konsep rasm uthmani dan sejarahnya

13
1.1 Konsep Rasm Uthmani dan Sejarahnya 1.1.1 Pengertian Rasm Rasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf- huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat. 1.1.2 Pengertian Rasm Uthmani Rasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketiha penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirim kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentuk penulisan Al-Quran dalam mushaf- mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimana kebiasaannya. 1.1.3 Hukum mempelajari Rasm Uthmani Hukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah. 1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani 1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan Taufiqi Ia adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebih meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripada Allah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu. 2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran Pembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau ditolak. 3. Meliputi Tujuh Huruf Tujuh huruf Al-Quran ini menjadi factor utama dan dasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan oleh Rasulullah kepadqa sahabat-sahabatnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang meliputi unsure-unsur seperti kata nama, perselisihan pada ikrab, cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan juga perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, isymam dan sebagainya. 4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir. Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut. Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah. KELEBIHAN RASM UTHMANI 1.mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

Upload: shamsul-kamal-hj-maamor

Post on 03-Jul-2015

2.511 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

1.1Konsep Rasm Uthmani dan Sejarahnya1.1.1 Pengertian RasmRasm ialah pembentukan lafaz atau perkataan melalui penggabungan huruf-huruf hijaiyah atau gambaran-gambaran kalimah yang seterusnya dapat dituturkan. Ia juga boleh diertikan sebagai apa sahaja yang berkaitan dengan apa-apa jenis khat.1.1.2 Pengertian Rasm UthmaniRasm Uthmani ialah suatu ilmu yang membicarakan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat Al-Quran yang digunakan dan telah dipersetujui oleh Saidina Uthman ketiha penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ia juga dikenali sebagai Rasm Mushaf yang dikirim kepada berbagai daerah dan bandar di bawah taklukannya. Formasi atau bentuk penulisan Al-Quran dalam mushaf-mushaf Uthmani terdapat beberapa kelainan daripada bentuk-bentuk penulisan Bahasa Arab secara konvensional atau sebagaimana kebiasaannya.1.1.3 Hukum mempelajari Rasm UthmaniHukum mempelajari Rasm Uthmani adala fardhu Kifayah.1.1.4 Keistimewaan Rasm Uthmani1. Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi Bukan TaufiqiIa adalah Rasm bimbingan dan tunjuk ajar secara langsung oleh Rasulullah S.A.W. Lebih meyakinkan kita setiap apa yang dikhabarkan kepada rasul, sudah tentu datang daripada Allah. Penulisan Al-Quran seperti itu juga berterusan pada zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman sehinggalah pada zaman selepas itu.

2. Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-QuranPembacaan Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran kepada pembacanya yang menepati rukun. Pembacaan yang tidak menepati rukun dikira syaz atau ditolak.3. Meliputi Tujuh HurufTujuh huruf Al-Quran ini menjadi factor utama dan dasar sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan bertepatan dengan wajah qiraat yang diajarkan oleh Rasulullah kepadqa sahabat-sahabatnya. Salah satu pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tujuh cara bacaan yang meliputi unsure-unsur seperti kata nama, perselisihan pada ikrab, cara tasrif, perselisihan mendahului atau mentakhir sesuatu huruf atau kalimah, ibdal, menambah atau mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan juga perselisihan pada lahjah sama ada tebal atau nipis, imalah, isymam dan sebagainya.4. Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir.Melalui sirah, nabi melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan malaikat Jibril a.s dan Zaid bin Tsabit, seorang sahabat yang rapat dengannya turut berada bersama dengannya. Oleh sebab demikian, Zaid telah dipertanggungjawabkan untuk menulis dan mengumpul Al-Quran oleh dua orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman untuk menulis berdasarkan pembentangan tersebut.Dengan kajian konsep ilmu Rasm Uthmani ini, ianya dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran. Penulisan yang betul dan tepat adalah perkara yang penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.

Page 2: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

KELEBIHAN RASM UTHMANI

1.mengikut sunnah Rasulullah s.a.w

2.mengikut tulisan Al-Quran yang asal

2.boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar

3.memudahkan bacaan dengan wajah qiraat ( jenis jenis bacaan )

4.sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih

5.dipersetujui oleh lebih 12000 orang sahabat

6.salah satu daripada mukjizat Al-Quran

7.bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir

8.berdasarkan kepada dalil dalil yang kuat dengan hujah yang jelas

9.ditulis mengikut bacaan Rawi ( periwayat )

10.mengandungi rahsia dari segi mengekal dan mengugurkan huruf

contoh Al-Quran zaman dahulu sebelum di ubah dari tahap ke tahap oleh ulamak nahu dan qura' Al-Quran

TAHAP PENULISAN ALQURAN

penulisan Al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap tahap seperti berikut :

TAHAP PERTAMA : belum diletakkan sebarang tanda

Page 3: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

TAHAP KEDUA : ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu Aswad Ad Duali ( wafat pada tahun 69 hijrah pada zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam ) merupakan tokoh @ pengasas ilmu nahu

TAHAP KETIGA : mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan pemerintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi.

TAHAP KEEMPAT : mula diletakkan dengan tanda tanda baris ( harakah ) yang dipelopori oleh Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan, juge merupakan tokoh nahu, beliau ialah guru kepada sibawaih ( ulamak nahu )

TAHAP KELIMA : ditambah dengan tanda tanda waqaf dan lain lain tanda lagi

PENULISAN AL QURAN ( ILMU RASM )

ilmu rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz lafaz atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf hurufnya dari segi lafaz, huruf huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf, penulisan ( rasm ) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma'( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w, yang di mmaksudkan dengan tauqifiyyah ialah satu ketetapan dari Rasulullah s.a.w yang tidak boleh menyalahinya

PEMBAHAGIAN RASM

rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1 rasm Qiasi / imla'i = iaitu penulisan menurut pengucapan @ pertuturan

2 rasm Istilahi / Uthmani = iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan hamzah

kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah kaedah ini, oleh itu, penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat tuqifiyyah, maka penggunaan tulisan Imla'i atau qiasi tidaklah di haruskan..

Page 4: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

antare jenis Al-Quran mushaf uthmani yang ade zaman skang

Sejarah Al-Quran

1. Tulisan Arab

Nabi Muhammad s.a.w. telah diutuskan kepada satu umat yang

kebanyakannya buta huruf (tidak boleh membaca dan menulis), tidak

boleh mengira bahkan hampir tidak boleh mengenal sesuatu bentuk

tulisan. Antara yang boleh menulis sebelum kebangkitan Nabi Muhammad

s.a.w. sebagai Rasul ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab,

Uthman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Abu Sufyan bin

Harb, Mu'awiyah bin Abi Sufian, Abban bin Said dan al-'Ala' bin al-

Hadrami. Semuanya dari kalangan penduduk Mekah al-Mukarramah

manakala dari kalangan penduduk Madinah pula ialah Amru bin Said, Ubai

bin Ka' ab, Zaid bin Thabit dan al-Munzir bin Amru.

Setelah Rasululah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Baginda telah

menggalakkan penulisan dan mendorong agar umat Islam belajar menulis

sehingga mensyaratkan setiap orang tawanan Perang Badar dari kalangan

orang Quraisy Mekah yang ingin dibebaskan hendaklah terlebih dahulu

Page 5: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam di Madinah. Melalui usaha ini,

Baginda mengharapkan berlakunya pertambahan jumlah penulis di

kalangan masyarakat Islam. Akhimya Rasulullah s.a.w. mempunyai lebih

daripada 40 orang penulis (kebanyakannya penulis wahyu) sebelum al-

Quran sempurna diturunkan kepada Baginda.

2. Tulisan dan Penulisan AI-Quran

Menurut Bahasa Arab, perkataan khat (طخ) bererti garis memanjang pada

sesuatu perkara dan juga cara yang paling mudah untuk menulis, dengan

menggunakan peralatan seperti pen, qalam dan sebagainya.

