konsep asas dialog antara agama.docx

75

Click here to load reader

Upload: ibnu-mohamad-ibnu-ngah

Post on 01-Jan-2016

810 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep asas dialog antara agama.docx

Konsep asas dialog antara agama

1. Selain itu, konsep ini juga menekankan sikap penerimaan antara kaum diMalaysia agar semua pihak saling hormat-menghormati antara satu sama laindalam aspek budaya, bahasa, dan agama. Ini selaras dengan ucapan PerdanaMenteri Malaysia yang ke-6 berkenaan dengan konsep 1Malaysia, iaitu:1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysiayang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadiamalan setiap rakyat Malaysia.Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak,Perdana Menteri Malaysia (PPM, 2009). ( Aizat bin Khairi,2011 )

Rakyat Malaysia yang pelbagai etnik inimampu menyelesaikan masalah dan mengelakkan konflik dengan cara tersendiri.Kesemua ini menggambarkan bahawa wujudnya perpaduan kaum. Konsepperpaduan di Malaysia bermaksud satu proses menyatupadukan anggota-anggotamasyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama di kalangan mereka(Institut Tadbiran Awan Negara Malaysia, 1997)

Pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan termasuklahpenggunaan kaedah pembangunan sosio-ekonomi dan pembangunan sosiopsikologi.Kaedah pembangunan sosio-psikologi misalnya

Bagi pendidikan formal misalnya, ia merupakan proses pemasyarakatan diperingkat sekolah serta pengajian tinggi, kurikulumnya yang telah diisi denganunsur-unsur yang dapat memberi pengetahuan yang mendalam tentangkumpulan-kumpulan etnik negeri ini dengan pemupukkan semangat bersatupadu.

Di Malaysia, masalah perpaduan sering dihubungkaitkan dengan polarisasi.Polarisasi bermaksud pembahagian golongan tertentu mempunyai amalan atau

Page 2: Konsep asas dialog antara agama.docx

pendirian yang berbeza sehingga mewujudkan beberapa kelompok anggotamasyarakat yang bertentangan dengan kelompok yang lain. Polarisasi wujudkerana perbezaan latar belakang, agama dan nilai hidup. Polarisasi menjadi lebihketara apabila kelompok yang mempunyai perbezaan nilai memiliki keinginanserta hasrat yang berlainan sehingga menimbulkan konflik dalam pelbagai bentuk.Masalah polarisasi perlu ditangani dan perpaduan merupakan strategi terbaik

Jika dilihat daripada kaedah-kaedah menyatupadukan etnik danmenghapuskan polarisasi kaum, jelas bahawa peranan hubungan sosial adalahpenting. Istilah 'hubungan sosial' adalah istilah yang digunakan untuk merujukkepada hubungan atau interaksi antara manusia

Melalui interaksi inilah anggota masyarakat yang terdiri daripadapelbagai etnik dapat bersama-sama memahami budaya dalam kalangan etniketnikyang berbeza yang sehingga kini rakyat Malaysia masih mengaku bahawaperpaduan sememangnya wujud dan akan berterusan. Namun begitu, padapertengahan tahun 2005, Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah dikejutkan dengansatu edaran daripada Jabatan Pengurusan Pengajian Tinggi yang berupa arahanmemantapkan kurikulum kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)dan pelaksanaan Kursus Hubungan Etnik (KHE) di Institusi Pengajian TinggiAwam (IPTA). Arahan tersebut dibuat berdasarkan satu kajian yang telahdijalankan oleh Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN)terhadap 6,000 orang pelajar di IPTA, mendapati bahawa polarisasi kaum masihwujud dalam kalangan pelajar-pelajar IPTA. Hasil daripada kajian tersebutKementerian telah bersetuju dengan cadangan perubahan Kurikulum KursusTamadun Islam, Tamadun Asia (TITAS) dan Kursus Hubungan Etnik (KHE).

Page 3: Konsep asas dialog antara agama.docx

Selama ini warga IPTA telahlama mengetahui tentang masalah ini dan cuba menanganinya dengan pelbagaicara, namun kurang berjaya. Sebagai contoh, pihak pentadbiran atasan UTM telahmengarah pensyarah yang terlibat dalam pengajaran kursus wajib untuk membuat beberapa kajian terhadap keberkesanan kursus wajib di UTM yang berkaitan dengan semangat perpaduan, jati diri, patriotisme dan lain-lain

Malah sebelum kursus hubungan etnik diperkenalkan pelajar IPTA telah pundiwajibkan mengambil kursus Kenegaraan Malaysia iaitu kursus tentang sistemsosial, ekonomi, politik, patriotik dan bangga terhadap negara, menghargai jasajasapejuang yang lampau, bersikap terbuka, toleransi serta sedia memberisumbangan dan pengorbanan demi rakyat dan negara kepada pelajar-pelajar tahunsatu. Namun hubungan antara etnik di IPT masih juga dingin dan hampir beku.

satu kajian telah dibuat olehbeberapa pensyarah yang terlibat dalam pengajaran kursus wajib ini untuk melihatsejauhmana interaksi sosial pelajar berbilang kaum di IPTA. Jika tahap perpaduanmereka rendah atau sederhana, maka masalah polarisasi ini sebenarnya perluditangani di peringkat sekolah rendah hingga menengah bukan setelah merekamelangkah ke IPTA. ( Hamidah,2011 )

Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada tiga kaum terbesar iaitu Melayu (54.2%), Cina (25.3%) dan India (7.5%) dan lain-lain (13.0%). Sungguhpun Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang aman, stabil dan harmoni dalam kategori negara majmuk, namun segelintir sarjana seperti Khoo Kay Kim (2007) menyatakan Malaysia berada dalam keadaan ’worrying and fragile state’, manakala Shamsul Amri (2005) pula menyatakan ’tegang tapi stabil.’ ( Mohd Azhar,2011 )

Dialog antara agama adalah perlu bagi membolehkan rakyat berbilang kaum di negara ini lebih memahami kepercayaan agama yang dianuti masing-masing amat dialu-alukan. Contohnya, dialog dua peradaban terkemuka Islam-Kristian amat penting dalam menentukan bentuk hubungan kedua-duanya serta manusia sejagat.

Page 4: Konsep asas dialog antara agama.docx

Sejarah panjang umat Islam melahirkan teladan bagi memahami faktor kemajmukan dan kebebasan beragama, selain masalah-masalah yang timbul. Kebebasan beragama juga diterapkan dalam Perlembagaan Madinah (Mitsaq Al-Madinah) dalam ruang dan waktu ketika itu. Pada dataran struktural dan politik, Nabi Muhammad s.a.w berusaha mencari titik pertemuan dengan pelbagai golongan di Madinah dengan terlebih dahulu mengakui hak eksistensi masing-masing kelompok dalam dokumen ini, meskipun kemudian ada pelanggaran-pelanggarannya. ( Abu Qassim )

Keghairahan untuk 'berdailog' kini menjadi suatu fenomena di negara kita. Salah satu bentuk dailog yang mendapat perhatian ramai ialah dialog yang melibatkan wakil dari agama-agama yang diamalkan di negara ini; atau dalam bahasa Inggerisnya inter-faith dialogue. Sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang keturunan dan agama dailog secara umumnya dilihat sebagai satu usaha positif ke arah saling memahami dan mengekalkan suasana harmoni yang kita nikmati selama ini.

Walaubagaimanapun, oleh kerana budaya berdailog adalah sesuatu yang baru bagi rakyat negara ini, mereka perlu diperingatkan tentang beberapa perkara penting, khususnya yang melibatkan agama, agar dailog yang dianjurkan itu benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. 

Dailog mengandaikan ada dua pihak yang mahu berbincang dan bertukar pandangan. Di negara kita, oleh kerana Islam adalah agama rasmi Persekutuan, dan orang Melayu-Islam adalah golongan terbesar, isu-isu berkaitan dengan perlaksanaan undang-undang Islam kerap menimbulkan kontroversi. Dalam soal ini, masyarakat-masyarakat bukan Melayu-Islam, yang merupakan golongan minoriti, kebiasaannya akan menggembeling tenaga dan buah fikiran bagi mempertahankan kepentingan-kepentingan mereka. Sebagai negara demokratik yang mengamalkan kebebasan bersuara, pandangan-pandangan yang mereka kemukakan patut didengar dan diberi pertimbangan yang adil dan saksama. Walaubagaimanapun, sekiranya dailog diadakan, dan ia melibatkan wakil-wakil semua agama lain (Hindu, Buddha, Sikh, dan Kristian) di satu pihak, dan pihak berkuasa yang mentadbirkan hal-ehwal Islam di satu pihak yang lain, nama yang lebih tepat bagi mencerminkan hakikat sebenar ialah 'dailog dengan orang Islam', bukan 'dailog antara agama'. ( IKIM )Dailog antara agama sepatutnya mempunyai fungsi dan ruang-lingkup yang tidak boleh dibataskan oleh kepentingan-kepentingan etnik dan demografi. Ia merujuk kepada fungsi agama sebagai panduan hidup manusia, sama ada sebagai individu, mahupun masyarakat. Dailog antara agama adalah suatu usaha yang positif jika hasratnya untuk memahamkan setiap penganut tentang perkara di atas, serta cabaran-cabaran semasa yang dihadapi. 

Di sini timbul persoalan mengenai kesesuaian frasa inter-faith dialogue yang sering diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagai 'dailog antara agama'. Faith, adalah 'kepercayaan', dan kepercayaan hanyalah sebahagian dari agama, sedangkan agama mengandungi lebih dari itu, termasuk amalan keagamaan dan tatacara kehidupan (akhlak). Soal kepercayaan tidak sewajarnya didailogkan, apatah lagi dalam majlis-majlis umum, kerana perbezaan antara agama-agama dalam soal kepercayaan adalah amat besar dan mutlak. Apa yang pasti ialah tidak mungkin wujud persetujuan dalam soal teologi, dan buktinya ialah hakikat bahawa wujud berbagai-bagai agama sejak ribuan tahun dahulu hingga sekarang. Dailog yang berfaedah dan mermberi manfaat kepada semua ialah dailog tentang persoalan bersama yang mempunyai harapan untuk dicapai persepakatan. Persoalan itu tidak lain dari persoalan akhlak keagamaan, kerana semua agama menganjurkan pengikutnya mempunyai akhlak yang baik. Malangnya,

Page 5: Konsep asas dialog antara agama.docx

nilai-nilai dan tatacara kehidupan berakhlak semakin hari semakin merosot pengaruhnya kepada manusia moden, dihakis oleh proses kemodenan dan pembaratan, yang bertunjangkan kepada pandangan hidup sekular (secular worldview). Melihatkan kepada perkembangan semasa khususnya di negara kita, dialog-dailog yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan sosial lebih cenderung membangkitkan isu-isu kebebasan, hak wanita dan golongan minoriti. Ajaran-ajaran Islam, secara umumnya, dilihat sebagai punca masalah, dan suatu tafsiran baru kefahaman Islam yang bersemangat pluralistik dan sedia berubah dengan perubahan zaman dilihat sebagai penyelesaiannya. Walaupun pada zahirnya dialog-dailog itu diwakili oleh penganut-penganut berbagai agama, termasuk Islam, tiada satu agamapun yang diwakili! Pada hakikatnya tiada dailog yang berlaku antara agama, sebaliknya ia hanya suatu majlis di mana para pencacai falsafah sekular humanisme Barat menyogokkan pandangan mereka terhadap penganut agama-agama lain. Yang sebenarnya mereka wakili bukanlah agama yang mereka dianuti, tetapi suatu faham agama yang dianjurkan oleh Kebudayaan Barat. Termasuk dalam golongan ini ialah golongan professional dan intelektual Melayu-Islam yang keliru, yang melihat agamanya sebagaimana orang Barat melihat agama mereka. ( IKIM )

Malaysia dilahirkan sebagai sebuah masyarakat majmuk: berbilang bangsa, berbilang bahasa, berbilang agama dan berbilang budaya.

Kemajmukan merupakan salah satu cabaran utama kepada pembangunan negara Malaysia: ada dua kemungkinan, sama ada ia menjadi punca kekuatan dan kemajuan, malah keagungan, atau pun ia menjadi punca konflik dan kelemahan, malahan kehancuran

Kemajmukan menuntut prinsip dan rukun hidup bersama yang boleh menjamin kesefahaman, saling hormat menghormati, keamanan. Kerangka Malaysia sebagai negara majmuk dengan beberapa prinsip dan rukun hidup bersama untuk rakyat Malaysia telah disediakan menjelang kelahiran Malaysia sebagai negara merdeka.

Kerangka ini yang sebahagian besar unsur-unsurnya termaktub di dalam Perlembagaan Negara tidak sempurna tetapi terbukti berfungsi dengan baik selama separuh abad, terutamanya jika dibandingkan dengan banyak negara-negara membangun yang sebaya dengannya.

Tuntutan supaya kerangka ini dikaji semula selaras dengan perkembangan masa adalah suatu yang natural. Sikap yang positif harus diambil terhadap tuntutan-tuntutan ini: perlu ada perbincangan dan dialog yang dijalankan secara waras dan rasional. Yang melibatkan isu-isu yang lebih sensitif seperti isu-isu keagamaan harus ditangani dengan bijaksana tetapi bukan dengan menutup pintu diskusi. Rakyat harus

Page 6: Konsep asas dialog antara agama.docx

dididik supaya lebih matang dalam berbeza pendapat dan dalam mendekati isu-isu yang lazimnya dianggap sebagai “sensitif”

Dalam masyarakat majmuk, terutamanya masyarakat berbilang agama seperti Malaysia yang pola demografinya agak unik, dialog merupakan salah satu rukun hidup bersama yang terpenting

Malangnya, tradisi dialog antara agama belum berakar umbi di negara ini. Dialog masih berada di peringkat awal. Yang menyedihkan lagi, nampaknya belum ada kesungguhan untuk mempromosikan dialog dan usaha untuk mewujudkan suasana yang sihat untuk berdialog. Sedangkan masa depan negara banyak bergantung pada setakat mana rakyat negara ini menghayati semangat dialog di kalangan para penganut pelbagai agama di negara ini

Orang Islam patut sedar bahawa agama Islam mengandungi banyak ajaran yang menyokong usaha untuk berdialog antara agama (lihat catatan lampiran). Berbanding dengan kitab-kitab agama yang lain, al-Quran lebih banyak memperkatakan tentang keperluan dan manfaat dialog antara agama. Ini adalah kerana sebagai kitab terakhir yang diwahyukan kepada manusia ia mengambil kira keperluan-keperluan masyarakat manusia di zaman akhir sejarah umat manusia. Ini termasuklah keperluan manusia dari pelbagai bangsa dan agama hidup bersama dengan aman damai.

Di Malaysia ada banyak isu berkaitan dengan agama yang perlu ditangani secara bijaksana. Yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu agama perlu berada di barisan hadapan dalam usaha menyelesaikan isu-isu yang boleh membawa konflik terbuka di antara penganut-penganut pelbagai agama

Banyak ilmu yang diperlukan untuk membina tradisi dialog yang sihat dan produktif: ilmu tentang sejarah negara ini, tentang agama-agama lain selain daripada agama kita sendiri, tentang kepelbagaian budaya dan keetnikan di negara ini. Kita memerlukan pemimpin agama dan intelektual dan cerdik pandai yang berwibawa untuk membantu Malaysia diuruskan dengan baik sebagai masyarakat majmuk ( Dr Osman,2006 )

‘Penganjuran dialog antara agama sememangnya menjadi salah satu program yang memenuhi kalendar

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Sejajar dengan matlamat penubuhannya, adalah menjadi tugas

Page 7: Konsep asas dialog antara agama.docx

institut itu memberi kefahaman kepada pelbagai pihak tentang Islam dan membetulkan fahaman sempit

yang masih membelenggu umat Islam itu sendiri.

untuk membolehkan dialog antara agama dilaksanakan, umat Islam mesti mempunyai keyakinan diri yang

tinggi agar setiap perkara yang dibangkitkan semasa dialog dapat diberi penjelasan dengan berkesan.

Setakat ini semua pihak menerima baik dialog yang dianjurkan. Memang ada ketikanya kita ditanya dengan

pelbagai soalan panas namun kita perlu sedar jika kita cukup ilmu kita mampu berhujah dan memberi

pandangan yang membina bukan dengan emosi. Masyarakat kita ini hanya melihat agama dari sudut dan

perspektif kecil. Agama hanya dilihat dari sudut hukum walhal agama itu sebenarnya menyusun kehidupan.

Kita perlu melihat dari konteks yang lebih luas. Kita perlu mendengar dan saling memahami sama ada kita

bersetuju atau tidak itu soal lain. Jika kita lihat dengan lebih mendalam Islam itu sendiri berbentuk sebegitu.

Jika kita lihat pada zaman Rasulullah SAW, beliau mewujudkan Piagam Madinah untuk menyusun

masyarakat yang pelbagai ras dan kepercayaan. Golongan Yahudi sendiri berjumlah 49 peratus dan orang

Arab yang bukan Islam pun ramai. Terdapat 52 artikel dalam piagam itu yang adil untuk semua. Maknanya

di situ Rasulullah SAW memahami senario ketika itu dari segi budaya, ekonomi dan politik. Perbincangan

dengan masyarakat bukan Islam juga diadakan, baru Rasulullah mewujudkan piagam itu. Barulah dapat

diwujudkan satu masyarakat yang mendapat rahmat dari Allah kerana mendokong keadilan dan kebenaran

serta kasih sayang di antara semua. Kenapa kita perlu menyempitkan Islam sekarang. Agama ini untuk

semua manusia. Al-Quran itu adalah panduan untuk semua manusia. Dialog perlu tetapi bentuk bagaimana

ia perlu dilakukan. Pertama kita perlu bersetuju tentang perbezaan tentang ketuhanan atau teologi. Jika

tidak kita tidak nampak perbezaan antara agama. Akidah kita berbeza begitu juga keturunan. Kristian

percaya kepada trinity manakala Islam percaya pada Allah yang satu, perlu ada persetujuan dalam soal

ketuhanan dan kepercayaan dan ia perlu diakui. Namun kita juga perlu mengiktiraf kepercayaan mereka

serta menghormati mereka. Tetapi kalau kita hendak membincangkan soal ketuhanan masing-masing, itu

boleh kita adakan perbincangan secara tertutup di kalangan orang ilmuwan. Takkan orang awam hendak

bercakap tentang konsep ketuhanan seperti trinity, konsep tauhid dan sebagainya kerana mereka tidak

begitu faham. Maka perbincangan secara ilmiah boleh dilakukan secara tertutup tentang perkara ini. Kalau

mereka yakin tentang ajaran dan kehebatan Islam mungkin akhirnya mereka mendapat hidayah untuk

memeluk Islam. 

Bila orang Islam gagal memahami usaha dialog ini apa sahaja usaha yang dilakukan untuk memberi

kefahaman kepada orang bukan Islam akan sentiasa dibantah. Bagi saya kita perlu yakin, jika tidak

bagaimana kita mahu berhadapan dengan orang lain. Sebab itu dialog perlu kerana berdasarkan apa yang

dilakukan oleh IKIM dengan orang bukan Islam yang datang serta pelbagai topik yang dibincangkan

merangkumi undang-undang, ekonomi, sosial dan sebagainya kita turut berbincang dan memahami apa

yang mereka mahukan. Masalahnya di kalangan kita terdapat masalah untuk membuka minda serta

berkelahi tentang isu yang remeh temeh. Walhal kita perlu melihat kepada aspek yang lebih luas.  ( IKIM )

KERAJAAN pada 1991 telah mengumumkan niatnya untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.  Idea ini dipelopori oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu dan idea ini lebih dikenali sebagai Wawasan 2020.

Wawasan ini menjelaskan tentang sembilan cabaran  utama yang perlu diatasi untuk mencapai status Negara maju menjelang 2020.  Antara cabaran utamanya adalah  mewujudkan satu negara Malaysia bersatu yang terdiri dari satu bangsa Malaysia.

Impian untuk mencapai bangsa Malaysia ini terus diberi perhatian oleh kerajaan pada hari ini dan kali ini  kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan gagasan 1Malaysia beliau.

Page 8: Konsep asas dialog antara agama.docx

Mata pelajaran Hubungan Etnik ini hanya salah satu strategi kecil dalam usaha kerajaan untuk menghasilkan sebuah negara bangsa yang bersatu padu di mana rakyatnya hidup aman damai dan harmoni.

Penghasilan modul yang efektif harus diikuti dengan cara pengajaran mata pelajaran tersebut.  Sebagai seorang mahasiswa yang pernah mengambil kursus ini, saya berpendapat cara penyampaian kursus ini kepada para pelajar tidak begitu efektif.

Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan pencapaian matlamat mata pelajaran Hubungan Etnik ini secara keseluruhannya.  Ini adalah kerana objektif utamanya adalah memupuk perpaduan antara rakyat yang ingin dimulakan dari diri mahasiswa/i di IPTA.

Akan tetapi, dalam kelas Hubungan Etnik itu sendiri, para pelajar masih duduk dengan kumpulan etnik masing-masing. Selain daripada itu, hampir seluruh pelajar yang mengikuti kursus ini tidak begitu mengambil berat tentang mata pelajaran ini dan mereka hanya mengambilnya sekadar memenuhi jam kredit mereka di IPTA.

Apa yang memburukkan lagi adalah terdapat satu pandangan umum dalam kalangan para pelajar bahawa mata pelajaran ini adalah sesuatu yang sangat membosankan dan membuang masa. Malah ada yang sanggup memonteng kelas dan menyuruh rakan sekelas untuk menandatangani kehadiran mereka.

Tidak dapat dinafikan bahawa mata pelajaran Hubungan Etnik sedemikian adalah suatu idea yang baik.  Cuma oleh kerana masa yang singkat diperingkat universiti ini, di mana rata-rata mahaiswa/i merasakan penumpuan dan fokus perlu diberikan keutamaan kepada bidang pengajian jurusan mereka masing-masing terlebih dahulu, maka kursus Hubungan Etnik ini diletakkan ditempat yang kedua dan ada kalanya di tempat terakhir.

Maka, mata pelajaran seperti Hubungan Etnik yang merupakan salah satu alat yang dapat menyumbang kepada perpaduan nasional dan kewujudan negara bangsa tidak mencai hasrat sebenar.

Pada pandangan saya, mata pelajaran seperti ini harus dimulakan pada peringkat yang lebih awal lagi iaitu pada peringkat persekolahan lagi.  Realiti menunjukkan bahawa bukan semua pelajar dapat menjejak ke peringkat universiti.  Sekiranya mata pelajaran sedemikian diajar pada peringkat yang lebih awal lagi, maka idea dalam modul ini dapat diterapkan kepada bilangan masyarakat yang lebih banyak berbanding dengan pengajaran mata pelajaran ini pada peringkat universiti sahaja.

emi menjadikan mata pelajaran Hubungan Etnik menjadi medium yang lebih efisen sebagai alat perpaduan, tidak keterlaluan untuk menjadikannya satu mata pelajaran yang wajib diambil bermula di peringkat sekolah lagi.

Sekiranya kerajaan ataupun mana-mana pihak yang masih menganggap mata pelajaran Hubungan Etnik ini mampu menjadi satu alat kecil yang mampu memberi sumbangan kepada perpaduan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, maka tindakan segera harus diambil supaya mata pelajaran ini dapat mencapai matlamatnya secara menyeluruh.

Page 9: Konsep asas dialog antara agama.docx

Kandungan modul ini sememangnya tidak dapat dipersoalkan kualitinya tetapi apakah yang boleh dibuat sekiranya modul yang berkualiti ini disampaikan dengan cara yang kurang efisien.  Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab ke atas semua IPTA di Malaysia harus berfikir semula bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran kursus Hubungan Etnik ini dapat dimantapkan supaya kursus ini sendiri memenuhi objektifnya. (SATHIA MURTHY,2012 )

Dialog antara muslim dan penganut-penganut agama lain amat diperlukan di zaman kini di mana Islam sering disalahfahamkan oleh media massa. Interfaith Dialogue atau dalam bahasa Arab al-Hiwar bain al-Adyan (Dialog Antara Agama-Agama) boleh menjadi perantara memahamkan Islam kepada pihak-pihak yang salahfaham terhadap agama yang mulia ini. Walaupun hakikatnya, bukanlah dialog antara agama, tetapi dialog antara penganut agama. Jika ruangan seperti ini tidak diambil maka salahfaham terhadap Islam akan terus berkembang. Islam akan dituduh agama jumud, fanatik, tiada hujah, dan enggan mendengar pandangan dari pihak lain.

Pada prinsipnya, Islam bukan sahaja membolehkan kita berdialog dengan

penganut agama lain, bahkan memerintahkan kita berdialog, berhujah dengan

cara yang baik dan menyeru serta memahamkan mereka hakikat agama Islam

ini. Firman Allah (maksudnya):

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).ita semua mesti bertanya kepada diri sendiri, apakah sebenarnya yang difahami tentang dialog antara agama (Interfaith Dialogue)? Apakah dialog antara agama ini medan menguji kebenaran agama masing-masing, gelanggang diskusi teologi, atau ruang menukar agama? Isu ini sangat penting untuk diselesaikan. Apabila sesiapa sahaja yang menyertai dialog antara agama, gagal meletakkan dialog ini dalam konteks yang betul, maka ia akan menyulitkan perbincangan.

Dialog dengan penganut agama lain bukan semesti kita menyeru mereka secara langsung untuk menganut Islam. Sebaliknya, kita mungkin sekadar menghapuskan salahfaham, buruk sangka dan maklumat yang salah yang ada dalam kalangan bukan Islam. Itu mungkin membawa mereka kepada bersikap baik dengan umat Islam, bahkan mungkin juga membawa mereka kepada hidayah Islam.

Dalam negara ini, walaupun bukan muslim hidup dalam kalangan kita, namun

hasil dari sikap dan pendekatan umat Islam sendiri, banyak perkara yang

mungkin ramai mereka tidak faham tentang Islam. Kita sering berbual atau

Page 10: Konsep asas dialog antara agama.docx

berbagai perkara; politik, akademik, makanan dan lain-lain, tetapi kita sering

gagal berdialog atau menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Justeru itu,

dialog dan perbahasan agama secara hormat dan baik samada di peringkat

formal atau tidak formal amat dituntut oleh Islam.

Islam Agama Hujah.

Namun, wakil di pihak muslim hendaklah mereka yang jelas dan kuat

akidahnya. Duduk semeja tidak bererti kita mengiktiraf semuanya sama. Itu

penilaian yang songsang. Setiap penganut agama berpegang kepada akidah

mereka. Akidah muslim meyakini hanya Islam agama yang diiktiraf Allah.

Mengapakah kita sering bimbang untuk berdialog dengan penganut agama lain,

sedang Islam adalah agama hujah dan fakta dan individu muslim pula

sepatutnya sentiasa bersedia untuk akur dan tunduk kepada kebenaran

sekalipun menyanggahi kepentingannya. Firman Allah (maksudnya) :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi

orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan

kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu

mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku

adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan

bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan

mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah: ayat 8).

Dalam keghairahan menjalankan dialog antara agama, terdapat juga perkara-perkara yang harus dielakkan. Antara lain ialah kecenderungan untuk menyamakan kebenaran antara agama. Kita tidak menentang pluralisme agama sekiranya ia bermaksud kehidupan bersama pelbagai penganut agama dalam satu wilayah (co-existence) untuk hidup dalam keadaan harmoni. Malah tasamuh (toleransi) dan keterbukaan bentuk ini sudah lama wujud dalam Islam sejak dahulu lagi. Akan tetapi pluralisme yang ditolak ialah kefahaman bahawa semua agama sama dari segi kebenaran dan tidak ada agama yang boleh mendakwa kebenaran lebih dari agama lain. Sebaliknya prinsip yang harus dipegang ialah seperti mana yang dianjurkan oleh al-Qur’an bahawa “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku” (lakum dinukum wa liyadin). Adalah amat penting ditegaskan bahawa pengakuan kebenaran eksklusif sesuatu agama bukan bermakna tidak bersifat tasamuh (intolerance) dengan agama lain.

Yang kedua ialah kecenderungan untuk membuang kemutlakan agama (deabsolutization of truth) dengan menafikan aspek kesucian dan kemutlakan setiap agama kerana tujuannya adalah untuk membuka ruang keterbukaan yang lebih kepada semua agama untuk berdialog, namun ia adalah sesuatu yang tidak perlu, malah sudah pasti tidak akan dipersetujui oleh mana-mana penganut agama yang meyakini akan kebenaran agama mereka. Yang lebih wajar dianjurkan ialah di samping kepercayaan tentang kemutlakan agama masing-masing, setiap penganut harus dapat membezakan antara kemutlakan agama yang benar dan ketidaksempurnaan penganut-penganut yang mengamalkan

Page 11: Konsep asas dialog antara agama.docx

agama tersebut. Masalah-masalah yang berlaku antara agama sebahagiannya bukan disebabkan ajaran agama, akan tetapi kelemahan dan kejahilan penganut agama tersebut dalam memahami agama asing-masing.

Ini dibuktikan oleh kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pensyarah diUniversiti Utara Malaysia terhadap pelajar-pelajarnya yang terdiri daripadabangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar mempunyai sentimenperkauman yang tinggi. Polarisasi di alam kampus amat membimbangkan. Parapelajar lebih suka bergaul dengan kaum sendiri dalam segala hal. Semua iniberlaku disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui sebelum memasuki alamkampus (Mansor Mohd Nor et al. 2006). Dalam konteks institusi pengajiantinggi di Malaysia, terdapat 20 Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan32 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Ini tidak termasuk IPTS lain yangtidak disenaraikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, yang dikategorikansebagai lain-lain IPTS yang diluluskan (Kementerian Pengajian Tinggi 2006).Daripada senarai IPTS ini, kerajaan telah meluluskan penubuhan universitiberasaskan kaum atau parti politik, yakni Universiti Tunku Abdul Rahman(UTAR) kepunyaan Parti politik Cina (MCA) pada tahun 2002 (KementerianPengajian Tinggi 2006, 2007). Ini tidak termasuk Kolej Tunku Abdul Rahmankepunyaan parti MCA yang tidak disenaraikan. Dalam beberapa siri lawatanpengkaji ke sana, boleh dikatakan hampir seratus peratus pelajar UTAR adalahterdiri daripada kaum Cina.Senarai IPTS Kementerian Pengajian Tinggi, tidak termasuk UniversitiTerbuka Wawasan (IPTS) yang memulakan pengajian dan pengambilanpelajarnya pada awal tahun 2007. Satu lagi IPTS kepunyaan sebuah parti politikCina (Gerakan). Ia telah diluluskan pendaftarannya pada 6 Jun 20069. Setakatkajian ini ditulis, dua universiti berasaskan kaum, kepunyaan parti politik Cina,telah diluluskan pendaftaran dan telah beroperasi. Sebuah universiti kepunyaanMIC turut diluluskan (AIMST = Asian Institute of Medical Science andTechnology). Ini tidak termasuk kolej-kolej swasta yang dipunyai oleh NGONGOCina (Huatuan) seperti Dong Jiao Zong dengan Kolej New Era, Kajang,Selangor. Kolej ini menggunakan hampir seratus-peratus bahasa Mandarinsebagai bahasa pengantar.Tindakan kerajaan meluluskan penubuhan IPTS kepunyaan dua parti partipolitik Cina ini merumitkan lagi usaha integrasi nasional dalam masyarakatmajmuk. Institusi Pengajian Tinggi berasaskan kaum tidak akan mendatangkankesan positif terhadap hubungan kaum seperti yang telah berlaku di peringkatsekolah, SJKC. Malah akan menimbulkan pelbagai persepsi negatif hasildaripada proses sosialisasi yang dilalui. Kita sedia maklum, proses sosialisasipolitik keluarga dan pendidikan Cina tidak mengubah pendirian merekadaripada mempertahankan semangat kecinaan mereka. Dalam kajian yangdibuat oleh laman sesawang Malaysia-today sempena sambutan kemerdekaanke 48, menyebut dengan jelas bagaimana sistem pendidikan gagal menjadi alatpenyatuan kaum10. Bukti-bukti ini menunjukkan bahawa peranan agen keluargadan pendidikan amat dominan dalam proses sosialisasi (Langton 1969).Walaupun agen sekolah diletakkan sebagai agen kedua pentingnya dalamsosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan keranaia amat berkait rapat dengan keluarga, disebabkan keluarga yang menentukan

proses persekolahan anak-anak mereka. (CABARAN INTEGRASI ANTARA KAUM DIMALAYSIA: PERSPEKTIF SEJARAH,

Page 12: Konsep asas dialog antara agama.docx

KELUARGA DAN PENDIDIKAN

MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH,2010 )

Pentingnya dialog antara agama ini adalah untuk mengetahui sejauh manakah perlunya sikap keterbukaan

bagi memenuhi tuntutan kemasyarakatan antara penganut agama, terutamanya Islam dan Kristian di

Malaysia. Pola pemikiran tersebut menjadi sangat penting bagi mengukur asas atau percubaan untuk

mengadakan dialog antara agama bagi mendapatkan persefahaman dan kefahaman sikap penganut Islam

terhadap agama-agama lain. Melalui kefahaman inilah dijangka dapat mengurangkan salah faham dan

prasangka buruk terhadap penganut agama lain.

Apabila masyarakat Islam memahami bentuk dan sifat penganut agama lain, mereka dipercayai boleh

menerima lain-lain agama sebagai pilihan penganutnya. Ini seterusnya dapat membantu bukan Islam

memahami gaya hidup dan falsafah kehidupan orang Islam dan hubungan yang komunikatif akan

membolehkan imej Islam dapat diperbetulkan. Islam difahami secara lebih baik dan usaha untuk melabelkan

para penganutnya sebagai negatif dapat diperbetulkan. Perbuatan negatif bukanlah hak eksklusif sesebuah

masyarakat atau hak orang Islam, peri laku negatif merupakan perbuatan yang melampau sempadan dan

pegangan agama. Perbuatan atau peri laku negatif berlaku di mana-mana, oleh sesiapa saja yang tidak

mengikuti garis panduan kehidupan beragama, secara lebih praktikal dan mendalam.

Islam sering menganjurkan prinsip toleransi, saling berhubung dan mementingkan moral serta kehidupan

bermasyarakat. Islam bukanlah agama yang menganjurkan peri laku negatif dan melancarkan tindakan

ganas. Islam turut menghormati agama lain dan tidak menakutkan penganut agama lain. Islam

mementingkan perdamaian dan inti dasar Islam sebenarnya ialah membentuk peri laku manusia yang baik,

luhur, berbudi tinggi dan menghormati setiap makhluk sebagaimana tujuan sebenar manusia memerlukan

agama.

Apa yang dikesalkan hari ini kejayaan Islam terus diberikan pelbagai gelaran buruk, dan sering kali

disamaertikan dengan keganasan, fanatik, fundamentalis, ekstremis dan teroris.

#Menurutnya lagi, walaupun Muslim kritis terhadap Barat “mereka tetap mengagumi banyak hal yang

dilakukan Barat, seperti bidang teknologi dan kebebasan.” Kerana itulah beliau terus menggesa masyarakat

antarabangsa supaya melihat kepada keputusan tinjauan tersebut dan “biarkanlah data yang memimpin

percakapan atau pembahasan mengenai Islam. Jangan lagi biarkan para ahli mengatakan hal-hal yang

mereka fikirkan.” Rumusan ini dapat dikaji melalui buku yang ditulis bersama Dalia Mogahed, Who Speaks

For Islam: What A Billion Muslims Really Think, New York: Gallup Press, 2007.

Namun keperluan mengenai dialog antara agama bukanlah satu desakan baru, ia telah begitu lama

bertunjang dalam pemikiran masyarakat antarabangsa, cuma yang berbeza ialah apa tujuan dialog itu

diadakan.

Menurut Hans Kung, seorang pakar teologi Kristian menggambarkan bahawa adakalanya dialog antara

agama terlalu berlebihan apabila cuba menggunakan aspek kemanusiaan sebagai kebenaran sesuatu

agama. Setiap agama mempunyai dogmanya yang tersendiri, bagaimanapun etika dan pola perilaku

agama-agama mempunyai banyak persamaan.

Melalui pandangan itulah beliau sering mengharapkan akan munculnya dialog antara agama bagi

mengurangkan konflik dan persengketaan yang berpanjangan atas masalah agama.

Page 13: Konsep asas dialog antara agama.docx

Kepelbagaian agama merupakan sifat semula jadi manusia, kerana itulah Karen Armstrong turut menjadi

tokoh akademik yang banyak berusaha meluruskan pandangan negatif terhadap Islam. Berdasarkan

pengalaman awalnya beberapa tahun sebagai seorang rahib Katholik, beliau kecewa mengenai Kristian

yang melihat agama-agama lain sebagai musuhnya.

Setelah keluar dari lingkungan gereja, Karen Armstrong menjadi pengkaji tegar mengenai hubungan antara

agama dengan mempelajari Islam secara menyeluruh dan mendalam termasuk bahasa Arab klasik.

Pengkajiannya telah memperluaskan pandangan Barat terhadap Islam sehingga turut dianggap sebagai

“dua pembesar Islam di dunia Barat” bersama-sama John L. Esposito, walaupun mereka tetap berpegang

kepada fahaman akademik, tidak memilih Islam sebagai “pegangan agama.”

Berdasarkan kajiannya mengenai sejarah awal manusia mencari Tuhan dan memperkatakan sikap

beragama, dalam The Great Transformation (Jakarta: Mizan Pustaka 2007), menjelaskan “zaman Aksial

(zaman sebelum kewujudan Nabi Ibrahim a.s. sekitar tahun sebelum 1600 hingga 900 SM), Zoroaster,

Konfucius, Buddha, Amos dan Socrates hidup dalam masa penuh kekerasan.”

Jika zaman sebelum kelahiran Nabi Ibrahim a.s agama-agama terawal sudah menunjukkan kerjasama

masyarakat, saling bekerjasama maka tidak ada masalah untuk meluruskan hubungan antara Islam dan

Kristian.

Berdasarkan sikap dan keyakinan itulah Karen Armstrong menjadi terkenal dan dianggap tokoh penting

dalam dialog antara agama selepas peristiwa pengeboman Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11

September 2001.

Bagi umat Islam, dialog antara agama akan memberikan peluang untuk menjernihkan salah faham terhadap

Islam terutamanya mengenai pandangan terhadap pengertian Jihad.

Kegoncangan faham materialisme dan kapitalisme penghujung abad ke-20 menjadikan Islam semakin

dibenci dan telah menarik minat Pope John Paul II (1920-2005) untuk menganjurkan dialog dengan umat

Islam.

Sebelumnya terdapat beberapa dialog antara cendekiawan Islam dan Kristian, sebahagiannya telah

dibukukan antaranya dialog antara M.H.Finlay dengan Sumali Alwi pada tahun 1979, dan Ahmad Deedat

dengan seorang paderi Kristian yang dibukukan pada tahun 1986.

Menurut Alwi Shihab, bekas Menteri Luar Indonesia di dalam bukunya Islam Inklusif, perkara yang penting

dalam menganjurkan dialog antara agama ialah bukan siapa yang paling benar atau salah, bukan tujuan

dialog. Tujuan utama dialog adalah untuk mencari titik pertemuan atau garis persamaan antara agama,

kerana bagi menentukan kebenaran dan kesalahan ia adalah urusan Allah SWT.

Hasrat mencari titik pertemuan atau persamaan antara agama adalah untuk mengelakkan sikap fanatik, ego

terhadap kebenaran agama yang dianuti dan terlalu menekankan perbezaan, lalu menghukumkan sesuatu

perkara berdasarkan prinsip yang saling bertentangan.

Kerukunan hidup dan bermasyarakat antara manusia menjadi asas titik pertemuan dialog antara agama.

Kerana itulah menurut Leornard Swidler, penerbit Journal Ecumenical Studies, dan Profesor Pemikiran

Katolik di Universiti Temple, dengan melakukan dialog akan dapat menyiapkan penganut-penganut pelbagai

agama meneruskan kehidupan secara aman dan harmoni.

Berdasarkan pengertian mengenai perkataan agama, Al-Asfahani (meninggal pada tahun 503H)

menjelaskan ad-Din digunakan bagi hal-hal berkaitan ketaatan dan balasan. Perkataan tersebut turut

dimaksudkan dengan syariah. Walaupun ada pandangan mengatakan mencari definisi agama secara tepat

Page 14: Konsep asas dialog antara agama.docx

adalah “sia-sia dan tidak mungkin boleh dibuat,” kerana “sehingga kini belum ada definisi agama yang benar

dan dapat diterima”, menyebabkan ramai sarjana lebih berminat melihat sikap beragama itu sebagai

“fenomena agama.”

Dialog antara agama yang diasaskan untuk mencari nilai-nilai positif persamaan secara adil merupakan satu

keperluan yang amat mendesak pada masa ini. Melalui aktiviti ini, setiap mereka yang mengambil bahagian

akan dapat meluruskan salah faham di samping menghormati setiap perbezaan yang ada.

Secara jelasnya, itulah yang diharapkan oleh Barack Obama yang hendak disampaikan kepada Malaysia,

agar Islam dan Barat akan tetap dilihat saling memerlukan.

Barat akan lebih menghormati sikap umat Islam manakala percubaan menjadikan agama sebagai bentuk

hegemoni baru dapat dikurangkan. Masing-masing individu menghormati kepelbagaian agama dan

perbezaan asas, tidak lagi cuba mengungkit-ungkitkannya sebagai faktor utama membawa kepada

persengketaan. Antara Islam dan Kristian tetap ada harapan untuk bekerjasama, berhubung dan seterusnya

menyumbang kepada keamanan sejagat.Pentingnya dialog antara Islam dan Kristian, adalah untuk mencari titik temu antara kedua-dua agama wahyu ini, bukan saja menyangkut masalah akidah dan ibadah, bahkan ia juga melibatkan masalah peradaban, yang menjadi akar masalah dari kedua-dua agama tersebut.

Usaha mendapatkan titik temu ini sangat penting, apalagi ada keterangan di dalam al-Quran tentang adanya segolongan ahli kitab yang rajin mempelajari ayat-ayat Allah di tengah malam, sambil terus-menerus beribadah dengan beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta melakukan amar makruf nahi mungkar dan bersegera melakukan kebaikan (maksud surah Ali Imran ayat 113-114).

Gambaran al-Quran yang positif dan simpati kepada kaum ahli kitab inilah yang sebenarnya mengajak kaum Muslimin untuk berdialog bagi memperoleh suatu keyakinan bersama tentang kebenaran yang mutlak.

Ini tidak boleh disamakan dengan anggapan bahawa dialog sebagai kaedah untuk menentukan agama mana yang paling benar. Kalau kata ”agama” difahami secara konkrit, bukan secara metafizik, maka dialog antara agama bererti dialog antara orang yang beragama. Hal ini demikian kerana hanya di sinilah dialog mendapat tempat sebagai fungsi kritis yang tidak terlepas daripada kehendak setiap orang untuk mencari kebenaran terus-menerus.

Dialog ini bertujuan memperjuangkan masyarakat yang lebih adil, lebih merdeka, lebih manusiawi. Pada tahap ini umat antara iman dan agama bersama-sama mentransformasikan masyarakat agar menjadi lebih adil, lebih merdeka dan manusiawi, agar keutuhan ciptaan dan lingkungan hidup dapat dilestarikan.

Bentuk dialog yang dimaksudkan ini ialah dialog pengalaman keagamaan, agar peranan agama ditempatkan pada konteks persoalan global seperti persoalan alam sekitar, peperangan, moral, hak asasi manusia dan keadilan yang dihadapi bangsa manusia pada abad ke-21.

Dialog pengalaman keagamaan memberikan kesempatan kepada para peserta dialog membahagikan pengalaman keagamaan mereka. Pengabaian iman seseorang peserta dialog akan menutup kesempatan menemukan pengalaman dan pemahaman yang lebih mendalam, baik terhadap agamanya sendiri mahupun agama lawan di dalam dialog tadi.

Page 15: Konsep asas dialog antara agama.docx

Oleh itu, perwatakan dialog merupakan suatu percakapan antara dua pihak atau lebih, yang mengandungi unsur keterbukaan, sikap kritis dan keupayaan untuk saling mendengar, saling belajar dan memahami antara satu sama lain.

Peserta dialog mestilah mempunyai sikap keterbukaan, yakni bahawa kedua-dua belah pihak atau lebih yang terlibat dalam dialog tersebut mestilah bersedia untuk mendengar.

Keterbukaan dan kejujuran dalam dialog merupakan syarat yang amat penting. Perbezaan pendapat dalam dialog adalah wajar, malahan perbezaan itulah yang menimbulkan dialog. Tetapi perbezaan pendapat itu tidak boleh dianggap sebagai alasan untuk menempatkan suatu keputusan dan memberikan penilaian yang berat sebelah.

Dalam hal ini, dialog merupakan kesempatan untuk menggalang kerjasama antara agama untuk memecahkan masalah-masalah kemanusiaan dalam masyarakat. Keprihatinan agama-agama ini merupakan kekuatan baru bagi kemanusiaan untuk menghadapi pelbagai persoalan.

Tegasnya, dialog bertujuan menanggapi situasi tertentu yang menuntut orang untuk memilih bekerjasama daripada berkonfrontasi dan saling menyalahkan dan mengalahkan.

Di samping sikap pluralisme, sikap keterbukaan dan toleransi juga amat penting sebagai landasan dialog antara agama. Tanpa ketiga-tiga unsur ini, dialog yang bakal dilakukan sudah tentu tidak akan mencapai hasil yang baik.

Melalui dialog yang secara jujur dan kesediaan menerima kelemahan masing-masing merupakan langkah yang mampu menyelesaikan masalah antara Islam-Kristian.

Selama ini hubungan Islam-Kristian sering dipenuhi dengan prasangka dan konflik. Perbincangan tidak mungkin sampai kepada persoalan teologi kerana persoalan ini adalah “daerah persengketaan” yang tidak mungkin diselesaikan. Oleh itu dialog antara agama harus dibatasi pada persoalan-persoalan sosial dan kemanusiaan yang manfaatnya dapat dirasakan oleh umat manusia.

Secara intelektual dan moral masing-masing pihak berhak untuk menegakkan pandangan agama masing-masing tanpa menonjolkan diri bahawa agama merekalah yang lebih tinggi kedudukannya. Dalam pengertian, tidak ada unsur-unsur fanatik dalam memberi pandangan, dan masing-masing pihak perlu memiliki niat baik untuk saling mendengar.

Sikap yang lebih positif dengan pengetahuan yang tepat diperlukan dalam usaha mendekatkan hubungan kerjasama Islam-Kristian ini. Isu-isu silam seperti Perang Salib Islam-Kristian, gerakan kolonialisme, orientalisme dan gerakan misioneri Kristian yang menjadikan konflik berpanjangan antara kedua-dua agama ini, tidak harus dijadikan alasan untuk saling tidak bekerjasama dalam menangani masalah etika, moral, hak asasi, peperangan dan lain-lain lagi.

Sejarah mencatat bahawa Nabi Muhammad dan para penggantinya (Khalifah Al-Rasyidin) tidak pernah memaksa golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) meninggalkan agama mereka sebagai syarat hidup bersama kaum Muslim.

Page 16: Konsep asas dialog antara agama.docx

Al-Quran tidak pernah mengutuk agama Kristian melainkan berusaha membetulkan semula kesalahfahaman mereka bahawa ada tiga Tuhan yang berdiri sendiri (triteis).

Wahai ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar (maksud surah An-Nisaa ayat 171).

Islam-Kristian harus hidup sebagai satu masyarakat dan masing-masing pihak berhak mengamalkan kebebasan sosial dan agama mereka sendiri. Mereka harus saling menerima dan menghargai, tidak hanya terbatas pada interaksi sosial melainkan juga perdebatan intelektual dan teologi.

Daripada hakikat ini perbezaan dari segi doktrin kadang-kadang boleh menimbulkan pendebatan yang membawa kepada perseteruan, namun al-Quran memerintahkan untuk berlaku adil dalam pendebatan.

Dan janganlah kamu berbahas dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): “Kami beriman kepada al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepada-Nyalah kami patuh dengan berserah diri” (surah al-Ankaabut ayat 46).

Prinsip-printisp toleransi dari ajaran Islam inilah yang menjadi panduan dan kefahaman mereka di dalam menghadapi pihak Kristian yang kadang-kadang terlalu mudah untuk tercetusnya konflik.

Walau bagaimanapun permasalahan ini terletak kepada pentafsiran orang Muslim ke atas ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan hubungan Muslim-Kristian. Apakah mereka akan mengambil ayat-ayat itu tadi secara literal atau terlepas dari konteksnya yang spesifik atau dengan menanggung risiko terjadinya kontradiksi terhadap prinsip-prinsip umum yang termaktub di dalam al-Quran.

Al-Quran mengajarkan bahawa umat Islam harus menghormati semua pengikut kitab suci (ahli kitab). Sama halnya dengan semua kelompok manusia termasuk umat Islam sendiri – di antara kaum pengikut kitab suci itu ada yang lurus (benar) dan ada yang tidak. Daripada mereka ada yang memusuhi kaum beriman, tetapi ada juga yang menunjukkan sikap persahabatan yang tulus.

Harapan tersebut di atas membuktikan bahawa perdamaian dunia merupakan sesuatu yang amat diperlukan dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi. Langkah awalnya ialah dengan menciptakan kesedaran secara kolektif tanpa mencurigai pihak mana pun di antara kita.

Dalam rangka mencipta kesedaran kolektif ini ada hal-hal yang harus dilakukan secara bersama, ada hal-hal yang tidak perlu dilakukan dan ada pula hal-hal yang harus dihormati. Adapun hal-hal yang harus dilakukan adalah seperti berikut:

Pertama; mewujudkan kemahuan bersama untuk menciptakan perdamaian dengan melahirkan satu kesedaran secara kolektif ke arah tersebut.

Kedua; duduk secara bersama merumuskan idea-idea terbaik untuk menciptakan perdamaian dengan meletakkan kepentingan bersama dari kepentingan kelompok.

Page 17: Konsep asas dialog antara agama.docx

Ketiga; bersama-sama menahan diri untuk tidak terlibat dalam konflik kepentingan yang boleh membawa kepada konfrontasi secara fizikal (peperangan).

Strategi-strategi lain yang boleh diambil oleh orang Islam dan bukan Islam antara lain ialah hendaklah dipatuhi sepenuhnya prinsip kebebasan beragama iaitu tiada paksaan dalam agama dan juga persetujuan untuk berbeza dalam agama yang amat ditekankan oleh al-Quran, seperti firman-Nya yang bermaksud: ”Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sudah nyata petunjuk kebenaran daripada kesesatan. Oleh itu sesiapa yang tidak mempercayai Taghut (yang menyesatkan) dan percaya akan Allah maka dia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah: 256)Demikian juga sikap ekstrem, fanatik, militan dan teroris, al-Quran jelas mengutuk dengan amat keras seperti dalam firman-Nya yang bermaksud: ”Sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang menjustifikasikan pembunuhan itu (seperti hukuman balasan bunuh atas kelakuannya membunuh orang lain) atau kesalahan melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia.” (al-Maidah: 32)Orang Islam, bukan Islam juga seharusnya sentiasa berdialog dan berinteraksi dengan pengamal agama dan budaya lain terutama sesama warga negara yang berbeza agama dan budaya. Islam sebagai sebuah peradaban sejak zaman generasi pertama lagi sentiasa mengamalkan sikap inklusif iaitu mengintegrasikan semua golongan agama dan budaya yang ada dalam negara sebagai satu komuniti atau ummah, bukan memencil dan memulaukan mereka itu. Juga dalam pelaksanaan segala hukum syariah dalam aspek muamalah (interaksi sosial), muasyarah (interaksi budaya) dan jenayah dalam masyarakat yang jamak budaya dan agama, sudah tentu akan menyentuh komuniti bukan Islam juga. Maka dalam hal yang demikian sesi dialog, penerangan dan perbincangan tentang pelaksanaan hukum syariah itu perlu dilakukan seluas-luasnya. Dalam sesi-sesi demikian beberapa etika dialog atau adab berbeza pendapat (adab al-ikhtilaf) harus dipatuhi, iaitu:

i) Menerima pluralisme agama dan menghormati perbezaan pendapat sebagai satu yang lumrah di kalangan manusia yang berbeza-beza latar belakang budaya, agama, suku bangsa dan puak-puaknya (seperti yang diakui sendiri oleh al-Quran surah al-Hujurat, ayat 13).

ii) Mengelakkan cemuhan budaya dan agama yang lain (cultural and religious ridicule) dan menyerahkan kepada Tuhan untuk menentukan kebenaran yang muktamad, seperti juga yang dianjurkan oleh al-Quran: Anda tidak bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami tidak bertanggungjawab tentang kesalahan yang anda lakukan. Katakanlah bahawa Tuhan akan menghimpunkan kita semua (pada hari kiamat), kemudian memutuskan perselisihan antara kita dengan kebenaran. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Pengadil yang Maha Mengetahui (surah Saba’,ayat 25-26).

iii) Bersopan santun dan berbudi bahasa yang baik dalam berdialog seperti dianjurkan oleh al-Quran, iaitu: Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik (surah an-Nahl ayat 25).

Maka hendaklah anda berkata kepadanya (para pendengar dengan kata-kata yang lemah lembut (layyina), semoga dengan demikian ia akan sedar dan insaf (surah Thaha, ayat 24).

Page 18: Konsep asas dialog antara agama.docx

Hubungan antara pemeluk Islam dengan Kristian bukanlah suatu fenomena baru. Malahan ia merupakan suatu kenyataan kehidupan masa kini, seperti semenjak berpuluh-puluh tahun atau berabad-abad lalu. Hubungan kedua-dua agama telah berkembang dalam pelbagai dimensi, yang secara keseluruhannya telah mengubah perspektif masing-masing. Hal ini dipengaruhi oleh perkembangan pemikiran keagamaan di kalangan umat beragama itu sendiri.

Sejarah yang panjang mengenai hubungan Islam-Kristian menggambarkan bahawa Islam muncul sebagai agama penyelamat bagi suatu masyarakat yang sedang menuju kehancuran, sebagai obor yang menerangi setiap sudut pemikiran masyarakat. Islam juga sebagai suatu agama yang menganut prinsip toleransi (sasamuh) dan agama pemersatu manusia di bawah panji-panji al-Quran dan al-sunnah, yang diakui oleh penganut ahli kitab mahupun penganut agama wadi atau culture religion seperti agama Buddha, Hindu, Shinto, Tao dan seumpamanya.

Islam pernah bertindak sebagai pelindung kepada gereja-gereja dan memberikan kebebasan beragama kepada segala aliran atau mazhab Masihi yang ada di Iskandariyah, dengan tidak melebihkan yang satu daripada yang lainnya. Bahkan dapat dikatakan, yang menyelamatkan orang-orang Masihi Qibthi atau Masihi lama di Mesir, ialah agama Islam.

Sikap toleransi yang diamalkan oleh umat Muslimin menimbulkan perdamaian di dunia. Sekiranya umat Islam tidak mengamalkan toleransi beragama, nescaya penduduk bumi ini akan berada dalam kacau-bilau, sentiasa dalam percakaran dan pertumpahan darah, akibat perlakuan penganut agama lain kepada mereka.

Sikap dan pendekatan simpatik oleh umat Krisitian terhadap Islam yang tidak begitu menonjol pada abad-abad awal Islam, sudah mulai berubah. Banyak sarjana Kristian semasa, yang secara tulus berupaya memahami dan memperlihatkan rasa hormat kepada Islam dan penganutnya. Katolik tidak lagi memegang prinsip extra ecclesiam nulla salus (di luar gereja tiada keselamatan) dan extra acclesiam nullus propheta (di luar gereja tiada nabi).

Umat Islam diperingatkan oleh al-Quran untuk tidak mengejek atau menghina golongan lain, kerana boleh jadi orang yang dihina itu lebih baik daripada orang yang menghina. Sejak awal-awal lagi al-Quran menjangkakan akan munculnya bentuk pendakwaan kebenaran (truth claim) baik yang muncul dalam masyarakat satu agama, mahupun antara umat Islam dengan penganut agama lain.

Al-Quran menganjurkan umat Islam agar saling memperingatkan, saling menasihati dalam mencari kebenaran yang hakiki. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa al-Quran lebih dahulu berbicara mengenai etika, baik terhadap sesama umat Islam, terhadap penganut agama lain, dalam pergaulan mahupun dalam bermujadalah (dialog).

Oleh MOHD SHAUKI ABDUL MAJID

andangan Sayyid Qutb Terhadap Dialog Antara Agama

Pandangan Sayyid Qutb Terhadap Dialog Antara Agama [720]

720: Beberapa istilah lain juga dipakai seperti dialog peradaban, kerjasama

antara agama, persefahaman antara agama, mendekatkan antara agama dan

Page 19: Konsep asas dialog antara agama.docx

lain-lain, semuanya dianggap menjurus kepada satu matlamat hanya dengan

sedikit perbezaan istilah. Demikian juga dengan maksud agama, sama ada

antara Islam dan Kristian atau antara lima agama dengan tambahan Yahudi,

Buddha dan Hindu(Pengarang).

Dekad-dekad mutakhir ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog antara

agama, khususnya agama samawi semakin kuat walaupun ia dianggap sesetengah

pihak masih di peringkat awal. Keperluan dialog antara agama pada zaman ini

dikaitkan dengan beberapa alasan, antaranya:

1: Masyarakat pluralistik memerlukan tasamuh yang lebih tinggi. Corak

kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus globalisasi. Jarang sekali

berlaku wujudnya sebuah negara yang tidak didiami oleh masyarakat yang pelbagai,

sementara sistem demokrasi yang diamalkan disebahagian besar negara di dunia

yang menonjolkan aspek hak asasi manusia dan kebebasan beragama, kadangkala

memerlukan interaksi dan tasamuh yang lebih tinggi di kalangan penduduk

berbilang agama. Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat

monolog harus berubah kepada dialog.

2: Sikap agresif dan akstremisme agama juga kadangkala bukan sahaja

memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah kepada penganut agama

itu sendiri. Tindakan sekelompok masyarakat bertindak atas nama agama dengan

membunuh, mengebom manusia lain yang tidak berdosa adalah sesuatu yang tidak

dibenarkan oleh mana-mana agama. Walaupun faktor yang membawa kepada

tindakan tersebut serta keadaan psikologi mereka yang terlibat dapat difahami dan

perlu diambil kira, tindakan yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan sesiapa

malah memberi kesan yang lebih buruk kepada hubungan antara agama. Justeru itu

usaha dialog sama ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri

dan juga dengan agama lain adalah perlu untuk menjelaskan kedudukan sebenar

kefahaman agama tersebut dan mengelakkan salah faham.

3: Kewujudan masalah bersama di kalangan pelbagai agama yang menjadi

ancaman bukan sahaja kepada sesuatu agama akan tetapi kesemua

agama. Misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin sekular

dan berteraskan kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut

agama untuk bersama berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari

mempengaruhi kefahaman agama-agama mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang

Page 20: Konsep asas dialog antara agama.docx

bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan alam sekitar, kemiskinan, ancaman

nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan suara dari kelompok agamawan

dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok agama untuk bersama-

sama menyatakan pendirian mereka. Dari sudut yang lebih kecil, terdapat juga

masalah-masalah dalaman yang bersifat teknikal yang kadangkala berkait dengan

agama. Misalnya dalam konteks Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama

dan perlaksanaan undang-undang yang memberikan kesan terhadap agama seperti

pembinaan kuil, sistem mahkamah sivil dan shari’ah. Perkara-perkara ini sudah

pasti memerlukan tindakan proaktif dari kelompok-kelompok agama untuk duduk

berbincang dan cuba menawarkan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut

dengan penuh kebijaksanaan.

Mendalami pemikiran Sayyid Qutb mengenai dialog antara agama samawi kita

dapati beliau banyak menyentuh isu ini terutama tatkala mentafsirkan ayat-ayat

berkenaan larangan bersetia kawan dengan Yahudi dan Nasara. Sebagai contoh,

ayat 51 al-Ma`idah, Allah berfirman:

ن�ك�م� �م م� ل ه� ي"ت"و" و"م"ن� ب"ع�ض) ل�ي"اء� و�" أ م� ه� ب"ع�ض� ل�ي"اء" و�

" أ ى ار" الن ص" و" ود" ال�ي"ه� ذ�وا �ت"ت خ ال" ن�وا آ"م" ال ذ�ين" ا "ي;ه" أ ي"ا

ين" �الظ ال�م و�م" ال�ق" د�ي ي"ه� ال" الل ه" إ�ن م� ن�ه� �م �ن ه� إ [721] ف"

Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil

orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah

mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di

antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya

dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan

petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Merujuk kepada konteks negara, Malaysia sebagai sebuah negara demokrasiyang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kelompok bangsaiaitu bangsa Melayu, Cina, India, penduduk peribumi serta kaum-kaum minoriti yanglain. Setiap komposisi bangsa menganuti agama-agama yang berbeza seperti orangMelayu beragama Islam, kaum India beragama Hindu dan kaum Cina menganutagama Kristian atau Buddha. Ekoran identifikasi agama berdasarkan kaum ini, makanilai-nilai perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat majmuk di Malaysia perludilihat berasaskan aspek agama, di mana, majoriti masyarakat Malaysia menganutagama tertentu dan mempunyai sentimen agama yang tinggi terhadap agama masingmasing

(Ahmad Sunawari Long, 2000: 1).

Perpaduan dan keamanan merupakan satu isu penting dalam konteks

Page 21: Konsep asas dialog antara agama.docx

kehidupan negara, apatah lagi, bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakatmajmuk seperti di Malaysia. Perpaduan dan keharmonian hubungan antara kaum inimempunyai pertalian rapat dengan isu ekonomi, politik, sosial, pendidikan danagama. Setiap kaum atau golongan yang diwakili akan memperjuangkan hak-hakmereka dan mereka berusaha untuk mendapatkan keadilan serta toleransi, namunkesemua hak-hak tersebut perlu merujuk kepada perlembagaan berkaitan denganPerkara 121(1).Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan dan mengecapi keamananselama 51 tahun yang lalu, masih terdapat lagi pergeseran dalam memperjuangkanhak-hak ini yang mana ia menimbulkan ketidakpuasan hati kepada sebelah pihakyang lain. Pergeseran yang dihadapi di antara bangsa-bangsa bukan berlaku diMalaysia sahaja, malah negara-negara yang turut dihuni oleh masyarakat yangberbilang kaum juga menghadapi masalah sedemikian. Pergeseran ini timbuldisebabkan berlakunya kegagalan mengenali antara satu sama lain serta kurangnya

persefahaman dalam banyak aspek (Nurul Fauzana Bt. Yaacob, 2006: 3).

Justeru, konsep persefahaman dan saling mengenali perlu disemai dalam dirisetiap individu masyarakat di Malaysia. Proses interaksi dan komunikasi dalammasyarakat perlu berkesan agar ketidaksefahaman dapat dielakkan. Pemerintahhendaklah memainkan peranan dengan membuat anjakan paradigma dalam institusisosial negara. Oleh yang demikian, dialog dan muzakarah (perbincangan) perlulahdiamalkan, sebagai satu langkah untuk mencari kesefahaman, kesepakatan dankesetaraan antara agama, budaya dan bangsa. Selaras dengan firman Allah SWT:≈ϑ∩⊇∪ϑϑTerjemahan: “Sesungguhnya Allah SWT telah mendengar(dan memperkenankan) aduan perempuan yang bersoaljawab denganmu (wahai Muhammad), mengenai suaminya,sambil ia berdoa merayu kepada Allah (mengenai perkara

yang menyusahkannya), sedang Allah SWT sedia mendengar

perbincangan kamu berdua. Sesungguhnya Allah amatmendengar lagi amat melihat.”(Surah al-Mujadalah, 58: 1)Berdasarkan tafsiran ayat di atas, Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmeih(2000: 1216) dalam Tafsiran Pimpinan Ar-Rahman, menyatakan bahawa perlunyaada perbincangan dalam mencari satu titik kesefahaman dan menyelesaikan masalahyang dihadapi dengan tenang. Perbincangan yang dilakukan hendaklah mendengarketerangan dari dari kedua belah pihak yang bertelagah sebelum bertindakmengambil langkah sewajarnya bagi mengelakkan salah faham dari terus

Page 22: Konsep asas dialog antara agama.docx

berpanjangan.

Selain memperkukuhkan pegangan kepada seluruh penganutnya, setiapagama mempunyai cara atau metodologi tersendiri untuk menyebarkan ajaran danpengaruh terutama bagi agama yang berkonsepkan missionary seperti Islam, Kristiandan Buddha. Agama Hindu tidak begitu menonjol dalam aspek menyebarluaskanajarannya kepada penganut agama lain (Khairulnizam Bin Mat Karim, 2008,

http://www.utusan.com.my).

Malaysia, merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai masyarakat, agama, bangsa dan budaya masing-masing hidup dalam satu komuniti,saling berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan perpaduan.Walaubagaimanapun, di Malaysia situasi ini agak berbeza kerana, PerlembagaanNegara menyatakan setiap individu bebas untuk memilih dan menganuti agamamasing-masing selepas berusia 21 tahun (Artikel 11 dan Artikel 121(1A)Perlembagaan Persekutuan). Justeru, ia membuka ruang yang luas kepada setiapagama untuk menjalankan aktiviti keagamaan mahupun aktiviti mempromosikan danmenyebarkan ajaran kepada penganut lain. Maka, ia memberi kelebihan kepadaagama yang dominan dan memberi sedikit tekanan kepada agama lain (KhairulnizamBin Mat Karim, (2008, 29 Julai), Dialog antara agama mustahak. Utusan Malaysia

online dari http://www.utusan.com.my).

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj. AhmadBadawi, dalam ucaptamanya pada Persidangan Antarabangsa Ke-3 Dunia Islam danBarat, bahawa konflik yang timbul antara dunia Islam dan negara Barat (Kristian)bukanlah berpunca daripada kepercayaan agama yang berbeza tetapi, keranamanipulasi terhadap agama oleh pihak yang berfikiran sempit atau sekular. Merekamenganjurkan kekerasan atas nama agama. Kekerasan ini bertitik tolak darikeyakinan dalam agama mereka bahawa setiap tindakan mereka adalah sejajardengan perintah Tuhan yang terdapat dalam teks kitab-kitab suci mereka(Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai), Dialog peradaban atasi konflik

Islam-Barat. Utusan Malaysia dari http://www.utusan.com.my).

Atas dasar itu, pandangan dan kesedaran mereka terhadap Islam semakinmeningkat dan melabelkan masyarakat Islam sebagai pengganas dan teroris,sedangkan Islam tidak pernah sekalipun menyuruh umatnya menanamkan rasakebencian terhadap agama lain (Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008, 29 Julai),Dialog peradaban atasi konflik Islam-Barat. Utusan Malaysia darihttp://www.utusan.com.my). Pelaksanaan dasar Islamisasi pada awal tahun 1980-antelah mencetuskan fenomena baru di mana masyarakat bukan Islam menunjukkanreaksi negatif terhadap dasar-dasar tersebut sebagai tanda protes mereka terhadap

kerajaan.

Menurut Khairulnizam Bin Mat Karim lagi, tanda protes itu wujud

Page 23: Konsep asas dialog antara agama.docx

disebabkan oleh kurangnya maklumat terhadap dasar tersebut, isi kandungan sertagerak kerja pelaksanaannya. Berlakunya demonstrasi, wujud ketidaksefahaman sertapenganjuran forum-forum orang bukan Islam yang menyatakan rasa tidak puas hatimereka dengan prosedur yang dibuat. Keadaan ini menimbulkan rasa kebimbangankepada masyarakat di Malaysia khususnya kerana apabila keadaan ini dibiarkanberlanjutan, permusuhan antara sesama kaum boleh tercetus dan dapat menggugat

keamanan negara.

Bertitik-tolak dari beberapa kejadian yang menyebabkan ketidaksefahamandalam beragama di negara ini, banyak isu-isu yang diketengahkan oleh masyarakatbukan Islam seperti pelaksanaan syariah, penggunaan Al-Kitab menggantikan Injil,peruntukan tapak-tapak rumah ibadah seperti kuil, gereja dan tokong, hak penyiarandan dasar pendidikan kerajaan serta penentangan terhadap Suruhanjaya Hak AsasiManusia (SUHAKAM), yang menyatakan bahawa tuntutan persamaan (Justice andPeace) dalam agama, tidak ada unsur toleransi (Khairulnizam Bin Mat Karim, (2008,29 Julai), Dialog antara agama mustahak. Utusan Malaysia darihttp://www.utusan.com.my).Bagi memudahkan penyuaraan dan tuntutan masyarakat bukan Islamdidengari oleh pihak kerajaan, mereka bersatu dengan menubuhkan MalaysianConsultative For Buddhisme, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) atau

dikenali juga sebagai Majlis Perundangan Agama-agama Malaysia.

Selain itu, penubuhan Inter-Faith Comission (IFC), turut dijadikan platformuntuk mereka menyuarakan pendapat mahupun kritikan. Penubuhan SuruhanjayaAntara Agama (IFC) ini mendapat tentangan, kerana di Malaysia, telah wujudpersefahaman dan toleransi di kalangan masyarakat pelbagai kaum mengenai hakkebebasan beragama. Kita perlu menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Parapelopor IFC ini tidak akan berdiam diri dengan penangguhan ini dan akan terusmelobi semua pihak untuk menerima cadangan mereka. Ini terbukti apabila merekamenyokong sepenuhnya pengikut-pengikut Ayah Pin yang ingin murtad danmenyediakan khidmat guaman untuk menyaman pihak berkuasa dan membawa kesini ke peringkat tertinggi. Penubuhan IFC ini perlu ditolak sama sekali keranapenubuhannya boleh membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islammencampuri hal ehwal agama Islam di samping menjadikan undang-undang AllahSWT mesti tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta oleh manusiayang boleh menjejaskan akidah.

Petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 6 Ogos 2008, Perdana Menteritelah menyarankan bahawa dialog membabitkan pelbagai agama di negara ini akandipertingkatkan kerana ia penting bagi mewujudkan persefahaman antara pendudukpelbagai kaum. Ajaran Islam yang mengesyorkan agar seseorang itu menjadi insanyang boleh dipercayai, dihormati dan boleh memenuhi harapan setiap wargaMalaysia tanpa mengira kaum yang mahukan diri mereka dilindungi, perlu dipatuhi.Bagi memastikan rundingan itu berjaya, setiap penganut perlu menghormati fahaman

teras agama lain yang tidak boleh diubah

Page 24: Konsep asas dialog antara agama.docx

Kesemua konflik yang berlaku antara pelbagai kaum di negara ini adalahsemata-mata untuk menuntut hak asasi mereka diperjuangkan secara telus. MenurutProf. Dr. Wahbah Al-Zuhaili (2004: 55-56) dalam karyanya yang bertajukKewajipan Memahamkan bukan Islam tentang Islam, “Dialog yang tenang adalahperlu untuk melakukan perbahasan yang berdisiplin dan perdebatan denganpemimpin-pemimpin agama di seluruh dunia melibatkan aspek agama itu sendiri,ekonomi, politik dan sosial. Pertembungan pemikiran dan wujud halangan asabiahserta tradisi-tradisi yang diwarisi oleh keturunan sebelum ini perlu diatasi.Penganjuran dialog secara terbuka yang dihadiri oleh majoriti orang ramai hendaklahmembuat perbincangan antara sesama pendakwah Islam dengan penganut agamaagama

lain, ahli falsafah pemikiran termasuklah golongan atheis”.

Oleh yang demikian, dialog perlu diadakan bagi membincangkan masalahyang dihadapi dan cuba memahaminya mengikut landasan yang betul. Dialog yangdihadiri perlu melihat kepada pandangan kedua-dua pihak (orang Islam dan bukanIslam), dan bukannya seperti mana yang dilakukan oleh Majlis Peguam yang hanyamenyaksikan pandangan satu pihak sahaja. Ketika berdialog, sensitiviti masyarakatperlu diberi penekanan, kerana jika kita gagal memahami sensitiviti masyarakat,

keharmonian beragama akan terjejas dan negara akan kucar-kacir. ( Azrinah 2008 )

Polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi merupakan suatu masalah yang perlu diteliti dan diberi perhatian yang serius. Masalah ini jika tidak dikawal boleh menjejaskan perkembangan yang sihat di kalangan pelajar-pelajar kita dan mungkin juga akan menggagalkan pencapaian matlamat pendidikan kebangsaan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang bersatupadu. Masalah polarisasi kaum ini juga harus dilihat sebagai suatu reaksi dan akibat dari sistem yang wujud di negara ini. Oleh kerana golongan pelajar itu sebahagian dari masyarakat, maka masalah pelajar itu juga adalah mencerminkan masalah yang dihadapi oleh masyarakat seluruhnya (Sanusi,1989).

Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain itu, Ting Chew Peh (1987) juga menyatakan bahawa pendidikan banyak fungsinya. Selain daripada menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang mustahak kepada kelangsungan hidup sesebuah masyarakat, ia juga berfungsi sebagai satu alat untuk memupuk integrasi.

Namun demikian, pada masa ini, kita dapati pergaulan di kalangan pelajar lebih terhad kepada sesama kaum walaupun di dalam kelas terdiri daripada pelbagai etnik. Demikian juga dalam aktiviti kokurikulum, ada sesetengah aktiviti dan permainan penyertaan dimonopoli hanya sesuatu kaum sahaja. Keadaan ini berterusan hingga ke IPTA (Berita Harian,28 Julai 2006). Oleh itu, langkah-langkah yang efektif perlu diambil untuk menyelesaikan masalah hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar. Menghadapi cabaran

Page 25: Konsep asas dialog antara agama.docx

yang ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara (Kamarulzaman,2007).

Perpaduan merupakan aspek penting dalam pembangunan negara. Kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil daripada perpaduan erat antara pelbagai kaum di negara ini. Oleh itu, aktiviti pendidikan mestilah memberi keutamaan kepada usaha-usaha memupuk dan mengekalkan semangat perpaduan di kalangan rakyat. Usaha-usaha perpaduan boleh dicapai melalui aktiviti kurikulum, kokurikulum dan sukan. Peranan pendidikan penting untuk melahirkan semangat cintakan negara. Oleh itu, KPM menghadapi cabaran besar melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang dihasratkan terdiri daripada individu dan masyarakat yang mempunyai keyakinan tinggi, jati diri kukuh, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, dapat hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal dan bertolak ansur, serta berfikiran dan berbudaya saintifik (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010).

Menurut Rusimah Sayuti et al. (2004) pula menyatakan bahawa pelajar-pelajar berbilang bangsa yang berada sama ada di IPTA atau IPTS hidup dalam satu komuniti dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu lebih mudah untuk saling faham-memahami dalam pelbagai aspek. Sebagai contoh memahami amalan agama sesuatu bangsa terutama dalam konteks kehidupan berasrama adalah penting. Menurut Sanusi (1989), sudah banyak perbincangan yang disiarkan tentang polarisasi kaum di beberapa buah universiti tempatan. Bentuk polarisasi yang dilaporkan hampir sama di semua universiti. Selain dari itu terdapat juga beberapa kajian ilmiah yang dijalankan di beberapa buah universiti. Berasaskan kepada kajian ini, beberapa generalisasi umum tentang keadaaan polarisasi kaum di kalangan pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi dapat dibuat iaitu darjah interaksi antara pelajar berbagai etnik adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang-peluang untuk berinteraksi sesama mereka di kampus, terdapat kecenderungan untuk memilih sahabat atau kawan dari anggota kumpulan etnik yang sama, kurang perbincangan secara terbuka dan serius di kalangan pelajar berbagai etnik mengenai soal politik, ekonomi dan sosial, terdapat prasangka dan stereotaip yang kuat, sebahagian besar daripada pelajar mempunyai etnosentrisma yang tinggi dan banyak kegiatan pelajar yang dijalankan adalah mengikut garis etnik bukan merentas garis etnik. Menurut Sanusi (1989) lagi, keadaan ini jelas menunjukkan bahawa peluang-peluang berinteraksi yang terdapat di kampus seperti tinggal di tempat yang sama, bersukan, makan di kantin bersama, perpustakaan, organisasi-organisasi pelajar dan lain-lain kegiatan pelajar lagi tidak banyak mendorong pelajar-pelajar tersebut untuk berhubung dan bergaul dengan lebih luas di kalangan mereka yang merentas garis etnik. Apa yang seringkali berlaku ialah kebanyakan kegiatan pelajar seperti makan di kantin, ke perpustakaan, bersiar-siar, menonton wayang, berbincang dan juga bersukan dilakukan bersama dengan anggota-anggoata dari kumpulan etnik yang sama. Perkembangan demikian sudah tentu bertentangan dengan hasrat dan cita-cita kita untuk mewujudkan perhubungan yang lebih erat, persefahaman dan integrasi nasional ( THAY CHEOW YIN ( 2008 )

Page 26: Konsep asas dialog antara agama.docx

Kajian Ibrahim Saad (1980) agak menarik kerana ia banyak menumpukan kepada soal mengenalpasti tahap penghayatan identiti nasional di kalangan pelajar pelbagai kaum. Kajian yang dilakukan oleh beliau turut menggunakan model pelajar sebagai pengukur atau indikasi dalam usaha mencari identiti-identiti yang boleh diklasifikasikan sebagai identiti nasional. Kajian beliau dilakukan keatas para pelajar sekolah menengah yang terpilih di kawasan bandar dan luar bandar. Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa pelajar di kawasan luar bandar tinggi dari segi iltizam mereka terhadap mengenali item-item nasional berbanding pelajar di kawasan bandar.

Dalam kajian Abdullah Taib (1984) menyatakan bahawa kebanyakan kajian hubungan etnik menunjukkan faktor interaksi berkait rapat dengan kadar integrasi. Kadar integrasi dalam satu-satu komuniti ditentukan oleh faktor sama ada ahli-ahli komuniti itu berpeluang untuk berinteraksi dengan ahli-ahli kaum lain. Menurut beliau para pelajar yang berada di kampus mempunyai peluang dan 4 kebebasan untuk bercampur gaul antara satu sama yang lain. Sekiranya para pelajar tidak menggunakan peluang yang sedia ada untuk berhubung dengan kaum lain, maka ia berkemungkinan mewujudkan jurang dan polarisasi kaum di kampus.

Kajian Abdullah Taib (1984) di tiga buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM) adalah berkenaan kadar interaksi di kalangan pelajar pelbagai kaum. Beliau mendapati bahawa darjah interaksi adalah tinggi hanya wujud di kalangan sesama etnik (intra-ethnic) jika dibandingkan dengan kadar interaksi antara etnik (inter-ethnic). Keadaan terjadi disebabkan para pelajar menziarahi rakan-rakan bertujuan untuk membuat perbincangan pelajaran atau menyiapkan tugasan. Pelajar-pelajar bukan Melayu mengunjungi teman Melayu adalah untuk memperbaiki esei ataupun catatan nota kuliah. Kajian juga menunjukkan para pelajar kurang meminta nasihat atau pertolongan kerana ia melibatkan nilai emotif yang tinggi dan sukar dibincangkan dengan rakan etnik yang lain. Polarisasi etnik nyata wujud di kalangan pelajar apabila didapati sebilangan besar pelajar Melayu tidak mengunjungi bilik kaum Cina dan India. Mereka lebih suka mengunjungi bilik sesama etnik.

Sanusi Osman (1989) dalam kajiannya terhadap polarisasi kaum di institusi pengajian tinggi telah menggariskan beberapa masalah polarisasi di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi. Antaranya; i.) Darjah interaksi antara pelajar berbagai etnik adalah rendah walaupun terdapat banyak peluang-peluang untuk berinteraksi sesama mereka di kampus. ii.) Terdapat kecenderungan untuk memilih sahabat atau kawan dari anggota etnik yang sama. iii.) Kurang perbincangan secara terbuka dan serius di kalangan pelajar pelbagai etnik mengenai soal politik, ekonomi dan sosial. iv.) Terdapat prasangka dan stereotaip yang kuat. v.) Sebahagian besar daripada pelajar mempunyai etnosentrism yang tinggi. vi.) Banyak kegiatan pelajar yang dijalankan adalah mengikut garis etnik bukan merentas garis etnik.

Kajian yang dilakukan oleh Sanusi Osman ini mendapati bahawa kebanyakan kegiatan yang melibatkan peluang-peluang interaksi para pelajar tidak mendorong kepada hubungan mahupun

Page 27: Konsep asas dialog antara agama.docx

pergaulan yang lebih luas. Ini disebabkan para pelajar lebih cenderung untuk melakukan kegiatan sesama etnik. Antara faktor-faktor yang mendorong kepada wujudnya masalah polarisasi adalah disebabkan oleh masalah pelajar dan institusi universiti yang akhirnya membawa kepada social sanction. Kedua; masalah struktur dan perkembangan masyarakat yang membawa isu-isu kepentingan kaum-kaum tertentu. Ketiga; masalah sistem politik dan ekonomi iaitu para pelajar di institusi pengajian tinggi banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik luaran yang akhirnya mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan jarang memikirkan strategi ke arah memupuk hubungan kaum yang lebih rapat di kalangan pelajar pelbagai kaum.

Dalam kajian Mansor Mohd. Noor dan rakan-rakan (2001) tahap atau darjah etnik seseorang individu itu akan menentukan tingkahlakunya dipengaruhi oleh perkiraan etnik atau tidak. Individu yang tebal batas etniknya akan mengutamakan perkiraan etnik di dalam tingkahlakunya. Berbeza dengan individu yang nipis atau pupus batas etniknya akan mengutamakan perkiraan bersifat non-etnik hingga boleh berhubungan dengan individu-individu lain berdasar silang kumpulan. Dalam suasana sosial berbentuk ini, masyarakat lebih bersifat bersatu padu dan harmoni. Berlainan jika batas etnik itu tebal, individu hanya berhubungan dengan individu lain berdasarkan persamaan etnik hingga wujud masyarakat plural; terpisah, terasing dan masing-masing berada dalanm kotak masing-masing tanpa diikat oleh nilai yang dikongsi bersama. ( KAJIAN HUBUNGAN KAUM DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA Rusimah Sayuti1)

Oleh itu, adalah amat penting untuk kita suburkan dialog antara agama dan antara budaya

bagi meminimakan perbezaan pandangan agar ia tidak meruncingkan lagi sehingga boleh

merosakkan negara. Dialog atau perbincangan antara dua pendapat yang berbeza dengan

tujuan utama untuk saling tegur menegur agar boleh meningkatkan kefahaman dan berubah

kearah yang lebih mulia adalah suatu keperluan semasa yang sangat penting. Matlamat akhir

dari proses ini adalah bagi memastikan kehidupan yang lebih harmoni, sejahtera antara rakyat

, serta amalan agama dan budaya akan lebih terjamin.

Pandangan Dr Mohd Farid Sharan (UIA) (Dibentang dalam “Muzakarah Pendisiplinan Dialog

Antara Agama dan Peradaban” pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia

(IKIM), Kuala Lumpur.) amat menarik untuk dijadikan panduan mengenai dua pendekatan

dialog yang boleh dilaksanakan.

“Pertama : dialog yang lebih khusus dengan tujuan menjelaskan kebenaran agama masing-

masing dan mengelakkan kesilapfahaman di kalangan penganut agama lain. Asas kepada

dialog bentuk ini ialah menjalin persefahaman. Ia bukan bertujuan untuk mengubah mana-

mana doktrin agama akan tetapi untuk menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai

kepercayaan dan kefahaman agama masing-masing. Ia mungkin menjadi bentuk perdebatan,

akan tetapi ia harus dilakukan dengan ilmiah dan sihat. Di peringkat ini, dialog harus diwakili

oleh para ilmuwan yang berwibawa dari kedua-dua belah pihak. Sebaiknya ia dijalankan secara

tertutup dengan dihadiri oleh mereka yang benar-benar faham mengenai maudu’ yang

dibahaskan.”

Page 28: Konsep asas dialog antara agama.docx

“Kedua ; Dialog yang menumpukan terhadap penyelesaian masalah-masalah semasa yang

lebih berkait dengan urusan pentadbiran agama dan maslah-masalah semasa. Tujuan dialog

bentuk ini ialah untuk menjamin kelangsungan keharmonian dalam kehidupan bersama

(peaceful co-existence). Ia bersifat lebih pragmatik dalam erti kata membahaskan masalah-

masalah yang timbul yang memberi kesan langsung kepada keharmonian kehidupan bersama

masyarakat beragama. Ia termasuk membincangkan persoalan common enemies yang

dihadapi oleh setiap agama seperti aliran-aliran sekular, kepentingan prinsip-prinsip etika yang

dapat dikongsi bersama. Ia bukan untuk berkompromi mengenai nilai-nilai agama yang

dipegang oleh setiap agama akan tetapi mencari titik pertemuan yang dapat dijadikan titik

tolak tasamuh antara penganut-penganut agama.”

Dialog antara agama sebagai satu disiplin ilmu dan kebudayaan merupakan satu tuntutan yang paling mendesak dalam konteks negara Malaysia masa kini. Tambahan pula, kegiatan dialog antara agama masih dianggap suatu yang baru di dalam masyarakat. Ia masih ditanggap asing oleh sebahagian besar masyarakat umat Islam.

Dialog antara agama boleh difahami sebagai kesediaan dan keupayaan satu-satu kelompok agama memberi respon dan reaksi terhadap sebarang permasalahan yang berbangkit samada perkara tersebut melibatkan kelompoknya sendiri atau pun orang lain. Dalam memberikan tindakbalas tersebut, ia hendaklah mengambil kira kepentingan bersama, menerusi rundingan dan persetujuan. Dalam hal-hal yang tidak dapat dipersetujui bersama (atas sebab-sebab tertentu) hendaklah ada sikap berlapang dada dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain.

Bagi tujuan mewujudkan keadaan demikian, maka dua syarat asas yang perlu dipenuhi oleh setiap kelompok agama terbabit iaitu kesediaan untuk bersikap `jujur’ dan `ikhlas’. Ini bagi memastikan agar tidak ada agenda tersirat dalam setiap dialog yang dijalankan. Dalam ertikata lain, dialog bukan dakwah atau misi bagi tujuan mengajak penganut lain menukar agamanya.

Bagi menjalankan kegiatan dialog antara agama, setiap kelompok harus mempunyai persediaan dan keupayaan ilmu. Ini meliputi kemampuan pengentahuan tentang asas dan tasawwur agamanya sendiri serta juga memahami dengan sempurna konsep dan asas citra agama rakan dialognya. Di samping itu, setiap pihak harus benar-benar menyedari tentang permasalahan yang berbangkit berhubung persoalan dan permasalahan yang ingin didialogkan.

Terdapat beberapa bentuk dialog yang boleh diamalkan dalam konteks negara ini.

a. Dialog Kehidupan – iaitu pertemuan antara umat berlainan agama dalam kehidupan seharian seperti gotong royong menjayakan aktiviti sosial, ekonomi dan seumpamanya.

Page 29: Konsep asas dialog antara agama.docx

b. Dialog Kerja Sosial – suatu bentuk kesinambungan dari dialog kehidupan di mana penekanan terhadap kesedaran dan kepentingan betapa perlunya hidup secara beragama dalam pertemuan yang dikelolakan.

c. Dialog Teologi – iaitu lebih merupakan perbincangan yang menyangkut tentang aspek doktrin dan keimanan. Tujuan dialog ini ialah bagi membangunkan kesedaran diri bahawa di luar keyakinan dan keimanan yang kita anuti, terdapat bentuk keimanan, kepercayaan dan tradisi yang dimiliki oleh orang lain. Kefahaman yang mendalam terhadap situasi kepercayaan dan keimanan orang lain menghasilkan perasaan hormat dan jalinan hubungan keagamaan yang tulin sesama anggota masyarakat.

d. Dialog Spiritual – iaitu berlegar di alam esoteric (alam kerohanian) yang melibatkan orang tertentu sahaja dari kalangan pengamal mistik.

Memandangkan dialog yang berbentuk teologi dan spiritual bersifat berat dalam realiti masyarakat yang menganggap tradisi dialog sebagai suatu yang baru, dianjurkan agar usaha dialog dalam bentuk kehidupan dan kerja sosial dipergiatkan.

Kegiatan sedemikian tidaklah begitu sukar dikelolakan dan harus dikelolakan bersama oleh pertubuhan agama di negara ini dengan kesedaran bagi merapatkan persefahaman dan kerjasama sesama penganut agama. Ia boleh dijelmakan dalam bentuk kegiatan gotong royong, kerja amal dan sukarela serta kebajikan.

Sejajar dengan tahap asas disiplin dialog dalam konteks masyarakat kita, usaha awal yang perlu ditumpukan ialah memecahkan perspektif serong dan negatif penganut agama terhadap yang lain. Ini merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh pemuka dialog di di negara ini. Sikap eksklusif penganut terhadap agamanya suatu yang fitrah dan ada pada setiap agama. Malah penganut agama harus mempertahankan keyakinan dan keunikan ajaran agama yang dianuti dengan serius dan bersungguh-sungguh.

Namun, ia tidak harus sehingga mendakwa agama lain sebagai suatu yang tidak relevan dan berguna dalam menyumbang kepada kehidupan masyarakat. Ini kerana, sikap memandang agama lain sebagai suatu yang tidak berguna merupakan benteng yang melambatkan proses pemupukan keharmonian antara penganut agama. Kita memerlukan semangat eksklusif agama yang bersifat rasional yang memberi ruang untuk menerima kepelbagaian agama.

Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam mewujudkan perpaduankaum dan agama. Selepas diisytiharkan tahun 2001 sebagai tahun dialog,pendekatan ini mula diterima ramai. Kesannya, lahir beberapa siri dialog antaraperadaban dan agama. Walaupun pada mulanya bersifat kaku dan berhati-hati,kini ia berkembang ke arah lebih positif dalam mewujudkan persefahaman danpada masa yang sama meminimumkan konflik. A

Dalam situasi dunia moden yang dikenali juga dengan term globalisasi, penduduk

Page 30: Konsep asas dialog antara agama.docx

dunia dari setiap benua yang berbeza mengharungi pelbagai masalah sosiopolitik-budaya yang rencam. Hal ini memerlukan suatu bentuk formula alternatifbagi menyatukan seluruh penduduk dunia dalam iklim yang harmoni. Alternatifini adalah melalui mekanisme pembudayaan dialog antara agama. Walaupunpengkhususan diberikan kepada realiti Malaysia, tetapi kaedah ini bolehdiperluaskan untuk semua penduduk dunia, dinilai daripada penggunaan fungsiagama untuk penyelesaian masalah manusia sejagat. Manusia sebagai mahklukciptaan Allah mempunyai pelbagai fitrah dan sifat yang utama (homo religious)iaitu memerlukan agama untuk kesejahteraan hidup.Dalam konteks Malaysia, agama mempunyai kaitan rapat dengan pengenalankaum. Kaum majoriti adalah Melayu yang beragama Islam, diikuti kaum Cinayang beragama Buddha, Konfucius dan Taoisme serta kaum India yang beragamaHindu dan lain-lain. Agama Kristian merupakan agama yang sedang berkembangmerentasi kaum. Populasi Muslim adalah seramai 60.4%, manakala bukan Islamsebanyak 39.6% yang mana Kristian (9.1%), Buddha (19.2%), Hindu (6.3%),Konfucius dan lain-lain (5.0%) (Bureau of East Asian and Pacific Affairs) (lihatIndrajit dan Logan, 2008).

KONSEP DIALOG ANTARA AGAMAPerbincangan mengenai dialog antara agama adalah sebahagian daripada disiplinilmu yang dibahaskan dalam bidang kajian perbandingan agama. Perkataandialog dalam bahasa Melayu bermaksud percakapan, perbualan dalam lakonan,cerita atau apa sahaja bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat, perbincangan,perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara terbuka.Dalam bahasa Inggeris, dialogue berasal daripada perkataan Greek dialectic yangbermaksud discourse atau wacana (Reese, 1996). Merujuk kepada etimologiGreek, istilah dialog berasal dari dua gabungan perkataan, pertama ia yangbermaksud through yakni menembusi atau melalui, sementara perkataan keduaadalah logos yang bermaksud "perkataan" tetapi ia turut membawa pelbagaidefinisi seperti yang berhubung kait dengan prinsip dan pandangan mengenaisesuatu perkara. Justeru, dialog membawa maksud sesuatu pandangan, idea yangdibincang untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau matlamat yang bermanfaatkepada pihak-pihak yang terlibat. Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar,merujuk kepada etimologinya yang berasal daripada ha, wau, ra. Ibn Manzur(2005) dalam kitabnya Lisan al-Arab mendefinisikan al-hiwar iaitu dialogsebagai al-ruju yang bermaksud kembali semula atau dirujuk semula.

Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatuperkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuanutama setiap pihak dapat mempelajari daripada pihak lain agar mereka bolehberubah dan berkembang maju. Definisi tersebut, sekurang-kurangnyamengetengahkan beberapa ciri penting serta andaian awal yang terdapat padadialog. Pertamanya, dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan. Kedua, iabukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan tetapijuga menuntut perubahan dari segi pendirian dan adakalanya, kepercayaan.Ketiga, dialog turut merupakan tindak balas (reaction) kepada masalah dankemelut yang timbul, atau dengan kata lain, ia bersifat pragmatik.Secara lebih terperinci, dialog dalam konteks agama Kristian merupakan satugesaan terhadap perkara yang seharusnya dilakukan oleh penganut Kristian iaitubercakap atau berkomunikasi dengan penganut agama lain yang tidak hanya

melibatkan aktiviti perbincangan tetapi lebih utama lagi ialah keupayaanmempamerkan cara hidup yang sebenar dan menyenangkan kepada penganut

Page 31: Konsep asas dialog antara agama.docx

lain. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Thomas Michel (2000) melalui definisidialog oleh Pope John Paul, dialog mempunyai pelbagai bentuk dan ekspresiyang pada tradisinya adalah pertukaran idea antara pakar-pakar agama sebagaiwakil rasmi dalam sebuah forum untuk mewujudkan kerjasama demi kepentinganpembangunan bersama dan pemeliharaan nilai-nilai agama sehingga kepadaperkongsian pengalaman spiritual mengikut agama masing-masing yanglazimnya dikenali sebagai "dialog kehidupan" iaitu setiap penganut menyaksikankehidupan seharian yang didasarkan dengan nilai-nilai spiritual dan kemanusiaanserta menyemai sikap saling bantu-membantu demi kepentingan hidup bersama.Ekspresi dialog sebegini direncamkan dalam empat bentuk dialog antara agamayang terkandung dalam dokumen The attitude of the church towards thefollowers of other religions: Reflections and orientations on dialogue andmission, 1984, 28–35 dan Dialogue and proclamation: Reflection andorientations on interreligious dialogue and the proclamation of the Gospel ofJesus Christ, 1991, 42 diterbitkan oleh pihak Vatikan sebagai dialog kehidupan,dialog tindakan/perlakuan, dialog pertukaran faham agama (teologi) dan dialogperkongsian pengalaman keagamaan. Perkara ini mengkehendaki penganutKristian melibatkan diri dalam semua aspek kehidupan dengan mewujudkansemangat perkongsian bersama penganut agama lain dan mempelajari cara hidupsebagai Kristian untuk diaplikasikan bersama dengan penganut agama lain danmerangkumi tatacara berinteraksi, bertingkahlaku, berfikiran dan bertindak balasmengikut ajaran Kristian.Idealisme dialog turut diperincikan oleh Azizan Baharuddin (2005) yangmenekankan dialog adalah suatu bicara dengan pihak yang berfikiran berbezadaripada kita dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir yang berlainan danbaru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta maknanya, bukan debatuntuk mengalahkan dan menundukkan orang lain. Beliau menjelaskan lagibahawa semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati supayadapat difahami kedudukan pihak lain dengan setepat yang mungkin danmenonjolkan suatu perlakuan yang begitu murni dan bermoral iaitu menuntutmanusia mengatasi tanggapan negatif dan rendah diri serta bersifat jujur danikhlas.Berasaskan pengertian dialog di atas, adalah jelas bahawa secara umumnyadialog adalah satu elemen komunikasi dan medium interaksi yang melibatkanpertemuan dan perbincangan mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaanpendapat, kesangsian dan salah faham di antara pelbagai masyarakat yang tinggalbersama. Dialog tidak hanya terbatas pada perkara yang membincangkan konflikdan kemelut masyarakat tetapi dialog juga berperanan dalam memupukpersefahaman dan perkongsian hidup bersama.

kerangka dan pemahaman asas yangberteraskan konsep tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid iniseperti mana diperjelaskan oleh sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dantidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli, 1998). Hal ini bermakna, walau apapun bentuk dialog antara agama yang dilakukan, pendekatan ala sekularismeyang menolak peranan ketuhanan dalam kehidupan manusia dan bergantungsepenuhnya kepada peranan akal dan nafsu manusia di dalam menentukan segalaaspek penting di dalam kehidupan perlu dijauhkan sama sekali (MuhammadZainiy, 2001). Lebih buruk lagi, mengikut pendekatan kajian sekularisme Barat,sebarang elemen yang berkaitan dengan fenomena ketuhanan dan metafizik akandianggap sebagai karut dan tidak bersifat empirikal (Abdul Rahman Abdullah,2000). Bahkan mereka menganggap bahawa penderitaan manusia adalahberpunca dari kelemahan manusia yang tertipu dengan berpegang kepada

Page 32: Konsep asas dialog antara agama.docx

kepercayaan keagamaan.Dalam soal ini, Mohamad Kamal (1996) menjelaskan:Mereka mempunyai sikap yang tidak senang terhadap agama danmenganggap penerusan hidup agama dalam dunia moden sama adasebagai a relic of medieval obscurantism atau sebagai satu daripadamanifestasi primitivism dan irrationality dalam diri manusia.

REALITI DIALOG AGAMA DI MALAYSIAKebiasaannya, sesuatu proses dialog itu akan membabitkan perbincangan antaradua pihak atau lebih dengan mempunyai unsur pertemuan, komunikasi,persepakatan, pemahaman, perhubungan dan persefahaman secara kolektif.Terdapat tiga bentuk dialog agama yang berkembang di Malaysia. Ia tidakbersifat statik tetapi dinamik selari dengan perubahan dan perkembanganmasyarakat.Pada dasarnya kewujudan tiga bentuk dialog agama ini dalam konteks Malaysiamempunyai perkaitan erat dengan sejarah hubungan masyarakat Alam Melayusilam yang bersifat terbuka-selektif dengan difusi budaya ataupun agama asingyang berasal daripada kawasan luar Alam Melayu (Hashim, 2001a).

Pertama, dialog dalam kehidupan. Dialog ini berlaku apabila anggota masyarakatyang berbeza terpaksa ataupun berusaha untuk hidup bersama di luar batasankelompok sendiri tanpa dibatasi oleh ruang lingkup agama. Dalam beberapa kesterpencil, seperti mana berlaku dalam masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka,etnik bukan Melayu telah mengalami proses asimilasi yang cukup tinggi denganmasyarakat Melayu, sehingga dilihat telah meleburkan budaya etnik mereka yangasal (Vaughan, 1974).Mereka akan hidup berjiran, bergotong-royong dan sama-sama berkongsiperasaan sedih dan duka dalam masalah kemanusiaan. Dialog dalam bentuk inipaling kerap dikesan berlangsung dalam kehidupan masyarakat Malaysiawalaupun kadang-kadang bersifat superficial dan ditaja khusus dalam bentukiklan media massa bagi memberi tunjuk ajar kepada anggota masyarakat.Falsafah pembangunan negara sejak selepas merdeka hinggalah pada masasekarang yang menekankan integrasi nasional lebih menekankan elemen dialogdalam bentuk patriotisme ini tanpa menjuruskan kepada isu nilai-nilai agamayang cukup serius (Abdul Rahman, 2004).Kedua, dialog melalui tindakan bersama. Ia dapat direalisasikan apabila setiappenganut agama yang berbeza bersepakat merancang dan melaksanakan tindakanyang menguntungkan semua pihak. Pada kebiasaannya, dialog bentuk inidilakukan oleh non-governmental organisation (NGO) Islam dan bukan Islamyang bersatu memperjuangkan isu-isu membabitkan kemanusiaan sejagat sepertiisu alam sekitar, kepenggunaan, kemiskinan, pendidikan, dadah, AIDS,kebebasan demokrasi dan globalisasi. Semua pihak bersetuju dengan peranansetiap agama dalam pelbagai nilai dan formula bagi menyelesaikan permasalahanmasyarakat (Ahmad Sunawari, 2003).Selain daripada NGO, terdapat juga badan agama-agama bukan Islam (MalaysianConsultative Council of Buddhisme, Christianity, Hinduisme and Sikhisme) yangbernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); bagimenyuarakan dan memperjuangkan kepentingan setiap penganut agama bukanIslam di Malaysia (Ibrahim, 2003).

Ketiga, dialog melalui wacana intelektual. Ia berlaku sama ada dalam bentuk (1)bilateral (membabitkan dua agama) seperti Dialog Islam-Kristian, ataupun (2)trilateral (membabitkan agama Abrahamic) seperti agama Islam-Kristian-Yahudi,

Page 33: Konsep asas dialog antara agama.docx

ataupun dalam bentuk (3) multilateral (membabitkan agama Abrahamic danbudaya). Ternyata dialog bentuk multilateral ini didapati lebih efektif keranaperbincangannya lebih berfokus dan lebih terkawal (Ahmad Sunawari, 2003).Dialog bentuk ini masih lagi terhad dalam konteks Malaysia semasa, apabila ialebih khusus dijalankan hanya di Institusi Pengajian Tinggi dan InstitutKefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta tidak diperluaskan skopnya ke dalamkehidupan masyarakat yang lebih besar. Fenomena ini berlaku kerana dialog itumerupakan satu bentuk kemahiran insaniah yang wajar dipelajari dandibudayakan. Selain itu, para pendialog wajar mempunyai ilmu pengetahuandalam bidang pengkajian agama dan perbandingan agama selain memilikikepakaran dalam bidang kajian teks kitab-kitab suci agama selain Islam danbenar-benar memahami dan menguasai ilmu berkenaan agama budaya.Pada peringkat antarabangsa, sebagai respons kepada pertelingkahan yang kerapwujud antara pihak Barat, Israel, Palestin dan Negara Arab; dialog dalam bentuktrilateral (membabitkan agama Abrahamic) seperti agama Islam-Kristian-Yahudilebih kerap diadakan, khususnya oleh pemimpin agama Abrahamic ini bagimeredakan titik pertelingkahan yang memang mempunyai latar belakang sejarahyang agak panjang (Newby, 1996). Apa yang lebih penting lagi, bertepatandengan piawaian hak asasi manusia serta kebebasan agama (New World Order),pihak Barat secara berterusan telah meneliti perkembangan hubungan dan dialogagama bentuk wacana ilmiah di Malaysia, sebelum menentukan minat merekauntuk melabur di dalam aktiviti ekonomi di Malaysia (Heath, 1996).Walau bagaimanapun, terdapat beberapa trend negatif yang berkaitan denganrealiti dialog melalui wacana intelektual ini, di antaranya sikap prejudis melulupenganut Islam terhadap agama lain. Penganut Islam perlu dididik bagimengamalkan sikap toleransi beragama terhadap penganut bukan Islam keranarata-ratanya penganut Islam masih bersikap prejudis kepada penganut agama lain(Chandra, 1997). Hal ini menyebabkan gerakan kebangkitan semula Islam yangmelanda masyarakat Melayu telah menyisihkan masyarakat bukan Islam diMalaysia. Hal ini amat mendukacitakan jika dilihat kepada sirah perjuanganmubaligh yang awal di Alam Melayu, yang mengamalkan pendekatan dakwahala Sufisme sehingga berjaya di dalam usaha dakwah mereka. Pendekatan alaSufisme ini telah menunjukkan sikap yang positif dengan kepelbagaian agamayang wujud dalam masyarakat Melayu silam (Rahimin Affandi, 2003b).Senario negatif ini telah menyebabkan penganut bukan Islam menjadi takut dansinikal dengan perkembangan gerakan kebangkitan semula Islam. Sewajarnyapenganut bukan Islam perlu diperjelaskan bahawa fenomena kebangkitan Islamini bukanlah imperialisme budaya, kerana Islam adalah agama universal danbukan milik orang Melayu semata-mata, dan penyebaran mesejnya bukan sahajauntuk memperkuatkan kedudukan bangsa itu tetapi juga memberi kebaikankepada bangsa-bangsa lain (Jaffary, 2003: 82).Ia juga dapat dilihat dalam kegagalan pada kebanyakan dasar rasmi kerajaan.Menurut Paul (1993), beliau mempertikaikan kemampuan impak dialog wacanadalam kehidupan yang diwujudkan dalam majlis rasmi kerajaan seperti di sekolahdan tempat awam. Ia dianggap kurang berkesan untuk mewujudkan kesedaranbagi penganut Islam untuk memahami nilai-nilai murni universal agama lain.Hasilnya, trend ini menyebabkan penganut Islam tidak bersedia untuk menghadirimajlis masyarakat penganut bukan Islam seperti upacara pengebumian dan majlisperkahwinan. Sebaliknya masyarakat bukan Melayu seperti penganut Buddha,Hindu, Taoisme dan Konfucius lebih mudah mengadakan interaksi denganmasyarakat Kristian.Bagi Muhammad (1987), penganut Islam perlu berusaha untuk memahami realitikehidupan beragama masyarakat bukan Melayu di Malaysia. Interaksi dalam

Page 34: Konsep asas dialog antara agama.docx

ruang-ruang yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam seharusnyadimaksimumkan. Sikap memencilkan diri ini hanya bakal menyebabkanpenganut agama lain menjadi terus jahil mengenai Islam meskipun mereka sudahlama hidup bersama dengan penganut Islam. Keadaan ini sekiranya tidakdibendung akan membentuk "tembok tersendiri" dalam kalangan bangsaMalaysia sekali gus sikap salah faham masyarakat bukan Islam terhadappenganut Islam dan sebaliknya semakin membentuk jurang yang lebar dalamhubungan umat beragama di Malaysia. Hal ini akan memangkinkan lagikesukaran untuk mewujudkan dialog antara agama dalam wacana ilmiah diMalaysia secara lebih terbuka. Lebih lanjut lagi, Paul (1993) menegaskan kegagalan dialog dalam wacanailmiah ini disebabkan tiga faktor yang utama:1. Kekurangan pakar yang benar-benar memahami agama-agama diMalaysia.2. Penumpuan yang lebih diberikan kepada aspek perbezaan etnikkhususnya antara Melayu dan bukan Melayu.3. Tiadanya sikap keterbukaan dari pihak masyarakat Islam untukbersemuka serta berdialog dengan masyarakat bukan Melayu.Fenomena ini dikuatkan dengan sikap sinikal yang diamalkan oleh penganutKristian. Pandangan ini menuntut penganut agama Kristian agar lebih positifdalam menangani dialog agama melalui wacana ilmiah dengan penganut bukanKristian. Hal ini dikemukakan oleh Batumalai (1989) tentang keperluanmengamalkan sikap proaktif dan terbuka bagi penganut agama Kristian untukmemahami sosio-budaya dan agama masyarakat bukan Kristian khususnyamasyarakat Melayu dalam usaha mendekati mereka. Ringkasnya, kefahamantentang aspirasi, budaya dan adat sesuatu masyarakat beragama menjadi prasyaratkepada wujudnya dialog ilmiah di antara penganut yang beragama bukanKristian. Sebagai

PROSPEK DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIATrend dialog agama di Malaysia masih mempunyai prospek yang cerah.Kenyataan ini dibuat berdasarkan kepada realiti fenomena globalisasi yangmemungkinkan proses penyebaran maklumat khususnya tentang sesuatu agamamenjadi lebih terbuka dan boleh diperoleh oleh sesiapa sahaja. Dalam eraglobalisasi, bentuk perhubungan masyarakat dunia telah berubah denganwujudnya ruang siber dan maya (virtual reality) yang tidak pernah berlakusebelumnya dalam sejarah manusia.Ruang siber ini dinyatakan oleh Jalaluddin (2002) sebagai "ruang atmosfera atauruang udara yang mengandungi jisim dan jirim yang menjadi laluan gelombangcahaya dan bunyi sebagai medan penghantaran maklumat serta laluan untukberkomunikasi. Ia dimanfaatkan untuk sistem komunikasi sama ada denganmenggunakan wayar ataupun tidak. Ia adalah jaluran lebuh raya maklumat yangboleh melampaui batasan jarak, sempadan, masa dan tempat apabila digunakanuntuk berkomunikasi." Tambah beliau lagi, "kelahiran ruang siber inimempercepatkan lagi proses mentamadunkan pemikiran manusia keranamelaluinya penyebaran dan proses transformasi maklumat lebih mudah dancepat. Kesan kewujudan ruang siber melalui falsafah cyborg ini telah melahirkanmasyarakat baru (online) yang berbeza daripada masyarakat massa (industri).Fenomena ini antara lainnya bakal membolehkan setiap penganut agamamengetahui dan memahami sesuatu ajaran agama lain dengan lebih mendalamlagi daripada sumber yang betul, tanpa dipengaruhi oleh sesuatu pandangan yangbersifat berat sebelah (Abdullah Embong, 2001).Selain itu, keadaan ini turut disokong dengan tersebarnya pelbagai buku dan

Page 35: Konsep asas dialog antara agama.docx

laman web berkaitan agama Islam yang menjelaskan sikap ajaran Islam yangmenentang keras sebarang bentuk amalan ekstremisme yang melampau. Hal inidibuktikan lagi dengan pasca peristiwa 11 September, masyarakat Barat telahberusaha mengkaji ajaran Islam daripada sumbernya yang sahih; al-Quran dan al-Sunnah. Hasilnya, sebahagian besar masyarakat Barat merasa hairan keranasebahagian besar daripada ajaran Islam didapati penuh dengan sifat rahmah (nilaikemanusiaan) yang amat baik, kemuncaknya boleh dilihat dengan bertambahramai masyarakat Barat yang telah memeluk agama Islam (Newby, 1996).Dalam masa yang sama, wujudnya inisiatif manusia moden tentang pentingnyafungsi agama di dalam kehidupan manusia. Seperti mana dinyatakan olehMohammad Kamal (2001), sebahagian besar masyarakat Barat yang terdiridaripada sarjana, Ketua Pengawai Eksekutif, hakim dan Islamis (Sarjana pengkajiIslam di Institusi Barat) mengakui bahawa fenomena keruntuhan moral yangberlaku di Barat adalah sebagai akibat langsung daripada tindakan manusia Baratyang meninggalkan agama dalam kehidupan dan lebih mementingkan nafsu sertasejati kepada umat manusia. Penekanan terhadap isu moral untuk manusia (aspekmakanan rohani) mula disedari oleh sarjana Barat bukan boleh bergantungkepada sumber akal semata-mata, tetapi memerlukan kepada sentuhan ajaranagama. Hal ini kerana agama dilihat mampu memberikan input kerohaniankepada jiwa manusia berhubung dengan tujuan hidup, matlamat dan kesudahanhidup manusia.( DIALOG ANTARA AGAMA: REALITI DAN PROSPEK DI MALAYSIARELIGIOUS DIALOGUE: ITS REALITY AND PROSPECTS IN MALAYSIARahimin Affandi Abd. Rahim1*,2011 )

Semoga Allah memberikan rahmat kepada saudari atas keprihatinan terhadap isu-isu umat Islam. Jawapan

saya di sini bukannya secara khusus mengenai jawatan kuasa yang hendak ditubuhkan oleh Pihak

Kerajaan Pusat. Saya belum pasti pendetilan tujuan dan kerangka mereka. Namun berikut beberapa

perkara asas yang ingin saya sentuh dalam hal ini;

 

1. Pada prinsipnya, Islam bukan sahaja membolehkan kita berdiolag dengan penganut agama lain, bahkan

memerintahkan kita berdialog, berhujah dengan cara yang baik dan menyeru serta memahamkan mereka

hakikat agama Islam ini. Firman Allah (maksudnya):

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik),

dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang

lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang

yang mendapat hidayah petunjuk (Surah al-Nahl: 125).

Kata al-Sa’di (meninggal 1376H):

“Hikmah maksudnya setiap individu diseru berdasarkan keadaan, kefahaman, penerima dan

perlaksanaannya..adapun mauizah hasanah (nasihat yang baik) bermaksud dengan ungkapan yang baik

yang dapat mengingatkan mereka. Antaranya dengan cara memberi amaran kepada mereka mengenai

Page 36: Konsep asas dialog antara agama.docx

balasan Allah di akhirat dengan pendekatan yang dapat menginsafkan mereka. Sementara: berdebatlah

dengan mereka dengan cara yang terbaik bermaksud cara yang paling memungkin mereka menerimanya

secara akal dan nas ( Al-Sa’di, Taisir al-Karim al-Rahman, 452, Beirut: Muassasah al-Risalah).

2. Diolag antara muslim dan penganut-penganut agama lain amat diperlukan di zaman kini di mana Islam

sering disalahfahamkan oleh Media Barat. Interfaith Diologue atau dalam bahasa Arab al-Hiwar bain al-

Adyan(Dialog Antara Agama-Agama) boleh menjadi perantara memahamkan Islam kepada pihak-pihak

yang salahfaham terhadap agama yang mulia ini. Walaupun hakikatnya, bukanlah dialog antara agama,

tetapi dialog antara penganut agama. Jika ruangan seperti ini tidak diambil, terutama di peringkat

antarabangsa, maka salahfaham terhadap Islam akan terus berkembang. Islam akan dituduh agama jumud,

fanatik, tiada hujah, dan enggan mendengar isi jantung hati pihak lain. Di samping, dialog antara agama

juga boleh menjadi medan untuk membela nasib umat Islam.

3. Dialog dengan penganut agama lain bukan semesti kita menyeru mereka secara langsung untuk

menganut Islam. Sebaliknya, kita mungkin sekadar menghapuskan salahfaham, buruk sangka dan

maklumat yang salah yang ada dalam kalangan bukan Islam. Itu mungkin membawa mereka kepada

bersikap baik dengan umat Islam, bahkan mungkin juga membawa mereka kepada hidayah Islam. Ketika

para sahabat Nabi s.a.w ke Habsyah melarikan diri daripada kezaliman Quraish Mekah, pihak Quraish telah

menghantar wakil untuk menghasut Raja Habsyah iaitu Najasyi agar menangkap dan menyerah kaum

muslimin kepada Quraish.

Kata wakil Quraish: “Wahai Raja! Telah datang ke negaramu budak-budak yang bodoh. Mereka telah

memecah belahkan agama kaum mereka dan tidak pula memasuki agamamu. Mereka membawa agama

yang mereka ada-adakan yang kami dan engkau tidak kenalinya. Pembesar kaum mereka yang terdiri

daripada bapa-bapa mereka, paman-paman mereka dan kaum keluarga mereka telah menghantar

kepadamu utusan agar engkau mengembalikan mereka kepada kaum mereka. Mereka semua lebih tahu

keburukan mereka itu dan mereka memarahi perbuatan mereka”.

Aduan atau fitnah mereka itu telah memaksa ketua umat Islam di Habsyah berdialog dengan Najasyi.

Apabila Najasyi bertanya: “Agama apakah ini yang kerananya kamu telah pecah belahkan kaum kamu dan

tidak pulak kamu memasuki agamaku?”. Lantas Jaafar bin Abu Talib pun memberikan jawapan yang sangat

terpilih lagi menyentuh perasaan Najasyi yang merupakan seorang Kristian ketika itu. Dalam jawapan

Page 37: Konsep asas dialog antara agama.docx

tersebut Jaafar tidak pun menyeru Najasyi agar menganut Islam, sebaliknya beliau menceritakan sifat dan

keistimewaan Islam.

Kata Ja’far: “Wahai Raja! Kami dahulunya adalah kaum jahiliyyah; kami menyembah berhala, memakan

bangkai (binatang yang tidak disembelih), mendatangi perkara-perkara yang keji, memutuskan hubungan

kekeluargaan, menyakiti hati jiran. Mereka yang kuat dalam kalangan kami menindas orang yang lemah.

Begitulah keadaan kami, sehinggalah Allah menghantarkan kepada kami seorang rasul. Kami kenal akan

keturunannya, kami kenal akan benar cakapnya, kami kenal akan amanahnya, kami kenal dia seorang yang

memelihara diri dari keburukan. Lalu dia menyeru kami kepada Allah agar kami meng’tauhid’kanNya dan

menyembahNya; dia juga meminta agar kami tanggalkan apa yang kami dan keturunan kami sembah selain

Allah yang terdiri daripada batu-batu dan berhala-berhala. Dia perintahkan kami supaya bercakap benar,

tunaikan amanah dan hubungkan silaturrahim. Dia melarang kami dari membuat perbuatan keji, perkataan

dusta, memakan harta anak yatim, menuduh zina wanita-wanita baik. Dia menyuruh kami agar hanya

menyembah Allah yang esa, tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu, dia menyuruh kami agar bersolat,

berzakat dan berpuasa –lalu Ja’far menyebut beberapa ajaran Islam yang lain lagi-. Lalu kami

membenarkannya dan beriman dengannya, serta kami ikut agama Allah yang dia bawa. Maka kami hanya

menyembah Allah, tidak mensyirikkanNya, kami haramkan apa yang dia haramkan dan kami halalkan apa

yang dia halalkan. Tiba-tiba kaum kami memusuhi kami, mereka menyiksa kami, mengganggu kami dari

agama kami. Tujuannya, mereka mahu agar kami kembali menyembah berhala, menghalalkan segala

kekejian yang pernah kami halalkan. Apabila mereka memaksa, menzalimi, menekan kami dan menghalang

agama kami, lantas kami pun keluar menuju negaramu. Kami memilih engkau, dibandingkan yang lain.

Kami ingin mendapatkan perlindungan engkau. Kami harap kami tidak dizalimi di sisi engkau, wahai Raja!”.

Lalu Najasyi bertanya: “Adakah bersamamu apa-apa yang datang daripada Allah?”. Jawab Ja’far: Ya!. Kata

Najasyi: “Bacakan kepadaku”. Lalu Ja’far membaca Surah Maryam yang terkandung kisah Maryam dan

Nabi ‘Isa a.s.. Bercucuranlah airmata Najasyi, juga para agamawan Kristian yang ada bersamanya. Maka

Najasyi pun enggan menyerah orang-orang Islam kepada Quraish dan mempertahankan mereka. Bahkan

dalam senyap, Najasyi menganut Islam. (lihat: Al-Mubarakfuri, al-Rahiq al-Makhtum, 97-99, Riyadh: Uli al-

Nuha).

4. Dalam negara ini, walaupun bukan muslim hidup dalam kalangan kita, namun hasil dari sikap dan

pendekatan umat Islam sendiri, banyak perkara yang mungkin ramai mereka tidak faham tentang Islam. Kita

sering berbual atau berbagai perkara; politik, bisnes, makanan dan lain-lain, tetapi kita sering gagal

Page 38: Konsep asas dialog antara agama.docx

berdialog atau menyampaikan mesej Islam kepada mereka. Justeru itu, dialog dan perbahasan agama

secara hormat dan baik samada di peringkat formal atau tidak formal amat dituntut oleh Islam.

5. Setelah muslim membetulkan niat, hendaklah pihak bukan muslim tidak menzahirkan niat yang buruk. Ya,

dalam Islam adalah menjadi hak bukan Islam sebagai rakyat untuk memberitahu pegangan agama mereka

yang menyentuh tentang perjalanan hidup mereka seharian. Mendengar, cuba memahami keadaan mereka

dan berdialog dengan cara yang terhormat tidak menyanggahi syarak. Ini selagi pihak bukan muslim tidak

mempunyai niat buruk. Allah menyatakan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya):

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang

yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman

kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah

melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama

(kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk

mengusir kamu, dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-

orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah, ayat 8-9).

6. Dialog antara Islam dan agama-agama lain bukanlah bererti kita menganggap Islam itu sama dengan

agama lain di sudut kebenaran atau wahyu. Sama sekali tidak boleh demikian. Jika ada yang menganggap

Islam sama dengan agama lain di sudut kebenaran dan wahyu, maka itu satu kekufuran. Firman Allah

(maksudnya):

“Dan sesiapa yang mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sama sekali tidak diterima daripadanya

dan dia di akhirat nanti termasuk dalam kalangan mereka yang rugi”. (Surah Ali-‘Imran, ayat 85).

7. Sebab itu, wakil di pihak muslim hendaklah mereka yang jelas dan kuat akidahnya. Duduk semeja tidak

bererti kita mengiktiraf semuanya sama. Itu penilaian yang songsang. Setiap penganut agama berpegang

kepada akidah mereka. Akidah muslim meyakini hanya Islam agama yang diiktiraf Allah. Namun, kita

hendaklah akur, sebagai manusia dan rakyat bukan muslim juga mempunyai hak yang patut dihormati. Ya,

Islam sentiasa benar, tetapi tindakan orang Islam bukanlah semesti semuanya benar dan adil. Sebab itu

dalam sejarah Islam, banyak kali bukan muslim menang di mahkamah Islam dalam menuntut hak mereka

terhadap umat Islam. Kes-kes di zaman ‘Umar bin al-Khattab dan ‘Umar ibn ‘Abd al-‘Aziz disebut oleh

sejarah sebagai contoh keadilan Islam terhadap bukan muslim.

Page 39: Konsep asas dialog antara agama.docx

8. Mengapakah kita sering bimbang untuk berdialog dengan penganut agama lain, sedang Islam adalah

agama hujah dan fakta dan individu muslim pula sepatutnya sentiasa bersedia untuk akur dan tunduk

kepada kebenaran sekalipun menyanggahi kepentingannya. Firman Allah (maksudnya) :

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang

menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu

terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku

adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”. (Surah al-Maidah:

ayat 8).

9. Perubahan politik tempatan dan antarabangsa menjadi sebahagian teori dan andaian politik yang

disebutkan dalam sebahagian buku-buku sarjana Islam silam sudah tidak lagi praktikal untuk diamalkan.

Bukan kerana prinsipnya, tetapi kerana keadaan yang berbeza menuntut pendekatan yang berbeza. Dialog

antara agama juga mungkin perlu dibahaskan dalam kerangka sekarang dan setempat dan kesannya yang

berbeza bagi setiap keadaan. Politik adalah kebijaksanaan, keadilan dan kerahmatan untuk semua.

10. Maka,menyertai jawatankuasa dialog antara agama bukan satu kesalahan syarak. Sebaliknya jika

niatnya baik untuk menerangkan hakikat Islam dan memberikan keadilan kepada manusia, itu adalah

tanggungjawab yang mestikan ditunaikan oleh masyarakat Islam.

Kenapakah proses penggemblengan kekuatan masyarakat beragama inidiperlukan pada hari ini? Ada dua pandangan penting terhadap persoalan ini.Pertama ialah sebahagian masyarakat dunia sudah mula menyedari bahawaagama antara satu unsur yang amat berpengaruh di dalam kehidupan manusia.Oleh itu, unsur penting ini perlu diurus dan dikendalikan secara bijaksana supayaia mampu menyumbang secara positif kepada perkembangan tamadun manusia.Pandangan kedua ialah kerana tuntutan kepada suatu pembinaan satuperkumpulan masyarakat beragama yang kuat bagi mendepani cabaran aliran

Page 40: Konsep asas dialog antara agama.docx

atau pergerakan yang bersifat antiagama di dalam masyarakat dunia. Aliran inijuga sedang berkembang pesat kini.Inilah antara dua faktor yang menjadikan dialog antara agama amat penting padahari ini. Kepentingan dialog ini bertambah jelas sekiranya kita telusuriperkembangan dunia kini sejak ia beralih ke zaman keterbukaan atau juga dikenalisebagai globalisasi. Peralihan dunia menyebabkan masyarakat terdedah kepadapelbagai bentuk ajaran bersifat keagamaan yang dianuti sebahagian besarmasyarakat dunia. Hampir kebanyakan masyarakat dunia mempunyai corakanutan agamanya yang tersendiri. Agama ini mengandungi pelbagai alirankefahaman dari sudut pegangan atau doktrin kepercayaan serta peraturan hidupyang kita istilah dalam bahasa kita sebagai tatasusila atau peradaban. Ia meliputiaspek moral, etika dan kebudayaan hidup yang luas. ( Muhamad Razak Idris,ABIM )

Dialog pada dasarnya bermakna “perbincangan antara dua orang atau lebih” (conversation between two or more people).  Lebih khusus, seperti yang dikemukakan oleh Leonard Swidler, ia bermaksud “perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama untuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju” (a conversation on subject between two or more persons with differing views, the primary purpose of which, is for each participant  to learn from each other so that he or she can change and grow)  Takrifan di atas, sekurang-kurangnya mengetengahkan beberapa ciri penting serta andaian awal yang terdapat pada dialog. Pertamanya, dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan. Kedua, ia bukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan tetapi juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan kadangkala, kepercayaan. Ketiga, dialog juga, dalam banyak keadaan, merupakan tindak balas (reaction) kepada masalah dan kemelut yang timbul, atau dengan kata lain, ia bersifat pragmatik.

Keperluan Dialog Agama Masa Kini

Dekad-dekad mutakhir ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog agama semakin kuat walaupun ia masih diperingkat awal. “It is still”, kata Alan Race dan Shafer “in its infancy”.[xi]  Keperluan dialog antara agama dizaman ini dikaitkan dengan corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus globalisasi. Jarang sekali berlaku wujudnya sebuah negara yang tidak didiami oleh masyarakat yang pelbagai sementara sistem demokrasi yang diamalkan disebahagian besar negara di dunia yang menonjolkan aspek hak asasi manusia dan kebebasan beragama kadangkala memerlukan interaksi dan tasamuh yang lebih tinggi di kalangan penduduk berbilang agama.  Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat monolog  harus berubah kepada dialog. [xii] Dr. Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIMDibentang dalam “Muzakarah Pendisiplinan Dialog Antara Agama dan Peradaban” pada 22 Januari, 2008, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.)

Page 41: Konsep asas dialog antara agama.docx

 Pembentang utama pada bengkel tersebut, Dr. Ghazali Basri dari Akademi Kajian Ketamadunann(AKK) menganggap, dialog antara agama dalam erti kata yang sebenarnya masih `sesuatu yang baru’ bagi masyarakat Malaysia dan ia `masih belum lagi menduduki tempat di hati umat Islam di negara ini’. 

Menurut beliau, dialog antara agama boleh difahami sebagai `kesediaan dan keupayaan satu-satu kelompok agama memberi respon dan reaksi terhadap sebarang permasalahan yang berbangkit samada perkara tersebut melibatkan kelompoknya sendiri atau pun orang lain. Dalam memberikan tindakbalas tersebut, ia hendaklah mengambil kira kepentingan bersama, menerusi rundingan dan persetujuan. Dalam hal-hal yang tidak dapat dipersetujui bersama (atas sebab-sebab tertentu) hendaklah ada sikap berlapang dada dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain. 

Bagi tujuan mewujudkan keadaan demikian, maka dua syarat asas yang perlu dipenuhi oleh setiap kelompok agama terbabit iaitu kesediaan untuk bersikap `jujur’ dan `ikhlas’. Ini bagi memastikan agar tidak ada agenda tersirat dalam setiap dialog yang dijalankan. Dalam ertikata lain, dialog bukan dakwah atau mission bagi tujuan mengajak penganut lain menukar agamanya.

Bagi menjalankan kegiatan dialog antara agama, menurut Dr. Ghazali, setiap kelompok harus mempunyai persediaan dan keupayaan ilmu. Ini meliputi kemampuan pengentahuan tentang asas dan tasawwur agamanya sendiri serta juga memahami dengan sempurna konsep dan asas citra agama rakan dialognya. Di samping itu, setiap pihak harus benar-benar menyedari tentang permasalahan yang berbangkit berhubung persoalan dan permasalahan yang ingin didialogkan. 

Terdapat beberapa bentuk dialog yang cuba dikembangkan oleh pembentang yang boleh diamalkan dalam konteks negara ini. Bentuk-bentuk dialog ini dikutip dari pandangan rakan penggiat dialog dari Indonesia yang telah membahagikan kepada: 

a. Dialog Kehidupan - iaitu pertemuan antara umat berlainan agama dalam kehidupan seharian seperti gotong royong menjayakan aktiviti sosial, ekonomi dan seumpamanya. 

b. Dialog Kerja Sosial – suatu bentuk kesinambungan dari dialog kehidupan di mana penekanan terhadap kesedaran dan kepentingan betapa perlunya hidup secara beragama dalam pertemuan yang dikelolakan. 

c. Dialog Teologi – iaitu lebih merupakan perbincangan yang menyangkut tentang aspek doktrin dan keimanan. Tujuan dialog ini ialah bagi membangunkan kesedaran diri bahawa di luar keyakinan dan keimanan yang kita anuti, terdapat bentuk keimanan, kepercayaan dan tradisi yang dimiliki oleh orang lain. Kefahaman yang mendalam terhadap situasi kepercayaan dan keimanan orang lain menghasilkan perasaan hormat dan jalinan hubungan keagamaan yang tulin sesama anggota masyarakat. 

d. Dialog Spiritual – iaitu berlegar di alam esoteric (alam kerohanian) yang melibatkan orang tertentu sahaja dari kalangan pengamal mistik. 

Memandangkan dialog yang berbentuk teologi dan spiritual bersifat berat dalam realiti masyarakat yang menganggap tradisi dialog sebagai suatu yang baru, dianjurkan agar usaha dialog dalam bentuk kehidupan dan kerja sosial dipergiatkan. 

Kegiatan sedemikian tidaklah begitu sukar dikelolakan dan harus dikelolakan bersama oleh pertubuhan agama di negara ini dengan kesedaran bagi merapatkan persefahaman dan kerjasama sesama penganut agama. Ia boleh dijelmakan dalam bentuk kegiatan gotong royong, kerja amal dan sukarela serta kebajikan. Oleh: Muhamad Razak Idris

Pada tahun 2007, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah AhmadBadawi, telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP )2006-2010 yang bertujuan untuk melonjakkan tahap kecemerlangan sekolah,

Page 42: Konsep asas dialog antara agama.docx

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, berkemampuan, dan dapat mengangkat imej sistempendidikan negara di mata dunia (http//www.mohe.gov.my, 19/2/2010).Melalui PIPP 2006-2010 tersebut, 6 teras strategik digaris, iaitu: (1) Membinanegara-bangsa, (2) Membangunkan modal insan, (3) Memperkasakan sekolahkebangsaan, (4) Merapatkan jurang pendidikan, (5) Memartabatkan profesyenperguruan, dan (6) Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Dalam pada itu, konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana MenteriMalaysia sekarang, Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Datuk Seri Najib TunRazak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasikaum yang bertemakan ”rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilainilaipenting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalammenjayakan matlamat ini, sektor pendidikan – terutamanya melalui sistempersekolahan – memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilaimurni dan perpaduan nasional (Atan Long, 1984:181-184). Ini bukan sesuatuTerkini, pada tahun 2010 pula, mengikut Pengarah Pelajaran Malaysia, TanSri Alimuddin Mohamad Dom, pihak kerajaan telah merangka kukikulumyang baru untuk diterapkan dalam sistem pembelajaran (Sunday Times,3/1/2010). Pelaksanaan kurikulum yang baru ini akan dikuatkuasakan tidaklama lagi dan bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia.Pelaksanaannya nanti diharapkan akan memberi keberhasilan yang positifkepada mutu pendidikan murid-murid dan menjadi pemangkin pengukuhanperpaduan negara Malaysia

Masyarakat Malaysia yang berbilangbangsa dan agama mempunyai risiko untuk berkonflik, malah di kalanganbangsa yang sama, banyak masalah yang timbul. Bagi menjaga keharmoniannegara, masyarakat Malaysia perlu sentiasa menjaga perhubungan kaum agardapat membangunkan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama.Menurut Simon Fisher et al. (2000), konflik dalam masyarakat disebabkan olehpolarisasi, ketidakpercayaan, dan permusuhan di antara kelompok-kelompokyang berbeza. Teori ini boleh menjadi tunjuk sebab mengapa perpaduannegara ini sukar untuk dicapai secara keseluruhan, di mana rakyat yangberbilang kaum mempunyai pemikiran dan persepsi yang negatif terhadapkaum lain. Contohnya, peristiwa 13 Mei 1969 menjadi petunjuk hubungankaum di Malaysia (Shamsul Amri Baharuddin, 1990: 31). Melalui pelaksanaandasar pendidikan yang terancang dan hubungan masyarakat yang baik,maka tentunya perpaduan di kalangan Masyarakat Malaysia semakin kukuh.Jika hanya dasar-dasar sahaja yang berjalan dengan baik tetapi hubunganmasyarakat tidak baik, pastinya negara Malaysia masih sukar untuk bergerakmaju ke hadapan. Dasar-dasar yang dirancang perlu seiring dengan hubungan

masyarakat yang harmoni. (MSistem Pendidikan di Malaysia:Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaanke Arah Perpaduan NasionalIOR MIORMIOR KHAIRUL

AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN KHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAM

Berdialog memberi maksud bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai

sesuatu isu secara terbuka, toleransi dan beretika. (Kamus dewan, 2005:348). Chandra

Page 43: Konsep asas dialog antara agama.docx

Muzaffar menyatakan dialog peradaban bermaksud saling berkomunikasi dan

persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting iaitu memahami

budaya masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum

yang lain. Hans Koechler pula menegaskan sifat dialog adalah merangkumi

kemampuan untuk melihat diri sendiri daripada perspektif individu yang lain,

mewujudkan tolerensi dan saling menerima antara satu sama lain.

Sehingga kini dan mulai tahun-tahun 1980an misalnva memang sudah ada

pihak-pihak yang telah memulakan usaha-usaha konkrit untuk mengadakan dialog

contohnya dialog antara agama di dalam negara kita. Di peringkat elit, kemajuan dialog

telah tercapai kerana ia melibatkan sanjana, pakar agama dan cendekiawan. Namun di

samping hasil daripada dialog-dialog ini memerlukan pelaksanaan strategi-strategi

“keamanan” yang tertentu, perlu juga dialog berlaku diperingkat yang lebih awam.

hubungan antara kaum yang berlatarbelakangkan pelbagai tamadun Melayu-Islam, India dan Cina adalah agak baik. Namun begitu masih wujud rasa curiga sesetengah pihak disebabkan perbezaan antara mereka. Dengan kata lain, usaha kea rah menjalinkan persefahaman antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai tamadun ini tidak boleh diabaikan dan mesti diperkukuhkan. Antara cabaran-cabaran yang sentiasa dibincangkan ialah

Dialog antara agama sebagai satu disiplin ilmu dan kebudayaan merupakan satu

tuntutan yang paling mendesak dalam konteks negara Malaysia masa kini. Tambahan

pula, kegiatan dialog antara agama masih dianggap suatu yang baru di dalam

masyarakat. Ia masih ditanggap asing oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia.

Dialog antara agama boleh difahami sebagai kesediaan dan keupayaan satu-satu

kelompok agama memberi respon dan reaksi terhadap sebarang permasalahan yang

berbangkit samada perkara tersebut melibatkan kelompoknya sendiri atau pun orang

lain. Dalam memberikan tindakbalas tersebut, ia hendaklah mengambil kira kepentingan

bersama, menerusi rundingan dan persetujuan. Dalam hal-hal yang tidak dapat

dipersetujui bersama (atas sebab-sebab tertentu) hendaklah ada sikap berlapang dada

dan saling hormat menghormati antara satu dengan yang lain..

Sejajar dengan tahap asas disiplin dialog dalam konteks masyarakat kita, usaha

awal yang perlu ditumpukan ialah memecahkan perspektif serong dan negatif penganut

agama terhadap yang lain. Ini merupakan antara cabaran terbesar yang perlu dihadapi

oleh pemuka dialog di di negara ini. Sikap eksklusif penganut terhadap agamanya suatu

Page 44: Konsep asas dialog antara agama.docx

yang fitrah dan ada pada setiap agama. Malah penganut agama harus mempertahankan

keyakinan dan keunikan ajaran agama yang dianuti dengan serius dan bersungguh-

sungguh.

Namun, ia tidak harus sehingga mendakwa agama lain sebagai suatu yang tidak

relevan dan berguna dalam menyumbang kepada kehidupan masyarakat. Ini kerana,

sikap memandang agama lain sebagai suatu yang tidak berguna merupakan benteng

yang melambatkan proses pemupukan keharmonian antara penganut agama. Kita

memerlukan semangat eksklusif agama yang bersifat rasional yang memberi ruang

untuk menerima kepelbagaian agama.

Cabaran Dialog Dalam Kehidupan Masyarakat Majmuk

Di dalam kehidupan seharian masyarakat dari pelbagai kaum dan agama saling

memperkaya fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan

tradisi mereka melalui proses bekerjasama, bekomunikasi dan hidup bersama-sama di

dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, transportasi awam dan lain-

lain. Di sini ‘dialog’ lebih berbentuk praktikal melalui melakukan sesuatu kerja atau tugas

secara bersama-sama perlu dititikberatkan . Para pendialog disatukan oleh matlamat

sepunya yang ingin dicapai walaupun mereka mempunyai latarbelakang yang berbeza.

Sebagai contoh kera-kerja ini mungkin berbentuk projek mengutip derma mangsa

bencana alam seperti malapetaka Tsunami atau projek menghapuskan kemiskinan, di

mana motivasi membuat sumbangan tidak perlu penghuraian secara ‘race-specific’ atau

‘religion-specific’. Projek menyelesaikan masalah sebegini juga sememangnva

merupakan permulaan yang baik bagi dialog peradaban bermula dan memberikan

aktiviti berdialog, motivasi yang mampan.

Cabaran Dialog Sebagai Mekanisme Perpaduan

Page 45: Konsep asas dialog antara agama.docx

Di peringkat Kebangsaan, iaitu dalam negeri atau dialog yang bersifat intra-

civilisational, perlulah diwujudkan persefahaman mengenai tamadun Islam, Melayu,

Cina, India, dan kaum Peribumi yang lain, supaya wujud toleransi di antara kaum-kaum

di negara ini yang budaya mereka berlatarbelakangkan tamadun-tamadun tersebut.

Kepercayaan agama dan kehidupan beragama, yang menjadi teras budaya kaum-kaum

tersebut, perlulah difahami bersama, agar mereka dapat menerima perbezaan tersebut,

tanpa menimbulkan konflik. Di samping itu, nilai-nilai sejagat yang murni yang dikongsi

bersama oleh agama-agama tersebut, perlulah diketengahkan, supaya di dalam

kepelbagaian tersebut, dapat juga dilihat unsur-unsur persamaannya. Misalnya sifat

kesabaran, keikhlasan dan kejujuran, serta saling menghormati sesama manusia,

adalah dianjurkan oleh kesemua agama besar di dunia ini. Tidak ada agama yang

menanamkan sifat benci di antara manusia di dunia ini.

Malaysia mempunyai sebuah masyarakat majmuk dengan berbilang kelompok

etnik masing-masing mempunyai tradisi budaya yang berakar umbi dalam tamadun-

tamadun yang bertembung itu. Hakikat ini serta implikasi-implikasinya bagi pembinaan

negara perlu disedari dan diambil kira oleh para pemimpin dan rakyat Malaysia. Oleh itu,

sejak kemerdekaan negara pada tahun 1957, integrasi nasional diberikan penekanan

sebagai satu nilai yang terunggul dalam proses pembinaan negara. Dalam hubungan ini,

pucuk pimpinan negara hendaklah berpegang kepada integrasi nasional yang harus

berasaskan keharmonian antara kaum melalui interaksi budaya dan dialog peradaban

serta keadilan terhadap semua pihak.

Tuntutan membina satu kerangka teras tentang watak atau identiti peradaban

Malaysia dari sudut falsafah, nilai dan kebudayaannya. Watak dan identiti ini harus

bersifat inklusif atau terbuka yang memberi ruang yang saksama kepada seluruh

kepelbagaian dan kerencaman yang wujud untuk berkembang. Dalam hubungan ini,

beberapa prinsip asas seperti aspek kepercayaan rasmi dan amalan demokrasi

hendaklah disepakati dan dihormati oleh semua pihak sebagai antara prinsip asas

peradaban Malaysia. Prinsip-prinsip asas lain kebanyakannya telah pun tercerna

menerusi rukun negara dan perlembagaan Malaysia

Menurut Chandra Muzaffar, kontroversi kaum di Malaysiaboleh dibahagikan kepada beberapa fasa, bermula dari tahun 1950-an. Ketika itu, isu kewarganegaraan dankontrak sosial mendominasi hubungan kaum, diikuti dengan isu bahasa pada tahun 1960-an sebelum

Page 46: Konsep asas dialog antara agama.docx

pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), manakala kuota dan urbanisasi mencorakkan hubungan etnik padatahun 1970-an dan 1980-an. Manakala tahun 1990-an dan milenium, isu-isu agama begitu kuatmempengaruhi hubungan etnik di negara ini. Isu agama yang muncul sejak akhir-akhir ini, berbanding isu Mahusin 2006). Pandangan ini disokong oleh Syed Husin Ali (2008) yang menyifatkan sentimen hubunganetnik pada masa kini berada pada tahap tinggi yang boleh menyebabkan konflik dan pertumpahan darah.Kajian menunjukkan di Malaysia, terdapat 21 kes konflik perkauman antara 1945 hingga Mei 1969.Sementara itu, terdapat dua konflik perkauman yang terkini berlaku iaitu di Kampung Rawa, Pulau Pinangpada tahun 1998 dan Kampung Medan pada Mac 2001 (Azman Amin Hassan 2005).

Berdasarkan statistik dan pemantauan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, terdapat 327kes yang dilaporkan berkaitan dengan konflik sosial dari tahun 1996 hingga 2002. Jadual 2 menggambarkandengan lebih terperinci konflik perkauman yang berlaku di negara ini di mana 81 kes berkaitan denganpergaduhan perkauman iaitu yang tertinggi, diikuti 76 kes politik, 65 konflik agama dan sebagainya.Kebanyakan pergaduhan perkauman melibatkan pelajar sekolah yang dikategorikan sebagai masalahdisiplin. Namun, jika ini tidak diambil tindakan pencegahan dan pemantauan, ia akan memberi kesan yangserius terhadap masa hadapan

Berdasarkan kepada Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional Lima Tahun (2005-2010) didapatibahawa isu-isu seperti mencabar kontrak sosial, pergeseran keagamaan dan bahasa, seringkali dibangkitkandan boleh menimbulkan konflik yang berpanjangan jika tidak ditangani dengan baik dalam kontekshubungan etnik di Malaysia (Malaysia 2004). Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional Lima Tahun(2005-2010), juga melihat isu-isu berkenaan boleh berperanan sebagai penstabil politik dan pemupukanperpaduan serta memberi kesan terhadap hubungan etnik di Malaysia. Peranan ini turut dipersetujui olehMohd Salleh Abas (1985) iaitu unsur-unsur tradisi diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan dan memainkan peranan penting dalam perjalanan perlembagaan.

Dalam buku Modul Hubungan Etnik (2007) yang dijadikan teks wajib bagi pelajar IPTA turut menjelaskanmengenai peruntukan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu. Kaedah yang sama juga dibuatoleh Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman Abdul Aziz dan Mohamad Ainuddin Iskandar Lee (2006) turutmenyentuh mengenai peruntukan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu. Manakalaperbincangan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu pula dengan melihat rasionalnya orang Melayu

mana orang bukan Melayu mendapat kewarganegaraan secara jus soli dan orang Melayu mendapatkedudukan istimewa, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai agama persekutuan sertaberdasarkan statistik, ternyata orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam perkhidmatan awam, ekonomidan pendidikan. Buku ini menyimpulkan bahawa menghormati hak dan kepentingan setiap golongan etnik diMalaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sangat perlu dihayati bersama agardapat menghindarkan sebarang konflik yang wujud.

Berdasarkan kajian lepas, masih terdapat ruang yang belum dikaji iaitu berkaitan persepsi masyarakatkhususnya generasi muda terhadap peruntukan orang Melayu yang sering menjadi polemik dan isu dalammasyarakat Malaysia yang bersifat majmuk dari perspektif hubungan etnik. Ini kerana kajian sebelum iniberbentuk kualitatif dengan merujuk kepada dokumen sedia ada.ALUD(Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan orang Melayu dalamperlembagaan dari perspektif hubungan etnik di MalaysiaNazri Muslim, Faridah Jalil, Abdul Aziz BariMansor Mohd Noor and Khairul Anwar MastorUniversiti Kebangsaan Malaysia

ersoalan kurangnya pendedahan mengenai amalan dan budaya keagamaan ini perlu diatasi dengan kadar segera. Di negara kita, pengajian mengenai agama lain belum berkembang secara terbuka. Ia cuma terhad pada peringkat pengajian tinggi menerusi subjek Tamadun Islam dan Asia. Sudah wajar untuk pemikiran khusus mengenai persoalan ini dibincangkan seperti kefahaman amalan dan

Page 47: Konsep asas dialog antara agama.docx

budaya beragama pelbagai masyarakat di negara ini diperkenalkan pada peringkat pendidikan menengah dan rendah. Ia bertujuan bagi memupuk sikap hormat menghormati terhadap amalan dan kebudayaan agama lain bermula seawal mungkin.

Pengenalan mengenai pengajian berkenaan amalan dan budaya agama yang pelbagai ini harus disertakan dengan perbincangan soal etika perhubungan antara agama. Dalam kata lain, subjek dialog antara agama harus dibangunkan secara lebih sistematik. Masyarakat dan generasi muda harus didedahkan dari awal lagi mengenai realiti kemajmukan agama yang wujud dan bagaimanakah pendekatan dialog ialah terbaik bagi mendepani kepelbagaian ini.

Dari perspektif dialog, agama difahami sebagai sumber kekuatan kepada kehidupan dan peradaban. Untuk itu, kekuatan yang positif yang dimiliki oleh setiap agama harus digembleng secara objektif demi kerukunan dan keharmonian bersama. Dalam kata lain, masyarakat harus dididik supaya melihat kemajmukan agama bukan sebagai satu bentuk ancaman sehingga membawa mereka berpandangan negatif atau melarikan diri daripada kemajmukannya yang sudah tidak boleh dielakkan lagi dalam kehidupan pada hari ini.

Ini tidak bermaksud pula kita menganjurkan konsep kesatuan kebenaran dalam beragama. Kefahaman yang ingin kita hebahkan ialah setiap agama memiliki sistem kepercayaan, amalan dan kebudayaan yang tersendiri dan semua penganut agama harus saling hormat menghormati keunikan dan kepelbagaian ini serta saling memanfaatkan kekuatan yang tidak menyalahi atau bertentangan

dengan ajaran dan kepercayaan agama masing-masing. Sensitiviti agama jamin keharmonian kaumOleh Muhamad Razak Idris

Walaupun negara kita adalah lebih aman dan damai berbanding dengan negara-negara majmuk yang lain, tetapi perbezaan dari segi kepelbagaian agama, budaya dan bahasa kadang-kala mencetuskan perselisihan serta sentimen agama dan perkauman yang berpotensi menjejas ketenteraman dan kestabilan masyarakat, sekiranya ianya tidak diuruskan dan ditangani dengan baiknya. Oleh itu, sejak kemerdekaan dan sepanjang proses pembinaan negara selama 53 tahun kebelakangan ini, pucuk pimpinan negara memang sangat sedar dan peka akan cabaran-cabaran untuk terus memupuk persefahaman dan keharmonian, mengurangkan pelbagai jurang antara kaum dan agama serta meredakan dan menyelesaikan sengketa yang timbul. Langkah-langkah yang telah dan akan terus diambil adalah seperti yang dirumuskan berikut : Pertama, sentiasa berpegang teguh prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas kenegaraan yang mengambil kira dan merangkumi hak-hak asas semua rakyat secara seimbang. Asas kenegaraan ini dijadikan sebagai rujukan untuk penggubalan dasar-dasar dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial, pendidikan serta diguna sebagai rujukan untuk penyelesaian sengketa melalui perundingan dan musyawarah secara jujur, adil dan seimbang. Kedua, memperkenal dan melancarkan kempen pembaharuan dari masa ke semasa untuk memberi fokus, sasaran dan dorongan kepada rakyat dalam proses pembinaan negara yang berterusan, seperti Wawasan 2020 pada tahun 1991 dan Gagasan 1Malaysia mulai tahun 2009. Gagasan 1Malaysia mengutamakan ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ supaya rakyat bukan kepelbagaian etnik, agama dan budaya.

Page 48: Konsep asas dialog antara agama.docx

Ketiga, melaksanakan semua dasar dan program untuk rakyat dan kumpulan-kumpulan sasaran secara adil dan seimbang supaya dapat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat untuk menggalakkan penyertaan semua kaum dan lapisan masyarakat dalam semua bidang secara berkesan dan bermakna. Sekiranya terdapat kelemahan dan penyelewengan dalam pelaksanaan, maka, langkah-langkah hendak diambil untuk membetulkan dan menambahbaikan aspek-aspek yang kurang tepat atau adil. Keempat, menggubal, meminda dan melaksanakan secara adil undang-undang, segala peraturan dan garis panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang bersabit dengan aspek-aspek agama, seperti pembinaan dan pemindahan bangunan ibadat, perkahwinan campur, pertukaran agama, penggunaan istilah keagamaan yang tertentu dan sebagainya. Kelima, menggalakkan interaksi, integrasi dan persefahaman antara kaum di tempat kerja, tempat belajar, tempat kediaman dan dalam pelbagai aktiviti sosial melalui program-program konkrit seperti Rukun Tetangga dalam kawasan-kawasan perumahan, Rancangan Integrasi Murid-Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) antara sekolah-sekolah rendah pelbagai aliran, Program Latihan Khidmat Negara untuk remaja serta pelbagai program interaksi untuk belia dan wanita. Keenam, mewujudkan saluran dan mekanisma di beberapa peringkat untuk menggalakkan wakil dari badan-badan kebudayaan dan agama untuk berhubung, bertukar fikiran dan mencapai persefahaman yang lebih mendalam dan kukuh supaya dapat mewujudkan keharmonian serta menangani bersama secara berkesan isu-isu yang mungkin timbul. Ketujuh, meningkatkan keupayaan berkomunikasi dan berunding serta kemahiran mediasi di kalangan pemimpin masyarakat supaya mereka sanggup mententeramkan keadaan dan menyelesaikan sengketa yang timbul. Kelapan, berusaha menyakinkan semua pemimpin politik dan masyarakat supaya mengelakkan kecenderungan untuk mempolitik dan mempolarisasikan isu-isu berkaitan dengan etnik, agama dan budaya, serta bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menjejas kesensitifan, ketenteraman dan keamanan, jikalau didapati perlu. Kesembilan, sentiasa mengambil sikap yang postitif dan membina, dengan penuh rendah hati serta mengamalkan pendekatan yang inklusif dalam sebarang usaha mengendali dan menguruskan isu-isu berkaitan hubungan antara agama dan etnik.

Beberapa petunjuk prestasi atau KPI telah dan sedang digunakan untuk mengukur tahap keharmonian di kalangan rakyat dalam masyarakat majmuk. Satu petunjuk antarabangsa ialah Indeks Keamanan Sedunia atau Global Peace Index, Malaysia menduduki tempat ke-26 pada tahun 2009, iaitu, telah meningkat dari tempat ke-38 pada tahun 2008. Secara perbandingan, pada tahun 2009, Sepanyol menduduki tempat ke-28, Perancis ke-30, Britain ke- 25, Indonesia ke-67, Filipina ke-114 dan Thailand ke-118. Di peringkat kebangsaan, satu indeks yang dikenali sebagai Societal Stress Index (SSI) atau Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) digunakan untuk mengukur tahap ketegangan masyarakat di peringkat suku tahunan dan negeri. IKM berdasarkan kepada kejadian-kejadian perselisihan antara kumpulan-kumpulan etnik atau agama yang dilaporkan kepada polis, tunjuk perasaan, rusuhan, keganasan dan ketegangan sosial yang berlaku kerana isu-isu kontroversi yang tertentu. IKM untuk tahun 2007, 2008 dan 2009 ialah 28, 28 dan 22 kes setiap sejuta orang penduduk masing-masing. Selain daripada itu, beberapa petunjuk yang baru untuk memantau dan mengukur tahap perasaan keselesaan dan keharmonian sosial sedang dibangunkan oleh pakar-

Page 49: Konsep asas dialog antara agama.docx

pakar penyelidik dari universiti-universiti tempatan yang disokong oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Sememangnya, memupuk persefahaman dan perpaduan merupakan tanggungjawab semua agensi kerajaan, semua pertubuhan politik, sosial dan agama, semua institusi sosio-budaya seperti keluarga dan sekolah, bahkan bagi tiap-tiap warganegara.

Seperti yang sedia maklum, negara-negara yang berbilang kaum dan berbilang kebudayaan sememangnya menghadapi berbagai cabaran. Isu agama merupakan isu yang amat sensitif dan perlu diuruskan dengan bijak sekali bagi Malaysia dapat terus kekal aman dan damai. Mengurus perpaduan di negara yang rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai agama bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh ditangani sambil lewa. Lebih-lebih apabila melibatkan kepercayaan agama yang mempunyai akidah, takrifan, dan kefahaman yang berbeza yang boleh mencetus perbezaan pendapat dan perselisihan antara rakyat. Memang tidak dapat dinafikan beberapa isu agama telah dipolitikkan oleh segolongan pihak yang tidak bertanggungjawab sejak kebelakangan ini telah menjejaskan perpaduan dan ketenteramaan masyarakat berbilang kaum di negara. Sebagai agensi yang bertanggunjawab dalam hal ehwal perpaduan , Jabatan telah menubuhkan Jawatankuasa Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Agama di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tanpa melibatkan ahli-ahli politik agar usaha-usaha untuk meningkatkan kefahaman agama dan perhubungan kaum dapat dipertingkatkan bagi memelihara dan mengukuhkan keharmonian agama masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini. Satu mesyuarat telah diadakan pada 9 Februari 2010 diantara pemimpin-pemimpin agama Islam dan bukan Islam serta beberapa perbincangan bagi membina jambatan persahabatan dan membincangkan isu-isu yang mengugat perhubungan kaum dan agama di negara ini. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemimpin-pemimpin agama dari badan/ persatuan agama Islam dan bukan Islam yang akan membincangkan isu-isu keagamaan dalam suasana yang tidak formal misalnya menganjurkan dialog–dialog yang tidak rasmi agar jalan penyelesaian secara bersama dapat dicapai bagi menangani isu-isu sensitif agama serta meningkatkan kefahaman mengenai kepelbagaian agama dan budaya di negara ini. Menerusi Jawatankuasa ini pemimpin-pemimpin agama dapat menganjurkan dialog, meningkatkan kerjasama serta mempromosikan aktiviti kefahaman agama melalui aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan yang mencerminkan nilai-nilai sejagat agama yang boleh menyatupadukan penganut agama di pelbagai lapisan masyarakat. Kesedaran ini penting agar setiap rakyat dapat menerima dan memahami keunikan dan kepelbagaian yang wujud dari segi budaya dan agama sesuatu kaum yang dapat digemblengkan ke arah pembangunan bangsa dan negara. Malah konsep dan nilai-nilai utama yang dijelaskan di dalam Gagasan 1Malaysia merupakan satu pendekatan yang mengubah asas perhubungan kaum dan toleransi kepada konsep penerimaan kepelbagaian agama dan sosio-budaya di kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama sebagai satu kekuatan untuk merealisasikan matlamat negara yang makmur dan harmoni.

Saya mohon izin untuk menjawab serentak pertanyaan berkaitan penubuhan Badan Antara Agama yang diutarakan oleh YB Ipoh Timur.

Page 50: Konsep asas dialog antara agama.docx

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang kebudayaan, negara Malaysia sememangnya menghadapi berbagai cabaran. Isu agama merupakan isu yang amat sensitif dan perlu diuruskan dengan bijak sekali bagi Malaysia dapat terus kekal aman dan damai. Mengurus perpaduan di negara yang rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai agama bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh ditangani sambil lewa. Lebih-lebih apabila melibatkan kepercayaan agama yang mempunyai akidah, takrifan, dan kefahaman yang berbeza yang boleh mencetus perbezaan pendapat dan perselisihan antara rakyat. Memang tidak dapat dinafikan beberapa isu agama telah dipolitikkan oleh segolongan pihak yang tidak bertanggungjawab sejak kebelakangan ini telah menjejaskan perpaduan dan ketenteramaan masyarakat berbilang kaum di negara. Kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan perbezaan agama dan kepercayaan ini tidak mengundang sebarang kejadian yang tidak diingini di dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan yang tersendiri.

Bagi menjalin keharmonian keagamaan dan perpaduan di kalangan badan-badan/NGOs Keagamaan dan penganut-penganut agama, satu Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama telah ditubuhkan di bawah Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang telah aktif dari tahun 2007 hingga 2008. Fungsi dan Peranan Jawatankuasa ini ialah seperti berikut :- i) Membincangkan secara harmoni dan mencari jalan penyelesaian ke atas isu-isu berkaitan dengan agama. ii) Mengesan dan mengenal pasti isu-isu yang boleh menimbulkan ke salah fahaman antara penganut agama. iii) meningkatkan kefahaman dan kerjasama antara penganut agama. iv) mencadangkan program dan aktiviti yang boleh meningkatkan lagi persefahaman antara penganut agama. v) menganjurkan dialog agama diantara pemimpin-pemimpin badan agama. Setakat ini sebanyak 3 dialog telah diadakan dari tahun 2006 hingga 2008 dan hasilnya amat positif dimana isu-isu mengenai agama dapat dibincang dan diselesaikan dimeja rundingan tanpa menggugat keharmonian dan perpaduan rakyat. Melalui penubuhan Jawatankuasa ini, pelbagai hal-hal mengenai isu dan masalah keagamaan dapat dibincang menerusi kaedah penyelesaian bersama. Pendekatan dialog, bengkel, mesyuarat dan perbincangan telah digunapakai dalam mencari jalan penyelesaian bagi isu dan masalah keagamaan yang timbul atau berbangkit agar perhubungan antara penganut-penganut agama dan keharmonian agama dapat dipelihara, dipupuk sepanjang masa dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Baru–baru ini bagi menangani sebarang kemelut ketegangan agama dan untuk meneruskan kesinambungan Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama di bawah Panel Perpaduan Negara, Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 24 Februari 2010 telah memberi persetujuan mengenai penubuhan Jawatankuasa Untuk Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Agama di bawah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Tujuan penubuhan Jawatankuasa ini ialah :-

Tuan Yang di Pertua,

Page 51: Konsep asas dialog antara agama.docx

Sejak awal tahun 2005, Panel Penasihat Perpaduan Negara di bawah Majlis Perpaduan Negara telah mewujudkan satu jawatankuasa di bawahnya di mana beberapa pemimpin pelbagai pertubuhan (NGO) agama bersama-sama dengan ketua-ketua dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dapat berdialog secara sistematik dan tersusun supaya mencapai persefahaman dan keharmonian antara para penganut pelbagai agama. Wakil-wakil agama terdiri daripada pemimpin-pemimpin dari ACCIN dan MCCBCHST. ACCIN ialah Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs yang merangkumi 17 NGO Islam termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islam Malaysia (JIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). MCCBCHST ialah Malaysian Consultative Committee for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taosim. Dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Hajah Ilani binti Isahak, jawatankuasa ini yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama telah menganjurkan beberapa pertemuan dan dialog, di samping mengadakan mesyuaratnya secara tertutup. Lanjutan daripada perubahan sosio-politik pada tahun 2008 dan 2009, jawatankuasa ini tertangguh selepas pertengahan tahun 2009. Selepas beberapa kejadian yang melibatkan gereja, masjid dan gurdwara pada bulan Januari 2010, Jemaah Menteri memutuskan untuk melantik Y.Bhg Datuk Ilani sebagai Penyelaras Khas untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin agama, secara berasingan dan secara bersama, dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dan keharmonian antara penganut agama. Hasil daripada proses perbincangan ini yang melibatkan wakil-wakil dari ACCIN dan MCCBCHST, satu cadangan telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri supaya ditubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama. Jawatankuasa ini yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada pertengahan bulan Mac 2010 merupakan mekanisme semata-mata untuk berdialog dan berunding. Ia bukanlah sebuah suruhanjaya dan tidak mempunyai sebarang kuasa dan fungsi perundangan atau eksekutif. Apabila jawatankuasa ini mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal bulan April secara tertutup, satu media elektronik telah melaporkannya sebagai Suruhanjaya Antara Agama atau Inter-faith Commission yang pernah dicadangkan pada beberapa tahun dahulu, tetapi telah ditolak sebab ianya dianggap tidak sesuai. Akibat daripada laporan media ini, maka timbullah banyak pandangan yang berbeza-beza dalam media massa. Walaupun begitu, hampir semua pihak bersetuju bahawa dialog antara pemimpin-pemimpin agama memang wajar digalak dan diadakan. Sebenarnya, IKIM sendiri pernah menganjurkan dialog-dialog sedemikian, manakala Malaysia telah giat mengambil bahagian dalam dialog antara agama di peringkat antarabangsa, misalnya rombongan rasmi Malaysia yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr Nazrin Shah telah menyertai Dialog Kepercayaan yang dianjurkan oleh Non-Aligned Movement (NAM) di Manila pada bulan Mac tahun ini. Oleh itu, perbincangan sedang diadakan untuk mencari persefahaman mengenai nama dan struktur yang sesuai untuk tujuan menggalakkan dan mengadakan dialog antara para pemimpin agama. Di samping itu, adalah perlu untuk memastikan bahawa apa juga mekanisme yang diwujudkan hendaklah berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan dapat diterima umum. Sejak awal tahun 2005, Panel Penasihat Perpaduan Negara di bawah Majlis Perpaduan Negara telah mewujudkan satu jawatankuasa di bawahnya di mana beberapa pemimpin pelbagai pertubuhan (NGO) agama bersama-sama dengan ketua-ketua dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dapat berdialog secara sistematik dan tersusun supaya mencapai persefahaman dan keharmonian antara para penganut pelbagai agama.

Page 52: Konsep asas dialog antara agama.docx

Wakil-wakil agama terdiri daripada pemimpin-pemimpin dari ACCIN dan MCCBCHST. ACCIN ialah Allied Coordinating Committee for Islamic NGOs yang merangkumi 17 NGO Islam termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islam Malaysia (JIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan sebagainya. MCCBCHST ialah Malaysian Consultative Committee for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taosim. Dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk Hajah Ilani binti Isahak, jawatankuasa ini yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerja Perhubungan Antara Penganut Agama telah menganjurkan beberapa pertemuan dan dialog, di samping mengadakan mesyuaratnya secara tertutup. Lanjutan daripada perubahan sosio-politik pada tahun 2008 dan 2009, jawatankuasa ini tertangguh selepas pertengahan tahun 2009. Selepas beberapa kejadian yang melibatkan gereja, masjid dan gurdwara pada bulan Januari 2010, Jemaah Menteri memutuskan untuk melantik Y.Bhg Datuk Ilani sebagai Penyelaras Khas untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin agama, secara berasingan dan secara bersama, dengan tujuan untuk memupuk persefahaman dan keharmonian antara penganut agama. Hasil daripada proses perbincangan ini yang melibatkan wakil-wakil dari ACCIN dan MCCBCHST serta pegawai-pegawai kanan IKIM, JAKIM dan JPNIN, satu cadangan telah dikemukakan kepada Jemaah Menteri supaya ditubuhkan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama. Jawatankuasa ini yang diluluskan oleh Jemaah Menteri pada pertengahan bulan Mac 2010 merupakan mekanisme semata-mata untuk berdialog dan berunding. Ia bukanlah sebuah suruhanjaya dan tidak mempunyai sebarang kuasa dan fungsi perundangan atau eksekutif. Apabila jawatankuasa ini mengadakan mesyuarat pertamanya pada awal bulan April secara tertutup, satu media elektronik telah melaporkannya sebagai Suruhanjaya Antara Agama atau Inter-faith Commission yang pernah dicadangkan pada beberapa tahun dahulu, tetapi telah ditolak sebab ianya dianggap tidak sesuai. Akibat daripada laporan media ini, maka timbullah banyak pandangan yang berbeza-beza dalam media massa. Walaupun begitu, hampir semua pihak bersetuju bahawa dialog antara pemimpin-pemimpin agama memang wajar digalak dan diadakan. Sebenarnya, IKIM sendiri pernah menganjurkan dialog-dialog sedemikian, manakala Malaysia telah giat mengambil bahagian dalam dialog antara agama di peringkat antarabangsa, misalnya, baru-baru ini pada bulan Mac tahun ini, satu rombongan rasmi Malaysia yang diketuai oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr Nazrin Shah telah menyertai Dialog Kepercayaan yang dianjurkan oleh Non-Aligned Movement (NAM) di Manila. Oleh itu, perbincangan sedang diadakan untuk mencapai persefahaman mengenai nama dan struktur yang sesuai untuk tujuan menggalakkan dialog dan memupuk persefahaman antara para pemimpin agama secara tersusun. Adalah perlu untuk memastikan bahawa mekanisme yang diwujudkan hendaklah berpaksikan Perlembagaan Persekutuan dan dapat diterima umum. Menggubal satu indeks yang sesuai untuk mengukur dan mencerminkan tahap perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini, mahupun untuk mana-mana negara, sememangnya merupakan satu cabaran yang besar kepada kerajaan. Ini adalah kerana ia melibatkan banyak aspek, seperti perasaan, persepsi dan sensitiviti manusia yang dibentuk dan dipengaruhi oleh latar belakang, sejarah, sosio-budaya, pemikiran serta anutan agama sesuatu kaum itu. Aspek-aspek ini berubah-ubah mengikut persekitaran dan peristiwa, serta dipengaruhi oleh kenyataan pemimpin atau kelakuan golongan tertentu dari masa ke semasa. Walau demikian cabarannya,Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) tetap berusaha, dan sebagai peringkat pertama, telah

Page 53: Konsep asas dialog antara agama.docx

mulakan proses mewujudkan satu indeks yang dikenali sebagai Indeks Ketegangan Masyarakat (IKM) atau “Societal Stress Index (SSI)” pada tahun 2007. SSI merakamkan jumlah bilangan kes keganasan, rusuhan, demonstrasi dan protes secara berkumpulan yang diurus dan dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setiap tahun yang diberi penentuan pemberat (weightage) sebanyak 0.5, dicampur dengan jumlah pergaduhan dan serangan antara kaum yang diuruskan oleh PDRM diberi weightage 0.3 serta bilangan isu percanggahan yang diutara, dibahas dan dilaporkan dalam media massa yang dipantau oleh JPNIN yang diberi weightage 0.2. Jumlah kes ini kemudiannya dibahagi dengan jumlah sejuta penduduk untuk mendapat indeks bilangan kes per sejuta penduduk. Sebenarnya, SSI mengukur semua jenis ketegangan, termasuk dan bukan terhad kepada pergaduhan antara kaum. Analisa data yang menggunakan formula ini telah dilakukan buat kali pertamanya pada tahun 2008 yang menghasilkan SSI sebanyak 28 kes per sejuta penduduk. SSI pada tahun 2009 adalah 21.6 kes per sejuta penduduk dan pada tahun 2010, 22.5 kes per sejuta penduduk. SSI mencerminkan suasana sosio-politik setiap tahun, di mana tahun 2008 melihat pilihanraya umum ke-12 dengan banyak isu dan protes, manakala tahun 2010 melihat banyak pilihanraya kecil. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, tahap keharmonian sosial adalah stabil dan terkawal. Di peringkat antarabangsa, Indeks Keamanan Global atau Global Peace Index (GPI) yang dibangunkan oleh Institute For Economics and Peace, Sydney Australia merupakan kayu pengukur tahap keamanan dan keharmonian sesebuah negara secara perbandingan dengan negara-negara lain. GPI dibangunkan berdasarkan 23 indikator yang mengukur kadar semasa konflik dalam negeri dan antarabangsa, keselamatan masyarakat serta keselamatan dan tahap ketenteraan. Pada tahun 2008, kedudukan Malaysia berada di tangga 37 daripada 140 buah negara meningkat ke tangga 26 daripada 144 negara pada 2009 ke tangga 22 daripada 149 negara pada tahun 2010. Kedudukan ini memberi indikasi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, berbanding dengan yang lain.DINKHAIRUL AZRIN BIN MIOR JAMALUDDIN

Kajian Tinjauan Hubungan Etnik dalam kalangan pelajar tahun satu di kampus Johor Bahru UTM,Hamidah

Kepentingan dialog antara agama

#Perspektif Orang Cina Terhadap Agama Islam di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

Page 54: Konsep asas dialog antara agama.docx

Mohd Azhar Abd. Hamida*, Rosman Md. Yusuffa, Muhammed Fauzi Othmana, Mohd Koharuddin Balwia

aJabatan Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia