kskv sem 1

10
DOKUMEN KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL PROGRAM JATIDIRI KOLEJ VOKASIONAL SEMESTER 1 MODUL INSANIAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014

Upload: ronie-lesron

Post on 26-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KSKV

TRANSCRIPT

Page 1: KSKV Sem 1

DOKUMEN

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

PROGRAM JATIDIRI KOLEJ VOKASIONAL SEMESTER 1

MODUL INSANIAH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA2014

Page 2: KSKV Sem 1

Cetakan Pertama 2014

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan keluar ulang mana-mana bahagian artikel, Ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 5-6, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya.

Page 3: KSKV Sem 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL

MAKLUMAT PROGRAM

Modul : PROGRAM JATI DIRI KOLEJ VOKASIONAL ( PJKV )Kod : A16 500 ( PEMBINAAN KARAKTER )Jam Kredit : 1.0 Prasyarat : -Hasil Modul :

Pada akhir kursus, pelajar akan dapat:

1. Meneroka dan menilai ciri – ciri diri.2. Mengenali kekuatan diri dan memperbaiki kelemahan diri.3. Menerapkan nilai – nilai “ Soft Skills “ sebagai nilai tambah kepada nilai sedia ada.4. Menerima dan menghargai kehadiran individu lain dalam kumpulan 5. Mengaplikasikan kemahiran berkerja sebagai satu kumpulan.6. Memperkayakan kemahiran mengatasi masalah dalam kumpulan.

Page 4: KSKV Sem 1

Keterangan Modul

Modul ini bertujuan melahirkan modal insan yang dapat berfungsi pada tahap yang terbaik sebagai seorang individu dan juga ahli

masyarakat. Menumpukan kepada 2 komponen modul iaitu mengamalkan nilai murni dalam diri dan mengamalkan nilai murni dalam hubungan

sesama manusia. Dalam komponen yang pertama pelatih akan dterapkan dengan nilai – nilai keperibadian unggul seperti kepercayaan kepada

tuhan, Amanah, Bertanggungjawab, Toleransi, Berdikari, Adil, Rasional dan Kasih Sayang. Manakala, komponen yang kedua pelatih akan

diterapkan dengan nilai murni dalam hubungan sesama manusia iaitu Menghormati hak individu lain, Melindungi hak individu lain, Mematuhi

peraturan dan undang – undang, Sikap keterbukaan, Kebebasan bersuara, Saling membantu dan berkerjasama, Kerja berpasukan dan

Komunikasi. Melalui pelaksanaan modul ini pelatih akan melalui pengalaman meneroka kekuatan dan kelemahan diri , seterusnya memilih nilai

– nilai yang dapat membentuk keperibadian unggul untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Pelatih juga akan melalui pengalaman

berhubung sesama manusia, seterusnya mengenalpasti nilai – nilai hubungan sesama manusia. Komponen ini akan dijalankan dalam pelbagai

bentuk termasuklah Aktiviti Dalam Kumpulan, Aktiviti kerja berpasukan, Kerja Lapangan ataupun Projek. Modul ini dilaksanakan selama Empat

Belas ( 14 ) minggu di semester 5.

Page 5: KSKV Sem 1

STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Subjek : PROGRAM JATI DIRI KOLEJ VOKASIONAL ( PJKV )Modul Sem 1 : KARAKTOR DIRI

MASA STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2 Jam Membina Hubungan 1.1 Memahami kepentingan Membina Hubungan

