kt nasaruddin

43
KEM ENTERIAN PENDIDIKAN M ALAYSIA SEAMEO RECSAM M EM PERTINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEM BELAJARAN SAINS KOHORT7 5JUN 2000HINGGA 22JULAI 2000 PEN Y ELID IK AN TINDAK AN oleh: NASARUDDIN SHAARANI SEK. KEB. SRI TIRAM KAM PNG SERI TIRAM JAYA TANJONG KARANG. PENYELIA KURSUS EN. UM AR BIN M AN KETUA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNOLOGI M ERANGKAP PENYELIA KURSUS AS-C2 SEAMEO RECSAM JalanSultanAzlan , 11700 Gelugor PulauPinang M ENGENALPASTI PUNCA 41% M URID-M URID TAHUN 4, SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TIRAM DIDAPATI GAGALDALAM M ATA PELAJARAN SAINS, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2000 YANG BARU DIADAKAN

Upload: nasaruddin-shaarani

Post on 17-Feb-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kt Nasaruddin

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEAMEO RECSAM

MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS KOHORT 7

5 JUN 2000 HINGGA 22 JULAI 2000

PENYELIDIKAN TINDAKAN

oleh :NASARUDDIN SHAARANI

SEK. KEB. SRI TIRAMKAMPNG SERI TIRAM JAYA

TANJONG KARANG.

PENYELIA KURSUSEN. UMAR BIN MAN

KETUA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNOLOGIMERANGKAP PENYELIA KURSUS AS-C2

SEAMEO RECSAMJalan Sultan Azlan , 11700 Gelugor

Pulau Pinang

MENGENAL PASTI PUNCA 41% MURID-MURID TAHUN 4, SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TIRAM DIDAPATI GAGAL DALAM

MATA PELAJARAN SAINS, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2000 YANG BARU DIADAKAN

Page 2: Kt Nasaruddin

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

Bab 1:Pengenalan

1.0 Pendahuluan1.1 Objektif Kajian1.2 Rasional1.3 Susunan Organisasi Penyelidikan

Bab 2:Latar Belakang Kajian

2.1 Latar Belakang Sekolah2.2 Reka Bentuk Kajian

Bab 3:Pengumpulan Data Dan Maklumat

3.1 Hari Isnin (26 Jun 2000)3.2 Hari Selasa (27 Jun 2000) 3.3 Hari Rabu (28 Jun 2000)

Bab 4:Pemerhatian Dan Dapatan Kajian

4.1 Dapatan4.1.1 Soal Selidik4.1.2 Temu Bual4.1.3 Pemerhatian Dan Pengalaman

4.2 Analisis Dapatan Penyelidikan4.2.1 Kaji Selidik4.2.1 (a) Latar Belakang Murid4.2.1 (b) Minat Dan Penguasaan Murid Terhadap Mata Pelajaran Sains4.2.1 (c) Pengajaran Guru4.2.2 Temu Bual4.2.2 (a) Guru Besar, Encik Mohd Ikhsan B. Ahmad4.2.2 (b) Guru Sains, Puan Khairiyati Bt. Ismail4.2.3 Pemerhatian Dan Pengalaman

4.3 Cadangan-Cadangan4.3.1 Menemubual Beberapa Orang Guru Sains Lagi4.3.2 Menemubual Murid4.3.3 Meneliti Rekod Keputusan Pertengahan Tahun Yang Lalu4.3.4 Menyemak Buku Kerja Murid

2

Page 3: Kt Nasaruddin

4.3.5 Kursus Dalaman4.3.6 Menyediakan Soalan-Soalan

Bab 5: Kesimpulan

Bibliograpi

Lampiran

LAMPIRAN A: SOAL SELIDIK MURID

LAMPIRAN B: KERTAS PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SAINS

TAHUN 4 2000

3

Page 4: Kt Nasaruddin

BAB 1PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan di sekolah rendah sejak tahun persekolahan 1994/95. Objektif pertama bagi pendidikan sains sekolah rendah ialah memberi peluang kepada murid belajar melalui pengalaman untuk memperkembangkan kemahiran berfikir bagi meningkatkan daya intelek. Salah satu kemahiran berfikir yang ingin diperkembangkan ialah pemikiran kreatif, iaitu mempunyai daya imaginasi tinggi dan menggunakan pelbagai pendekatan untuk menyelesaikan masalah serta berupaya mengemukakan idea yang asli.

Selain itu, Kurikulum Sains Sekolah Rendah juga memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik. Penguasaan kemahiran ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu keperluan untuk mengkaji dan memahami alam dalam pendidikan sains. Dengan ini, murid akan didedahkan kepada kaedah-kaedah sains di samping memberi pengetahuan sains. Ia memberi suatu wasilah dalam mendapatkan pengetahuan sains. Sains peringkat sekolah rendah lebih menekankan aktiviti untuk mendapatkan pengetahuan tersebut. Selain dari itu, dengan melibatkan murid dalam kemahiran ini, ia akan menimbulkan minat dan keseronokan dalam pembelajaran sains.

Salah satu kemahiran saintifik yang terdapat kurikulum sains ialah kemahiran proses sains. Kemahiran proses sains membolehkan murid mempersoal sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains, guru perlu membuat perancangan yang teliti supaya ianya menjadi lebih berkesan. Dengan itu, murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan di dalam kurikulum sains sekolah rendah.

Kegagalan 41% murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Tanjong Karang , Selangor dalam mata pelajaran Sains semasa peperiksaan pertengahan tahun yang baru lalu perlu diberi perhatian. Ini kerana, jika punca-punca masalah ini berlaku tidak kenal pasti dikhuatiri bidang sains tidak diminati oleh murid-murid. Ini boleh menjejaskan Wawasan 2020 yang bermatlamatkan ke arah negara maju. Apakah kegagalan ini berpunca dari item-item soalan yang sangat sukar? Atau pun ianya berpunca daripada strategi/kaedah pengajaran guru yang kurang berkesan? Atau apakah ini disebabkan oleh murid-murid belum menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam kurikulum sains. Inilah persoalan yang akan dikaji di dalam penyelidikan ini.

4

Page 5: Kt Nasaruddin

1.2 Objektif Kajian

Penyelidikan ini dilakukan untuk tujuan:

a) Mengenal pasti kelemahan murid dalam pembelajaran sains. Dengan mengenal pasti kelemahan-kelemahan itu, langkah-langkah tertentu boleh diambil untuk mengatasinya.

b) Mengenal pasti kelemahan pengajaran guru sains dalam memperkenalkan kemahiran proses sains kepada murid-murid Tahun 4.

c) Mengubah amalan pengajaran guru dengan mengenal pasti strategi/kaedah yang terbaik dalam pengajaran mata pelajaran Sains. Melalui strategi/kaedah yang sesuai, penguasaan murid-murid terhadap kemahiran-kemahiran dan pengetahuan sains dapat dipertingkatkan.

1.3 Rasional

Penyelidikan tindakan akan menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea-idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian kurikulum.

Menerusi penyelidikan ini, ianya akan meningkatkan penggunaan bahan-bahan bantu mengajar supaya proses pengajaran dan pembenlajaran sains berlaku dengan menarik dan menyeronokkan. Murid-murid mudah memahami dan seterusnya dapat menguasai semua kemahiran yang terdapat di dalam kurikulum sekolah rendah.

Seterusnya penyelidikan ini adalah sebagai sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, pembelajaran murid, latar belakang murid dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah untuk meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains.

Penyelidikan tindakan yang akan dijalankan ini juga penting dalam membantu sekolah mencapai matlamat pendidikan untuk membuat inovasi perubahan kurikulum seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penyelidikan ini dilakukan bagi mengesan kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan mengesan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan murid dan seterusnya mengatasinya diharap peratusan murid-murid yang gagal adalah kecil.

1.4 Susunan Organisasi Penyelidikan

Bab 1 menerangkan tentang pengenalan penyelidikan ini. Ia menerangkan objektif dan rasional penyelidikan. Juga diterangkan masalah yang hendak dikaji serta hipotesis-hipotesis sebab-sebab masalah tersebut terjadi.

5

Page 6: Kt Nasaruddin

Dalam bab 2 diterangkan latar belakang penyelidikan. Ianya mengandungi latar belakang sekolah, masalah yang dikaji dan juga kaedah penyelidikan yang digunakan. Dalam bab ini penyelidik menerangkan model kajian yang digunakan dan peringkat-peringkatnya. Di samping itu diterangkan juga persiapan yang dilakukan di RECSAM sebelum penyelidik menjalankan kajian luar.

Dalam bab 3 diterangkan bagaimana proses penyelidikan dijalankan. Ianya menerangkan bagaimana penyelidik mendapatkan data-data atau maklumat semasa menjalankan kajian luar. Instrumen-instrumen yang digunakan untuk proses penyelidikan ini ialah soal selidik dan temuramah dengan murid-murid Tahun 4 dan.guru-guru Sains.

Bab 4 mengandungi dapatan penyelidikan. Dalam bab ini semua data-data dan maklumat dianalisis dengan menggunakan program Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS). Ianya juga dimuatkan dengan cadang-cadang bagi meneruskan kajian ini dan cadangan mengatasi masalah yang dikaji.

Bab 5 pula mengandung kesimpulan keseluruhan penyelidikan yang telah dijalankan.

6

Page 7: Kt Nasaruddin

BAB 2LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1 Latar Belakang Sekolah

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Tanjong Karang bermula pada tahun 1947. Pada tahun itu, Sekolah Rakyat telah ditubuhkan di bawah surau di Blok U (sebelah BERNAS sekarang) yang dibiayai oleh penduduk kampung. Pengasasnya ialah Allahyarham Tuan Haji Omar b. Haji Siraj bersama anaknya Siti Zaharah bt Haji Omar. Semua bahan bacaan dan rujukan dibeli dari negeri Kelantan.

Memandangkan keperluan pendidikan kepada anak Melayu, tercetus idea untuk membina sebuah sekolah. Penduduk bersama Ketua Kampung ketika itu mengorak langkah merancang membina sebuah sekolah. Idea ini diketengahkan kepada pemerintah Inggeris yang akhirnya membuahkan hasil yang diharapkan.

Pada tahun 1948, pemerintah Inggeris membina bangunan sekolah atas usaha Ketua Kampung masa itu, Tuan Haji Ahmad (Marjono) b. Haji Ikbar dengan kerjasama Tuan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Boury. Bangunan ini didirikan di Lot 4287 dengan keluasan tanah 7.644 ekar berukuran 96 X 24 kaki dan masih kekal sehingga sekarang. Bangunan ini telah diubahsuai dan diperindahkan dan digunakan sebagai dewan sekolah dan bilik darjah sekarang. Sebuah rumah guru dua pintu juga didirikan untuk keperluan guru.

Pada 12 Disember 1949, sekolah kerajaan ini mula dibuka untuk pengajian dan dinamakan Sekolah Melayu Tiram Burok atau Sekolah Kebangsaan Tiram Burok. Sekolah ini tidak berdinding dan tidak bermeja. Murid-murid dari Sekolah Rakyat dipindahkan ke sekolah ini seramai 45 orang. Pelajar-pelajar ini datangnya dari kampung ini sendiri dan kampung berhampiran seperti Kampung Parit Serong dan Kampung Sawah Sempadan. Ianya mempunyai 3 buah kelas iaitu Darjah I, Darjah II dan Darjah III. Murid-murid belajar dengan menggunakan papan batu. Tenaga pengajar pertama di sekolah ini ialah Cikgu Sharip b. Mohd Sap.

Oleh kerana bilangan pelajar semakin bertambah, pada tahun 1951 pemerintah Inggeris telah menghantar 3 orang guru iaitu Cikgu Samah, Cikgu Shamsudin dan Cikgu Kusim. Sebuah bangunan kayu dibina untuk menampung bilangan murid yang semakin bertambah. (Bangunan ini sudah dirobohkan pada tahun 1976). Sebuah kantin kayu dan kantin batu dibina. Sebuah bangunan pejabat (sekarang Perpustakaan Awan Selangor) juga dibina. Kantin batu kini menjadi koperasi Kelab Usahawan. Selain itu dua buah rumah guru juga dibina.

Pada tahun 1971, sebuah bangunan dua tingkat didirikan memuatkan 5 bilik darjah dan pejabat. Pada tahun 1980, sebuah lagi bangunan dua tingkat didirikan yang memuatkan 6 bilik darjah. Pada tahun 1981 nama sekolah ini telah ditukarkan kepada

7

Page 8: Kt Nasaruddin

Sekolah Kebangsaan Sri Tiram. Pada tahun 1985 sebuah kantin baru yang besar telah didirikan.Pada masa kini sekolah ini mempunyai 348 orang murid. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sebagai petani . Selain daripada itu ada yang bekerja sebagai guru, pekerja kilang, pemandu bas, berniaga dan sebagainya. Pada keseluruhannya boleh dikatakan taraf kehidupan mereka adalah sederhana.

Guru-guru di sekolah ini seramai 22 orang. Kebanyakan mereka datang dari negeri Selangor. Sekolah ini diketuai oleh Encik Mohd Ikhsan Ahmad selaku Guru Besar. Beliau dibantu oleh tiga orang Guru Penolong Kanan iaitu Puan Jamaah bt. Jaafar, Puan. Rokiah bt. Harun dan Puan Salasiah bt. Dilin. Guru yang paling lama berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Mohd Adnan Othman iaitu selama 20 tahun dan guru yang paling baru mengajar di sekolah ini ialah penyelidik sendiri iaitu selama 10 bulan.

Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini ialah 12 bilik darjah, sebuah dewan, pusat sumber disamping Perpustakaan Awam Negeri Selangor, kantin, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sains, 7 buah rumah guru, Bilik Ibadat, padang, gelanggang bola jaring, badminton, bola tampar dan lain-lain lagi.

2.2 Reka Bentuk Kajian

Pada umumnya, penyelidikan tindakan melibatkan satu aliran proses yang terdiri daripada tiga peringkat. Peringkat-peringkat itu ialah:a) Menentukan masalah kajian.b) Mengumpul maklumat yang sah.c) Mentafsir maklumat lalu melakukan tindakan.

Dalam menjalankan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan model Somekh (1993)1 untuk penyelidikannya. Mengikut model ini, terdapat 7 langkah yang perlu dilalui dalam membuat penyelidikan tindakan. Model Somekh ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.

Rajah 1: Model Somekh

8

2. Mengumpul Data

1. Mengenal pasti masalah

3. Menganalisis data/ Membentuk Analisis

4. Merancang Plan Tindakan

5. Pelaksanaan Plan Tindakan

6. Mengumpul Data Untuk Mengesahkan Perubahan

7. Menganalisis & Menilai

Putaran Seterusnya

Page 9: Kt Nasaruddin

Sebelum mengenal pasti masalah, penyelidik dan para peserta kursus yang lain telah diberi kuliah tentang penyelidikan tindakan oleh penyelia kursus, Encik Umar b. Man. Beliau menerangkan bagaimana hendak mengenal pasti masalah yang hendak dikaji dan juga kaedah-kaedah untuk menjalankan penyelidikan.

Setelah itu penyelidik dan rakan-rakan diminta membuat rujukan di Pusat Sumber Pembelajaran. Ianya bertujuan supaya penyelidik dan peserta kursus dapat mengenal pasti masalah yang akan dikaji serta mendapat gambaran bagaimana penyelidikan dijalankan.

Setelah membuat beberapa rujukan, penyelidik telah membuat kertas cadangan untuk membuat kajian terhadap kegagalan seramai 40% murid-murid tahun 4 dalam mata pelajaran Sains, Peperiksaan Pertengahan Tahun yang baru diadakan di sekolah tempat penyelidik mengajar. Penyelidik telah membentangkan cadangan saya ini di hadapan semua peserta kursus dan penyelia. Penyelidik bercadang untuk memfokuskan kajian saya terhadap aras kesukaran setiap item-item soalan yang terkandung di dalam kertas peperiksaan dan ujian bulanan. Setelah mengambil kira pandangan penyelia serta peserta-peserta kursus kajian yang penyelidik akan jalankan memfokuskan kepada bagaimana soalan-soalan dibina dan strategi/kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Setelah mengenal pasti masalah dan fokus kajian, penyelidik telah merancang instrumen-instrumen yang akan digunakan. Instrumen-instrumen yang akan digunakan ialah:

a) Soal selidik - Untuk mengesan cara murid belajar, kefahaman murid terhadap kemahiran proses sains dan pandangan murid terhadap pengajaran guru.

b) Temuramah - Guru-guru sains ditanya bagaimana membina sesuatu soalan dan strategi/kaedah pengajaran guru.

