perniagaan & persekitaran stpm sem 1

43
1 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PUAN HJH NORAZINAH BINTI YAACOB M.Ed (USM) ; B.Econs (Hons) UIAM; Dip Ed (UIAM)

Upload: norazul89

Post on 28-May-2015

4.666 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

1

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PUAN HJH NORAZINAH BINTI YAACOBM.Ed (USM) ; B.Econs (Hons) UIAM; Dip Ed

(UIAM)

Page 2: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

2

1.0 PERNIAGAAN & PERSEKITARANNYA1.1 Pengenalan kepada perniagaan

i. Definasi perniagaanii. Perniagaan dan bukan perniagaaniii. Perniagaan dan untungiv. Perniagaan dan ekonomi v. Perniagaan dan masyarakat.vi. Faktor pengeluaranvii.Memenuhi keperluan dengan sumber

terhad .viii.Proses perniagaan.x. Perniiagaan kini dan aktiviti perniagaan masa depan.

1.2 Persekitaran Perniagaan. i. Persekitaran umum

-ekonomi -Persaingan dan jaringan -Sosiobudaya. -Politik dan perundangan -Teknologi. -Fizikal

ii. Persekitaran Tugas -Pelanggan. -Pembekal -Pembiaya dan pemodal -Pesaing. -Kerajaan

-Pekerja.

1.3 Entiti Perniagaan.i. Entiti perniagaan.

-Tunggal-Perkongsian.-Syarikat.-Koperasi.

ii. Aktiviti perniagaan. - Pengeluaran:

EkstraktifBarangan consumerBarangan industryPembuatanPemasangan.

- PerkhidmatanRuncit

Borong Kewangan

ProfesionalPerhotelanPendidikan

iii Sektor- Swasta .- Awam ,-Badan Berkanun

iv Tahap PerniagaanPrimerSekunderTertiarHuluanHiliranDomestikAntarabangsa

Page 3: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

3

Page 4: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

4

DEFINASI PERNIAGAAN

Sebagai aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan bermotifkan keuntungan.Ianya merangkumi empat perkara yang berikut iaitu barangan dan perkhidmatan ,pertukaran nilai,keuntungan perniagaan serta memuaskan keperluan dan kehendak.

**Barangan dan perkhidmatana)Barangan ialah produk fizikal seperti roti,kereta,telivisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula.b)Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan.syarikat pengangkutan.salon ,agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan. **Pertukaran nilaia)Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga dimana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentukbarangan atau perkhidmatan.b)urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang(nilai pada kadar semasa) **Keuntungan perniagaana)keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.b)keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah jualan.c)Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran. **Memuaskan keperluan dan kehendak penggunaa)Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.b)Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh pemasar.c)Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Page 5: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

5

PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

Organisasi PerniagaanMempunyai objektif memaksimumkan keuntungan disamping objektif penakatan (survival), pertumbuhan dan tangungjawab sosial.

Organisasi Bukan Perniagaan

- Elemen keuntungan tidak wujud dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

- Lebih memikul tangungjawab sosial dan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan awam

- Aktiviti mereka dibantu dan dibiayai oleh kerajaan, derma dan sumbangan.

- Objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup ahli, menjaga kepentingan ahli dan penglibatan ahli dalam aktivitinya.

- Contohnya :- sekolah, hospital, universiti, persatuan dan kelab dan lain-lain.

Page 6: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

6

PERNIAGAAN DAN UNTUNG

Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan di tolak dari jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.Perniagaan memperolehi keuntungan setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan dan jumlah jualan.

Keuntungan untuk perniagaan adalah untuk tujuan-tujuan berikut:-a)Penakatan merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup,objektif objektif lain boleh tercapai.

b)Pertumbuhan pula adalah objektif untuk memajukan syarikat.Peingkatan syer pasaran,produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang sangat penting.pembukaan beberapa cawangan MAKRO diseluruh malaysia adalah satu objektif malalui pertumbuhan.

c)Tanggungjawab sosial ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi eprhatian kepada keprluan dan kebajikan awam disamping aktiviti utama syarikat yang bermatlamatkan keuntungan.contohnya untuk mengawal pencemaran persekitaran,syarikat menggunakan bahan bahan pembungkusanyang boleh di kitar semula.

Page 7: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

7

PERNIAGAAN DAN EKONOMIHubungan antara peniagaan dan ekonomi.