1.1.1 Menyatakan maksud membina hubungan

1.1.2 Menyatakan kepentingan hubungan baik sesama manusia

1.1.3 Menjelaskan beberapa kemahiran membina hubungan yang baik

1.1.4 Menerapkan kemahiran membina hubungan dalam aktiviti

14 Jam Keperibadian Unggul 2.1 Memahami kepentingan mempunyai nilai – nilai murni dalam membentuk peribadi unggul

2.1.1 Menyatakan maksud nilai murni

2.1.2 Menyenaraikan 10 nilai – nilai murni sejagat

2.1.3 Merangkan kepentingan amalan nilai murni dalam membentuk Keperibadian Unggul

2.2 Memahami nilai Jujur 2.2.1 Menyatakan maksud jujur.

2.2.2 Menyenaraikan tingkahlaku jujur.

2.2.3 Menerapkan nilai jujur dalam aktiviti

2.3 Memahami nilai Amanah 2.3.1 Menyatakan maksud amanah

2.3.2 Mengidentifikasi perlakuan amanah

2.3.3 Menerapkan nilai amanah dalam aktiviti

2.4 Memahami nilai Bertanggungjawab 2.4.1 Menyatakan maksud bertanggungjawab

2.4.2 Memberikan contoh perlakuan bertanggungjawab

2.4.3 Menerapkan nilai bertanggungjawab dalam aktiviti

Page 6: KSKV Sem 1

MASA STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.5 Memahami tentang konsep kendiri 2.5.1 Menerangkan maksud konsep kendiri.

2.5.2 Menyatakan faktor konsep kendiri positif.

2.5.3 Membezakan antara konsep kendiri positif dan negatif.

2.5.4 Menerapkan konsep kendiri positif dalam aktiviti.

2.6 Memahami Kemahiran komunikasi berkesan

2.6.1 Menerangkan maksud komunikasi.

2.6.2 Mengenali beberapa bentuk komunikasi.

2.6.3 Menerangkan proses komunikasi komunikasi.

2.6.4 Menyatakan gangguan dalam komunikasi

2.6.5 Menyatakan halangan utama komunikasi berkesan

2.6.6 Menerangkan dua kemahiran komunikasi

2.6.7 Menerapkan kemahiran komunikasi berkesan dalam aktiviti.

2.7 Memahami Kemahiran Penyelesaian Masalah

2.7.1 Menerangkan definisi Masalah

2.7.2 Menerangkan definisi Penyelesaian Masalah

2.7.3 Menyatakan tahap – tahap dalam penyelesaian masalah

2.7.4 Menjelaskan kepentingan matlamat dalam penyelesaian masalah

2.7.5 Menyatakan langkah – langkah dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

2.7.6 Menyatakan beberapa pendekatan dalam penyelesaian masalah

2.7.8 Menerapkan kemahiran penyelesaian masalah dalam aktiviti

16 Jam Hubungan Sesama Manusia

3.1 Memahami konsep keterbukaan dalam perhubungan

3.1.1 Menyatakan maksud Keterbukaan dalam hubungan

3.1.2 Menerangkan tujuan Keterbukaan dalam hubungan sesama

Page 7: KSKV Sem 1

MASA STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

manusia

3.1.3 Menyenaraikan contoh perlakuan yang berkaitan dengan nilai keterbukaan

3.1.4 Menerapkan konsep keterbukaan dalam aktiviti

3.2 Memahami nilai menghormati orang lain

3.2.1 Menghuraikan maksud menghormati orang lain.

3.2.2 Menerangkan tujuan menghormati orang lain.

3.2.3 Menyenaraikan contoh perlakuan yang berkaitan dengan nilai menghormati orang lain

3.2.4 Menerapkan budaya menghormati orang lain dalam aktiviti

3.3 Memahami nilai Semangat Berkerja sama

3.3.1 Menyatakan maksud Semangat Berkerjasama

3.3.2 Menyenaraikan contoh perlakuan yang berkaitan dengan Semangat Berkerjasama

3.3.3 Menerapkan nilai kerjasama dalam aktiviti

4.3 Memahami kemahiran kerja berpasukan

4.3.1 Menghuraikan maksud kerja berpasukan.

4.3.2 Menyenaraikan kepentingan kerja berpasukan.

4.3.3 Menyatakan peranan pemimpin dalam kerja berpasukan

4.3.4 Menyatakan peranan dan tanggungjawab ahli dalam pasukan

4.3.5 Mengaplikasikan kerja berpasukan dalam aktiviti.

Page 8: KSKV Sem 1