Penyelidik kemudian telah membina item-item soalan bagi tujuan soal selidik dan temubual. Item-item soalan tersebut juga dibentangkan di hadapan penyelia dan peserta-perserta kursus yang lain. Penyelia dan peserta-peserta kursus lain bersetuju dengan item-item soalan yang terkandung di dalam soal selidik dan temubual yang akan penyelidik gunakan di dalam penyelidikan nanti.Seterusnya penyelidik telah menyediakan 50 set soal selidik yang akan digunakan dalam penyelidikan nanti. Sebelum bertolak pulang ke kampung untuk menjalankan penyelidikan tersebut, penyelidik mendapatkan surat daripada RECSAM untuk memaklumkan kepada pihak sekolah berkenaan penyelidikan yang akan dijalankan.

Kesimpulannya kita boleh katakan bahawa penyelidikan yang akan dijalankan ini sangat penting untuk mengetahui apakah masalah sebenar yang menyebabkan kegagalan murid tersebut. Persiapan yang rapi penting untuk memastikan penyelidikan yang dijalankan mencapai matlamatnya.

Altricher, H., Posh, P. dan Somekh, B. (1993) Teachers Investigate Their Work. Routledge London and New York.

9

Page 10: Kt Nasaruddin

BAB 3PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT

Proses pengumpulan data dan maklumat di Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Tanjong Karang, Selangor dijalankan selama tiga hari iaitu dari 26 Jun hingga 28 Jun 2000. Walau bagaimanapun pada 25 Jun 2000, penyelidik telah datang ke sekolah ini untuk menghantar surat daripada RECSAM yang memaklumkan tentang penyelidikan yang akan dijalankan.

3.1 Hari Isnin (26 Jun 2000)

Pada hari pertama di sekolah ini, penyelidik telah mendapatkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun 2000 dan tahun 1999 daripada Guru Penolong Kanan (Kurikulum) dan Setiausaha Peperiksaan sekolah ini. Tujuannya ialah untuk membandingkan peratus kelulusan dalam mata pelajaran Sains bagi murid-murid tahun 4 pada tahun ini dan pada tahun lepas. Penyelidik juga telah mendapatkan markah ujian-ujian bulanan murid-murid Tahun 4 yang telah diadakan daripada guru kelas Tahun 4 Usaha. Bagi Tahun 4 Jaya, rekod markah murid-murid telah ada di dalam simpanan penyelidik kerana penyelidik mengajar mata pelajaran Sains di kelas ini. Selain itu penyelidik juga telah mendapatkan kertas-kertas soalan bagai peperiksaan pertengahan tahun dan juga ujian-ujian bulan.

Pada hari ini juga, penyelidik telah mengedarkan borang kaji selidik di kelas 4 Jaya. Penyelidik telah menerangkan kepada murid-murid kelas ini tujuan diadakan kaji selidik dan meminta kerjasama mereka untuk menjawab semua soalan yang terkandung dalam borang kaji selidik dengan jujur. Penyelidik telah membacakan dan menerangkan maksud setiap soalan yang terkandung dalam borang kaji selidik supaya murid-murid memahami setiap soalan yang ditanya dan menjawabnya dengan tepat.

Penyelidik juga mendapatkan maklumat berkaitan sejarah dan perkembangan sekolah daripada guru data sekolah ini.

3.2 Hari Selasa (27 Jun 2000)

Penyelia kursus ini, Encik Umar b. Man datang menyelia penyelidik pada hari ini. Beliau telah melihat data-data dan maklumat-maklumat yang penyelidik perolehi. Penyelidik telah menunjukkan kepadanya data-data dan maklumat-maklumat yang diperolehi. Beliau telah memberi pandangan supaya penyelidik membuat temu bual dengan Guru Besar dan guru sains lain berkaitan dengan penggubalan soalan peperiksaan dan juga strategi/kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

Sebenarnya salah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4 sekolah ini sedang bercuti bersalin. Pada hari ini pula Guru Besar sekolah ini tiada di sekolah kerana menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Encik Umar

10

Page 11: Kt Nasaruddin

menasihatkan penyelidik supaya berusaha menemuramah Guru Besar esok kerana banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada beliau. Beliau juga menasihatkan penyelidik supaya menemuramah guru sains yang mengajar selain Tahun 4 sebagai ganti guru sains yang bersalin. Encik Umar juga mencadangkan kepada saya supaya menemuramah beberapa orang murid Tahun 4 jika masa membenarkan.

Pada hari ini juga penyelidik telah mengedarkan borang kaji selidik di kelas 4 Usaha. Sepertimana yang telah dilakukan di kelas 4 Jaya semalam, penyelidik juga telah menerangkan kepada murid-murid tujuan kaji selidik ini dijalankan dan meminta murid-murid menjawabnya dengan jujur. Penyelidik juga telah membacakan dan menerangkan maksud setiap soalan yang terkandung di dalam borang kaji selidik.

Kemudian, penyelidik mengikuti mesyuarat panatia Bahasa Inggeris untuk merancang program-program dalam Bulan Bahasa Inggeris pada minggu hadapan. Ini kerana penyelidik merupakan salah seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah ini.

Sebelum pulang, penyelidik berjumpa dengan Guru Besar yang baru sahaja pulang dari mesyuarat untuk membuat temu janji dengan beliau untuk menemuramahnya esok. Begitu juga dengan salah seorang guru mata pelajaran Sains di sekolah ini.

3.3 Hari Rabu (28 Jun 2000)

Seperti mana yang telah dijanjikan, penyelidik telah berjumpa dengan Guru Besar sekolah ini untuk ditemu bual. Penyelidik telah bertanyakan beliau berkenaan soalan-soalan yang terkandung di dalam kertas peperiksaan pertengahan tahun yang baru dijalankan. Beliau menyatakan bahawa soalan yang terkandung di dalam kertas peperiksaan adalah biasa sahaja. Aras kesukarannya adalah pada aras pengetahuan dan kefahaman. Penyelidik meminta pandangan beliau berkaitan strategi/kaedah mengajar mata pelajaran Sains Tahun 4 . Ini supaya mata pelajaran Sains mudah difahami dan dikuasai oleh murid-murid. Penyelidik juga mendapatkan pandangan Guru Besar berkenaan 41% murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran Sains di dalam peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan serta cadangan untuk mengatasinya. Guru Besar telah menerangkan semua pertanyaan yang ajukan dengan panjang lebar.

Penyelidik seterusnya menemubual salah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains di sekolah ini. Penyelidikan bertanyakan beliau bagaimana cara beliau memberi kefahaman kepada murid-murid berkenaan dengan kemahiran proses sains serta bagaimana beliau mengatasi masalah-masalah yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran proses sains.

Penyelidik merancang untuk menemubual beberapa orang murid-murid seperti yang dicadangkan oleh penyelia kursus semalam. Tetapi disebabkan bermula hari ini hingga Jumaat semua murid terlibat di dalam ujian bulan maka temu bual tersebut tidak dapat dibuat.

11

Page 12: Kt Nasaruddin

Walaupun terdapat beberapa masalah semasa penyelidikan ini dijalankan, namun kajian luar yang dijalankan dapat memberikan beberapa maklumat penting yang diperlukan.

12

Page 13: Kt Nasaruddin

BAB 4PEMERHATIAN DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Dapatan

4.1.1 Soal Selidik

Borang kaji selidik diedarkan kepada semua murid Tahun 4, Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Tanjong Karang, Selangor. Di sekolah ini terdapat 2 buah kelas Tahun 4 iaitu Tahun 4 Jaya yang mengandungi 24 orang murid dan Tahun 4 Usaha yang juga mengandungi 24 orang murid.

Tumpuan kajian penyelidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu latar belakang murid, minat dan penguasaan pelajar terhadap mata pelajatran Sains dan pandangan murid terhadap pengajaran guru. Keseluruhannya terdapat 33 soalan di dalam borang kaji selidik.

Penyelidik telah menggunakan komputer program SPSS untuk menganalisis jawapan soal selidik .

4.1.2 Temu bual

Penyelidik telah menemubual Guru Besar sekolah ini untuk mendapatkan beberapa maklumat. Ini adalah kerana beliau merupakan Guru Sumber Sains bagi daerah Kuala Selangor dan bertanggungjawab menyediakan/menggubal soalan-soalan sains untuk setiap peperiksaan bagi daerah Kuala Selangor. Penyelidik memfokuskan temu bual tersebut dari aspek punca-punca kegagalan murid dalam peperiksaan pertengahan tahun, aras kesukaran item-item soalan di dalam kertas peperiksaan, dan strategi /kaedah pengajaran guru .

Penyelidik bercadang hendak menemubual salah seorang guru sains yang mengajar di kelas 4 Usaha. Tetapi disebabkan beliau sedang bercuti salin, penyelidik telah menemubaul seorang guru yang telah mengajar mata pelajaran ini bagi kelas Tahun 4 pada tahun lepas. Penyelidik lebih memfokuskan kepada pengalaman beliau mengajar murid-murid Tahun 4 dalam mata pelajaran ini .

4.1.3 Pemerhatian dan Pengalaman

Oleh kerana penyelidikan ini dilakukan ke atas murid-murid Tahun 4, maka penyelidik secara langsung terlibat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran

13

Page 14: Kt Nasaruddin

mata pelajaran Sains di sekolah ini. Dalam aspek ini penyelidik memfokuskan kepada sikap pelajar terhadap sains, strategi/kaedah pengajaran dan pembelajaran dan pengalaman menggubal soalan-soalan peperiksaan.

4.2 Analisis Dapatan Kajian

4.2.1 Kaji Selidik4.2.1 (a) Latar Belakang Murid

Daripada borang kaji selidik yang telah dianalisa didapati 50.1% bapa murid-murid Tahun 4 bekerja dengan pihak awam atau pun swasta. Selebihnya bekerja sendiri. Daripada 48 orang murid, hanya 23% ibu mereka yang bekerja dengan pihak awam atau pun swasta.

45 orang (93.7%) daripada murid-murid Tahun 4 mempunyai adik-beradik sekurang-kurangnya 3 orang. Bilangan adik-beradik yang paling ramai ialah seramai 10 orang. Terdapat 2 orang murid (4.2%) yang mempunyai bilangan adik beradik seramai 10 orang. Terdapat 2 orang murid Tahun 4 (4.2%) merupakan anak tunggal.

Hanya 5 orang murid atau pun 10.4% daripada 48 orang murid Tahun 4, mengatakan mata pelajaran yang paling diminati adalah Sains manakala hanya seorang murid (2.1%) menyatakan mata pelajaran yang paling tidak diminati adalah mata pelajaran Sains.

4.2.1(b) Minat dan Penguasaan Murid Terhadap Mata Pelajaran Sains

26 orang murid (54.2%) mengatakan mereka sangat meminati sains. Hanya 3 orang (6.3%) yang menyatakan mereka tidak meminati sains dan selebihnya 19 orang (39.5%) tidak pasti sama ada mereka meminati sains atau tidak.

Daripada 48 orang murid Tahun 4, hanya 4 orang ( 8.3%) yang mengatakan mata pelajaran Sains sangat susah. 14 orang (29.2%) mengatakan mata pelajaran tidak susah dan 29 orang (60.4%) mengatakan tidak pasti sama ada mata pelajaran Sains sangat susah atau senang. Terdapat seorang murid (2.1%) yang tidak menjawab soalan ini.

Murid-murid yang menumpukan perhatian semasa pengajaran guru adalah seramai 16 orang (33.3%) daripada keseluruhan murid-murid Tahun 4. Bilangan yang tidak memberikan tumpuan semasa guru mengajar adalah seramai 9orang (18.8 %)dan selebihnya tidak pasti sama ada memberi tumpuan semasa guru mengajar atau pun tidak.

Murid-murid yang sentiasa mendapat dorongan daripada ibu bapa untuk meminati sains adalah seramai 17 orang (35.4%). 15 orang (31.3%) adalah sebaliknya dan bakinya 13 orang (33.3%) tidakpasti sama ada mendapat dorongan daripada ibu bapa untuk meminati sains atau tidak.

14

Page 15: Kt Nasaruddin

Terdapat 31 orang murid (64.6%) suka menonton rancangan TV yang berkaitan dengan sains seperti Infro Sains, National Geography dan sebagainya. Manakala hanya 6 orang (12.5%) yang tidak minati menonton rancangan TV berkaitan sains. Selebihnya 11 orang (22.9%) memberi jawapan tidak pasti.

17 orang murid (35.4%) didapati bertanya guru apabila mereka tidak faham berkaitan sains berbanding 15 orang (31.3%) yang tidak berbuat demikian. Selebihnya memberi jawapan tidak pasti dan seorang murid tidak menjawab soalan ini.

Bilangan murid yang menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru sains adalah seramai 18 orang (37.5%) . 13 orang (27.1%) murid tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan manakala 16 orang (33.3%) tidak pasti sama ada mereka menyiapkan kerja rumah yang diberikan guru . Terdapat seorang murid yang tidak menjawab soalan ini.

Didapati seramai 21 orang murid (43.8%) mempunyai banyak bahan rujukan yang berkaitan sains di rumah mereka. Bilangan ini adalah sama dengan bilangan murid yang tidak mempunyai bahan rujukan sains di rumah. Selebihnya 6 orang murid (12.5%) memberi jawapan tidak pasti.

Tidak ramai murid yang membuat latihan sendiri di rumah. Hanya 7 orang murid (14.6%) yang berbuat demikian. 27 orang murid (56.3%) adalah sebaliknya manakala 14 orang murid (29.2%) tidak pasti mereka ada membuat latihan sendiri atau tidak di rumah.

Daripada 48 orang murid, seramai 30 orang (62.5%) bertanya kawan jika mereka tidak memahami pelajaran sains. 10 orang tidak berbuat demikian manakala bakinya 8 orang (16.7%) memberi jawapan tidak pasti.

Bilangan murid yang memahami kemahiran membuat pemerhatian adalah seramai 17 orang (35.4%) dan yang tidak memahaminya seramai 7 orang (14.6%). Seramai 24 orang murid (50%) tidak pasti sama ada mereka memahami kemahiran membuat pemerhatian atau tidak.

Untuk kemahiran menginferens seramai 17 orang murid (35.4%) memahaminya dan seramai 15 orang (31.3%) adalah sebaliknya. Selebihnya, tidak pasti sama ada memahaminya atau tidak.

Bagi kemahiran membuat hipotesis, hanya 12 (25.0%) daripada 48 orang murid memahaminya, 26 orang (54.2%) tidak memahami dan selebihnya menjawab tidak pasti. Selain itu 35 orang (72.9%) menyatakan membina hipotesis adalah sukar. Hanya 5 orang (10.4%) yang menyatakan membina hipotesis tidak sukar dan selebihnya memberi jawapan tidak pasti.

12 orang murid (25.0%) didapati memahami kemahiran mengawal pembolehubah. 29 orang murid (60.4%) tidak memahaminya dan selebihnya menjawab tidak pasti.

15

Page 16: Kt Nasaruddin

Bagi kemahiran mengelas 31 orang murid (64.6%) memahaminya berbanding dengan 5 orang (10.4%) yang tidak memahaminya. 11 orang (22.9%) memberi jawapan tidak pasti dan selebihnya tidak menjawab soalan ini.

4.2.1(c) Pengajaran Guru

45 orang murid (93.8%) menyatakan suara guru jelas semasa mengajar dan selebihnya menyatakan tidak pasti sama ada suara guru jelas atau sebaliknya. 30 orang(62.5%) daripada 48 orang murid menyatakan penyampaian guru adalah menarik berbanding hanya 3 orang murid (6.3%) yang menyatakan sebaliknya. Selebihnya( 15 orang / 31.3%) tidak pasti tentang perkara ini. Selain itu, 42 orang murid (87.5%) menyatakan guru mengajar dengan bersemangat. Hanya seorang murid (2.1%) yang tidak bersetuju dengan pendapat ini dan selebihnya memberi jawapan tidak pasti.

Semasa menjalankan eksperimen, 47 orang murid (97.9%) menyatakan guru membimbing. Selebihnya tidak pasti sama ada guru membimbingnya atau tidak semasa menjalankan eksperimen.

34 orang murid (70.8%) menyatakan bahawa guru yang mengajar mereka Sains mempunyai pengetahuan yang luas tentang sains. Bakinya seramai 14 orang (29.2%) tidak pasti tentang perkara tersebut. 40 orang murid (83.3%) bersetuju bahawa semasa pengajaran guru sentiasa mengaitkan pelajaran Sains dengan kehidupan seharian. Selebihnya menjawab tidak pasti. Seramai 32 orang murid (66.7%) mengatakan guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sains . Hanya 2 orang murid (4.2%) tidak bersetuju dengan pendapat ini. Selebihnya memberi jawapan tidak pasti.

50% daripada 48 orang murid menyatakan mereka tidak pasti sama ada guru sentiasa memberi latihan untuk dibuat di rumah. 15 orang (31.3%) menyatakan guru sentiasa memberikan mereka latihan untuk dibuat di rumah dan selebihnya tidak bersetuju tenatang perkara ini. Selain itu37 orang murid (77.1%) tidak pasti sama ada guru Sains mereka kerap menyemak buka latihan mereka atau tidak. Hanya 5 orang murid (10.4%) yang bersetuju tentang perkara ini berbanding 6 orang (12.5%) yang menjawab sebaliknya. Semua murid bersetuju bahawa guru akan membincangkan jawapan bagi latihan yang diberi di dalam kelas.

4.2.2 Temu bual

4.2.2(a) Guru Besar, En. Mohd Ikhsan b. Ahmad

Daripada temubual yang diadakan dengan Guru Besar, beliau menyatakan bahawa item-item soalan yang terdapat di dalam kertas peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan, adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Aras

16

Page 17: Kt Nasaruddin

kesukarannya adalah aras pengetahuan dan kefahaman. Oleh itu, beliau menyatakan soal soalannya sangat sukar tidak berbangkit.

Beliau memberikan beberapa sebab mengapa 41% murid-murid Tahun 4 gagal dalam mata pelajaran Sains, peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan. Antara sebab-sebabnya ialah:

a) Mata pelajaran Sains baru diperkenalkan kepada murid-murid berkenaan. Semasa mereka berada di tahap 1, ianya langsung tidak diperkenalkan. Banyak istilah baru yang tidak difahami oleh murid seperti “hipotesis”, “inferens”, “pembolehubah” dan sebagainya. Jadi inilah salah satu puncanya.

b) Murid-murid tidak tahu menggunakan persekitarannya. Murid-murid tidak mahu berfikir berkenaan apa yang dilihat di sekelilingnya. Contohnya, jika mereka memerhatikan tumbuh-tumbuhan, ada yang batangnya keras dan ada yang lembut. Sekiranya mereka berfikir, maka semasa guru mengajar tajuk “Sifat Fizikal Tumbuhan” mereka sepatutnya boleh menyatakan sifat tumbuhan iaitu berkayu dan tidak berkayu. Tetapi yang berlaku adalah mereka kita dapat menyatakan sedemikian.

c) Murid-murid tidak menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains. Ini berpunca daripada kelemahan guru.

d) Strategi/kaedah pengajaran guru. Guru-guru tidak menggunakan pendekatan yang betul semasa mengajar mata pelajaran Sains. Oleh kerana Sains baru diperkenalkan kepada murid Tahun 4, guru Sains hendaklah mengelakkan menggunakan istilah-istilah sains pada peringkat awal. Gunakanlah perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang biasa digunakan oleh pelajar. Contohnya sebelum memperkenalkan istilah “inferens” bagi contoh yang mudah. Suruh murid-murid lihat pada tingkap yang pecah. Tanya murid apa yang dia lihat. Kemudian tanya mereka sebab ianya berlaku. Dengan memberi banyak contoh yang berkaitan maka barulah dikenalkan dengan istilah “pemerhatian” dan “inferens”.

e) Selain itu guru hendaklah mengajar kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains dalam satu masa yang khusus. Elakkan daripada menerangkan kemahiran-kemahiran ini semasa mengajar topik-topik sains . Ini boleh memeningkan murid-murid.

4.2.2(b) Guru Sains, Puan Khairiyati bt. Ismail

Beliau berpendapat, sebelum guru-guru mengajar kemahiran proses sains, mereka hendaklah mengajar topik-topik yang telah ditetapkan. Setelah topik tersebut habis barulah mengajar kemahiran proses sains. Semasa mengajar kemahiran proses sains ini, berilah seberapa banyak soalan daripada yang mudah kepada yang sukar. Ini kerana untuk menjawab soalan murid-murid perlu diberi pengetahuan dahulu. Setelah mereka mempunyai pengetahuan barulah mereka boleh menjawab soalan. Tetapkan seminggu selepas sesuatu topik habis diajar digunakan untuk menerangkan kemahiran proses sains dengan memberi latihan-latihan kepada murid-murid.

17

Page 18: Kt Nasaruddin

4.2.3 Pemerhatian dan Pengalaman

Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penyelidik sebagai salah seorang guru yang mengajar sains di Tahun 4, kegagalan 41% murid-murid Tahun 4 dalam mata pelajaran Sains disebabkan beberapa faktor. Antaranya:

a) Masalah bahasa. Oleh kerana kampung ini terdiri daripada suku kaum Jawa, maka apabila penyelidik menyebut nama sesuatu tumbuhan terdapat murid yang tidak mengenalinya walaupun tumbuhan tersebut ada di sekeliling mereka. Ini kerana mereka biasanya menyebutnya dalam bahasa Jawa. Contohnya apabila disebut pokok kekabu, telipuk dan seumpamanya mereka tidak faham.

b) Tidak menguasai kemahiran proses sains. Penyelidik mengakui bahawa perkara ini berlaku disebabkan kelemahan penyelidik sendiri. Disebabkan baru beberapa bulan mengajar, maka penyelidik tidak tahu kaedah sebenar memperkenalkan kaedah-kaedah memperkenalkan istilah-istilah sains dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan sains kepada murid-murid. Ini yang menyebabkan mereka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.

c) Murid tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Terdapat di kalangan mereka bermain-main atau membuat kerja-kerja lain. Ini disebabkan penyelidik tidak dapat mengawal kelas.

d) Kurang memberi latihan. Penyelidik kurang memberi latihan berkaitan kemahiran-kemahiran proses sains. Mereka tidak didedahkan dengan soalan-soalan yang berbentuk kemahiran berfikir.

4.3 Cadangan-Cadangan

Penyelidik berpendapat terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk melihat faktor-faktor penyebab kepada masalah yang dikaji dengan lebih mendalam lagi. Antara cadangan-cadangan tersebut ialah:

4.3.1 Menemubual Beberapa Orang Guru Sains Lagi

Di dalam penyelidikan ini, penyelidik hanya berkesempatan menemubual seorang guru Sains sahaja. Ini disebabkan masa untuk membuat kajian luar sangat pendek iaitu 3 hari sahaja. Disamping itu, semasa menjalankan kajian luar ramai guru terlibat dalam melatih murid-murid dalam pelbagai acara sukan. Seorang guru Sains Tahun 4 pula sedang cuti bersalin. Oleh itu pada pendapat penyelidik guru ini perlu ditemubual supaya masalah kegagalan murid ini dapat dilihat puncanya dengan lebih jelas lagi.

4.3.2 Menemubual Murid

Seperti mana yang telah penyelidik nyatakan di dalam bab 3, penyelia kursus ini, Encik Umar Man telah mencadangkan supaya beberapa orang murid ditemubual

18

Page 19: Kt Nasaruddin

berkaitan dengan minat, cara pembelajaran sains dan lain-lain lagi. Tetapi disebabkan oleh kekangan masa yang terhad, murid sibuk dengan latihan permainan dan ujian bulanan maka penyelidik tidak dapat menemubual mereka. Penyelidik telah menyenenaraikan 15 orang murid Tahun 4 untuk tujuan ini. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun. 5 orang murid yang cemerlang, 5 orang murid yang sederhana dan 5 orang murid yang lemah. Tetapi ini tidak dapat dijalankan.

4.3.3 Meneliti Rekod Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Yang Lalu

Tujuannya ialah supaya kita dapat melihat sama ada masalah ini timbul setiap tahun atau pun tidak Ini penting supaya puncanya yang utama dapat dikenal pasti. Apabila puncanya dapat dikenal pasti maka sesuatu tindakan boleh diambil supaya masalah yang sama tidak akan berulang lagi pada tahun-tahun akan datang.

4.3.4 Menyemak Buku Kerja Murid-Murid

Perkara ini perlu dilakukan untuk melihat apakah yang telah diajar oleh guru-guru Sains. Adakah mereka telah mengajar mengikut apa yang sepatutnya ? Seterusnya kita dapat mengetahui sejauh mana murid-murid telah menyiapkan kerja-kerja yang telah diberikan oleh guru. Di samping itu juga, buku kerja murid dapat memberi gambaran kepada kita minat mereka terhadap mata pelajaran Sains dengan melihat kekemasan mereka menulis dan menjawab soalan.

Berdasarkan dapatan dan analisis yang telah dilakukan maka penyelidik mencadangkan beberapa perkara untuk mengatasi masalah 41% murid Tahun 4 gagal dalam mata pelajaran Sains. Cadangan-cadangan itu adalah seperti berikut:

4.3.5 Kursus Dalaman

Panatia Sains perlulah mengadakan kursus dalaman dua kali dalam setahun bagi membincangkan atau berkongsi pengalaman bagaimana pendekatan untuk mengajar sesuatu topik sains. Ini kerana setiap topik yang terdapat di dalam sukatan pelajaran mempunyai pendekatanya sendiri untuk memudahkan murid-murid memahaminya. Guru Besar yang merupakan Guru Sumber Sains bagi daerah Kuala Selangor bolehlah dimanfaatkan untuk mengetahui pendekatan yang sesuai bagi mengajar sesuatu tajuk. Di samping itu, guru-guru Sains yang telah lama berpengalaman mengajar sains boleh berkongsi pengalaman bagaimana mengajar sesuatu topik.

4.3.6 Menyediakan Soalan-Soalan

Pihak Panatia Sains perlu mengumpulkan seberapa banyak soalan-soalan sains. Soalan-soalan tersebut hendaklah dikelaskan mengikut tahun. Kemudiannya ianya dikelaskan mengikut topik-topik dan seterusnya mengikut kemahiran-kemahiran proses

19

Page 20: Kt Nasaruddin

sains. Ini memudahkan guru untuk memberi latihan-latihan kepada murid-murid. Di samping itu latihan-latihan yang diberi mengikut kemahiran proses sains yang hendak diajar. Jadi, guru Sains mudah merancang pengajaran mereka. Jika bahan-bahan ini tiada maka agak sukar bagi guru untuk menerangkan sesuatu kemahiran proses sains.

20

Page 21: Kt Nasaruddin

BAB 5KESIMPULAN

Hasil daripada analisis data-data dan maklumat, di dapati hipotesis yang mengatakan bahawa item-item soalan yang terdapat kertas peperiksaan pertengahan tahun adalah sukar tidak dapat diterima. Ini adalah kerana seperti mana yang dinyatakan oleh Guru Besar sekolah ini, item-itemnya hanya pada aras pengetahuan dan kefahaman. Di samping itu ianya mengandungi kemahiran berfikir sepertimana yang dikehendaki oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Faktor utama yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah murid-murid belum menguasai kemahiran proses sains. Hanya kemahiran mengelas sahaja yang difahami oleh kebanyakan murid-murid Tahun 4. Kemahiran-kemahiran yang lain menunjukkan hanya 35% daripada 48 orang murid memahaminya. Ini boleh dilihat daripada jawapan soal selidik murid-murid dan juga pengakuan daripada Guru Besar.

Kegagalan murid untuk menguasai kemahiran proses ini disebabkan kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Guru Sains Tahun 4, iaitu penyelidik sendiri, tidak menggunakan pendekatan seperti yang dinyatakan oleh Guru Besar dan Guru Sains yang ditemubual seperti dalam bab 4. Oleh kerana penyampaian tidak sistematik, maka murid-murid gagal menguasai kemahiran-kemahir proses sains. Inilah penyebab utama yang menyebabkan kebanyakan murid tidak dapat menjawab soalan-soalan di bahagian B. Bahagian ini menyumbang 40% markah dalam peperiksaan. Dan keseluruhan soalan di bahagian ini menguji kemahiran berfikir dan juga kemahiran proses sains.

Kemahiran berfikir dan kemahiran proses sains merupakan dua bentuk kemahiran yang penting serta perlu diberi penekanan sewajarnya dalam semua peringkat pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran yang berdasarkan fahaman konstruktivisme dapat menggalakkan murid serta memberi ruang kepada mereka untuk mengamal dan memperkembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran proses sains.Guru seharusnya melihat semua muridnya mampu belajar. Dengan ini guru akan memberi peluang dan masa yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu hasil pembelajaran . Guru boleh membenarkan murid-murid yang telah menguasai sesuatu hasil pembelajaran menjalani sama ada aktiviti pengayaan atau pengukuhan . Latihan tubi juga perlu diberikan kepada murid-murid supaya mereka didedahkan dengan pelbagai jenis ragam dan kesukarannya.

21

Page 22: Kt Nasaruddin

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mahdzan Ayub (1992). Kaedah Penyelidikan Sosioekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Altricher, H., Posh, P. dan Somekh, B. (1993) Teachers Investigate Their Work. Routledge London and New York.

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah, (1993), Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM.

Kemmis, S. dan Mc Taggart, R. (1988), The Action Research Planner. Deakin University: Victoria, Austria.

Mohd Majid Konting (1993). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mak Soon Sang (1996), Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn. Bhd.

Poh Swee Hiang (1999), Penilaian dan Pengurusan Kurikulum Sains, Kuala Lumpur: Pustaka Budiman Sdn. Bhd.

22

Page 23: Kt Nasaruddin

LAMPIRAN

ASC2: PENYELIDIKAN TINDAKAN: MEMPERTINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS

SEAMEO RECSAM, GELUGOR, PULAU PINANG

SOAL SELIDIK MURID

A. Latar Belakang

1. Jantina: Lelaki ……… Perempuan ………….

2. Bilangan adik beradik:……… anak ke ……..

3. Pekerjaan bapa:………………………………………………………..

4. Pekerjaan ibu: ………………………………………………………….

5. Markah Sains semasa Peperiksaan Pertengahan Tahun:…………../……….

6. Mata pelajaran yang paling diminati:……………………………………..

7. Mata pelajaran yang paling tidak diminati:………………………………..

B. Minat Pelajar

Sila tandakan / dalam kotak-kotak yang disediakan.

Jika jawapan anda 1 Setuju 2 Tidak pasti 3 Tidak setuju

Bil Minat Pelajar Pilihan Jawapan

1 2 3

1. Saya sangat meminati sains.

2. Mata pelajaran Sains sangat susah.

3. Saya sentiasa menumpukan perhatian pada pengajaran guru.

4. Ibubapa mendorong saya meminati bidang Sains.

5. Saya suku menonton rancangan TV berkaitan sains.

6. Saya sentiasa bertanya guru apabila tidak faham Sains.

7. Saya sentiasa menyiapkan kerja rumah Sains.

8. Saya mempuyai banyak bahan rujukan Sains di rumah.

9. Saya sentiasa membuat latihan sendiri menggunakan buku-buku

rujukan.

10. Sya sentiasa bertanya kawan jika tidak memahami pelajaran sains.

11. Saya memahami kemahiran “membuat pemerhatian”.

23

Page 24: Kt Nasaruddin

12. Saya memahami kemahiran “menginferens”.

13. Saya memahami kemahiran “membuat hipotesis”.

14. Saya memahami kemahiran “mengawal pembolehubah”.

15. Saya memahami kemahiran “ mengelas”

16. Kemahiran “membina hipotesis” adalah sukar.

C. Pengajaran Guru

Sila tandakan / dalam kotak-kotak yang disediakan.

Jika jawapan anda 1 Setuju 2 Tidak pasti 3 Tidak setuju

Bil Pengajaran Guru Pilihan Jawapan

1 2 3

1. Suara guru jelas

2. Cara penyampaian guru menarik.

3. Guru bersemangat untuk mengajar.

4. Guru membimbing murid menjalankan eksperimen.

5. Pengetahuan guru berkenaan Sains sangat luas.

6. Guru sentiasa mengaitkan Sains dengan kehidupan.

7. Guru kerap menyemak buku latihan Sains.

8. Guru menggunakan alatan semasa mengajar Sains.

9. Guru sentiasa memberi latihan Sains untuk di buat di rumah.

10. Guru akan membincangkan jawapan bagi latihan yang diberi.

TERIMA KASIH

24

Page 25: Kt Nasaruddin

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah SWT kerana dengan izinNya, akhirnya

penyelidikan ini dapat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Saya ingin

merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang

terlibat dalam membantu saya menjalankan penyelidikan tindakan ini secara langsung

dan tidak langsung iaitu kepada:

Kementerian Sains dan Alam Sekitar, yang memberi sokongan dan peluang kepada

saya untuk menjalankan penyelidikan tindakan.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pendidikan Malaysia.

