kps daus

23
1.0 PENGENALAN Sejarah seringkali dianggap sebagai subjek yang dikatakan bosan dan statik kerana pendekatan yang digunakan bersifat sehala dan tidak menarik perhatian para murid. Tambahan pula murid yang diajar dalam lingkungan umur 10-12 tahun. Oleh itu, kaedah yang digunakan mestilah kaedah yang mampu memberi kefahaman yang mendalam kepada murid tersebut agar murid bukan sahaja dapat mengingati fakta yang terdapat dalam sejarah tetapi murid juga dapat menghayati sejarah. Dengan menghayati sejarah, semangat belajar dan patriotism murid akan meningkat. Bagi seseorang murid itu untuk menguasai subjek sejarah, individu tersebut mestilah menguasai Kemahiran Pemikiran Sejarah ataupun KPS. Namun begitu, tidak ramai orang mempunyai KPS, hal ini kerana kebanyakan orang masih lagi tersekat dengan kaedah pengajaran tradisional yang menjadikan subjek sejarah sebagai yang statik dan hanya semata-mata untuk dihafal. Oleh itu, ianya merupakan peranan guru bagi memupuk Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan murid. Perkara ini adalah amat penting bagi melahirkan pelajar yang mempunyai aras pemikiran yang tinggi. Di samping itu, ianya juga dapat menarik minat murid-murid terhadap matapelajaran sejarah. 1

Upload: sheikh-ahmad-firdaus

Post on 13-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: KPS daus

1.0 PENGENALAN

Sejarah seringkali dianggap sebagai subjek yang dikatakan bosan dan statik kerana

pendekatan yang digunakan bersifat sehala dan tidak menarik perhatian para murid. Tambahan

pula murid yang diajar dalam lingkungan umur 10-12 tahun. Oleh itu, kaedah yang digunakan

mestilah kaedah yang mampu memberi kefahaman yang mendalam kepada murid tersebut

agar murid bukan sahaja dapat mengingati fakta yang terdapat dalam sejarah tetapi murid juga

dapat menghayati sejarah. Dengan menghayati sejarah, semangat belajar dan patriotism murid

akan meningkat.

Bagi seseorang murid itu untuk menguasai subjek sejarah, individu tersebut mestilah

menguasai Kemahiran Pemikiran Sejarah ataupun KPS. Namun begitu, tidak ramai orang

mempunyai KPS, hal ini kerana kebanyakan orang masih lagi tersekat dengan kaedah

pengajaran tradisional yang menjadikan subjek sejarah sebagai yang statik dan hanya semata-

mata untuk dihafal.

Oleh itu, ianya merupakan peranan guru bagi memupuk Kemahiran Pemikiran Sejarah

dalam kalangan murid. Perkara ini adalah amat penting bagi melahirkan pelajar yang

mempunyai aras pemikiran yang tinggi. Di samping itu, ianya juga dapat menarik minat murid-

murid terhadap matapelajaran sejarah.

1

Page 2: KPS daus

2.0 Kemahiran Pemikiran Sejarah

Kemahiran pemikiran sejarah merupakan proses kognitif. Ianya merupakan satu proses mampu

membolehkan murid-murid bagi meneroka idea yang kompleks dan abstrak. Hal ini kerana

peringkat kognitif murid sememangnya tidak dapat membantu mereka bagi memahami sesuatu

peristiwa. Oleh itu, Kemahiran Pemikiran Sejarah adalah bagi memudahkan lagi proses

pemahaman murid terhadap sesuatu peristiwa sejarah.

2.1 MEMAHAMI KRONOLOGI

Kronologi merupakan antara asas yang penting dalam mempelajari sejarah. Hal ini kerana

sejarah adalah berkenaan sebab dan akibat, oleh itu sesuatu peristiwa sejarah itu akan berlaku

mengikut kronologi. Sekiranya seseorang itu tidak dapat memahami kronologi sesuatu peristiwa

sejarah maka seseorang itu tidak dapat memahami sesuatu peristiwa sejarah kerana gagal

dalam memahami turutan peristiwa dan sekali gus tidak dapat memahami sebab dan dan akibat

sesuatu peristiwa sejarah. Dengan memahami kronologi, seseorang itu dapat memahami

konsep masa.

Dengan memahami kronologi masa, seseorang itu dapat melihat perkara yang berada

pada masa lalu dengan lebih teliti dan akan dapat membuat rumusan yang paling tepat

berkenaan sesuatu peristiwa yang telah berlaku terutamanya dalam mencari sebab dan akibat

sesuatu peristiwa sejarah itu berlaku. Seseorang itu juga dapat memahami konsep masa dan

juga konversi masa.

2.1.1 Perjuangan menuntut kemerdekaan ( Buku teks tahun 5 m/s:72-73)

Tajuk mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan merupakan tajuk yang ideal untuk

digunakan bagi memahami kronologi. Hal ini kerana tajuk ini banyak menggunakan garis masa.