Terdapat perbezaan di antara khat atau tulisan dan rasm. Khat adalah

berhubung dengan pembentukan huruf manakala ras m adalah mengenai

pembentukan perkataan menerusi huruf-huruf Hijaiyyah.

Khat yang dipelajari oleh Harb bin Umayyah dan mengajarkannya kepada

orang-orang Quraisy ialah khat al-Anbari al-Hairi. Apabila khat ini

diperkenalkan ke Hijaz, ia dinamakan dengan khat al-Hijazi.

Bentuk khat inilah yang telah digunakan oleh para penulis surat, syair dan

lain-lainnya. Sehinggalah kedatangan Islam, bentuk khat tersebut telah

digunakan dalam penulisan wahyu hinggalah ia digunakan pada Suhuf Abu

Bakar al-Siddiq dan digunakan juga pada penulisan Mushaf Uthmaniah.

Apabila Islam telah tersebar di serata pelusuk dunia, maka terdapat

sekumpulan dari penulis-penulis Kufah yang telah mengelak dan

mencantikkan lagi khat al-Hijazi. Setelah berlaku proses tersebut, khat al-

Hijazi itu dinamakan dengan khat al-Kufi.

3. Penulisan dan Pengumpulan AI-Quran pada Zaman Rasulullah S.A.W.

Menurut Ahli Sejarah, penulisan al-Quran bermula dari zaman Nabi

Muhammad s.a.w. di mana sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. menerima

wahyu, Baginda mengarahkan penulis-penulis wahyu mencatatkan ayat-

ayat al-Quran yang diterimanya.

Page 6: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

Antara penulis wahyu Baginda Rasulullah s.a.w. ialah Khulafa' al-Rasyidin

yang empat iaitu Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq, Saiyidina Umar bin al-

Khattab, Saiyidina Uthman bin Affan dan Saiyidina Ali bin Abi Talib r.a.

serta sahabat Baginda yang lain seperti Saiyidina Zaid bin Thabit, Ubai bin

Ka'ab, Thabit bin Qais r.a. dan lain-lain.

Oleh kerana pada masa itu ketiadaan kertas, maka para penulis wahyu

telah mencatatkan ayat-ayat al-Quran tersebut pada pelepahpelepah

tamar, kepingan batu, tulang dan lain-lain bahan tulisan. Catatan tersebut

disalin semula oleh sebahagian sahabat walaupun kebanyakan mereka

lebih mengutamakan hafazan.

4. Penulisan AI-Quran pada Zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq R.A.

Selepas Rasulullah s.a.w. wafat, para sahabat telah melantik Saiyidina

Abu Bakar al-Siddiq R.A. menjadi khalifah yang pertama. Pada zamannya

telah berlaku beberapa peperangan antaranya ialah peperangan al-

Yamamah yang berlaku pada tahun 11 Hijrah. Dalam peperangan tersebut

ramai tentera Islam yang menghafaz al-Quran telah gugur syahid.

Sejarah mencatatkan sehingga 700 orang yang menghafaz al-Quran telah

gugur syahid dalam peperangan tersebut."

Peristiwa berkenaan telah mendorong Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a.

beberapa kali mencadangkan kepada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a.

supaya diadakan usaha pengumpulan al-Quran kerana dibimbangi al-

Quran akan terhapus dengan sebab ramai Qurra' yang gugur syahid.

Akhirnya Khalifah Abu Bakar al-Siddiq r.a. bersetuju dengan cadangan

tersebut dan mengarahkan Saiyidina Zaid bin Thabit r.a. menyalin al-

Quran yang telah ditulis dan dihafaz pada zaman Rasulullah s.a.w. dengan

dibantu oleh beberapa orang sahabat yang lain. Melalui usaha tersebut

maka terkumpullah al-Quran yang pertama dalam bentuk lembaran suhuf.

Setelah Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. wafat, suhuf tersebut telah

disimpan di rumah Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. dan apabila

Saiyidina Umar bin al-Khattab r.a. wafat, lembaran suhuf itu telah

Page 7: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

disimpan pula oleh Ummul Mukminin Saiyidatina Hafsah binti Umar al-

Khattab r.a.

5. Penulisan Al-Quran pada Zaman Saiyidina Uthman bin Affan R.A.

Pada masa pemerintahan Khalifah Saiyidina Uthman bin Affan r.a. Islam

telah berkembang dengan luas meliputi Semenanjung Tanah Arab dan

lain-lain wilayah termasuk Armenia, Arzabeijan dan Khurasan. Umat Islam

di wilayah-wilayah tersebut telah mempelajari dan membaca al-Quran

menurut kaedah-kaedah bacaan Rasulullah s.a.w. melalui riwayat bacaan

para sahabat yang masyhur antaranya:

Penduduk Mekah dan Madinah mengambil kaedah bacaan dari Ubai bin

Ka'ab, Zaid bin Thabit dan Saiyidina Umar bin al- Khattab r.a.

Penduduk Syam mengambil kaedah bacaan daripada Saiyidina Uthman bin

Affan dan Abu Darda' r.a.

Penduduk Basrah mengambil kaedah bacaan dari Saiyidina Umar bin al-

Khattab, Ubai bin Ka'ab, Zaid bin Thabit, Saiyidina Uthman bin Affan,

Saiyidina Ali bin Abi Talib dan Abu Musa al-Asha' ari r.a.

Penduduk Kufah mengambil kaedah bacaan daripada Abdullah bin Mas'ud,

Saiyidina Ali bin Abi Talib, Saiyidina Uthman bin Affan, Ubai bin Ka'ab dan

Zaid bin Thabit r.a. Pada tahun 25 Hijrah, satu perbalahan yang hebat

telah berlaku di kalangan muslimin mengenai perbezaan kaedah bacaan

dan seterusnya perselisihan dari segi riwayat pembacaan al-

Quran.Keadaan yang tidak begitu sihat ini telah disampaikan oleh seorang

sahabat yang bemama Huzaifah bin al- Yaman kepada Khalifah Saiyidina

Uthman bin Affan. Huzaifah telah mencadangkan supaya Khalifah

Saiyidina Uthman r.a. mencari jalan untuk menyatukan kaum muslimin

dengan cara menyelaraskan mushaf agar tidak berlaku lagi perbalahan

dan perselisihan tersebut.

Page 8: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

Khalifah Uthman bin Affan r.a. telah membentuk satu Jawatankuasa

Penulisan Al-Quran yang diketuai oleh Zaid bin Thabit r.a. dan dibantu

oleh beberapa orang anggota yang lain yang terdiri dari Abdullah bin

Zubair, Said bin al-' As dan Abdul Rahman bin Harith bin Hisyam r.a.

Lembaran-lembaran suhuf al-Quran yang diambil dari simpanan

Saiyidatina Hafsah binti Umar r.a. untuk dijadikan mushaf. Ketika ahli-ahli

Jawatankuasa ini menjalankan tugas, Saiyidina Uthman bin Affan memberi

nasihat dan meletakkan panduan bahawa asas rujukan di dalam penulisan

al-Quran ini hendaklah berdasarkan bacaan para Qurra'.

Jika terdapat perbezaan pada bacaan mereka, maka hendaklah ditulis

mengikut bahasa orang-orang Quraisy kerana al- Quran itu diturunkan

menurut bahasa Quraisy. Menurut pendapat yang muktamad,

Jawatankuasa tersebut telah menyusun dan menyalin sebanyak enam

mushaf al-Quran.

Sebuah mushaf untuk kegunaan Saiyidina Uthman bin Affan r.a. sendiri

yang dinamakan "Mushaf al-Imam" dan mushaf yang lain dikirimkan ke

Mekah, Syam, Basrah, Kufah dan Madinah. Mushaf tersebut bukan sahaja

dijadikan rujukan tunggal bagi penduduk di wilayah- wilayah berkenaan,

bahkan dihantar bersama-samanya seorang imam (qari) yang adil dan

mutqin" di dalam bacaan al-Quran untuk mengajar penduduk berkenaan.

Mereka terdiri daripada:

i. Abdullah bin al-Saaib r.a. ke Mekah.

ii. AI-Mughirah bin Abi Syahab r.a. ke Syam.

iii. Abdul Rahman Abdullah bin Habib al-Sulami r.a. ke Kufah. iv. Amru bin

Qais r.a. ke Basrah.

v. Zaid bin Thabit r.a. di Madinah.

Selepas itu, Saiyidina Uthman bin Affan r.a. memerintahkan supaya semua

lembaran al-Quran yang ditulis sebelum ini dikumpulkan untuk dibakar

atau dilupuskan. Walau bagaimanapun, perbezaan bacaan (تاءارقال هججو)

Page 9: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

yang ada hingga sekarang ini tidaklah berlawanan dengan apa yang

terdapat di dalam mushaf yang ditulis pada zaman Khalifah Uthman bin

Affan r.a. kerana bacaan itu telah diterima dari Baginda Rasulullah s.a.w.

secara mutawatir.

Usaha-usaha pengumpulan al-Quran yang dilakukan pada zaman Khalifah

Uthman bin Affan telah mendatangkan faedah yang besar kepada umat

Islam terutamanya dari segi:

i. Dapat menyelamatkan umat Islam dari perpecahan.

ii. Dapat menyelesaikan perselisihan kaum muslimin tentang penulisan al-

Quran.

iii. Dapat menyatukan bentuk mushaf yang seragam melalui ejaan dan

tulisan.

iv. Dapat menyatukan wajah-wajah qiraat melalui satu mushaf.

v. Dapat menyelaraskan susunan surah-surah menurut tertib seperti yang

ada sekarang ini.

6. Kelebihan Rasm Uthmani

AI-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan, antaranya:

i. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

ii. Mengikut tulisan al-Quran yang asal.

iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar

daripada maksud yang sebenar.

iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis-jenis bacaan).

v. Sebagai hujah kepada bahasa al-Quran yang fasih.

vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat.

Page 10: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

vii. Salah satu dari mukjizat al-Quran. viii.Bertepatan dengan riwayat

bacaan mutawatir.

ix. Salah satu dari rukun bacaan al-Quran al-Karim.

x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas. xi.

Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf

7. Tahap Penulisan AI-Quran

Penulisan al-Quran Rasm Uthmani seperti yang terdapat sekarang ini

melalui tahap-tahap berikut:

i. Tahap Pertama: Belum diletakkan sebarang tanda.

ii. Tahap Kedua: Ditandakan titik (بارعال ةطقن) yang dipelopori oleh/Abu al-

Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman

Khalifah Marwan bin al-Hakam).

iii.Tahap Ketiga: Mula ditandakan dengan titik (ماجعال ةطقن) yang

dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasyr bin 'Asim al-Laisy dengan

perintah Gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusof al-Thaqafi,

iv. Tahap Keempat: Mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah)

yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman

pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

v. Tahap Kelima: Ditambah dengan tanda-tanda waqaf dan lain-lain tanda

lagi.

Tulisan al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh mula dicetak buat

pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah)

dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari

ini.

8. Cara Bacaan AI-Quran yang Diamalkan Masa Kini

Page 11: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:

i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari Imam 'Asim adalah paling banyak

diamalkan di negara-negara Islam.

ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari Imam Nafi' adalah banyak

diamalkan di negara Afrika.

iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari Imam Nafi' adalah banyak

diamalkan di negara Asia Tengah.

iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari Imam Abu Amru al-Basri adalah

banyak diamalkan di Sudan.

9. Penulisan AI-Quran (Ilmu Rasm)

Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz

atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz,

huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah,

mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf.

Penulisan (rasm) al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang

diikuti secara ijma' (sepakat) oleh seluruh ulama mujtahidin kerana tulisan

ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi

Muhammad s.a.w.

10. Pembahagian Rasm

Rasm al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Rasm Qiasi/Imla'i. - Iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/

pertuturan.

Page 12: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

ii. Rasm Istilahi/ Uthmani. - Iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang

mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan

ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah,

mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah.

Kebanyakan mushaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu,

penulisan mushaf Uthmani ini diakui sebagai penulisan yang bersifat

tauqifiyyah (penetapan/penentuan Nabi), maka penggunaan tulisan Imla'i

atau Qiasi tidaklah diharuskan.

Disusun Oleh : Ustaz Md Abdu Bin Sahak B.A (Hons) Al Quran & Qiraat

Universiti Al Azhar Mesir.

Imam Qiraat.

Nama sebenarnya ialah Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi. Ayahnya bernama Abdullah dan

keturunannya ialah Abu al-Najud manakala ibunya pula bernama Bahdalah. Ada juga yang

mengatakan nama sebenar ‘Asim ialah ‘Asim ibnu Bahdalah.

Imam ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi juga digelar sebagai Abu Bakar kerana beliau

berketurunan Arab asli daripada kabilah Bani Asad di Kufah dan salah seorang daripada al-

Qurra’ al-Sab’ah. Beliau telah mangambil ilmu qiraat daripada dua orang sahabat iaitu Ani

Ramthah Rifa’ah al-Tamimi dan al-Harith bin Hassan al-Bakri. Imam ‘Asim maenjadi tabi’in

kerana Abi Ramthah telah mengambil riwayat daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal manakala

al-Harith pula mengambil riwayat daripada Abi Ubaid al-Qasim bin Salam.

Guru kepada Imam ‘Asim ialah Abi Abdul Rahman Abdullah bin Habib bin Rabi’ah al-

Sulami al-Dharirr, Abi Maryam Zarrin bin Hubaisy bin Habsyah al-Asadi dan Abi Amru

Sa’dun bin Ilyas al-Syaibani. Mereka bertiga pula mengambil riwayat daripada Uthman bin

Affan dan Ali bin Abi Thalib. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa al-Sulami

mengambil riwayat daripada Ubai bin Ka’ab dan Zaid bin Thabit. Ibnu Mas’ud, Ali, Ubai dan

Zaid mengambil riwayat daripada Rasulullah s.a.w.

Imam ‘Asim adalah Imam yang pertama dalam bidang Qiraat di Kufah selepas Abi Abdul

Page 13: Konsep Rasm Uthmani Dan Sejarahnya

Rahman al-Sulami dan menjadi tumpuan serta tempat rujukan semua manusia dari segenap

pelusuk dunia. Beliau dianugerahkan suara yang merdu, pandai membaca al-Quran al-Karim

dengan bertajwid serta mempunyai sebutan dan lahjah yang jelas. Abu Bakar ibnu ‘Iyash

(Syu’bah) berkata : “ Tidak pernah aku melihat seorang manusia yang pandai membaca al-

Quran al-Karim melainkan ‘Asim bin Abi al-Najud al-Kufi yang begitu mahir dalam bidang ilmu

bahasa, nahu dan pakar dalam bidang feqah ”.

Berkata Yahya bin Adam dari Hassan bin Soleh : “ Aku melihat tidak ada seorangpun yang lebih

fasih bercakap melainkan Imam ‘Asim bin al-Najud al-Kufi”. Abu Bakar bin ‘Iyash berkata : “

Imam ‘Asim pernah jatuh sakit selama dua tahun tanpa membaca al-Quran dan membuat

sebarang kerja. Apabila beliau sembuh dari penyakitnya, beliau dapat membaca al-Quran tanpa

melakukan sebarang kesalahan”.

Imam ‘Asim mempunyai beberapa orang anak murid. Di antaranya Hafs bin Sulaiman, Abu

Bakar Syu’bah bin ‘Iyash, ( kedua-duanya ialah perawi yang masyhur ), Abaan bin Taghlab,

Hamad bin Mihran al-A’masyh, Abu al-Munzir Salam bin Sulaiman, Sahl bin Syu’aib, Syaiban

bin Muawiyah dan lain-lain lagi. Imam ‘Asim juga pernah mengambil riwayat daripada Abu

Amru bin al-A’la, Khalil bin Ahmad dan Hamzah bin al-Ziyat.

Beliau wafat pada akhir tahun 127 Hijrah di Kufah.