kertas kerja titas sem 1

39
Tajuk: Perkembangan teknologi maklumat menggugat tradisi dan budaya masyarakat Malaysia?

Upload: geearashid

Post on 11-Nov-2015

570 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Tajuk:Perkembangan teknologi maklumat menggugat tradisi dan budaya masyarakat Malaysia?

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Teknologi maklumat bukanlah lagi perkara baru kepada masyarakat

malahan ia merupakan sebahagian daripada keperluan asas kepada masyarakat untuk mengetahui segala peristiwa, acara maklumat atau informasi tanpa mengira batasan masa, lokasi dan situasi.Perkembangan teknologi maklumat di Malaysia pada masa kini memboelhkan pelbagai lapisan masyarakat memperolehi manfaat daripadanya dari segi ekonomi, sosial, pendidikan dan politik.

Melalui rangkaian internet, penggunaan computer diseluruh dunia dapat berhubung antara satu dengan yang lain.Selain itu, pengguna computer juga dapat membaca dan menggunakan media siber, seperti laman web, portal dan bolg, serta laman social seperti Facebook, My space,Friendster dan Twitter.

Revolusi maklumat telah mencetuskan era maklumat dan komunikasi juga membawa perubahan secara menyeluruh dan dramatic kepada cara hidup dan cara kerja. Sekaligus merubah tatacara dunia dalam konsep global revolusi ini sedang bergerak merentasi sempadan Negara tanpa mengira status Negara tersebut. Negara Malaysia khususnya sejak awal lagi telah melihat kemunculan era yang penuh dengan ledakan ilmu dan maklumat sebagai satu peluang untuk direbut dan dimanfaatkan dalam kantek pembangunan Negara. Apatah lagi, jika dilihat bahawa kemajuan dalam teknologi maklumat akan memastikan revolusi ini mempengaruhi dalam realiti kehidupan dan sosio budaya masyarakat pasca moden hari ini.

Kemunculan zaman maklumat pula telah meningkatkan kepentingan maklumat dalam kontek dalam kehidupan seharian.Maklumat dianggap sebagai eset berharga Negara lantaran maklumat dapat digunakan sebagai alat untuk bersaing. Pada masa yang sama aspek pengurusan maklumat merupakan aspek penting kerana maklumat perlu diuruskan dengan cara yang efisien supaya ia menguntungkan masyarat tersebut.

1.2 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan ini dapat kita:

1.2.1Mengetahui kesan teknologi maklumat kepada masyarakat

1.2.2Mengetahui kesan baik buruk teknologi maklumat

1.2.3Menyedari betapa pentingnya tatasusila masyarakat membentuk yakin jati diri

1.3 Kaedah

Kajian ini menggunakan kaedah rujukan di perpustakaan serta rujukan pada sumber akhbar, jurnal, majalah-majalah tempatan serta penulisan ilmiah yang berkaitan. Di samping itu perbincangan kumpulan serta sumber-sumber dari internet juga menjadi rujukan sampingan.

1.4 Definisi Konsep

1.4.1Teknologi

Mengikut Kamus Dewan teknologi bermaksud aktiviti atau kajian yang menggunakan pegetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian,perubatan, perniagaan dan lain-lain,dan disbut juga kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih.

1.4.2Maklumat

Maklumat mengikut Kamus Dewan ialah makluman, pemberitahuan, pengumuman,Dari Wikipedia bahasa Melayu Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.2.0 Perkembangan Teknologi Maklumat di Malaysia

Pada hari ini, istilah teknologi maklumat telah diperluas untuk merangkum

banyak aspek pengkomputan dan teknologi, dengan istilah ini lebih dapat dikenal, berbanding dengan dahulu. Payung teknologi maklumat adalah amat besar, dan meliputi banyak bidang.Di Malaysia teknologi maklumat pesat, sama ada di bandar dan diluar bandar. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.2.1Sejarah Teknologi MaklumatIstilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970an Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima.

Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan tekannan untuk memansuhkan tarif perlindungan dan halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas dan liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax Britannica dan pertukaran antara barangan dan mata wang yang digantung. era ini berkembang pada masa yang sama dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat dalam hasil kerja David Ricardo tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai ekuilibrium Am. Pada dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya. Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya sering dipertikai.

"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara negara.

Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan satu triti untuk mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.

2.2Perkembangan dan Trend Teknologi Maklumat Masa Kini di MalaysiaKini, media siber atau disebut juga media baharu berkembang dengan bergitu pesat di Negara kita dan juga seluruh dunia.Perkembangan pesat ini adalah seiring dengan perkembangan internet.Pelbagai teknologi yang diperkenalkan di tempat-tempat pembelajaran seperti di sekolah-sekolah rendah, di sekolah-sekolah menengah dan juga perpustakaan.Ini dapat memudahkan para guru , para pelajar dan para pengguna untuk mencari maklumat dengan bergitu mudah dan cepat.Sejaka tahun 1986 Kementerian Pejalaran Malaysia telah melaksanakan projek rintis untuk mengkaji kesesuaian dan keberkesanan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.Ini adalah sesuai dengan falsafah pendidikan Negara menggariskan pendidikan segalai usaha yang berterusan untuk mengembangkan sahsiah individu.Ini bererti masyarakat kini memperolegi pelbagai kemudahan asas teknologi maklumat sebagai eset untuk berdikari sekali gus memperolehi kualiti hidup bernilai tinggi.Trend tersebut harus dipuji kerana ia merupakan satu pemikiran jangka panjang terhadap masa hadapan dan pendekatan system pendidikan Negara Malaysia.

Dalam kontek Negara Malaysia pula kerajaan telah mengambil berbagai inisiatif dalam membangun dan melaksanakan projek berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi. Untuk itu Korido Raya Multimedia telah dibangunkan sebagai hub antarabangsa dan pada masa yang sama berfungsi sebagai pusat menjana kepada pembangunan san kemajuan teknologi maklumat tempatan. Kemajuan dan pencapaian Koridor Raya Multimedia pada masa kini amat memberangsangkan sehingga ia menjadi persaing utama kepada projek-projek teknologi maklumat di dunia. 3.0 Implikasi Teknologi MaklumatZaman beralih dan musim berubah. Fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari zaman falsafah ke Zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat Dalam setiap zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya manusia memperoleh pelbagai input baharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang telah berjaya mengubah tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.

3.1Kesan-kesan positif teknologi maklumat di MalaysiaDalam era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang begitu pesat, Internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Internet merupakan rangkaian komputer komunikasi yang terbesar di dunia. Rangkaian induk ini menggabungkan ratusan ribu sistem komputer lain. Lebuh raya maklumat antarabangsa ini tidak dimiliki sesiapa dan tidak ada pihak yang mampu mencegahnya di bawah konsep langit terbuka. Intemetjuga menawarkan kemudahan e-mel. Sesungguhnya, Internet ini mendatangkan pelbagai implikasi.

Masyarakat berilmu dapat diwujudkan dengan adanya Internet. Melaluinya, ungkapan katak di bawah tempurung tidak timbul lagi. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari bagi menjengah maklumat terkini dalam semua bidang. Peristiwa yang berlaku di mana-mana sahaja dapat kita ikuti dengan serta-merta. Hal ini membolehkan kita membina satu masyarakat yang berilmu.

Internet banyak membantu dunia perniagaan. Pengusaha dapat mengiklankan perkhidmatan atau barang dalam ruang siber dan mendapatpulangan daripadanya. Misalnya, kini RTM-Net mendapat 90,000 pelanggan manakala Utusan Malaysia Online memikat setengah juta pengguna. Melaluinya, pasaran global dapat dicapai secara terus. Perbankan, urus niaga saham, penerbitan, dan pengiklanan juga dijalankan melalui Internet. Urus niaga jual beli dapat dijalankan serentak dengan berbekalkan nombor kad kredit yang sah. Pelaburan antarabangsa dapat berkembang pesat. Para pelabur, baik dalam pertukaran asing, Baham mahupun perniagaan, dapat menghubungi pihak sasarannya.

