ekonomi pbs sem3

Upload: mavisai

Post on 03-Jun-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    1/29

    TERHAD

    1 TERHAD

    PEPERIKSAAN

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)(MALAYSIAN HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

    Manual Kerja Kursus Ekonomi

    Kertas 4 (944/4)

    Penggal 3 Tahun 2014

    PERINGATAN:

    Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja.__________________________________________________________________________________

    Manual ini terdiri daripada 29 halaman bercetak.

    Majlis Peperiksaan Malaysia 2014

    MAJLI S PEPERIKSAAN MALAYSIA

    (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    2/29

    TERHAD

    2 TERHAD

    Kandungan

    Bil. Perkara Halaman

    BAHAGIAN I : GURU

    1.0 Pengenalan 32.0 Objektif Penilaian 3 4

    2.1 Kemahiran kognitif

    2.2 Kemahiran manipulatif

    2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

    3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 410

    3.1 Arahan umum

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

    3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

    3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta3.6 Tanggungjawab Calon

    4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 1013

    5.0 Langkah Melaksanakan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 1314

    6.0 Kaedah Kajian 14

    7.0 Peralatan dan Kegunaannya 14

    8.0 Format Penulisan 15

    9.0 Struktur Penulisan 1516

    10.0 Penskoran 1617

    BAHAGIAN II : CALON

    12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 18

    13.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 19

    14.0 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 20

    13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 2122

    14.0 Format Penulisan 2223

    15.0 Struktur Penulisan 23

    Lampiran 2427

    Soalan tugasan (944/4) 2829

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    3/29

    TERHAD

    3 TERHAD

    1.0 Pengenalan

    Manual ini disusun bagi membantu guru dan calon sekolah kerajaan dan calon sekolah

    bantuan kerajaan dalam pelaksanaan dan penilaian kerja kursus Ekonomi. Kerja kursus

    ini hendaklah dijalankan pada penggal 3 mengikut tempoh yang ditetapkan oleh MajlisPeperiksaan Malaysia.

    2.0 Objektif Penilaian

    Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yangmenyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah.

    2.1 Kemahiran kognitif

    2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan denganekonomi dan mencadangkan langkah mengatasinya dalam konteks setempat

    2.1.2 menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yangmempengaruhinya

    2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar dalam bilik darjah dengankeadaan sebenar

    2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi

    2.2 Kemahiran manipulatif

    2.2.1 menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis datadan maklumat daripada sumber primer

    2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian ikut serta, dan mengkaji selidik untuk

    mendapatkan data primer2.2.3 mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder

    melalui kajian kepustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuatturun bahan daripada sumber Internet

    2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, danmenganalisis data dan maklumat yang diperoleh

    2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik,jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan menggunakan komputer untukmenganalisis dan mempersembahkan data.

    2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

    2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan

    2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja

    sebagai satu pasukan

    2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti kajian luar yang

    dilaksanakan secara berkumpulan

    2.3.4 berupaya menguruskan masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,

    2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah

    2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif

    2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik

    BAHAGIAN I : GURU

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    4/29

    TERHAD

    4 TERHAD

    2.3.8 menyedari dan menghargai kepentingan isu ekonomi negara

    2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika

    2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi

    3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus

    3.1 Arahan Umum

    3.1.1 Kertas kerja kursus Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah

    kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calonpersendirian individu.

    3.1.2 Kertas kerja kursus Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3.

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat

    sekolah

    3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan FailInduk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan

    enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran masing-masing

    3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi

    3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai

    dan diberikan markah oleh guru mengikut borang markah yang disediakan

    3.2.5 Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan

    menandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-

    submission

    3.2.6 Memastikan guru menghantar borang markah kerja kursus calon (lampiran4) dan borang rumusan markah yang dicetak daripada perisisan e-

    submissionke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-

    lewatnya seminggu selepas penghantaran markah

    3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah

    Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon

    3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus

    dipenuhi

    3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja

    kursus calon di sekolah

    3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan

    menjalankan kerja kursus Ekonomi

    3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus

    Ekonomi

    3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan

    memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    5/29

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    6/29

    TERHAD

    6 TERHAD

    3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

    dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

    3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Ekonomi, BMKKC,

    dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang

    baharu

    3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan olehMPM ketika mentaksir kerja kursus Ekonomi calon

    3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus Ekonomi

    3.3.22 Menilai pembentangan calon, memberikan markah secara individu dan

    mengisi markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon

    (BMKKC) (Lampiran 4)

    3.3.23 Memeriksa/menilai/menaksir kerja kursus Ekonomi bagi setiap calon dan

    mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)

    (Lampiran 4)

    3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

    (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus calon akan

    menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi

    dan tidak mengambil kertas 944/4

    3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat

    semakan silang (cross checking) markah kerja kursus calon bersama

    dengan seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat

    sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon.

