kkp rbt 3120_kamalkhaidardin
TRANSCRIPT
KKP RBT 3120
TEKNOLOGI SAINS RUMAHTANGGA DAN PERTANIAN
A. Proses Penghasilan Pakaian.
a. Langkah Penghasilan Pakaian.
Baju Kurung Pesak Gantung
i. Ambil Ukuran
Paras pinggang belakang
Paras Punggung
Labuh baju
Lebar bahu
Labuh tangan dari tengkuk
Keliling pangkal lengan
Keliling leher
Keliling dada
Keliling punggung
1
ii. Cara-cara merajah pola
Badan
0-1 = Ukuran paras pinggang belakang dicampur 2cm
2-1 = Ukuran paras punggung
3-0 = Ukuran labuh baju dicampur 2cm
4-3/5-0 = 1/2 ukuran lebar bahu
Lengan
6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0
7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka
Gariskan untuk mendapat 8 dan 9
2
Pesak atas10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang13-12 = 4cm14-13 = dinaikkan 2cmSambungkan 14-12. Bentukkan 10-14
Pesak bawah15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.
Leher(seperti membuat leher baju kurung biasa)
3
iii. Cara Melukis Pola Lubang Leher/Bulan
Lukis pola seperti dalam gambar di atas.
# 2cm adalah untuk bahagian belakang leher.
# 2.5 cm adalah untuk bahagian hadapan leher.
# 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana untuk dapat 6.5cm? Ukur
lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu. sebagai contoh, ukur
lilit leher anda adalah 42cm, maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh itu,42/6= 7cm
4
Gantikan 6.5cm kepada 7cm.
2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak perlu ditukar. Bila pola dah
siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah dilukis, buang bahagian
yang berlorek.
iv. Cara Membuat Leher Baju Kurung
1. Sediakan 'bulan'/pola bahagian leher.
5
Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.
6
Potong ikut bentuk seperti dalam rajah.
Akan jadi seperti ini.
7
Seterusnya, ambil lapik leher yang sudah dibuat lubang dan disterika dan yang telah dijahit tepi, lihat rajah. Basi lapik leher lebih kurang 1.5 inci/1.25 inci.
8
Acukan lapik leher pada bahagian badan yang telah dibuat lubang leher. Tetapkan dan penitikan. Jahit jelujur halus. Lukiskan menggunakan pensel bentuk disekeliling bulatan untuk memudahkan menjahit.
9
Beri perhatian pada bahagian bawah. Lukiskan bentuk V yang tajam supaya mudah menjahit mesin.
Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan jahitan jelujur tadi.
10
'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.
Gunting sedikit di kedua-dua bahagian bucu.
11
Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tergunting jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.
Terbalikkan lapik dan seterikakan.
12
Akhirnya akan menjadi seperti ini. (lihat rajah di atas)
Selepas disterika, akhirnya akan terhasillah leher baju kurung pesak gantung.
v. Cara Menjahit Baju Kurung Pesak Gantung
1. Ketepikan kertas-kertas pola setelah memindahkan tanda-tanda pola dari kertas ke
fabrik.
2. Cantumkan bahagian-bahagian baju:
- Cantumkan pesak-pesak atas pada kelim rusuk.
13
- Cantumkan pesak-pesak bawah pada kelim rusuk mengikut ira lurus.
- Cantumkan pesak atas pada pesak bawah. Kelim ditekan hala ke bawah.
- Cantumkan pesak-pesak pada lengan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
- Cantumkan bahagian ini pada badan baju. Kelim ditekan hala ke pesak.
3. Lipat dan jahit kelepet-kelepet. Kemudian, jahit kemasan leher.
4. Selepas setiap cantuman hendaklah diseterikakan supaya lebih kemas.
5. Inilah hasilnya.
6. Inilah baju kurung pesak gantung yang telah siap dijahit.
14
b. Alatan dan Bahan
Terdiri daripada :
alat mengukur dan menanda seperti pita ukur, kayu ukur, tolok ukur, roda surih
dan kertas karbon
alat memotong seperti gunting fabrik, gunting benang, gunting sulam, gunting
bergerigi dan gunting lubang butang.
Alat menjahit seperti jarum dan benang.
Alat menekan seperti sterika, bod sterika dan kain lembap.
i. Alat Mengukur dan Menanda
Rajah 1: Pita Ukur
• Panjang pita ukur yang biasa ialah 150cm
• Gunakan pita ukur yang berkualiti, iaitu tidak mudah memeri dan berbulu.
• Pilih pita ukur yang bertanda dengan terang dan berlogam pada kedua-dua
hujungnya.
15
ii. Alat Memotong
Rajah 2: Gunting Fabrik
• Gunakan gunting yang diperbuat daripada keluli berkilat
• Panjang gunting hendaklah tidak kurang daripada 20 cm dan bermata tajam.
• Gunakannya untuk menggunting fabrik sahaja.
• Kesat mata gunting supaya bersih dan kering sebelum simpan.
16
iii. Alat Menjahit
a. Roda Surih
Rajah 3: Roda Surih
# Roda surih digunakan bersama-sama kertas karbon untuk menanda garisan-
garisan pola pada selapisan fabrik atau lebih.
b. Pembaris
Rajah 4: Pembaris
• Kayu ukur diperbuat daripada kayu atau plastik.
17
• Kayu ukur didapati dalam ukuran panjang 100cm.
• Ada beberapa jenis kayu ukur iaitu kayu Siku-Siku, kayu pembentuk.
c. Kapur Tanda
Rajah 5: Kapur Tanda
• Kapur tanda digunakan untuk menandakan tanda-tanda pola pada fabrik buat
sementara.
• Tanda-tanda ini akan tertanggal apabila fabrik dicuci.
• Kapur tanda boleh didapati dalam pelbagai warna seperti putih, hitam, merah,
biru dan kuning. Ia berukuran 6cm serta berbentuk tiga atau empat segi.
18
d. Jarum Jahitan Tangan
Rajah 5: Jarum Jahitan Tangan
• Saiz jarum ditentukan mengikut nombornya. Jarum yang kasar bernombor besar.
• Jarum bernombor 7 – 9 digunakan untuk jahitan tangan biasa.
• Simpan jarum di dalam kertas pembungkusnya atau didalam kotak jarum.
19
e. Penetas Jahitan
Rajah 6: Penetas Jahitan
• Digunakan untuk menanggalkan benang jelujur atau menetaskan jahitan.
• Selepas digunakan mata penetas harus disarungkan dengan penutup semula
untuk mengelakkan sebarang kemalangan.
f. Jidal
Rajah 6: Jidal
20
• Jidal digunakan untuk menutup atau melindungi jari hantu semasa menjahit
dengan tangan.
• Jidal diperbuat daripada keluli atau plastik.
g. Benang Jahit
Rajah 7: Benang Jahit
• Pilih benang yang sesuai dengan fabrik yang hendak dijahit.
• Gunakan benang nombor 40 atau 50 untuk jahitan biasa dan nombor 70 untuk
fabrik halus.
21
h. Jarum Peniti
Rajah 8: Jarum Peniti
• Jarum peniti yang baik adalah jarum yang :
- halus
- tajam
- dibuat daripada keluli berkilat
• Jarum peniti digunakan untuk menyemat pola kertas dan lapisan fabrik untuk
menetapkan kedudukannya.
22
c. Pengurusan Grafik Proses Penghasilan Baju Kurung Pesak Gantung.
Ambil ukuran
Merajah pola
Badan Lengan pesak atas pesak bawah leher
Melukis pola lubang leher / bulan
23
Membuat leher baju kurung
Menjahit baju kurung pesak gantung
Baju kurung pesak gantung telah siap dan boleh dipakai.
24
B. Pemeliharaan Ikan Hiasan
a. Mengenal Pasti Bahagian Luar Ikan
i. Sisik
Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh,
kecederaan dan penyakit .
ii. Sirip
25
Mata
Penutup insang
Sirip kaudal / ekor
Sirip analSirip pelvikSirip pektoral
Sirip dorsal Garisan lateral
Mulut
Sisik
Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri
dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan
ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya
ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip
berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan,
berundur berpusing dan mengapung.
iii. Garis lateral
Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup insang
hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di dalam air. Organ
deria ini juga berfungsi sebagai telinga.
iv. Insang
Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulutnya
dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak melalui
insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.
b. Memilih Ikan Hiasan Untuk Dipelihara.
Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan kerana
ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di dalam akuarium
akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini dipelihara di dalam
akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup dan hiasi
dengan aksesori lain.
Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar
yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai dipelihara di
dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang
ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana
ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam kurungan. Ikan yang dipilih untuk
26
dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan yang mempunyai ciri menarik seperti
warna dan bentuk yang unik dan cantik.
Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk dipelihara
adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu komuniti
akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang hanya
mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain yang terdapat
dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja boleh dipelihara
dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.
Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran.
Ikan Guppy Ikan Swordtail
27
Ikan Molly Ikan Platy
Ikan Angel Ikan Tiger barb
Ikan Pelaga Ikan Sepat
28
Ikan Koi Ikan Emas
Ikan Harlequin Ikan Oskar
29
c. Mengenal dan Memilih Jenis Makanan Ikan Hiasan
Makanan pelet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang
mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan
Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada
ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras
atau Loach.
1. Pemakanan ikan Hiasan
Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan
jenis permakanannya.
1.1 Ikan karnivor
Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain
dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz
besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor
ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan
Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.
1.2 Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)
Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan
pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan
kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.
1.3Ikan herbivor
Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai
herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan
akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.
30
1.4Ikan omnivor
Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis
ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh
ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.
2. Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium
Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau
makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain
bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.
Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan
hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan
yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam
sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan
hiasan akan memakan apa sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya
apabila ikan telah lapar.
3. Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan
3.1Makanan hidup
3.2Makanan kering
3.3Makanan basah
3.4Makanan rumusan.
31
3.1 Makanan hidup
Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air,
cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.
Blood worm Ulat roti
Plankton Plankton
3.2 Makanan kering
Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.
3.3 Makanan basah
Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam.
3.4 Makanan rumusan
Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh
kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau
pembekal makanan haiwan.
32
Pellet Emping
4. Pembiakan ikan
Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak. Ikan bertelur dan telurnya menetas di
dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas dan
sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranak
melahirkan anak yang sempurna sifatnya dapat hidup dengan sendiri.
D. Mengenal Pasti dan Memilih Tumbuhan Akuatik Untuk Hiasan Dalam
Akuarium
Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam air
dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.
33
Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-
bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisi makanan yang tidak
habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke
dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.
Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses
fotosistesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.
Tumbuhan akuatik juga berdungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan
yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.
Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.
1. Bahan-bahan yang Diperlukan Dalam Menghias Akuarium
Lampu
Tangki
Kabinet
Pam
Undergarvel filter
Selain itu, akuarium juga memerlukan bahan tambahan seperti:-
34
Tunggul Kayu Pasir
Batu Batu Halus
2. Langkah-langkah Menghias Akuarium
35
2.1 Memasang tapak undergravel filter
2.2 Meletakkan pasir di atas tapak undergravel filter (pasir kasar, baja, volcanic
soil, pasir halus)
2.3 Mengisi air ke paras di inginkan dan letak anti klorin dan baja cecair
2.4 Tanam tumbuhan akuatik (susun yang tinggi di belakang yang rendah di
hadapan
2.5 Menyusun batu dan tunggul kayu
2.6 Pasang peralatan seperti pam 02 dan lampu.
Contoh Akuarium Yang Baik
3. Apakah Tumbuhan Akuatik
36
3.1Tumbuhan akuatik mempunyai bahagian yang boleh menjalankan fotosintesis
sepanjang masa atau sekurang-kurangnya beberapa bulan dalam setahun.
3.2Tenggelam dalam air tawar atau terapung di permukaan air
4. Kategori Tumbuhan Akuatik
4.1Tenggelam (submerged) – berakar pada dasar dan bahagian tumbuhan
tenggelam sepenuhnya
4.2 Termuncul (emergent) – berakar di kawasan cetek, bahagian atas tumbuhan
timbul di permukaan air.
4.3 Terapung (floating) – bahagian atas tumbuhan terapung dan akarnya berada
di dalam air.
4.4 Separa akuatik (semi-aquatic) – tumbuhan melata di atas tanah dan boleh
hidup di dalam air
5. Kepentingan Tumbuhan Akuatik Dalam Akuatik
5.1 Akan menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan sisa
makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua bahan di atas akan
mendak di dasar akuarium dan akan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik)
5.2 Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada proses
fotosintisis .
5.3 Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi ikan -ikan
kecil dari serangan musuh
37
6. Keperluan Penanaman Tumbuhan Akuatik Dalam Akuarium
6.1 Karbon dioksida
Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan proses
fotosintisis sebagaimana kita memerlukan oksigen untuk bernafas. Untuk
pertumbuhan yang baik gas karbon dioksida perlu dibekalkan kepada tumbuhan
melalui gas karbon dioksida yang khusus dan ada dijual di kedai akuarium.
Sekiranya gas ini tidak dibekalkan tumbuhan masih boleh hidup kerana gas
karbon dioksida sedia terhasil di dalam air melalui pernafasan ikan yang
dipelihara di dalam akuarium.
6.2 Baja
Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran
tumbuhan akuatik. Baja berbentuk cecair atau biji perlu ditambahkan dari masa
ke semasa menggunakan baja yang boleh dibeli di pasaran mengikut kaedah
yang dicadangkan.
6.3 Cahaya
Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti
dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.
38
Contoh-contoh tumbuhan akuatik :
Cryptocoryne sp Vallisneria sp
Ludwigia sp Cabomba sp
39
7. Cara Memasukkan Ikan ke Dalam Akuarium
7.1 Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.
7.2 Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air
di dalam akuarium.
7.3 Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air
daripada beg plastik.
8. Cara Menjaga Akuarium
Penjagaan akuarium yang mengandungi ikan hiasan kecil dan tumbuhan akuatik
sebagai hiasan adalah mudah.
8.1Penjagaan harian
- Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi
apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit.
40
- Perhatikan kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak
normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-
pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau
kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan.
- Ikan yang mati perlu dibuang.
- Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi
dengan baik.
- Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida
menggunakan alat yang disediakan.
8.2Penjagaan mingguan
- Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti
sebanyak ½ atau ⅓ bahagian dari isipadu tangki.
- Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi
- Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.-
- Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat
sementara waktu.
- Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki.
- Cucikan kapas penapis dengan air bersih.
- Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.
- Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum
bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi
makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan
sekiranya diberi makan dengan berlebihan.
41
9. Mengenal Pasti Mutu Air Akuarium
9.1pH air
pH air ialah kadar kemasaman air. Ia diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1
ialah paling masam atau asidik dan nilai 14 merupakan keadaan yang paling
alkali. pH air akuarium yang paling sesuai aialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar
neutral. Untuk menentukan nilai pH boleh menggunakan kertas litmus. Nilai
pH air perlu dipastikan dari masa ke semasa untuk mengelakkan ianya terlalu
asidik.
42
9.2 Suhu
Ikan dapat hidup dengan baik pada suhu sekitar 26o hingga 27oC. Suhu
yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh menyebabkan ikan mati. Suhu
yang sejuk di bawah 26oC menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit.
Biasanya keadaan suhu dan iklim di negara kita tidak memerlukan pemanas
kerana tiada musim sejuk. Suhu bilik adalah cukup sesuai untuk ikan hidup
dengan baik.
9.2Bahan beracun
Bahan beracun yang wujud di dalam air ternakan ialah ammonia dan
nitrate. Ianya terhasil dari proses perkumuhan ikan yang dipelihara iaitu
bahan buangan urin dan najis. Oleh kerana sistem tangki kita adalah sistem
yang seimbang, bahan beracun ini tidak akan memberi kesan kepada
kehidupan ikan kerana ianya telah ditukar kepada bahan makanan dan baja
yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam akuarium. Proses penukaran
bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan oleh tindakan
bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium (rujuk edaran nitrogen).
43
10. MENGENAL PASTI PENYAKIT IKAN HIASAN
Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :
Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk
Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.
Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.
10.1 Antara penyakit penting ikan hiasan ialah:
10.1.1 Penyakit rintik putih
Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila
suhu air terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya
boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam
biasa ke dalam air. Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari
kedai akuarium.
44
10.1.2 Penyakit kulat
Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan
awal. Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat
luka. Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang
terbuka. Ia boleh dirawat menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke
dalam air atau menyapukan terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang
dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan sihat.
10.1.3 Penyakit bakteria
Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar,
sisiknya mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh
menyerang ikan disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak
sesuai atau ikan mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan
antibiotik yang boleh dibeli dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai
Perikanan.
45
C. PENANAMAN HIASAN ATAU KOMERSIAL ATAU HOBI - HIDROPONIK
46
a. APAKAH HIDROPONIK?
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan
tanah.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman
biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman
secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.
b. KAEDAH HIDROPONIK
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan
kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
i. Pam air untuk akuarium.
ii. Tempat tanaman (diperbuat daripada paip PVC, dulang plastik dan
bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas
dengan kepingan plastik yang tebal).
iii. Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu plastik kecil (jika
perlu).
47
Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien
Sistem Takung
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
i. Takung tanaman.
ii. Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
iii. Pasu plastik kecil (jika perlu).
Rajah 2 : Sistem Takung
48
c. KAEDAH PENANAMAN
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti
berikut:-
Cara Mengubah:
Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu
lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai
kepekatan penuh
Cara Semaian terus
Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
49
*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai
untuk kedua-dua kaedah penanaman.
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan
sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat 75 N 300
Kalium fosfat 40 P 80
Kalium nitrat 32 K 230
Kalsium klorida 55 Ca 200
Magnesium sulfat 18 Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA) 3.29 Fe 5
Boron 0.56 B 1.0
Manganous chloride 0.18 Mn 0.5
Kuprum sulfat 0.04 Cu 0.1
Zingkam sulfat 0.05 Zn 0.1
Ammonium molybate trace Mo trace
Baja komersil (Gred)
Pertanian atau industri
50
Gred teknikal
d. SISTEM HIDROPONIK
Terdapat sistem hidroponik pasif.sistem hidroponik aktif.
i. Sistem hidroponik pasif di mana air yang digunakan kekal statik dalam
takung atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti
sayuran daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu
perbelanjaan yang besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun boleh
dijalankan secara komersial. Contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung
dan sistem hidroponik rakit.
ii. Sistem hidroponik aktif merupakan sistem dimana larutan baja dibekalkan
melalui tangki dan dipamkan ke akar tanaman, kemudian larutan berkenaan
akan di kembalikan semula ke dalam tangki. Proses ini akan berpusing
sehinggalah tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah
seperti tomato, cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah
DFT, NFT, Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.
Pembahagian Lain
Boleh juga dibahagikan kepada sistem tertutup dan sistem terbuka .
51
i. Sistem Tertutup
Sistem yang menggunakan aiir sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT),
kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.
ii. Sistem Terbuka
Sistem ini menggunakan bahan penganti tanah seperti rockwool, gambut hancur,
habuk papan, sabut kelapa, perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman dalam
pasu tetapi tidak menggunakan tanah.
e. TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM RAKIT
(UNTUK HOBI)
52
Peringkat Percambahan Benih
Benih dicambah dengan menggunakan kiub oasis (span pencuci periuk boleh jadi
pengganti) sebagai medium semaian bagi percambahan biji. Kiub oasis yang
mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk
percambahan biji.
Gambar Aktiviti Semaian
Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan) lidi satey
biji benih dan baja merupakan pealatan dan bahan perlu
untuk seamian beneh.
Biji benih (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian
(kiub oasis) yang telah diguris di bahagian tengahnya bagi
memasukkan biji benih kedalamnya.
Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium
semaian yang sudah dimasukkan biji benih ke dalamnya
ditekan-tekan dengan tangan bagi membolehkan air
meresap ke dalamnya bagi tujuan percambahan benih.
53
Pada hari kedua (biji benih mula bercambah), larutan baja
dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan ke dalam
takung semaian.
Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula
membesar dalam kiub oasis dan sedia untuk dipindahkan
ke takung pembesaran.(tinggalkan satu pokok yang subur
sahaja bagi setiap satu kiub oasis)
Peringkat Pebesaran
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah
sedia untuk dipindahkan ke rakit bagi diapungkan dalam
kolam atau takung untuk pembesaran.
Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6 in x 6
in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi
memasukkan anak benih berserta medium semaian.
Rakit ini digunakan untuk mengapungkan tanaman
dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.
54
Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan ke dalam
tingkap rakit.
Anak benih bersama medium semaian dimasukkan ke
dalam tetingkap rakit untuk diapungkan ke dalam larutan
baja.
Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit
Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan ke
dalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan
larutan baja dengan kepekatan penuh.
55
Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan ke
dalam takung bagi tujuan pebesaran.
ph meter digunakan untuk uji ph larutan
ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan
Rakit yang mengandungi pokok diapungkan untuk
pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6
inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik
dialas di bahagian dalam takung untuk menahan air.
56
Rakit yang mengandungi pokok yang matang pada hari
ke 30.
f. TEKNOLOGI TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM
TAKUNG PLASTIK (UNTUK HOBI)
Peringkat Percambahan Benih (sama dengan teknologi rakit di atas).
Peringkat Pembesaran
Gambar Aktiviti
57
Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik,
penutup takung, cawan atau bakul hidroponik, ppm meter
(ukur kepekatan larutan), ph meter (ukur ph larutan)
Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung
yang telah diisi dengan air bersih.
Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga
6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda
bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan
sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai.
Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air
bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga
dapat bacaan yang sesuai.
PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja
sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai
ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi
stok baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya
kepekatan lebih tinggi.
58
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah
sedia untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik
Masukkan anak benih bersama medium percambahan
kedalam bakul atau cawan hidroponik.
Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih
kedalam lubang pada penutup takung untuk tujuan
pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh dengan
larutan baja dalam takung.
Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas
yang sesuai kerana pokok memerlukan air dalam
pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk dituai.
CATATAN :
Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio
atau balkoni yang terlindung dari hujan serta menerima
cahaya matahari Air hujan hendaklah dipastikan tidak
masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi
cair. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1
minggu memungut hasil.
Nutrien (Baja)
59
Keperluan Larutan Nutrien Mengikut Sukatan
Unsur Makro Kepekatan (ppm) Unsur Mikro Kepekatan (ppm)
N 125 Fe 0.94
P 31 Mn 0.14
K 215 H 0.16
Ca 84 Cu 0.03
Mg 24 Zn 0.13
S 35 Mo
Nutrien (Baja)
Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas
tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O,
N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini
dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan
nutrium atau larutan baja.
Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah
berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan
biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam
bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.
Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma
ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan
sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan
memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung
60
sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.
PH Larutan Nutrien
PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan
ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7
larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan berasid. Ph
yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5.
Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam
larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih
berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya. Apabila nilai pH melehi 7, larutan
berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu
nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik
atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. Sekiranya larutan nutrien berasid ia
itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH
dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide
(NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter
atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.
PH Untuk Tanaman Terpilih
PH 6.0-6.7PH 5.5-6.7 PH 5.2-6.7 PH 4.5-6.7
61
Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang
Cauliflower Broccoli Lobak Merah
Tembikai Kobis
Salad
Kepekatan Larutan
Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian
dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam
air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di
baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai
nilai ppm kosong.
Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos
80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5
ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm.
Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah
semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air.
Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur
nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah
ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.
62
Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM
Unsur MakroKepekatan (ppm) Unsur Mikro Kepekatan (ppm)
N 70-1000 Fe 0.5-10
P 30-100 Mn 0.1-5
K 100-400 H 0.16
Ca 80-400 Cu 0.02-0.5
Mg 24-100 Zn 0.02-1
S 35-1000 Mo 0.01-0.1
Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok
Unsur NutrienKesan (symptoms)
NitrojanDaun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan
daun sukar gugur.
PosforusDaun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian
hujung daun.
Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda
63
Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan Mata burung atau tompok warna coklat pada daun.
Boron Tunas dan pucuk mati
CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)
Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk hidroponik, tapi dari beberapa
formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan
keperluan tanaman. Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa
banyak unsur nutrien yang diperlukan oleh setiap tanaman. Dari sini kita menyusun
formulasi campuran sendiri yang mencukupi keperluan tersebut. Hal ini lebih
bermanfaat karena kita boleh jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh
menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai
apa yang kita harapkan.
Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh D. R. Hoagland dari University of
California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur
daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah
disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi..
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam
kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics
Society adalah sebagaimana di bawah:-
UNSUR MAKRO
Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja
Nutri Fosfat (P) 18
Nutri Potasium (K) 30
64
Nutri Nitrat (N) 60
Nutri Magnesium
(Mg)31
Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan
kedalam tangki larutan. Gunakan bahan grade kimia. Gred baja boleh juga digunakan
kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut
berbanding dengan gred baja.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk
disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu.
Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien
(baja).
UNSUR MIKRO
Garam MineralGram/1000 liter larutan
baja
Nutri Borium (B) 1.7
Nutri Manganes
(Mn)3.2
Nutri Zink (Zn) 0.45
65
Nutri Cuprum (Cu) 0.28
Nutri Ferrum (Fe) 30
Nutri Molibdenum
(Mo)0.13
Jika air paip digunakan , Nutri zink dan cuprum mungkin tidak diperlukan kerana
bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk
disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu.
Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien
(baja)
Sebahagian Kailan dan salad Webb Wonderful
merupakan salad yang ditanam dikawasan beriklim
sederhana. bersaiz besar apabila matang, mempunyai
rasa yang enak. Teknik hidroponik telah mebolihkan
spesis ini ditanam ditanah rendah di Malaysia.
Suatu hari nanti kita akan menjadi negara pengekspot
salad yang biasa ditanam dikawasan sederhana.
Gambar menunjukan salad jenis Lollo Rosse talah
berjaya ditanam ditanah rendah di sini dengan teknik
hidroponik takung !.
66
Tanam, tunggu dan tuai, begitulah mudahnya teknik
hidroponik dalam menghasilkan sayur yang berutu tinggi
dan bebas racun serangga.
Salad kerinting tempatan merupakan satu spesis salad
kegemaran masyarakat tempatan . Begitulah hebatnya
teknik hidroponik !
Penggunaan rumah hijau mebolehkan salad tumbuh
bebas dari serangga dan bebas dari penggunaan racun
makhluk perosak.
Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam
ditanah rendah di negara ini sungguh mengasyikkan
mata memandangan yang hanya gunakan sistem
takung.
67
Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan dan
satu era baru dalam indusrti tani di Malaysia.
RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI
1. Abu Bakar Mat Daud (2006). Variasi Tanaman Hiasan.Shah Alam: Alaf
Duapuluh Satu Sdn. Bhd
2. Azmawati Abd Aziz, Lamah Abd Ghani & Zaitun Zakiah Mohd Noor
(2002). Bahan Sumber Pembelajaran Pengajian Pakaian Tingkatan 4.
Kuala Lumpur:Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
3. Lee Chew Kang (1983). Menanam Sayur Keperluan Sendiri. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Sarimah Abd Razak & Zaharah Esa (2003). Ekonomi Rumah Tangga
Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Blue-T Comunications Sdn Bhd.
5. Teng Ching Sing & Wahiza A Wahab (2006). Panduan Penjagaan Ikan
Hiasan dan Akuarium.Kuala Lumpur: Synergy Media Books.
6. http://www.slideshare.net/juradi79/kaedah-penanaman-sayur
7. http://www.slideshare.net/juradi79/hidroponik
68
8. http://www.slideshare.net/sitizanita/jahitan-2755485
69