Tenaga

Upah

Barang

Harga

Pengeluar/ PengusahaPekerja/ Pengguna

Kesan Persekitaran ekonomi dan Perniagaan.Kesan baik-perniagaan akan dapat mempengaruhi perniagaan.-perniagaan akan maju dalam keadaan ekonomi baik.-dapat wujudkan persaingan yang sihat.-peluang pekerjaan yang luas.Kesan buruk-perniagaan akan menjadi lembap dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.-peluang sempit dalam sistem ekonomi sara diri-berlakunya pencemaran alam sekitar iaitu mengkhusus kepada air,udara dan bunyi-berlaku kekurangan bekalan air akibat kekurangan kawasan tadahan air-kesan terhadap penindasan iaitu tenaga yang disumbangkan tidak setimpal-masyarakat menghadapi masalah sosial terutamanya dengan kedatangan pekerja asing

Page 8: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

8

PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT.

Hubungan perniagaan dengan masyarakat- Mestilah menerima tanggungjawab untuk melindungi perseitaran seperti mengawal pencemaran- Penjimatan tenaga dan penghapusan amalan amalan diskriminasi memberi sumbangan derma

kepada badan badan kebajikan- Membekalkan kepakaran dalam bidang pelajaran dan kemahiran- Menyedikan pekerjaan kepada orang yang kurang berupaya seperti golongan cacat- Menyedikan prasarana seperti taman reakreasi dan sebagainya

Konsep kepercayaan yang harus ada dalam sesebuah perniagaan- Apa yang baik untuk masyarakat juga baik untuk perniagaan- Objektif sosial sebenarnya meningkatkanlagi keuntungan syarikat dalam jangka masa panjang- Syarikat perlu menyumbang kearah pembentukan persekitaran yang sihat untuk memastikan

keadaan masyarakat (dimana syarikat memperolehi keuntungan ) akan berkekalan pada masa masa akan datang contohnya bersama sama menyumbang dalam aktiviti sosial

Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap masyarakat- Melindungi persekitaran seperti kawasan pencemaran,penjimatan dan penghapusan amalan

diskriminasai.- Memberi sumbangan derma kepada badan badan kebajikan- Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berupaya seperti orang cacat.- Menyediakan prasarana seperti taman reakreasi.- Membekalakan kepakaran dalam bidang pelajaran dan latihan.

Page 9: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

9

FAKTOR PENGELUARAN

a) Tanah /Bahan Mentah Merupakan alam semulajadi yang boleh digunakan untuk keluaran barang dan

perkhidmatan.meliputi semua sumber perhutanan,sumber pertanian,sumber perusahaan dan sumber galian dan juga barang-barang separuh siap.

b) Buruh/ Guna tenaga. Merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan bahan mentah kepada

barangan dan perkhidmatan termasuk dalam organisasi dati atas hing ke peringkat bawahan.setiap pekerja mampunyai kemahiran yang berbeza dan pengurusan merupakan aspek penting bagi tenga buruh dalam sesebuah organisasi.

c) Modal Adalah jumlah kewangan dan peralatan ,kelengkapan,jentera dan bangunan yang digunakan untuk

pengeluaran barang dan perkhidmatan.ianya bukan sahaja merujuk kepda wang kerana wang tidak proaktif namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif.

d) Keusahawanan Himpunan kemahiran dan keupayaan menghadaoi risikoserta kreativiti yang perlu digabungkan

dengan faktor faktor pengeluaran yang lai untuk peneluaran barang dan perkhidmatane) Teknologi.

Merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan ia juga merujuk kepada bentuk penggunaan mesin ataupun cara mengeluarkan sesuatu barangan.

Nota: Nyatakan juga hubungan faktor pengeluaran dengan faktor pembayaran untuk setiap satunya.

Page 10: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

10

MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN SUMBER TERHAD

Bagaimana perniagaan menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan yang tidak terhad:-

a) Memastikan sumber itu betul betul di agihkan untuk pengeluaran yang benar benar dikehendaki oleh pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna.

b) Memastikan sumber sumber yang digunakan secara maksimum tanpa pembaziranc) Memastikan barang barang yang dikeluarkan cukup cukup untuk memenuhi keperluan

pasaran tanpa pembaziran.d) Memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat walaupun secara minimum.e) Menabung untuk kegunaan pada masa hadapan atau tidak memaksimumkan

penggunaan sedia ada.

