kkp bm

26
1.0 Pengenalan Sesetengah daripada golongan pendidik menganggap bahawa istilah pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah mempunyai definisi yang sama sahaja walaupun pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah-istilah itu adalah berbeza sama sekali. Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik perlulah jelas dengan konsep keempat-empat istilah tersebut sepaya mereka tidak tersalah erti dan silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang menyebabkan objektif pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurnakan. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah dan seterusnya dapat melaksanakan proses P&P dengan sempurna. Perkara yang pertama adalah mengenai Strategi. Mengikut ( Kamus Dewan (1998). ), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. 1. Strategi Pemusatan Guru 2. Strategi Pemusatan Murid 3. Strategi Pemusatan Bahan Perkara kedua adalah mengenai Pendekatan. Mengikut (Kamus Dewan (1998). ), pendekatan bermaksud cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, manakala mengikut ( Edward M. Anthony (1963). ) pendekatan dalah bermaksud Satu set andaian yang saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik. Antara pendekatan yang boleh boleh digunakan oleh guru adalah :- 1

Upload: bubok

Post on 24-Jun-2015

512 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: kkp bm

1.0 Pengenalan

Sesetengah daripada golongan pendidik menganggap bahawa istilah

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran adalah mempunyai definisi yang

sama sahaja walaupun pada hakikatnya konsep bagi setiap istilah-istilah itu adalah

berbeza sama sekali. Bagi seseorang yang bergelar guru, sukar untuk membezakan

konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. Konsep-konsep

tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran

harian yang sempurna oleh seseorang guru. Seseorang pendidik perlulah jelas

dengan konsep keempat-empat istilah tersebut sepaya mereka tidak tersalah erti dan

silap dalam merancang rancangan pengajaran harian yang menyebabkan objektif

pembelajaran yang hendak dicapai tidak berjaya disempurnakan. Penjelasan tentang

perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru

supaya ilmu pedagogi yang dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah dan

seterusnya dapat melaksanakan proses P&P dengan sempurna.

Perkara yang pertama adalah mengenai Strategi. Mengikut ( Kamus Dewan

(1998). ), strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau

kejayaan.

1. Strategi Pemusatan Guru

2. Strategi Pemusatan Murid

3. Strategi Pemusatan Bahan

Perkara kedua adalah mengenai Pendekatan. Mengikut (Kamus Dewan

(1998). ), pendekatan bermaksud cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan

melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah, manakala mengikut

( Edward M. Anthony (1963). ) pendekatan dalah bermaksud Satu set andaian yang

saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsur

aksiomatik. Antara pendekatan yang boleh boleh digunakan oleh guru adalah :-

1. Pendekatan Pengajaran Induktif

2. Pendekatan Pengajaran Deduktif

3. Pendekatan Pengajaran Elektif

4. Pendekatan Pengajaran Tematik

5. Pendekatan Pengajaran Masteri

1

Page 2: kkp bm

Perkara yang seterusnya iaitu yang ketiga adalah mengenai Kaedah.

Mengikut ( Edward M. Anthony (1963 ) ) :-

1. Cara atau peraturan membuat sesuatu

2. Satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai

objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek.

3. Satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang

tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih.

Oleh itu, guru perlu memilih kaedah yang paling sesuai bagi membolehkan

murid-murid mendapat semaksimum yang mungkin daripada pengajaran dan

pembelajaran yang dilakukan. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh guru

antaranya ialah:-

1. Perbincangan

2. Bermain

3. Bercerita

4. Projek

5. Penyelesaian masalah

6. Sumbangsaran

7. Inkuiri penemuan

Perkara yang terakhir adalah mengenai Teknik. Mengikut (Kamus Dewan

(Edisi ketiga)), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik,

karang-mengarang dan sebagainya, manakala Menurut (Edward M. Anthony)

mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan

oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar

sesuatu bahagian bahasa tertentu. Jadi, terdapat beberapa teknik yang selalu

digunakan oleh guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

1. Teknik Latih Tubi

2. Teknik Simulasi

3. Teknik Sumbangsaran

2

Page 3: kkp bm

3

DEFINISI

Pendekatan – jalan yang diambil

Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik

Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah

bercerita = teknik penyampaian

Strategi - suatu susunan pendekatan-pendekatan dan

kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan

menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

Page 4: kkp bm

4

KAEDAH & TEKNIK Pengajaran & Pembelajaran

Kaedah pengajaran - beberapa langkah atau

kegiatan yang mempunyai urutan

yang tertentu.

Teknik-teknik pengajaran -

kemahiran atau perkara-perkara

khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah

Page 5: kkp bm

5

CONTOH-CONTOH KAEDAH & TEKNIK P&P

Permainan Simulasi Lakonan

Permainan Demonstrasi /

tunjuk cara

Lawatan Bercerita

Projek

TutorialSeni Buzz (membuat keputusan daripada

perbincangan ringkas)

Persembahan Fikiran

Page 6: kkp bm

6

KLASIFIKASI STRATEGI P&P

Strategi pengajaran - rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pelaksanaan pendekatan dan kaedah

Strategi Pemusatan Guru

Strategi Pemusatan Murid

Klasifikasi:

Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

Page 7: kkp bm

7

Strategi Pemusatan

GuruGuru memainkan peranan penting

Komunikasi sehala.

Kepimpinan guru secara autokratik

Pencapaian objektif guru diutamakan

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih

diutamakan daripada penyuburan nilai

murni/perkembangan emosi.

Penyampaian fakta secara menghafal.

Interaksi di antara murid adalah pasif.

Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif.

Page 8: kkp bm

8

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN

MURIDMurid memainkan peranan penting

Komunikasi dua hala.

Menggalakkan murid memberi pendapat.

Objektif pencapaian murid diutamakan

Perkembangan murid secara

menyeluruh/seimbang (j.e.r.i.)

Ujian formatif digunakan bagi

membaiki kelemahan murid.

Peluang interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama,

bertolak ansur, tolong-menolong)

Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk.

Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.

Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalan, penyelesaian

masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil

dsb.

Page 9: kkp bm

9

Strategi Pemusatan

Bahan Pelajaran Pergantungan kepada bahan untuk

mencapai objektif pengajaran.

Komunikasi/interaksi berlaku antara

guru/bahan atau murid/bahan

pembelajaran

Pengajaran lebih bermakna, menarik dan

berkesan. Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial

yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji,

projek, perbincangan dsb.

Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku

rujukan, kamus, perakam pita, projektor, dsb.

Page 10: kkp bm

10

PENDEKATAN DAN STRATEGI P&P

KESEPADUAN

INDUKTIF

DEDUKTIF

ELEKTIF

TEMATIK

MASTERI

Page 11: kkp bm

Strategi

Penggabungjalinan - Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, tidak kira sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa mahupun

kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Penyerapan- Unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni boleh diserapkan semasa

P&P.. Penyerapan ini melangkaui pelbagai bidang ilmu seperti sains, geografi,

sejarah, dan lain-lain.

Pengayaan - Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, permainan, dan bahan-

bahan aktiviti yang berkaitan boleh diberikan kepada murid yang telah

menguasai kemahiran ataupun yang masih belum menguasai kemahiran untuk

pengayaan.

Pemulihan - Program pemulihan disediakan khas untuk membantu murid menguasai kemahiran-

kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang

mudah kepada yang lebih sukar.

Penilaian - Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang

berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau

pembelajaran

11

Page 12: kkp bm

12

KESIMPULANStrategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.

Page 13: kkp bm

13

PERBEZAAN ANTARA KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN,

KAEDAH, DAN TEKNIK

Page 14: kkp bm

14

STRATEGI- Strategi pengajaran ialah rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan-Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika mengajar murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.-Contoh:Penggabungjalinan, Penyerapan, Pengayaan, Pemulihan, dan Penilaian.

