bahan fpk kpm

87
BMM 3101 1.0 PENGENALAN Proses pendidikan di Malaysia merupakan usaha untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan. Pendidikan juga memberi peluang individu mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka untuk mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah keharmonian negara. Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan rakyat maka, golongan pendidik diberi tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas ini. Berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan yang mengandungi objektif khusus dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran, diharapkan institusi pendidikan yakni sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani, rohani dan sosial selaras dengan kehendak dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Melalui Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003), murid-murid dilatih menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Kebijaksanaan guru dalam memilih, menyusun dan merancang pengajaran dan pembelajaran akan menentukan sama ada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai atau tidak. Faktor kesediaan guru dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi kejayaan kerana melalui sukatan pelajaran, akan lahirlah insan yang diharapkan iaitu berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berupaya mencapai kesejahteraan diri bagi menghadapi dunia yang sentiasa berubah. 2.0 KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN. a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Upload: syaiful-cekgu-shari-cipon

Post on 09-Feb-2016

97 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

falsafah pendidikan kebangsaan

TRANSCRIPT

Page 1: bahan FPK kpm

BMM 3101

1.0   PENGENALAN

Proses pendidikan di Malaysia merupakan usaha untuk membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.  Pendidikan juga memberi peluang individu mengembangkan bakat, potensi dan kebolehan mereka untuk mencapai kesejahteraan diri seterusnya dapat menyumbang tenaga dan buah fikiran ke arah keharmonian negara.

Sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan perpaduan rakyat maka, golongan pendidik diberi tanggungjawab dan kepercayaan melaksanakan tugas ini. Berdasarkan sukatan pelajaran yang disediakan yang mengandungi objektif khusus dan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran, diharapkan institusi pendidikan yakni sekolah dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani, rohani dan sosial selaras dengan kehendak dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Melalui Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003), murid-murid dilatih menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.  Kebijaksanaan guru dalam memilih, menyusun dan merancang pengajaran dan pembelajaran akan menentukan sama ada hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai atau tidak.  Faktor  kesediaan guru dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi kejayaan kerana melalui sukatan pelajaran, akan lahirlah insan yang diharapkan iaitu berilmu pengetahuan, berketerampilan, berdaya saing, berakhlak mulia dan berupaya mencapai kesejahteraan diri bagi menghadapi dunia yang sentiasa berubah.

2.0   KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN.

a)    Falsafah Pendidikan KebangsaanMenurut Kamus Dewan, falsafah ialah pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar

Page 2: bahan FPK kpm

kepada ilmu-ilmu lain.  Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan landasan serta hala tuju kepada institusi pendidikan. Bertujuan untuk melahirkan generasi yang berfikiran kelas pertama yang akan membangunkan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) adalah seperti berikut: “ Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusanke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara”

b)   Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuSukatan Pelajaran Bahasa Melayu merupakan satu garis panduan

atau dokumen yang digunakan oleh guru bagi merancang dan melaksanakan pengajaran.  Di dalamnya terkandung matlamat, objektif, pengisian kurikulum, kemahiran bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah.  Pengajaran dan pembelajaran mengambil kira aspek-aspek di atas bagi mempastikan ianya seragam, terkawal dan sistematik.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu pula memperincikan sukatan pelajaran yang memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid.  Hasil pembelajaran mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan cita-cita murni Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.Guru perlu bijak memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian dan kebolehan murid. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan melalui elemen-elemen penting iaitu kemahiran berbahasa, konsep 5p, pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah.

3.0   UNSUR-UNSUR PENTING DAN HUBUNGAN DENGAN SUKATAN  PELAJARAN BAHASA MELAYU.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dokumen rasmi dalam sistem pendidikan di Malaysia.  Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai cita- cita murni untuk melahirkan insan yang seimbang dari

Page 3: bahan FPK kpm

segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.  Justeru, setiap insan yang bergelar pendidik perlu memahami dan menghayati unsur-unsur penting FPK agar tindakan dan perlakuan mereka berada di landasan yang betul selaras dengan kehendak FPK.

Untuk melahirkan modal insan yang seimbang, selaras dengan kehendak FPK, guru-guru perlu menyempurnakan tanggungjawab mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran.  Justeru, Kementerian Pelajaran telah menggubal kurikulum yang mempunyai hala tuju yang sama dengan FPK.  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal diharapkan dapat memberikan impak besar kepada lahirnya insan yang berilmu pengetahuan, beketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri. Hasrat ini dapat dicapai melalui program bersepadu, perubahan input pelajaran dan penyerapan nilai-nilai murni.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga memberi penekanan terhadap perubahan sikap pendidik dan profesional semasa bertugas agar dapat merealisasikan tujuan dan dan dasar sebenarnya.  Perubahan sikap pendidik dapat dicapai melalui sikap peribadi guru yang sentiasa berpandangan jauh dan misi serta visi yang positif. 

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, bahasa ilmu adalah sejajar dengan semangat Rukun Negara dan hasrat FPK.  Melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dan sukatan pelajaran yang digubal, usaha untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dapat capai. 

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bergerak seiring dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia yang digubal oleh Kementerian Pelajaran bagi menjadikan sistem pendidikan di Malaysia cemerlang,gemilang dan terbilang.  Kedua-duanya mempunyai hubungan yang sangat rapat khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya:

a)    IntelekIntelek menujuk Kamus Dewan bermaksud kemampuan(daya) berfikir

dan memahami(menganalisa), akal budi, golongan-golongan cerdik pandai, golongan cendikiawan, golongan terpelajar.  Seseorang yang berintelek merupakan orang yang mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif, berfikiran logik dan mempelajari serta memanfaatkan

Page 4: bahan FPK kpm

ilmu yang diperolehi untuk menyampaikan kebenaran dan kepada perkara yang berfaedah.

Bahasa Melayu memainkan peranan yang penting untuk melahirkan insan yang mampu berfikir dan menganalisis secara kritis.  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi kemahiran-kemahiran bahasa dapat merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek.  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu melalui kemahiran-kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis akan dapat menjadikan murid-murid berfikiran kreatif dan kritis.  Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh guru melalui kemahiran bertutur misalnya, akan dapat memupuk minat berinteraksi dengan pelbagai persekitaran. 

Dalam kemahiran menulis pula, murid akan berfikir untuk mencari idea atau isi tentang tajuk karangan yang diberi. Secara tidak langsung, melalui sukatan pelajaran guru telah berjaya melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan kerana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melalui kemahiran bahasa akan menggalakkan murid menjana idea dan pendapat,berfikiran terbuka dan seterusnya menggunakan ilmu yang diperolehi untuk membangunkan masa depan negara.

Dalam usaha melahirkan manusia yang berintelek ini, guru-guru perlulah menjadi perancang dan pelaksana yang bijak menggunakan pelbagai kaedah, teknik, strategi dan pendekatan agar pengajaran bahasa berkesan dan bermakna. 

b)   AkhlakAkhlak merangkumi kelakuan, adab sopan, budi pekerti, sahsiah dan

perwatakan yang baik.  Semua agama di negara kita memelukan penganutnya mempunyai akhlak yang baik dan terpuji sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal juga diharapkan dapat merealisasikan aspek ini melalui elemen-elemen tertentu.

Penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran Bahasa Melayu merupakan satu usaha untuk menjadikan setiap murid mempunyai keperibadian akhlak yang mulia.  Contoh nilai- nilai murni yang diserap oleh guru semasa pengajaran ialah menghormati guru, tolong menolong, bekerjasama, bertanggungjawab terhadap amanah yang diberi dan lain-lain lagi. Sekiranya nilai-nilai ini dipupuk setiap hari, ia akan menjadi sebati dalam diri setiap murid dan mereka mengaplikasikan nilai ini di

Page 5: bahan FPK kpm

mana-mana dan inilah antara tujuan FPK iaitu memiliki rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.

c)    RohaniMenurut Kamus Dewan, rohani berkait rapat dengan jiwa.  Aspek

kerohanian merupakan salah satu lagi unsur terpenting Falsafah Pendidikan Kebangsaan.  Tindak tanduk seseorang sama ada dalam perkara baik atau jahat bergantung kepada kekuatan dalaman atau jiwanya.  Melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, murid-murid akan diasuh jiwa mereka agar sentiasa bersih dan kuat dan menolak perkara-perkara negatif yang akan merugikan diri,  keluarga, masyarakat dan negara. 

Konsep penggabungjalinan mata pelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran diharapkan dapat mencapai hasrat murni FPK kerana ilmu berkaitan kerohanian seperti Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral diajar secara gabungjalin semasa mata pelajaran bahasa diajar.  Guru-guru akan memasukkan nilai-nilai kerohanian seperti tidak boleh mencuri, memeras ugut, mengambil dadah dan sebaliknya seseorang itu perlu bersyukur atas nikmat kurniaan tuhan, mewujudkan nilai kasih sayang sesama manusia dan sebagainya. Jika nilai kerohanian ini disemai dan ditanam di dalam jiwa murid-murid sejak awal lagi, maka negara kita akan dibangunkan dan dimakmurkan oleh generasi yang mulia jiwa raganya sejajar dengan cita-cita FPK.

d)   JasmaniUnsur lain yang terkandung dalam FPK disebut sebagai

jasmani.  Aspek fizikal murid harus dititikberatkan kerana tubuh yang sihat akan mempengaruhi otak yang cerdas.  Justeru, proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu diselitkan pengajaran Pendidikan Kesihatan supaya setiap pelajar dapat mempraktikkan elemen-elemen kesihatan dalam kehidupan seharian.  Sebagai contoh, dalam pengajaran bahasa guru menyampaikan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan penjagaan diri, kebersihan diri, pengambilan makanan kesihatan atau seimbang dan sebagainya.  Secara tidak langsung, murid akan didedahkan dengan penjagaan fizikal mereka dan mempraktikkan tips kesihatan dalam kehidupan.  Dengan ini maka, lahirlah insan yang sihat tubuh badan dan cergas fikiran yang akan memenuhi hasrat FPK yang memerlukan generasi yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri untuk membangunkan keharmonian dan kesejahteraan negara.

Page 6: bahan FPK kpm

e)    SosialSosial berkait rapat dengan hubungan seseorang dengan

masyarakat.  Menurut Kamus Dewan, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat.  Unsur penting dalam FPK ini dapat direalisasikan melalui penggubalan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu oleh Kementerian Pelajaran.  Kemahiran bertutur yang terkandung dalam sukatan pelajaran telah menjadi platform kepada kehendak FPK iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi sosialnya.  Golongan pendidik merupakan amanah negara yang akan mempastikan tahap sosial murid berkembang sejajar dengan intelek, emosi, rohani dan jasmani. 

Dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur, murid-murid diajar dan digalakkan bergaul mesra, berinteraksi dengan rakan sebaya dan persekitaran melalui aktiviti-aktiviti seperti perbincangan, simulasi, lakonan, main peranan dan sebagainya.  Aktiviti seumpama ini dapat melatih murid berkomunikasi dengan persekitaran bermula dari rakan sebaya hinggalah kepada masyarakat yang lebih besar. Secara tidak langsung, murid akan menjadi lebih berani dan yakin dan akan wujudlah budaya sosial yang sihat dan bermakna.  Melalui sistem bahasa yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menguasai tatabahasa yang baik dari segi kosa kata, sebutan, intonasi dan peribahasa dan diamalkan dalam kehidupan seharian untuk menjadikan komunikasi lebih berkesan.

f)     Nilai-nilai EstetikBahasa jika diolah, digayakan dan diiramakan akan lahirlah keindahan

sesuatu bahasa itu.  Demikianlah juga dengan Bahasa Melayu boleh kita serlahkan nilai-nilai estetika ( keindahan ) melalui pengajaran puisi seperti pantun, sajak, syair, gurindam dan seloka. Penggunaan gaya bahasa dalam sesuatu puisi itu akan indah jika ianya diolah dengan pelbagai bentuk penulisan dan penyampaian seperti mengarang puisi, mendeklamasikan sajak, berbalas pantun dan lain-lain lagi.  Melalui aktiviti ini, murid-murid dipupuk dengan semangat cintakan keindahan dan keamanan. 

Penggunaan gaya bahasa yang indah dan penuh dengan perlambangan akan mengajar murid-murid menghargai alam dan mensyukuri ciptaan Ilahi.  Nilai syukur ini akan menjadikan seseorang itu sentiasa berlaku adil sesama manusiadan membataskan perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum alam.  Usaha murni FPK ke arah melahirkan modal insan yang boleh mencapai kesejahteraan diri

Page 7: bahan FPK kpm

untuk membangun keharmonian negara akan tercapai jika nilai-nilai estetika dapat dipupuk di kalangan pelajar sekolah.

4.0   NOTA RINGKAS

4.1  Kemahiran-kemahiran Berbahasaa)  Kemahiran Mendengar     -   Merujuk kepada keupayaan murid mendengar, memahami dan         menghayati apa yang disampaikan oleh penutur.     -   proses memasukkan maklumat bahasa melalui telinga terus ke otak.                       -  Memahami apa yang didengar dengan cara tersendiri dan memberi                          tindakbalas terhadap maklumat yang didengar.                       -  Latihan perlu untuk menjadi penutur yang baik.                                 

      b) Kemahiran Bertutur          -  Merujuk kepada keupayaan mengujarkan kata-kata, ucapan dan                        percakapan secara lisan.          -  Bermaksud menjalinkan hubungan, menzahirkan pendapat,               meluahkan perasaan, mengeluarkan buah fikiran, idea yang kreatif             dan kritis.          -  Menggunakan sebutan, intonasi dan gaya yang betul dan             bertatasusila.

    c) Kemahiran Membaca         -  Merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,            intonasi, jeda dan kelancaran yang betul.

Page 8: bahan FPK kpm

         -  Menekankan aspek pemahaman dan penaakulan.         -  Melibatkan bahan sastera dan bukan sastera dan menggunakan            pelbagai teknik bacaan.         -  Merangkumi bacaan pantas, memahami dan boleh mengingati fakta            yang dibaca.          - Membaca memerlukan kemahiran mentafsir serta pemikiran yang            tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak(            Cohen,1990)                 d)  Kemahiran Menulis         -  Keupayaan murid meluahkan dan mempersembahkan idea melalui            penulisan atau mencatat idea menggunakan lambang tulisan.         -  Melibatkan proses menulis pelbagai jenis penulisan kreatif berkaitan            dengan kehidupan seharian, pengalaman dan ilmu pengetahuan            menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca, ejaan yang betul dan            tulisan yang kemas dan jelas.

       4.2  Konsep 5P       a)  Penggabungjalinan            - Membantu guru memastikan murid menguasai beberapa kemahiran              secara serentak.            - menggabungjalin aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa.            - menggabungjalin sekurang-kurangnya antara dua kemahiran                berbahasa.            - P&p lebih menarik dan guru mewujudkan suasana belajar yang                menyeronokkan.            - Lebih banyak aktiviti disediakan dan penglibatan ramai murid.

      b)  Penyerapan           - Melibatkan penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran               bernilai tambah.          - Dilakukan secara terancang.          - Diserap secara tidak langsung.

     c)  Pengayaan

Page 9: bahan FPK kpm

          - Merupakan aktiviti tambahan kepada murid yang telah menguasai            kemahiran asas.          - Terdiri daripada aktiviti mencabar.          - Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan ilmu pengetahuan,              memperkembangkan pengalaman dan kemahiran yang sedang                           dipelajari.