Persoalan di atas dapat diselesaikan dengan mengambil kira masalah ekonomi di bawah

1. Apa Yang Hendak dikeluarkan

2. Bagaimana Hendak Mengeluarkannya

3. Untuk Siapa Dikeluarkan

4. Berapa banyak Hendak Digunakan dan Berapa Banyak Hendak Ditabungkan.

Page 11: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

11

PROSES PERNIAGAAN

1. MEMBANGUNKAN KELUARANMengenalpasti apakah produk yang hendak dikeluarkan:

a) Produk Inovasib) Produk Baru

2. PENGURUSAN PERMINTAAN Mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna

a) Penyelidikan pemasaranb) Promosi, pengiklanan, julan, pembungkusan & pesanan

c) Peranan mewujudkan permintaan

3. MEMENUHI PESANANa) Perlu efisyen dan efekti

b) Merangkumi proses memesan bahan, mengumpul, menjadual,menyimpan dan lain-lain.

c) Pastikan keperluan mencukupi supaya pesanan dapat dipenuhi secepat mungkin dan mengikut spesifikasi

Page 12: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

12

PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN.

Antara cabaran - cabaran kepada perniagaan pada masa depana) Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara. Apabila sumber tenaga berkurangan,perniagaan perlu mencipta kaedah baru untuk

menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan sumber tenaga yang sedikit atau mencari sumber alternatif tenaga yang lain.

b) Pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa Kini perniagaan antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana skop pasaran yang

luas.jumlah syarikat perniagaan dan peratusan transaksi atau urusniaga di peringkat antarabangsa semakin meningkat.

c) Cabaran teknologi Kebanyakkan industri berada di pertengahan revolusi teknologi .kehadiran robot dan teknologo

laser amat diperlukan dalam aktiviti perniagaan.industri berat seperti besi dan automotif perlu dilengkapi dengan teknologi baru sekiranya syarikat ingin bersaing seiring dengan syarikat syarikat di peringkat antarabangsa.

d) Meningkatkan produktiviti Kemahiran pengurusan perlulah ditumpukan terhadap produktiviti.output seorang pekerja

seharusnya setanding dengan output pekerja negara negara lain.e) Pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syrikat perniagaan Semakin banyak tekanan di kenakan terhadap sektor perniagaan untik menyempurnakan

objektif dua hala iaitu objektif keuntunan dan tanggungjawab sosial.f) Penipuan dalam dunia perniagaan dengan bantuan teknologi yang canggih. Melalui pengunaan komputer dan penelitian terhadap kerja kerja yang baru.

Page 13: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

13

Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh peniaga:

a) Peningkatan tahap dan kualiti kehidupan manusia melalui hasil keluaran yang lebih berkualiti seperti telivisyen yang membolehkan individu memperolehi mekluamat dan hiburan.

b) Kemajuan dalam budang komunikasi kesan daripada usaha giat pengeluar untuk berhubung dengan pengguna tentang barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Contohnya melalui usaha pelbagai pihak khasnya pengeluar , pelbagai barangan dan perkhidmatan dapat di pesan melalui komputer dengan kemudahan internet kini atau e-dagang.

c) Peningkatan mutu perkhidmatan kesan daripada penggunaan komputer yang semakin berleluasa. Komputer telah mempermudah dan mempercepat pelbagai proses pengeluaran seperti menyimpan rekod pelanggan dan membantu pengeluar mencipta produk baru.

Page 14: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

14

PERSEKITARAN PERNIAGAAN.

PEMILIK

PENGURUS

PEKERJA

LEMBAGA PENGARAH

Page 15: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

15

Persekitaran ekonomi.Melihat kepada sistem ekonomi yang diamalkan di dalam sesebuah negara. Antara sisitem yang diamalkan ialah sisitem ekonomi kapitaslisme, sosialisme, campuran dan sisitem ekonomi islam.Setiap sistem yang diamalkan akan memberi kesan yang berbeza dari segi pemilikan perusahaan, hak keatas keuntungan, pengurusan perusahaan, hak pekerja, imbuhan dan pampasan pekerja.Persekitaran persaingan / jaringanIanya merupakan faktor yang mempengaruhi usaha usaha pemasaran syraikat oleh itu syarikat perlu untuk mengkaji pesaingnya dari segi strategi pemasaran, bentuk syarikat sama ada syarikat domestik atau syarikat asinng dan juga saiz syarikat.Didalam persekitaran persaingan terdapat beberapa struktur pasaran iaitu persaingan monopoli,persaingan oligopoli, persaiang monipolistik, persaingan tulen.Persaingan persaingan tersebut secara tidak lengsung dapat membantu syrikat perniagaan dalam meingkatkan kualiti sesuatu perniagaan yang hendah di jalankan.Persekitaran sosiobudaya.Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan , nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang serupa yang terdapat dalam sesuatu kumpulan.Ianya merangkumi aspek aspek kebendaan dan bukan kebendaan.Ini bermaksud sesuatu perniagaan yang hendak dijalankan mestilah mendasari kepercayaan mastarakat itu kerana jika perniagaan yang dijalan tidak memenuhi kehendak masyarakat tersebut maka ianya tidak dapat menembusi sesuatu pasaran.Oleh itu syarikat perniagaan yang ingin menebusi sesuatu pasaran perlu terlebih dahulu mengetahiu budaya tempat berkenaan kerana budaya penduduk sesuatu tempat itu mempengaruhi gaya hidup, cara pembelian dan pemikiran mereka.

Page 16: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

16

Persekitaran politik dan undang undangPersekitaran politik dan undang undang mengandungi undang undang dan peraturan yang kebanyakkannya menyekat aktiviti perniagaan.Namun perniagaan memerlukan politik dan perundanganyang dibuat oleh kerajaan untuk melindungi masyarakat daripada alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan dapat melindungai pengguna dari di kelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab.Begitu juga dengan perubahan politik di sesuatu tempat.

Persekitaran teknologiMerujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan oleh penyelidikan.Teknologi telah mendatangkan kesan jangka panjang kepada gaya hidup, corak perbelanjaan dan ekonomi masyarakat.Penemuan teknologi baru boleh menyebabkan perubahan perubahan seperti:-

-Mewujudkan industri baru.-Mengubah atau menghapuskan industri yang sedia ada.-Merangsang pasaran dan industri yang tidak berkaitan dengan teknologo baru.-Berlaku kemajuan dalam teknologi seperti internet.

Persekitaran fizikalMerangkumi semua sumber semulajadi termasuk air , udara , bahan galian dan hasil tanaman yang dijadikan sebagi input untuk pengeluaran barangan.

Page 17: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

17

Pembekal-Pembekal merupakan orang yang menghubungkan diantara pihak pengeluar dan pelanggan.-Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.Input input tersebut diperlikan oleh peniagaan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatn yang diperlukan oleh pelanggan pelanggan lain.-contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.-Fungsi penting yang dilakuakn oleh mereka ialah:- -tiada kekurangan barang berlaku -tiada kelewatan dalam penghantaran barang -barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, keperluan pihak pelanggan.

Pelanggan-Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama sesebuah perniagaan dijalankan.-Pelanggan adalah oarang yang terpenting dalam menentukan kehendak dan keperluan mereka.-contoh pelanggan ialah individu, kerajaan da syarikat lain.-Setiap pelanggan mempunyai ciri yang berbezasama ada dari segi produk yang dibeli ataupun cara keputusan belian yang dibuat.

Page 18: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

18

Pembiaya dan pemodal-Umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang terlibat dalam urus niaga kewangan yang menaggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.-peniaga kecil banyak bergantung kepada pembiaya dan pemodal dalam mendapatkan sumber modal untuk meningkatkan aktiviti mereka.-selainitu pengguna akhir memerlukan khidmat pembiaya untuk membuat pembelian kerana sekiranya tiada pembiaya pengguna akhir tidak dapat melakukan pembelian akibat berlakunya kekangan dalam wang tunai.KerajaanTangungjawab firma terhadap perniagaan ialah memastikan perniagaan mengikut syarat-syarat, undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.Tujuannya untuk memastikan masyarakat mendapat layanan yang adil dan kesejahteraan dan keadaan fizikal terpelihara.Dapat meyediakan kemudahan untuk golongan peniaga.

Pekerja.Perniagaan mesti meyediakan suasana tempat kerja yang baik dan ianya dapat mempengaruhi tingkahlaku pekerja dan akhirnya akan membawa kepada produktivitinya.Menyediakan kemudahan tempat kerja yang selamat.Memberikan pelbagai faedah kepada pekerja diamping faedah wajib yang mereka perolehi.Berlaku adil semasa melakukan pemilihan pekerja.

Page 19: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

19

ENTITI PERNIAGAAN.Dimensi Jenis Entiti Sumber Modal Milikan Cara Penubuhan

Tunggal Tiada Tidak Berasingan

1. Pemilik2. Tabungan dan

Keluarga

Dimiliki oleh seorang sahaja

-Daftar dgn Pejabat Pendaftar Perniagaan. -Mengisi Borang A-Bayar Yuran Pendaftaran

Perkongsian 1. Umum2. Perkongsian

Terhad3. Perkongsian

tetap4. Perkongsian

nominal

Tidak Berasingan

1.Rakan kongsi2.Pinjaman

2 hingga 20 orang

-Daftar dgn Pejabat Pendaftar Perniagaan. -Mengisi Borang A-Bayar Yuran Pendaftaran- Kawalan Akta Perkongsian 1961

Syarikat 1.Syarikat Sdn.Bhd

2.Sykt. Umum Bhd

3.Skt Bhd dgn saham

4.Syt. Bhd dgn jaminan

5.Skt dgn jaminan dan saham

Berasingan 1.Saham beberapa orang tertentu sahaja

2.Saham orang awam

Pemegang saham

-Daftar dgn pendaftar Syarikat.Dokumen tertentu,borang 13A,14,7,44,48A,49,6,24.-Tataurus dan memorendum.-Bayaran berasaskan modal dibayar.-Kawalan Akta Syarikat 1965

Koperasi 1. Koperasi Pengeluar

2. Koop Pengguna

3. Koop perumahan

berasingan 1.Yuran ahli2.Saham ahli

Dimiliki oleh ahli sekurang-kurangnya 100 orang dan ditadbir oleh ALP

-Didaftarkan dengan Pendaftar Koperasi SKM. Jawatankuasa penaja sekurang-kurangnya 10 org-Akta Koperasi 1993.

Perbandingan antara milikan perniagaan.

Page 20: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

20

MILIKAN TUNGGAL

Dimiliki oleh seorang individu yang mempunyai tanggungjawabperibadi terhadap hutang (liabiliti tidak terhad)

Di Semenanjung Malaysia tertakluk dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956,pindaan 1978 (Akta 197) manakala Sabah danSarawak tertakluk kepada enakmen negeri masing-masing.

Merupakan jenis perniagaan paling banyak dan tertua di Malaysia.

Contoh : Kedai Runcit Ravi, Pasar Mini Kaya dan Kedai Dobi Harum

CIRI-CIRI PERNIAGAAN MILIKAN TUNGGAL.

-Pemilik tunggal atau persendirian-Modal diperolehi daripada simpanan dan pinjaman daripada rakan dan saudara mara.-Di uruskan oleh pemilik sendiri dengan bantuan saudara mara atau bilangan pekerja yang sedikit dan kurang kemahiran.-Mudah ditubuhkan iaitu tidak melibatkan prosedur yang rumit-Menanggung liabiliti tidak terhad iaitu tanggungan pemilik melibatkan aset peribadi.-Berhak mendapat semua keuntungan dan menanggung kerugian sendiri-Dikenakan cukai perorangan iaitu cukai pendapatan.-Jangkahayat milikan tunggal adalah terhad,jika pemilik meninggal dunia perniagaan akan terbubar.Jika ingin meneruskan perniagaan perlu didaftarkan semula.

Page 21: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

21

KELEBIHAN PEMILIKAN TUNGGAL

1) Kebebasan- Dimiliki oleh seorang pengusaha, bebas menentukan corak

perniagaan. Hak kebebasan keatas perniagaan terhadap untung dan rugi. Bebas untuk membuat keputusan perniagaan

2) Mudah ditubuhkan dan dibubarkan- Perniagaan mudah ditubuhkan dan dibubarkan kerana tidak banyak

prosedur yang perlu diikuti.

3) Kos penubuhan yang rendah- Modal yang kecil untuk memulakan perniagaan. Kos seperti guaman,

pendaftaran syarikat, kos lesen perniagaan tidak tinggi.

4) Cukai dikenakan sekali- Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan. Akaun peniaga tidak perlu

diaudit.

Page 22: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

22

KELEMAHAN PEMILIKAN TUNGGAL

1) Tanggungan liabiliti tidak terhad- Peniaga terpaksa memegang tanggungjawab ke atas semua libilitinya.

Harta persendirian peniaga akan dijadikan ganti sekiranya gagal menjelaskan hutang tersebut.

2) Sukar berkembang- Perniagaan sukar berkembang kerana modal yang terhad dan kecil.3) Sukar untuk mendapatkan sumber kewangan- Kebanyakkan peniaga tidak mempunyai sumber kewangan yang

mencukupi. Ini menyukarkan pinjaman daripada pihak bank untuk memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan.

4) Jangka hayat perniagaan pendek- Apabila peniaga meninggal dunia, perniagaan perlu didaftarkan semula

untuk beroperasi.5) Pergantungan terhadap seorang individu- Peniaga sendiri melakukan semua operasi perniagaan. Peniaga kurang

kemahiran.

