yang merangkumi konsep dan prinsip asas bersama dengan

    klasifikasi akaun. Selepas saya menyemak jawapan pelajar, saya

    tidak memulangkannya kepada pelajar lagi. Saya

    memperkenalkan konsep BADLEH kepada pelajar-pelajar.

    Kemudian saya memberikan ujian pos 1 kepada pelajar dengan

    soalan yang sama dengan ujian pra tadi. Lebih kurang dalam

    masa 5 minggu selepasnya, saya telah membuat ujian pos 2

    dengan menggunakan soalan yang berbeza.

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    4/15

    5.1.3 Soal SelidikBorang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada

    pelajar untuk mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan

    dengan konsep dan prinsip asas perakaunan sebelum dan

    selepas konsep BADLEH diperkenalkan.

    5.2 Analisa Tinjauan Masalah5.2.1 Analisa Pemerhatian

    Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dilaksanakan :

    a) Pelajar lebih yakin dalam mempelajari mata pelajaran ini.b) Pelajar lebih mudah untuk memahami topik-topik

    seterusnya dengan mengaplikasikan konsep BADLEH.

    c) Pelajar berjaya dengan mudah membetulkan setiapkesalahan dan kesilapan.

    5.2.2 Analisa Ujian Pra dan Ujian Pos

    Pelajar Ujian Pra(100%)Ujian Pos 1

    (100%)Ujian Pos 2

    (100%)Pelajar A 15 70 77

    Pelajar B 55 80 80

    Pelajar C 62 90 90

    Pelajar D 35 66 72

    Pelajar E 20 65 74

    Pelajar F 21 68 74

    Pelajar G 30 76 85

    Pelajar H 45 78 80

    Pelajar I 10 63 84

    Pelajar J 07 60 71

    Jadual 1 :

    Perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    5/15

    Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan terdapat peningkatan

    dari segi pencapaian pelajar. Dapati pelajar yang pada awalnya

    lemah tetapi dapat meningkatkan prestasi bagi ujian seterusnya.

    5.2.3 Analisa Soal SelidikPelajar telah memberikan respon yang positif bagi soal selidik

    yang telah dilaksanakan. Berikut adalah analisa soal selidik yang

    telah dijawab oleh pelajar.

    Skala : 1. Sangat tidak setuju

    2. Tidak setuju

    3. Kurang setuju

    4. Setuju

    5. Sangat setuju

    BilSKALA 1 2 3 4 5

    ITEM BILANGAN PELAJAR

    1.Prinsip Perakaunan adalah satu

    subjek yang mudah0 0 0 7 3

    2.Saya faham konsep dan prinsip asas

    perakaunan0 0 0 8 2

    3.

    Saya akan menggunakan konsep

    BADLEH dalam semua topik yang

    dipelajari

    0 0 0 0 10

    4.Konsep BADLEH membantu

    meningkatkan pencapaian saya0 0 0 0 10

    5.

    Saya dapat mengklasifikasikan akaun

    dengan mudah menggunakankonsep BADLEH

    0 0 0 1 9

    6. Saya lebih suka dengan teknik sendiri 8 1 1 0 0

    7.

    Penguasaan Konsep BADLEH akan

    menyeronokkan saya dalam

    mempelajari Prinsip Perakaunan

    0 0 0 3 7

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    6/15

    5.3 Tindakan yang dijalankan1. Selepas pelaksanaan ujian pra, saya telah memberi penerangan

    berkenaan dengan konsep BADLEH dengan mengaitkan dua

    perkara iaitu :-

    a. konsep dan prinsip asasb. klasifikasi akaun

    2. Saya telah memberikan pembuktian yang nyata berkenaan dengankonsep BADLEH berdasarkan kepada kitaran perakaunan.

    3. Saya membuat penerangan dengan membuat lakonan bagi situasidalam menjalankan perniagaan yang sebenar.

    4. Selepas penerangan dengan jelas, saya menjalankan ujian pos 1 danujian pos 2. Jawapan pelajar dipulangkan semula dan dibincangkan

    sebagai latihan pengukuhan.

    5. Setiap kali kelas, saya pasti akan mengingatkan pelajar denganmenggunakan konsep BADLEH untuk memudahkan menjawab

    dalam apa jua soalan yang diberi.

    5.4 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian Kajian tindakan ini dilaksanakan dalam tempoh 7 minggu. Semasa

    melaksanakan kajian ini saya telah menyelesaikan dua bab iaitu Bab 1 -

    Pengenalan kepada Perakaunan dan Bab 2 Aset, Liabiliti, Ekuiti

    Pemilik, Hasil dan Belanja. Sebelum menggunakan konsep BADLEH saya

    mendapati pelajar tidak dapat memahami topik yang dipelajari dengan

    mudah. Ini dibuktikan dengan ujian pra yang telah dilaksanakan pada

    minggu pertama. Selepas penerangan dan pendedahan berkaitan

    dengan konsep BADLEH pada minggu kedua, apa yang saya dapati

    pelajar telah memahami dengan baik dan ditunjukkan dalam ujian pos

    1 yang telah dilaksanakan pada minggu keempat.

    Seterusnya pada minggu keenam saya telah menguji pelajar semula

    keberkesanan konsep BADLEH dalam mengaplikasikan dalam bab-bab

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    7/15

    yang lain. Penilaian memang membanggakan kerana peningkatan

    dalam pemahaman perakaunan lebih baik serta masa menjawab soalan

    yang diberi dengan lebih cepat. Minggu ketujuh saya telah membuat

    tinjauan dengan menggunakan soal selidik terhadap pelajar-pelajar

    dalam mempelajari Prinsip Perakaunan dengan pendekatan Konsep

    BADLEH.

    Pelaksanaan Konsep BADLEH adalah seperti berikut :

    1. Pelajar diberi sehelai kertas kosong.2. Pelajar dikehendaki membahagikan kertas kosong tersebut kepada

    lima bahagian iaitu aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

    3. Guru menerangkan semula kitaran perakaunan kerana ianya akandikaitkan dengan konsep BADLEH. Seterusnya guru memberikan

    penerangan konsep BADLEH seperti berikut : -

    a. APAKAH MAKSUD BADLEH?

    B-BELANJA A-ASET D-DEBIT L-LIABILITI E-EKUITI H-HASIL KREDIT

    Dalam Prinsip Perakaunan, klasifikasi akaun terbahagi kepada 5 sahaja iaitu belanja,hasil, aset, liabiliti dan ekuiti pemilik. Setiap akaun ini pelajar mesti kuasai dan faham setiapkategori. Klasifikasi akaun ini adalah secara umum dan pelajar perlu menguasai apakah yang

    BELANJAB ASETA

    LIABILITIL

    EKUITI PEMILIKE

    HASILH

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    8/15

    dikategorikan secara khusus bagi setiap akaun kerana soalan yang dikemukakan adalah

    bukannya secara umum tetapi jawapan yang khusus bagi setiap akaun-akaun tertentu.

    AKAUN-AKAUN CONTOH-CONTOHBELANJA, (B)

    Sewa, belian, insuran, kadar bayaran, gaji, angkutan

    masuk, angkutan keluar, promosi dan lain-lain.

    HASIL, (H)Jualan, diskaun diterima, sewa diterima, komisen

    diterima, gaji diterima dan lain-lain.

    ASET, (A)

    ASET BUKAN SEMASA perabot, alatan pejabat,

    kelengkapan, kenderaan, premis dan lain-lain.

    ASET SEMASA SPBT (stok, penghutang, bank, tunai).

    LIABILITI, (L)LIABILITI BUKAN SEMASA pinjaman bank, pajak gadai

    LIABILITI SEMASA pemiutang, overdraf

    EKUITI PEMILIK, (E) Modal awal, modal akhir, modal tambahan

    (UMUM) (KHUSUS)INGAT!!!

    Nama-nam a akaun adalah contoh-contoh (khusus) bagi setiap kategori akaun.

    b. APAKAH KEPENTINGAN BADLEH?1. Mesti dikuasai untuk membantu dalam pemahaman Prinsip Perakaunan.2. Segala kesilapan dan kesalahan dapat dikesan dengan betul dan tepat.3. FAHAM BADLEH CEMERLANG AKAUN --- terbukti!!!

    Mengapa Belanja dan Aset berbaki Debit, Liabiliti, Ekuiti Pemilik dan Hasil berbakiKredit?Bagi membuktikan BADLEH perkara-perkara berikut perlu dipatuhi iaitu :-

    1. Mematuhi konsep, prinsip dan andaian perakaunan iaitu Prinsip Catatan Bergu(PCB). PCB Setiap urusniaga melibatkan dua atau lebih akaun yang terlibat.

    2. Kitaran perakaunan dipatuhi. (cikgu akan menerangkan dengan menggunakan peringkatpertama hinggalah peringkat yang keempat dalam proses perakaunan)

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    9/15

    3. Andaian urusniaga secara tunai. (Bagi melancarkan perjalanan perniagaan, sesuatuurusniaga itu boleh dijalankan sama ada secara tunai mahu pun kredit/berhutang.

    Andaian secara tunai memudahkan pelajar faham maksud BADLEH dengan jelas kerana

    urusniaga yang dijalankan sudah tiada komitmen apa-apa kerana kita sudah selesai

    segala pembayaran. Barang dapat pembayaran juga selesai.)

    PEMBUKTIAN BADLEH!!!

    Bagi memulakan sesebuah perniagaan, seseorang pemilik/peniaga biasanya akan:

    1. mendapatkan modal sama ada daripada duit simpanan sendiri,2. membuat pinjaman daripada pihak bank untuk menambahkan kekurangan modal,3. membeli barang-barang seperti perabot dan kelengkapan,4. mendapatkan perkhidmatan untuk perniagaannya,5. mendapatkan barangniaga perniagaannya untuk dijual.6. dan sebagainya

    BADBelanja/Aset = Baki b/b Debit

    a) BELANJA kita perlu keluarkan duit untuk mendap atkan perkhidmatan / barang andaripada pihak lain.= bayar ($$$ keluar).

    Contoh urusniaga - Membayar sewa kedai RM500 secara tunai.Penyelesaian: Catatan di dalam BCP (Buku Tunai Kt BT). Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Sewa akan dicatat di sebelah debit.

    Kata kunci bayar , beli

    barangniaga, diberiadalah

    merujuk kepada BELANJA.

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    10/15

    b) ASET kita perlu keluarkan duit untuk membeli aset = bayar ($$$ keluar).

    Contoh urusniaga - Membeli perabot RM850 dengan tunai.

    Penyelesaian : Perabot ialah contoh aset bukan semasa. Catatan di dalam BCP ialah BT Kt BT. Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Perabot akan dicatat di sebelah debit.

    DOKUMEN

    BCP

    LEJAR

    IMBANGANDUGA

    Dokumen : BIL TUNAI/RESIT RASMI

    Ayat : Membayar sewa kedai RM500 secara tunai

    Keluarkan $$$ untuk bayar sewa (Kt BT)

    Ikut

    PCB

    Nama PerniagaanImbangan Duga pada ...

    DebitRM

    KreditRM

    Sewa 500

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    11/15

    LEHLiabiliti/Ekuiti Pemilik/Hasil = Baki b/b Kredit

    a. LIABILITI HUTANG : untuk memb uat sesuatu hutang kita akan dapatkan $$$. Duityang diperolehi kita perlu jelaskan semula kepada pihak y ang kita berhutangcontohnya pihak bank dan pemiutang.

    Contoh urusniaga : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank Islam sebanyak

    RM50,000 dan dimasukkan ke dalam Akaun Bank Islam Saiful Enterprise.Penyelesaian: Pinjaman bank adalah liabiliti bukan semasa. Pemilik akan dapat $ daripada pinjaman

    tersebut.

    Catatan di dalam BCP akan dicatatkan di sebelah Debit Buku Tunai.

    DOKUMEN

    BCP

    LEJAR

    IMBANGANDUGA

    Dokumen : BIL TUNAI/JUALAN TUNAI

    Ayat : Membeli perabot RM850 secara tunai.

    Keluarkan $$$ untuk beli aset (Kt BT)

    Ikut

    PCB

    Nama PerniagaanImbangan Duga pada ...

    DebitRM

    KreditRM

    Perabot 850

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    12/15

    Mengikut PCB, di dalam lejar akaun Pinjaman akan dicatat di sebelah Kredit.

    b. EKUITI PEMILIK Pelaburan/modal : untuk menjalankan perniagaan, pem ilik akanmelabur sejumlah wan g ke dalam syarikat. Syarikat akan dapat $$$ dah ulu.

    Contoh urusniaga : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke dalam bank untuk

    memulakan perniagaan.

    Penyelesaian : Pelaburan pemilik merupakan modal perniagaan. Perniagaan akan dapat $ daripada

    pemilik.

    Catatan di dalam BCP - BT akan dicatatkan di sebelah Debit. Mengikut PCB, akaun modal akan dicatat di sebelah Kredit.

    DOKUMEN

    BCP

    LEJAR

    IMBANGANDUGA

    Ikut

    PCB

    Nama PerniagaanImbangan Duga pada ...

    DebitRM

    KreditRM

    Pinjaman 50000

    Dokumen : BORANG WANG MASUK

    Ayat : En Saiful membuat pinjaman bank daripada Bank

    Islam sebanyak RM50,000.

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    13/15

    c. HASIL dapat $$$ daripada perniagaan yang dijalankan.

    Contoh urusniaga : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur sebanyak RM750.

    Penyelesaian : Perniagaan akan dapat $ daripada sewa berkenaan. Catatan di dalam BCP BT dicatatkan di sebelah Debit. Mengikut PCB, akaun Sewa Diterima akan dicatat di sebelah Kredit.

    DOKUMEN

    BCP

    LEJAR

    IMBANGANDUGA

    Dokumen : BORANG WANG MASUK / MEMO

    Ayat : Pemilik melabur RM20,000 dan dimasukkan ke

    dalam bank untuk memulakan perniagaan.

    Ikut

    PCB

    Nama PerniagaanImbangan Duga pada ...

    DebitRM

    KreditRM

    Modal 20000

    Kata kunci diterima, dapat,

    jual barangniaga merujuk

    kepada HASIL.

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    14/15

    Kesimpulan BADLEHDengan contoh setiap urusniaga yang diberikan di atas, terbukti BADLEH iaitu Belanja AsetBerbaki Debit Manakala Liabiliti, Ekuiti Pemilik Dan Hasil Berbaki Kredit .Namun demikian, pelajar mesti faham dalam perakaunan setiap lejar ada debit dan kredit.

    Semua butiran tersebut mempunyai maksud yang tersendiri. Rujuk Jadual 1 di bawah iaitu :

    AKAUN DEBIT KREDITBELANJA BERTAMBAH BERKURANG

    ASET BERTAMBAH BERKURANGLIABILITI BERKURANG BERTAMBAH

    EKUITI PEMILIK BERKURANG BERTAMBAH

    HASIL BERKURANG BERTAMBAH

    Kesimpulan BADLEH

    DOKUMEN

    BCP

    LEJAR

    IMBANGANDUGA

    Dokumen : RESIT RASMI

    Ayat : En Saiful telah menerima sewa daripada Nur

    sebanyak RM750.

    Ikut

    PCB

    Nama PerniagaanImbangan Duga pada ...

    DebitRM

    KreditRM

    Sewa Diterima 750

  • 7/28/2019 Kt Konsep Badleh

    15/15

    5.5 Refleksi KajianPencapaian pelajar dalam Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2 menunjukkan

    konsep BADLEH boleh diterima pakai dalam mempelajari Prinsip

    Perakaunan dengan lebih mudah. Dapatan juga menunjukkan konsep

    BADLEH dapat mengurangkan masa menjawab bagi soalan yang

    dikemukakan.

    Saya berasa gembira dan terharu apabila seorang pelajar telah

    berjumpa dengan saya dan memberitahu konsep BADLEH amatlah

    menyeronokkan dan sekarang dia boleh mengetahui kesilapan yang

    dibuat dalam menjawab soalan dengan lebih mudah. Dengan konsep

    ini juga, pelajar lebih seronok dalam mempelajari ilmu perakaunan.

    6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYABeberapa cadangan untuk kajian seterusnya adalah seperti berikut :-

    1. Menggunakan konsep BADLEH dalam semua penerangan bagi setiap topikPrinsip Perakaunan.

    2. Mencipta kaedah dan teknik dalam mempelajari topik-topik tertentuseperti pembubaran dan belanjawan tunai.

    Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses

    pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan

    kepada semua pelajar dan guru.

    RUJUKANAtan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan.Kuala Lumpur : Penerbit Adabi Sdn Bhd.

    Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan Ke-XIII 2006, 20 22

    November 2006, Hotel Berjaya Palace, Kota Kinabalu, Sabah.

    Manual Kajian Tindakan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

    (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia.