presentation kps

29

Upload: hafizullurvedieyla

Post on 18-Feb-2016

268 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

upsi

TRANSCRIPT

ZAFIRAH BINTI ZAKARIA D20141067532

ARJUMAN BT MOHAMED KHAN @ OMAT D20141067517

SITI DIARABI IZMI D20141067576

WAN AYUNIE SOFFEA BINTI WAN KHARUDDIN D20141067535

NURUL ZARIFAH ISMAIL D20141067574

NOR ZAMIRA BINTI MAT NOH D20141067517

NAMA AHLI KUMPULAN

PENGENALAN Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-

tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan tindak balas antara guru dan murid.

Guru digalakkan bagi mengunakan lebih dariapada satu kaedah pengajaran. Ini kerana untuk menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran agar bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran, bahan bahan pengajaran, latar belakang pelajar serta persekitaran pembelajaran yang diwujudkan.

OBJEKTIF KAJIAN• Mengenalpasti kaedah pengajaran

yang berkesan.

• Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan kaedah yang digunakan.

• Mengenalpasti kesan daripada penggunaan kaedah pengajaran yang dipilih.

KAEDAH PENGAJARAN YANG BERKESAN

KAEDAH PENGAJARAN MELALUI PENGALAMAN

- Mengikut tom bourner, vivien martin dan phil race (1993) pengajaran dan pembelajaran secara pengalaman atau ‘experiental’ terjadi apabila pelajar memainkan peranan yang aktif. Pelajar yang terlibat secara langsung dalam situasi yang timbul atau ditimbulkan

- “Saya mendengar dan saya lupa, saya melihat dan saya ingat, saya membuat dan saya faham”

- Kaedah pengajaran secara pengalaman ini menekankan proses guru mengajar manakala murid mengalami dan menghayati. Pengajaran melalui kaedah ini juga akan memberi pelajar kefahaman yang lebih

KAEDAH PENGAJARAN SECARA KOPERATIF

- Mengubah pengajaran daripada konsep persaingan antara individu kepada persaingan berbentuk kumpulan.

- Memberi kebaikan kepada pelajar kerana mendapat bantuan daripada rakan sekumpulan.

- Selain itu, kecenderungan pelajar lemah untuk meminati mata pelajaran boleh terlaksana daripada desakkan lembut secara beransur-ansur daripada rakan sekumpulan

Prosedur pelaksanaan pembelajaran koperatif

1. Pada tahap awal digalakkan guru memberikan penerangan ringkas tentang kandungan pelajaran sejarah sebagai membuka jalan kepada pemahaman pelajar.

2. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang lebih kecil. Seeloknya empat orang sehingga lima orang yang terdiri daripada pelbagai jantina, bangsa, agama dan latar belakang keluarga.

3. Setelah tamat tempoh masa yang diberikan, pelajar akan kembali kepada kedudukan seperti sebelum sesi perbincangan. Kemudian, guru akan mengedarkan soalan berbentuk kuiz untuk menguji kefahaman pelajar semula mengenai penerangan yang diberi didalam kumpulan.

4. Kemudian, kertas jawapan akan dipungut oleh guru untuk diperiksa. Semua markah akan dikumpulkan dan dikira untuk melihat markah purata.

PENGAJARAN MELALUI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kaedah MakmalKaedah Projek/TugasanKaedah Tutoran Sebaya

KAEDAH MAKMALDalam kaedah ini pelajar mempelajari dan menguasai kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian. Kemahiran ini meliputi dua aspek iaitu:

Kemahiran sesuatu proses yang melibatkan pemikiran secara sistematik, objektif, kreatif, kritis, analitis dan rasional untuk menyelesaikan masalah dengan menggunaan perisian-perisian aplikasi ataupun perisian-perisian bahasa pengaturcaraan komputer.

Kemahiran manipulatif iaitu kemahiran tentang pengendalian sesuatu perisian dengan cara yang betul.

KAEDAH PROJEK/TUGASAN Guru juga perlulah memberikan garis panduan dan menerangkan proses dan teknik berfikif yang boleh mereka gunakan.

Jika tugas atau projek yang perlu dijalankan secara berkumpulan, guru hendaklah memberi garis panduan tentang kemahiran interpersonal dan sosial yang amat perlu diamalkan supaya mereka lebih beretika dan bertanggungjawab.

Antara beberapa contoh tugasan dan projek lain yang boleh diberi kepada pelajar ialah sebagai seorang guru, sediakan satu laporan lengkap analisis keputusan peperiksaan pelajar dengan menggunakan semua kemudahan yang bersesuaian yang disediakan dengan perisian Microsoft Excel.

KAEDAH TUTORAN SEBAYA

Dalam sesebuah kelas, tahap kefahaman seseorang pelajar berbeza-beza, ada yang lambat dan ada yang sederhana dan ada juga yang agak lambat.

Ketika dalam makmal komputer, walaupun setiap pelajar dibekalkan dengan sebuah komputer, guru hendaklah memberi tahu pelajar supaya saling membantu antara satu sama lain. Mereka hendaklah digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan sesama mereka. Jika ada rakan yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, maka rakan yang lain hendaklah membantu pelajar tersebut.

Melalui cara ini guru akan dapat memberi tumpuan membantu pelajar yang masih bermasalah dalam pembelajarannya. Kaedah ini akan mewujudkan sikap saling berkerjasama dan setiakawan. Kaedah ini juga amat berkesan untuk menguji tahap kefahaman masing-masing.

PENGAJARAN SECARA INTERAKTIF

KAEDAH PERBINCANGANSUMBANG SARAN

MAIN PERANAN DAN SIMULASI

KAEDAH PERBINCANGANAktiviti ini melibatkan pelajar dalam membincangkan sesuatu tajuk atau satu masalah.

Tujuan perbincangan ini adalah untuk mencungkil daya kreatif pelajar.

Dalam perbincangan yang baik guru hanya berperanan sebagai pembimbing atau pemudah cara sahaja. Contohnya guru memberi penerangan ringkas tentang tajuk atau masalah yang perlu dibincangkan dan mengemukakan soalan-soalan yang dapat digunakan oleh pelajar bagi menilai fakta yang dibincangkan.

Dalam aktiviti perbincangan juga pelajar mesti dilatih menerima pendapat orang lain. Guru perlu memastikan yang setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang dapat memandu perbincangan ahli-ahli dalam kumpulannya.

SUMBANG SARANTeknik pengajaran sumbang saran yang digunakan oleh guru dapat memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan mengeluarkan idea secara bebas, kritis dan analitis tentang sesuatu tajuk atau masalah atau isu yang dikemukakan.

Setiap ahli kumpulan perlu mengemukakan idea secara bergilir-gilir dalam sesuatu aktiviti sumbang saran.

Justeru guru perlu memastikan semua pelajar dalam kumpulan sedar akan tanggungjawab mereka. Ketua kumpulan yang dilantik pula perlu memastikan semua ahli terlibat dalam memberikan sebarang idea atau pendapat mereka.

MAIN PERANAN DAN SIMULASIKedua-dua aktiviti pembelajaran di atas bertujuan untuk membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang tepat dan sempurna dalam konteks sosial yang diadakan dalam bilik darjah.

Aktiviti main peranan dan simulasi memerlukan pelajar membayangkan sesuatu situasi sosial terlebih dahulu sebelum berinteraksi dalam situasi tersebut.

Dalam memainkan peranan, guru perlu merancang aktiviti yang melibatkan pelajar berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.

Pelajar diberi peranan yang tertentu dan diminta melakonkan peranan tersebut secara spontan. Pelajar juga mempunyai kebebasan untuk memilih bahasa yang hendak digunakan serta memperkembangkan watak yang diberi kepadanya. Walaupun demikian, pelajar mesti menggunakan bahasa yang sesuai dengan konteks penggunaan yang diberi.

KESAN KAEDAH PENGAJARAN

TERHADAP PELAJAR

KAEDAH TEKNOLOGI MAKLUMAT

• Penggunaan bahan multimedia menggalakkan pelajar menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari maklumat.

KESAN POSITIF

• Kesahihan maklumat• Pelajar akan terdorong

untuk melayari laman web yang tidak sepatutnya.

Kesan negatif

KAEDAH SECARA INTERAKTIF

-Pelajar dapat memahami apa yang diajar oleh guru-pengajaran secara perbincangan

KESAN POSITIF

-Sesetengah pelajar malu dalam proses pengajaran ini

KESAN NEGATIF

KAEDAH SECARA PENGALAMAN

KESAN POSITIF

KESAN NEGATIF

Pelajar dapat mengingat semula apa

yang diajar oleh guru

berdasarkan pengalaman

Pelajar tidak dapat

mengingat apa yang diajar

secara jangka masa panjang

KAEDAH SECARA KOPERATIF

KESAN POSITIF

Pelajar dapat bekerja dalam

kumpulan dan dapat bekerjasama antara

satu sama lain

KESAN NEGATIF

Pelajar tiada minat belajar jika tidak

serasi dengan ahli kumpulan

Sleeping partner

KELEMAHAN DALAM KAEDAH PEMBELAJARAN

Kelemahan Penggunaan ICT

kesukaran menggunakan Hardware dan Sofware ini akan mengganggu proses pengajaran.

Penyediaan bahan pengajaran memakan masa yang lama.Guru tiada kemahiran dalam yang baik mengendalikan teknologi.

Pendidik tidak pakar dalam mengendalikan masalah teknikal

Timbulnya penyalahgunaan internet sekiranya para pelajar didedahkan dengan pembelajaran secara “online” – pelajar lebih maju dan berpengalaman luas dalam bidang ICT

Kelemahan pengajaran secara interaktaif

Kebanyakan pelajar malu untuk bercakap, dan mereka hanya akan diam apabila disoal oleh guru, oleh itu perbualan antara dua hala tidak akan berlaku.

Hanya berpusatkan guru: Guru hanya mengajar topik yang akan diajar pada hari itu tanpa ada soal jawab dengan pelajar, oleh itu suasana dalam kelas agak membosankan dan pelajar tidak akan memberi tumpuan yang baik semasa P/P

Pengajaran melalui pengalaman

Guru tidak mengaplikasikan kaedah yang betul semasa mengajar dalam kelas, hal ini akan menyebabkan pelajar kurang faham tentang apa yang ingin diterangkan oleh guru tersebut . Seterusnya pelajar akan membuat keputusan untuk membuat kerja sendiri

Tidak semestinya pelajar mempunyai banyak pengalaman luar. Oleh itu, jika diminta oleh guru untuk bercerita tentang pengalaman yang ada, pelajar tersebut akan berdiam diri sahaja tanpa berusaha untuk mencari idea untuk bercakap-pemikiran pelajar tersebut cetek.

Takut menyumbangkan idea kerana bimbang idea yang dikongsi adalah salah dan akan diketawakan oleh pelajar lain

Merasakan pelajar lain lebih cerdik, oleh itu mereka takut untuk berbincang dan mengambil keputusan untuk berdian diri sahaja. Proses perbincangan dalam kumpulan tidak akan

berlaku

Bila belajar dalam kumpulan, ada sesetengan pelajar hanya pentingkan diri sendiri ( tidak menyumbangkan idea), mereka ini akan berbual dalam kumpulan dan akan mengganggu pebincangan ahli kumpulan tersebut

Kaedah Komperatif

Kelebihan Kaedah Yang Digunakan

Guru- guru dapat meluaskan lagi konsep pembelajaran.

Guru-guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang berlainan dan menyeronokkan.

Memudahkan para guru membimbing pelajar.

Memudahkan para guru dalam menyampaikan sesuatu ilmu.

Terhadap Guru

Memberi pelajar kefahaman yang lebih.

Memberi bimbingan yang nyata kepada seseorang pelajar itu tentang bagaimana dia bertindak dan memahami tingkah lakunya.

Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Meningkatkan penguasaan murid terhadap pelajaran

Terhadap Murid

KESIMPULAN• Pengajaran yang disudahkan dengan

berhasil akan menggubah pelajar daripada tidak tahu kepada tahu tentang sesuatu perkara, daripada tidak tahu melakukan sesuatu kepada mahir melakukan sesuatu.

• Guru dapat merasakan, malah menyaksikan perubahan yang berlaku kepada pelajar, dan akan bepuas hati dan bermotivasi dalam menjalankan tugasnya

• Apa yang diperlukan kini bukan sahaja guru yang hanya mempunyai lmu pengetahuan semata-mata. Namun, memiliki ciri kreatif dan inovatif untuk menghasilkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif serta berupaya menawan hati pelajar untuk terus belajar.