Page 23: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

23

PERKONGSIAN

Perkongsian adalah perniagaan yang dikongsikan dua orang atau lebih (tidak melebihi 20 orang) mengikut Akta Syarikat 1965,Seksyen 14(3) (b).

Didaftarkan dengan Pejabat Pendaftaran Perniagaan (ROB).Rakan-rakan kongsi berkongsi tanggungan terhadap hutang

syarikat.

Terikat dengan surat ikatan perjanjian di antara rakan kongsi.Surat perjanjian perkongsian tentukan kuasa dan tanggungjawab rakan kongsi dan syarat-syarat lain.

Rakan-rakan kongsi dikehendaki menyumbangkan modal mengikut nisbah yang dipersetujui dlm Artikel Perkongsian.

Keuntungan diagih kan kpd rakan kongsi mengikut syarat-syarat dan nisbah modal yg disumbangkan seperti dalam Artikel Perkongsian.

Page 24: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

24

KELEBIHAN PERKONGSIAN

1) Mudah mendapatkan sumber kewangan- Bilangan rakan kongsi yang ramai memudahkan mendapatkan

sumber kewangan yang banyak. Pekongsi akan berkongsi modal. Pihak bank merasa yakin untuk memberi pinjaman. Ini dapat mengembangkan perniagaan.

2) Mudah ditubuhkan- Tidak melibatkan prosedur yang rumit.

3) Kemahiran pengurusan yang pelbagai- Bilangan rakan kongsi yang ramai menyebabkan perniagaan

mempunyai kemahiran pengurusan yang pelbagai.4) Cukai sekali

- Cukai yang dikenakan ialah cukai pendapatan.5) Berkongsi risiko

- Risiko perniagaan akan ditanggung bersama rakan kongsi.

Page 25: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

25

KELEMAHAN PERKONGSIAN

1) Menanggung liabiliti tidak terhad- Apabila perniagaan kerugian semua rakan kongsi

bertanggungjawab di atas kerugian tersebut. Tanggungan melibatkan aset peribadi .

2) Modal yang terhad.- Modal dikongsi sesama pekongsi sukar untuk mendapatkan pinjaman

daripada bank dan perniagaan sukar berkembang berbanding syarikat.3) Jangka hayat perniagaan pendek- Apabila rakan kongsi meninggalkan perniagaan atau tarik diri maka

perniagaan terbubar. Perniagaan perlu didaftar jika ingin beroperasi semula.

4) Mudah berlaku salah faham- Oleh kerana bilangan rakan kongsi ramai maka mudah berlaku salah

faham dan proses pembuatan keputusan lambat.

Page 26: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

26

SYARIKAT a) Syarikat Sdn Bhd

• Syarikat ini boleh dikenali dengan mudah,ada perkataan Sendirian Berhad atau Sdn. Bhd. pada akhir nama syarikat.

• Pemilik atau pemegang saham syarikat terdiri daripada 2 – 50 orang

• Ia dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 (Seksyen 15 (b)) dan merupa kan entiti yang sah terpisah daripada pemilik.

• Saham syarikat Sendirian Berhad boleh dijual beli tetapi tidak dilaku kan dalam pasaran terbuka.

• Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat Sendirian Berhad berhak untuk mengawal syarikat tersebut.

Page 27: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

27

Ciri-ciri Syarikat Sdn BhdPemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50 orang

Pemilik syarikat mempunyai liabiliti terhad dan segala hutang syarikat terhad kepada syarikat sahaja. Ini kerana syarikat satu entiti yang terpisah daripada pemiliknya.

Syarikat Sendirian Berhad mempunayi hak dan tanggungjawab boleh memiliki harta, boleh didakwa dan didakwa.

Pemilik atau pemegang saham syarikat menyumbangkan modal perniagaan. Mereka dilarang mengutip hutang daripada orang awam.

Jangka hayat panjang selagi tidak dibubarkan.

Syarikat dianggotai lembaga pengarah (sekurang-kurangnya 2 orang) untuk menentukan dasar dan matlamat syarikat.

Pengarah berkuasa dalam semua perkara yang tidak tercatat di dalam Tataurusan Syarikat dan bertanggungjawab kepada kesalahan syarikat.

Page 28: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

28

KELEBIHAN SYARIKAT

- Mudah untuk mendapatkan modal sama ada melalui pinjaman bank atau orang awam dengan cara menerbitkan saham.

- Jangka hayat yang panjang walaupun terdapat penukaran hak milik saham atau kematian pemegang saham

- Liabiliti perniagaan terhad kepada sumbangan modal.- Syarikat mudah berkembang kerana modalnya besar.- Syarikat adalah satu entiti yang berbeza iaitu syarikat boleh didakwa dan

mendakwa atas namanya- Pemegang saham dilindungi oleh undang-undang- Saham syarikat mudah dijual- Pengurusan syarikat lebih efisyen

Page 29: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

29

KELEMAHAN SYARIKAT

- Pembentukan syarikat adalah rumit iaitu dibawah Akta Syarikat 1965.- Saiznya besar dan banyak cawangan ia merumitkan pengurusan iaitu

banyak masalah yang timbul di kalangan pihak pengurusan dan pekerja.- Kos penubuhan syarikat adalah tinggi- Pengurusan syarikat dikawal oleh lembaga pengarah dan bukannya

pemegang saham. Ini boleh menyebabkan salah guna kuasa.- Operasi syarikat dikawal oleh undang –undang dan peraturan yang ketat

yang mana undang-undang bertujuan untuk melindungi kepentingan pemegang saham.

- Pengurus dan pemilik syarikat terutama syarikat awam adalah dipisahkan.

- Cukai dikenakan dua kali iaitu cukai pendapatan dan cukai syarikat

Page 30: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

30

KOPERASI• Perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara

sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.• Koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya.• 2 bentuk koperasi iaitu koperasi keahlian terhad kpd jenis

pekerjaan, kawasan dan latar belakang seperti Koperasi Guru-guru Semenanjung Malaysia dan koperasi yang keahlian bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.

• Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti Keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif disemua peringkat koperasi.

Page 31: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

31

KELEBIHAN KOPERASI

- Menjaga kepentingan ahli dan bukannya mencari keuntungan

- Mewujudkan kerjasama dan tolong-menolong antara ahli-ahli dalam menyelesaikan masalah mereka.

- Cukai dikenakan ke atas keuntungan iaitu lebih rendah daripada cukai syarikat berhad

- Ditadbirkan secara demokrasi melalui pengundian- Liabiliti terhad

- Wujud secara berterusan iaiti entiti yang berasingan.

Page 32: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

32

KELEMAHAN KOPERASI

- Aktiviti koperasi dikuasai oleh segolongan individu tertentu kerana ahli-ahli koperasi kurang aktif.

- Kedudukan kewangan agak lemah kerana koperasi ditubuhkan oleh mereka yang berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.

- Modal yang kecil menyebabkan koperasi tidak mampu bersaing setara syarikat.

- Operasi dikawal rapi oleh Jabatan Pembangunan Koperasi.- Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit luaran yang bertauliah.- Mesyuarat Agong Tahunan yang dihadiri oleh ramai ahli boleh

menggugat sistem pengurusan koperasi.- Syer tidak boleh dipindah milik dan tidak disenaraikan oleh Bursa

Saham Malaysia.

Page 33: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

33

BADAN BERKANUN

Ditubuhkan oleh kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan sesuatu industri atau menjaga kepentingan rakyat.

Penubuhannya dibawah Akta Parlimen atau Enakmen negeri. Di tubuhkan secara perbadanan. Mempunyai entiti khas dan kaedahoperasi mirip sektor swasta.

Contoh Perbanan Kemajuan Negeri (PKN), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ).

Beberapa badan berkanun Di Malaysia telah diswastakan melalui dasar Penswastaan dan Pensyarikatan tahun 1980an seperti Tenaga Elektrik Nasional (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia

Contoh badan berkanun: KWSP, PERKESO, AGROBANK, PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Bhd)

Page 34: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

34

KELEBIHAN BADAN BERKANUN

- Mementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat utama ialah kebajikan sosial

- Bebas dari dikenakan cukai

- Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah diperolehi

Page 35: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

35

KELEBIHAN BADAN BERKANUN

- Mementingkan kebajikan masyarakat iaitu matlamat utama ialah kebajikan sosial

- Bebas dari dikenakan cukai

- Modal diperolehi daripada kerajaan dan mudah diperolehi

Page 36: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

36

KELEMAHAN BADAN BERKANUN

- Bagi badan berkanun yang besar sistem pengurusan yang kompleks dan rumit

- Proses pembuatan keputusan dipengaruhi oleh politik. Lembaga pengarah dilantik oleh kerajaan

- Ketidakcekapan berlaku kerana tidak wujud persaingan. Pekerja kurang motivasi untuk pekerja.

Page 37: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

37

a) Runcit dan Borong

b) Kewangan & Insurans

c) Perkhidmatan Profesional

d) Pengangkutan dan pergudangan

e) Pembinaan dan kontrak

f) Pengurusan profesional dan pembangunan sumber manusia

g) Perkhidmatan Perhotelan

h) Perkhidmatan Pendidikan

AKTIVITI PERNIAGAAN

Pengeluaran

Ekstraktif dan perladangan

Barangan Pengguna dan industri

Pembuatan dan Pemasangan

Perkhidmatan

Page 38: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

38

SEKTOR

Swasta- Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu individu

atau organisasi organisasi tertentu secara persendirian.- Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan tunggal ,

perkongsian,perniagaan syarikat.- Bermatlamat utama untuk mencari keuntungan.

Awam - Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan

pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan perubatan, perkhidmatan polis dan sebagainya.

- Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam kemeterian tertentu.

- Ianya dibahagikan kepada peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.- Tidak bermatlamat mencari keuntungan

Badan berkanun- Merupakan perbadana yang ditubuhkan di bawah undang-undang tertentu - Organisasi organisasi ini mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting kepada

sektor industri , perdagangan dan juga sektor sosial dalam negeri.- Merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam yang diuruskan oleh

pengurus-pengurus yang berkemahiran dan kerpengalaman sebagai pentadbir dalam kerajaan.

Page 39: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN

Page 40: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

40

PrimerMerangkumi pengeluaran sumber sumber bahan mentah dari tempat asalnya dan altiviti aktiviti yang menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asalnya.Industri yang terlibat dalam tahap ini ialah cari gali minyak, arang batu, besi dan lain lain bahan galian, pembalakan, pertanian, ternakanikan dan lain lain lagi.sektor dalam tahap primer ini juga termasuk penjanaan kuasa melalui arang batu , minyak dan stesen janauasa nuklear, gas asli dan hidroelektrik.

SekunderPerniagaan terlibat dalam pemprosesan sumber sumber semulajadi atau bahan mentah kepada barangan siap atau barangan separuh siap.contoh bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi.Pengeluaran pada tahap sekunder termasuk pengeluaran baramg barang komponen yang di pasang kepada barangan pengguna dan barangan industri.sesetengan negara yang tidak mempunyai sumber semulajadi mereka masih mampu untuk mengeluarkan produk sekunder dengan menyimpan bahan mentah yang diperlukan.

Tertier Perniagaan pada tahap ini menghasilkan produk yang tidak ketara /perkhidmatan.contohnya ialah syarikat pengangkutan yang menghantar produk mereka dari kilang ke pasaran melalui udara , laut, darat.pengeluaran lain pada tahap tertiar ialah perkhidmatn perkapalan,pos dan telekom, hotel, bank,insuran dan kewangan.Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan profesioanal seperti doktor, akauntan, jurutera dan sebagainya.

PERINGKAT PROSES

Page 41: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

41

PERINGKAT INDUSTRI

Huluan Perniagaan pada peringkat huluan bermaksud perniagaan utama atau teras diwujudkan oleh sesebuah organisasi.perniagaan ini melibatkan aktiviti yang berasaskan semulajadi seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain lain.aktivitiaktiviti tersebut boleh dikategorikan kepada pelbagaiindustri seperti industri pertanian pembuatan dan perkhidmatan.

HiliranPerniagaan pada tahap hiliran pula meliputi aktiviti aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada sesebuah perniagaan yang lain.contohnya peruasahan perusahaan yang berasaskan kayu seperti kayu balak, kilang perabot dan sebagaimya.

Page 42: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

PERINGKAT PASARAN

Domestik Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan mengeluarkanhasil keluaran untuk pasaran tempatan atau domestik di negara tersebut sahaja.Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan yang berteaskan pertanian ,perladangan ,pekilangan dan perkhidmatan.

AntarabangsaPerniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara sendiri.

Page 43: Perniagaan & persekitaran stpm   sem 1

SOALAN:

1. Dengan menggunakan pisang sebagai contoh, terangkan tiga perbezaan antara barangan konsumer dgn barangan industri. (6m)2. Jelaskan kepentingan unung kpd perniagaan (4m)3. Jelaskan kepentingan perniagaan kpd pihak yg berkepentingan. (6m)4. Terangkan 3 faktor pengeluaran dlm perniagaan selain faktor modal insan.

(6m)5. Kaitkan proses perniagaan bagi sebuah perniagaan membuat roti. (5m)6. Huraikan 2 jenis aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran dan berikan

satu contoh bagi setiap jenis aktiviti tersebut. (4m)