kkp fpk

Upload: hizamir-haridan-amer

Post on 05-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 KKP FPK

    1/26

    1

    1.0 PENDAHULUAN

    Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau

    pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini

    dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik,sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan

    kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang

    penting dalam kehidupan.

    Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai

    pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan

    dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah

    digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada

    ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan

    Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang

    memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di

    dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK

    adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil

    kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu

    masyarakat dan negara.

    Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta

    Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka

    FPK yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun

    1988.

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

    memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

    untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan

    mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

    dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    2/26

    2

    Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat

    Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna

    supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain,

    Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang

    sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

  • 7/31/2019 KKP FPK

    3/26

    3

    2.0 MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkan

    secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas

    dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dan rancangandalam bidang pendidikan di Malaysia.

    Matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna

    supaya menjadi warganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan

    melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-

    ciri berikut:

    Percaya dan patuh pada tuhan

    Berilmu pengetahuan

    Berakhlak mulia

    Bertanggungjawab kepada diri. Masyarakat dan negara

    Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

    Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

    Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,

    melalui pendidikan adalah diharapkan Malaysia dapat mencapai matlamat

    pendidikannya iaitu:

    Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

    kewajiban sebagai seorang warganegara.

    Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

    membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif

    serta demi memberi sumbangan kepada negara. Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta

    mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi

    Perlembagaan.

    Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan

    negara.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    4/26

    4

    Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-

    prinsip Rukun Negara, bersikap tolenrasi demi mewujudkan

    perpaduan rakyat berbilang kaum.

    Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan

    membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada

    golongan yang kurang berada.

    Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan faktor yang

    penting untuk menentukan matlamat pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini akan

    menjadi lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila dijelmakan

    sebagai penyataan FPK.

    Secara ringkasnya, FPK menggrariskan segala istilah, pemikiran dan

    prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain,

    ianya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dana amalan pendidikan sebagai

    satu entity yang tekal, jelas dan logik. FPK bertutjuan untuk menjelaskan secra

    rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren

    pendidikan masa depan.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    5/26

    5

    3.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN

    Berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), dapat

    dijelaskan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha

    memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang

    berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

    berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian

    dan kemakmuran negara

    Untuk memudahkan pemahaman terhadap Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan, elemen-elemen pembentukannya diringkaskan seperti berikut:

    Rajah 4.1

    http://3.bp.blogspot.com/_nUCJ46hQ0lE/TSFLtJwv4EI/AAAAAAAAAGU/6WYK7EOc5Lw/s1600/elemen.PNG
  • 7/31/2019 KKP FPK

    6/26

    6

    Pertama sekali, elemen dalam FPK ialah Pendidikan suatu usaha

    berterusan. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses

    pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni

    supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta

    berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan

    sepanjang hayat.

    Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai

    pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika,

    disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat

    kanak-kanak dan remaja, sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di

    peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau

    dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT, secara on-line dan melalui

    media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita menghadapi dan

    menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan

    k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan

    secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK.

    Elemen seterusnya ialah Memperkembang potensi individu. Mengikut

    kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek,

    jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah

    terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan

    meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam

    hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti

    menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai

    kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat

    berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan

    kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara.

    Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah

    kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap

  • 7/31/2019 KKP FPK

    7/26

    7

    keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan

    riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal atau

    manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan

    untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya

    pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

    Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa

    yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang

    terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan yang

    muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan

    menghargai keindahan dan kesenian

    Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada

    sifat kejiwaan dan kebaktian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan

    mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta

    dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang

    mulia.

    Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu,perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan

    secara berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan

    bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,

    bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum

    harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan

    dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah

    diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan

    kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.

    Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan

    yang seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang

    seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga

  • 7/31/2019 KKP FPK

    8/26

    8

    mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai

    jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan

    emosi dan sosial. Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan

    potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah

    diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Di

    samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan

    keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan

    sentiasa berikhtiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan

    melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi

    kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.

    Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan ini

    merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara

    sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum

    Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah

    dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan

    memakmurkan alamnya.

    Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuanseperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan

    oleh penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan

    yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan

    alam atau menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan

    diri sendiri dan seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan

    kejahatan.

    Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen

    yang ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menggalakkan rakyat agar memiliki

    sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya

    untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

    merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu

  • 7/31/2019 KKP FPK

    9/26

    9

    gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan

    berusaha meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan disamping

    memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka

    luas dan mendalam.

    Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang

    ditekankan dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu

    pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi

    kemajuan negara dengan cekap dan sempurna. Rakyat Malaysia yang

    berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu

    pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang

    dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam

    perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma

    Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu

    memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan

    mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia

    yang berakhlak mulia ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri seperti mengetahui

    yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyedari kesan dan akibatdaripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni

    dan dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan

    serta mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk.

    Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan

    kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan,

    bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan

    amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki

    ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan

    sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan

    mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan berusaha memajukan diri,

    keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    10/26

    10

    Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga

    disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan

    potensi individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang

    tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama

    dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah

    rakyat yang memiliki keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk

    menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa

    tenang dan tubuh badan yang sihat dan memperoleh kemahiran untuk

    mewujudkan perhubungan yang baik.

    Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah rakyat Malaysia

    yang dapat memberi sumbangan. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh

    menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk

    mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat

    Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

    kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh

    keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama,

    kekitaan, perpaduan, muhibbah, tolerensi dan hormat serta menguasai

    kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara.Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan

    mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai

    menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat

    patriotik dan cintakan negara.

    Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi,

    berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum.

    Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan

    ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya

    muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka, Falsafah

  • 7/31/2019 KKP FPK

    11/26

    11

    Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 4.1, dengan

    menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.

    Rajah 4.2

  • 7/31/2019 KKP FPK

    12/26

    12

    4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK.

    Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan (FPK). Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-

    murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempatpemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya

    memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

    Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya

    sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi

    perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

    4.1 Peranan Pihak Pengurusan, Guru Dan Organisasi Sekolah.

    Sekolah amat berperanan penting dalam merealisasikan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan (FPK). Hal ini kerana sekolah merupakan agen

    perubahan seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni harus

    diterapkan dalam diri-diri murid-murid untuk melahirkan modal insane

    yang seimbang dari pelbagai aspek JERIS iaitu, jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak akan dapat dilaksanakan

    jika tidak ada pihak yang ingin mainkan peranan masing-masing. Pihak

    sekolah merupakan peranan terbesar dalam pelaksanaan FPK.

    Pendidikan itu bermula dari rumah tetapi sekolah merupakan tempat

    mendidik yang lebih khusus. Oleh itu, FPK ini dijalankan di sekolah. Di

    sekolah setiap individu memainkan peranan masing-masing untukmelaksanakan Falsafah Pendidikan kebangsaan ini. Antara pihak yang

    berkaitan ialah, guru besar, guru penolong kanan, ketua panitia, guru bilik

    darjah.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    13/26

    13

    4.2 Aspek Kepemimpinan

    Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan.

    Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam

    memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif

    dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid.

    Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk

    wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan

    FPK.

    Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek

    seperti budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga

    disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya

    hasrat FPK dapat direalisasikan.

    Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru

    besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh

    Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir

    sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan,

    tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumbermanusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan.

    Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan

    menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar

    yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi

    cemerlang.

    Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia

    menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan

    pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan

    di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang

    memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing

    untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan

  • 7/31/2019 KKP FPK

    14/26

    14

    pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu

    sebagai agen transformasi perubahan.

    Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-

    jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar

    sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah

    juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah

    pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.

    Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail

    kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin

    pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu

    membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar

    merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab

    terhadap sesuatu perubahan.

    Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan

    kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru.

    Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubahyang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah

    walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya

    sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan

    menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et

    al,1979).

    4.3 Aspek Budaya Sekolah

    Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya

    sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu

    aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang

    terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan

  • 7/31/2019 KKP FPK

    15/26

    15

    murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai

    aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra,

    berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi,

    gembira dan sempurna.

    Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah

    yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai

    aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif,

    lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan

    berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim

    sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek

    sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

    Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan

    kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-

    kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk

    pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

    Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yangberkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti

    budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa

    tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan.

    Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek

    budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah

    atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan

    peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti

    Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam

    diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat

    mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif.

    Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui

  • 7/31/2019 KKP FPK

    16/26

    16

    masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina

    budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

    Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi

    penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah

    atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek

    penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan

    pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan

    bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris juga perlu diberi

    perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal

    insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

    Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran

    diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang

    secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

    intelek.

    4.4 Aspek Ko-Kurikulum

    Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah

    juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan

    gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak

    kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu

    sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal.

    Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah

    kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun

    aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang

    dijalankan adalah terancang.

    Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan

    menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan

    sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu

  • 7/31/2019 KKP FPK

    17/26

    17

    dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara

    perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani.

    Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid.

    Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri

    sendiri.

    Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh

    memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan

    minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh

    memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan

    alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu

    pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti

    yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan

    unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu

    memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana

    gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah

    dan sebagai satu bidang pendidikan.

    Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyaibeberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek

    pembelajaran, dan aspek sosialisasi.

    Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di

    sekolah diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang

    seimbang di kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan

    yang diingini; memajukan kemahiran, minat dan bakat murid;

    meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan

    memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya

    pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti

    berfaedah dan menyeronokkan.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    18/26

    18

    Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan

    untuk mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih

    menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan

    antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.

    Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu

    melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan

    dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab

    berkhidmat untuk masyarakat.

    Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan

    kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha

    memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah,

    membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin

    para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain

    itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-

    murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi

    memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.

    4.5 Aspek Guru

    Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam

    merealisasikan FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan

    potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang

    seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

    Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru

    di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan

    peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak,

    penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan

    pembaharuan.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    19/26

    19

    Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan

    menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran,

    minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang

    akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat

    sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.

    Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan

    berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu

    mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan

    simulasi dan sebagainya.

    Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di

    dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada

    langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-

    tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat

    faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan

    tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-

    langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila

    membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektifpelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya

    dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan

    membawa faedah yang besar kepada murid-murid.

    Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami

    topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan

    pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami

    konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang

    digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya

    padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar,

    perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang

    disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta

  • 7/31/2019 KKP FPK

    20/26

    20

    supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak

    boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu yang

    lain.

    Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan

    mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru

    juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian.

    Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran

    dan pembelajaran telah tercapai.

    Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk

    melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk

    merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh

    bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

    4.6 Aspek Disiplin

    Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama

    bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke

    peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perludiwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani,

    emosi, rohani dan intelek sejajar denagn FPK.

    Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

    Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan

    seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang,

    sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri;juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan

    cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan

    tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan

    mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang

    sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat

  • 7/31/2019 KKP FPK

    21/26

    21

    untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib,

    tatasusila, kesopanan dan akhlak.

    Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yangpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid

    akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin

    ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru

    besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar

    sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran

    proses pengajaran dan pembelajaran disekolah.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    22/26

    22

    5.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM

    PENDIDIKAN NEGARA

    Pembinaan dan perlaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi

    implikasi terhadap sistem pendidikan negara. Setiap perkara yang dilakukanmesti mempunyai implikasinya tersendiri. Implikasi penting untuk melihat sejauh

    manakah keberkesanan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam sistem

    pendidikan di Malaysia. Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dibahagikan

    kepada tiga bahagian iaitu:

    (1) Implikasi Terhadap Kurikulum

    (2) Implikasi Terhadap Pendidik

    (3) Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan

    5.1 Implikasi Terhadap Kurikulum

    Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang

    berorientasikan kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima

    sukatan pelajaran yang sama dan selaras. Ini kerana mengelakkan dari

    berlakunya sifat iri hati dalam kalangan pelajar kerana setiap sekolah

    belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan

    individu yang seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga

    diserapkan di dalamnya nilai-nilai murni dengan tujuan untuk mencapai

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sistem pendidikan juga

    diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu untukbersekolah tetapi berbeza pada zaman dahulu yang mana hanya

    golongan berada sahaja yang mampu untuk bersekolah. Pelajaran untuk

    melatih pelajar mahir dalam teknologi pula diserapkan bagi membawa

    Malaysia ke arah kemajuan dan tidak ketinggalan.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    23/26

    23

    Antara perubahan kurikulum selaras dengan tujuan dan cita

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah:

    (a) Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada

    program bersepadu.

    (b) Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan

    nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata peljaran.

    (c) Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

    (d) Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah

    pendidikan umum.

    (e) Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih

    kemahiran murid dalam bidang vokasional dan teknologi.

    5.2 Implikasi Terhadap Pendidik

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggalakkan guru memahami sistem

    pendidikan selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi

    pendidikan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk mendidik dan

    mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu

    merealisasikan matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    dan Visi 2020. Guru mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi

    meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terutamanya dalam ICT untuk

    membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem pendidikan yang

    berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab

    sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan

    mendapatkan apa yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan

    aspirasi falsafah ini. Pada masa yang sama guru bertindak sebagai

    pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan dan

  • 7/31/2019 KKP FPK

    24/26

    24

    memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah,

    seperti menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh

    guru.

    Selain itu, perubahan sikap dan profesional guru dalammenjalankan tugas sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang meliputi:

    (a) Perubahan sikap pendidik atau guru sendiri dengan

    pandangan dan visi yang positif terhadap tugasnya untuk

    merealisasikan tujuan dan cita Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan.

    (b) Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan

    teknik pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan

    yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak

    mulia.

    5.3 Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan

    Demi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, institusi

    pendidikan turut mengalami perubahan. Pelbagai perubahan telah

    berlaku. Kemudahan-kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya

    pelajar mampu untuk memperkembangkan kemahiran mereka dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan individu

    yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga diubah untuk

    memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya saling bekerjasama,

    toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampuuntuk menyumbangkan keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah

    juga diubah untuk melahirkan pelajar yang cintakan ilmu dan membentuk

    budaya membaca di kalangan mereka.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    25/26

    25

    5.4 Implikasi Terhadap Individu (Murid)

    Murid adalah fokus dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Individu atau murid akan mengalami corak pendidikan yang

    berlandaskan falsafah pendidikan. Elemen-elemen falsafah pendidikanditerapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan

    insan yang seimbang dan harmonis. Kaedah bernilai tambah yang akan

    dilaksanakan oleh guru untuk menggapai matlamat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Kesannya, potensi individu murid akan dapat dikembangkan

    melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek

    intelek, rohani, emosi dan jasmani.

  • 7/31/2019 KKP FPK

    26/26

    6.0 PENUTUP

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah teras kepada sistem pendidikan di

    negara Malaysia. Falsafah ini digubal atau dibentuk atas kesedaran bahawa

    negara mesti mempunyai hala tuju dan matlamat yang jelas dan tepat dalamsistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukun Negara, falsafah

    pendidikan turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah berpaksikan kepada

    ketuhanan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini dimanifestasikan dalam diri

    insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang

    lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang

    berilmu pengetahuan, luhur, mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi

    mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

    Berdasarkan matlamat, elemen-elemen, dan implikasi Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang berjaya dianalisa, sekolah keseluruhannya telah berjaya

    merealisasikan falsafah ini. Jika dilihat dari segenap aspek, sistem pendidikan

    termasuk kurikulum, persekitaran institusi-institusi pendidikan dan pendidik itu

    sendiri, semuanya telah dilaksanakan berdasarkan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan yang mendukung ideologi negara bagi melahirkan insan yang

    seimbang dan harmonis.