Oleh itu, guru dapat menumpukan pembelajaran memahami kronologi. Bagi memastikan murid

menguasai kemahiran memahami kronologi bagi tajuk ini adalah dengan mengajara mengikut

turutan peristiwa. Dengan melalukan perkara sedemikian, murid memahami peristiwa untuk

menuntut kemerdekaan mengikut kronologi dari usaha menuntut kemerdekaan yang awal

sehinggalah mengecapi kemerdekaan

2

Page 3: KPS daus

Selain itu, dengan mengajar mengikut turutan, murid akan melihat setiap peristiwa

menuntut kemerdekaan sebagai satu peristiwa yang lebih besar dan bukannya sebagai

peristiwa yang berasingan. Perkara ini secara tidak langsung akan akan membuat murid

menyedari bahawanya ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi mencapai kemerdekaan.

Selain itu, murid akan diberi pendedahan terhadap sebab dan akibat sesuatu peristiwa.

Misalnya seperti peristiwa keganasan komunis. Murid dapat melihat akibat. Murid dapat melihat

akibat peristiwa keganasan komunis dimana darurat diisytiharkan bagi mengawal pergerakan

komunis.

Bagi meningkatkan lagi kemahiran murid untuk memahami krononologi, guru boleh

membuat carta aliran bagi memudahkan murid melihat aliran pergerakan peristiwa. Selain itu,

guru juga boleh meletakkan gambar peristiwa yang berlaku dan meminta murid untuk

menyusun peristiwa yang berlaku. Dengan melakukan perkara demikian, murid bukan sahaja

dapat menyusun peristiwa mengikut turutan tetapi murid juga dapat mengenalpasti peristiwa

sejarah hanya berdasarkan gambar ataupun bahan rangsangan. Perkara ini secara tidak

langsung telah membantu murid untuk lebih memahami keadaan ketika peristiwa bersejarah

tersebut berlaku.

2.1.2 Sejarah dan kita. (Buku teks tahun 4 m/s: 5)

Dengan mempelajari tajuk sejarah dan kita, murid akan mempelajari tentang konsep masa

dalam sejarah. Dengan mempelajari tentang konsep yang digunakan dalam sejarah, konsep

masa merupakan sesuatu yang amat penting untuk dipelajari oleh murid. Hal ini kerana setiap

peristiwa bersejarah mestilah mempunyai garis masa yang tepat agar peristiwa itu dianggap

benar-benar berlaku.murid dapat memahami konsep masa.

Dengan mempelajari tentang konsep masa dalam sejarah, murid juga akan dapat

mempelajari terminologi yang baharu. Antaranya adalah seperti dekad, abad dan alaf. Apabila

mereka mempelajari terminologi baru, mereka juga akan dapat lebih memahami penceritaan

sejarah yang telah ataupun yang akan dipelajari oleh mereka kelak. Oleh itu, kemahiran mereka

bagi memahami peristiwa sejarah mengikut kronologi akan dikembangkan lagi.

Bagi mengajar tentang konsep masa dalam sejarah kepada murid, guru boleh membuat

satu garis masa yang membezakan dekad, abad dan alaf. Selepas berbuat demikian, guru

3

Page 4: KPS daus

boleh menilai tahap kefahaman murid tentang konsep masa seperti abad dan alaf melalui soal

jawab dalam kelas. Jawapan yang diberikan oleh murid akan dapat dijadikan sebagai penanda

tahap kefahaman murid tentang cara untuk mengira masa dalam unit dekad, abad dan alaf.

2.1.3 Pengembaraan parameswara (Buku teks tahun 4 m/s 112-113)

Unsur kronologi juga dapat diajar melalui tajuk ini. Hal ini kerana tajuk ini mengisahkan tentang

latar belakang Parameswara dan perkembangan yang dilalui oleh Parameswara. Dengan

mempelajari tajuk ini, murid dapat mengetahui asal usul parameswara. Murid akan dapat

mengetahui sebab parameswara lari dari Palembang. Selain itu, murid juga dapat mengetahui

faktor Parameswara membunuh Temagi.

Selain itu, dengan mempelajari tajuk ini, murid juga akan dapat mengetahui tempat-

tempat yang dilalui oleh Parameswara sebelum Parameswara menemui Melaka. Perkara ini

secara langsung akan membolehkan murid untuk mengetahui sebab Parameswara memilih

Melaka sebagai pusat pentadbirannya.

Melalui tajuk ini, guru dapat membantu murid bagi memahami turutan tempat yang

dilalui oleh Parameswara sebelum sampai ke Melaka. Bagi memastikan murid mengetahui

tempat yang dilalui oleh Parameswara, guru boleh membuat kad imbas dan garis masa.

Berdasakan bahan yang disediakan oleh guru, guru boleh meminta murid meletakkan kad

imbas mengikut turutan diatas garis masa yang telah ditetapkan.

2.2 MENEROKA BUKTI

Bukti merupakan asas kepada mempelajari sejarah adalah dengan kemahiran bagi

meneroka bukti. Tanpa bukti, sesuatu peristiwa sejarah tidak dapat dianggap sebagai cerita

sahaja. Dalam meneroka bukti, murid dapat meningkatkan lagi kemahiran mengenalpasti

sumber pertama dan kedua dan membuat perbandingan antara kedua-dua sumber tersebut.

Selain itu, murid juga mampu untuk merangsang pemikiran sejarah dengan lebih kritis,

4

Page 5: KPS daus

antaranya adalah seperti menentukan signifikan, tarikh, tokoh dan menyatakan bagaimana

peristiwa itu berlaku berdasarkan bukti yang terdapat

2.2.1 Sejarah dan kita (Buku teks tahun 4 m/s 2-4)

Meneroka bukti adalah asas kepada memhami sesuatu peristiwa sejarah, oleh itu, murid

mestilah mempunyai kemahiran untuk meneroka bukti. Oleh itu, ianya adalah amat penting bagi

guru untuk mengajar murid tentang bukti. Dalam tajuk ini, murid akan didedahkan dengan

kepelbagaian sumber. Misalnya seperti sumber primer dan sumber sekunder. Selain itu, guru

akan menunjukkan kategori yang terdapat dalam sumber primer dan sekunder.

Dalam mengajar murid tentang sumber, secara langsung perkara ini akan membolehkan

murid untuk membezakan sumber primer dan sekunder. Perkara ini adalah amat penting bagi

penyelidikan sejarah. Guru kemudiannya dapat membolehkan murid untuk menyatakan sumber

yang terdiri dalam klasifikasi sumber primer dan juga sumber sekunder. Apabila murid telah

melakukan perkara sedemikian, maka ianya telah membuktikan bahawa murid telah menguasai

dan mampu membezakan ciri-ciri yang terdapat bagi sumber primer dan juga sumber sekunder.

Aktiviti seterusnya adalah meminta murid untuk memberi contoh sumber primer dan sekunder

bagi memastikan mereka faham tentang ciri-ciri yang terdapat pada sumber primer dan

sekunder.

Selepas guru telah menerangkan tentang ciri-ciri sumber, guru mestilah menerangkan

tentang kaedah untuk memperoleh sesuatu sumber tersebut. Misalnya untuk mendapatkan

sumber lisan, seseorang pengkaji itu mestilah menjalankan temuramah dengan pelaku sejarah

ataupun saksi kepada sesuatu peristiwa sejarah tersebut. Dengan berbuat demikian, guru akan

memberikan gambaran tentang kesukaran yang akan dihadapi oleh pengkaji.

Dengan mempelajari tentang kaedah yang digunakan bagi memperoleh sesuatu sumber

sejarah, murid mestilah mempunyai pengetahuan sedia ada tentang kategori sumber. Hal ini

kerana setiap kategori sumber yang ingin dicari oleh pengkaji akan berhadapan dengan

kesukaran yang berbeza. Oleh itu, setiap sumber itu mempunyai kaedah yang berlainan untuk

memperolehinya.

5

Page 6: KPS daus

Namun begitu, kekangan yang dihadapi bagi meneroka bukti dalam topik ini adalah bagi

menunjukkan bagaimana sesuatu sumber tersebut digunakan dan bagaimana ianya dapat

menyumbang dalam penulisan sejarah. Oleh itu, guru mestilah mengambil inisiatif sendiri bagi

menerangkan tentang perkara ini dengan lebih lanjut kepada para murid agar dapat memberi

kefahaman yang lebih mendalam dalam topik ini.

2.2.2 Zaman prasejarah (Buku teks tahun 4 m/s 70-75)

Zaman prasejarah merupakan zaman yang dimana bukti kewujudannya kebanyakan

bergantung kepada artifak dan ekofak. Oleh itu, dengan mempelajari tajuk ini, murid akan

didedahkan dengan banyak sumber primer. Oleh itu ianya merupakan tajuk yang sesuai untuk

diajarkan kepada murid bagi memahirkan murid dan memberi pendedahan kepada mereka

tentang sumber dalam sejarah terutamanya sumber primer. Dalam buku teks, murid telah

dipaparkan dengan gambar aktiviti kehidupan masyarakat prasejarah bagi setiap zaman

prasejarah. Selain itu dalam gambar tersebut juga terdapat alatan yang digunakan oleh

masyarakat prasejarah.

Bagi mengajar tajuk ini, guru mestilah menunjukkan sumber-sumber sejarah mengikut zaman-

zaman yang terdapat dalam zaman prasejarah. Hal ini adalah bagi untuk memastikan murid

memahami bahawa setiap zaman prasejarah mempunyai ciri-ciri yang dapat dibandingbeza

dengan zaman yang lain. Misalnya ciri bagi peralatan yang terdapat dalam zaman Paleolitik

mempunyai ciri yang lebih kasar berbanding peralatan yang terdapat dalam zaman logam dan

dibuat daripada bahan yang berlainan.

Oleh itu, guru haruslah mengajar murid untuk mencari perbezaan yang terdapat antara

setiap zaman prasejarah. Misalnya guru boleh melontarkan soalan kepada murid contohnya

seperti mengapa kualiti pembuatan peralatan pada zaman paleolitik dan zaman logam berbeza.

Perkara ini akan merangsang pemikiran murid dan membantu mereka berfikir tentang

perkembangan yang dilalui ketamadunan manusia.

Selain itu, bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang sumber-sumber yang

terdapat dalam zaman prasejarah, guru boleh meminta murid untuk menggambarkan aktiviti

harian yang dilakukan oleh setiap zaman prasejarah. Dengan melakukan perkara sedemikian,

murid akan dapat memahami fungsi setiap peralatan dan cara hidup masyarakat zaman

6

Page 7: KPS daus

prasejarah dan seterusnya guru dapat meminta murid untuk membandingkan gaya hidup

masyarakat prasejarah.

Dengan menunjukkan bahan yang digunakan dalam zaman prasejarah, guru dapat

menyoal murid tentang mengapa tidak terdapat bukti seperti wang. Seterusnya guru akan dapat

menyatakan kepada murid bahawa masyarakat zaman prasejarah menggunakan sistem barter.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman murid tentang sistem barter, guru boleh membantu murid

membuat simulasi sistem barter.

2.2.3 Alat kebesaran diraja (Buku teks tahun 5 m/s90)

Alat kebesaran diraja merupakan topik yang dapat diajar bagi menambahkan lagi pengetahuan

murid tentang alat-alat yang digunakan oleh raja. Dengan mempelajari topik ini, murid dapat

mengetahui simbolik bagi alat-alat kebesaran diraja. Dalam buku teks, murid disertakan dengan

gambar Yang di-Pertuan Agong bersama permaisuri sambil mengenakan pakaian istana.

Perkara ini secara tidak langsung telah menunjukkan adat pemakaian pakaian istana bagi Yang

di-Pertuan Agong.

Oleh kerana murid telah diberikan gambar tersebut, guru kemudiannya boleh menyuruh

murid untuk menyatakan tentang pemakaian alat kebesaran diraja. Contohnya seperti

dimanakah keris pendek diraja patut dipakaikan ataupun apakah perbezaan keris pendek diraja

dengan keris panjang diraja. Persoalan sedemikian dapat dijawab oleh murid jika mereka

memerhatikan gambar yang tertera dalam buku teks. Perkara ini akan membolehkan murid

untuk mencari beza dan lebih memahami signifikan alat kebesaran diraja.

Selain itu, guru juga boleh memberi arahan kepada murid agar mencari maklumat

berkenaan dengan alat kebesaran diraja. Hal ini kerana dengan melakukan perkara demikian,

murid akan dapat lebih memahami tentang alat kebesaran diraja. Perkara ini secara tidak

langsung telah menjadikan murid lebih mahir dalam menganalisis sumber-sumber yang

terdapat. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid tentang alat kebesaran diraja, guru boleh

membuat aktiviti suai padan bagi memastikan murid faham tentang kegunaan alat kebesaran

diraja dengan lebih mendalam.

2.3 MEMBUAT INTERPRETASI

7

Page 8: KPS daus

Bermaksud membuat tafsiran terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan memberi ulasan dan

kupasan. Hal ini kerana setiap peristiwa sejarah mestilah dikupaskan secara menyeluruh.

Namun begitu, murid-murid haruslah disedarkan tentang perbezaan tafsiran dan perspektif

yang wujud di kalangan sejarawan. Mereka dapat membezakan fakta sejarah dengan tafsiran

sejarah dengan menyedari bahawa kedua-dua ini adalah berkaitan antara satu sama lain.

Dengan membuat interpretasi, murid dapat menilai dan membuat pertimbangan

berkenaan sesuatu peristiwa sejarah. Misalnya seperti menentukan sekiranya sesuatu peristiwa

itu baik ataupun tidak baik ataupun kesahihan bukti yang terdapat. Selain itu, murid juga dapat

membuat banding beza dari aspek ciri-ciri. Sifat dan unsur sesuatu peristiwa sejarah. Selain itu,

murid juga dapat kesimpulan tentang sesuatu peristiwa sejarah dan ianya dapat melatih murid

untuk berfikir dengan lebih kritis.

2.3.1 Kerajaan melayu awal (Buku teks tahun 4 m/s 84-85)

Kemahiran interpretasi dapat digunakan dalam tajuk ini. Dalam tajuk ini, murid akan didedahkan

dengan kerajaan melayu awal yang wujud sebelum kerajaan Melayu Melaka. Dalam tajuk ini,

murid diberikan peta yang dimana kerajaan-kerajaan Melayu Awal telah dilabelkan dalam peta

tersebut. Perkara ini dapat dijadikan sebagai rangsangan kepada murid. Hal ini kerana murid

telah mendapat gambaran tentang lokasi kerajaan-kerajaan Melayu Awal kerana kedudukan

yang telah dilabelkan dalam peta.

Bagi memastikan murid memahami impak lokasi sesuatu kerajaan terhadap kegiatan

hidup masyarakat kerajaan tersebut, guru boleh meminta murid untuk menganalis petikan yang

terdapat yang telah disertakan dalam peta. Melalui aktiviti ini, murid dapat menginterpretasikan

bahawa kegiatan hidup sesebuah kerajaan bergantung kepada lokasi kerajaan tersebut.

Kemudiannya, guru akan meminta murid untuk membuat rumusan tentang kerajaan-kerajaan

Melayu Awal.

Selain itu, murid akan dapat lebih memahami tentang kerajaan-kerajaan Melayu Awal.

Hal ini kerana petikan yang telah disertakan bersama dengan peta yang disediakan dalam buku

teks. Dengan ini, murid akan dapat menginterpretasikan tentang bagaimana sesebuah kerajaan

Melayu Awal itu dapat menjadi maju dan dikenali antara kerajaan-kerajaan yang lain. Bagi

memastikan murid dapat memahami tentang kerajaan Melayu Awal, guru juga boleh melatih

8

Page 9: KPS daus

murid untuk mencari jawapan tentang keistimewaan yang terdapat dalam setiap kerajaan

Melayu Awal.

Setelah murid dapat menyenaraikan keistimewaan bagi setiap kerajaan Melayu Awal,

guru boleh meminta murid untuk membanding perbezaan antara setiap kerajaan Melayu Awal.

Perkara ini dapat melatih murid untuk menginterpretasi fakta dan mencari perbezaan yang

terdapat antara setiap fakta yang dikemukakan.

2.3.2 Hang Tuah (Buku teks tahun 4 m/s 149)

Kemahiran interpretasi dapat digunakan dalam tajuk Hang Tuah. Dalam tajuk ini, murid akan

dapat menganalisis tentang riwayat hidup Hang Tuah. Dalam topik ini, murid ditunjukkan peta

minda tentang kebijaksanaan Hang Tuah, dari topik ini, murid akan meneliti kelebihan dan

perkara-perkara yang membuktikan kebijaksanaan Hang Tuah.

Bagi melatih murid untuk menginterpretasi tentang kebijaksanaan Hang Tuah. Untuk

merangsang pemikiran murid, guru perlulah mengajukan soalan kepada murid. Contoh soalan

yang boleh ditanya oleh guru kepada murid ialah bagaimana kebijaksanaan seseorang itu dapat

membantu orang tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini akan

merangsang pemikiran murid di samping menggalakkan mereka untuk mencari jawapan

kepada soalan yang dikemukakan oleh guru.

Seterusnya, guru akan meminta murid untuk membaca petikan yang terdapat dalam

peta minda tersebut. Selepas itu, guru akan bertanyakan kepada murid tentang apa yang

disampaikan dalam peta minda yang diberikan kepada murid dalam buku teks. Murid juga

perlulah menginterpretasikan nilai-nilai yang terdapat pada diri Hang Tuah.

2.3.3 Tergugatnya kedaulatan negara (m/s 44-47)

Terdapat tiga gambar disertakan dalam buku teks. Setiap gambar tersebut menggambarkan

suasana perbincangan antara pembesar tentang kedatangan penjajah. Melalui gambar

tersebut, guru akan meminta murid untuk mencari beza yang terdapat dalam ketiga-tiga gambar

tersebut. Selepas itu, guru akan mengutarakan soalan kepada murid. Contoh soalan adalah

seperti mengapa setiap gambar mempunyai situasi yang berbeza.

9

Page 10: KPS daus

Daripada jawapan yang diberikan oleh pelajar, guru seterusnya akan meminta murid

untuk menginterpretasi teks dialog yang terdapat dalam gambar tersebut dan murid diminta

untuk menyatakan apakah keputusan yang diambil oleh pembesar dalam setiap gambar dan

mengapa mereka mengambil tindakan yang sedemikian.

Selepas itu, murid mestilah mencari kesan terhadap keputusan yang diambil daripada

perbincangan tersebut. Guru akan bertanya kepada murid sekiranya tindakan yang diambil oleh

mereka itu wajar ataupun tidak.

2.4 MEMBUAT IMAGINASI

Membuat imaginasi merupakan kemahiran pemikiran sejarah yang digunakan bagi membayang

sesuatu situasi ataupun peristiwa. Ianya digunakan atas murid kerana peringkat kognitif yang

tidak lagi mencapai tahap yang cukup tinggi bagi memahami sesuatu peristiwa sejarah tanpa

melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah tersebut. Imaginasi boleh dibuat secara visual

dan empati.

Dengan membuat imaginasi, murid-murid akan dapat meningkatkan lagi kefahaman mereka

tentang sesuatu peristiwa sejarah. Hal ini kerana mereka telah meletakkan diri mereka dalam

situasi tersebut. Namun begitu, penggunaan imaginasi adalah terbatas kerana imaginasi lebih

berfokus kepada situasi dan tidak sesuai digunakan dalam tajuk yang menggunakan fakta

semata-mata. imaginasi juga dapat membantu murid untuk memahami dan menggambarkan

motif, matlamat, harapan dan kegelisahan yang wujud dalam masyarakat lalu.

2.4.1 Perjuangan tokoh tempatan (Buku teks tahun 5 m/s 58-65)

Bagi melahirkan semangat patriotism dalam diri murid, murid mestilah meletakkan diri mereka

dalam situasi dimana pejuang tempatan berjuang melawan penjajah. Oleh itu, kemahiran

imaginasi mestilah digunakan dalam pengajaran topik ini. Hal ini kerana kemahiran imaginasi

murid untuk memahami sesuatu yang kompleks. Oleh itu, murid akan dapat lebih menguasai

topik ini sekiranya mereka berimaginasi.

10

Page 11: KPS daus

Di dalam buku teks, murid telah diberikan gambar pejuang tokoh tempatan melawan

penjajah. Gambar tersebut bertindak sebagai rangsangan untuk murid meletakkan diri mereka

dalam situasi tersebut. Guru mestilah menggalakkan mereka berlaku demikian, namun begitu,

guru mestilah memantau imaginasi mereka bagi mengelak daripada murid untuk berimaginasi

jauh daripada fakta sejarah.

Bagi memastikan murid imaginasi perkara yang tepat, guru boleh bertanyakan kepada

murid tentang apa yang difahami dana pa yang dirasai oleh mereka. Hal ini kerana imaginasi

berkait dengan empati diri murid. Apabila murid berimaginasi, mereka secara tidak langsung

telah berempati.

2.4.2 zaman prasejarah (Buku teks tahun 4 m/s 72-75)

Zaman Prasejarah merupakan antara tajuk yang memerlukan murid untuk berimaginasi. Hal ini

kerana zaman prasejarah merupakan sesuatu yang tidak dapat ditunjukkan kepada murid

secara menyeluruh. Oleh itu, guru perlu membantu murid untuk meletakkan diri mereka dalam

keadaan masyarakat prasejarah. Hal ini juga bertujuan agar imaginasi murid tidak lari daripada

fakta sejarah yang telah berlaku.

Gambar masyarakat prasejarah telah diberikan kepada murid dalam buku teks. Melalui

gambar yang telah diberikan tersebut, murid telah mendapat gambaran awal tentang keadaan

hidup pada ketika zaman prasejarah. Guru kemudiannya boleh meminta murid untuk

meletakkan diri mereka dalam suasana tersebut. Perkara ini memerlukan kecerdasan visual

ruang kanak-kanak. Hal ini kerana mereka perlu membayangkan perkara yang abstrak dan

tidak wujud dan bergantung kepada imaginasi mereka.

Kemahiran imaginasi ini juga boleh dilaksanakan melalui proses lakon semula ataupun

main peranan. Hal ini kerana murid dapat merasai apa yang dirasai oleh masyarakat prasejarah

dan ianya merupakan empati. Melalui empati, murid akan lebih menghayati isi kandungan

dalam topik yang diajarkan terutamanya topik ini. Misalnya, guru boleh menjalankan aktiviti

simulasi dalam kelas bagi menunjukkan bagaiman sistem barter berfungsi.

2.4.3 Kerajaan melayu awal (Buku teks tahun 4 m/s 84-85)

11

Page 12: KPS daus

Kemahiran imaginasi juga merupakan terdiri daripada aktiviti lakon semula. Hal ini kerana murid

dapat empati terhadap apa yang dilakukan mereka. Bagi merangsang pemikiran murid, guru

akan mengajukan soalan kepada murid tentang aktiviti yang berkaitan dengan laut. Bagi

menjawab soalan yang diberikan oleh guru, guru akan meminta murid untuk membayangkan

suasana di tepi laut pada zaman kerajaan Melayu.

Dengan berbuat demikian, murid akan mendapat gambaran umum tentang aktviti berkait

dengan laut yang dijalankan pada zaman kerajaan Melayu. Daripada gambaran uumu itu, guru

akan mengajukan soalan-soalan bagi membentuk gambaran umum itu kepada gambaran yang

lebih spesifik berkenaan tajuk tersebut. Kemudiannya, guru akan meminta murid untuk

bincangkan dan mengenali aktiviti berasaskan laut dengan lebih mendalam.

Selain itu, guru juga boleh menjalankan aktiviti main peranan. Daripada aktiviti ini, murid

akan mengenali peranan-peranan yang ada dalam aktiviti ekonomi yang berasaskan laut.

Perkara ini akan membuatkan murid lebih memahami tentang aktiviti ekonomi berasaskan laut

yang berlaku pada zaman kerajaan Melayu. Perkara ini akan membuatkan mereka menghargai

alam sekitar yang ada di sekeliling mereka di samping mereka membanding kegiatan ekonomi

pada masa dahulu dan sekarang.

2.4 MEMBUAT RASIONALISASI

Rasionalisasi adalah menggunakan akal fikiran untuk membuat pertimbangan yang wajar bagi

menyelesaikan sesuatu persoalan. Oleh itu, murid perlu dilatih kemahiran mengumpul data,

hipotesis, menentukan signifikan bukti dan membuat inferens. Tujuan membuat rasionalisasi

adalah untuk merangsang dan menjana pemikiran murid supaya mereka dapat memberikan

pandangan dan idea bernas. Selain itu, ianya juga untuk melatih pemikiran murid supaya

mereka mampu untuk mentafsir sesuatu peristiwa sejarah secara kritis.

2.5.1 Bunga kebangsaan (150-152)

Kemahiran rasionalisasi dapat digunakan untuk tajuk bunga kebangsaan. Hal ini kerana Bunga

Raya mempunyai signifkannya yang tersendiri. Oleh itu, murid dapat meningkatkan kemahiran

12

Page 13: KPS daus

rasionalisasi mereka. Murid disediakan dengan beberapa gambar yang berserta petikan. Bagi

memastikan murid memahami isi yang ingin disampaikan, guru akan menyampaikan beberapa

soalan asas yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

Selepas itu, guru akan meminta murid untuk mengkaji tentang pemilihan bunga

kebangsaan dengan lebih teliti dan minta murid untuk menyenaraikan bunga-bunga yang

pernah disenaraikan untuk dijadikan bunga kebangsaan. Kemudiannya guru akan mengajukan

lagi soalan tentang mengapa Bunga Raya dapat dipilih untuk menjadi sebagai Bunga

kebangsaan.

Murid kemudiannya diminta untuk memberi simbolik Bunga Raya. Misalnya, seperti

warna merah Bunga Raya yang merupakan keberanian untuk menempuh cabaran, keteguhan

ekonomi dan perpaduan negara kita. Murid kemudiannya mestlah mencari simbolik-simbolik

yang lain yang terdapat pada Bunga Raya. Ianya adalah amat penting bagi para murid untuk

mengenali bunga kebangsaan secara mendalam.

2.5.2 Bahasa Kebangsaan (buku teks tahun 5 m/s: 140-141)

Bahasa Melayu merupakan Bahasa kebangsaan negara ini. Oleh itu, ianya adalah amat penting

untuk para murid mengetahui rasionalisasi Bahasa Melayu menjadi Bahasa kebangsaan. Oleh

itu, bagi merangsang pemikiran murid, guru perlu mengemukakan soalan yang dapat mencabar

pemikiran murid misalnya seperti adakah ianya wajar untuk menjadikan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa kebangsaan.

Apabila murid menjawab bahawa ianya adalah wajar untuk menjadikan Bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaan, guru akan mengemukakan lagi soalan yang menguji tahap

kefahaman murid tentang tajuk ini, guru akan mengajukan soalan seperti apakah keistimewaan

Bahasa Melayu dan mengapa ianya perlu untuk dimartabatkan.

Murid seterusnya diminta untuk mengkaji lagi dengan lebih mendalam tentang fungsi

Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Seterusnya, murid diminta untuk mencari kaedah

untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu.

13

Page 14: KPS daus

2.5.3 Tun Perak bendahara terbilang (Buku teks tahun 4 m/s: 128-129)

Tajuk yang mengisahkan kebijaksanaan Tun Perak juga boleh dijadikan sebagai tajuk yang

sesuai untuk menggunakan kemahiran rasionalisasi. Hal ini kerana Tun Perak mempunyai

banyak sumbangan terhadap kerajaan Melaka. Oleh itu, ianya merupakan tajuk yang sesuai

memandangkan tindakan Tun Perak merupakan sesuatu yang baru dan unik dan jarang sekali

dilakukan oleh orang lain.

Buku teks telah memaparkan gambar yang menunjukkan situasi dimana Tun Perak

menunjukkan kebijaksanaannya dan sekali gus menyumbang kepada keamanan Melaka.

Berdasarkan gambar dan dialog yang terdapat dalam buku teks, guru akan meminta murid

untuk memberikan kesan daripada tindakan Tun Perak terhadap Melaka.

Selain itu, guru juga akan meminta murid untuk memberi sebab mengapa Tun Perak

mengambil tindakan yang unik misalnya seperti membawa ahli keluargar bersama pejuang.

Murid diminta untuk mengkaji lebih dalam tentang Tun Perak. Guru kemudiannya bertanyakan

pendapat murid tentang apakah yang akan terjadi kepada Melaka sekiranya Tun Perak tiada.

3.0 Rumusan

Kemahiran pemikiran sejarah ataupun KPS merupakan asas kepada pembelajaran sejarah.

Sekiranya murid tidak dapat menguasai elemen yang terdapat dalam KPS maka murid tersebut

tidak akan dapat menguasai subjek sejarah. Hal ini kerana murid tersebut tidak mempunyai

penguasaan terhadap KPS. Oleh itu, ianya merupakan peranan guru bagi memastikan anak

murid mampu untuk menguasai KPS.

KPS terdiri daripada lima elemen. Lima elemen tersebut merupakan elemen kemahiran

kronologi, kemahiran meneroka bukti, kemahiran imaginasi, kemahiran rasionalisasi dan

kemahiran interpretasi. Bagi seseorang itu untuk menguasai matapelajaran sejarah, individu

tersebut mestilah menguasai kelima-lima elemen tersebut.

14

Page 15: KPS daus

Contents1.0 PENGENALAN...................................................................................................................................1

2.0 Kemahiran Pemikiran Sejarah..........................................................................................................2

2.1 MEMAHAMI KRONOLOGI................................................................................................................2

2.1.1 Perjuangan menuntut kemerdekaan ( Buku teks tahun 5 m/s:72-73)................................................2

2.1.2 Sejarah dan kita. (Buku teks tahun 4 m/s: 5)......................................................................................3

2.1.3 Pengembaraan parameswara (Buku teks tahun 4 m/s 112-113)........................................................4

2.2 MENEROKA BUKTI...........................................................................................................................4

2.2.1 Sejarah dan kita (Buku teks tahun 4 m/s 2-4)..............................................................................5

2.2.2 Zaman prasejarah (Buku teks tahun 4 m/s 70-75).......................................................................6

2.2.3 Alat kebesaran diraja (Buku teks tahun 5 m/s90)........................................................................7

2.3 MEMBUAT INTERPRETASI................................................................................................................7

2.3.1 Kerajaan melayu awal (Buku teks tahun 4 m/s 84-85).................................................................8

2.3.2 Hang Tuah (Buku teks tahun 4 m/s 149)......................................................................................9

2.3.3 Tergugatnya kedaulatan negara (m/s 44-47)...............................................................................9

2.4 MEMBUAT IMAGINASI.........................................................................................................................10

2.4.1 Perjuangan tokoh tempatan (Buku teks tahun 5 m/s 58-65)............................................................10

2.4.2 zaman prasejarah (Buku teks tahun 4 m/s 72-75)............................................................................11

2.4.3 Kerajaan melayu awal (Buku teks tahun 4 m/s 84-85)......................................................................11

2.4 MEMBUAT RASIONALISASI............................................................................................................12

2.5.1 Bunga kebangsaan (150-152)...........................................................................................................12

2.5.2 Bahasa Kebangsaan (buku teks tahun 5 m/s: 140-141)....................................................................13

2.5.3 Tun Perak bendahara terbilang (Buku teks tahun 4 m/s: 128-129)..................................................13

15

Page 16: KPS daus

3.0 Rumusan........................................................................................................................................14

REFLEKSI

Tugasan Kaedah Pengajaran Sejarah merupakan satu cabaran yang hebat buat saya. Namun

begitu, telah saya berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tugasan ini. Tugasan ini telah

banyak memberi impak yang positif kepada saya yang dapat saya manfaatkan terutamanya

apabila menjadi guru kelak. Hal ini kerana tugasan ini telah mengingatkan dan mendidik saya

bahawa sebagai seorang guru, saya mestilah sentiasa kemaskini pengetahuan saya.

Selain itu, saya juga mengambil iktibar yang penting daripada tugasan ini iaitu seorang

guru mestilah menjadi seorang yang mahir dalam bidangnya. Hal ini kerana ianya merupakan

tanggungjawab guru untuk mendidik muridnya, perkara sedemikian takkan tercapai sekiranya

guru itu sendiri tidak mahir dalam bidang yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Oleh itu,

saya akan berusaha untuk menjadi mahir dalam bidang saya ceburi ini.

Selain itu, sebagai seorang guru, saya juga perlu membuat persediaan pengajaran yang

mencukupi bagi memastikan pembelajaran murid yang berkesan bagi memastikan generasi

yang akan mendatang adalah generasi yang akan memimpin negara ini ke arah kemajuan dan

kejayaan di persada antarabangsa.

16