pbs sem 1 sjkt kulim

Upload: anne-geun-suk

Post on 14-Jan-2016

323 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN1.0 Biodata Pelajar2.0 Pernyataan Profesional /Kontrak Aktiviti2.1 Pernyataan Sebelum PBS2.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokus3.0 Instrumen Pengumpulan Data3.1 Kaedah Pemerhatian3.2 Kaedah Temu Bual3.3 Kaedah Soal Selidik3.4 Kaedah Senarai Semak4.0 Kolaborasi4.1 Perbincangan Dengan Guru4.2 Perbincangan Dengan Murid5.0 Ilmu/Pengetahuan Baru5.1 Kaedah Pemerhatian5.2 Kaedah Temu Bual5.3 Kaedah Soal Selidik5.4 Kaedah Senarai Semak6.0 Refleksi7.0 Laporan Akhir8.0 Lampiran

2.1 PENYERTAAN SEBELUM PBSSebelum Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ( PBS 1) bermula kami pelajar-pelajar yang terlibat iaitu bagi ambilan Januari 2014, telah diberi taklimat oleh pensyarah dari unit praktikum. Kami diberitahu apakah tujuan PBS ini, aktiviti-aktiviti yang perlu kami laksanakan di sekolah dan tugasan yang perlu diselesaikan semasa PBS itu. Taklimat lengkap yang diberi di samping kertas edaran berkaitan PBS membantu kami memahami dengan lebih jelas mengenai PBS itu.Saya dapati semua yang diberitahu semasa sesi taklimat berkaitan dengan pengurusan dan organisasi sekolah, peranan pengurusan dan guru, kegiatan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran P&P, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah serta aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan yang dijalankan di sekolah. Hal ini bermakna, PBS Fasa 1 ini memerlukan saya mengetahui selok- belok sekolah dengan lebih baik dari semua aspek yang diperlukan bagi sesebuah sekolah untuk berfungsi dengan betul. Tambahan pula, pensyarah juga memberitahu bahawa perlu menyediakan sebuah portfolio secara individual berdasarkan pemantauan di sekolah selama seminggu. Beliau menerangkan isi kandungan portfolio dan kriteria-kriteria penilaian portfolio. Beliau juga memberitahu bahawa pengalaman berasaskan sekolah (PBS) boleh dijalankan secara berkumpulan atau individual. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan PBS Fasa 1 ini dengan seorang diri.Bukan sebab itu sahaja yang menyebabkan kami bercadang untuk menjalankan PBS ini dengan seorang. Ada sebab yang lain juga. Walaupun ada rakan saya yang lain tinggal setempat dengan saya namun, mereka telah memilih sekolah yang sama dan pada pengetahuan saya lebih dari 4 orang tidak dapat melaksanakan PBS bersama. Saya telah memilih sekolah SJKT Kulim .Saya telah memilih sekolah tersebut kerana ia merupakan tempat saya menimba ilmu di Sekolah rendah. Saya juga ingin melihat persekitaran, kemudahan, prasarana yang kini terdapat di sekolah tersebut. Saya juga berhasrat dan ingin berbanding beza hal-hal tersebut semasa saya belajar pada tahap sekolah rendah dan kemajuan yang dicapai pada masa kini oleh sekolah rendah tersebut. Hal-hal inilah antara penyebab utama untuk saya memilih sekolah tersebut. Selain itu, sebelum saya menjejakkan kaki ke sekolah pada hari yang telah ditetapkan saya perlu merancang strategi pelaksanaan yang sesuai mengikut keperluan. Pada saya, kaedah pemerhatian, soal selidik dan temu bual merupakan kaedah yang dapat membantu saya mengetahui maklumat sesebuah sekolah dan melengkapkan tugasan berkaitan dengan PBS Fasa 1 ini. Kaedah pemerhatian merupakan kaedah yang baik bagi menilai kekuatan atau kelemahan sesebuah sekolah itu. Kekuatan dan kelemahan sesebuah sekolah pada saya dapat dinilai dari aspek pengurusan sekolah, pengajaran dan pembelajaran serta kurikulum dan kokurikulum. Di samping itu kaedah soal selidik dan temu bual dapat membantu saya mengetahui latar belakang dan maklumat sekolah dengan lebih baik. Sebelum menghadiri PBS, kami mengadakan satu perbincangan antara kami untuk berbincang tentang PBS. Kami membaca semula nota-nota yang kami dapat ketika taklimat PBS dan mengenali strategi pelaksanaan tugasan. Kami menyenaraikan segala tugasan yang perlu dijalankan selama seminggu di sekolah yang berkenaan dan mengagihkan tugasan tersebut antara kami supaya dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah tanpa lewat.Kesimpulannya, sebelum PBS bermula saya perlu mengetahui serba sedikit maklumat mengenai sekolah tersebut bagi memudahkan tugasan saya di sana nanti. Aspek inilah yang dapat mengukur dan menilai prestasi kecekapan saya semasa melakukan sesuatu tugasan. Jadi, kefahaman yang jelas penting kepada saya sebelum saya menjalani PBS supaya segala aktiviti yang saya laksanakan dapat berjalan dengan sempurna.

2.2 LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSFOKUS UTAMA TUGASANSaya telah menjalani pengalaman berasaskan Sekolah selama 5 hari di SJK(T) Kulim pada tarikh 30 Mac 2014 hingga 04 april 2014. Tugasan yang dijalankan adalah seperti berikut:PERNYATAAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN Perancangan adalah amat penting untuk kita melakukan setiap kerja dengan sempurna dan juga dengan sistematik. Oleh sebab itu, saya telah membuat satu jadual perlaksanaan aktiviti harian yang akan saya laksanakan sepanjang Latihan Pengalaman Berasaskan sekolah ini. Saya telah membuat perancangan aktiviti yang akan dilakukan pada setiap hari sepanjang minggu tersebut.

TarikhAktiviti yang harus dilaksanakan.

31 MAC 2014 Berjumpa dengan Guru Besar dan GPK sekolah dan melapor diri Menghadiri perhimpunan mingguan Menyenaraikan perkara yang perlu dilakukan semasa PBS. Menulis refleksi harian . Berjumpa dengan ketua panitia Sejarah. Mendapat kebenaran untuk menjalankan pemerhatian di mana-mana kelas. Membuat pemerhatian terhadap persekitaran sekolah dan mengambil gambar. Meminta kebenaran untuk menjalankan temu bual dengan pelajar

01 APRIL 2014 Menulis refleksi harian. Menjalankan pemerhatian di kelas Tahun 4 Menemu bual GPK HEM, Puan Juliana selaku guru sejarah di sekolah Berbincang dan berinteraksi dengan kerani sekolah dan mentor. Mendapatkan maklumat sekolah daripada kerani dan Penolong Kanan Kurikulum. Pemerhatian di tadika.

02 APRIL 2014 Menulis refleksi harian. Meminta kebenaran untuk mengumpul maklumat mengenai KSSR dan meminta kebenaran guru kelas tahun 1 dan 6. Memerhatikan aktivit persatuan yang dijalankan dan menangkap gambar.

03 APRIL 2014 Menulis refleksi harian. Menjalankan temu bual Menemu bual guru kelas tahun 2 tentang perlaksanaan KSSR. Mengedarkan borang soal selidik di kalangan guru. Pemerhatian di perpustakaan.

04 APRIL 2014 Menulis refleksi harian. Mendapatkan data saiz badan, kepala, tinggi dan berat pelajar. Berjumpa dengan pengurus sekolah untuk mendapat tandantangan daripada pihak pengurus sekolah bagi borang kehadiran PBS serta pengisian laporan perkembangan pelajar. Memeriksa untuk memastikan maklumat sekolah telah diperolehi.

PERNYATAAN PROFESIONAL SELEPAS PBSSelepas menjalani Pengalaman Berasakan Sekolah, saya telah mengumpul dan mengemaskinikan maklumat-maklumat yang telah saya berjaya kumpulkan semasa menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah. Saya turut menjumpai beberapa ilmu pengetahuan yang berguna dan boleh saya gunakannya di masa hadapan kelak. Saya telah mempelajari mengenai teknik bertanya yang betul dan berkesan yang boleh digunakan apabila ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak. Teknik bertanya yang betul dapat membantu saya untuk memperolehi maklumat yang saya perlukan dengan cepat dan mudah. Berdasarkan teknik bertanya yang telah saya perolehi ini, saya dapat simpulkan bahawa apabila kita menghormati seorang manusia dengan baik, maka kita akan mendapat penghormatan yang setimpal dan begitulah sebaliknya. Selain itu, saya juga mendapat input yang sangat berguna semasa berjumpa dengan Guru Besar. Banyak nasihat yang diberikan kepada saya bagi menjadi seorang guru yang dapat membentuk dan membantu anak didik yang bakal menerajui negara kelak. Tambahan lagi, beliau turut mengingatkan saya agar sentiasa berkongsi ilmu yang berguna agar ilmu yang berada di dada kita sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATASebelum saya menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah (PBS), saya telah menyediakan beberapa instrumen penilaian yang dapat memudahkan lagi tugasan saya. Antara instrumen penilaian yang disediakan sebelum menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah di SJK (T) Kulim adalah :

Borang Soal Selidik Borang Kolabrasi Borang aktiviti yang dijalankan oleh pelajar Borang butiran Persekitaran Sekolah Borang Kehadiran PBS

3.1 PEMERHATIAN Kemudahan dan prasarana sekolahKantin Sekolah Walaupun kantin sekolah kecil tetapi cantik dan kemas Terdapat tong sampah di setiap sudut kantin Meja kantin dibalut dengan pembalut getah Terdapat menu makanan yang berlainan setiap hari Terdapat RMT di sekolah ini Makanan sedap dan dalam keadaan bersih Tempat penyediaan makanan juga nampak bersih Pihak kantin memberi layanan yang baik Terdapat pengawas bertugas Para murid berebut-rebut ketika membeli makanan Terdapat tempat meletakkan pinggan yang telah guna tetapi segelintir murid meninggalkan pinggan atas meja selepas habis makan Tempat makan guru sentiasa bersih Bilik yang berasingan untuk guru-guru menikmati makanan

Perpustakaan Perpustakaan sekolah sangat cantik; meja dan kerusi pula disusun dengan teratur Terdapat banyak buku rujukan dan latihan Terdapat kata-kata hikmah di perpustakaan Terdapat rekod murid meminjam buku Mempunyai buku nilam Terdapat kad-kad meminjam buku dan disusun mengikut tarikh pulang Terdapat kraf tangan yang dibuat oleh pelajar sekolah itu Terdapat jadual bertugas pengawas perpustakaan dan waktu perpustakaan dibuka dan ditutup Keadaan perpustakaan sangat bersih Terdapat papan peraturan semasa berada di perpustakaan Buku-buku di rak disusun dengan teratur dan mengikut matapelajaran Terdapat komputer untuk merekodkan urusan di perpustakaan Terdapat televisyen di bilik sebelahan perpustakaan

Makmal Komputer

Susunan meja komputer diatur dengan teratur dan kemas Keadaan komputer sangat baik dan tidak ada yang rosak Bilik komputer ini sangat bersih dan dijaga dengan rapi Murid tidak dibenarkan masuk tanpa guru Guru dan murid dikehendaki menaggalkan kasut sebelum masuk Terdapat skrin bagi memudahkan pelajaran dan pembelajaran Terdapat kemudahan internet bagi murid-murid mencari maklumat melalui internet

Padang

Padang sekolah kecil sahaja Padang ini dilengkapi dengan dua buah palang gol bola sepak Walaupun kecil, keadaan padang sentiasa bersih dan muat untuk menjalankan sukan tahunan dan permainan Padang ini hanya digunakan untuk mengendalikan permainan kecil antara murid-murid sekolah

Makmal Sains

Makmal Sains dilengkapi dengan semua alat-alat eksperimen yang diperlukan untuk menjalankan pelajaran dan pembelajaran Dihias dengan info-info tentang dunia Sains dan peraturan-peraturan keselamatan yang perlu diikuti oleh murid-murid semasa berada di makmal Sains Terdapat seorang pembantu makmal yang membantu guru untuk menyediakan alat-alat eksperimen Terdapat 2 makmal sains Meja dan kerusi yang mencukupi Terdapat LCD dan bahan-bahan sains yang dicipta oleh pelajar-pelajar dengan sendirinyaBilik SPBT Terdapat buku teks yang mencukupi Buku-buku teks diatur dengan rapi mengikut mata pelajaran dan kelas Buku teks yang sangat lama dan koyak telah diasingkan

Proses pengajaran dan pembelajaran Persekitaran kawasan sekolah Kebersihan kawasan sekolah Keceriaan sekolah Kebersihan pakaian warga sekolah Tingkah laku Disiplin Perlaksanaan tugas dan tanggungjawab Hormat-menghormati Sikap Bekerjasama Ketepatan masa Tanggungjawab terhadap harta benda sekolah Pergaulan sosial guru-guru Hubungan antara guru dengan guru, murid dengan murid dan juga murid dengan guru

3.2 KAEDAH TEMUBUALBersama Pengurus Sekolah (Guru Besar)1.1 Adakah lokasi sekolah selesa bagi anda dan warga sekolah anda ?1.2 Bagaimana dengan bilangan murid?1.3 Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajaan dilaksanakan di sekolah ini? 1.4 Apakah tindakan yang perlu ambil oleh para guru bagi merapatkan lagi hubungan antara guru dan pelajar?1.5 Adakah anda menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan dalam pengurusan sekolah anda ?Bersama Guru Penolong Kanan 11.1 Apakah peranan anda di sekolah ?1.2 Bagaimanakah anda akan menyelesaikan masalah mengenai murid- murid atau sekolah apabila guru besar tidak berada di sekolah?Bersama Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulam1.1 Bagaimanakah cara anda menjalankan aktiviti ko-kurikulum sekolah ?1.2 Adakah semua peralatan mencukupi bagi semua pelajar?1.3 Apakah aktiviti-aktiviti telah diadakan selama ini?Bersama Ketua Panitia Bahasa Inggeris 1.1 Adakah anda berpuas hati dengan bahan yang disediakan di sekolah ini ?1.2 Adakah proses pengajaran dan pembelajaran meningkatkan prestasi pelajar yang lemah?1.3 Apakah alat bantu mengajar yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran?Bersama Guru Bilik Darjah1.1 Adakah anda berpuas hati dengan peralatan yang disediakan di kelas ?1.2 Apakah tindakan yang perlu ditambah lagi dalam setiap kelas untuk memudahkan P&P ? 1.3 Bagaimana mengatasi masalah murid di kelas?Bersama Guru Mentor1.1 Adakah anda menerima sokongan yang anda inginkan dari Guru besar Guru-guru Ibubapa Murid-murid Masyarakat setempatBersama Pengawal Keselamatan1.1 Apakah masalah utama yang mempengaruhi sekolah ini ?1.2 Apakah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk mengatasi masalahnya ? 1.3 Apakah tindakan yang perlu ditambah lagi bagi mengatasi masalah yang sering berlaku ?Bersama Pelajar Sekolah1.1 Adakah guru mengajar dengan baik?1.2 Adakah kemudahan di sekolah cukup?1.3 Adakah guru menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran?Bersama Penjual Makanan1.1 Adakah organisasi sekolah ini bagus?1.2 Adakah menu sering kali tukar?1.3 Adakah pelajar beratur ketika membeli makanan di kantin sekolah?1.4 Adakah kemudahan yang disediakan cukup bagi sekolah ini?

3.3 KAEDAH SENARAI SEMAKSENARAI SEMAKSENARAI SEMAK SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KULIM

Senarai Semak UmumNama Sekolah :Bilangan Murid :Bilangan Guru :BIL ITEM YA TIDAK01 Pengawal02 Pejabat03 Perpustakaan04 Makmal Sains05 Makmal Komputer06 Padang07 Tandas08 Bilik SPBT09 Kantin10 Bilik Mesyuarat11 Pondok Bacaan12 Taman Bacaan

Senarai Semak Kantin

BILPERKARAADATIDAK

1Tong sampah

2Menu

3Pengawas bertugas

4Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

5Kata-kata hikmah

6Doa makan

7Tempat meletak pinggan kotor

Senarai Semak KelasBILPERKARAADATIDAK

1Meja guru

2Meja

3Kerusi

4Skrin LCD

5LCD

6Suasana Yang Selesa Untuk P&P

7Sudut bacaan

8Jadual waktu kelas

9Jadual bertugas

10Sudut maklumat

11Kipas

12Lampu

13Tong sampah

14Papan Hitam

15Sudut mata pelajaran

Senarai Semak PerpustakaanBILPERKARAADATIDAK

1Buku latihan / buku rujukan

2Kad pinjaman

3Televisyen

4Meja dan kerusi

5Alatan kebersihan

6Buku Nilam

7Lampu

8Kipas

9Jadual bertugas pengawas perpustakaan

10Peraturan perpustakaan

11Rekod buku pinjaman

12Rak buku

Senarai Semak Makmal SainsBILPERKARAADATIDAK

1Tong sampah

2Alatan eksperimen

3Pembantu makmal

4Peraturan makmal

5First Aid Kid

6LCD

7Skrin LCD

8Meja dan kerusi

9Lampu dan kipas

3.4 SOAL SELIDIK Tandakan / atau pada ruang yang disediakan.Lelaki

Perempuan

BilSoalanYaTidak

1Adakah anda berpuas hati dengan suasana sekolah ?

2Bahan dan sumber P & P mencukupi ?

3Adakah kemudahan ICT sekolah anda mencukupi ?

4Adakah anda menerima sokongan daripada murid dalam P & P ?

5Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan sukan ?

6Adakah anda berasa (Skim Baucer Tution) SBT perlu ?

7Adakah tahap kecemerlangan murid dalam bidang ko-kurikulum memuaskan ?

8Adakah aktiviti kurikulum sekolah memuaskan ?

10Adakah anda berpuas hati dengan guru-guru sekolah yang lain ?

(ii) Murid Tandakan / atau pada ruang yang disediakan.Lelaki

Perempuan

BilSoalanYaTidak

1Adakah anda seorang penduduk kawasan Bentong ?

2Bahan dan sumber P & P mencukupi ?

3Adakah kemudahan ICT sekolah anda mencukupi ?

4Adakah anda berminat dengan proses P&P yang menggunakan ICT ?

5Adakah pengajaran daripada guru mudah difahami ?

6Adakah sekolah mengambil berat tentang aspek fizikal anda ?

7Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan sekolah ?

8Adakah aktiviti kurikulum sekolah memuaskan ?

9Adakah aktiviti ko-kurikulum sekolah memuaskan ?

10Adakah anda berpuas hati dengan warga guru sekolah anda?

5.0 Ilmu/Pengetahuan Baru5.1 Kaedah Pemerhatian Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim, saya telah memperolehi banyak pengetahuan baru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta dalam proses mengetahui perkembangan awal kanak-kanak.Seterusnya, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama semasa saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi, pekerja kebersihan sudah menjalankan tugas. Hairannya adalah mereka yang mengucapkan salam kepada saya sebelum saya ucap kepada mereka. Bilik selesa guru turut dihias cantik.

5.2 KAEDAH TEMU BUAL Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi. Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri. Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan kanak-kanak di sekolah tersebut diukur. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan.

