kkp muzik

Upload: nur-zakirah

Post on 03-Apr-2018

570 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    1/67

    Muzik ialah bunyi yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah,

    lokasi, budaya dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza iaitu bunyi

    yang dikira sedap oleh pendengarnya ataupun sebarang bunyi yang dihasilkan secara

    sengaja oleh seseorang atau kumpulan.Walaupun muzik adalah sejenis fenomena intuisi,

    untuk mencipta, memperbaiki dan mempersembahkannya adalah suatu seni. Mendengar

    muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah

    sejenis bidang atau disiplin. Muzik adalah sebuah fenomena yang sangat unik dan boleh

    dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.

    Pendidikan Muzik di peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan murid yang

    mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran

    minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat

    menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Asas muzik

    iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian.

    Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan

    dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan

    baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.

    Kerja kursus ini bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan pembelajaran muzik

    buat bakal guru sebagai bekalan ilmu bagi menghadapi profesion keguruan yang bakal

    ditempuhi pada masa akan dating.

    1

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bunyihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Senihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hiburanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alat_muzikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Senihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hiburanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Alat_muzikhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bunyi
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    2/67

    SEJARAH MUZIK

    Muzik bermula hampir seusia dengan kehadiran manusia moden homo-sapien 180,000

    hingga 100,000 tahun dahulu. Tiada siapa tahu bila manusia mula mengenal seni dan

    muzik. Dari penemuan arkeologi di lokasi-lokasi seperti benua Afrika sekitar 180,000 tahun

    hingga 100,000 tahun dahulu telah menunjukkan kepada perubahan evolusi pemikiran otak

    manusia. Dengan otak manusia yang lebih pintar dari haiwan, mereka membuat

    pemburuan yang lebih terancang sehingga boleh menumpaskan haiwan yang besar.

    Dengan keupayaan otak ini, mereka berfikir lebih jauh hingga ke sebalik reality mencapai

    imaginasi dan spiritual.

    Bahasa untuk perhubungan mula terbentuk diantara mereka. Dari bahasa & perkataan

    ringkas untuk amaran bahaya & nama-nama haiwan buas, perlahan-lahan beberapa

    perkataan muncul untuk menamakan benda dan nama panggilan untuk sesorang.. Entah,

    sama ada mereka sudah pandai berasa bosan atau sesuatu didalam fikiran mereka yang

    membuatkan mereka mula mengumpul manik-manik dari cengkerang siput laut sebagai

    perhiasan untuk rantai leher. Mereka mula mengores garisan diatas kayu dan batuan

    dengan corak-corak menggambarkan pemikiran mereka. Dinding-dinding gua tempat

    mereka berlindung dilukis dengan warna-warna dari tumbuh-tumbuhan.

    Dalam kehidupan nomad mereka yang berpindah-randah mereka mungkin telah melihat

    banyak kejadian alam seperti panahan petir yang memulakan kebakaran hutan. Daging

    binatang yang terbakar api kebakaran.mempunyai rasa berbeza dan lebih lazat. Kemudian

    terlintas difikiran mereka bagaimana cara hendak menghidupkan api untuk memasak,

    memanaskan badan dan menjauhi haiwan buas mengguna api. Selepas makan malam

    memakan hasil buruan mereka pada siang hari, mereka berbual dan bercerita mengenai

    kisah silam mereka. Bentuk pendidikan dan hiburan terawal manusia. Sama seperti

    sekolah & TV manusia di zaman moden. Seorang dari mereka mungkin mendapat idea

    mengambil tulang kaki kering haiwan buruan yang menjadi makanan mereka dan mula

    meniup ke rongga mengeluarkan bunyi.

    2

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    3/67

    Ada juga yang mendapat inspirasi dari pemerhatian kepada alam semulajadi bila

    angin menghembus kedalam rongga kayu atau bambu yang mengeluarkan bunyi. Kayu

    dikorek lubang ditiup menjadi flute purba. Manusia meluahkan perasaan mereka takut &

    gembira menggunakan suara mereka. Bermain-main dengan suara mereka menjadi chant,hymn atau syair nyanyian kecil daripada inspirasi kicauan burung. Kayu-kayu dan batuan

    keras dipukul mengeluarkan bunyi irama yang mengasyikkan. Mungkin secara tidak

    sengaja mereka telah mengetuk kayu pokok yang berongga didalamnya dengan batang

    kayu yang mengeluarkan bunyi kuat. Kulit binatang yang mereka guna sebagai pakaian

    diletak pula untuk menutup rongga kayu besar menjadi gendang, di palu menjadi irama-

    irama purba.

    MUZIK MODEN

    Muzik moden ialah muzik masa kini yang terbit hasil daripada perjalanan dan

    perkembangan sejarah itu sendiri dari pada kemunculan tamadun terawal sehinggalah

    pertembungan budaya akibat dari perdagangan dan penaklukan telah membawa dan

    menyebarkan muzik juga budaya dari tamadun - tamadun tersebut ke seluruh dunia.Contohnya jalan sutera yang menghubungkan timur dan barat, peluasan empayar

    seperti Greek dan Rom, peperangan antara tamadun Eropah dan Islam dalam perang salib

    dan perpindahan manusia ke tanah atau benua baru seperti benua Amerika utara dan

    selatan. Penguasaan ekonomi barat ke atas pasaran dunia serta inovasi teknologi barat

    membantu menyebarkan muzik Amerika dan Eropah.

    Penciptaan dan invovasi yang terbit dari hasrat manusia untuk merakam bunyi

    persekitarannya telah menyebabkan terciptanya alat perakam bunyi seperti phonograph

    dan gramophone pada akhir abad ke 19. Dengan terciptanya radio serta televisyen, muzik

    boleh dicapai manusia sehingga ke seluruh dunia. Amerika dan Eropah yang menguasai

    pasaran LP piring hitam dan segala bentuk pengedaran muzik telah menyebabkan muzik

    dari kedua-dua benua itu menjadi popular keseluruh dunia.

    3

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    4/67

    Konsep Muzik

    Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang

    berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep

    berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan

    muzik. Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa

    kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat 7

    konsep muzik yang wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya

    pesekolahan mereka di sekolah rendah.

    Pendidikan Muzik di sekolah bertujuan melahirkan murid yang mempunyai

    pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum

    dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargaidan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni.

    Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan

    pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi

    respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila

    dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan

    diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya

    menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk

    nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep

    muzik yang asas.

    Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu

    pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami

    konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain

    alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan

    berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni.

    Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia

    yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman

    mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri

    dan patriotisme pada diri murid.

    4

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    5/67

    BAB 1

    BAHASA MUZIK

    5

    Ekspresi

    Teksur

    Harmoni Bentuk

    Warna Ton

    Melodi

    Irama

    Tujuh

    Konsep

    Muzik

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    6/67

    1. Irama

    Irama diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

    a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.

    b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang atau pendek.

    c. Kumpulan beat membentuk tanda masa atau meter.

    d. Beat-beat mempunyai tekanan.

    e. Gabungan not atau beat membentuk corak irama yang berlainan dan berulang-ulang.

    Simbol Verbal :Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama, ostinato, rentak.

    2. Melodi

    Merupakan susunan pic secara melintang.

    a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.

    b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.

    c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.

    d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu

    kumpulan atau rangkaian pic.

    e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.

    f. Pic boleh disusun secara berurutan.

    g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

    Simbol Verbal :

    Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada

    6

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    7/67

    3. Warna Ton

    Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

    Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran

    atau idea yang tersendiri. Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu

    sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

    Simbol Verbal:

    Alat suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll. perkataan deskriptif

    ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar suara - soprano ,alto ,tenor dan bes

    Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon.

    4. BentukSatu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.

    a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.

    b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih

    besar.

    c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.

    d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

    Simbol Verbal :

    Motif frasa seksyen, koras, rangkap ABA , berulang, kontras intro, koda

    5. Harmoni.

    Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan

    serentak.

    a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.

    b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.

    c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.

    d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

    Simbol Verbal :

    7

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    8/67

    Harmoni jeda triad tonik/kord round, polifoni, deskan,kaunter melodi kord iringan

    homofoni.

    6. Tekstur / Jalinan

    Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.

    a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau

    banyak.

    b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

    Simbol Verbal

    Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni

    7. Ekspresi

    Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu

    ekspresi idea muzik.

    a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.

    b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.

    c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara

    beransur-ansur.

    d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.

    e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

    Simbol Verbal :

    Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain, legato, staccato cepat, lambat

    mud - riang, tenang, cemas, cergas.

    8

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    9/67

    BAB 2

    ASAS TEORI MUZIKSecara umumnya sebelum mengenal dan mempelajari tentang jeda, triad dan juga kod

    dalam kibod, pengetahuan yang paling asas perlu ada pada setiap pelajar yang ingin

    mempelajari atau mendalami ilmu dalam bidang muzik ini. Perkara paling asas yang perlu

    difahami adalah dengan jenis-jenis not, nilai atau value setiap not tersebut, tanda rehat,

    baluk, garis bar, jenis-jenis klef dan juga hubungan antara klef trebel dengan klef bass dan

    kibod.

    9

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    10/67

    1. Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not.

    10

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    11/67

    2. Huraian persamaan nilai not.

    3. Tanda-tanda Rehat (Rest).

    11

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    12/67

    4. Meter / Tandamasa dan Garis Bar.

    5. Baluk.

    Baluk terdiri dari lima garis selari dan empat ruang yang digunakan untuk menulis not-notmuzik.

    Garisan-garisan dan ruang dikira dari bawah ke atas. Garisan paling bawah dipanggil

    garisan pertama, begitu juga dengan ruang yang paling bawah disebut sebagai ruang yang

    pertama. Not-not muzik ditulis pada garis dan ruang.

    12

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    13/67

    6. Pic

    Pic-pic muzik adalah besar atau kecilnya sesuatu bunyi. Semakin nyaring bunyi maka

    semakin tinggi picnya. Kadar ketegangan vocal cords mempengaruhi ketinggian pic.

    Semakin tegang vocal cords, maka semakin tinggi pic suara yang dihasilkan. Penyanyi

    yang mempunyai suara yang tinggi mempunyai vocal cords yang kuat.

    Kekuatan bunyi (volume) ditentukan oleh kuatnya tekanan udara dari paru-paru. Dalam

    muzik kekuatan bunyi disebut sebagai dinamik. Istilah kuat atau lembut menunjukkan tahap

    dinamik pada muzik. Julat pic ialah jarak antara pic paling rendah dengan pic paling tinggi

    dapat dihasilkan oleh seseorang. Penyanyi yang baik mempunyai julat pic yang besar.

    7. Klef

    Klef ialah satu tanda muzik yang ditulis pada awal setiap baluk. Klef menentukan not-not

    pada baluk mempunyai nama (A,B,C,D,E,F,G).

    Klef Treble

    Klef ditulis pada awal baluk.

    Notasi Pada Baluk Dalam Klef Trebel

    Not-not pada Ruang.

    Not-not pada Garisan

    13

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    14/67

    Not-not pada Ruang dan Garisan

    Klef Bes (Bass)

    Klef ditulis pada awal baluk.

    Klef bass menetapkan garis ke 2 dari atas sebagai garis F

    Notasi Pada baluk Dalam Klef Bass

    Not-not pada Ruang.

    Not-not pada Garisan.

    Not-not pada Ruang dan Garisan

    14

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    15/67

    Garisan Leger. ( Garisan Bayangan @ Tambahan )

    Merupakan mana-mana not yang terdapat di luar garis baluk disebut sebagai garis leger.

    Garisan leger bagi klef treble

    Garisan leger bagi klef bass

    15

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    16/67

    Tanda Kromat

    1 ton = 2 semiton ton = 1 semiton

    16

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    17/67

    SkelMajor

    Skel

    Skel ialah susunan lapan not yang dimainkan berturutan secara menaik dan menurun

    seperti dari not C ke not C yang lebih tinggi atau dari not C ke not C yang lebih rendah.

    Dalam skel major, jarak antara not 3 4 serta 7 8 adalah ton atau 1 semiton dan jarak

    antara not-not yang lain dalam skelnya ialah 1 ton .

    Skel C major menaik

    Skel C major menaik dan menurun ditulis pada baluk.

    17

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    18/67

    Susunan Nama Notasi Dalam Setiap Skel

    SKEL/NOT1 2 3 4 5 6 7 8

    C MAJOR C D E F G A B C

    D MAJORD E F# G A B C# D

    G MAJORG A B C D E F# G

    F MAJORF G A Bb C D E F

    Bb MAJORBb C D Eb F G A Bb

    Setiap skel mempunyai tanda kromat tertentu (# dan b) kecualiskel C major. Tanda kromat

    yang wujud dalam skel ini di panggil TANDANADA.

    Skel Minor Harmonik (Konsep)

    Dalam skel Minor Harmonik, jarak antara not 2 3, 5 6, dan 7 8 adalah ton atau satu

    semiton. Jarak antara not 6 7 adalah 1 ton atau 3 semiton. Jarak antara not-not lain

    adalah satu ton.

    Skel Am, Em, Bm, Dm dan Gm . (huruf m singkatan untuk minor)

    18

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    19/67

    Skel A minor harmonik menaik

    Skel minor harmonik ditulis pada baluk.

    Skel A minor menaik

    Skel A minor menurun.

    Skel E minor menaik tanpa tandanada

    Skel E minor menaik dengan tandanada

    19

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    20/67

    Skel E minor menurun tanpa tandanada

    Skel E minor menurun dengan tandanada

    Skel dan Tandanada.

    Skel dan Tandanada Pada Baluk

    Skel G major menaik tanpa tandanada.

    20

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    21/67

    Skel G major menaik dengan tandanada.

    Skel G major menurun tanpa tandanada .

    Skel G major menurun dengan tandanada.

    Skel D major menaik tanpa tandanada.

    Skel D major menaik dengan tandanada.

    21

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    22/67

    Skel D major menurun tanpa tandanada.

    Skel D major menurun dengan tandanada.

    Skel F major menaik tanpa tandanada.

    Skel F major menaik dengan tandanada.

    Skel F major menurun tanpa tandanada.

    22

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    23/67

    Skel F major menurun dengan tandanada.

    Skel Bb major menaik tanpa tandanada.

    Skel Bb major menaik dengan tandanada.

    Skel Bb major menurun tanpa tandanada.

    Skel Bb major menurun dengan tandanada.

    23

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    24/67

    BAB 3

    VOKAL

    Konsep Vokal

    Vokal ialah bunyi bahasa yang arus udaranya tidak mengalami rintangan dan kualitinya

    ditentukan oleh tiga faktor:

    tinggi-rendahnya tempat lidah (tinggi, sedang, rendah)

    bahagian lidah yang dinaikkan (depan, tengah, belakang)

    bentuk bibirpada pembentukan vokal itu (sederhana, bundar, lebar/terentang)

    Teknik Latihan

    Postur

    Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur

    adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan

    keseluruhan nyanyian seseorang.

    Postur Semasa Nyanyian Secara Berdiri

    24

    http://ms.wikibooks.org/w/index.php?title=Bahasa&action=edit&redlink=1http://ms.wiktionary.org/wiki/lidahhttp://ms.wiktionary.org/wiki/bibirhttp://ms.wikibooks.org/w/index.php?title=Bahasa&action=edit&redlink=1http://ms.wiktionary.org/wiki/lidahhttp://ms.wiktionary.org/wiki/bibir
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    25/67

    Berdiri tegak, kaki direnggang sedikit. Imbang badan di kedua-dua belah kaki dan

    keseluruhan anggota dalam keadaan selesa.

    1. Tangan di sisi badan.

    2. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

    3. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

    Postur Semasa Nyanyian Secara Duduk

    1. Duduk tegak, kaki direnggang sedikit, kedua-dua tapak kaki di lantai dan dalam keadaan

    selesa.

    2. Tangan di atas peha.

    3. Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar.

    4. Dada ke hadapan, bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu.

    5. Kepala ditegakkan dan pandangan lurus ke hadapan.

    Pernafasan

    Pernafasan yang terkawal adalah asas kepada nyanyian yang baik. Dalam nyanyian mulut

    dan kerongkong perlu dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi

    menghasilkan ton yang lebih resonan.

    Sebutan dan Ton

    Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan haruslah jelas. Bagi menghasilkan

    sebutan yang jelas, ciri-ciri berikut memainkan peranan yang penting. Ciri-ciri ton nyanyian

    meliputi:

    Tenaga

    25

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    26/67

    Pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah )

    Kekuatan bunyi

    Harkat (panjang dan pendek)

    Pernafasan dan bentuk mulut yang betul menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan

    intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir suatu perkataan perlu

    ditekankan semasa latihan.

    Jenis Jenis Suara (range suara)

    Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu:

    Suara kepala

    Suara tengah

    Suara dada

    Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai

    dikeluarkan dari ruang di kepala. Untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan

    pernafasan yang betul adalah penting. Suara kepala akan membantu pelajar lelaki semasa

    mengalami perubahan suara. Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian

    falsetto.

    Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di

    rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong.

    Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai

    dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan

    meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan.

    Nyanyian Pelbagai Suara

    26

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    27/67

    Menyanyi dalam dua suara tidak semestinya menyanyi dalam harmoni semata-mata. Dua

    suara juga boleh dibuat dengan cara-cara berikut:

    (a) Melodi dan talun (echo singing);

    (b) Melodi dan melodi kaunter ( melody and counter melody);

    (c) Melodi dan pusingan (round song);

    (d) Melodi soal dan jawab (question and answer);

    (e) Melodi dan drones (melody with drones); dan

    (f) Melodi dan harmoni.

    (b) Melodi dan melodi kaunter (melody and counter melody)

    Cara kedua yang anda boleh cuba lakukan dalam nyanyian dua suara ialah sama seperti

    teknik di atas, tetapi melodi yang ditalun (echo) berubah dan tidak seperti melodi asal.

    Teknik ini boleh disebut seperti kaunter melodi. Penyanyi dalam kumpulan Suara 2 akan

    menyanyikan semula frasa yang dinyanyikan oleh Suara 1 tetapi dalam melodi yang ada

    sedikt perubahan. Nyanyian sebegini biasa dipraktikkan oleh kumpulan-kumpulan koir atau

    kumpulan-kumpulan nasyid yang belum berkemampuan menggubah nyanyian dalam suara

    berharmoni. Contoh: Lagu Wau Bulan

    (c) Melodi dan Pusingan (round song)

    Cara ketiga ialah dengan mencuba teknik nyanyian pusingan ( round song). Teknik ini agak

    mudah kerana kumpulan dua hanya menyanyikan semula melodi yang dinyanyikan oleh

    kumpulan satu. Teknik ini mungkin sesuai bagi kanak-kanak tahap satu atau nyanyian

    beramai-ramai dalam dua kumpulan. Ia tidak sama dengan menyanyikan dalam echo-

    singingdimana kumpulan suara 2 mengikut frasa demi frasa. Dalam menyanyi

    teknik round-song, penyanyi kumpulan Suara 2 perlu tunggu kumpulan Suara 1

    menyanyikan sehingga selesai sesuatu rangkap atau verse.

    Contoh: Lagu Kalau Rasa Gembira

    Kumpulan 1

    27

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    28/67

    Kalau rasa gembira tepuk tanganKalau rasa gembira tepuk tanganKalau rasa gembira beginilah caranyaKalau rasa gembira tepuk tangan

    Kumpulan 2

    Kalau rasa gembira petik jariKalau rasa gembira petik jariKalau rasa gembira beginilah caranyaKalau rasa gembira petik jari

    Nyanyian ini akan berulang-ulang di mana setiap kumpulan mesti menunggu kumpulan

    sebelumnya selesai menyanyi seluruh verse.

    (d) Melodi Soal dan Jawab (question and answer)

    Anda juga boleh mencuba nyanyian dengan gubahan soal dan jawab (question and

    answer). Nyanyian begini sesuai dalam dua kumpulan yang masih baru. Anda tidak perlu

    lagi mencuba teknik lapisan suara tetapi hanya dengan satu kumpulan membuat frasa

    soalan dan kumpulan kedua membuat frasa jawab. Nyanyian begini kadangkala boleh

    disebut seperti nyanyian calland response. Terdapat beberapa buah lagu yang popularyang biasa kita nyanyikan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum semasa di sekolah dahulu yang

    dinyanyikan dalam teknik soal-jawab.

    Contoh: Lagu: Goreng Pisang.

    Kumpulan 1

    Goreng pisang, goreng pisangGoreng pisang sekarang

    Pisang apa, pisang apaPisang apa, sekarang.

    Kumpulan 2

    Pisang Tanduk, Pisang TandukPisang Tanduk sekarang

    28

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    29/67

    Tanduk apa, tanduk apaTanduk apa, sekarang.

    (e) Melodi dan Drone (melody with drones)

    Membuat gubahan melodi dan diiringi suara kedua dalam bentuk drone tidaklah begitu

    sukar asalkan kita memahami konsep drones dalam muzik. Teknik drones kebiasaannyaterdapat dalam muzik-muzik klasik India atau irama dari alat muzik sape dari Sarawak.

    Drones menyanyikan atau memainkan not tonik atau perdu dari nada sesebuah lagu.

    Teknik ini boleh dipraktikkan dalam nyanyian lagu-lagu yang sesuai. Namun begitu jika

    teknik ini dinyanyikan sepanjang lagu akan menimbulkan kebosanan pada penyanyi

    ataupun pendengar. Anda boleh mencuba teknik nyanyian begini pada contoh lagu berikut.

    Contoh: Lagu, Wau Bulan

    Jika anda meneliti melodi pada Suara 2, anda akan dapat melihat not-notnya tidak

    berubah, iaitu hanya membunyikan pic tonic sahaja. Lagu di atas dalam nada C Major,

    maka dronesnya hanya dalam pic C sahaja iaitu not tonik pada skel C Major.

    (e) Melodi dan Harmoni

    Untuk mencipta melodi dan suara kedua dalam bentuk harmoni, anda perlu memahamiteori-teori asas gubahan dan penciptaan. Pembelajaran teori dan harmoni dalam dua

    hingga empat suara yang biasa dipanggil suara SATB iaitu singkatan

    kepada Soprano,Alto, Tenordan Bass akan membantu anda memahami langkah-langkah

    mencipta gubahan dalam beberapa lapisan suara. Adalah agak sukar bagi kita untuk

    membuat ciptaan atau gubahan lagu dua suara tanpa pengetahuan yang cukup dalam teori

    harmoni. Namun sebagai asas panduan kepada anda, anda mungkin boleh mencuba

    teknik menggunakan not ketiga atau kelima dalam triad sesuatu kord.

    29

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    30/67

    BAB 4

    KEMAHIRAN INSTRUMENTAL

    Apa itu Kibod?

    Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic serupa organ dan piano tetapi menggunakan

    kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboardatau kibod dicipta dan diubahsuai semula

    dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik organ menggunakan tenaga salur

    paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awalabad ke 15.

    30

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    31/67

    GAMBAR 1

    Alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok

    Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang

    disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod

    memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering

    bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu

    bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ.

    Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang barumengikut perubahan dan keperluan semasa..

    31

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    32/67

    GAMBAR 2

    Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melaluisilinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya.

    Jenis-JenisKibod

    Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang

    terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik. Dengan ini terhasillah

    berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiappengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga

    keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa

    banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya.

    Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan

    32

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    33/67

    bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain

    daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.

    Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang

    biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan

    KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut

    sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik.

    Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon,

    aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian

    dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker)

    untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di

    dalam kibod itu sendiri.

    PianoAntara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat

    di Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham

    untuk mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada

    masa itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi

    populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu grand piano dan

    piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi pilihan kerana

    bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang

    dimainkan di rumah.

    Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan

    pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun

    sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat

    muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga iringan.

    Organ

    Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang

    biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip

    33

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    34/67

    khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa

    elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh lebih murah

    berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang sesuai untuk

    persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang

    hampir sama dengan organ paip.

    Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah

    organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ

    elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk

    menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah alih selain

    harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran pemuzik-pemuzik

    kontemporari.

    Kelebihan Kibod

    Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan

    menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah

    kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan

    harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya.

    34

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    35/67

    Rekoder atau seruling adalah salah satu instrumen muzik dari keluarga yang dikenali

    sebagai seruling fipple atau instrumen saluran dalaman seperti yang meliputi peluit timah

    dan Ocarina. Rekoder adalah alat muzik yang ditiup dari mulut yang dikenali sebagai

    sebuah blok atau fipple. Hal ini dibezakan dari ahli keluarga yang lain dengan lubang yang

    mempunyai tujuh jari (yang lebih rendah satu atau dua sering dua kali ganda untuk

    memudahkan pengeluaran semitone) dan satu untuk ibu jari tangan paling atas. Ini

    dikenakan dari rekoder yang meruncing sedikit, yang terluas di hujung mulut dan sempit di

    bahagian atas.

    Rekorder ini popular pada abad pertengahan melalui era barok,tetapi menurun pada

    abad ke-18 yang menyokong alat-alat muzik orkestra, seperti flute, Oboe, dan klarinet.

    Rekorder dihidupkan semula pada abad ke-20, dalam mengejar prestasi bersejarahmaklumat muzik awal, tetapi juga kerana kesesuaian sebagai instrumen sederhana untuk

    mengajar muzik dan daya tariknya untuk pemain amatur. Pada masa ini, rekorder sering

    dianggaps ebagai alat seorang kanak-kanak, tetapi ada juga pemain profesional yang

    menunjukkan kepakaran mereka bermain rekorder pelbagai rentak dan lagu.

    Teknik Meniup Rekoder

    Bagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya

    dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik. Lima teknik tersebut ialah:

    35

    http://bilakuberlagu.blogspot.com/2010/10/teknik-meniup-rekoder.htmlhttp://bilakuberlagu.blogspot.com/2010/10/teknik-meniup-rekoder.html
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    36/67

    1. Postur

    2. Embouchure

    3. Penglidahan

    4. Pernafasan

    5. Penjarian

    Semua teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualiti ton yang

    baik.

    TEKNIK PERTAMA POSTUR

    36

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    37/67

    Berdiri selesa, regangkan sedikit tangan

    Condong 45

    Postur memainkan peranan semasa meniup rekoder. Postur yang baik membantu

    untuk menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur semasa meniup rekoder ialah badan

    perlu tegak dan berada dalam keadaan selesa. Rekoder dipegang dengan kecondongan

    37

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    38/67

    45 darjah dari badan. Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.

    Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidak mengganggu pernafasan. Rekoder

    dipegang dengan jari tangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian

    bawah. Cara ini adalah praktikal untuk permainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan

    diletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan music stand untuk

    meletakkan skor muzik dan ini juga dapat mengekalkan postur badan yang tegak.

    TEKNIK KEDUA EMBOUCHURE

    38

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    39/67

    Embouchure ialah penggunaan otot muka dan pembentukan bibir yang mengikut

    bentuk pipit (mouthpiece). Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelah itu bibir

    dirapatkan dan jangan gigit rekoder. Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibir

    dalam keadaan selesa.

    TEKNIK KETIGA PENGLIDAHAN

    39

    http://1.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcFNSMj2tI/AAAAAAAAAI0/qq4gW6O_ZL8/s1600/4.JPGhttp://2.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcFMZBfbkI/AAAAAAAAAIw/1czuzYihL80/s1600/3.JPG
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    40/67

    Penglidahan penting untuk penghasilan not rendah dan not tinggi. Pergerakan lidah

    membantu pengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengan kualiti ton.

    Untuk not tengah, bunyikan du dengan lidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi

    lu. Bagi not tinggi, bunyikan tu semasa meniup. Bunyi du-ku digunakan semasa

    double tongueing. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku

    penglidahan. Bagi permainan secara staccato, bunyikan tut untuk penghasilan not

    pendek.

    TEKNIK KEEMPAT PERNAFASAN

    Untuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruang diafragma dilepaskan perlahan-lahan

    serta terkawal. Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara laju adalah untuk

    meniup not tinggi. Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.

    TEKNIK KELIMA PENJARIAN

    40

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    41/67

    Bagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0 menutup lubang rekoder di bahagian belakang

    rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama. Jari hantu

    bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua. Jari manis bernombor 3 menutup lubang

    rekoder ketiga. Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder

    keempat. Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima. Lubang rekoder

    keenam ditutup dengan jari manis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketujuh ditutupdengan jari bernombor tujuh iaitu jari kelingking.Terdapat dua pembukaan kecil pada

    lubang rekoder bernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalah untuk menghasilkan

    bunyi syap dan flat.

    BAB 5

    41

    http://1.bp.blogspot.com/_RRs44Wcgpc4/TLcFZXvHtgI/AAAAAAAAAI4/SH0ZbI9So4s/s1600/5.JPG
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    42/67

    KAEDAH PEMBELAJARAN MUZIK

    Kaedah Kodaly Dalam Pembelajaran Muzik

    Kaedah Kodaly (1882-1967) adalah satu paradigma pendidikan muzik yang menggunakan

    aktiviti nyanyian dan keupayaan pendengaran dalaman oleh kanak-kanak. Kodaly

    menyarankan penggunaan lagu-lagu rakyat / tempatan

    menggunakan bahasa ibunda dalam aktiviti latihan

    nyanyiannya. Beliau tidak menggunakan sistem gred seperti

    yang sering digunakan dalam kaedah pengajaran piano atau

    alat muzik lain.

    Sasaran kaedah Kodaly ialah untuk membantu kanak-

    kanak dalam literasi muzik. Ini dilakukan dengan penggunaan

    beberapa pendekatan yang berpusatkan kanak-kanak itu

    sendiri, iaitu penggunaan latihan irama, latihan nyanyian solfa, latihan bacaan semerta,

    latihan mendengar, menulis, membuat persembahan dan mencipta muzik. Kemahiran

    literasi muzikal turut dibina melalui pengalaman latihan aural dan pengalaman ingatan

    visual. Pembinaan pemahaman asas adalah penting dan ianya diikuti dengan pengetahuan

    bagaimana membuat persembahan, mendengar dan membuat analisis muzik klasikal yangmudah. Seterusnya kemahiran ditingkatkan secara berperingkat sehingga mereka

    berupaya untuk mencipta muzik mereka sendiri.

    Kodaly berpendapat, setiap kanak-kanak yang boleh bercakap juga boleh menghasilkan

    muzik. Kemahiran muzik juga dibina melalui asas-asas kefahaman kemahiran berbahasa.

    Menurut Kodaly, terdapat tiga turutan konsep dalam pembelajaran literasi bahasa, iaitu:

    (1) Peringkat AURAL : kanak-kanak mula belajar menghasilkan bunyi dan ton semasa

    mereka bercakap (dalam kemahiran berbahasa).

    (2) Peringkat MENULIS : Setiap kali satu perkataan difahami, perkataan dan pic boleh

    ditranskripsikan melalui penulisan atau perlambangan.

    42

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    43/67

    (3) Peringkat MEMBACA : Kanak-kanak membina keupayaan membaca.

    Ketiga-tiga peringkat ini juga turut digunakan dalam kaedah Kodaly. Dalam kaedah Kodaly,

    pembelajaran nyanyian dan teknik pendengaran menggunakan simbol irama dan sukukata.

    Pada masa yang sama, isyarat tangan akan mewakili perkaitan antara pic-pic. Penggunaan

    isyarat tangan membantu kanak-kanak melihat pic samada ianya menaik atau menurun.

    John Curwen (1816-1880) lahir

    di Yorkshire England pengasas

    isyarat tangan Tonik Solfa 2.

    Dalam nyanyian, Kodaly sentiasa memulakannya dengan lagu-lagu rakyat atau lagu-

    lagu tempatan yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Secara berperingkat,

    lagulagu dari budaya lain mula diperkenalkan sedikit demi sedikit. Kanak-kanak perlu dilatih

    menyanyi dengan tepat menggunakan pola melodi yang paling asas. Misalnya Do-Re, Do-

    Re-Mi dan sebagainya. Bermula diperingkat ini juga, mereka diajar menyebut irama

    menggunakan perkataan sambil bertepuk tangan mengikut detik muzik.

    Kunci asas dalam kaedah Kodaly ialah penggunaan ekspresi tubuh dalam muzik.

    Seterusnya, tambahan kepada nyanyian dan detik ialah dengan menggunakan hujung kaki

    43

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    44/67

    (step) untuk menandakan detik muzik. Mereka juga diajar bagaimana untuk menepuk irama

    daripada sukukata, dan berfikir (membayangkan) sukukata semasa menepuk irama.

    Seterusnya, Kodaly menyarankan pengenalan alat muzik iaitu zailofon (yang

    ditanggalkan bar tertentu) dan rekoder. Tetapi sebagai permulaan, beliau menyarankan

    penggunaan bahasa ibunda sebagai asas mempelajari muzik. Falsafah yang paling penting

    dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalah untuk semua orang. Pedagogi Kodaly

    menekankan perkembangan kemahiran pengalaman muzikal secara menyeluruh dan

    berurutan. Kodaly percaya bahawa semua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi

    celik muzik. Mereka hanya perlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil

    persembahan, skil pendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik.

    Kodaly juga percaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia

    adalah alat muzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah kerana

    kemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzik yang lain.

    Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibunda mereka terlebih

    dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalam pengajaran muzik, kanak-

    kanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibunda mereka sebelum mempelajari lagu-lagu

    dari bahasa asing.

    44

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    45/67

    Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Muzik

    Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasa berkembang. Banyak

    perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dan sedang dalam proses perubahan

    untuk mencari cara yang lebih baik lagi untuk memupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah

    Kodaly menjadi tunjang dan nadi kepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institutpendidikan guru.Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran dan

    pembelajaran kaedah Kodaly iaitu:

    i. Tonik Solfa

    ii. Isyarat Tangan

    iii. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama

    a. Kaedah Kodaly secara berurutan

    Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusun dengan sistematik

    mengikut kebolehan kanak-kanak pada tahap perkembangannya.

    i. Konsep Irama

    Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di sini ialah irama. Irama

    yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaan dengan pergerakan kanak-kanak

    seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1 kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai

    kiraan). Elemen-elemen muzik yang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik

    boleh diatur atau disusun secara berurutan dalam kaedah ini.

    ii. Konsep melodi

    Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkan secara berurutan.Mengikut

    perkembangan muzikal kanak-kanak, mereka hanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan

    tidak dapat menghasilkan semiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi

    perlu diperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jeda minor ke-3.

    Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat di dalam kehidupan harian mereka.

    45

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    46/67

    Contohnya seperti sebutan perkataan berpic:

    Didalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2 merupakan jeda-jeda yang

    sama dan lazim digunakan di negara Jepun, Amerika Syarikat dan juga Hungary.

    b. Nyanyian

    Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dan dimiliki oleh semua

    orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alat untuk melahirkan perasaan gembira,

    sayang, sedih, takut atau seronok. Cara yang baik bagi kanak-kanak menggunakannya

    untuk menimba pengalaman muzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyianmerupakan aktiviti yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang

    terbaik dalam perkembangan dan kemahiran muzik.

    c. Pendengaran Dalaman

    Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yang dapat menguji kesemua

    elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalaman memainkan peranan yang penting

    dalam kemahiran muzik seperti nyanyian, permainan alat dan lain-lain bidang muzik.

    Berikut adalah beberapa aktiviti kemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan

    dalam pengajaran dan pembelajaran muzik:

    Contoh 1

    Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, Bangun Pagi Gosok Pagi,

    Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus faham bahawa tujuan latihan ini adalah untuk

    menguji tempo, melodi dan elemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari.

    Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, mereka dikehendaki untuk

    menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dan nyanyikan frasa ketiga dalam kepala.

    Dengan erti kata lain pelajar - pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap.

    Kemudian frasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula.

    46

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    47/67

    Contoh 2

    Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatu melodi dan

    meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalam kepala. Setelah guru memberi

    masa untuk murid-murid merasai melodi itu, guru akan meminta murid menyanyikan

    keratan melodi tersebut secara kuat.

    d. Penghafalan

    Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatu lagu itu dengan cara

    menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yang lebih menarik dalam

    memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melalui teknik permainan.

    Contoh 1.

    Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambil berfikir melodi tersebut.

    Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itu kepada solfa. Proses diulang

    dengan motif-motif yang pendek. (Setelah latihan dijalankan beberapa kalai murid diberi

    latihan dengan menggunakan motif yang lebih panjang)

    Contoh 2

    Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan. Murid diberi sehelai

    kertas dimana dibahagian kiri telah diisi dengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan puladikosongkan. Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not di kibod berulang-ulang.

    Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada baluk disebelah kanan. Setelah

    selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis dibaluk tadi. (Aktiviti ini boleh

    menggunakan symbol atau notasi lidi dengan nama solfa).

    e. Improvisasi

    Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samada murid dapat

    memahami konsep muzik yang dipelajari serta memberi keyakinan kepada mereka.

    47

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    48/67

    Contoh : Permainan Baling Tepuk

    Guru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah. Guru akan bertepuk atau

    menggerakkan anggota badannya pada detik sambil murid mendengar. Murid tersebut

    digalakkan respon melalui bertepuk atau menggerakkan anggota badan pada satu corak

    yang lain.

    48

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    49/67

    BAB 6 LAGU PATRIOTIK

    6.1 Istilah Patriotik

    Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air'

    oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin

    suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara.

    Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,

    kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-

    ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah inidigunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah

    sejenis ideologi- namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap

    yang sewajarnya.

    Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini

    sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Patriotisme juga membayangkan

    bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri

    dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur

    dalam pertempuran merupakan contoh yang lazim bagi patriotisme melampau.

    6.2 Ciri-ciri Lagu Patriotik

    Setiap lagu yang dicipta oleh komposer lagu mempunyai makna tersendiri. Pemikiran

    dan hasrat si penulis lagu dipersembahkan dalam bentuk gubahan lagu. Sama halnya

    dengan lagu patriotik yang mana setiap lagu mengandungi mesej yang ingin disampaikan.

    Antara ciri lagu patriotik adalah berunsur kenegaraan, mesej yang ingin disampaikan

    adalah jelas, susunan kata yang teratur dan mudah difahami. Selain itu, melodi dan

    senikata lagu patriotik melahirkan semangat sayang dan cinta akan Negara.

    49

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangsahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nasionalismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sinonimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ideologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ideologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peperanganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangsahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nasionalismehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sinonimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ideologihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peperangan
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    50/67

    6.3 Koleksi Lagu Patriotik

    31 Ogos

    Tanggal 31

    Bulan lapan lima puluh tujuh

    Merdeka ! Merdeka !

    Tetaplah merdeka

    Ia pasti menjadi sejarah

    Tanggal 31

    Bulan lapan lima puluh tujuh

    Hari yang mulia

    Hari bahagia

    Sambut dengan jiwa yang merdeka

    Mari kita seluruh warga negara

    Ramai-ramai menyambut hari merdeka

    Merdeka !

    Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh

    Hari mulia negaraku merdeka

    50

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    51/67

    Bahtera Merdeka

    Bonda senyum riang

    Menerima bahtera Merdeka

    Putra putri sayang

    Putra putri sayang

    Sedang berjuang

    Fajar telah tiba

    Nan menyinsing membawa harapan

    Tanah Semenanjung

    Tanah Semenanjung

    Pusaka Bangsa

    Jiwa dan raga

    Buktikanlah pada nusa bangsa

    Supaya negara maju jaya

    Aman Merdeka

    Duhai ibu pertiwi

    Putra putri datang sujud bakti

    Ingin menunaikan

    Ingin menunaikan

    51

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    52/67

    Sumpah dan janji

    Kemegahan Negaraku

    Selamatlah Malaysia jaya

    Negaraku yang kucintai

    Seumurnya maha perkasa

    Kedaulatan ibu pertiwi

    Malaysiaku maha berjaya

    Negaraku indah murni

    Selamatlah Malaysia jaya

    Negaraku ibu pertiwi

    52

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    53/67

    Malaysia Baru

    Andai hidup tak punya cinta

    Pada bangsa maupun wanita

    Hidup tak punya ertinya

    Kenikmatan tidak dirasa

    Cinta bangsa rasa mulia

    Cinta wanita rasa bahagia

    Menjadi kita penuh daya

    Mencipta hidup sempurna

    Andai kita lalai sertalah lupa

    Masa akan lari sia-sia

    Jiwa kosong tak berharga

    Dunia bukan syurga

    Oleh itu mari kawanku

    Berpimpin tangan berganding bahu

    Segera capai cita yang satu

    Di alam Malaysia baru

    53

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    54/67

    Malaysia Tanah Airku

    Malaysia oh tanah air ku

    Tanah tempat tumpah darah ku

    Negeri elok amat ku cinta

    Yang ku puja sepanjang masa

    Sawah mu terbentang meluas

    Tumbuh-tumbuhan hijau merendang

    Bukit mu lurusnya terbentang

    Tak jemu mata ku memandang

    Sungguh indah di Malaysia

    Negeri yang kaya raya

    Tempat pusat berniaga

    Terkenal di seluruh dunia

    Malaysia negeri ku Malaysia

    Pusaka tinggalan moyang ku

    Tetap sentosa hidup merdeka

    Malaysia tanah air ku

    54

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    55/67

    Malaysia Tercinta

    Tanah air tercinta

    Ibu Pertiwi warisan bangsa

    Negaraku Malaysia bebas merdeka

    Lambang keamanan dan kemakmuran

    Bertekap dan berbakti

    Semangat waja gigih berusaha

    Sehati dan sejiwa

    Rakyat berbilang bangsa

    Menuju ke arah satu cita

    Keluhan resah

    Tiada bermain di jiwa

    Semuanya bergantikan ceria

    Zaman gerhana jauh sudah

    Ditinggalkan

    Malaysia tanah tercinta

    Budimu tinggi nilainya

    Kami menerima jasamu

    Tak terbalas walau bergalang nyawa

    55

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    56/67

    Demi mu tetapku relakan

    Malaysia tercinta

    Tanah bertuah

    Jasa dan budi

    Tetapku sanjung tinggi

    Tetapku sanjung tinggi

    Negaraku

    Negaraku

    Tanah Tumpahnya Darahku

    Rakyat Hidup

    Bersatu Dan Maju

    Rahmat Bahagia

    Tuhan Kurniakan

    Raja Kita

    Selamat Bertakhta

    56

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    57/67

    Pahlawanku

    Pahlawanku

    Pergilah berjuang untuk bangsa

    Jangan ragu

    Namamu tetap dipuja

    Biar mati

    Sebagai pahlawan yang sejati

    Jangan undur

    Jasamu kelak bertabur

    Selamat kau pergi

    Selamat kembali

    Dengan hati suci

    Dan tak takut mati

    Pahlawanku

    Menuju ruang ke medan perang

    Jangan takut

    Sebagai askar berjuang

    57

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    58/67

    Perwira

    Perwira...

    Dikaulah harapan hati

    Penghibur kala sunyi

    Pergilah berbakti

    Membela pertiwi

    Perwira...

    Janganlah kekanda bimbang

    Untuk pergi berjuang

    Andainya kau gugur

    Jasamu dikenang

    Dengarlah lagu kucipta

    Gubahan mesra nan manja

    Sebagai ganti diri

    Bersama kau berbakti

    Untuk ibu pertiwi

    Kekanda di medan perang

    Adinda di medan seni

    Sama-sama berjuang

    Sama-sama berbakti

    58

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    59/67

    Semoga tabah hati

    Majulah kekanda maju jangan undur

    Dinda mohon doa restu

    Rela sehidup semati bersamamu

    Perwiraku

    PUNCAK JAYA

    Nyalakan azam membumbung

    Padukan tekad dan waja

    Songsongi ombak bergulung

    Menuju ke pulau cita

    Setitis jadikan laut

    Sekepal jadikan gunung

    Namamu kelak disebut

    Jasamu kelak disanjung

    Nyalakan tekad di hujung cita

    Sama muafakat ke puncak jaya

    Sembah setia sepenuh jiwa

    Untuk nusa dan negara

    Kan megah langit dijunjung

    Rela bumi nan dipijak

    Kan megah ibu mengandung

    59

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    60/67

    Putera puterinya berjasa

    Tanah Pusaka

    Sungguh gemilang negeriku

    Yang kupuja oh tanah Malaysia

    Dimerata dunia

    Harum semerbak namamu oh Malaysia

    Aman makmur kaya-raya

    Selama-lama hidup maju jaya

    Oh tanah pusaka

    Negaraku yang berdaulat dan merdeka

    Tanah pusaka bertuah

    Berbagai bangsa didalamnya

    Hidup aman dan bersama

    Bertekun kerja untuk Malaysia

    Musuh melanggarku gempur

    Sungguh rela kugugur kerana

    Kau tanah pusaka

    Biar putih tulang jangan putih mata

    60

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    61/67

    Lafaz syukur saya panjatkan kepada Allah SWT dengan izin-Nya akhirnya tugasan

    Kerja Kursus Pendidikan Muzik ini dapat saya siapkan mengikut waktu yang ditetapkan.

    Melalui tugasan ini telah banyak pengetahuan dipelajari dan saya perolehi berkaitan muzik

    itu sendiri.

    Encik Albert Mark Maguring merupakan pensyarah yang banyak memberikan tunjuk

    ajar dan bimbingan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan serta sering berkongsi

    pengalaman khususnya yang berkaitan dengan profesion keguruan. Bimbingan dan

    nasihat beliau akan sentiasa diingati dan menjadi inspirasi buat kami untuk terus berusaha

    demi kejayaan.

    Sepanjang proses pembelajaran di semester ini telah banyak input berguna telah saya

    dapatkan. Serba sedikit pengetahuan tentang muzik telah saya ketahui seperti not-notmuzik dan nilainya, jeda, pic, sel, klef dan sebagainya yang berkaitan dengan asas teori

    muzik. Selain itu, saya dapat mempelajari tentang notasi muzik bagaimana

    menterjemahkan not-not muzik pada garis baluk. Walaupun bab notasi muzik ini

    merupakan satu bab yang sukar bagi saya, tapi saya cuba memahaminya dengan teliti

    agar saya dapat mengadaptasikan ilmu yang dipelajari ini suatu hari nanti.

    Dalam proses menyiapkan tugasan ini, terdapat sedikit kesukaran mencari maklumat

    disebabkan oleh jaringan internet yang kurang berfungsi dengan baik. Namun begitu, ia

    tidak mematahkan semangat saya dan rakan sekuliah untuk menyiapkan kerja kursus ini.

    Prasarana yang sedia ada saya gunakan dengan sebaiknya. Melalui perpustakaan,

    pelbagai bahan yang boleh saya dapatkan termasuklah buku rujukan. Sebagai seorang

    61

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    62/67

    guru pelatih seharusnya saya tidak menjadikan sesuatu masalah itu sebagai alasan untuk

    tidak menyiapkan tugasan.

    Sesungguhnya kerja kursus ini telah banyak memberi pengalaman baru dalam diari

    hidup saya sebagai seorang pelatih GSTT. Kembali menjadi seorang pelajar walaupun

    mempunyai umur yang jauh lebih tua dari pelatih senior di IPG ini tidak menjadi

    penghalang untuk saya cekal berusaha bagi melakukan yang terbaik. Dugaan dan

    cabaran, pujian mahupun kritikan yang diterima sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini

    adalah lumrah kehidupan pelajar dan saya berusaha untuk sentiasa bersikap positif dan

    menerima dengan hati yang lapang.

    Kerjasama dan komitmen semua pihak terutamanya pihak pensyarah dan rakan-rakan

    sekuliah amatlah saya hargai. Semoga kerja kursus ini bermanfaat bukan sahaja kepada

    diri saya sendiri bahkan juga kepada orang lain. Kemungkinan dalam tugasan ini wujudnya

    berbagai kepincangan, semoga pada tugasan berikutnya saya akan dapat memperbaiki

    kelemahan dari segenap aspek dan dapat meningkatkan lagi potensi kerja saya. Amatlah

    besar harapan saya semoga hasil tugasan ini dapat diterima baik oleh pihak pensyarah.

    Sekian,dan terima kasih.

    NUR ZAKIRAH BINTI MOHD

    PPISMP GSTT (BM2)DIS. 2012

    62

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    63/67

    Penglibatan secara aktif murid dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya

    menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk

    nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep

    muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja

    membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka

    memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak

    dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi

    dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai

    bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai

    warisan bangsa.Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam

    muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid.

    63

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    64/67

    http://koleksi-lagu-patriotik.blogspot.com

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotisme

    http://www.ppk.smkdpk.com/sp/sp_muzik_f123.pdf

    http://www.utusan.com.my/

    http://www.iksep.gov.my/pdf/patriotisme_semakin_terhakis.pdf

    64

    http://koleksi-lagu-patriotik.blogspot.com/http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotismehttp://www.ppk.smkdpk.com/sp/sp_muzik_f123.pdfhttp://www.utusan.com.my/http://www.iksep.gov.my/pdf/patriotisme_semakin_terhakis.pdfhttp://koleksi-lagu-patriotik.blogspot.com/http://ms.wikipedia.org/wiki/Patriotismehttp://www.ppk.smkdpk.com/sp/sp_muzik_f123.pdfhttp://www.utusan.com.my/http://www.iksep.gov.my/pdf/patriotisme_semakin_terhakis.pdf
  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    65/67

    65

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    66/67

    Kembalikan rentak asal lagu NegarakuOleh ABDUL MUIN SAPIDIN

    KUALA LUMPUR 5 Okt. - Kerajaan diminta mengembalikan semula penggunaan rentak asal lagu Negaraku bagi

    mengelakkan sebarang kekeliruan yang boleh merosakkan kesenian dan keagungan lagu kebangsaan itu.

    Pelbagai pihak termasuk pencipta lagu tanah air menegaskan, selain sifat muzikal lagu asalNegaraku yang sudah sebati

    dengan sebilangan besar rakyat Malaysia, ia juga memiliki `semangat' tersendiri yang mampu membangkitkan rasa

    megah dan hormat rakyat pada negara.

    Komposer veteran, Datuk Ahmad Nawab berkata, rentak asal lagu Negaraku perlu dikembalikan semula memandangkan

    ia mempunyai ciri-ciri lagu patriotik yang asli dan memiliki kekuatan tersendiri bagi membangkitkan kecintaan kepadanegara.

    ``Saya sudah cipta lagu bertahun-tahun lamanya, saya dapat rasakan `semangat' sesebuah lagu itu, bagi saya rentak

    asal lagu kebangsaan kita ada kekuatan tersendiri hingga ada kalanya meremang bulu roma bila menyanyikannya.

    ``Iramanya yang perlahan itulah yang membawa semangat itu, kita akan rasa gentar. Kalau (irama) dipercepatkan,

    `semangat' tadi akan hilang, kita pula hilang penghayatan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau diminta mengulas tindakan seorang Ahli Parlimen, Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mendakwa

    penyanyi Hattan menghina lagu Negaraku kerana tidak menyanyikan lagu itu dengan versi betul pada perlawanan akhir

    Piala Malaysia Sabtu lalu.

    Lagu Negaraku yang dijadikan lagu Kebangsaan pada 1956 pada asalnya berentak moderato sama seperti kebanyakannegara-negara beraja lain di dunia.

    Bagaimanapun, pada 30 Ogos 1993 iaitu sempena menyambut Hari Kebangsaan, kerajaan mengubah rentaknya kepada

    rentak march iaitu lebih cepat sebelum sekali lagi mengubah tempo lagu kebangsaan itu pada 2003.

    Mengulas lanjut, Ahmad berkata: ``Saya sudah pernah bercakap mengenai hal ini, sebab itulah kita perlu kekalkan irama

    asalnya supaya tidak timbul mana satu rentak betul dan mana satu rentak tidak betul.''

    Bekas pemimpin orkestra RTM, Datuk Johari Salleh pula berkata, tindakan kerajaan mengubah rentak lagu kebangsaan

    itu sebelum ini tidak mendatangkan kesan yang diharapkan, sebaliknya mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat.

    ``Dulu kita cepatkan, lepas itu kita perlahankan semula, kita sedar tujuan kerajaan (mengubah lagu) itu baik, tapi ia

    nampaknya tidak menjadi.

    ``Lagu asal negaraku digubah oleh orang dahulu dengan perasaan kenegaraan dinamik sehingga kalau kita

    menyelaminya dengan baik ia boleh membuat kita megah dan bangga, itulah yang dikatakan sebagai lagu patriotik,''

    tegasnya.

    Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Istana Budaya, Dr. Hatta Azad Khan berkata, kontroversi yang sering timbul

    mengenai nyanyian lagu Negaraku diakibatkan perubahan demi perubahan yang dibuat pada tempo lagu itu.

    66

  • 7/28/2019 KKP MUZIK

    67/67

    ``Jadi ini tidak baiklah, kita bercakap mengenai lagu kebangsaan, lagu kebanggaan dan lagu yang mencerminkan identiti

    serta harapan rakyat. Tidak enaklah kalau terus diubah, kita bimbang ia akan mengakibatkan kekeliruan,'' jelasnya.

    ARKIB DALAM NEGERI : 06/10/2005. Utusan Malaysia.