Internet juga akan merevolusikan dunia pendidikan. Pendidikan jarak jauh dapat dijalankan. Pelajar dapat memilih kursus-kursus kesukaannya bila-bila sahaja. Pelajar juga tidak perlu menghadiri kuliah dan tinggal di kampus. Dengan menggunakan CD-rom, pemelajaran dan perolehan ilmu tidak membosankan. Latihtubi dapat dijalankan dan kelemahan pelajar mudah di betulkan. Hal ini mendatangkan kesan yang berlipatganda. Para pengajar dan pelajar juga dapat memperoleh maklumat dan dari universiti di seluruh dunia.Internet merupakan alternatif yang paling bagus kepada media cetak kerana tidak memerlukan lebih masa untuk disebarkan, ruangan yang tidak terhad, dan tidak memerlukan kos yang lebih. Jauh lebih baik kalau hendak dibandingkan dengan media cetak. Selain dari kos yang tinggi, ruangan media cetak selalunya terhad dan artikel yang dipaparkan terlalu dikawal oleh pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri seperti kepentingan politik. Selain dari itu, penggunaan internet dengan cara yang baik dan berkesan secara tidak langsung akan memperkayakan masyarakat Islam dengan tersebarnya maklumat dan ilmu pengetahuan. Paling bagus lagi ialah internet membolehkan semua golongan melibatkan diri dengan mengadakan site atau webpage sendiri dalam menyampaikan maklumat dan memberi pendapat. Sekarang ini, terdapat banyak web provider yang menyediakan site yang percuma untuk semua golongan mendapatkannya. Site tersebut memiliki ruang yang cukup kepada pengguna untuk memiliki homepage sendiri yang seterusnya boleh digunakan untuk kegunaan sendiri seperti memperkenalkan diri mahupun untuk faedah umum seperti memperkenalkan negara ke mata dunia dengan menceritakan keramahan penduduk Malaysia, kedamaian penduduk berbilang bangsa, keenakkan juadah traditional dan keindahan alam sekitarnya. Kemajuan dalam teknologi terutamanya teknologi maklumat menjadikan dunia semakin global. Kalau dulunya berita dari timur mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke barat, kini segala jenis maklumat dan berita hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk sampai seolah olah dunia tiada mempunyai sempadan dan batasan. Seolah olah jarak tidak menjadi pengahalang kepada masa yang diperlukan dalam penghantaran maklumat. Negara yang dulunya tiada dikenali, kini dengan sekelip mata sahaja boleh dikenali dan dilawati dengan menaip nama negara tersebut ke dalam "search engine" dengan menggunakan browser. Search engine merupakan program yang membantu pengguna mencari maklumat tentang sesuatu perkara yang diminati atau sesuatu yang ingin diketahui. Itulah era ledakan teknologi maklumat yang membolehkan masyarakat dari seluruh dunia berinteraksi dan menimba sesuatu yang baru dengan cepat, jimat dan tidak memerlukan belanja yang lebih. 3.2Kesan-kesan negatif teknologi maklumat di Malaysia

Internet bagaikan pisau tajam. Pisau dapat mengukir sesuatu yang indah, dan juga dapat membunuh. Inilah pancaran kesannya. Pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyalurkan maklumat yang berunsur pornografi, propaganda, ajaran sesat, dan sebagainya melalui Internet. Adalah sukar bagi kita menghalang, menyaring, dan menyekat penggunaan dan pengaliran bahan negatif daripada meresapi minda kita. Hal ini memang membimbangkan kita. Pemuda pemudi kita mungkin terdedah kepada nilai yang bercanggah dengan nilai murni kita. Akibatnya, keruntuhan sosial mungkin berlaku. Internet menjajakan seks dan menyebarkan fitnah Berta menjadi lebuh raya sampah dan jaringan lucah berkelas dunia.Internet juga membuka jalan kepada jenayah komputer. Orang yang mahir dalam komputer dapat menceroboh masuk ke dalam sistem komputer sesebuah syarikat menerusi laman webnya di Internet. Mereka mahir memecahkan kod sekuriti komputer untuk memasuki sistem komputer itu. Mereka akan mencuri maklumat penting untuk dijual kepada pesaing syarikat tersebut. Mereka juga dapat menukar atau merosakkan data di dalam komputer itu. Ada pula penjenayah yang menyebarkan virus tertentu melalui e-mel sehingga melumpuhkan sistem komputer. Terdapat pula pihak-pihak yang menganjurkan skim cepat kaya diInternet untuk menipu orang. Mereka mempelawai pengguna Internet menyertai skim itu dengan membayar yuran penyertaan. Sebenarnya, skim sedemikian tidak selamat dan orang yang menyertai skim tersebut kehilangan yuran penyertaan mereka. Sudah ada banyak kes penipuan dan jenayah komputer dilaporkan dalam akhbar. Hal ini menunjukkan Internet amat berbahaya jika disalahgunakan.Ketagihan Internet juga akan mengubah hidup dan peribadi seseorang. Kita tidak perlu berganjak dari kerusi untuk mengikuti perkembangan antarabangsa. Orang yang dilanda demam Internet mungkin melupakan corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja. Ibu bapa mengabaikan anak-anaknya. Manusia mungkin memencilkan diri semata-mata hendak menyelami maklumat dalam Internet yang tanpa batasannya. Amalan hidup berkelompok, bagai aur dengan tebing, akan terhakis. Sebaliknya, akan muncul amalan enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Oleh rtu, Internet merenggangkan hubungan sesama manusia. Ledakan teknologi maklumat dan komunikasi banyak mengubah kehidupan manusa. Kemajuan ini membukajendela kepada kemungkinan, kegilaan, dan malapetaka baru, bergantung pada cara-cara kita memanfaatkannya atau menyalahgunakannya. Ibu bapa perlu mengawasi anak-anak mereka ketika mereka melayari Internet. Ketahanan diri itulah yang menjamin kita tidak diracuni unsur negatif melalui Internet.

Cabaran kepada masyarat dengan adanya teknologi maklumat yang berkembang pesat banyak pekara-perkara negative yang berlaku terutamanya kepada golongan muda sebagai contoh gabungan laman web, penggunaan youtube, Facebook, dan telefon bercamera telah mewujudkan banyak laman web perkongsian video yang dijadikan ruang untuk memaparkan aksi-aksi lucah.Kewujudan laman web ini yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan mengikut tinjaun akbar perdana, ianya amat sukar dibentung kerana masalah peruntangan. Ianya tidak hanya terhad terhadap golongan pelajar sekolah dan remaja malahan golongan tua juga terlibat.

Selain itu, kewujudan laman web yang mempunyai cirri-ciri interaktif seperti forum juga telah melahirkan ahli forum yang berbincang aspek yang negatif seperti isu-isu politik yang menjelaskan perpaduan kaum, propaganda, pendapat daripada individu yang mengaitkan sensitiviti sesuatu kaum, perkhabaran palsu tentang sesuatu isu yang tiada kesahihanya dan sebagainya.Secara tidak langsung berlakunya pergaduhan antara kaum sehingga berlakunya rusuhan yang menjejaskan perpaduan kaum.

Tetapi, sebagai jaringan bebas yang berupaya menyelusup ke mana-mana sahaja tanpa sebarang batas dan sempadan, internet juga adalah kilang segala sampah-sarap yang boleh meracuni minda pengguna, terutama para remaja. Ada sekian banyak laman-laman web yang mendedahkan bahan-bahan negatif termasuk propaganda mengenai fahaman-fahaman tertentu, penghinaan terhadap agama, unsur-unsur yang bercanggah dengan budaya kesopanan kita, dan berbagai-bagai bentuk kelucahan.

Malah, sejak kebelakangan ini internet telah digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan fitnah, khbar-khabar angin, gosip-gosip dan berita-berita palsu. Sesetengah bahan negatif yang disebarkan itu memang mendatangkan kesan buruk. Sebagai contoh, apabila ada khabar angin kononnya akan terjadi rusuhan di Chow Kit, orang ramai menjadi gempar dan menyerbu pasar raya untuk membeli makanan. Berita palsu yang dihebohkan itu amat berkesan untuk menimbulkan suasana kelam kabut dan mengelirukan masyarakat sehingga memaksa pihak polis bertindak pantas dengan menangkap dua orang yang disyaki terbabit dalam penyebaran berita berkenaan.

Pegawai Unicef, berkata begitu enjin pencarian internet yang berkaitan dengan seks seperti Google, berjaya mencatat 450,000 pengguna pada tahun ini. Bilik sembang IRC merupakan pintu masuk utama kepada pengguna mencari pornografi gadis.4.0 Teknologi Maklumat Dan Tradisi Budaya Dan Masyarat Malaysia

4.1 Tradisi dan budaya masyarakatAbad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju.

Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.

Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia. Fenomenon budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Peranan fenomenen itu dalam mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategi perancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global.

Perbincangan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan peranan budaya popular Melayu sebagai suatu arus perkembangan budaya moden yang turut mempengaruhi masyarakat dan budaya Melayu.

Selain itu, perbincangan ini turut menilai keberkesanan perkembangan budaya popular dalam membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu, terutama nilai-nilai sosial. Perbincangan juga memberikan perhatian terhadap permasalahan pembinaan budaya kebangsaan dan pembangunan sosial dalam pesatnya arus perkembangan budaya popular itu.

4.2 Kesan-kesan teknologi maklumat pada tradisi dan budaya

Tindakan Malaysia membangkitkan isu keselamatan Internet, termasuk keperluan membendung pornografi kanak-kanak, serta kesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap nilai budaya disambut baik oleh pelbagai pihak terutama pemimpin dan badan telekomunikasi dunia.4.2.1 Kesan terhadap bahasa

Sifat media siber yang pantas dan segera yang menyebabkan ada aspek tetentu yang tidak diberikan perhatian, khususnya dari segi kandungan bahan dan penggunaan bahasa Melayu yang baik. Dalam hal ini soal kebenaran dan kepalsuan maklumat memerlukan kebijaksanaan yang tinggi daripada pengguna internet. Begitu juga dari segi penggunaan bahasa melayu, baik ejaan mahupun tatabahasa nya. Dalam media siber juga munculkah golongan yang dianggap sebagai wartawan atau penulis segera. Mereka menyalurkan idea melalui penggunaan bahasa melayu yang kurang sempurna dan tanpa pengalaman dalam menyampaikan sesuatu maklumat.

Dari situ lah bermulanya segala cerita baru khususnya perkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Keghairahan terhadap mesia siber dengan mengabaiakn aspek penggunaan bahasa Melayu yang baik terutamanya dalam blog dan laman social amat membimbangkan. Penggunaan bahasa secara sewenang-wenang akan memperngahuri golongan muda, terutamanya dalam kalangan pelajr sekolah. Mungkin sahaja meraka akan terbawa-bawa cara penggunaan bahasa yang sewenang-wenagn dalam media siber kepada media penulisan konvensional.

Dalam blog terdapat dua stuasi penggunaan bahasa yang agak ketara. Pertama, blog yang ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan teratur.Blog ini viasanya dibuat oleh pemblog yang ada pengetahuan tentang bahasa Melayu yang baik dan juga berpengalaman dalam bidang penulisan.Kedua, blog yang ditulis dalam bahasa Melayu yang tidak teratur atau sewenang-wenang, seperti menggunakan bahasa pasar atau bahasa basahan yang penuh dengan kesalahan bahasa, serta slangar dan dielek. Biasanya, blog ini dibuat oleh pemblog kurang pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik dan tiada kesedaran untuk meningkatkan pengusaan nya serta tiada pengalaman dalam dunia penulisan.Situasi yang amat membimbangkan adalah tahap penggunaan bahasa Melayu dalam laman social seperti Facebook dan SMS.Sifat medium ini yang interaktif dan ringkas menyenbabkan kualiti penggunaan bahasa Melayu yang digunakan amat mendukacitakan.Bahasa yang digunakan lebih bahasa percakapan yang digunakan untuk berkomunikasi antara rakan dan juga bahasa basahan.Secara tidak langsung ianya menggugat tradisi dan budaya berbahasa di kalangan masyarakat.4.2.2 Kesan terhadap cara hidup di Bandar (social)Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. Maklumat tersebut boleh wujud dalam pelbagai bentuk samada bentuk fizikal contohnya kertas dan buku, bentuk suara, paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam kehidupan manusia terutamanya penduduk bandar. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan. Contohnya bagi pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya.

Peranannya sebagai agen perubahan tidak pernah berkurang tetapi semakin bertambah lebih-lebih lagi dengan kewujudan komputer. Dewasa ini, ia telah berevolusi kepada bentuk yang menampakkan pengaruh yang lebih mendalam ke atas kehidupan manusia. Contohnya penggunaan rangkaian internet telah dan berupaya menyebabkan perubahan yang besar ke atas aspek fizikal, ekonomi dan sosial melalui globalisasi serta berkembangnya modal antarabangsa kapitalis. Teknologi maklumat akan membezakan sebuah negara maju dengan sebuah negara sedang membangun(Arun, 1999).

Aspek fizikal yang dimaksudkan di atas termasuklah corak penggunaan ruang bandar, rangkaian lalulintas dan pengangkutan, ruang virtual dan sebagainya. Di samping itu, aspek sosial pula meliputi cara dan corak berinteraksi, pergerakan manusia, aktiviti manusia, cara hidup manusia, kualiti hidup manusia, taraf kesihatan manusia dan lain-lain. Selain itu, rangkaian internet juga membolehkan pelbagai urusan perniagaan dijalankan secara digital dan ini mempunyai implikasi yang besar terhadap proses pembandaran pada masa akan datang.

Salah satu kesan yang ketara adalah pergantungan kepada bekalan elektrik. Ini adalah kerana tanpanya segala peralatan teknologi maklumat tidak dapat berfungsi, kecuali jenis yang menggunakan tenaga alternatif misalnya tenaga solar, angin, ombak, biojisim dan sebagainya. Namun pergantungan yang lebih membimbangkan adalah dari segi kuasa ekonomi melalui pemindahan modal antarabangsa dalam jumlah yang besar. Ini seterusnya akan mempengaruhi corak gunatanah sesebuah bandar.

Gunatanah kawasan bandar dipercayai akan mengalami perubahan yang ketara. Misalnya lebih banyak kawasan hijau dapat dikekalkan atau dibekalkan berbanding dengan tempat letak kereta. Maknanya isipadu perjalanan boleh digantikan dengan aliran elektrik atau cahaya. Ini dapat mengurangkan tahap pencemaran bandar. Namun begitu, secara sosial manusia masih perlu menjalankan aktiviti tertentu yang tidak mungkin dapat digantikan oleh teknologi maklumat misalnya makan, rehat, berekreasi, bersukan dan sebagainya. Perubahannya cumalah dari segi cara aktiviti tersebut dijalankan dan apakah batasan serta halangan yang wujud akibat gelombang maklumat yang mempengaruhinya.

Nilai tradisi dan budaya

4.2.2.1 Minat dan kecenderungan

Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Kini, ciptaan yang cukup canggih hasil penemuan manusia dalam teknologi pertahanan mampu melindungi negara daripada diserang musuh. Pelbagai bentuk alat pertahanan daripada senjata sehinggalah alat kelengkapan perang turut mengiringi kemajuan sains dan teknologi. Dari satu sudut, ia mungkin membawa kebaikan kepada negara tapi jika difikirkan mungkin banyak lagi kesan yang timbul akibat penggunaan alat canggih hasil kemajuan sains dan teknologi. Pernahkah terfikir, bahawa kecanggihan alatan perang boleh membawa kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri. Contohnya, kesan penggunaan bom atau senjata api boleh memusnahkan alam sekitar. Walaupun sekadar untuk menguji keupayaan sesuatu ciptaan, kadang- kadang ia mengundangkan kepada kemusnahan alam sekitar seperti membawa kepada pencemaran alam. Sementara itu, tahap kepakaran yang tinggi dan peralatan canggih diperlukan untuk membina sendiri sebuah bom nuklear.Kini bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat- sifat yang berbeza yang dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain. Apa yang menjadi persoalan ialah sumber genetik yang digunakan untuk menghasilkan makanan ubahsuaian tersebut dikhuatiri daripada benda-benda yang dilarang oleh syarak. GMF juga memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing (allergen) yang tidak diketahui kesan buruknya.genetik dari satu organisma ke organisma lain. Ini akan menghasilkan satu organisma yang sama dengan yang induk. Isu ini agak dibimbangi kerana takut disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan pengklonan manusia. Hal ini terlalu menyimpang dari landasan agama yang sebenar. Begitu juga dengan teknologi "stem cell" yang banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit. Namun apa yang dikhuatiri jika penggunaan "embryonic stem cell" bakal disalahgunakan juga untuk pengklonan manusia.

Natijah daripada kemajuan sains dan teknologi kini sememangnya banyak membawa kepada kebaikan disamping terselit juga keburukan. Pokok pangkalnya, apa jua kemajuan yang dicapai perlulah berlandaskan nilai- nilai Islam dan mengikut batas- batas penerokaan ilmu yang telah ditetapkan. Barulah kemajuan dan pembangunan yang kita capai tidak terpesong dan tidak mendatangkan keburukan kepada ummah kerana kadangkala keburukan itu sebenarnya kita juga yang menciptakannya.Isu pengklonan juga mendapat perhatian hangat dari semua pihak. Hasil kemajuan teknologi mampu memindahkan

4.2.2.2 Kesan budaya timur

Di zaman yang serba maju dan serba moden, sesuatu perkara yang dilakukan amatlah bergantung kepada diri dan keimanan yang dimiliki. Bagi perkara yang baik, ada tempat khusus yang menyediakan maklumat untuk dicari dan diperolehi. Bagi perkara yang tidak sihat pun, ada tempat tertentu untuk dicari dan diperolehi. Berbeza dengan zaman dahulu, perkara yang tidak diingini dapat disekat dengan mengenakan undang undang yang ketat untuk mengelakkan daripada memasuki negara. Tetapi kini, kemajuan teknologi dan penggunaan internet menjadikan sesebuah negara tidak mempunyai sempadan. Perkara yang tidak elok dengan senang memasuki negara untuk mempengaruhi umat Islam. Di sini, peranan ibubapa dan guru menjadi penting dan semakin perlu dalam mendidik anak anak supaya mereka tahu membezakan yang baik dari yang buruk. Ibubapa dan guru perlu memberikan ilmu yang cukup kepada pelajar dan anak anak untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk supaya mereka mampu membuat keputusan sendiri dengan tepat berdasarkan ilmu yang mereka perolehi. Paling penting sekali ialah anak anak perlu diberi didikan agama sejak dari kecil supaya sebati dengan jiwa mereka dan supaya ilmu agama tersebut menjadi tunjang dan rujukan kepada setiap keputusan yang ingin dibuat. Keputusan untuk meninggalkan kejahatan dibuat kerana mereka tahu perkara sedemikian adalah tidak sihat, dan bukanya mereka meninggalkan kejahatan kerana semata mata larangan dari ibubapa dan guru yang mengatakan semua itu tidak sihat tanpa menjelaskan kenapa dan mengapa. Hal sedemikian amat penting dan perlu kerana ibubapa tidak lagi mampu untuk menjaga dan mengawal anak anak sebagaimana ibubapa suatu waktu dahulu menjaga dan mengawal anak anak mereka dari perkara yang tidak elok. Ulama dan guru guru agama tidak harus ketinggalan dalam memainkan peranan mereka dengan selalu mengingati dan menasihati orang awam tentang dosa dan pahala. Mereka selalu harus berpesan ke arah kebaikan dan juga berpesan ke arah meninggalkan kejahatan dan kemungkaran. Kerajaan juga dapat menyumbang ke arah tersebut dengan meluluskan undang-undang yang ketat dan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat dengan anasir yang tidak sihat. Ini semua penting supaya umat Islam di negara kita khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya dapat mengambil manfaat dari kemajuan teknologi maklumat yang ada. Teknologi yang ada juga diharapkan agar dapat digunakan ke arah membangunkan umat Islam di Malaysia khususnya, dan masyarakat Islam di dunia amnya.Ekoran daripada ini, implikasi teknologi maklumat boleh menggugat keharmonian agama dan budaya timur.5.0 Kesimpulan

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini memungkinkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah. Pelbagai penerokaan maklumat boleh diperolehi tanpa ada batasan. Dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi, jalan dakwah terbuka luas untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada masyarakat. Namun di sebalik kecanggihan dan kelebihan teknologi tersebut kini, terselit suatu keburukan yang jarang sekali difikirkan kerana ia timbul tanpa disedari. Ramai muda mudi kita terpengaruh dengan kelebihan teknologi maklumat. Kesannya kepada pembangunan sosial generasi kita terlalu besar di mana mereka leka dengan teknologi tersebut sehingga mengabaikan nilai murni.

Inovasi dan perkembangan teknologi maklumat dalam masyarakat akan bertambah maju pada masa yang akan dating tambahan pula Malaysia merupakan salah sebuah Negara Asia yang proaktif dalam pembangunan infrastruktur dan infostruktur teknologi maklumat diperingkat antarabangsa. Kemajuan ini sememangnya menjadikan system pengurusan organisasi termasuklah aspek kemasyarakatan semakin canggih kerana dilengkapi dengan pelbagia cirri teknologi maklumat yang lebih baik dan bernilai kepada pengguna.

Walaubagaimanapun pembangunan teknologi perlulah bergerak seiring dengan pembangunan insan. Teknologi yang cepat berkembang melalui masa akan memberikan faedah kepada pembangunan masa hadapan teknologi itu sendiri. Tetapi jika membangunan insan dan tradisi budaya tidak dititikberatkan, maka manusia akan menjadi hamba kepada teknologi yang mereka cipta sendiri.

Bibliografi Rusli Haji Abdullah, Nooraini Che Pa & Noorsalwati Nordin , 2003, Teknologi Maklumat & Penggunaannya; Prentice Hall. Abdul Razak Hamdan, Yazrina Yahya, Mohd Shanudin Zakaria, Mohd Zamri Murah, 2000, Teknologi Maklumat ; McGraw Hill Abdul Manaf Bohari, cetakan 2006, ICT Dari Perspektif Profesional; Prentice Hall. Zalila Isa, Mac 2010, Media Siber Dan Bahasa; Majalah Dewan Bahasa

Kamus Dewan : 2002, mukasurat 1397 dan 847, Edisi 3, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa & Pustaka Parson, J.J ,D.,& Low, S. (1999). Computers, tecnology and society (2nd ed.) Cambridge: Course tecnolgy

Problem Solving Using Computers, 1997 http://web.mit.edu/nguyent/www/msc.htm http://www.mdc.com.my/msc/index.html Noraini Othman & Sumit K. Mandal. 2000. Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau Mangsa. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.