         - Berbentuk bebas         - Memberi peluang kepada murid untuk kembangkan minat, kreativiti,           sikap ingin tahu berdikari dan melatih murid membuat keputusan untuk           diri, kumpulan dan masyarakat.

     d)  Pemulihan          - Menyediakan aktiviti untuk murid-murid yang mempunyai tahap            penguasaan yang lemah dan lembab terhadap sesuatu kemahiran.         - Proses membantu murid memperbaiki kelemahan.         - Aktiviti pemulihan sangat terbatas dan lebih khusus.

     e)  Penilaian          - Proses yang sistematik untuk mendapat maklumat bagi menilai tahap              pencapaian dan prestasi murid.         - Bertujuan untuk melihat sejauhmana objektif tercapai.         - Merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan           pembelajaran.         - Terdapat dua bentuk penilaian iaitu formatif dan sumatif.         - Tindakan susulan dibuat selepas penilaian iaitu pemulihan atau           pengayaan.

  4.3  Pengisian Kurikulum

a)    Ilmu-       Pelbagai ilmu yang boleh dikembangkan bersama-sama dengan ilmu

bahasa dan kemahiran bahasa.b)    Nilai-       Penyerapan nilai bertujuan melahirkan insan yang berakhlak mulia,

berhemah tinggi dan mempunyai sahsiah yang baik.

Page 10: bahan FPK kpm

-       Boleh diserap melalui rumusan isi pelajaran.c)    Kewarganegaraan-       Berkaitan dengan unsur patriotisme.-       Untuk memupuk semangat cinta dan taat kepada tanahair.-       Melahirkan warganegara yang sentiasa meletakkan kepentingan

utama untuk bangsa dan negara.d)    Peraturan Sosio budaya-       Merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang

diamalkan dalam masyarakat Malaysia.-       Bertujuan melahirkan modal insan yang bersopan santun dan

berinteraksi dengan bertatasusila dan menggunakan laras bahasa yang sesuai.

              4.4  Kemahiran Bernilai Tambah       a)  Kemahiran Berfikir

 -  Kemahiran berfikir terdiri daripada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran                 berfikir kreatif.               - Kemahiran kritis terdiri daripada mencirikan, membandingkan dan                 membezakan, mengumpul dan mengelaskan, membuat urutan,                menganalisis, menilai dan membuat kesimpulan.            -  Kemahiran Kreatif terdiri daripada menjana idea, menghubung kaitkan,                membuat inferens, meramalkan, membuat hipotesis, mensintesiskan,              mengitlak, mereka cipta.

b)    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi          -  Mengajar murid menggunakan komputer.          -  Murid boleh berkomunikasi melalui internet dengan e-mel, menggunakan                 pelbagai perisian dan tugas seharian dan mengakses maklumat.

c)    Kemahiran Belajar Cara Belajar   - Merupakan proses untuk memproleh teknik belajar sama ada bersama guru     atau tanpa guru.         - Bertujuan untuk memberi pendedahan tentang teknik dan cara belajar yang             betul.

Page 11: bahan FPK kpm

        - Murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai             sumber pembelajaran.        -Teknik merangkumi teknik perbincangan, sumbangsaran, kaedah penyoalan,          belajar berkumpulan dan sebagainya.        - Kemahiran ini membantu murid meningkatkan ilmu pengetahuan, cepat dalam            tindak tanduk, meningkatkan kemahiran berfikir dan belajar membuat              keputusan dan sebagainya.       - Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi            lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

d)    Kajian Masa Depan- Kemahiran ini berupaya mendidik murid agar lebih prihatin terhadap isu    yang berlaku, sedang berlaku dan yang telah berlaku.-Murid dilatih meramal apa yang akan berlaku, memikirkan akibat dan bersedia menghadapi perubahan supaya mendapat kebaikan daripada   kejadian.

      e)  Kecerdasan Pelbagai- Merangkumi verbal-linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual-  ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.- Setiap murid mempunyai kebolehan dan kecerdasan yang berbeza.- Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan minat  untuk      memperkembangkan potensi murid.

       f)  Pembelajaran Konstruktivisme  -Murid membina pemahaman dan pengetahuan baru berdasarkan   pengalaman sedia ada murid. - Pembelajaran berlaku dalam suasana menyeronokkan kerana murid lebih   faham tentang tajuk yang diajar kerana mereka sudah ada pengetahuan.-  Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru.-  Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.-  Menyokong pembelajaran secara koperatif.-  Mengambil kira sikap dan kepercayaan yang dibawa oleh murid.

Page 12: bahan FPK kpm

       g)  Pembelajaran Kontekstual  - Pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian      individu, masyarakat dan alam pekerjaan.  - Menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-    on dan minds-on  - Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan    pengalaman hidup.  - Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta.  - Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh    digunakan dalam situasi lain.  - Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan    berkomunikasi.  - Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau      membina daripada apa yang telah diketahui.

6.0  PENUTUP    Garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kandungan utama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah merupakan elemen penting yang perlu bergerak seiring untuk membentuk satu sistem pendidikan yang menjadi tonggak kejayaan Negara Malaysia.  Kedua-duanya perlu bergerak seiring dan saling melengkapi antara satu sama lain demi memenuhi tuntutan masing-masing.  Golongan pendidik merupakan pemegang amanah negara yang akan menerima dan melaksanakan tugas murni berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kandungan Sukatan Pelajaran.   Peranan guru boleh dilihat dan dizahirkan melalui pembentukan modal insan yakni pelapis generasi yang mampu menepati hasrat dan cita-cita FPK. Generasi yang dimaksudkan ialah yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan membantu memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara.   Guru-guru pula dapat merealisasikan kehendak FPK melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu bersandarkan kepada kandungan sukatan pelajaran. Kemahiran-kemahiran berbahasa yang terkandung dalam sukatan pelajaran jelas dilihat boleh melahirkan

Page 13: bahan FPK kpm

modal insan yang menjadi kehendak FPK melalui kebijaksanaan dan ketelitian guru memilih kaedah, teknik dan strategi yang berkesan.   Penerapan nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa terbukti keberkesanannya apabila lahir generasi yang sempurna dari segi rohani dan jasmani serta emosinya.  Kepelbagaian kemahiran bahasa, pelaksanaan penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan, penilaian, pengisian kurikulum dan kemahiran bernilai tambah merupakan input pembelajaran yang penting bagi mencapai hasrat murni FPK yang dapat melahirkan insan yang boleh mendukung aspirasi negara.

Page 14: bahan FPK kpm

Hasil pembelajaran kemahiran bahasa melayu

BMM 3101 : Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah

KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Kemahiran Bahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah terbahagi kepada tiga. Kemahiran ini antaranya

ialah kemahiran lisan. Kemahiran lisan merangkumi kemahiran

mendengar dan  kemahiran bertutur. Kemudian kemahiran membaca

dan juga kemahiran menulis.

HASIL PEMBELAJARAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN BAHASA DALAM HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH

RENDAHHasil Pembelajaran ialah penyataan yang ditafsirkan berdasarkan

kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan garis

panduan ataupun tahap yang perlu dikuasai murid-murid dalam setiap

kemahiran. Berdasarkan Hasil Pembelajaran, guru boleh memilih

kandungan, kaedah, hasil, sumber ataupun prosedur pengajaran yang

releven dan berkesan.

Sekiranya setiap kemahiran-kemahiran berbahasa, sistem bahasa

dan pengisian kurikulum digabungjalinkan, Hasil Pembelajaran akan

Page 15: bahan FPK kpm

dapat dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Hasil Pembelajaran juga boleh membantu guru-guru membuat

pengukuran terhadap pencapaian murid.

KEMAHIRAN LISAN            Kemahiran lisan terbahagi kepada dua antaranya ialah

kemahiran mendengar dan juga kemahiran bertutur. Kemahiran

mendengar boleh ditafsirkan sebagai keupayaan murid untuk

mendengar dengan teliti dan dapat memahami perkara yang didengar

dalam pelbagai situasi serta dapat memberi tindak balas. Manakala

kemahiran bertutur pula ialah keupayaan murid untuk berbual untuk

menjalinkan hubungan dan menambahkan kenalan, menyampaikan dan

menerima perkera-perkara penting seperti maklumat, pendapat,

perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan menggunakan

sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan beradab. Lebih

menekankan kepada penggunaan tatabahasa yang sesuai dalam

pengucapan.

            Kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan

membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau

ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jedaserta helaan yang

betul.Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan “suprapenggalan” ini

merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-

Page 16: bahan FPK kpm

setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan

perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-

beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik,

licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

            Kemahiran mendengar adalah satu cara penting dalam

mempelajari sesuatu bahasa.Kemahiran melibatkan kemahiran

menerima maklumat secara lisan. Tanpa mempunyai kemahiran

mendengar yang baik akan menyebabkan seseorang kanak-kanak itu

tidakakan dapat untuk menguasai kemahiran berbahasa yang lain

dengan baik lagi. Untukitu guru perlulah menyediakan beberapa aktiviti

yang dapat memperkukuhkankemahiran mendengar kanak-kanak.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Lisan :

Semasa menjalankan Kemahiran Lisan, aspek penting yang perlu

diambil kira termasuklah aspek sosiobudaya dan tatasusila. Perkara ini

bertujuan untuk menjamin kesejahteraan hubungan. 

1.0         Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam

situasi formal dan tidak formal

1.1   Berbual tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian

menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang

betul dan sesuai.

1.2   Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Page 17: bahan FPK kpm

1.3   Memahami dan memberikan arahan serta pesanan tentang sesuatu

perkara

1.4   Menyatakan permintaan secara berterus terang dan yakin dengan

intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

1.5   Memberikan penjelasan terhadap perkara yang tersurat dan tersirat.

1.6   Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam

urursan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0           Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar,

ditonton, dibaca atau difahami

1.1  Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi

yang baik dan jelas.

1.2  Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0         Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul,

menarik dan berkesan

3.1   Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan

menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras

bahasa yang sesuai.

3.2   Menghuraikan maklumat dengan alas an yang meyakinkan.

3.3   Menyampaikan maklumat ke[ada pihak lain dengan terancang.

4.0         Berbincang tentang tajuk-tajuk yang releven secara bertatasusila

Page 18: bahan FPK kpm

4.1   Mengemukakan idea, pandangan dan pendapat tentang sesuatu

pekara secara tepat, terperinci dan tersusun.

4.2   Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian,

pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

4.3   Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu

pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara bersopan

dalam aktiviti yang terancang.

4.4   Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan

pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

KEMAHIRAN MEMBACA            Kemahiran membaca merupakan keupayaan murid untuk

membaca petikan, perkataan, frasa dan ayat dengan lancar serta

menggunakan sebutan, intonasi dan jeda yang betul. Kemahiran

membaca lebih menekankan aspek pemahaman dan penaakulan

(penghayatan) daripada pelbagai bahan bacaan secara kritis dengan

menggunakan pelbagai teknik membaca.

            Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan

komunikasi mesej atau makna serta sedutan makna. Membaca

merupakan proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses

menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza.

Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan

pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap tahap penguasaan

bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh

pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:

Page 19: bahan FPK kpm

(a) Kaedah Abjad (Tahap prabacaan)

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja

dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk

mengajar bacaan. Kanak-kanak dikehendaki mengenali nama, bentuk

dan mengecam huruf abjad.

(b) Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis)

Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang

penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi

tumpuan kepada

nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan

kemudiannya menggabungkan dengan bunyi huruf-huruf lain untuk

membentuk

suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi

disebut sebagai ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya. Kaedah

fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri

daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan

membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan

sebutan perkataan-perkataan baru.

(c) Kaedah Seluruh Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman)

Page 20: bahan FPK kpm

Kaedah ini juga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai

kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada

menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk

merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan

gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu. Kanak-kanak dilatih

melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan

keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap

rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan

berhampiran dengan perkataan tersebut kanak-kanak boleh menyebut

perkataan

untuk mewakili maksud yang terdapat di atas gambar tersebut.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Membaca :

Dalam kemahiran membaca, penekanan lebih diberikan kepada

aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis.

Antara hasil pembelajaran yang utama dalam kemahiran membaca ialah

murid dapat membaca dengan kuat, memahami maklumat yang dibaca,

dapat menaakul dan menghayati teks.

5.0   Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya

bacaan yang betul

5.1   Membaca dengan kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan memahami pekara yang dibaca.

Page 21: bahan FPK kpm

5.2    Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang

betul dan lancer serta memahami perkara yang dibaca.

6.0   Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai

teks

6.1   Merujuk pelbagai sumber untuki mendapatkan maklumat bagi tajuk

yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

6.2   Mengenalpasti pelbagai genre penulisan.

6.3   Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi sampingan yang

terdapat di dalam teks.

6.4   Membaca pantas dan luncuran untuk mendapatkan maklumat yang

menyeluruh.

6.5   Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat

khusus.

6.6   Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang

diberi dalam bahan ilmu.

7.0   Membaca, manaakul dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1   Membaca dan menerangkan maksud kandungan yang tersurat dan

tersirat.

Page 22: bahan FPK kpm

7.2   Membaca dan mengenalpasti pekataan, pelbagai jenis ayat dan gaya

bahasa daripada bahan sastera mahupun bukan sastera yang dapat

membawa kesan tertentu kepada pembaca.

7.3   Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera

yang bekualiti untuk meningkatkan dan mempekukuh minat membaca.

KEMAHIRAN MENULIS            Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid untuk menulis

perkataan dan ayat serta mampu mengeluarkan idea daripada pelbagai

jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan mahupun

berdasarkan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan

menggunakan perkataan dan ayat yang betul, gramatis, tanda baca dan

ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dengan

menggunakan kreativiti dan idea murid, galakkan mereka mereka atau

menulis penulisan berunsur pengetahuan ataupun berunsur imaginatif.

Menulis boleh didefinisikan sebagai:

         Menulis adalah merupakan satu proses atau untuk menghasilkan

bahan yang berbentuk idea, pendapat, pengalaman, perasaan,

maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung dengan orang lain atau

dengan dirinya.

Page 23: bahan FPK kpm

         Menulis juga adalah satu proses untuk memberikan simbol-simbol

grafik bagi melambangkan bahasa dalam menyusun perkataan, rangkai

kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang lebih panjang, mengikut

peraturan-peraturan tertentu dengan menunjukkan wacana dan

pelahiran idea yang jelas dan tersusun.

         Kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang penting dan perlu

dikuasai olehpelajar bukan sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi

untuk mata pelajaranmatapelajaran yang lain. Ini adalah disebabkan

bahawa bahasa adalah alatuntuk menyalurkan maklumat. Menulis

dalam apa bentuk sekalipun adalah mustahak kerana ia dapat

membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar di dalam

pembelajaran. Faedah menulis kepada pelajar tidak terhad untuk jangka

masa pendek, bahkan berlanjutan sepanjang usia hidupnya.

Kesimpulannya menulis adalah penglahiran perasaan, idea ke dalam

bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik ini disusun sehingga melambangkan

bunyi bahasa yang dapatdibaca dan difahami maksudnya.

Hasil Pembelajaran berdasarkan Kemahiran Menulis :

            Dalam Hasil Pembelajaran Kemahiran Menulis pula termasuklah

keupayaan murid untuk menggunakan pelbagai jenis perkataan, ayat

dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan

Page 24: bahan FPK kpm

penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan. Penggunaan

ayat yang gramatis dan penggunaan tulisan berangkai amat digalakkan.

8.0   Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan

8.1   Membina dan menulis pekataan, ayat tunggaldan ayat majmuk

8.2   Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam suatu

penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

8.3   Menulis perkataan dan ayat dengan menggunakan tulisan berangkai

yang kemas.

8.4   Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan

sesuatu perkara.

8.5   Mengenalpasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam

satu perenggan bagi sesebuah karangan.

8.6   Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0   Mencatat dan menyusun maklumat.

9.1   Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

9.2   Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang

didengar atau dibaca.

9.3   Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan

yang didengar atau dibaca secara kohesif.

Page 25: bahan FPK kpm

10.0       Menghasilkan penulisan kreatif dan buka kreatif

10.1      Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang

mudah, menarik dan bermakna.

10.2      Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3      Membuat ringkasan daripada bahan yang dibaca atau didengar.

11.0       Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton atau

dibaca

11.1      Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam

sesebuah karya.

11.2      Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea,

ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

11.3      Mengulas kaya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan

persoalan, watak dan pewatakan, nilai dan pengajaran serta gaya

bahasa.

11.4      Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang

disampaikan oleh pihak lain.

CADANGAN AKTIVITI    KEMAHIRAN LISAN

Page 26: bahan FPK kpm

Hasil Pembelajaran

1.0       Berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan pihak lain dalam

situasi formal dan            tidak formal.

1.1       Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian

dengan   menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan

nada yang         sesuai.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1

ii.            Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.

Cadangan Aktiviti

Cadangan aktivitinya adalah murid diminta untuk melakonkan dialog

yang ada unsur - unsur penerimaan teguran. Contohnya, “Maafkan

saya”. “Terima kasih kerana mengingatkan saya.” “Baiklah, saya akan

cuba perbaiki. Terima kasih atas teguran itu tetapi pada pendapat saya

ini adalah yang terbaik pada saya. Terima kasih kerana membantu saya.

Langkah pelaksanaan:

        Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini adalah guru akan meminta

murid   melakonkan watak sebagai seorang  pelajar yang telah

melanggar peraturan sekolah. Kemudian, seorang murid lagi telah

menegur perbuatan murid yang telah melakukan kesalahan tadi

Page 27: bahan FPK kpm

.

Hasil Pembelajaran

1.2     Bertanya dan menjawab tentang menjawab tentang sesuatu

perkara secara bertatasusila.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 2

i.              Mengemukakan soalan tertumpu dan bercapah dengan

menggunakan kata tanya.

Cadangan Aktiviti

Aktiviti yang dicadangkan adalah melakukan perbualan dangan rakan

tentang sesuatu situasi yang mereka hadapi. 

Soalan Jawapan

1.    Siapakah yang

menyelamatkan anak kucing

itu ?

2.    Bagaimanakah anak kucing

itu boleh jatuh ke dalam

longkang?

1.    Kami yang telah

menyelamatkan anak kucing

itu.

2.    Anak kucing itu cuba

mengejar rama-rama lalu

terjatuh ke dalam.

Page 28: bahan FPK kpm

Langkah pelaksanaan aktiviti:

         Guru menceritakan situasi yang berlaku terhadap kucing yang jatuh

ke dalam longkang.

         Setelah murid mendengar cerita tersebut, guru akan menyuruh murid

melakonkan kembali berdasarkan petikan yang guru beri kepada murid.

Hasil Pembelajaran

1.3       Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu

perkara.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 2

ii.            Menerima dan melaksanakan arahan serta pesanan dengan betul.

Cadangan Aktiviti

Aktiviti yang dicadangkan bagi hasil pembelajaran ini adalah murid

melakonkan situasi menunjuk arah kepada sekumpulan pelancong

tempatan. Contohnya, sekumpulan pelancong tempatan sedang

bertanyakan tentang tempat terletaknya masjid negara kepada seorang

penduduk tempatan.

Langkah pelaksanaan aktiviti:

         Langkah untuk menjalankan aktiviti adalah guru memberikan arahan

berkenaan dengan menunjuk arah kepada seseorang.

Page 29: bahan FPK kpm

         Guru akan memberi dialog dan disertakan dengan pelan atau peta

kepada murid.

         Seterusnya meminta mereka melakonkan perbualan tentang cara

memberikan arahan kepada sekumpulan pelancong tempatan tentang

arah sesuatu tempat yang ingin dituju.

         Sekumpulan lagi murid melakonkan watak sebagai pelancong yang

sedang mendengar dan  memahami arahan atau petunjuk yang

diberikan oleh murid itu tadi.

Hasil Pembelajaran

1.4       Menyatakan permintaan secara berterus-terang dan meyakinkan

dengan menggunakan intonasi dan paralinguistk yang sesuai untuk

menguatkan permintaan.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 2

i.              Meminta keizainan untuk memenuhi keperluan dengan bersopan.

Cadangan Aktiviti

Cadangan bagi aktiviti ini adalah murid diminta untuk menyatakan

sesuatu permintaan beserta alasan. Contohnya, melafazkan dialog,

“Cikgu Siti,  izinkan saya menelefon ibu kerana saya berasa kurang

sihat”. Dialog ini menunjukkan cara menyatakan sesuatu perkara

bersama dengan alasan.

Langkah pelaksanaan:

Page 30: bahan FPK kpm

         Langkah untuk melaksanakan aktiviti ini guru meminta murid

melafazkan dialog atau perbualan yang menyatakan permintaan untuk

menelefon ibu kerana berasa kurang sihat.

         Murid akan menyatakan dialog tersebut beserta dengan alasan

mengapa menelefon ibu.

Hasil Pembelajaran

2.0       Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton,

dibaca atau dialami.

2.1  Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan  

intonasi yang baik dan jelas.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 3

ii.            Mengisahkan sesuatu perkara yang dialami dengan menggunakan

bahasa yang betul.

Cadangan Aktiviti

            Cadangan untuk melaksanakan aktiviti ini adalah murid menceritakan

kembali tentang peristiwa yang terdapat di dalam gambit yang diberi

keoada murid. Murid perlu melihat dengan teliti dan menghayati gambar

yang diberikan serta menyampaikan cerita dengan penuh gaya dan

menarik.

Page 31: bahan FPK kpm

Langkah pelaksanaan aktiviti:

           

         Murid diminta untuk membentuk kumpulan.

         Guru memberikan gambar yang menggambarkan suatu peristiwa

kepada setiap kumpulan.

         Guru meminta murid meneliti gambar tersebut dan bercerita

berdasarkan gambar tersebut

          

      KEMAHIRAN MEMBACA

Hasil Pembelajaran

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi dan gaya

pembacaan         yang sesuai.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan intonasi yang betul

dan         memahami perkara yag dibaca.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1

            ii. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tuggal dan

ayat                       majmuk berbilang subjek.

Cadangan Aktiviti

         Guru menyuruh pelajar membaca ayat tunggal di papan hitam.

            Aminah sedang memasak di dapur.

            Saya suka makan nasi ayam.

            Ibu sedang menjahit.

         Guru menyuruh pelajar membaca ayat majmuk di papan hitam.

Page 32: bahan FPK kpm

            Saya dan abang suka memancing.

            Ainol dan Amin sedang menonton filem.

            Aizat sedang makan nasi goring yang dimasak oleh ibunya.

Hasil Pembelajaran

7.0 Membaca, menaakul dan mengahayati kandungan teks yang dibaca.

            7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandumgan teks yang

tersurat   dan tersirat.

Huraian Hasil Pembelajaran       

Aras 2

i.              Membaca ayat yang diberikan.

ii.            Menjelaskan maksud yang diberikan.

Cadangan Aktiviti

Guru menulis beberapa ayat di papan hitam.

            Sila beratur ketika di kantin.

            Basuh tangan sebelum makan.

            Jimatkan air dan elektrik.

            Hormat-menghormati amalan mulia.

Selepas itu, guru menyuruh murid membaca ayat tersebut.

Guru membincangkan ayat tersebut bersama murid.

Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengetahui tahap

kefahaman murid.

      KEMAHIRAN MENULIS

Hasil Pembelajaran

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan.

Page 33: bahan FPK kpm

            8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat

majmuk.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 3

i.              Menggunakan kata hubung yang sesuai untuk membina ayat

majmuk.

ii.            Menulis ayat majmuk dengan tulisan yang cantik.

Cadangan Aktiviti

         Guru menerangkan maksud, kegunaan dan contoh kata hubung.

kerana

atau

manakala

tetapi

lalu

sambil

dan

Contoh kata hubung:-

serta

 

Page 34: bahan FPK kpm

         Guru menulis ayat majmuk di papan hitam dan menyuruh murid

mengenal pasti kata hubung yang terkandung dalam petikan.

Contoh ayat:-

1.    Farzana dan Amira gemar bermain congkak pada waktu lapang. (dan)

2.    Kakak suka menyanyi sambil manari. (sambil)

3.    Bapa kamu bekerja sebagai anggota polis atau askar? (atau)

4.    Amylea menangis kerana duitnya hilang. (kerana)

5.    Fatin terjatuh basikal lalu dia menangis. (lalu)

6.    Sulaiman lulus peperiksaan tetapi abangnya gagal. (tetapi)

7.    Kucing Adam bernama Mery manakala kucing Fatimah bernama Rai.

(manakala)

8.    Ibu Hani memeluknya serta membelai rambutnya. (serta)

         Guru menyuruh murid menulis ayat majmuk berdasarkan kata

hubung yang diberi.

atau

dan

sambil

Kata Hubung:-

kerana

tetapi

 

Page 35: bahan FPK kpm

         Murid membuat ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang diberi

dan menulis di dalam buku latihan.          

Hasil Pembelajaran

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat.

            9.1 Mengambil imlak teks yang diperdengarkan.

Huraian Hasil Pembelajaran

Aras 1

i.              Mengambil imlak perkataan dan ayat tunggal dengan ejaan dan

tanda baca yang betul berdasarkan kata dan ayat yang diperdengarkan.

Cadangan Aktiviti

         Guru membaca dialog ringkas dengan intonansi yang gramatis dan

menyuruh murid menulis dialog tersebut dengan menggunakan ejaan

dan tanda baca yang betul.

Contoh petikan:-

Ali       : Inilah tempat tinggal saya.

Mat      : Wah, besar dan cantiknya rumak awak! Apakah pekerjaan bapa

awak

  dan bagaimana pula dengan ibu awak?

Ali       : Bapa saya bekerja sebagai doktor manakala ibu saya suri

rumah.

Mat      : Adakah awak mempunyai abang, kakak dan adik?

Page 36: bahan FPK kpm

Ali       : Saya ada seorang abang dan seorang adik perempuan tetapi

tidak ada

              kakak.

Mat      : Seronoknya awak hidup senang.

Ali       : Kami sekeluarga bersyukur denngan kurniaan Illahi.

Mat      : Syukur, alhamduliallah.

RUJUKAN

Zulkifli bin Yaakob (2007). Perkembangan Bahasa dan Pembelajaran

Kanak-kanak. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1997). Pengajian

Melayu 3: Komunikasi Bahasa, Selangor : L. C. Marketing.

Institut Bahasa (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu, Selangor:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

 

http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayu-

kelas.html diakses pada 12 MAC 2009

Page 37: bahan FPK kpm

BMM3101 semester 1BMM 3101Pengajian Sukatan Pelajaran BM Sekolah Rendah

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan

Page 38: bahan FPK kpm

tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan .

Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.

Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang

Page 39: bahan FPK kpm

berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.

Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

MATLAMAT

Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

OBJEKTIF  

Page 40: bahan FPK kpm

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat :

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;

ii. Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;

iii.Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

v. Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;

Page 41: bahan FPK kpm

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul;

viii. Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

Page 42: bahan FPK kpm

Kemahiran BahasaKemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran MendengarKemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Kemahiran MembacaKemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Page 43: bahan FPK kpm

Kemahiran MenulisKemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.

Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan Hasil Pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran berbahasa yang terdapat dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, Hasil Pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, Hasil

Page 44: bahan FPK kpm

Pembelajaran dapat dicapai dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus kepada gaya pembelajaran yang pelbagai juga dapat membantu murid mencapai Hasil Pembelajaran. Selain itu, Hasil Pembelajaran juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah.

Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi

Page 45: bahan FPK kpm

maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.

I. Kemahiran Mendengar dan BertuturKemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada     perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang     lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi     Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal.1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara

Page 46: bahan FPK kpm

bertatasusila.1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami.2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.2.2 Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat.

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

Page 47: bahan FPK kpm

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun.4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

II. Kemahiran Membaca

Kemahiran Membaca merupakan kebolehan murid membaca bahan sastera dan bukan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami bahan yang dibaca. Penekanan diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan kandungan teks secara kritis. Pelbagai teknik

Page 48: bahan FPK kpm

membaca diajarkan kepada murid untuk memastikan keefisienan membaca. Hasil Pembelajaran bagi kemahiran membaca ialah membaca kuat, memahami maklumat , menaakul , dan menghayati teks.

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

Page 49: bahan FPK kpm

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

III. Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan

Page 50: bahan FPK kpm

menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

Page 51: bahan FPK kpm

10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

SISTEM BAHASA

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Penerangan ringkas bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.

Page 52: bahan FPK kpm

1.0 TatabahasaTatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

1.1 MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi

i. kata asli bahasa Melayuii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata

Page 53: bahan FPK kpm

i. kata tunggalii. kata terbitaniii. kata majmukiv. kata ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah:

i. pengimbuhanii. penggandaaniii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

c. Golongan kata

i. kata namaii. kata kerjaiii. kata adjektifiv. kata tugas

1.2 Sintaksis

Page 54: bahan FPK kpm

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif,d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,e. binaan dan proses penerbitan ayat:

i. ayat dasarii. ayat tunggaliii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan

f. aspek tanda baca

2.0 Sistem Ejaan

Page 55: bahan FPK kpm

Perkara yang diberi penekanan ialah:

i. pola keselarasan huruf vokalii. ejaan kata pinjamaniii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

3.0 Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

i. SebutanSebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii. IntonasiIntonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

Page 56: bahan FPK kpm

a. Jenis ayat

i. ayat penyataii. ayat tanyaiii. ayat seruaniv. ayat perintah

b. Susunan ayat

i ayat biasaii. ayat songsang

c. Ragam ayat

i ayat aktifii. ayat pasif

Nota:

* Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu Edisi 1993 ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.* Buku Daftar Ejaan Rumi dan Jawi Edisi 2001 ialah buku panduan ejaan yang menjadi rujukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 57: bahan FPK kpm

4.0 Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

5.0 Peribahasa

Peribahasa yang merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan , kata-kata hikmat , dan bahasa kiasan perlu diajarkan dalam pendidikan Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.

PENGISIAN KURIKULUM

Terdapat beberapa elemen dalam pengisian kurikulum, iaitu ilmu daripada pelbagai bidang ilmu,nilai,kewarganegaraan , peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran secara

Page 58: bahan FPK kpm

konstruktivisme, dan kontekstual.

1.0 IlmuIlmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Pengetahuan juga termasuk perkara semasa yang boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.0 NilaiPenyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan insan yang baik serta memiliki akhlak mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan nilai murni bertujuan membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berperibadi mulia. Keperihatinan dan pemahaman bahawa Malaysia ialah negara pelbagai budaya harus dipupuk secara langsung dan tidak langsung. Ini seterusnya dilanjutkan kepada pemahaman di peringkat antarabangsa selaras dengan keperluan globalisasi.

3.0 KewarganegaraanUnsur patriotisme dan kewarganegaraan yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat akan tanah air. Di

Page 59: bahan FPK kpm

samping itu, pemupukan unsur ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan negara.

4.0 Peraturan SosiobudayaPeraturan sosiobudaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan bahasa, laras bahasa , dan peribahasa yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia.

5.0 Kemahiran Bernilai TambahKemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sehubungan dengan itu, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai , serta pembelajaran konstruktivisme, dan kontekstual. enjelasan tentang kemahiran bernilai tambah dinyatakan di bawah.

5.1 Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam

Page 60: bahan FPK kpm

aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir , sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

5.2 Kemahiran Teknologi Maklumat dan KomunikasiKemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet.

5.3 Kemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

5.4 Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,

Page 61: bahan FPK kpm

menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

5.5 Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logikmatematik, muzik, kinestetik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

5.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

5.7 Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku

Page 62: bahan FPK kpm

apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Muat turun petikan di atas dalam bentuk .PDF atau .WORD

Seterusnya :

Huraian Sukatan Pelajaran :     Bahasa Melayu - Tahun 1 (SK)                                               Bahasa Melayu - Tahun 2 (SK)                                               Bahasa Melayu - Tahun 3 (SK)                                               Bahasa Melayu - Tahun 4 (SK)                                               Bahasa Melayu - Tahun 5 (SK)                                               Bahasa Melayu - Tahun 6 (SK

Page 63: bahan FPK kpm

5.0 Menyediakan RPH berdasarkan tajuk dan objektif yang

digunakan oleh guru yang dikaji dengan merujuk kandungan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3

Mata pelajaran                    : Bahasa Melayu                       

Tajuk                                   : Nilai

murni                                                                               

Tahun                                  : 3 Al- Ghazali (3 AG)

Bilangan murid                  : 28 orang 

Tarikh                                 : 08. 03. 2011 (Selasa)

Masa                                   : 11.15 pagi – 12.15 pagi

Hasil pembelajaran              :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan  intonasi

yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

 Aras 1 (i) :   Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandung

ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan  intonasi yang  betul.

Fokus sampingan                  :  

2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan  intonasi

yang baik dan jelas.

Aras 2 (i) :   Bercerita berdasarkan bahan yang dibaca dan   peristiwa

yang dialami menggunakan pelbagai jenis pola ayat   

Page 64: bahan FPK kpm

Objektif Pelajaran                 : Di akhir pengajaran dan pembelajaran

murid dapat :

i.      Menulis ayat yang mengandungi nilai murni

ii.     Membaca dengan intonasi dan sebutan yang betul

iii.    Menyenarai dan menyusun gambar bersiri mengikut urutan cerita yang

terdapat dalam bahan petikan yang telah dibaca.

iv.   Menceritakan semula cerita mengikut susunan gambar bersiri yang

telah dibuat.

v.    Membuat banding beza antara dua watak dalam bahan petikan.

Kemahiran bahasa                :Kemahiran Lisan ,Kemahiran membaca,

Kemahiran menulis

Sistem Bahasa                       :1. Morfologi   : kata kerja, kata adjektif,

kata nama am

                                                  2.Sintaksis     : Ayat majmuk

Nilai                                        : Keyakinan diri dan rajin

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)

Kemahiran Berfikir               : membanding dan membeza

Kemahiran Belajar                : mengumpul maklumat, Pembelajaran secara kumpulan

Page 65: bahan FPK kpm

Kecerdasan Pelbagai           : verbal-lingusitik, interpersonal

Pem. Konstruktivisme         : meneroka, menghuraikan dan menilai

Pengetahuan Sedia Ada      :Murid   telah biasa mendengar dan membaca cerita-cerita

binatang daripada pelbagai sumber

Bahan Bantu Mengajar        : Kertas edaran kerja, video dan kad

gambar bersiri

Bahan Bantu Belajar            : Buku latihan, dan alat tulis

Langkah /

Masa

Isi

Kandungan

Aktiviti

Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set  Induksi

(+ 5 minit )

Tayangan

video cerita “

Arnab dan

Kura-kura”

1)Guru

menayangkan

video tentang

cerita “ Arnab dan

Kura-Kura”.

2)Murid diminta

Kecerdasan

pelbagai : Muzik

BCB: mendengar

secara aktif dan

intensif

KB : mendengar

Page 66: bahan FPK kpm

menonton dan

menghayati nilai

murni yang

terdapat dalam

video tersebut.

3)Guru bersoal

jawab dengan

murid  tentang

nilai murni yang

terdapat di dalam

cerita tersebut.

BBB : video

Nilai :Hormat-

menghormati

Langkah 1

(+ 10 minit )

Petikan cerita

“Arnab dan

Kura-kura”

1)Guru

mengedarkan

petikan cerita “

Arnab dan Kura-

kura “.

2)Guru membaca

petikan cerita

terlebih dahulu.

Murid  mendengar

dengan teliti dan

memahami

petikan cerita .

3)Guru

Nilai : memberi

perhatian

BCB : i) membaca

dengan intonansi

yang betul.

ii) mendengar

dengan aktif.

KB : lisan dan

membaca

BBB : teks cerita

Page 67: bahan FPK kpm

membimbing

pelajar membaca

dengan sebutan

dan intonasi yang

betul. (Murid 

dipilih secara

rawak)

Langkah 2

(+ 15 minit )

Gambar

bersiri cerita

“Arnab dan

Kura-kura”

1)Guru

melekatkan

gambar bersiri dan

meminta murid 

memerhati dengan

teliti.

2)Guru meminta

murid  menyusun

gambar bersiri

tersebut mengikut

jalan cerita yang

telah didengar

sebelum ini.

3) Murid  diminta

menceritakan

semula cerita

Gambar bersiri.Carta bacaan.Nilai murni:  Hormat-  Menghormati,  Kesederhanaan

BBB : gambar

bersiri

Page 68: bahan FPK kpm

mengikut susunan

gambar bersiri

yang telah dibuat.

Langkah 3

(+ 15 minit )

Membina

ayat

berdasarkan

nilai murni

yang

dipelajari dari

cerita “Arnab

dan Kura-

kura”

1)Guru  bersoal

jawab dengan

murid  tentang

nilai murni yang

terdapat dalam

petikan cerita .

2)Guru meminta

murid 

menyenaraikan 5

nilai murni yang

telah dipelajari.

3)Guru meminta

murid  membina 5

ayat berdasarkan

nilai murni 

tersebut.

Teknik: Soal jawab

Kecerdasan

pelbagai

(interpersonal,verbal

linguistik

BBB : kertas

lembaran kerja

Langkah 4

(+ 10 minit )

Membanding

beza sifat

arnab dan

kura-kura

1)Guru

membimbing

murid  membuat

banding beza sifat

arnab dan kura-

- Kemahiran berfikir: Membanding Membeza.

Alat berfikir: Borang

Pengurusan Grafik

Penyerapan ilmu:

Page 69: bahan FPK kpm

kura dengan

menggunakan

borang

pengurusan grafik.

2)Ketua kumpulan

membentangkan

hasil

perbincangan.

Sains. Kemahiran

interpersonal.

Kemahiran

mengumpul

maklumat.

Penutup 

(+ 5 minit )

Guru

membuat

rumusan

tentang

pengajaran

yang

telah diajar.

.

1) Guru

menanyakan nilai-

nilai murni yang

terdapat semasa

sesi pengajaran

dan pembelajaran.

2)Guru meminta

murid 

memberikan 

contoh situasi yng

mengandungi nilai

murni.

3)Guru meminta

murid 

mempraktikkan

nilai murni yang

Nilai-nilai murni :

Menghargai,

menghormati dan

bekerjasama.

Page 70: bahan FPK kpm

telah dipelajari

dalam kehidupan

harian mereka.

Refleksi / Ulasan :

____________________________________________________

Tindakan Susulan       :

__________________________________________________

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Huraian FPK

Page 71: bahan FPK kpm

Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Pendidikan merupakan suatu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,

nilai murni dan kemahiran. Proses pemerolehan dan pemindahan ini berlangsung

secara berterusan dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Pendidikan awal kanak-kanak sangat penting kerana asas sahsiah mereka mula

terbentuk sejak berusia satu tahun hingga enam tahun. Sahsiah yang terbentuk di

peringkat ini akan berkembang hingga ke akhir hayat. Selepas kanak-kanak berusia

enam tahun, mereka dihantar ke sekolah. Di sekolah, mereka akan mencari dan

menimba pelbagai ilmu pengetahuan yang berfaedah. Di sepanjang tempoh

persekolahan, kanak-kanak akan terus dipupuk dengan nilai murni untuk

memperkembang sahsiah yang baik. Di samping memperoleh pelbagai ilmu

pengetahuan dan nilai murni, bakat dan keupayaan mereka diperkembangkan.

Usaha-usaha ini dijalankan secara berterusan di sepanjang tempoh persekolahan.

Walaupun mereka telah meninggalkan alam persekolahan, pendidikan mereka masih

belum selesai. Mereka perlu berusaha terus menerus untuk menambah dan

meningkatkan ilmu, mengembangkan daya berfikir, memperbaiki serta

memperelokkan lagi akhlak.

Proses pendidikan berlangsung terus menerus dalam diri seseorang kerana manusia

Page 72: bahan FPK kpm

perlu menyesuaikan diri mereka dengan pelbagai perubahan. Perubahan-perubahan

ini akan mempengaruhi perkembangan insan yang mulia.

Perkembangan Potensi Individu

Sejak lahir setiap individu memiliki pelbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi ini

boleh dikembangkan melalui perhubungan dan pergaulan dengan orang lain.

Walaupun individu memiliki bakat dan potensi tetapi tidak semua kebolehan tersebut

dilihat dengan jelas kerana kebanyakannya masih terpendam. Oleh itu usaha perlu

dijalankan bagi mencungkil, memupuk, memperkembang dan mempertingkatkannya. Sharing My World With You

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan memainkan peranan utama dalam memperkembang bakat dan potensi

individu. Setiap bakat dan potensi boleh berkembang ke tahap cemerlang jika diberi

peluang yang secukupnya. Oleh yang demikian usaha untuk memperkembang bakat

dan potensi individu perlu dirancang dengan teratur dan bersungguh-sungguh.

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh Dan Bersepadu

Potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang

dikembangkan itu harus dihubungkait atau diselaraskan dengan potensi yang lain.

Page 73: bahan FPK kpm

Tujuannya adalah supaya perkembangan potensi itu tidak bertentangan di antara

satu dengan lain. Malahan semua potensi akan berkembang secara bersepadu.

Misalnya, perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam permainan atau

sukan tidak boleh dipisahkan dari aspek-aspek sosial seperti memperoleh

pengetahuan untuk bermain dengan cara betul, cekap dan tangkas serta mempunyai

semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti terhadap negara.

Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengetahuan,

berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang teguh kepada Tuhan,

mempunyai fikiran dan jiwa yang tenteram, berbudaya penyayang, tubuh badan yang

sihat dan cergas serta dapat bekerjasama dengan orang lain. Insan yang seimbang

dan harmonis ini memiliki kesedaran dan prihatin tentang tugas dan tanggungjawab,

serta sentiasa berusaha untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dengan

sebaik mungkin. Ia memiliki ketahanan diri untuk menghadapi segala cabaran hidup

dan sentiasa berikhtiar untuk mengatasi pelbagai masalah.

Unsur Intelek

Ciri-ciri unsur intelek:

Page 74: bahan FPK kpm

• Mempunyai kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira

• Sentiasa berusaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu

• Sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis serta berusaha untuk

mengembangkan daya pemikirannya supaya individu mampu menghurai,

mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas

dan

• Berupaya memanfaatkan ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar.

Unsur Rohani

Ciri- ciri unsur rohani:

• Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan

• Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan

• Menyedari dan prihatin tentang tanggungjawab

• Memupuk dan membina disiplin diri

• Membentuk akhlak mulia dan

• Memiliki jiwa yang tenang/ tenteram. Sharing My World With You

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Unsur Emosi

Ciri-ciri unsur emosi:

• Memiliki tingkah laku yang terkawal dan berperasaan tenang

• Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

• Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan

• Menghargai dan menilai keindahan.

Unsur Jasmani

Page 75: bahan FPK kpm

Ciri-ciri unsur jasmani:

• Menjaga kesihatan badan

• Melakukan riadah

• Mengembangkan bakat dan kemahiran yang bersifat teknikal, manipulatif dan

sosial

• Memanfaatkan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari dan

• Menggunakan kemahiran dan kecergasan fizikal bagi kepentingan

masyarakat.

Kepercayaan Dan Kepatuhan Kepada Tuhan

Ciri-ciri individu yang memepercayai dan mematuhi Tuhan:

• Mengakui tentang wujudnya Tuhan

• Mengakui bahawa manusia dan alam dijadikan oleh Tuhan

• Mengetahui bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang

ditetapkan oleh Tuhan

• Menyedari bahawa manusia dijadikan untuk memakmurkan alam dan

berusaha untuk melakukan kebaikan

• Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

perbuatannya dan

• Sentiasa berusaha untuk mengikuti dan mengamalkan ajaran agama serta

berusaha untuk meningkat dan mengukuhkannya.

Rakyat Malaysia Yang Berilmu Pengetahuan

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan:

• Mencintai ilmu pengetahuan

Page 76: bahan FPK kpm

• Sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan

• Meningkatkan dan menyebarkan ilmu

• Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri sendiri, orang lain dan kebaikan alam

sekitar dan

• Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia Yang Berketrampilan

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berketrampilan:

• Memiliki pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalan sesuatu

tugas Sharing My World With You

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna dan

• Berpandangan jauh dan berinisiatif.

Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berakhlak mulia:

• Mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni

• Mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan yang baik dan

buruk

• Mengamalkan perlakuan yang baik dan

• Menghayati nilai mulia yang merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan

dan kewarganegaraan.

Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Ciri-ciri Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab:

• Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan

Page 77: bahan FPK kpm

dilaksanakan dengan sempurna

• Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap

• Sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran

• Mematuhi peraturan dan undang-undang negara dan

• Berusaha untuk memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan

negara.

Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri:

• Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat

• Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup

dan

• Sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain.

Rakyat Malaysia Yang Dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian Dan

Kemakmuran Masyarakat Dan Negara

Ciri-ciri rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara:

• Sentiasa berusaha ke arah memupuk perpaduan rakyat melalui semangat

kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati

• Sentiasa berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan

negara dengan menggunakan sains dan teknologi

• Sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara

• Sentiasa berusaha mematuhi serta mempertahankan peraturan dan

perlembagaan

Page 78: bahan FPK kpm

• Sanggup mempertahankan maruah diri, agama, bangsa dan negara dan

• Sentiasa mengamal dan menghayati Prinsip- Prinsip Rukun Negara