RECSAM

Penyelia Kursus, Encik Umar bin Man

Semua pensyarah-pensyarah yang telah memberikan kuliah sepanjang kursus ini

dijalankan.

Kakitangan makmal komputer , bengkel kayu dan bengkel logam .

Encik Mohd Ikhsan Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Tiram, Tanjong

Karang, Selangor serta semua guru-guru SKST.

Rakan-rakan dalam Kumpulan AS-C2, yang telah memberikan cadangan, sokongan

moral komitmen yang begitu tinggi dalam menyiapkan tugasan ini.

Hanya Allah juga yang dapat membalas jasa-jasa yang telah dicurahkan.

Sekian terima kasih.

NASARUDDIN SHAARANI

AS-C3Sekolah Kebangsaan Sri Tiram,45500 Tanjong Karang

25

Page 26: Kt Nasaruddin

LAMPIRAN

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAHKUALA SELANGOR

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2000

SAINS

TAHUN 4

Satu jam lima belas minit

NAMA: …………………………………………………………..

KELAS: TAHUN 4 ……………..

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.2. Bahagian A ada 30 soalan. Jawab semua soalan dengan menghitamkan ruangan

pada Kertas Jawaban yang disediakan.3. Bahagian B ada 4 soalan. Jawab semua soalan dalam ruangan yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak

018 © 2000 Hak Cipta Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor

26

SULIT018SainsMei20001 ¼ jam

018

Page 27: Kt Nasaruddin

Bahagian A(30 markah)

Jawab semua soalan

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaiti A, B, C, dan D. Antaranya ada

satu sahaja jawapan yang paling betul. Pilih jawapan yang paling betul itu. Kemudian,

pada kertas jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang sama dengan

pilihan jawapan yang telah kamu pilih itu.

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

Haiwan

Rajah 1

1. Haiwan P dan Q yang mungkin dalam rajah 1 ialah

D. P Q

A Penyu Siput babi

B Burung Kura-kura

C Ayam Ikan emas

D Sotong Lipas

27

Singa Kuda Kelawar P

Cacing tanah Lipan Udang Q

Page 28: Kt Nasaruddin

Tumbuhan

Hari pertama Hari ke tujuh

Rajah 2

2. Apakah inferens yang boleh dibuat berkenaan keputusan yang diperolehi daripada

eksperimen seperti rajah 2 di atas?

A. Tumbuhan tumbuh ke arah cahaya matahari.

B. Pucuk tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari.

C. Pucuk tumbuhan bergerak balas melawan arah tindakan graviti.

D. Akar tumbuhan bergerak balas mengikut arah tindakan graviti.

3. Panjang sebatang pembaris ialah 2.5 jengkal. Berapakah panjang sebuah kereta yang

panjangnya 20 kali lebih panjang daripada pembaris itu?

A. 35 jengkal

B. 40 jengkal

C. 22.5 jengkal

D. 50 jengkal

4cm 5cm 4cm

2cm 3cm 2cm 6cm 6cm 5cm

X Y Z

Rajah 3

4. Rajah 3 di atas menunjukkan pepejal X, Y, dan Z yang mempunyai ukuran yang

berbeza. Susun objek tersebut mengikut isipadu yang semakin bertambah.

A. X Y Z

28

Page 29: Kt Nasaruddin

B. Y X Z

C. Z X Y

D. Z Y X

Plastik kain kasa

Lipas

Rajah 45. Rajah 4, menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan.

Antara berikut, yang manakah keperluan asas yang diuji?

A. Air

B. Udara

C. Cahaya matahari

D. Makanan

6. Antara berikut yang manakah mengalami perubahan semasa proses pertumbuhan

anak benih?

P - Ketinggian R - Lilitan batang

Q - Bilangan daun S - Warna daun

A. P, Q dan R sahaja

B. P dan S sahaja

C. Q, R dan S sahaja

D. P, Q, R, dan S

7. Tangan Norain berasa gatal setelah menyentuh batang suatu tumbuhan yang

dijumpainya di tepi sungai. Tumbuhan itu mungkin sekali ialah pokok

A. kelapa sawit

B. keledek

C. kelapa

29

Page 30: Kt Nasaruddin

D. keladi

Rajah 5

8. Merujuk kepada rajah 5 di atas, P mungkin ialah

A. Harimau

B. Kucing

C. Arnab

D. Kambing

P Q R S

Rajah 6

9. Berdasarkan pernyataan di atas dan rajah 6, susu dalam bekas manakah yang

diminum oleh Rosli?

A. P

B. Q

C. R

D. S

30

Makan daging sahaja

Makantumbuhan sahajaP

Ali minum paling banyak susu. Yazid minum lebih banyak daripada Rosli. Ahmad minum lebih sedikit daripada Rosli.

Page 31: Kt Nasaruddin

Tumbuhan

Hidup Di Darat Hidup Di Air

Berbunga Tidak Berbunga

X

Rajah 710. Berdasarkan rajah 7 di atas, tumbuhan yang boleh mewakili X ialah

A. Pokok teratai

B. Pokok keladi bunting

C. Pokok kelapa

D. Pokok cendawan

11. Sebuah bas dapat bergerak sejauh 35 km dalam tempoh 30 minit. Berapa lamakah

masa yang diambil oleh bas itu untuk bergerak sejauh 280km?

A. 2 jam

B. 3 jam

C. 4 jam

D. 5 jam

12. Sebuah alat penimbang menunjukkan bacaan 2.5kg bagi dua buah bongkah kayu yang

diletakkan di atasnya. Bilangan bongkah kayu yang perlu ditambah untuk

mendapatkan jumlah berat 10 kg pada alat penimbang itu ialah

A. 6

B. 8

C. 10

D. 12

31

Page 32: Kt Nasaruddin

13. Maklumat di atas menggambarkan tentang seekor haiwan. Yang manakah berikut,

mungkin cara pergerakan haiwan tersebut?

A. Terbang

B. Menyusur

C. Mengesot

D. Berenang

P – Larva Q - Telur

R – Lalat dewasa S - Kepompong

14. Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, pilih susunan yang betul

mengenai kitaran hidup lalat.

A. R P Q S R

B. R Q P S R

C. R Q S P R

D. R S P Q R

32

Tiada berkaki Badan bersisik Karnivor Berbisa

Page 33: Kt Nasaruddin

Biji benih

tanih

Rajah 815. Rajah 8 menunjukkan sebahagian susunan radas untuk mengkaji pertumbuhan

tumbuhan. Antara langkah berikut, yang manakah tidak perlu dilakukan semasa

menjalankan eksperimen tersebut?

A. Siram tumbuhan setiap hari.

B. Pastikan tumbuhan mendapat cahaya matahari mencukupi.

C. Ukur ketinggian tumbuhan setiap hari.

D. Sukat suhu tumbuhan setiap hari.

kotak

hitam

Tumbuhan

Rajah 916. Rajah 9 menunjukkan satu eksperimen untuk mengkaji satu keperluan asas bagi

hidupan. Apakah pembolehubah yang perlu dimalarkan dalam eksperimen itu ?

P – Makanan R – Air

Q – Udara S – Cahaya matahari

A. P dan Q sahaja

B. Q, R, dan S sahaja

33

Page 34: Kt Nasaruddin

C. P dan R sahaja

D. Q dan R sahaja

17. Antara yang berikut, yang manakah menggunakan kaedah seperti kuda belang untuk

melindungi dirinya daripada musuh?

A. Pakaian tentera

B. Pakaian polis trafik

C. Pakaian jururawat

D. Pakaian bomba

1 cm 3 cm Dinding Y

1 cm

Kertas dinding X 4 cm

Rajah 1018. Rajah 10 menunjukkan kertas dinding x dan dinding y. Berapa helai kertas dinding x

kah yang diperlukan untuk menutup keseluruhan dinding y?

A. 4

B. 8

C. 12

D. 16

X Y

Rajah 1

19. Radas dalam rajah 11, menunjukkan sebuah bandul ringkas. Apakah laluan bandul

untuk membuat satu ayunan lengkap?

A. X Y X Y

B. X Y

C. Y X

34

Page 35: Kt Nasaruddin

D. X Y X

20. Carta palang berikut mewakili pertumbuhan anak pokok dalam masa 4 minggu.

Antara yang berikut, manakah menunjukkan anak pokok yang mendapat keperluan

asas yang mencukupi?

A. Tinggi

Minggu

B.

Tinggi

1 2 3 4 Minggu

C.

Tinggi

1 2 3 4 Minggu

D.

Tinggi

21. Antara berikut, haiwan yang manakah boleh bernafas melalui dua cara?

A. Udang

B. Katak

C. Berudu

D. Kambing

35

1 2 3 4

1 2 3 4 Minggu

Page 36: Kt Nasaruddin

Bilangan guli (biji) Aras air (ml)1 802 833 8645 92

Jadual 1

22. Azman telah mengisikan ke dalam empat bikar yang sama saiz dengan kandungan air

yang sama banyak. Dia telah memasukkan beberapa biji guli ke dalam setiap bikar.

Maklumat yang diperolehi daripada eksperimen tersebut ditunjukkan seperti mana

jadual 1 di atas. Jika Azman meletakkan empat biji guli ke dalam bikar, ramalkan aras

air yang diperolehi.

A. 87 ml

B. 88 ml

C. 89 ml

D. 90 ml

P

R

Tumbuhan

Q

S

Rajah 1223. Satu eksperimen dijalankan seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 12.

Ramalkan ke arah manakah tumbuhan itu akan tumbuh selepas sebulan ?

A. P

B. Q

C. R

36

Page 37: Kt Nasaruddin

D. S

spring

KutubP

Kutub Q

Rajah 1324. Berdasarkan eksperimen seperti rajah 13 di atas, didapati spring akan menjadi

pendek. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan itu?

I. Kutub P adalah utara dan kutub Q adalah selatan.

II. Kutub P adalah selatan dan kutub Q adalah utara

III. Kutub P adalah utara dan kutub Q adalah utara

A. I, II, dan III

B. I sahaja

C. II sahaja

D. III sahaja

25. Jika hasil-hasil perkumuhan tidak dapat disingkirkan dengan baik,

A. ketinggian badan akan bertambah

B. kesihatan badan akan terjejas

C. badan akan menjadi semakin kuat

D. ketahanan badan akan bertambah.

26. Dalam keadaan yang manakah akan menyebabkan kematian haiwan pada kadar yang

paling cepat?

A. Kekurangan oksigen

B. Kekurangan makanan

C. Kekuarangan air

37

Page 38: Kt Nasaruddin

D. Kekuarangan cahaya matahari

Suatu hari Nuril tersentuh daun suatu tumbuhan dan

daun itu menguncup dengan serta merta. Dia juga

mendapati tumbuhan itu berbunga.

27. Berdasarkan pernyataan di atas, tumbuhan yang manakah mempunyai cara

pembiakan yang berbeza dengan tumbuhan yang dimaksudkan di atas?

A. Pokok rambutan

B. Pokok mangga

C. Pokok keembung

D. Pokok tebu

28. Sehelai kertas yang ditampal pada permukaan papan notis magnetik menggunakan

magnet didapati tidak jatuh. Pernyataan yang manakah boleh menjelaskan keadaan

tersebut?

A. Magnet mempunyai 2 kutub.

B. Papan notis magnetik sesuai untuk menampal kertas.

C. Kesan tarikan magnet dapat menembusi kertas.

D. Magnet dapat menarik kertas.

29. Selepas melawat taman botani, Zulaika telah merekodkan pemerhatiannya. Antara

berikut, catatan manakah yang dibuat oleh Zulaika adalah salah?

A. Bunga kaktus merupakan tumbuhan tidak berkayu.

B. Spora paku-pakis terdapat di permukaan bawah daun.

C. Pokok keembung merupakan tumbuhan berakar serabut.

D. Pokok kelapa mempunyai daun berurat selari.

30. Safwan menyertai acara olahraga 400m. Antara berikut yang manakah masa yang

paling mungkin untuk dia menghabiskan masa larian itu?

A. 25 saat

B. 25 minit

38

Page 39: Kt Nasaruddin

C. 25 jam

D. 25 hari

E. Bahagian B

Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 30 minit. Sekiranya kamu tidak dapat menjawab sesuatu soalan, teruskan menjawab soalan berikutnya.

Jawab semua soalan.

Tuliskan jawapan kamu dalam ruang yang disediakan.

P

Minyak

Air kolam Air kolam

Ikan Ikan

Balang P Balang Q

Rajah 14

1. Rajah 14 menunjukkan ikan-ikan di dalam balang P dan Q yang telah diberi makanan

yang sama banyak.

(a) Berikan inferens kamu tentang keadaan ikan-ikan tersebut selepas seminggu.

(i) ……………………………………………………………………………………

(ii) ……………………………………………………………………………………

(2 markah)

(b) Nyatakan pembolehubah yang dimalarkan dalam eksperimen ini.

(i) ……………………………………………………………………………………..

(ii) ……………………………………………………………………………………..

(2 markah)

(c) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada eksperimen di atas?

………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………..

39

Page 40: Kt Nasaruddin

(1 markah)

2. Fauzi telah menanam empat biji benih. Dia telah menyiram anak benih dengan isipadu air yang berbeza setiap hari. Selepas dua minggu, ketinggian anak benih di ukur. Keputusannya seperti jadual 2 di bawah.

Isipadu air yang disiram setiap hari (ml) Ketinggian anak benih (cm)

100 10

300 20

500 25

700 30

Jadual 2

(a) Apakah maklumat yang perlu dikumpulkan semasa menjalankan eksperimen di atas?

(i) ……………………………………………………………………………………..

(ii) …………………………………………………………………………………….

(2 markah)

(b) Nyatakan hubungan kedua-dua maklumat tersebut.

……………………………………………………………………………………………..

(1 markah)

(c) Berdasarkan maklumat dalam jadual 2 , nyatakan hipotesis eksperimen ini.

………………………………………………………………………………………………

(1 markah)

(d) Dalam satu eksperimen lain, Fauzi mendapati bahawa daun anak benih menguning

walaupun disiram air setiap hari. Berikan inferens kamu terhadap keadaan ini.

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

(1 markah)

40

Page 41: Kt Nasaruddin

F. Saiz magnet Bilangan jarum peniti yang mampu ditarik

X 10

Y 6

Z 4

Jadual 3

3. Jadual 3 di atas menunjukkan keputusan eksperimen yang telah dijalankan oleh

sekumpulan pelajar Tahun 4 Jaya untuk mengkaji kekuatan sesuatu magnet.

(a) Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan keputusan tersebut?

……………………………………………………………………………………………..

(1 markah)

(b) Apakah hipotesis yng ingin dibuktikan?

……………………………………………………………………………………………..

(1 markah)

(c) Nyatakan pembolehubah:

(i) dimanipulasikan : …………………………………….

(ii) Bergerak balas : …………………………………….

(2 markah)

(d) Nyatakan satu kegunaan magnet dalam kehidupan seharian.

……………………………………………………………………………………………..

(1 markah)

41

Page 42: Kt Nasaruddin

60

50

40

30

20

10

0 Halim Nazmi Saufi Azlan

Rajah 15

4. Carta palang di atas menunjukkan masa yang diambil oleh pelajar untuk menamatkan

pertandingan larian sejauh 50 meter.

(a) Berikah inferens tentang Nazmi dalam pertandingan tersebut.

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

(1 markah)

(b) Berikan pernyataan tentang larian Halim.

……………………………………………………………………………………………..

(1 markah)

(c) Apakah perkara yang perlu dimalarkan dalam pertandingan di atas?

(i) ……………………………………………………………….

(ii) ……………………………………………………………….

(2 markah)

(d) Susunkan mengikut urutan dari tempat pertama bagi semua peserta dalam

pertandingan itu.

………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………

42

Masa sampai ke

penamat(saat)

Pelajar

Page 43: Kt Nasaruddin

SOALAN TAMAT (1 markah)

43