    3.3.26 Menghantar borang markah kerja kursus calon (lampiran 4) dan borang

    rumusan markah yang dicetak daripada perisisan e-submission ke MPM(u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya seminggu

    selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan

    borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.)

    3.3.27 Memastikan kerja kursus Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi

    setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi

    tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM

    keseluruhan diumumkan

    3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

    (Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantiksebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian

    individu)

    3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus

    Ekonomi yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh

    calon sebelum sesi pembentangan

    (c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan kerja kursus mengikut jadual

    yang diberikan oleh guru sekolah swasta

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    7/29

    TERHAD

    7 TERHAD

    (d) Menilai pembentangan calon secara individu

    (e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4)

    (f) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM dengan

    menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

    (g) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) danborang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

    ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya

    seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah

    menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM

    dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

    (h) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus untuk penyelarasan

    markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

    (i) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari

    tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

    (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidenskerja kursus sahaja)

    (j) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan

    selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang

    tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)

    3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

    (a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus

    Ekonomi yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

    (b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali,

    iaitu kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagisemasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

    (c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja

    kursus

    (d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus

    kepada calon

    (e) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang

    ditetapkan

    (f) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon

    sebelum sesi pembentangan(g) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya

    kepada calon

    (h) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus

    (i) Menilai pembentangan calon

    (j) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan

    menggunakan perisian e-submissionmengikut tarikh yang ditetapkan

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    8/29

    TERHAD

    8 TERHAD

    (k) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 4) dan

    borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission

    ke MPM (u.p En. Mohd Fakruddin bin Mohd Subari) selewat-lewatnya

    seminggu selepas penghantaran markah (Pemeriksa mestilah

    menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM

    dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

    (l) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2), borang rekod

    kerja kursus calon (Lampiran 3), dan borang markah kerja kursus calon

    (Lampiran 4)

    (m) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus untuk penyelarasan

    markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

    (n) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari

    tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

    (o) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan

    selepas arikh keputusan STPM diumumkan

    3.5 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta

    3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan

    menjalankan kerja kursus Ekonomi

    3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursus

    Ekonomi

    3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Ekonomi dari laman Web MPM dan

    memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

    3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

    (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik

    darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

    Ekonomi

    3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh

    setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

    3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomisecara individu

    3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Ekonomi

    berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para

    4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

    3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja

    kursus Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran

    Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar

    menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf

    penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang

    berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi.

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    9/29

    TERHAD

    9 TERHAD

    3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses

    data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Ekonomi

    3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran

    insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat

    3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan

    penulisan kerja kursus Ekonomi

    3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru

    Ekonomipada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak

    sekolah. Muka hadapan penulisan kerja kursus hendaklah menggunakan

    muka hadapan yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

    3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada

    tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap

    tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil kertas

    944/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan kertas Ekonomi STPM

    3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang RekodKerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan

    supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

    dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus

    3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru

    dan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

    3.6 Tanggungjawab Calon

    3.6.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan

    kerja kursus

    3.6.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan3.6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,

    dan selepas kerja kursus dijalankan

    3.6.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

    3.6.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

    (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    3.6.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkanpenulisan kajian luar

    3.6.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

    pencarian/pengumpulan data/maklumat

    3.6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis

    penulisan kerja kursus

    3.6.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh

    pihak MPM (Lampiran 1)pada muka hadapankerja kursus calon

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    10/29

    TERHAD

    10 TERHAD

    3.6.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh

    yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar

    kerja kursus pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

    akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus

    Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

    3.6.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calonsendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC)

    (Lampiran 2)

    3.6.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus

    Calon (BRKKC) (Lampiran 3)dan menyerahkan borang tersebut kepada

    guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi

    membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

    3.6.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh,

    waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

    3.6.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri

    dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan danmencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan

    kerja kursus

    3.6.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf

    penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang

    berkaitan dengan kerja kursus Ekonomi

    4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

    4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus Ekonomi ini

    bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis

    Peperiksaan Malaysia

    4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus Ekonomi adalah

    seperti berikut:

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    11/29

    TERHAD

    11 TERHAD

    Tarikh

    Perancangan dan

    Pelaksanaan

    Aktiviti

    Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

    26 Mei 2014 MPM memuat naikdokumen berikut

    dalam portal MPM(www.mpm.edu.my) pada26 Mei 2014:

    (i) Manual kerjakursus yangmengandungiBahagian I: Guru,Bahagian II : Calondan soalan tugasan

    (ii) Kriteria

    penilaian danpemarkahan

    Memuat turun bahan berikutdaripada portal MPM:

    (i) Manual kerja kursus yangmengandungi Bahagian I:Guru, Bahagian II : Calon dansoalan tugasan

    (ii) Kriteria penilaian dan

    pemarkahan

    Memperbanyak manual kerjakursus calon

    Menerima manual kerjakursus calon daripada

    guru/pemeriksa

    14 Jun

    hingga

    29 Jun 2014

    Taklimat JU kepadaGuru Ekonomi

    Tingkatan 6

    Menghadiri taklimat tersebutdan memberikan sepenuhperhatian semasa taklimat

    berlangsung

    Tidak Berkenaan

    16 Jun

    hingga

    29 Jun 2014

    Pengenalan kerja

    kursus danpenentuan tajuk

    kerja kursus

    Memberikan taklimat tugasankepada calon

    Memilih tema dan menetapkanlokasi kajian

    Merancang jadual kerja Membuat tinjauan awal lokasi Menghubungi agensi yang

    berkaitan

    Memohon kebenaranlawatan/kajian luar daripadaJPN (jika perlu)

    Menyediakan surat-menyurat Mengagihkan calon mengikut

    kumpulan Menyediakan pengangkutan

    dan guru pengiring

    Menyediakan peralatan daninstrumen kajian

    Mengurus sumber kewangan Menjelaskan calon tentang

    elemen kemahiran manipulatifdan kemahiran insaniah yangakan dinilai

    Menilai kemahiran insaniah

    Menyediakan sumberkewangan

    Mendapatkan kebenaranibu bapa/penjaga

    Membincangkan jadualkerja bersama-sama denganahli kumpulan

    Mengagihkan kerja danmembentuk strukturorganisasi kumpulan

    Menyediakan kerangkatugasan

    Menyediakan peralatan daninstrumen seperti borang

    soal selidik

    Mencari sumber rujukanseperti sumber primer dansekunder

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    12/29

    TERHAD

    12 TERHAD

    Tarikh

    Perancangan dan

    Pelaksanaan

    Aktiviti

    Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

    16 Jun

    hingga

    27 Jun 2014

    Perlaksanaan

    kajian di luar bilik

    darjah ataupencarian data

    sekunder yang

    berkaitan

    Membimbing calonmelaksanakan aktiviti di

    luar bilik darjah

    Membimbing calon untukmencari data sekunder

    Menilai kemahiranmanipulatif

    Menilai kemahiran insaniah

    Mengumpul data danmaklumat melalui

    pemerhatian,pencerapan, pengukuran,

    temu bual, dan kaji

    selidik

    Memperoleh data danmaklumat dari sumber

    sekunder

    1 Julai

    hingga

    25 Julai

    2014

    Penulisan kerja

    kursus setelah

    kembali daripada

    aktiviti di luar bilikdarjah

    Menjelaskan item-item yangdinilai dalam penulisan

    kerja kursus

    Membimbing calon menulispenulisan kerja kursus

    mengikut format yang

    ditetapkan

    Menilai progres/kemajuanhasil penulisan calon secara

    berterusan

    Membaiki kelemahan danmembimbing calon

    membuat penambahbaikan

    Menetapkan tarikh akhirpenghantaran markah kerja

    kursus mengikut arahan

    Majlis Peperiksaan

    Malaysia

    Menilai kemahiranmanipulatif

    Menilai kemahiran insaniah

    Menyusun dapatan(data dan maklumat)

    mengikut keutamaan dan

    struktur tugasan

    Memproses, mentafsir,menganalisis, dan

    merumus data dan

    maklumat

    Mempersembahkan datadan maklumat dalam

    bentuk peta, jadual, graf,

    carta, dan lain-lain yang

    bersesuaian

    Membincangkan dapatanhasil kajian dan

    menghubungkait dengan

    teori yang dipelajari

    Menulis penulisan kerjakursus yang lengkap

    mengikut format yang

    ditetapkan

    Menyemak dan membuatpenambahbaikan

    penulisan kerja kursus

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    13/29

    TERHAD

    13 TERHAD

    Tarikh

    Perancangan dan

    Pelaksanaan

    Aktiviti

    Tindakan Guru/Pemeriksa Tindakan Calon

    4 Ogos

    hingga

    23September

    2014

    Penilaian laporankerja kursus

    Pembentanganhasil kerja kursusoleh semua calon

    Pemantauankerja kursus olehPegawai matapelajaran MPMdan pengurusanMPM.

    Menerima penulisan kerjakursus daripada setiap calon

    Membuat penilaian danpemarkahan bagi setiap calonmengikut kriteria penilaianyang ditetapkan oleh MPM

    Menilai kemahiran manipulatif Menilai kemahiran insaniah Menilai kebolehan dan

    keupayaan setiap calon dalamkemahiran yang diperlukan

    Menghantar penulisankerja kursus masing-

    masing kepadaguru/pemeriksa.

    Membentangkan hasil kerjakursus secara individu

    24

    September

    hingga

    24 Oktober

    2014

    Penyemakan silang markah kerja kursus Pengisian dan penghantaran markah kerja kursus ke

    Majlis Peperiksaan Malaysia melalui perisiane-submission

    Tidak berkenaan

    24

    September

    hingga

    23 Oktober2014

    Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua PenyelarasKebangsaan

    Tidak berkenaan

    15 Oktober

    2015 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikhkeputusan STPM dikeluarkan)

    Tidak berkenaan

    5.0 Langkah melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah

    5.1 Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal

    seperti berikut:

    5.1.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengansoalan tugasan

    5.1.2 Menentukan kumpulan calon

    5.1.3 Menguruskan surat-menyurat seperti surat kebenaran penjaga, surat

    kebenaran dari sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan

    Pendidikan Negeri (JPN)

    5.1.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi

    5.1.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring

    5.1.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklahborang soal selidik

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    14/29

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    15/29

    TERHAD

    15 TERHAD

    8.0 Format Penulisan

    8.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

    8.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja

    kursus mengikut format yang berikut:

    8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja8.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat

    sahaja

    8.2.3 Langkau (spacing): 1.5

    8.2.4 Panjang penulisan: Tidak melebihi 25 muka surat, termasuk jadual,

    rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak

    termasuk lampiran

    8.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

    8.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil

    temu bual, dan lain-lain.

    8.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti yang berikut:

    8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

    8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

    8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

    8.5.5 Penulisan kerja kursus Ekonomi

    8.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam

    bentuk bercetak dan berjilid.

    9.0 Struktur Penulisan

    Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

    disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu

    dibuat setelah kembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu

    hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

    9.1 Penghargaan

    9.2 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak

    mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian dan hasil kajian.9.3 Isi kandungan

    9.4 Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan

    penjelasan kata kunci

    9.5 Penyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian

    perlu/penting dilakukan

    9.6 Tujuan/objektif kajianMenyatakan duaatau lebih objektif.

    9.7 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,

    pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data

    primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    16/29

    TERHAD

    16 TERHAD

    dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta,

    seterusnya menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan

    9.8 Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian

    secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

    9.9 CadanganMencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dualangkah

    9.10 Penutup/Rumusan kajianRumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

    9.11 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan

    seperti contoh berikut:

    Jamaluddin Md. Jahi. 1996.Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.

    Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996.Perindustrian dan Pembangunan

    Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    9.12 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran yang terdiri daripada borang soal

    selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalamteks

    10.0 Penskoran

    Bil Aspek Pemarkahan Markah penuh

    1 Tajuk kajian dan abstrak 2

    2 Pengenalan: Latar belakang kajian 3

    3 Penyataan masalah 2

    4 Tujuan/objektif kajian 2

    5 Kaedah kajian 4

    6 Hasil kajian dan perbincangan 20

    7 Cadangan 4

    8 Penutup/rumusan kajian 2

    9 Senarai rujukan 2

    10 Lampiran 1

    11 Kemahiran manipulatif 3

    12 Kemahiran insaniah 5

    13 Pembentangan 10

    JUMLAH MARKAH 60

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    17/29

    TERHAD

    17 TERHAD

    10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu)

    No Perkara Markah Markah Penuh

    1 Kerelevanan

    - Apa yang dibentangkan oleh pelajar samaatau tidak dengan yang dihasilkan olehpelajar dalam penulisan kerja kursus.

    2

    10

    2 Kreativiti

    - Calon menggunakan alat bantuan, sepertiOHP, manila kad, flash kad, power

    point

    2

    3 Keterampilan

    - Keyakinan calon semasa sesipembentangan

    - Pakaian yang sesuai- Sahsiah diri

    2

    4 Kebahasaan- Calon menggunakan istilah ekonomi

    semasa pembentangan2

    5 Soal jawab

    - Calon respons terhadap soalan guru2

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    18/29

    TERHAD

    18 TERHAD

    11.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan

    11.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja

    kursus

    11.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

    11.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan

    selepas kerja kursus dijalankan

    11.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

    11.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

    (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang pelaksanaan kerja kursus

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    11.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan

    kerja kursus

    11.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

    pencarian/pengumpulan data/maklumat

    11.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan

    kerja kursus

    11.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM

    (Lampiran 1)pada muka hadapankerja kursus calon

    11.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang

    telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus

    pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan

    calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil

    kertas 944/4

    11.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri

    dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    11.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon

    (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru

    Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi

    membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi11.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu,

    dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

    11.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan

    cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber

    maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

    11.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan

    yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan

    kerja kursus Ekonomi

    BAHAGIAN II : CALON

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    19/29

    TERHAD

    19 TERHAD

    12.0 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

    12.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja

    kursus

    12.2 Melaksanakan kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan

    12.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, danselepas kerja kursus dijalankan

    12.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

    12.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu:

    (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan,

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    12.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan

    kerja kursus

    12.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa

    pencarian/pengumpulan data/maklumat

    12.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan

    kerja kursus

    12.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus yang telah ditetapkan oleh pihak MPM

    (Lampiran 1)pada muka hadapankerja kursus calon

    12.10 Menghantar hasil kerja kursus kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang

    telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus

    pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan

    calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus Ekonomi dan tidak mengambil

    kertas 944/4

    12.11 Mengakui kerja kursus Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri

    dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    12.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon

    (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru

    Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi

    membincangkan proses penghasilan kerja kursus Ekonomi

    12.13 Membentangkan hasil kerja kursus pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu,

    dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

    12.14 Memastikan kerja kursus yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan

    cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber

    maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus

    12.15 Menyediakan satu folder kerja kursus untuk menyimpan semua draf penulisan

    yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan

    kerja kursus Ekonomi

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    20/29

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    21/29

    TERHAD

    21 TERHAD

    14.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi

    TarikhPerancangan dan Pelaksanaan

    AktivitiTindakan Calon

    26 Mei

    2014

    MPM memuat naik bahan berikut

    dalam portal MPM(www.mpm.edu. my) pada

    26 Mei 2014:

    (i) Manual PBS yang

    mengandungi Bahagian I : Guru,

    Bahagian II : Calon, dan soalan

    tugasan

    (ii) Kriteria penilaian dan

    pemarkahan

    Menerima manual kerja kursus calondaripada guru/pemeriksa

    16 Jun

    hingga29 Jun 2014

    Pengenalan kerja kursus dan

    penentuan tajuk kerja kursus

    Menyediakan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu

    bapa/penjaga

    Membincangkan jadual kerjabersama-sama dengan ahli kumpulan

    Mengagihkan kerja dan membentukstruktur organisasi kumpulan

    Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan instrumen

    seperti borang soal selidik

    Mencari sumber rujukan sepertisumber primer dan sekunder

    16 Jun

    hingga

    27 Jun 2014

    Perlaksanaan kajian di luar bilik

    darjah atau pencarian data

    sekunder yang berkaitan

    Mengumpul data dan maklumatmelalui pemerhatian, pencerapan,

    pengukuran, temu bual, dan kaji

    selidik

    Memperoleh data dan maklumat darisumber sekunder

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    22/29

    TERHAD

    22 TERHAD

    TarikhPerancangan dan Pelaksanaan

    AktivitiTindakan Calon

    1 Julai

    hingga

    25 Julai

    2014

    Penulisan kerja kursus setelah

    kembali daripada aktiviti di luar

    bilik darjah

    Menyusun dapatan (data danmaklumat) mengikut keutamaan dan

    struktur tugasan

    Memproses, mentafsir, menganalisis,dan merumus data dan maklumat

    Mempersembahkan data danmaklumat dalam bentuk peta, jadual,

    graf, carta, dan lain-lain yang

    bersesuaian

    Membincangkan dapatan hasil kajiandan menghubungkait dengan teori

    yang dipelajari

    Menulis penulisan kajian luar yanglengkap mengikut format yang

    ditetapkan

    Menyemak dan membuatpenambahbaikan penulisan kajian

    luar

    4 Ogos

    hingga

    23

    September

    2014

    Penilaian laporan kerja kursus Pembentangan kerja kursus

    oleh semua calon

    Menghantar penulisan kerja kursusmasing-masing kepada

    guru/pemeriksa

    Membentangkan hasil kerja kursussecara individu

    15.0 Format Penulisan

    15.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan

    15.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja

    kursus mengikut format berikut:

    15.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

    15.2.2 Tulisan: Times New Roman saiz 12 poin ditaip pada sebelah muka surat

    sahaja

    15.2.3 Langkau (spacing): 1.5

    15.2.4 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surattermasuk jadual, rajah,

    graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk

    lampiran

    15.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

    15.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil

    temu bual, dan lain-lain.

    15.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:15.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    23/29

    TERHAD

    23 TERHAD

    15.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    15.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

    15.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)

    15.5.5 Penulisan kerja kursus Ekonomi

    15.6 Penulisan kerja kursus yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalambentuk bercetak dan berjilid.

    16.0 Struktur Penulisan

    Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

    disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu

    dibuat setelah kembali dari menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu

    hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

    16.1 Penghargaan

    16.2Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilahmengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian dan hasil kajian.

    16.3 Isi kandungan

    16.4 Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan

    penjelasan kata kunci

    16.5 Penyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian

    perlu/penting dilakukan

    16.6 Tujuan/objektif kajianMenyatakan duaatau lebih objektif.

    16.7 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran,

    pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh dataprimer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan

    dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta.

    Seterusnya menjelaskan tentang kaedah analisis data yang digunakan

    16.8 Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian

    secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

    16.9 CadanganMencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dualangkah

    16.10 Penutup/Rumusan kajianRumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

    16.11 Senarai rujukanMesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan

    seperti contoh berikut:Jamaluddin Md. Jahi. 1996.Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar.

    Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996.Perindustrian dan Pembangunan

    Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    16.12LampiranMesti melebihi dualampiran. Borang soal selidik, foto, maklumat-

    maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    24/29

    TERHAD

    24 TERHAD

    Lampiran 1

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    PENULISAN KERJA KURSUS

    PENGGAL 3 TAHUN 2014

    MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

    TAJUK

    NAMA CALON

    NOMBOR

    KAD PENGENALAN

    ANGKA GILIRAN

    ALAMAT SEKOLAH

    NAMA GURU

    TANDATANGAN

    GURU

    TARIKH

    MARKAH

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    25/29

    TERHAD

    25 TERHAD

    Lampiran 2

    BPC

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    PENULISAN KERJA KURSUS

    PENGGAL 3 TAHUN 2014

    MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

    BORANG PERAKUAN CALON

    Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon,

    dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon

    menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarangmarkah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

    Nama Calon

    No. Kad Pengenalan Calon

    Angka Giliran Calon

    Nama Pusat Kerja Kursus Calon

    Makluman kepada calon:Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja

    kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau

    membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, ataucalon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

    Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus

    Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh

    pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah.

    Tandatangan Calon

    Tarikh

    Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi

    yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa

    sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

    Tandatangan Guru

    Nama Guru

    Tarikh

    Alamat

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    26/29

    TERHAD

    26 TERHAD

    Lampiran 3

    BRKKC

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    PENULISAN KERJA KURSUS

    PENGGAL 3 TAHUN 2014

    MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

    BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

    No. Pusat/Angka Giliran : No. Kad Pengenalan :

    Tarikh

    Aktiviti

    Aktiviti dalamPenghasilan

    Kerja Kursus

    (Untuk diisi oleh calon)

    Ulasan GuruTandatangan

    Calon

    Tandatangan

    Guru

    (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

    Pengesahan Guru EKONOMI

    Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam

    penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2014 mengikut peraturan yangditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

    Tandatangan Guru: ..

    Nama Guru: ..

    Tarikh : ............................................................

    Cop Sekolah:

    Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkanpada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepadaguru untuk dinilai.

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    27/29

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    28/29

    TERHAD

    28 TERHAD

  • 8/12/2019 Ekonomi Pbs Sem3

    29/29

    TERHAD

    Jawab satusoalan sahaja.

    Tema 1

    Imbangan akaun semasa Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 [60]

    Tema 2

    Perusahaan Kecil dan Sederhana di kawasan anda [60]