krm3073 pengmtsekren tugasan 1

15
RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KRM 3073 PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN 1 KUMPULAN UPSI01(A132PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON HERIMAH BINTI NASIP D20121061769 0168465281 Satu isu yang sering diperkatakan dewasa ini dan menjadi cabaran kepada para guru matematik adalah tentang melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Bincangkan EMPAT (4) sebab mengapa isu ini menjadi cabaran kepada para guru dalam pengajaran matematik. Seterusnya berilah EMPAT (4) cadangan tindakan yang boleh diambil

Upload: myra-barbiey

Post on 24-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

RISSEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUSKRM 3073PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN 1

Satu isu yang sering diperkatakan dewasa ini dan menjadi cabaran kepada para guru matematik adalah tentang melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Bincangkan EMPAT (4) sebab mengapa isu ini menjadi cabaran kepada para guru dalam pengajaran matematik. Seterusnya berilah EMPAT (4) cadangan tindakan yang boleh diambil oleh guru dalam pengajaran matematik bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.

KUMPULANUPSI01(A132PJJ)

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

HERIMAH BINTI NASIPD201210617690168465281

NAMA TUTOR E-LEARNING: MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH: 30 MAC 2014ISI KANDUNGAN

1.PENDAHULUAN2

2.ISU CABARAN GURU MATEMATIK4

3.CADANGAN TINDAKAN GURU MATEMATIK 6 DALAM MENGHADAPI CABARAN4.PENUTUP8

6.RUJUKAN/BIBLIOGRAFI9

PENDAHULUAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) :

Pendidikan Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencpai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat Negara

Dalam Faksafah Pendidikan Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa perkembangan daya intelek individu diberi penekanan utama. Oleh itu, kemahiran berfikir telah dijadikan satu elemen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia bagi mencapai hasrat Negara. Dalam usaha memastikan kemahiran berfikir dapat dikuasai oleh pelajar, maka ia dijadikan salah satu objektif penting yang harus dicapai dalam kurikulum sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Sebagai contoh, dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berfikir dan mengembangkan bakat serta kreativitinya. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula, objektifnya ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif.

Pemikiran kritis bermaksud proses pemikiran yang bermula dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta mempertingkat pemahaman. . Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan. Ia melibatkan tiga jenis aktiviti mental iaitu analisis, sintesis dan penilaian. Pemikiran kritis menggalakkan individu menganalisis pernyataan dengan berhati-hati, mencari bukti yang sah serta kukuh sebelum membuat kesimpulan. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran kritis sebagai kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat andaian untuk dibahaskan serta mengenal pasti hubungan penting untuk mendapatkan rumusan yang tepat daripada maklumat yang sedia ada. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Oleh itu pemikiran kritis boleh juga dikatakan sebagai proses pemikiran secara teliti demi menjelaskan dan memperbaiki kefahaman. Pemikiran kritis boleh mendorong individu menguji kebenaran sesuatu perkara. Seseorang pemikiran kritis tidak hanya cekap menggunakan kemahiran dalaman (mikro) tetapi mempunyai sikap tertentu.

Menurut Kamus Webster (1976), pemikiran kreatif ialah The ability to bring something new existence. Definisi ini menyatakan bahawa kreativiti itu adalah kebolehan untuk mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali. Kreatif itu sendiri bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli (Kamus Dewan, 1996). Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan. Antara contoh kemahiran berfikir secara kreatif ialah, menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai, mencipta analogi serta mencipta metafora.

ISU CABARAN GURU MATEMATIK

Matematik memainkan peranan yang penting dalam bidang pengurusan, sains dan teknologi. Hasrat Negara yang mahu melahirkan banyak tenaga terlatih dalam bidang teknikal dan maklumat demi meniti ambang Wawasan 2020, menyebabkan rakyat yang berketrampilan matematik amat dikehendaki. Dalam pendidikan matematik, salah satu matlamat utamanya ialah untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis. Jelasnya, Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif amat diberi penekanan dalam proses pengajaran pembelajaran matematik.

Menyedari kepentingan kemahiran berfikir diterapkan kepada pelajar-pelajar, maka penyelidik berpendapat suatu kajian untuk melihat sejauh mana penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis di kalangan pelajar di sekolah menengah dijalankan bagi tujuan memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kaedah pengajaran dan pembelajaran akan dapat diperbaiki jika kita dapat melihat sejauh manakah keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritis dalam menyelesaikan sesuatu masalah di peringkat sekolah menengah.