5.3 KAEDAH SENARAI SEMAK Senarai semak merupakan perkara paling penting yang harus ada semasa program Pengalaman Berasaskan Sekolah dijalankan. Senarai semak ini menyenaraikan segala perkara atau aspek yang perlu saya ketahui serta lakukan sepanjang berada di sekolah. Saya telah mempelajari mengenai kepentingan senarai semak semasa melakukan sesuatu perkara. Senarai semak mengelakkan saya daripada tertinggal atau terlupa mengenai perkara penting yang harus saya laksanakan semasa berada di sekolah. Tertinggal sesuatu perkara akan menjejaskan laporan atau tugasan yang perlu dihantar selepas PBS dilaksanakan. Saya juga telah belajar cara-cara untuk membuat senarai semak yang tersendiri untuk tugasan PKK dan juga FPM. Kemahiran ini boleh saya gunakan di masa hadapan kelak tambahan pula bakal guru pada suatu hari nanti. Malah penggunaan senarai semak dan fail boleh diaplikasikan di sekolah agar latihan dan kerja rumah yang telah diberikan dapat dikumpul dan berada dalam keadaan yang tersusun.Antara tujuan penyediaan senarai semak: Untuk menyenaraikan perkara yang perlu dilaksanakan Membuat perancangan yang rapi Memudahkan untuk melakukan rujukan Lebih sistematik Selamat dan tersusun

5.4 KAEDAH SOAL SELIDIK Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai mumi di kalangan murid-murid.Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.

6.0 REFLEKSI Semasa menulis refleksi ini, saya telah berjaya menjalani satu program wajib iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) selama seminggu bermula pada 30 Mac 2014 hingga 04 Mac 2014. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu komponen daripada Amalan Profesionalisme bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya telah menjalani program ini di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim.Pemerhatian pertama saya semasa berada di sana ialah semasa perhimpunan rasmi iaitu pada hari Ahad jam 7.30 pagi. Kebanyakan murid-murid dapat hadir awal ke perhimpunan dan beratur mengikut kelas masing-masing dan hanya beberapa orang murid sahaja yang hadir lewat ke perhimpunan. Kekuatan yang dapat dilihat di sini ialah pengawas menjalankan tugas masing-masing dengan menjaga murid-murid di setiap barisan supaya menumpukan perhatian terhadap perkara yang disampaikan semasa perhimpunan berlangsung. Walaupun ada di antara mereka yang kurang memberi perhatian, namun sesuatu yang perlu dipuji ialah mereka tidak membuat bising semasa guru memberi ucapan. Sebaliknya guru-guru yang lain pula yang bercakap-cakap semasa perhimpunan. Guru-guru sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada murid-muridSepanjang 4 hari berada di sekolah tersebut, saya dapat memerhatikan banyak aspek. Pertama, saya dapat membuat kesimpulan bahawa persekitaran sekolah tersebut dari segi kebersihan dan keselamatan adalah sangat baik. SJKT Bentong mempunyai pintu pagar yang besar dan dikawal oleh pengawal perempuan. Dari segi kesihatan, sekolah tersebut amat mementingkan kebersihan kerana agak sukar untuk melihat sampah bersepah dalam kawasan sekolah. Selain itu, dari segi nilai yang diamalkan oleh warga sekolah, saya rasa sangat kagum dengan kesopanan para pelajar. Mereka akan mengucapkan salam apabila bertembung dengan guru-guru walaupun tidak dikenali. Guru-guru juga sangat mesra dan mudah menghulurkan bantuan apabila kami memerlukan bantuan seperti maklumat-maklumat berkenaan sekolah tersebut. kakitangan bukan mengajar seperti pengawal keselamatan juga sangat mesra. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru-guru menyampaikan pengajaran dengan baik. Guru-guru menggunakan kaedah mengajar yang bersesuaian dengan tahap pemikiran murid. Saya diberi peluang untuk melihat guru-guru mengajar dan juga diberi peluang menggantikan guru yang tidak dapat hadir ke sekolah. Di situ, saya dapat merasakan situasi sebenar yang akan situasi sebenar yang akan saya tempuhi kelak.Boleh dikatakan saya seronok menjalani program PBS. Banyak pengalaman baru yang diperoleh. Saya berharap pengalaman-pengalaman ini dapat membantu saya untuk menghadapi dunia perguruan yang sebenar kelak.

