konsep fpk

Upload: divyaakrishnan

Post on 13-Jan-2016

286 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Konsep fpk"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Matlamat fpk

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna serta menghayati cirri-ciri:1. Percaya kepada tuhan.2. Berakhlak mulia.3. Berilmu pengetahuan.4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia adalah negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu, warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina negara Malaysia.

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi negara. Matlamat yang ketiga ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara. Taat setia kepada Raja adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan diceroboh kerana pengkhianatan rakyatnya.

Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujdkan perpaduan berbilang kaum. Rakyat yang sentiasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun Negara mempunyai 5 prinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan, kepercayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan kepada undang-undang dan terakhir sekali kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan peluang di antara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di Malaysia. Melayu duduk di kampung, cina duduk di lombong dan India duduk di estet. Seperti yang kita lihat pada hari ini, perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum Melayu, Cina dan India. Kaum cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu sekolah amat berperanan penting dalam merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid. Hal ini bertujuan murid-murid dapat bersama-sama tolong menolong dan bertoleransi antara satu sama lain agar keharmonian dan kemakmuran

Kesimpulannya, FPK ini digubal adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. FPK perlu dilaksanakan di sekolah kerana untuk memupuk semangat perpaduan sejak dari awal lagi untuk mengelakkan permusuhan antara kaum pada dewasa kelak. Selain itu FPK ini untuk melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia dan mempunyai nilai moral yang tinggi berpandukan agama yang benar. Oleh itu, guru memainkan peranan yang amat penting sebagai agen penyebar dalam menerapkan nilai-nilai murni ini kepada murid agar wawasan dan hasrat Negara tercapai.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara (Malaysia)2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya.3. Faktor politik yang menentukan idealogi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan.4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara.5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri.6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Pengaruh faktor-faktor(Mok Soon Sang:2001:217) tersebut dapat dikesan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang diturunkan berikut:-

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

1. Faktor Agama.

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara.Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

2. Faktor Sosial.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

3. Faktor PolitikSebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

4. Faktor Ekonomi.Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

5. Faktor IndividuPotensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.

6. Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-anTerdapat 6 faktor dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antaranya ialah :

4.1 Faktor Agama

Agama Islam merupakan agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu

:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...

4.2 Faktor Politik

Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini,matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.

...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...

4.3 Faktor Ekonomi

Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara

...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri...

4.4 Faktor Sosial

Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara, iaitu:

...melahirkan rakyat Malaysia...memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...

4.5 Faktor Individu

Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Negara.

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

4.6 Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

..Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh...

Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang lain.

ELEMEN-ELEMEN FPK

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidkan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

2. Perkembangan potensi individu

Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk dan dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.

3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkait atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi 4 aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.

4. Insan yang seimbang dan harmonis

Amat penting bagi individu memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Keseimbangan antara keepat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.

5. Unsur intelek

Mempunyai kemahiran asas 3M; membaca, mengira dan menulis. Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar. Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

6.Unsur rohani

Menyedari dan percaya kepada Tuhan. Bersyukur dengan pemberian Tuhan. Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

7. Unsur emosi

Mempunyai emosi yang matang dan stabil. Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang. Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.

8. Unsur jasmani

Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal. Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

9. Kepercayan dan kepatuhan kepada Tuhan

Mengakui tentang kewujudan Tuhan. Mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam. Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan. Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.

10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Cintakan ilmu pengetahuan. Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca. Mempunyai fikiran luas dan terbuka.

11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan

Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri. Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Berpandangan jauh dan berinisiatif. Memupuk pembawaan diri yang baik.

12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Mempunyai perwatakan diri yang baik. Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.

13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Boleh dipercayai. Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap. Mematuhi peraturan dan undang-undang negara. Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

14. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesjahteraan diri

Berfikiran waras dan berjiwa tenang. Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup.

15. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan. Sering mengamalkan kestabilan politik dan keamanan negara. Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara. Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.

16. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

Mempunyai daya tahan fizikal dan mental yan tinggi. Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.

17. Sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup. Memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat. Cintakan negara.

Auto-hide: on 1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK 1 1. Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Budhha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut undang- undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat- menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. 3. Faktor politik : Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. 4. Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. 5. Faktor individu: 2 Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi cabaran hidup dengan tenang. 6. Faktor sejagat: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. 3.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR UNSUR PENTING DALAM FPK Terdapat tujuh belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dapat saya senaraikan di sini. Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Ini dapat membantu individu terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang tertentu. Maka seelok-eloknya ia hendaklah dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu dimana bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembnagkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara 3

Bottom of FormReadcast Add a Comment Embed & Share

Reading should be social! Post a message on your social networks to let others know what you're reading. Select the sites below and start sharing.

Readcast this DocumentTop of Form

Login to Add a Comment

Bottom of FormShare & EmbedAdd to Collections Download this Document for FreeAuto-hide: on 1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pendidikan adalah suatu usaha yang berterusan dan berlangsung sepanjang hayat (life long learning). Ini kerana adalah secara rasionalnya, manusia mengalami pertumbuhan dan perkembangan dan ini akan menyebabkan perubahan berlaku pada individu. Selain daripada itu, persekitaran yang terus berubah dari semasa ke semasa juga menuntut kepada ketrampilan yang perlu sentiasa dipertingkatkan. Melalui konsep pendidikan sepanjang hayat, kesinambungan dalam kehidupan dapat berlangsung dengan lancar dan baik. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Berdasarkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat pendidikan negara dapat dihuraikan sebagai menyedia dan member peluang pendidikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan asal keturunan. Seterusnya memberi peluang kepada rakyat negara ini menuntut ilmu sepanjang hayat selaras dengan konsep pendidikan seumur hidup dan membolehkan mereka melakukan kerja dengan menggunakan kemahiran yang dipelajari. Pendidikan juga dapat mengembangkan keupayaan individu dari segi fizikal dan mental lantas membolehkan seseorang itu menghayati prinsip Rukun Negara bagi menghasilkan rakyat yang lebih baik, iaitu rakyat yang taat setia, progresif, patriotik, bertoleransi dan bermoral baik. Selain daripada itu, proses pendidikan dapat melengkapi seseorang itu dengan kemahiran berkomunikasi untuk meningkatkan kefahaman yang positif dan mengeratkan perhubungan antara satu sama lain. Pendidikan juga dapat menghasilkan tenaga perkerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. 2.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKKAN FPK 1 1. Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Budhha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikiut undang- undang negara. Agama-agama ini, khasnya Agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam pembentukkan Falsafah Pendidikan Negara. 2. Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat- menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. 3. Faktor politik : Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. 4. Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. 5. Faktor individu: 2 Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. insan yang seimbnag dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia meghadapi cabaran hidup dengan tenang. 6. Faktor sejagat: Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpengaruh daripada pengaruh perkembangan system pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantung kepada kerjasama negara-negara antarabangsa. 3.0 ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR UNSUR PENTING DALAM FPK Terdapat tujuh belas elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dapat saya senaraikan di sini. Pertama ialah pendidikan suatu usaha berterusan iaitu di mana pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan ilmu ini berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Ini dapat membantu individu terbabit menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Kedua ialah perkembangan potensi individu di mana pendidikan akan dapat memberi peluang kepada individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Kita sedia ketahui bahawa setiap individu telah dikurniakan Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang tertentu. Maka seelok-eloknya ia hendaklah dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan. Ketiga pula ialah perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu dimana bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembnagkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara 3 satu sama lain. Ini dilihat kerana perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Keempat ialah insan yang seimbang dan harmonis iaitu amat penting bagi individu memiliki ilmu(intelek), sahsiah yang baik(emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik(jasmani). Apabila keempat-empat ini seimbang, maka terhasillah individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri sendiri dan orang lain. Kelima merupakan unsur intelek iaitu di mana setiap individu mesti mempunyai kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira). Individu tersebut juga mestilah sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar serta berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif. Tidak lupa juga, individu juga haruslah sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran. Unsur rohani adalah unsur yang kedua iaitu setiap individu perlu menyedari dan percaya kepada Tuhan serta bersyukur dengan pemberian Tuhan. Tidak ketinggalan, individu tersebut haruslah berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula adalah penting kerana setiap individu mestilah mempunyai emosi yang matang dan stabil semasa menuntut ilmu pengetahuan dan patut memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang serta mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan. unsur yang terakhir ialah unsure jasmani iaitu dimana individu hendaklah menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal dan boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial serta menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Elemen yang keenam adalah kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan di mana setiap individu mestilah mengakui tentang kewujudan Tuhan dan mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam. Individu juga mesti menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan dan haruslah menyedari juga bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 4 segala perbuatan dan tindakannya serta mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan elemen yang ketujuh di mana setiap individu sepatutnya mencintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Seterusnya elemen kelapan mengatakan bahawa rakyat Malaysia yang berketerampilan mestilah mempunyai kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna serta mempunyai pandangan yang jauh dan berinisiatif. Individu juga haruslah memupuk pembawaan diri yang baik. Elemen kesembilan ialah rakyat Malaysia yang berakhlak mulia iaitu individu perlu mempunyai perwatakan diri yang baik serta berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab merupakan eleman yang kesepuluh di mana individu ialah seorang yang boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Setiap individu hendaklah menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap selain dari mematuhi peraturan undang-undang negara serta berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Elemen yang kesebelas ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri iaitu individu mesti berfikiran waras dan berjiwa tenang dan mempunyai daya ketahanan daya ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah elemen yang kedua belas dimana setiap individu hendaklah berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat-menghormati dan sebagainya. Individu tersebut mestilah juga berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan disamping sering mengekalkan kestabilan 5

Implikasi fpk dalam sistem

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai. Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan sistem pendidikan di negara kita ini.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.Berikut adalah teks lengkap Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."