Pelajar-pelajar yang menguasai kemahiran berfikir sudah pasti akan berfikir terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan. Bermaksud, kemahiran berfikir ini dapat memandu pelajar menggunakan bahasa yang baik dan juga menghasilkan idea-idea yang bernas, pendapat yang jitu dan pandangan yang kritis dan kreatif semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Namun bagi mencapai dan melahirkan pelajar yang sedemikian, guru adalah orang yang paling penting dalam memainkan peranannya. Kejayaan dalam mempertingktkan kemahiran berfikir pelajar itu bergantung kepada guru. Di sinilah cabaran seorang guru kerana mereka merupakan pelaksana dasar pendidikan dan kurikulum, di mana guru harus memahami dan menghayati prinsip-prinsip asas pendekatan KBKK ini. Memandangkan kepentingan KBKK dalam memperkembangkan pemikiran yang antik dan analitik di kalanngan pelajar, maka adalah amat penting ia dilaksanakan dengan berkesan dalam pengajaran pembelajaran matematik. Apakah kepentingan KBKK ini diterapkan kepada pelajar-pelajar, antara tujuannya ialah: Mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah Menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif Meningkatkan aspek kognitif dan afektif seterusnya perkembangan intelek Mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan mampu menyelesaikan masalah dengan bijak Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti serta berani memberi pandangan dan kritik.

Seiring dengan perkembangan era globalisasi dan keperluan semasa dalam abad ke-21, PPPM atau Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia telah diperkenalkan bagi menambahbaik lagi sistem pendidikan Negara yang sedia ada. Kurikulum dikaji semula dan digubal mengikut keperluan, kehendak dan kemahiran yang diperlukan pada masa akan datang. Ini bagi melahirkan masyarakat yang mampu bersaing dengan negara-negara lain. Tugas guru semakin mencabar kerana PPPM menuntut untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif. Ini boleh dibuktikan dengan laporan Utusan Online yang bertarikh 9 September 2013, dimana Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan, Dr Azian Tengku Syed Abdullah berkata, demi mencapai perubahan, maka PPPM perlu dilaksanakan. Artikel penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-melahirkan-murid-kritis#ixzz2xSJQGrrC Utusan Melayu (M) Bhd

Demi menyahut Wawasan 2020 dan merealisasikan matlamat Koridor Raya Multimedia, kerajaan telah memperkenalkan sekolah berkonsepkan Bestari di mana teknologi menjadi sebahagian daripada komponen penting dalam pengajaran pembelajaran matematik. Sekali lagi guru perlu kemahiran dan pengetahuan dalam kecanggihan teknologi masa kini. Guru perlu berkursus dan mendapatkan sebanyak mungkin pengetahuan dan pengalaman tentang ICT ini demi untuk menympaikan ilmu pengajaran kepada pelajar. Tanpa kemahiran yang kukuh seorang guru pasti akan gagal dalam menyampaikan pengajarannya apalagi untuk mencapai objektif pembelajaran pelajar.

CADANGAN TINDAKAN GURU MATEMATIK DALAM MENGHADAPI CABARAN

Demi menyahut cabaran pendidikan pada masa kini, guru harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersama-sama menjayakan sistem pendidika yang mampu berdaya saing dengan dengan globalisasi.

1. Budaya pembelajaran matematik

Pembelajaran matematik masa kini tidak lagi hanya menekankan pembinaan tingkah laku pelajar yang mana diakibatkan daripada ransangan dan tindak balas, tetapi juga memberi penekanan untuk melihat bahawa pendidikan adalah sebagai suatu yang kompleks yang melibatkan interaksi dinamik antara sifat dalaman pelajar, faktor fizikal dan faktor persekitaran sosiobudaya. Matematik sering dianggap sukar dan membosankan oleh sebilangan besar pelajar walaupun kadangkala mereka belum lagi belajar sesuatu tajuk. Ini merupakan halangan awal ke arah mempertingkatkan kualiti pencapaian pelajar dalam matematik. Menurut Laporan Cockcroft (1982) telah menggambarkan suatu budaya pembelajaran matematik yang agak mencabar. Pelajar-pelajar tidak menganggap sebagai satu disiplin ilmu yang membekalkan strategi untuk berkomunikasi dengan berkesan. Sebaliknya mereka cuba menjauhkn diri daripada matematik. Interaksi sosial memainkan peranan penting dalam menghasilkan makna sesuatu objektif kepada individu dan artifk budaya, contohnya, simbol matematik, kalkulator, alat pengukur dan algoritma. Oleh sebab itu, guru hrus memupuk budaya pembelajaran matematik yang lebih terbuka dan memberi keselesaan kepada pelajar.

2. Perspektif konstruktivis dalam pembinan pengetahuan

Guru bertanggungjawab untuk memberi pengajaran melalui aktiviti atau melalui penjelasan bagi bahan pembelajaran di mana apliaksi bukan kejadian yang boleh berlaku dengan segera. Setiap pelajar mempunyai pengetahuan budaya dan digunakan setiap hari dalam matematik. Sekali lagi tugas guru untuk membantu pelajar mengenalpasti pemahaman diri tentang matematik, memberi ruang untuk meneroka atau discovery dan membina pengetahuan matematik. Kepercayaan merupakan suatu sintesis seperti mana dikatakan oleh Ernest sebagai pendekatan platonist dan penyelesaian masalah kepada pengajaran matematik. Seperti yang dikatakan oleh Kay (Thompson, halaman 115) there is no single most effective methode to teach mathematics. Oleh itu, guru harus membimbing pelajar supaya boleh berfikir dengan lebih bijak dan sentiasa mencari jalan penyelesaian yang logik dan boleh diterima pakai. Dalam membina pengetahuan perlu ada panduan dan dorongan yang betul dan tepat bagi mengukuhkan lagi pengetahuan yang akan diperolehi oleh pelajar.

3. Menggunakan pendekatan teknologi

Seperti yang telah ditekankan pada awalnya, pendekatam teknologi di sekolah-sekolah kini menjadi trend atau amalan bgi pelajar-pelajar bagi emnrik perhatian dan minat mereka terhadap matematik. Menurut Bialo, 1989; Roblyer, 1992) mengatakan bahawa teknologi berupaya memainkn peranan dalam mendidik pelajar, kebanyakan pendidikan yang berjaya adalah menggunakan teknologi dalam pengajaran pembelajaran. Di samping membantu meningkatkan kecekapan dalam proses pengajaran pembelajaran, pelajar juga berupaya mendapatkan sumber pelajaran yang berada jauh daripada kelas masing-masing dan boleh bertukar maklumat dan pendapat. Pendekatan teknologi juga membantu meningkatkan motivasi pelajar untuk lebih berminat pada matematik. Pelajar dapat membuat gambaran tentang sesuatu masalaha dan mencari penyelesaian yang lebih baik kerana adanya keupayaan pendidikan yang unik. Guru juga dapat meningkatkan produktiviti mereka dengan mempunyai waktu yang lebih banyak untuk membantu pelajar dalam membentuk kerja-kerja dan penyimpanan rekod. 4. Faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pengajaran guru, iaitu: Penguasaan guru terhadap bahasa pengantar dan bahasa matematik itu sendiri Penguasaan guru terhadap kandungan matematik itu sendiri dari segi keluasan dan kedalaman topik haruslah baik. Pengalaman mengajar dalam tempoh yang agak lama boleh mengatasi masalah ini. Penguasaan guru terhadap kemahiran menyoal, memberangsang, berjenaka dan lain-lain ciri positif Cara guru menyusun pelajaran termasuk penggunaan alat dan bahan Cara guru mengelolakan latihan dan pemeriksaan latihan

PENUTUP

Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabarandunia globalisasi.. Cabaran global kini memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh setiap pelajar yang berlainan bangsa.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. Mok Soon Sang. (1993). Siri Pendidikan Perguruan : Pengajian Matematik. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Baharin Shamsudin. (1990). Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: DBP, KPM.

3. Marzita Puteh, Chan Yook Len, Rosli Maun. (2012). DBP Buku Teks KSSR Matematik Tahun 3 SK Jilid 2. Kuala Lumpur: DBP, KPM.

4. http://www.slideshare.net/yuvaranisubramaniam/penulisan-akademik

5. http://isusemasapendidikan.blogspot.com/

6. http://utam.net/index.php/component/k2/item/97-pendidikan-kritis-dan-kreatif-berteraskan-kebudayaan-sendiri-dr-mohammad-alinor

7. http://www.slideshare.net/WawaHoney/pemikiran-lateral-kritis-kreatif-reflektif

8. http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130909/pe_01/PPPM-melahirkan-murid-kritis

9.

1