7.0 LAPORAN AKHIR Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan tugasan yang wajib dilakukan selama seminggu oleh semua pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia ini. Mereka dikehendaki menjalankan PBS di sekolah-sekolah kerajaan dalam Negara. PBS merupakan pengalaman pertama bagi saya selaku pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester unit Pengajian inggeris . PBS ini meminta untuksaya ke sekolah bagi menjalani tugasan yang diberikan. Sekolah yang saya menjalani PBS ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kulim, Kedah. Sekolah ini dipilih kerana berhampiran dengan tempat tinggal saya dan memudahkan saya untuk berulang alik ke sekolah. Namun tujuan utama saya untuk ke sekolah itu kerana ingin mengetahui lebih mendalam lagi tentang sekolah tersebut. Lagi pun, saya menuntut pendidikan sekolah rendah saya di sekolah tersebut.Sepanjang saya berada di sekolah, saya telah mempelajari banyak perkara baru berkenaan suasana dan realiti sebenar keadaan seorang guru semasa mengajar dan suasana serta iklim kelas itu sendiri. Semasa melaksanakan PBS, saya dapati pada diri saya berlaku perubahan dalam menyediakan keperluan untuk menjadi seorang guru antaranya dari aspek penampilan, pergaulan, komunikasi dan pengurusan sama ada dengan pihak sekolah, para guru dan murid-murid. Apa yang boleh saya nyatakan di sini adalah tentang kesedaran emosi saya semasa melakukan PBS. PBS banyak mengajar saya berubah ke arah pemikiran dan pengurusan emosi yang positif, bukan dengan cara memberi tekanan kepada perasaan. Kawalan emosi sangat penting, kerana emosi merupakan segala tunjang perbuatan yang bakal kita lakukan. Emosi yang negatif membawa keburukan kepada diri kita.Melalui PBS juga dapat memupuk keyakinan diri saya dalam melakukan sesuatu perkara. Ia mengajar saya untuk lebih berketerampilan dan berkeupayaan untuk bergaul mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya ketika berhadapan dengan murid-murid. Selain itu, ia juga menambahkan semangat saya untuk menimba ilmu pengetahuan. PBS juga banyak mengajar saya tentang menyedari keperluan orang lain terutamanya murid-murid yang untuk mereka membangun dan meningkatkan potensi diri sendiri. Selain itu, PBS juga membolehkan saya menjadi bijak dalam berkomunikasi dan berhubung dengan orang ramai. Tambahan lagi, saya dapat menyampaikan maklumat dengan jelas dan meyakinkan orang ramai dengan mewujudkan dasar keterbukaan dan telus dalam pergaulan. Melalui PBS juga, saya dapat memupuk kepercayaan di antara satu sama lain, rasa hormat di kalangan para guru, staf sekolah dan murid-murid serta berkongsi pemikiran untuk mencapai kesefahaman. Malah saya juga dapat menyesuaikan diri dengan idea-idea, pendekatan dan maklumat yang baru diterima.Semasa menjalani PBS, barulah saya sedar bahawa saya perlu pandai menjangka sesuatu perkara, mengenal pasti dan memenuhi keperluan orang lain. Di samping itu, saya juga dapat melihat suasana dan iklim bilik darjah di sekolah tersebut, susun atur kelas, sudut carta dan bacaan semuanya banyak memberi gambaran bagi saya bahawa menyediakan sebuah kelas yang lengkap dari segi kemudahan dan informasi bukanlah perkara yang mudah bagi seseorang guru untuk mengendalikannya di samping kerjasama yang perlu di kalangan pelajar. Saya berasa amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjalankan PBS ini walaupun hanya sempat menghadirkan diri ke sekolah selama empat hari kerana sebab yang tidak dapat dielakkan. Amat sayang untuk meninggalkan sekolah tersebut kerana warga sekolah itu sangat mengalu-alukan kedatangan guru-guru pelatih ke sekolah ini. Pengalaman yang ditimba akan terpaku dalam sanubari dan akan digunakan sebaikanya sebagai bekalan mengajar kelak.Berdasarkan tugasan ini, dapatlah saya konklusikan bahawa saya banyak belajar mengenai suasana sekolah yang sebenar sekaligus dapat memahami budaya sekolah, organisasi sekolah dan prasarana yang perlu ada dalam mewujudkan pembelajaran yang berkesan.