PENDEKATAN- haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.- Contoh:pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Page 15: kkp bm

15

KAEDAH-kaedah adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu-segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.- Contoh:bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan

TEKNIK-kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.-Jika tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil-Contoh:(kaedah pengajaran bercerita) teknik-teknik yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, intonasi, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression",

Page 16: kkp bm

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 13 Ogos 2010

Masa : 9.00 – 10.00 pagi ( 60 Minit )

Tahun : 3 Hebat

Bilangan murid : 25 orang

Tema : Pertanian

Tajuk : Ke sawah padi

Objektif : Pada akhir pengajaran, murid-murid dapat;

i. Bercerita tentang gambar sawah padi dengan 75

peratus sebutan yang betul.

ii. Mengecam secara lisan perkataan yang terdapat

dalam senikata lagu Padi dengan betul.

iii. Menulis perkataan yang dipilih dan membina

pelbagai ayat.

Fokus utama

Aras

3.3 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat , serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Aras 1

i. Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan

intonasi yang betul.

Fokus sampingan 1

Aras

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Aras 1

i. Membaca ayat dalam teks yang mengandungi ayat tunggal dan ayat

majmuk dengan sebutan yang betul.

16

Page 17: kkp bm

Fokus sampingan

Aras

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk

Aras 3

i. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Kemahiran Bahsa : Kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

Sistem Bahsa : Sebutan dan intonasi,kosa kata.

Pengisian kurikulum :

1. Ilmu: Kemahiran Hidup dan Kajian Tempatan.

2. Nilai: Tolong menolong, kerjasama, kasih sayang

3. Kemahiran Bernilai Tambah:

• Pembelajaran Kontekstual

Bahan bantu mengajar : Video Lagu Padi, video sawah padi, Teks lirik

lagu padi, slaid persembahan gambar sawah

padi

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid tahu membaca teks.

2. Murid tahu menyanyikan lagu.

3. Murid boleh membina ayat tunggal.

17

Page 18: kkp bm

Isi Pelajaran Cadangan Aktiviti Pengajaran

dan

Pembelajaran

Catatan

Soalan:

Apakah yang terdapat di

sawah padi?

Dimanakah padi biasanya

ditanam?

Apa yang diperolehi hasil

daripada penanaman

padi?

Set Induksi (5min)

1. Murid melihat tayangan

video mengenai sawah

padi.

2. Guru bersoal jawab dengan

murid.

3. Murid mengaitkan dengan

tajuk pembelajaran

ABM: Laptop, LCD

BBM: video

Sawah padi

Nilai : Kerjasama

KBT : KBF- pelajar

membuat perkaitan

video dengan tajuk

pembelajaran

Tayangan slaid

persembahan gambar

sawah padi.

- Apa yang kamu faham

tentang Gambar yang

ditunjukkan?

- Mengapa kita perlu

menanam padi?

Perkataan yang dipilih:

- Sawah

- Bendang

- Petani

Langkah 1 ( 20 minit )

Aktiviti 1

1. Murid melihat slaid

persembahan gambar

sawah padi secara

berkumpulan.

2. Guru bersoal jawab dengan

murid tentang maklumat

slaid persembahan

tersebut.

3. Murid menghuraikan

perkataan yang ditulis oleh

guru daripada gambar yang

dipersembahkan.

4. Murid membina 3 ayat

tunggal yang pelbagai

untuk satu perkataan

KB :

Meramal

BBM:

Slaid persembahan

gambar sawah padi

Nilai : Tolong

menolong / Kerjasama

18

Page 19: kkp bm

dengan menggunakan

perkataan yang telah dipilih

oleh guru.

Aktiviti 2

1. Murid berbincang di dalam

kumpulan mengenai

gambar sawah.

2. Guru memanggil wakil ke

hadapan dari setiap

kumpulan untuk

menceritakan tentang

gambar sawah dengan

sebutan yang betul.

3. Guru membetulkan

sebutan yang disebutkan

oleh murid.

Tayangan video Lagu

Padi.

- Menyanyikan Lagu Padi

bersama-sama

Teks lirik Lagu Padi

Langkah 2 ( 30 minit )

Aktiviti 1

1. Guru megedarkan pantun

yang bertajuk ‘Sawah Padi’

kepada setiap murid.

2. Guru dan murid mebaca

pantun yang bertajuk

‘Sawah Padi’ secara

mekanis.

Aktviti 2

1. Guru meminta mengecam

perkataan yang terdapat

dalam lirik lagu.

2. Murid berbincangkan

dengan ahli kumpulan

KP : verbal linguistik

ABM: Laptop, LCD

BBM : Video Lagu Padi,

Lirik Lagu Padi

KBT : Kontekstual –

(guru mengarahkan

murid membacakan lirik

lagu dan nyanyian

dalam suasana santai.)

Nilai : kerjasama, tolong

menolong

Penilaian :

19

Page 20: kkp bm

untuk mengamati

perkataan yang dibaca oleh

guru.

Aktiviti 3

1. Guru memilih murid secara

rawak

2. untuk membaca lirik lagu

kepada kawan-kawan.

3. Guru memilih murid untuk

menulis perkataan yang

mereka amati di papan

tulis.

4. Guru menerapkan nilai

murni kepada murid.

- Latih tubi sebutan

diberikan kepada

murid yang lemah

dalam sebutan semasa

menyanyikan lagu dan

membacakan lirik lagu.

Lirik

Intonasi,irama,gaya.pen

ghayatan

Nyanyian

sebutan, nada,

irama, harmoni.

Penutup kognitif:

- Apa yang telah kamu

pelajari sebentar tadi?

i. Cara melahirkan

perasaan

menggunakan lagu

dan nyanyian.

ii. Cara mengecam

perkataan dalam lirik

lagu.

iii. Membina ayat.

Penutup ( 5 minit )

1. Murid membuat rumusan

isi pembelajaran dan nilai

murni

2. Murid diminta menyatakan

perkara yang telah

dipelajari.

3. Murid menyanyikan Lagu

Padi secara beramai-ramai.

Nilai: Kerjasama

20

Page 21: kkp bm

- Apa pengajaran yang

boleh diambil daripada

pengajaran hari ini?

- Nilai kerjasama dan

kepentingan

penanaman padi.

Penutup Afektif: Murid gembira semasa

menyanyi Lagu Padi

secara beramai-ramai.

21

Page 22: kkp bm

4.0 Penutup

Sememangnya konsep teknik, kaedah, pendekatan dan strategi adalah

berbeza-beza. Guru perlu lebih peka dengan istilah-istilah ini supaya tidak silap

dalam membuat perancangan untuk mengajar. Rancangan sebelum proses

pengajaran sangat penting bagi guru dalam memastikan organisasi kandungan

dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti yang dilaksanakan berdasarkan hasil

pembelajaran yang hendak dicapai. Penggunaan kaedah, teknik, strategi, dan

pendekatan yang sesuai dalam P&P juga dapat mempengaruhi minat murid untuk

mengikuti pengajaran guru dan hasil pembelajaran yang ditetapkaan akan tercapai.

Oleh itu, Rancangan Pengajaran Harian ini sememangnya dapat membantu guru

dalam merancang fokus utama dan sampingan, hasil pembelajaran, dan aktiviti yang

ingin di jalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan

kaedah, teknik, pendekatan, dan strategi untuk digunakan dalam P&P supaya sesuai

dengan tahap kognitif dan umur murid. Semasa P&P juga, ia dapat membantu guru

memberikan penekanan kepada usur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar,

kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan

pembelajaran secara konstruktivisme semasa melakukan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Elemen nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan juga

tetap diutamakan supaya murid dapat menanamkan rasa cinta kepada negara.

22

Page 23: kkp bm

BIBILIOGRAFI

1. Abdul Aziz Abdul Talib,2000.Pedagogi Bahasa Melayu Prinsip,Kaedah dan

Teknik Kuala Lumpur:

2. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

3. KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA ( 1998 )

4. HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH TAHUN 5, Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK): Kementerian Pelajaran Malaysia.

5. Ee Ah Meng (1987) “ Pedagogi Untuk Bakal Guru”. Fajar Bakti. Petaling Jaya.

6. Raminah Sabran & Rahim Syam (1985) “Kaedah Pengajaran Bahasa

Malaysia”. Fajar Bakti. Petaling Jaya.

7. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

( 2003 ), Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.ppk.smkdpk.com/sp/bm.html#

8. BME 3102, Konsep, strategi, pendekatan dan kaedah. http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-presentation

9. Pendekatan, kaedah, strategi, dan teknik?

http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

23

Page 24: kkp bm

REFLEKSI

Alhamdulillah, selesai sudah saya menyempurnakan tugasan yang diberikan

ini. Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya saya telah berjaya menyiapkan

tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi subjek Kaedah Pengajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah ( BMM 3117 ) ini dengan baik dan siap pada waktu yang

ditetapkan. Walaupun tidak mempunyai masa yang lama untuk menyempurnakan

tugasan ini tetapi saya dapat menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya

untuk menyiapkan dan menghantar tugasan ini pada masa yang telah ditetapkan.

ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Pn. Ruziyah Binti Zainol Abidin

kerana telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang diberikan

sehingga ianya selesai dengan jayanya. Beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar

dan galakkan dalam menyiapkan tugasan ini. Segala penat lelah ini sangat berbaloi

kerana banyak pengetahuan baru yang telah saya perolehi terutamanya mengenai

kaedah huraian sukatan pelajaran bagi sekolah rendah dan bagaimana untuk

menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Bahasa Melayu.

Kita sedia mengetahui bahawa RPH merupakan satu dokumen yang sangat

penting semasa guru hendak melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran

kerana RPH merupakan sumber rujukan utama guru dalam menguruskan dan

mengawal pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu sesuatu rancangan

pengajaran harian perlulah dirancang dengan teliti dan mengambil kira semua aspek

yang perlu ada dalam satu sesi pengajaran didalam kelas. Guru perlu merancang

pengajaran menggunakan kaedah, teknik, pendekatan dan strategi pengajaran yang

betul supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Kaedah dan teknik

merupakan dua unsur yang berkait rapat antara satu sama lain. Rancangan sebelum

proses pengajaran sangat penting bagi guru dalam memastikan organisasi

kandungan dapat dikuasai oleh murid-murid melalui aktiviti yang dilaksanakan

berdasarkan hasil pembelajaran yang hendak dicapai. Oleh itu, penggunaan kaedah,

teknik, strategi, dan pendekatan yang sesuai dalam P&P juga dapat mempengaruhi

minat murid untuk mengikuti pengajaran guru dan hasil pembelajaran yang

ditetapkan akan tercapai.

Kesimpulannya, tugasan Kerja Kursus Pendek ( KKP ) ini amat berguna dan

banyak memberi manfaat kepada saya dan rakan-rakan. Tugasan ini dapat

24

Page 25: kkp bm

memberikan peluang kepada saya dalam melahirkan idea-idea yang kreatif untuk

dikongsi bersama dalam merancang aktiviti pembelajaran dan merancang teknik,

strategi, pendekatan, dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan dalam proses

P&P. Semoga apa yang dipelajari dapat saya dan rakan-rakan aplikasikan di sekolah

suatu ari nanti Akhir kata, saya berharap, dengan selesainya membuat tugasan ini,

saya akan lebih memahami dan bersedia untuk menjadi guru kelak. Sekian, terima

kasih.

MOHAMMAD ALIFF BIN AHMAD MUSRI

880618-10-5479

4 PISMP PENDIDIKAN JASMANI

AMBILAN JANUARI 2009

25