laporan akhir kt

86
BAB 1 PENYELIDIKAN MASALAH 1.1 Pengenalan Kajian ini ditulis bagi tujuan mencadangkan keberkesanan penguasaan konsep-konsep sains melalui pembelajaran konstruktivisme terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah menengah bagi tajuk ketumpatan.. Kajian ini meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan penyelidikan, signifikan kajian, batasan kajian, definisi bagi istilah dan juga tajuk kajian yang telah dipilih. 1.2 Latar Belakang Kajian Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di 1

Upload: robert-becker

Post on 11-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Keberkesanan Pembelajaran Konstruktivisme

BAB 1

PENYELIDIKAN MASALAH

1.1 Pengenalan

Kajian ini ditulis bagi tujuan mencadangkan keberkesanan penguasaan konsep-konsep sains melalui pembelajaran konstruktivisme terhadap pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah menengah bagi tajuk ketumpatan.. Kajian ini meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah, tujuan penyelidikan, signifikan kajian, batasan kajian, definisi bagi istilah dan juga tajuk kajian yang telah dipilih.

1.2Latar Belakang Kajian

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas mahu pun di dalam makmal.. Di antaranya ialah kaedah konstruktivisme yang boleh membawa kepada pembelajaran yang berkesan dan bermakna kepada pelajar-pelajar. Sebenarnya kaedah konstruktivisme memainkan peranan yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya di sekolah menengah. Terdapat banyak teori dan kajian yang telah dibuat menyatakan pembelajaran konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran sains dalam bilik darjah atau makmal sains melalui pemahaman kendiri, konsep dan pengetahuan sains menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif. Kaedah ini lebih menekankan pelajar membina sendiri kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai menerusi pembelajaran yang bermakna. Pembelajaran yang menggunakan kaedah konstruktivisme ini mempunyai banyak kelebihannya seperti dapat menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial, dan lebih menyeronokkan.

1.3Pernyataan Masalah

Kajian oleh Rohani (1996) terhadap pelajar lepasan SPM mendapati punca utama kemerosotan mata pelajaran sains ialah kerana pengajaran yang lazimnya berpusatkan guru, dan pelaksanaan aktiviti amali yang sangat berkurangan. Kebanyakan guru hanya memindahkan ilmu pengetahuan mereka kepada pelajar yang menyalin apa sahaja yang disampaikan oleh guru tanpa ada aktiviti susulan.

Keadaan ini menyebabkan para pelajar menjadi kaku, pasif dan tidak kreatif dalam mengeluarkan pandangan mereka akibat sistem pembelajaran sains yang mengabaikan nilai pengalaman. Hasil yang sama juga didapati daripada kajian oleh Sulaiman Ngah Razali et al. (1996). Daripada kajian tersebut mereka mendapati kebanyakan pelajar menyatakan bahawa guru mereka setiap kali atau banyak kali menggunakan kaedah kuliah semasa mengajar. . Oleh itu kajian ini dibuat untuk mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dapat menentukan kejayaan seseorang pelajar untuk menguasai konsep-konsep dalam mata pelajaran sains.

1.4Kerangka Konsep Kajian

Bagi memastikan kajian yang dijalankan dapat membuktikan keberkesanan penguasaan konsep-konsep dalam sains melalui pembelajaran konstruktivisme bagi tajuk ketumpatan oleh pelajar akan dapat dicapai atau tidak, dua kaedah pembelajaran yang berbeza akan digunakan oleh guru. Dua kaedah tersebut ialah pembelajaran secara konstruktivisme dan pembelajaran secara tradisional (pembelajaran berpusatkan kepada guru). Dua kaedah yang berbeza ini nanti dapat membantu guru membuat perbandingan dari segi hasil yang ingin diperolehi telah dapat dicapai atau tidak. Kerangka konsep kajian yang digunakan boleh dilihat pada rajah 1 berikut.

Kajian ini dijalankan dengan cara membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama menggunakan kaedah konstruktivisme dan satu kumpulan lagi menggunakan kaedah tradisional. Kumpulan pertama berada di dalam kumpulan kecil masing-masing dan melakukan eksperimen bersama-sama rakan untuk mencari makna atau memahami konsep ketumpatan. Kumpulan kedua pula menggunakan kaedah tradisional untuk memahami konsep ketumpatan iaitu melalui penerangan dan demonstrasi guru. Sekiranya menjalankan eksperimen pun lebih berpusat kepada guru yang lebih banyak memberi penerangan dan menyusun aktiviti. Bagi menentukan kaedah konstruktivisme adalah lebih baik daripada kaedah tradisional di dalam membantu pelajar menguasai konsep-konsep sains, terdapat beberapa hasil yang dapat dilihat seperti pelajar lebih seronok untuk belajar, lebih bermotivasi, ingatan yang lebih kukuh, lebih yakin, dan lebih berkemahiran sosial. Semua hasil ini adalah ciri-ciri yang terdapat di dalam pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme.

Bagi memastikan kaedah konstruktivisme ini dapat membantu pelajar menguasai konsep-konsep sains bagi tajuk yang dipilih, pelajar telah diberikan aktiviti-aktiviti hands on dan minds on yang dapat membantu mencungkil idea-idea atau pandangan tentang sesuatu konsep. Pelajar diberi peluang berkongsi persepsi antara satu sama lain, pelajar dibekalkan masalah yang berkaitan untuk menjalankan penyiasatan, kajian spesifik dan sebagainya.

HASILTindakbalas daripada pelajarIngatan yang lebih kukuhLebih bermotivasiSikap dan nilai murniKaedah terpilihKaedah Konstruktivisme

Penguasaan konsep-konsep dalam sains

Kaedah Tradisional

Rajah 1 : Kerangka Konsep Kajian Konstruktivisme

1.5 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau sikap pelajar dan demografi mereka terhadap kaedah Konstruktivisme yang merupakan salah satu struktur yang terdapat dalam pembelajaran konstruktivisme. Pembolehubah sikap yang dikaji ialah minat dan pencapaian pelajar dalam sains manakala pembolehubah untuk demografi terdiri daripada jantina, sosio-ekonomi keluarga, jenis pekerjaan bapa dan sekolah.

1.5.1 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :-a) Mengenal pasti sikap pelajar terhadap Kaedah Konstruktivisme.b) Mengenal pasti perbezaan sikap pelajar terhadap Kaedah Konstruktivisme berdasarkan demografi.c) Mengkaji hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains.

1.5.2 Persoalan Kajian

Kajian ini ingin mengetahui sama ada kaedah pembelajaran konstruktivisme boleh menghasilkan sikap yang lebih baik terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dari segi persoalan-persoalan berikut:(a) Adakah kaedah konstruktivisme dapat mengubah sikap pelajar-pelajar untuk mempelajari Sains dengan lebih baik?(b) Adakah terdapat perbezaan sikap pelajar-pelajar terhadap Sains berdasarkan demografi?(c) Adakah terdapat hubungan yang positif di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka?

1.5.3 Hipotesis Kajian

Ho1:Kaedah Konstruktivisme tidak memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari Sains.Ha1:Kaedah Konstruktivisme memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari Sains.Ho2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jantina.Ha2:Terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jantina.Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap Konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa.Ha3:Terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap Konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa.Ho4:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.Ha4:Terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.Ho5:Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Konstruktivisme dengan skor min ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Tradisional.

Ha5:Terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Konstruktivisme dengan skor min ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Tradisional.

1.6Kepentingan Kajian

Kajian ini sangat penting kepada guru, pelajar dan pengkaji pendidikan kerana;Ia dapat menyedarkan para guru tentang kaedah-kaedah yang dapat memudahkan pemahaman pelajar untuk menguasai konsep dalam sains. Oleh itu guru dapat menerapkan kaedah ini dalam setiap pengajarannya di samping dapat menambahkan keseronokan dan minat murid untuk belajar. Melalui kaedah ini juga pelajar berpeluang meneroka sendiri dan tidak terlalu mengharap pergantungan pada guru semata-mata. Ini dapat melahirkan murid yang cerdas, berdikari dan aktif. 1.7Batasan Kajian

Kajian ini mempunyai batasan seperti berikut:

1. Kajian ini menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada sekolah ini sahaja. Mereka bukan merupakan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu kawasan. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar sains tingkatan satu.

2. Dalam kajian wujud kesukaran untuk mengawal pembolehubah luar yang memesong dari tujuan kajian misalnya maklumat palsu yang mungkin diberi oleh sampel kajian.

3. Tumpuan kajian ini bertumpu kepada tajuk ketumpatan, kaedah ini mungkin tidak sesuai kepada beberapa tajuk yang tertentu.

4.Di antara beberapa perkara yang perlu diingatkan bahawa tumpuan kajian ini hanyalah untuk tajuk ketumpatan sahaja, kaedah konstruktivisme ini mungkin tidak sesuai untuk semua tajuk di dalam sukatan sains. Oleh itu, para guru haruslah menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut tajuk yang sesuai kerana di dalam pengajaran sains masih terdapat berbagai kaedah lain yang disesuaikan mengikut tajuk tertentu.

5.Kajian ini juga menggunakan bilangan pelajar yang sedikit dan terbatas pada SK Kota Warisan,Sepang ini sahaja dan mereka bukanlah sampel perwakilan sebenar untuk suatu kawasan. Mungkin kawasan yang berlainan serta latar belakang pelajar yang berlainan memberikan kesan pengajaran yang berlainan. Contohnya sekolah di kawasan pedalaman yang mempunyai makmal serta radas sains yang kurang lengkap mungkin tidak dapat menjalankan eksperimen dengan teratur, sudah tentu pelajar sukar untuk memahami sesuatu konsep. Oleh itu, hasil dapatan kajian ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar sains tahun 5.

1.8Definisi Operasional

Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.8.1Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme adalah pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Mengikut teori pembelajaran konstruktivisme, pelajar perlu memainkan peranan aktif di dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga dikenali sebagai fahaman binaan. Model konstruktivisme yang diguna pakai untuk kajian ini ialah model seperti yang terdapat dalam buku Pembelajaran secara Konstruktivisme keluaran Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.8.2Pembelajaran Secara TradisionalKaedah tradisional atau dianggap sebagai gaya pengajaran yang lama, kerana ia telah dipraktikkan untuk sekian lama di mana pengajaran lebih berpusatkan kepada guru atau lebih dikenali sebagai chalk and talk.

1.8.3KonsepKonsep merujuk kepada pengertian atau pendapat yang terbentuk dalam fikiran mengenai sesuatu. Dalam kajian ini konsep sains yang menjadi fokus ialah kekurangan radas elektrik untuk semua kumpulan.1.8.4KeberkesananKesan adalah sesuatu tindakan atau hasil tindakan menyebabkan sesuatu perubahan berlaku. Keberkesanan merujuk kepada keupayaan untuk mewujudkan sesuatu hasil atau perubahan yang diingini. Keberkesanan dalam kajian ini merupakan skor yang diperolehi pelajar berdasarkan ujian pra dan ujian pos bermula dari 0 100 markah.

1.8.5Sikap Sikap ialah kecenderungan untuk bertindak secara khusus terhadap sesuatu objek, keadaan atau nilai, biasanya disenarai dengan emosi dan perasaan. Sikap tidak boleh diperhatikan secara langsung tetapi hendaklah dilihat berdasarkan tingkah laku yang nyata sama ada melalui percakapan atau perbuatan. Dalam konteks kajian ini sikap adalah perubahan tingkah laku positif pelajar terhadap kaedah pembelajaran konstruktivisme bagi tajuk ketumpatan yang diambil daripada Sukatan Pelajaran Sains Tingkatan Satu, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1.8.9DemografiMerujuk kepada taburan sesuatu unsur yang terdapat dalam sesuatu data. Dalam konteks kajian ini demografi merupakan jantina, jenis pekerjaan bapa dan sosio-ekonomi keluarga bagi 10 orang pelajar SK Kota Warisan,Sepang.

1.9.0PencapaianPencapaian adalah skor markah yang diperolehi pelajar bagi sesuatu ujian. Dalam konteks kajian ini pencapaian diukur berdasarkan skor yang diperolehi pelajar dalam ujian pos bagi elektrik bagi Sains Tahun 5 bermula dari 0 100 markah.

1.9RingkasanBab ini menghuraikan rasional, objektif, hipotesis dan kepentingan kajian ini. Kajian ini diharapkan agar dapar membantu guru mencari pengajaran yang dapat memudahkan penyampaian isi pengajaran di samping memberi peluang penerokaan oleh murid untuk mencari konsep yang ingin dipelajari tanpa terlalu bergantung penuh pada guru.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Kementerian Pelajaran Malaysia dan pakar pendidikan telah berusaha dengan pelbagai cara bagi menarik minat pelajar dalam mata pelajaran sains. Mengikut kajian yang lepas salah satu kaedah yang ditekankan ialah guru perlu melibatkan pelajar dalam pembelajaran secara kritis, kreatif dan inovatif yang dapat membawa pemahaman kepada diri pelajar. Guru digalakkan menggunakan pelbagai kaedah seperti ujikaji, projek sains, kajian kes dan kajian lapangan yang sesuai untuk meluaskan pengalaman pembelajaran di samping mengukuhkan pemahaman pelajar. Mengikut kajian yang lepas, satu lagi kaedah yang sesuai diketengahkan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran sains ialah kaedah konstruktivisme.

2.2 Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Konsruktivisme bukan merupakan satu teori yang baru dalam bidang pendidikan. Pengaruh konstruktivisme dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini semakin kuat. Teori ini bertitik tolak daripada pandangan behaviorisme yang mengkaji tentang cara manusia belajar dan memperoleh pengetahuan yang menekankan perwakilan mental.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Bruner (1973) beliau telah menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka. Pelajar memilih dan mengintepretasikan maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan yang melibatkan pemikiran mental (struktur kognitif seperti skema dan model mental) memberikan makna dan pembentukan pengalaman dan membolehkan individu melangkau melebihi maklumat yang diberikan. Hasil daripada pendekatan ini, beliau telah memperkenalkan pembelajaran penemuan (Discovery Learning).

Menurut Zuraini Abd. Rahman (2006) yang memetik kajian kes yang telah dijalankan oleh Briner (1999) berpendapat murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang diperolehi dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Menurut Zuraini Abd. Rahman (2006) yang memetik kajian oleh Brooks & Brooks (1993) menyatakan bahawa murid membina makna tentang dunia dengan mensintesis pengalaman baru kepada apa yang mereka telah fahami sebelum ini. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka, maka mereka akan sama ada menginterpretasikan apa yang mereka lihat supaya secocok dengan peraturan yang mereka telah bentuk atau mereka akan menyesuaikan peraturan mereka agar dapat menerangkan maklumat baru ini dengan lebih baik. Menurut Zuraini binti Abd. Rahman (2006) yang memetik Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan orang lain.

Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991).

Secara ringkasnya, teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui proses metakognitif. Rajah 2 menunjukkan gambaran pengertian konstruktivisme secara ringkasnya.

Pengetahuan sedia ada/ pengalaman lepas

Proses metakognitifPengetahuan baruIdea baruKonsep baru

MaklumatPengetahuanIdeaKonsepKemahiranMaklumat

Diubahsuai/ diselaraskanSecara aktif

Persekitaran/ sosial/ individu

Rajah 2: Gambaran Pengertian Konstruktivisme

Rajah 2 menunjukkan sebuah peta minda tentang pengertian konstruktivisme secara keseluruhannya iaitu dari segi implikasinya ke atas pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip dan peranan guru dan pelajar.

17

GOL PENGAJARAN BERPUSATKAN PELAJARCIRI-CIRI PEMBELAJARANPERANAN PELAJARPERANAN GURUMenerima autonomi pelajarLebih bertumpu kepada pembelajaranPelajar berwawasan dan bermatlamatkonstektualAktiviti sosialmasafokuskanreasoningPemikiran kritikalPenyelesaian masalahretrieval, pemahaman dan penggunaanFleksibiliti kognitifrefleksiAgihan KepakaranPembelajaran satu proses yang aktifMotivasi-kunci pembelajaranPengalaman-peranan kritikal dalam pembelajaranMenggalakkan penemuan inkuiriMenggalakkan perasaan ingin tahuMenggalakkan inisiatifPengalaman kepercayaan lepas, pengetahuan lepas, sikap sedia adaCognitive pre-disposition manusiaPilih dan ubah maklumatKonstruk hipotesisMembuat pilihanBerkaitan dengan kehidupanBerkaitan dengan prejudisBerkaitan dengan kebimbanganPembelajaran kooperatifPembelajaran melibatkan bahasaPembelajaran melibatkan situasiPembelajaran melibatkan realiti duniaPembelajaran melibatkan dialogRefleksi dan kematanganPemahaman dan prestasiBertanggungjawab-pembelajaran kendiriDouble lessonPenggunaan teknologiOrganisasi kerja sendiriTrait yang diingini- ingin tahu, inisiatif dan persistentMembelajari maklumat baruCara belajar yang baruPerisian alat mencapai gol pembelajaranPengaksesan Internet- perkongsian maklumat,Simulasi, modelling dll sokong kajianFasilitatorPembimbingBerfikiran terbukaPenyokong kognitifAkses pelajar individuSet limitRancang dan urusKaunseling dan arah tujuLearn along the wayBuat cadangan,Memperkenalkan,Cabaran kreativitiGalakkan berdikariKemungkinan, Kekuatan, Keperluan & perasaan.PRINSIP-PRINSIP KESELURUHANGURU & PELAJAR

Rajah 3: Peta Minda KonstruktivismeSumber: Ubahsuai dari http://uib.no/People/sinia/CSCL/HMM_Constructivismm.htm /02/03/20082.3Prinsip-Prinsip Pembelajaran KonstruktivismeMenurut kajian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), salah satu implikasi pendekatan konstruktivisme yang paling utama ialah pengajaran dan pembelajaran adalah berpusat pelajar. Pengetahuan yang diterima adalah hasil daripada aktiviti tersebut dan bukannya yang diterima secara pasif. Ia menekankan tindakan dan pemikiran pelajar dan bukannya guru. Berdasarkan rajah 2, prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusat pelajar mempunyai ciri-ciri iaitu pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Di sini guru perlu menerima autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian pelajarannya. Keduanya ialah motivasi merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu, pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek/ kajian. (contoh; menguji hipotesis) dan membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcara ekstrapolasi dan memenuhi ruang (going beyond the information given)

Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran adalah berbentuk kontekstual. Ia berkaitan dengan dunia kehidupan seseorang dan berhubung dengan prejudis dan kebimbingannya. Pembelajaran juga ialah satu aktiviti sosial di mana ia menyokong pembelajaran koperatif dan melibatkan penggunaan bahasa. Ia melibatkan pelajar dengan situasi dunia sebenar. Pembelajaran sebagai aktiviti sosial ini juga menggalakkan dialog dan perbincangan sesama pelajar atau antara guru dan pelajar. Satu lagi prinsip pembelajaran ialah ia mengambil masa. Di sini pelajar perlu diberikan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Ia menekankan pemikiran refleksi dan proses kematangan.

Pembelajaran konstruktivisme amat memokus kepada pemahaman pelajar dan prestasinya. Mengikut Alessi & Trollip (2001) ia mempunyai asas dalam kognitif bersituasi dan perkaitan dengan pengajaran bertumpu.

2.4 Pendekatan Pembelajaran Secara KonstruktivismePendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima format iaitu:1. Penglibatan : Simulasi perasaan ingin tahu pelajar melalui pemberian suatu tugasan, topik atau konsep, memupuk minat dan membangkitkan persoalan.2. Penjelajahan : Adalah bertujuan untuk memuaskan perasaan ingin tahu melalui penggunaan pendekatan inkuiri untuk menjelajah dan menyiasat, melalui eksperimen, menggalakkan pelajar untuk bekerjasama dan menyoal.3. Penerangan : Pendekatan yang melibatkan definisi konsep dan pernyataan. Pertanyaan tentang penerangan orang lain dan membuat pertimbangan dan penjelasan.4. Penghuraian : Memperdalam lagi konsep ke dalam sudut kandungan yang lain. Pelajar akan menghubungkaitkan dan melihat perhubungan sesuatu konsep atau topik dalam sudut kandungan yang lain dan membuat perkaitan dengan konsep /topik ke dalam situasi dunianya.5. Penilaian : Menilai pemahaman pelajar melalui demonstrasi pemahaman dan kemahiran atau konsep pengetahuan. Mengakses pengetahuan pelajar dan kemahiran serta konsep. Mengemukakan soalan terbuka. Contoh: apa yang sedang anda fikirkan? ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Untuk mencapai gol pengajaran, beberapa pendekatan pengajaran secara konstruktivisme seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2 iaitu mewujudkan aktiviti sebab- musabab (reasoning), melibatkan pemikiran yang kritikal dan KBKK serta aktiviti penyelesaian masalah. Pelajar juga perlu berupaya mendapatkan kembali maklumat, memahami dan menggunakan maklumat. Pengajaran juga perlu menekankan kepada fleksibiliti kognitif, pemikiran refleksi dan pengagihan kepakaran di kalangan pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru atau pelajar dengan pihak pakar.

2.5Peranan Guru dan Pelajar dalam Pembelajaran Konstruktivisme2.5.1Peranan GuruSeperti yang ditunjukkan dalam rajah 2, guru memainkan peranan sebagai fasilitator yang akan merancang dan menekankan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Guru merupakan pembimbing yang akan membantu pelajar menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Guru juga merupakan pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar membina pengetahuan baru. Guru sentiasa bersifat terbuka yang sentiasa menggalakkan pelajar menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka.Sebagai penyokong kognitif, guru akan menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid, menggalakkan mereka membuat tugasan berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Pelajar juga perlu digalakkan menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Selain itu pelajar juga digalakkan membuat penemuan melalui pertanyaan soalan bercapah dan bersoal jawab antara satu sama lain. Masa yang secukupnya perlu diberikan agar pelajar dapat membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Akhirnya guru perlu tahu cara untuk melaksanakan pembelajaran konstruktivisme dalam menjalankan tugasan dan membimbing pelajar untuk mendapat jawapan yang tepat.

2.5.2Peranan PelajarPerubahan ke atas peranan pelajar dalam pembelajaran secara konstruktivisme melibatkan sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Pelajar juga perlu mempunyai inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu serta membuat analisis dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Perbincangan juga penting dalam membantu pelajar mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka, mengemukakan pendapat dan mendengar idea orang lain dan membina asas pengetahuan yang mereka faham. Selain itu, pelajar juga perlu mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan untuk membuat ramalan. Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran maklumat dan kemahiran penggunaan teknologi di mana mereka dapat menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif (misalnya akses kepada internet) bagi menolong mereka menjana idea dan pengetahuan baru.

2.6Kelebihan Pembelajaran Secara KonstruktivismeMenurut kajian oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis.

Selain itu, ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru. Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Menurut kajian-kajian lepas, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivisme di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan. Konstruktivisme merupakan idea bahawa pembelajaran melibatkan pembinaan skema pengetahuan seseorang individu yang dicapai melalui proses keseimbangan (Reiber 1994) Keseimbangan ini dicapai melalui proses akomodasi dan asimilasi di mana skema pengetahuan baru dibentuk melalui penstrukturan semula skema pengetahuan baru dengan skema pengetahuan sedia ada. Pendekatan ini menggalakkan pembelajaran induktif berdasarkan penemuan yang melibatkan penerokaan isi pelajaran dengan lebih lanjut, menguji idea, membina dan menguji hipotesis.

2.7RingkasanDaripada hasil tinjauan literature, dapatlah disimpulkan bahawa terdapat banyak kajian dan teori mengatakan, bagi memastikan penguasaan konsep dapat dikuasai sepenuhnya oleh pelajar adalah bergantung kepada pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Kajian ini seterusnya akan mengkaji sejauh mana pembelajaran konsep menggunakan kaedah konstruktivisme ini boleh berjaya dijalankan di sebuah sekolah.

BAB 3METODOLOGI KAJIAN

3.1PendahuluanKajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen mengenai keberkesanan kaedah Konstruktivisme di dalam membantu pelajar menguasai pembelajaran sains bagi tajuk ketumpatan. Berdasarkan tujuan di atas, bab ini membincangkan mengenai rekabentuk kajian, responden kajian, alat kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisaan data.

3.2Rekabentuk KajianPembolehubah kajian bebas ialah kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional. Manakala pembolehubah bersandar ialah sikap, demografi dan pencapaian. Kajian ini telah menggunakan rekabentuk kuasi eksperimen Pre-Test Post-Test, Control Group Design. Ia dijalankan ke atas kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang sedia ada di dalam kelas masing-masing mengikut penyusunan yang telah dibuat oleh pihak sekolah tersebut cuma bilangannya telah diperkecilkan kepada 30 orang.Kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pra yang mempunyai soalan yang sama di mana pelajar telah diberitahu terlebih awal supaya membuat persediaan awal dan oleh kerana ini merupakan tajuk baru bagi mereka, maka nota juga diberikan bagi membantu pelajar. Pelajar diberikan masa 30 minit untuk mengulangkaji dan memahami tajuk yang bakal diajar mengikut kefahaman mereka. Pelajar kumpulan eksperimen kemudiannya diajar mengenai tajuk ketumpatan menggunakan kaedah konstruktivisme di mana pelajar sendiri menyusun dan menjalankan aktiviti untuk membina pemahaman mereka mengenai konsep ketumpatan. Sementara kumpulan kawalan diajar secara kaedah tradisional iaitu lebih kepada bentuk kuliah oleh guru.Kemudian, kedua-dua kumpulan telah diberi ujian pos bagi menguji tahap pemahaman pelajar bagi tajuk ketumpatan. Setiap ujian yang diberi dinilai dan dianalisa. Akhir sekali kumpulan eksperimen diberi soalan soal selidik bagi meninjau tahap kepuasan dan penerimaan mereka terhadap kaedah konstruktivisme.

3.3Instrumen KajianDalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri daripada borang maklumat pelajar, 2 kertas ujian iaitu kertas ujian pra dan kertas ujian pos dan satu soal selidik. Ujian pra digunakan untuk mengesan sejauh mana pengetahuan sedia ada pelajar tentang tajuk ketumpatan dan tahap pemahaman pelajar melalui pembacaan mereka dan untuk menguji kesan pengajaran secara kaedah konstruktivisme dalam membantu murid memahami konsep ketumpatan dan juga mengesan sejauh mana pemahaman pelajar bagi kumpulan yang belajar menggunakan kaedah tradisional. Manakala soal selidik pula untuk menentukan sikap pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah konstruktivisme dalam pembelajaran. (Lihat lampiran 5). Kertas Ujian Pra dan Ujian Pos telah dipetik dan diubahsuai daripada Complete Text and Guide, PMR Bilingual Science Form 1 keluaran Arah Pendidikan Sdn. Bhd. (2007) yang merupakan salah satu buku rujukan Sains Tingkatan Satu yang terkenal dan terbukti antara yang terbaik di pasaran. Penyelidik juga telah menunjukkan borang soal selidik kepada tutor penyelia penyediaan proposal iaitu Encik Cheok Teng Se yang merupakan salah seorang tutor Open University Malaysia (OUM) dan beliau telah mengesahkan bahawa borang soal selidik tersebut lulus untuk diguna pakai bagi menjalankan kajian ini.

3.4Prosedur Analisis DataUntuk memudahkan proses analisis data, setiap jawapan yang dipilih dalam ujian akan diberi skor tertentu serta gred.Dalam ujian pencapaian 20 item telah dibina untuk mengenal pasti penguasaan konsep ketumpatan. Jika responden berjaya menjawab dengan betul item-item yang dikemukakan, ini bermakna pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah konstruktivisme bagi pembelajaran konsep ketumpatan adalah lebih berkesan. Tetapi jika jawapan adalah betul separa, atau salah ini bermakna kaedah pengajaran yang dipilih tidak dapat membantu pelajar menguasai konsep ketumpatan. Setiap skor yang diperoleh oleh pelajar ditukar kepada 100 markah.

Daripada jadual 3.2., skor minimum ialah 0. Skor maksimum pula ialah 100. Skor-skor yang diperolehi dikategorikan kepada gred seperti dalam jadual di bawah.

Jadual 1.1 : Skor Markah dan GredSkorGredKelulusan

80 - 100Alulus

60 79B

50 - 59C

40 - 49D

0 39 Egagal

3.5 Populasi dan Sampel KajianKajian telah dijalankan di SK Kota Warisan, iaitu salah sebuah sekolah yang terletak di daerah Sepang. Kajian ini melibatkan 6 orang murid .Pelajar daripada mempunyai aras kecerdasan yang sama yang diukur berdasarkan tahap pencapaian akademik mereka, 3 lelaki dan 3 perempuan.

3.6 Prosedur Kajian

Kajian telah dijalankan oleh penyelidik di dalam kelas tingkatan satu yang telah dipilih. Oleh kerana kajian yang dijalankan ini berbentuk eksperimen, maka semua pelajar yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, diminta mengambil ujian pra terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran bagi tajuk yang dipilih. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada pelajar bagi tajuk yang akan diajar. Kelas sampel kajian telah diajar menggunakan kaedah pembelajaran konstruktivisme sementara kelas kawalan diajar menggunakan kaedah tradisional. Pengkaji mengambil masa selama 10 jam untuk mengumpulkan data serta melihat keberkesanan bahan yang disediakan dalam kajian ini.

Bagi kumpulan rawatan, pengkaji memberikan penerangan ringkas mengenai tujuan sesi pembelajaran ini diadakan dan bagaimana ia dijalankan. Pelajar diberikan masa 30 minit bagi menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan untuk mereka. Setelah selesai menjalankan sesi pengajaran selama 3 minggu, pengkaji meminta sampel kajian menyelesaikan masalah dalam ujian pos secara jujur dan ikhlas selama satu jam untuk menilai tahap penguasaan mereka mengenai tajuk yang diajar. Selepas itu, pengkaji meminta pelajar untuk memberi respon terhadap penggunaan kaedah pengajaran secara konstruktivisme bagi tajuk tersebut dengan cara mengisi borang soal selidik. Bagi kelas kawalan, mereka juga akan menjawab soalan pos seperti sampel kajian tetapi tidak perlu menjawab borang soal selidik. Setiap borang dikumpul dan dianalisis. Lihat lampiran 1, lampiran 4 dan lampiran 5 (di belakang).

3.7 Pengumpulan dan Pemprosesan Data

Penganalisaan data kuantitatif dilakukan dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan min, sisihan piawai, frekuensi dan peratusan untuk melihat tahap kefahaman pelajar serta membandingkan ujian pra dan ujian pos antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Manakala statistik inferens digunakan untuk mengira nilai t dalam menentukan hipotesis nol kajian diterima atau ditolak. Untuk menunjukkan persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah konstruktivisme, pengkaji mentafsir datanya dalam bentuk peratusan dan min skor setiap item dalam soal selidik. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan penerimaan positif terhadap kaedah konstruktivisme dan sebaliknya purata min skor yang rendah bagi penerimaan yang negatif. Sebahagian analisis dalam kajian ini menggunakan program dari pakej SPSS dan perisian Excel.

3.8Ringkasan

Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen, maka terdapat kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan menduduki ujian pra. Kumpulan eksperimen mengikuti pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kumpulan belajar di makmal. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan murid menjalankan aktiviti secara penerokaan untuk memahami konsep. Selepas selesai sesi pengajaran, sampel kajian diminta mengambil ujian pos dan menjawab soalan-soalan di dalam borang soal selidik. Bagi kumpulan kawalan, mereka hanya mengikuti pembelajaran biasa iaitu kaedah tradisional dan turut menduduki ujian pos yang sama. Data yang diperolehi, dianalisis melalui statistik deskriptif dan inferens.

BAB 4

DAPATAN KAJIAN4.1PengenalanTujuan kajian ini adalah untuk meninjau sikap pelajar dan demografi mereka terhadap kaedah Konstruktivisme yang merupakan salah satu struktur yang terdapat dalam pembelajaran konstruktivisme. Pembolehubah sikap yang dikaji ialah minat dan pencapaian pelajar dalam sains manakala pembolehubah untuk demografi terdiri daripada jantina, sosio-ekonomi keluarga, jenis pekerjaan bapa dan sekolah.

Data-data yang diperolehi daripada jawapan responden telah dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Dapatan kajian dilaporkan bermula dengan analisis data dan analisis data kuantitatif serta diikuti dengan persembahan dapatan berdasarkan persoalan dan objektif kajian.

4.2 Analisis Data

Berikut ialah demografi berhubung dengan sampel yang telah diperolehi: Jadual 4.1 : Demografi sampel berdasarkan jantina mengikut kelasKelas JantinaFrekuensi

Peratus

EksperimenLelaki1370.043.3

Perempuan1772.456.7

KawalanLelaki1545.350.0

Perempuan1546.050.0

Jumlah60100.0100.0

Jadual 4.1 menunjukkan bahawa taburan sampel dari segi jantina adalah hampir seimbang di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sebanyak 28 responden (46.7%) adalah pelajar lelaki manakala 32 responden (53.3%) adalah pelajar perempuan.

Jadual 4.2:Demografi berdasarkan pekerjaan bapa bagi kelas eksperimenPekerjaan BapaFrekuensi

Peratus

Kerajaan175.03.3

Swasta2076.566.7

Bekerja Sendiri769.323.3

Tidak Bekerja260.06.7

Jumlah30100.0100.0

Jadual 4.2 menunjukkan taburan sampel berdasarkan jenis perkerjaan bapa di mana didapati golongan bapa yang bekerja dalam sektor kerajaan adalah seramai satu orang sahaja (3.3%), bapa yang bekerja dalam sektor swasta adalah seramai 20 orang (66.7%) manakala bapa yang berkerja sendiri adalah seramai 7 orang (23.3%) dan bapa yang tidak bekerja adalah seramai dua orang (6.7%).

Jadual 4.3:Demografi berdasarkan pekerjaan bapa bagi kelas kawalanPekerjaan BapaFrekuensi

Peratus

Kerajaan363.310.0

Swasta1941.863.3

Bekerja Sendiri748.623.3

Tidak Bekerja140.03.3

Jumlah30100.0100.0

Jadual 4.3 menunjukkan taburan sampel berdasarkan jenis perkerjaan bapa di mana didapati golongan bapa yang bekerja dalam sektor kerajaan adalah seramai tiga orang sahaja (10.0%), bapa yang bekerja dalam sektor swasta adalah seramai 19 orang (63.3%) manakala bapa yang berkerja sendiri adalah seramai 7 orang (23.3%) dan bapa yang tidak bekerja adalah seramai satu orang (3.3%).

Jadual 4.4 :Demografi berdasarkan sosio-ekonomi keluarga bagi kelas eksperimenJumlah PendapatanFrekuensi

Peratus

RM 499 ke bawah353.310.0

RM 500 RM 999769.223.4

RM 1000 RM 1499579.016.6

RM 1500 RM 19991068.533.3

RM 2000 RM 2499467.513.4

RM 2500 ke atas170.03.3

Jumlah30100.0100.0

Jadual 4.4 menunjukkan 3.3% ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan RM 2500 ke atas manakala 10.0% ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan RM 499 ke bawah.

Jadual 4.5 :Demografi berdasarkan sosio-ekonomi keluarga bagi kelas kawalanJumlah PendapatanFrekuensi

Peratus

RM 499 ke bawah245.06.7

RM 500 RM 9991144.536.6

RM 1000 RM 1499846.826.6

RM 1500 RM 1999455.013.4

RM 2000 RM 2499257.56.7

RM 2500 ke atas361.610.0

Jumlah30100.0100.0

Jadual 4.5 menunjukkan 10.0% ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan RM 2500 ke atas manakala 6.7% ibu bapa yang mempunyai jumlah pendapatan RM 499 ke bawah.

Jadual 4.6 :Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra Kelas Eksperimen JantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1324.71.60

Perempuan1726.72.73

Jadual 4.6 menunjukkan min skor 24.7 bagi jantina lelaki dan 26.7 bagi jantina perempuan. Manakala sisihan piawai yang dicatatkan pula adalah 1.60 bagi lelaki dan 2.73 bagi perempuan. Ini menunjukkan jantina perempuan mendahului jantina lelaki bagi min dengan perbezaan sebanyak 2.0. Manakala bagi sisihan piawai pula data menunjukkan perbezaan sebanyak 1.13 di antara jantina lelaki dan perempuan.

Jadual 4.7 :Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra Kelas Kawalan JantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1531.81.70

Perempuan1530.02.70

Jadual 4.7 menunjukkan min skor 31.8 bagi jantina lelaki dan 30.0 bagi jantina perempuan. Manakala sisihan piawai yang dicatatkan pula adalah 1.70 bagi lelaki dan 2.70 bagi perempuan. Ini menunjukkan jantina lelaki mendahului jantina perempuan bagi min dengan perbezaan sebanyak 1.8. Manakala bagi sisihan piawai pula data menunjukkan perbezaan sebanyak 1.0 di antara jantina lelaki dan perempuan.

Jadual 4.8 :Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pos Kelas Eksperimen JantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1324.01.80

Perempuan1724.31.90

Jadual 4.8 menunjukkan min skor 24.0 bagi jantina lelaki dan 24.3 bagi jantina perempuan. Manakala sisihan piawai yang dicatatkan pula adalah 1.80 bagi lelaki dan 1.90 bagi perempuan. Ini menunjukkan jantina perempuan mendahului jantina lelaki bagi min dengan perbezaan sebanyak 0.3. Manakala bagi sisihan piawai pula data menunjukkan perbezaan sebanyak 0.1 di antara jantina lelaki dan perempuan.

Jadual 4.9 :Taburan Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pos Kelas Kawalan JantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1530.82.30

Perempuan1528.22.08

Jadual 4.9 menunjukkan min skor 30.8 bagi jantina lelaki dan 28.2 bagi jantina perempuan. Manakala sisihan piawai yang dicatatkan pula adalah 2.30 bagi lelaki dan 2.08 bagi perempuan. Ini menunjukkan jantina lelaki mendahului jantina perempuan bagi min dengan perbezaan sebanyak 2.6. Manakala bagi sisihan piawai pula data menunjukkan perbezaan sebanyak 0.22 di antara jantina lelaki dan perempuan.

4.3 Analisis Data Kuantitatif

Setelah data mentah dikumpulkan dalam satu ujian, satu taburan frekuensi telah diperolehi. Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme telah dikaji. Kumpulan pelajar ini diajar pada tajuk yang sama dan diberi ujian selang seminggu. Dalam ujian pra didapati pencapaian pelajar adalah rendah dan dalam ujian pos markah mereka meningkat setelah melalui proses pembelajaran kaedah konstruktivisme.

4.3.1 Kesan Kaedah Konstruktivisme bagi Menjawab Persoalan Kajian 1

Persoalan kajian yang pertama ialah untuk mengetahui ; Adakah Kaedah Konstruktivisme dapat mengubah sikap pelajar-pelajar untuk mempelajari Sains dengan lebih baik? Bagi melihat kesan kaedah konstruktivisme terhadap persoalan kajian 1, maka hipotesis nol 1 dan hipotesis alternatif 1 dinyatakan sebagai :

Ho1:Kaedah Konstruktivisme tidak memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari Sains.Ha1:Kaedah Konstruktivisme memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar mempelajari Sains.

Ujian Pos dijalankan bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan terhadap item soal selidik. Ujian Pos dijalankan dengan mengedarkan kertas ujian pos dan borang soal selidik kepada pelajar. Data yang dipungut dianalisis menggunakan Ujian T (T-Test). Maklumat yang jelas mengenai ujian kebolehpercayaan bagi kajian dapat dilihat melalui jadual di bawah.

Jadual 4.10 : Ujian T bagi Ujian Pos Kelas Eksperimen Statistik Kumpulan JantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1324.69231.60128

Perempuan1726.70592.73324

Ujian Sampel Bebas Levene's Test for Equality of Variancest-test for Equality of Means

FSig.tdfSig. (2-tailed)Mean DifferenceStd. Error Difference95% Confidence Interval of the Difference

LowerUpper

SkorEqual variances assumed3.652.066-2.35928.026-2.01357.85362-3.76213-.26502

Equal variances not assumed -2.52426.475.018-2.01357.79793-3.65230-.37485

Teknik analisis data menggunakan Ujian T (T-Test) yang secara khususnya mengkaji hipotesis yang akan menjelaskan sama ada terdapat kesan positif atau negatif antara pembolehubah dengan kaedah konstruktivisme. Kajian ini menggunakan aras signifikan 0.05 (nilai-p < 0.05) yang memberikan 95 % darjah keyakinan untuk menolak H0.

Untuk menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu mengenal pasti; Adakah kaedah konstruktivisme dapat mengubah sikap murid-murid untuk mempelajari Sains dengan lebih baik? Ujian T (T-Test) telah digunakan. Didapati nilai df = 28 (Equal variances assumed) dan Sig. F > 0.05 iaitu 0.26. Ini menunjukkan kaedah konstuktivisme tidak memberi kesan positif yang ketara terhadap sikap murid mempelajari sains di dalam membantu pelajar menguasai konsep-konsep sains seperti konsep ketumpatan di mana H01 diterima dan Ha1 ditolak.

4.3.2 Kesan Kaedah Konstruktivisme bagi Menjawab Persoalan Kajian 2

Persoalan kajian yang kedua ialah untuk mengetahui ; Adakah terdapat perbezaan sikap murid-murid terhadap Sains berdasarkan demografi? Bagi melihat kesan kaedah konstruktivisme terhadap persoalan 2 dalam hipotesis nol dan hipotesis alternatif seterusnya dinyatakan sebagai :Ho2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jantina.Ha2:Terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jantina.Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap Konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa.Ha3:Terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap Konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa.Ho4:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.Ha4:Terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.

Secara keseluruhannya, pengkaji ingin mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan demografi pelajar yang dikategorikan mengikut jantina, jenis pekerjaan bapa dan taraf sosio-ekonomi keluarga.

Untuk menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu mengenal pasti perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan demografi, pengkaji menggunakan ujian-t dan ujian ANOVA.Untuk mengetahui sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jantina, melalui ujian-t didapati nilai Sig. F > 0.05. Ini menunjukkan ianya tidak signifikan pada aras keertian 0.05 iaitu tiada perbezaan nilai min yang ketara antara jantina iaitu lelaki sebanyak 24.6923 dan perempuan sebanyak 26.7059. Maka hipotesis nol, Ho2 gagal ditolak.

Untuk mengetahui sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa, pengkaji menggunakan kaedah ujian ANOVA satu hala.

Jadual 4.11 : Ujian ANOVAPEKERJAAN BAPA Sum of SquaresdfMean SquareFSig.

Between Groups4.30090.4781.1420.381

Within Groups8.367200.418

Total12.66729

Di dapati nilai-p = 0.381 > 0.05 di mana H03 gagal ditolak iaitu tidak wujud perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa.

Untuk mengetahui sikap pelajar terhadap kaedah Konstruktivisme berdasarkan taraf sosio-ekonomi keluarga, pengkaji menggunakan kaedah ujian ANOVA satu hala. Di dapati nilai-p = 0.915 > 0.05 di mana H04 gagal ditolak iaitu tiada perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.

4.3.3Kesan Kaedah Konstruktivisme bagi Menjawab Persoalan Kajian 3

Persoalan kajian yang ketiga ialah untuk mengetahui ; Adakah terdapat hubungan yang positif di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka? Bagi melihat kesan kaedah konstruktivisme terhadap persoalan 3 dalam hipotesis nol 5 dan hipotesis alternatif 5 dinyatakan sebagai :Ho5:Tidak terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Konstruktivisme dengan skor min ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Tradisional.

Ha5:Terdapat perbezaan min skor yang signifikan antara ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Konstruktivisme dengan skor min ujian pos kumpulan pelajar yang diajar menggunakan Kaedah Tradisional.

Bagi menjawab persoalan kajian 3 ini, mari kita lihat perbandingan taburan min dan sisihan piawai bagi ujian pos antara kelas eksperimen dan kelas kawalan di bawah.

Jadual 4.12 :Perbandingan Min dan Sisihan Piawai bagi Ujian PosKelas Eksperimen JantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1324.01.80

Perempuan1724.31.90

Kelas KawalanJantinaNMinSisihan Piawai

SkorLelaki1530.82.30

Perempuan1528.22.08

Berdasarkan jadual 4.11, dapatlah dibuktikan bahawa kelas eksperimen yang menggunakan kaedah konstruktivisme mencatatkan sisihan piawai yang lebih kecil iaitu 1.80 (lelaki) dan 1.90 (perempuan) berbanding kelas kawalan yang menggunakan kaedah tradisional yang mencatatkan sebanyak 2.30 (lelaki dan 2.08 (perempuan). Semakin kecil sisihan piawai menunjukkan semakin berkesan sesuatu kaedah itu dalam meningkatkan tahap pencapaian pelajar. Jadi, objektif kajian 3 iaitu; Mengkaji hubungan di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dapatlah dijawab.

Berdasarkan dapatan tersebut dapatlah disimpulkan bahawa pembelajaran Sains menggunakan kaedah konstruktivisme mementingkan prinsip-prinsip pembelajaran utama yang berpusatkan pelajar. Ia mempunyai ciri-ciri pembelajaran yang aktif. Di sini guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan perlu menerima autonomi pelajar. Ia lebih menekankan pembelajaran daripada pengajaran. Pelajar diberi peluang untuk memilih gol, strategi dan penilaian pelajarannya.

Motivasi dan minat pula merupakan kunci kepada pembelajaran di mana ia menggalakkan penemuan inkuiri, perasaan ingin tahu dan inisiatif pelajar. Di samping itu, pengalaman dari segi kepercayaan, sikap sedia ada dan pengetahuan sedia ada memainkan peranan yang kritikal dalam pembelajaran.

Oleh sebab manusia mempunyai kecenderungan kognitif (cognitive predisposition) maklumat akan dipilih dan diubahsuai. Pelajar mengkonstruk pengetahuan melalui penglibatan aktiviti projek atau kajian; (contoh; menguji hipotesis ) dan membuat pilihan. Di sini, pengajaran perlu direkabentuk untuk memudahcara ekstrapolasi dan memenuhi ruang (going beyond the information given). Jadi terbuktilah bahawa ciri-ciri pembelajaran di atas dapat membantu kebekesanan kaedah pembelajaran konstruktivisme.

Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan sikap adalah dari segi merasa seronok mengikuti pembelajaran, lebih berminat untuk belajar, dapat meningkatkan keyakinan diri, situasi kelas tidak membosankan dan merasa tidak cepat berputus asa.

Perubahan sikap yang pertama adalah dari segi perasaan seronok mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Pelajar merasakan suasana di bawah kaedah konstruktivisme lebih menyeronokkan dan mereka rasa gembira untuk belajar. Ada yang mengaitkan perasaan seronok kerana berpeluang berbincang dan berinteraksi dengan rakan-rakan dengan lebih kerap.

Terdapat juga yang merasa seronok kerana dengan kaedah itu menyebabkan mereka lebih mudah memahami tajuk yang dipelajari dan dapat mengikuti pengajaran guru dengan lebih baik. Tidak kurang yang merasa seronok kerana ianya satu pengalaman baru yang menarik buat mereka berbanding dengan kaedah yang sebelum ini.

Perubahan sikap yang kedua adalah berhubung dengan minat pelajar. Pelajar mendapati mereka lebih berminat untuk belajar setelah didedahkan dengan Konstruktivisme kerana kefahaman mereka terhadap sains telah bertambah.

Perubahan sikap yang ketiga adalah mengenai keyakinan diri pelajar. Kaedah konstruktivisme mewujudkan suasana yang mendorong pelajar untuk menilai kekuatan dan kelemahan diri mereka. Selain daripada itu, pengalaman di bawah kaedah konstruktivisme membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri. Ini dikaitkan dengan suasana yang membolehkan mereka berinteraksi dan membandingkan kebolehan mereka dengan rakan-rakan lain yang sebelum ini kurang dikenali serta cara pembelajaran yang lebih meningkatkan penguasaan mereka.

Perubahan sikap yang keempat adalah dari segi situasi kelas yang tidak lagi membosankan. Melalui kaedah konstruktivisme, pelajar tidak lagi merasa bosan berada di dalam kelas. Pelajar merasa bosan apabila mereka tidak berupaya menyelesaikan tugasan atau tidak memahami pengajaran guru. Sebaliknya, kaedah konstruktivisme menggalakkan pelajar untuk berbincang dan bertanya kepada rakan sekumpulan di dalam masalah pelajaran.

Perubahan sikap yang kelima adalah dari segi dapat membantu pelajar untuk tidak mudah putus asa di dalam pelajaran mereka. Hal ini mereka kaitkan dengan perasaan seronok ketika mengikuti kaedah ini.

Berdasarkan dapatan yang membincangkan pengalaman pelajar dari aspek perubahan sikap menunjukkan bahawa kaedah konstruktivisme berupaya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu situasi yang menyeronokkan pelajar dan menyebabkan pelajar menjadi lebih berminat untuk belajar, serta memiliki sikap tidak mudah berputus asa.

Seterusnya, dapatan kajian melaporkan masalah-masalah yang dihadapi oleh sebahagian pelajar menyebabkan mereka mendapat pengalaman yang kurang menyenangkan.

4.4 Masalah yang Dihadapi di dalam Kaedah Konstruktivisme Berkaitan Sikap

Berdasarkan maklum balas yang diperolehi daripada pelajar, beberapa masalah berkaitan sikap serta perasaan pelajar telah dikenal pasti. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar berkaitan dengan sikap dan perasaan adalah kerana pelajar merasa tidak seronok dan bosan dalam pembelajaran, sikap mementingkan diri sendiri, malu untuk bertanya kepada rakan sekumpulan dan memandang rendah kepada ahli pencapaian rendah.

Masalah pertama adalah berhubung dengan perasaan tidak seronok dan bosan. Walaupun sebahagian besar pelajar menyatakan mereka merasa seronok di bawah kaedah konstruktivisme, namun terdapat juga pelajar yang menyatakan mereka merasa tidak seronok tanpa memberikan sebab-sebabnya. Terdapat juga pelajar yang merasa bosan dengan kaedah konstruktivisme kerana kurangnya kerjasama yang diberikan di dalam kumpulan mereka.Masalah kedua yang pelajar hadapi yang di dalam kaedah konstruktivisme adalah terdapatnya rakan sekumpulan yang bersikap mementingkan diri sendiri menyebabkan mereka enggan memberikan kerjasama. Namun begitu terdapat juga yang akhirnya dapat mengubah sikap tersebut. Tetapi dengan adanya sikap ini menyebabkan pelajar merasa tidak gembira berada di dalam kumpulan mereka.

Masalah ketiga adalah berkenaan dengan pelajar yang tidak dapat menghilangkan perasaan malu untuk berinteraksi dengan rakan sekumpulan menyebabkan pelajar tidak berbincang dengan ahli kumpulan. Hal ini dikaitkan dengan perasaan kekok untuk berinteraksi dengan rakan yang berlainan jantina.

Masalah keempat adalah berhubung dengan reaksi negatif yang diberikan oleh rakan sekumpulan yang lebih berkebolehan menyebabkan pelajar yang pencapaian rendah merasa tersinggung. Ini menyebabkan pelajar merasa tidak gembira dengan kumpulan mereka.

4.5Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa minat pelajar semakin meningkat untuk mempelajari sains dengan menggunakan kaedah konstruktivisme. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan demografi pelajar iaitu jantina dan taraf sosio-ekonomi keluarga. Manakala berdasarkan jenis pekerjaan bapa juga di dapati tidak wujud perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme.

Tetapi dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan kesan kaedah konstruktivisme terhadap prestasi. Prestasi pelajar didapati lebih tinggi melalui kaedah konstruktivisme setelah mengambil kira tahap kebolehan pelajar. Ini bermakna kaedah konstruktivisme memberi kesan yang lebih baik bagi meningkatkan prestasi pelajar. Apa yang paling utama ialah kaedah konstruktivisme telah dapat memberi kesan yang positif terhadap sikap murid dalam mempelajari subjek sains.

BAB 5

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1Pengenalan

Bab ini membincangkan rumusan kajian, dapatan kajian, perbincangan, implikasi hasil kajian dan cadangan kajian. Di akhir bab ini dikemukakan beberapa cadangan bagi penyelidikan selanjutnya yang boleh dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain pada masa hadapan.

5.2Rumusan Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar di SK Kota Warisan, Sepang, Selangor. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada para pelajar tersebut.

Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenal pasti sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme untuk memastikan keberkesanan kaedah tersebut terhadap tajuk elektrik. Penyelidikan yang dibuat adalah berbentuk kuantitatif. Antara pengalaman positif yang dinyatakan oleh pelajar yang berkaitan dengan sikap adalah dari segi merasa seronok mengikuti pembelajaran, lebih berminat untuk belajar, dapat meningkatkan keyakinan diri, situasi kelas tidak membosankan dan merasa tidak cepat berputus asa.

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa prestasi pelajar lebih tinggi dan signifikan melalui kaedah konstruktisme. Elemen-elemen di dalam kaedah konstruktivisme dapat membantu pelajar supaya lebih bermotivasi untuk belajar. Kaedah ini dapat mewujudkan sifat bergantung secara positif di kalangan pelajar di dalam satu kumpulan bagi mencapai matlamat kumpulan. Ini digambarkan melalui kerjasama sesama pelajar yang mewujudkan berlakunya interaksi di dalam satu kumpulan.

Kaedah konstruktivisme berupaya meningkatkan prestasi pelajar kerana dengan adanya interaksi sesama mereka menyebabkan berlakunya perubahan kognitif pelajar. Merujuk kepada teori perkembangan kognitif, Slavin (1995) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai konsep-konsep penting.

Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan demografi pelajar iaitu jantina, pekerjaan bapa dan taraf sosio-ekonomi keluarga manakala berdasarkan tahap pencapaian ujian pos bagi kelas eksperimen untuk tajuk ketumpatan bagi mata pelajaran Sains Tingkatan Satu di dapati wujud perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme.

5.3 Dapatan Kajian

Dapatan daripada persoalan kajian pertama iaitu; (Adakah kaedah konstruktivisme dapat mengubah sikap murid-murid untuk mempelajari Sains dengan lebih baik?) menunjukkan bahawa kaedah konstuktivisme tidak memberi kesan positif yang ketara terhadap sikap murid mempelajari sains di dalam membantu pelajar menguasai konsep-konsep sains seperti konsep ketumpatan di mana H01 diterima dan Ha1 ditolak.Berdasarkan persoalan kajian kedua pula iaitu; (Adakah terdapat perbezaan sikap murid-murid terhadap Sains berdasarkan demografi?) dapat dilihat bahawa demografi berdasarkan jantina menunjukkan tiada perbezaan signifikan tentang sikap murid-murid terhadap Sains. Selain itu, demografi berdasarkan pekerjaan bapa juga menunjukkan tidak wujud perbezaan signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jenis pekerjaan bapa. Di samping itu, demografi berdasarkan taraf sosio-ekonomi keluarga juga menunjukkan tiada perbezaan signifikan tentang sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.

Analisis data kualitatif telah digunakan bagi menjawab persoalan kajian 3 iaitu; (Adakah terdapat hubungan yang positif di antara sikap pelajar dengan pencapaian mereka?). Bagi persoalan kajian ini, keputusan ujian pos menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan antara min skor ujian pos kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Jadi, ini membuktikan bahawa wujudnya hubungan positif antara sikap dan pencapaian pelajar dalam ujian pos bagi tajuk ketumpatan Tingkatan Satu.

5.4 Perbincangan

Dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan kajian 1 menunjukkan ianya tidak menyokong Bruner (1973) yang menekankan bahawa pembelajaran merupakan satu proses di mana pelajar membina idea baru atau konsep berasaskan kepada pengetahuan semasa mereka kerana kajian ini hanya menggunakan sampel yang kecil iaitu hanya melibatkan 6 orang pelajar daripada SK Kota Warisan , Sepang . Jadi ianya tidak dapat digeneralisasikan untuk sebuah sekolah tersebut.

Selain itu, dapatan yang diperolehi bagi menjawab persoalan kajian 2 juga tidak menyokong Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) yang menyatakan;

teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pengetahuan, idea atau konsep yang baru dibina secara aktif berdasarkan kepada pengalaman lepas dan pengetahuan sedia ada dengan maklumat, idea atau konsep yang diterima sama ada bantuan kendiri, interaksi sosial atau persekitaran diselaraskan melalui proses metakognitif.

Ini adalah disebabkan faktor jantina, pekerjaan bapa dan sosio-ekonomi keluarga tidak dapat mempengaruhi pelajar dalam membentuk perkembangan sikap mereka. Pergaulan sesama jantina atau berlainan jantina, pengaruh pekerjaan bapa dan taraf sosio-ekonomi keluarga bukanlah faktor utama yang dapat memberikan dorongan kepada para pelajar untuk menzahirkan perbezaan sikap di kalangan mereka. Ini sebenarnya adalah disebabkan faktor dalaman dan luaran pelajar itu sendiri dalam menentukan hala tuju mereka terhadap pelajaran.

Di samping itu, perolehan dapatan bagi menjawab persoalan kajian 3 menunjukkan bahawa ia menyokong Pusat Perkembangan Kurikulum (1991) yang menyatakan bahawa;Pembelajaran konstruktivisme amat memokus kepada pemahaman pelajar dan prestasinya.Ini dapat dibuktikan daripada analisa ujian pos bagi kelas eksperimen dan kelas kawalan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor ujian pos bagi kedua-dua kelas tersebut. Di mana kelas eksperimen menunjukkan prestasi pencapaian skor markah dan sisihan piawai yang lebih baik jika dibandingkan dengan kelas kawalan.5.5Implikasi Hasil Kajian

Dapatan kajian ini sebenarnya memberikan implikasi yang menarik kepada perkembangan pendidikan kini khususnya dalam projek Sekolah Bestari. Kaedah Konstuktivisme ini amat sesuai digunakan sewaktu P&P di sekolah dalam usaha Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kualiti pendidikan khususnya dalam subjek sains.

Kajian ini dapat membantu semua pihak terutama Unit Kurikulum, Unit Penilaian, Unit Perancangan Dasar di Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mewujudkan pendidikan bertaraf dunia.

Berkaitan dengan keberanian mengajar dengan kaedah konstruktivisme pula, pengkaji berpendapat bahawa keberanian perlu dibezakan daripada keyakinan. Keberanian untuk mengajar dengan menggunakan kaedah konstruktivisme tidak secara automatiknya memberi keyakinan kepada seseorang guru. Keberanian hanya mendorong untuk berhadapan dengan cabaran, tetapi persediaan rapi perlu bagi membantu guru mendalami ilmu tentang sesuatu kaedah pembelajaran yang hendak digunakan. Ini seterusnya dapat mempertingkatkan keyakinan untuk mengajar.

Selain itu, mengajar dengan menggunakan sesuatu kaedah tertentu khususnya melalui kaedah konstruktivisme juga telah mewujudkan peluang untuk melihat sesuatu kaedah tersebut dari perspektif orang lain. Sebagai contoh, salah satu masalah utama yang dikemukakan oleh para guru yang hendak melakukan kaedah konstruktivisme misalnya ialah masa yang lama diperlukan untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Ini merupakan satu tanggapan yang tidak berasas sama sekali.

Sikap individualistik, hubungan yang tidak rapat kerana perbezaan etnik dan tahap kebolehan sememangnya wujud di dalam suasana persekolahan di negara kita tetapi tidak nampak ketara kerana pelajar kurang berinteraksi sesama rakan sekelas. Implikasi daripada dapatan ini, walaupun terdapat masalah-masalah yang dinyatakan oleh pelajar berhubung dengan kaedah konstruktivisme tidak bermakna kaedah ini patut dilupakan sahaja. Sewajarnya guru mengambil berat terhadap masalah-masalah tersebut dan berusaha mengatasinya. Pada masa yang sama guru perlu mengenal pasti elemen-elemen yang membantu keberkesanan kaedah konstruktivisme.

5.3Cadangan Kajian Akan Datang

Berdasarkan dapatan kajian ini pengkaji mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan. Dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah konstruktivisme memberi kesan yang positif terhadap sikap pelajar dalam mempelajari sains.

Memandangkan Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan Konsep Pengajaran Sekolah Bestari, maka dicadangkan kaedah sesuai dilaksanakan di sekolah. Dengan terlaksananya kaedah ini diharapkan pelajar-pelajar kita akan meminati mata pelajaran sains dan seterusnya mendapat pencapaian yang cemerlang.

Pembelajaran konstruktivisme boleh digunakan untuk meningkatkan minat pelajar kerana ia melibatkan penglibatan aktif, membina kesepaduan, bekerjasama, kerja kumpulan dan keyakinan pada diri pelajar.

Bersesuaian dengan dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas 60 pelajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Changgang, Kuala Langat mendapati pelajar semakin menjalankan aktiviti, peningkatan minat untuk belajar sains dan pelajar tidak menghadapi masalah dalam menghadapi perubahan strategi mengajar iaitu daripada bentuk konvesional kepada bentuk konstruktivisme.

Data dalam kajian ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme berdasarkan jantina, pekerjaan bapa dan sosio-ekonomi keluarga. Oleh itu, pihak sekolah tidak seharusnya tidak peka dan prihatin walaupun tidak terdapatnya perbezaan signifikan berdasarkan jantina, pekerjaan bapa dan sosio-ekonomi keluarga yang mana boleh memberi kesan terhadap sikap pelajar dalam mempelajari sains.

Kajian ini telah menimbulkan beberapa persoalan dan setengah daripada persoalan itu tidak dapat dijawab buat masa ini. Oleh itu, kajian-kajian lanjutan perlu dibuat seperti mengapa tidak terdapat perbezaan sikap pelajar terhadap kaedah konstruktivisme apabila jantina, pekerjaan bapa dan sosio-ekonomi keluarga berbeza. Pengkaji akan datang juga boleh mengkaji adakah terdapat perbezaan signifikan tentang sikap pelajar bagi mata pelajaran lain dengan kaedah konstruktivisme ini.

Untuk mendapat keberkesanan yang lebih tinggi pengkaji mencadangkan supaya kajian keberkesanan kaedah konstruktivisme terhadap pencapaian dalam Sains dibuat dengan menjalankan ujian pra dan ujian pos dalam pengajaran dan pembelajaran secara konvensional dan kaedah konstruktivisme.Secara umumnya, kajian ini berjaya mencapai matlamat yang diingini. Walaupun gelungan pertama telah selesai, namun masih terdapat seorang lagi murid yang masih tidak mampu menguasai konsep yang diajar. Mungkin akibat daripada beberapa kekangan atau halangan yang tidak dapat dielakkan seperti kekangan masa, aktiviti yang terhad serta waktu kajian ini dijalankan mungkin tidak sesuai kerana peperiksaan akhir tahun hampir berlangsung dalam tiga minggu semasa kajian dijalankan. Guru-guru Sains pada masa itu sedang sibuk untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran masing-masing.

Dari segi tumpuan dan minat murid untuk belajar juga agak berkurang kerana pada masa kajian ini dijalankan adalah pada bulan puasa dan pelajar-pelajar lebih teruja untuk menyambut hari raya. Halangan utama yang tidak mampu dielakkan sepanjang kajian ini ialah dari segi penguasaan Bahasa Inggeris yang lemah di kalangan pelajar. Kelemahan dari segi bahasa ini amat mempengaruhi terhadap data yang dikumpul melalui ujian pra dan ujian pos di mana kesukaran pelajar untuk memahami kehendak soalan. Mungkin ini adalah beberapa faktor yang menjadi kekangan terhadap kajian ini. Reka bentuk kajian dan persampelan perlu dibuat dengan teliti untuk kajian selanjutnya. Perkara-perkara di bawah disarankan.

1. Sebaik-baik kajian ialah kajian di mana dua kumpulan yang diambil adalah secara rawak dan dijalankan di waktu luar persekolahan. Ini memastikan dua kumpulan (Eksperimen dan Kawalan) adalah benar-benar setara. Guru yang mengajar adalah guru yang sama. Topik dan persekitaran yang dipilih dan diwujudkan juga sama.

2. Jika pemilihan secara rawak tidak boleh dilakukan, kelas-kelas yang bakal dipilih perlu diberi ujian agar ada bukti kesetaraan kebolehan. Penyelidik tidak boleh mengambil begitu sahaja sampel dan mengandaikannya.

3. Pembolehubah-pembolehubah sampingan perlu dikawal agar dapatan benar-benar disebabkan oleh pembolehubah yang dimanipulasi iaitu Pendekatan Konstruktivisme. Ini bermakna rangka eksperimen mempunyai ;

i. Pelajar yang setara pencapaianii. Topik yang sama diajariii. Tempoh pengajaran yang sama dalam persekitaran yang sama.iv. Guru yang sama mengajar kedua-dua kelasv. Ujian yang sama

Apa yang membezakan kedua-dua kumpulan ialah Kaedah mengajar iaitu Kaedah Konstruktivisme dan Kaedah Tradisional. Dapatan kajian akan lebih sahih jika perkara di atas diikuti dan generalisasi dapat dibuat.

4. Konstruktivisme lebih sesuai untuk pelajar-pelajar yang cerdas dan sederhana bukan pelajar-pelajar yang lemah IQnya. Satu perkara lagi yang perlu diambil kira ialah dari segi tahap atau atau aras pencapaian pelajar. Bagi kelas-kelas yang aras pencapaiannya lemah atau digelar kelas corot mungkin tidak sesuai digunakan kaedah konstruktivisme kerana tahap pemahaman mereka sangat lambat sehingga memerlukan guru membuat penerangan berulang kali untuk memahamkan konsep. Oleh itu, mereka tidak sesuai menggunakan kaedah konstruktivisme bagi mencari makna bagi sesuatu konsep Sains.

5.6Kesimpulan

Kebanyakan kajian Pembelajaran Konstruktivisme menyatakan bahawa kaedah pembelajaran tradisional adalah kurang memuaskan untuk kebanyakan pelajar pada sebarang umur dan sentiasa menghasilkan banyak akibat yang negatif untuk guru dan pelajar. Pembelajaran Konstruktivisme merupakan salah satu inovasi pendidikan yang diserapkan daripada negara yang maju untuk tujuan mengatasi masalah sistem pelajaran serta meningkatkan mutu sistem pelajaran.

Kajian ini juga menunjukkan dengan jelas bahawa kaedah pembelajaran konstruktivisme adalah berkesan secara umumnya, walau bagaimanapun terdapat beberapa faktor yang tertentu mewujudkan kesulitan dalam pelaksanaan kaedah pembelajaran konstruktivisme. Misalnya, pelajar kita yang tidak begitu senang pergaulan antara jantina yang lain, pelajar kita yang sebahagian besarnya adalah bersifat pasif yang tidak begitu cenderung menyoal atau memberi pandangan tentang sesuatu perkara. Kemungkinan juga guru-guru kita yang tidak begitu bersedia untuk suasana yang bebas serta demokratik dalam situasi bilik darjah dan juga banyak lagi faktor-faktor lain seperti budaya, sosial, psikologi, emosi dan sebagainya.

]

RUJUKAN

Alessi, Stephen. M. & Trollip, Stanley, R. (2001). Multimedia for learning : Methods and Development. Massachusetts: Allyn and Bacon.

Bruner, J. (1973). Going Beyond the Information Given. New York: Norton.

Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Reiber, L. P. (1994). Computer-based Microworlds: A bridge between constructivisme and direct instruction. Educational Technology Research and Development, 40 (1)

Rohani Ahmad Tarmizi (1996). Pengukuran Kemahiran Saintifik di kalangan pelajar lepasan SPM. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM : Isu dan Hala Tuju Strategik Ke Arah Abad 21 di Genting Highlands pada 2-6 September 1996

Slavin,R : (1983). Cooperative Learning. New York; Longman.

Sulaiman Ngah Razali, Siow H.L, Wong H. H., Lim M. M., Lew T. S., Lee V. M., Lim L. F., & Daniel E. (1996). Menilai pencapaian, minat dan daya kreatif pelajar dalam sains, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Zuraini Abd Rahman. (2006), Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran Sains Bagi Tajuk Ketumpatan untuk Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah, Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

LAMPIRAN

Lampiran 1: Borang soal selidik latar belakang respondenLampiran 2: Soalan Pre-testLampiran 3: Soalan Post-testLampiran 4: Rancangan Pelajaran HarianLampiran 5: Borang kaji selidik tentang keberkesanan kaedah konstruktivisme.Lampiran 6: Borang aktiviti 1 & 2 Lampiran 7: Dialog temubual dengan respondenLampiran 8: Surat kebenaran menjalankan kajian di sekolah dari EPRD.Lampiran 9: Surat kebenaran pelajarLampiran 10 : Surat lantikan guru pembimbingLampiran 11: Borang maklumat pelajar dan guru pembimbing Lampiran 12: Borang pemantauan pelajar

20