manual pbs eko sem3 stpm 2013

Upload: nicholas-vlee

Post on 30-Oct-2015

421 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ini adalah manual penghasilan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mata pelajaran Ekonomi Semester 3 tahun 2013. Anda semua boleh memuat turun atau merujuk dokumen ini. Diharapkan ini akan memberi manfaat kepada semua pelajar yang berkenaan. Selamat maju jaya:)

TRANSCRIPT

  • TERHAD

    1 TERHAD

    PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

    (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

    Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi

    Kertas 4 (944/4)

    Penggal 3 Tahun 2013

    PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru/calon sahaja. __________________________________________________________________________________

    Manual ini terdiri daripada 24 halaman bercetak. Majlis Peperiksaan Malaysia 2013

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

  • TERHAD

    2 TERHAD

    Kandungan Bil. Perkara Halaman BAHAGIAN I : GURU 1.0 Pengenalan 3

    2.0 Objektif Penilaian 3 4 2.1 Kemahiran kognitif 2.2 Kemahiran manipulatif 2.3 Kemahiran insaniah (soft skills)

    3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi 4 8 3.1 Arahan umum 3.2 Tanggungjawab Pengetua 3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan 3.4 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 3.5 Tanggungjawab Calon

    4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 8 10

    5.0 Langkah Menjalankan Aktiviti di Luar Bilik Darjah 10 11

    6.0 Kaedah Kajian 11

    7.0 Peralatan dan Kegunaannya 11

    8.0 Format Penulisan 12

    9.0 Struktur Penulisan 12 13

    10.0 Penskoran 13 14 BAHAGIAN II : CALON 12.0 Tanggungjawab Calon 15

    13.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 16 17

    14.0 Format Penulisan 17

    15.0 Struktur Penulisan 17 18

    Lampiran 19 22

    Soalan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi (944/4) 23 24

  • TERHAD

    3 TERHAD

    1.0 Pengenalan Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon

    persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Ekonomi wajib melaksanakan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja kursus adalah sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan markah peperiksaan bertulis bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan.

    2.0 Objektif Penilaian Pelaksanaan Kerja Kursus Ekonomi bertujuan untuk memenuhi matlamat pendidikan Ekonomi yang menyepadukan unsur kemahiran kognitif, kemahiran manipulatif, dan kemahiran insaniah.

    2.1 Kemahiran kognitif,

    2.1.1 mengenal pasti dan menghuraikan masalah dan isu yang berkaitan dengan ekonomi dan mencadangkan langkah untuk mengatasinya dalam konteks setempat,

    2.1.2 menjelaskan pelbagai isu yang berkaitan dengan manusia dan faktor yang mempengaruhinya,

    2.1.3 mengaplikasi dan membandingkan teori yang diajar di dalam bilik darjah dengan keadaan sebenar, dan

    2.1.4 mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu ekonomi.

    2.2 Kemahiran manipulatif,

    2.2.1 menghitung, mengukur, melakar, merekod, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat daripada sumber primer,

    2.2.2 menemu bual, melakukan pemerhatian, dan mengkaji selidik untuk mendapatkan data primer,

    2.2.3 mengumpul, mengelas, merekod, menyalin data dan maklumat sumber sekunder melalui kajian perpustakaan, laporan agensi kerajaan dan swasta serta memuat turun bahan daripada sumber Internet,

    2.2.4 memproses, menyusun, meringkas, mengekod, menjadual, merumus, dan menganalisis data dan maklumat yang diperoleh, dan

    2.2.5 mempersembahkan data dan maklumat yang diperoleh ke dalam bentuk grafik, jadual, rajah, dan carta. Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menganalisis dan mempersembahkan data.

    2.3 Kemahiran insaniah (soft skills),

    2.3.1 boleh berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan,

    2.3.2 boleh bekerjasama dalam kumpulan, mengorganisasi tugas, dan bekerja sebagai satu pasukan,

    2.3.3 berupaya memimpin dan mengawal selia aktiviti di luar bilik darjah yang dilaksanakan secara berkumpulan,

    2.3.4 berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan,

    2.3.5 berupaya menyelesaikan masalah,

    2.3.6 berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif,

    2.3.7 boleh menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik,

    BAHAGIAN I : GURU

  • TERHAD

    4 TERHAD

    2.3.8 menyedari dan menghargai tentang kepentingan isu ekonomi negara, 2.3.9 boleh menjalankan kajian dengan jujur, amanah, dan beretika, dan

    2.3.10 berupaya meningkatkan keyakinan diri dan motivasi. 3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 3.1 Arahan Umum

    3.1.1 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi wajib diambil oleh semua calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian

    3.1.2 Kerja kursus (kerja projek) Ekonomi hendaklah dibuat dalam Penggal 3

    3.2 Tanggungjawab Pengetua

    3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tingkatan Enam peringkat sekolah

    3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa PBS sekolah menyediakan Fail Induk PBS Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam mempunyai Fail PBS bagi mata pelajaran masing-masing

    3.2.3 Memastikan calon dibimbing dan diselia oleh guru Ekonomi

    3.2.4 Memastikan bahawa semua hasil penulisan kerja kursus calon telah dinilai dan diberikan markah oleh guru mengikut perkara yang terdapat dalam borang markah yang disediakan

    3.2.5 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon

    3.2.6 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi

    3.3 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

    3.3.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

    3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

    (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema

    (b) Memahami skop tugasan dan membuat perancangan

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    3.3.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

    3.3.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi secara individu

  • TERHAD

    5 TERHAD

    3.3.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi

    3.3.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

    3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM

    3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

    3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek)

    3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon

    3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BMKKC, dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu

    3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM ketika mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi calon

    3.3.21 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.3.22 Menilai pembentangan calon dan memberi markah secara individu serta mengisi markah pembentangan dalam Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

    3.3.23 Memeriksa/menilai/mentaksir kerja kursus (kerja projek) Ekonomi bagi setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4)

  • TERHAD

    6 TERHAD

    3.3.24 Memasukkan markah kerja kursus (kerja projek) calon dengan menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Kegagalan menghantar markah kerja kursus (kerja projek) calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4

    3.3.25 Mencetak Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) dan membuat semakan silang (cross checking) markah kerja kursus (kerja projek) calon bersama dengan seorang lagi guru Ekonomi. Pembetulan hendaklah dibuat sekiranya terdapat kesilapan dalam memasukkan markah calon.

    3.3.26 Memastikan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan diumumkan

    3.4 Tanggungjawab Guru Ekonomi Sekolah Swasta

    3.4.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.4.2 Memastikan semua calon memahami keperluan untuk menjalankan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.4.3 Memuat turun Manual Pentaksiran Berasaskan Sekolah Kerja Kursus (Kerja projek) Ekonomi dari laman Web MPM dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

    3.3.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

    (a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tema

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    3.4.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.4.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calon semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

    3.4.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi secara individu

    3.4.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi

    3.4.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Ekonomi. Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.4.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.4.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan maklumat

  • TERHAD

    7 TERHAD

    3.4.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.4.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

    3.4.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM

    3.4.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek)

    3.4.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus (kerja projek) calon

    3.5 Tanggungjawab Calon

    3.5.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kerja projek)

    3.5.2 Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan

    3.5.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan

    3.5.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu

    3.5.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu;

    (a) Memilih tajuk kerja projek berdasarkan tema,

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    3.5.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek)

    3.5.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

    3.5.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kerja projek)

    3.5.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon

    3.5.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM

    3.5.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

  • TERHAD

    8 TERHAD

    3.5.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    3.5.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

    3.5.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek)

    3.5.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi 4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (kerja projek)

    Ekonomi ini bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

    4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi adalah seperti berikut:

    Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon

    28 Mei hingga

    9 Jun 2013

    MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 28 Mei 2013: i. Manual PBS yang mengandungi Bahagian I: Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan ii. Kriteria penilaian dan pemarkahan

    Mesyuarat penyelarasan peringkat negeri antara PN dengan PD dan seterusnya mesyuarat penyelarasan peringkat daerah antara PD dengan guru-guru (bermula 28 Mei 2013)

    Memuat turun Manual PBS berserta kriteria penilaian dan pemarkahan

    10 Jun hingga

    28 Jun 2013

    Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus

    Memberi taklimat tugasan kepada calon

    Memilih soalan dan menetapkan lokasi kajian

    Merancang jadual kerja Membuat tinjauan awal

    lokasi Memohon kebenaran

    lawatan/kajian luar daripada JPN (jika perlu)

    Menyediakan surat-menyurat

    Mendapatkan sumber kewangan

    Mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga

    Membincangkan jadual kerja bersama-sama ahli kumpulan

    Mengagihkan kerja dan membentuk struktur organisasi kumpulan

  • TERHAD

    9 TERHAD

    Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon

    Menghubungi agensi yang berkaitan

    Mengagihkan calon mengikut kumpulan

    Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring

    Menyediakan peralatan dan instrumen kajian

    Mengurus sumber kewangan

    Menjelaskan calon tentang elemen kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah yang akan dinilai

    Menilai kemahiran insaniah

    Menyediakan kerangka tugasan

    Menyediakan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik

    Mencari sumber rujukan seperti sumber primer dan sekunder

    10 Jun hingga

    28 Jun 2013

    Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah, atau pencarian data sekunder yang berkaitan

    Membimbing calon melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah

    Membimbing calon untuk mencari data sekunder

    Menilai kemahiran manipulatif

    Menilai kemahiran insaniah

    Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik

    Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder

    1 Julai hingga

    31 Julai 2013

    Penulisan kerja kursus setelah kembali daripada aktiviti di luar bilik darjah

    Menjelaskan item-item yang dinilai dalam penulisan kajian

    Membimbing calon menulis penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan

    Menilai progres/kemajuan hasil penulisan calon secara berterusan

    Membaiki kelemahan dan membimbing calon membuat penambahbaikan

    Menetapkan tarikh akhir penghantaran laporan kajian luar mengikut arahan Majlis Peperiksaan Malaysia

    Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan

    Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat

    Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian

    Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari

  • TERHAD

    10 TERHAD

    Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Penyelaras/Guru Tindakan Calon

    Menilai kemahiran manipulatif

    Menilai kemahiran insaniah

    Menulis penulisan kerja kursus yang lengkap mengikut format yang ditetapkan

    Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kerja kursus

    1 Ogos hingga

    20 September

    2013

    Penilaian laporan kerja kursus

    Pembentangan hasil kerja kursus oleh semua calon

    Menerima penulisan kerja kursus daripada setiap calon

    Membuat penilaian dan pemarkahan bagi setiap calon mengikut kriteria penilaian yang ditetapkan oleh MPM

    Menilai kemahiran manipulatif

    Menilai kemahiran insaniah

    Menilai kebolehan dan keupayaan setiap calon dalam kemahiran yang diperlukan

    Menghantar penulisan kerja kursus masing-masing kepada guru

    Membentangkan hasil kerja kursus secara individu

    23 September

    hingga 11 Oktober

    2013

    Penyemakan silang markah PBS Pengisian dan penghantaran markah PBS ke Majlis

    Peperiksaan Malaysia melalui perisian e-submission

    Tidak berkenaan

    14 Oktober hingga

    3 November

    2013

    Penyelarasan markah PBS oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan/Penyelaras Negeri/Penyelaras Daerah

    Tidak berkenaan

    Ogos 2014 Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM dikeluarkan) Tidak berkenaan

    5.0 Langkah menjalankan aktiviti di luar bilik darjah 5.1 MPM memberikan dua tema berdasarkan sukatan pelajaran Ekonomi STPM.

    5.5 Sebelum menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, guru membuat persiapan awal seperti berikut:

    5.5.1 Menentukan lokasi dan melakukan tinjauan awal yang bersesuaian dengan soalan tugasan

    5.5.2 Menentukan kumpulan calon

  • TERHAD

    11 TERHAD

    5.5.3 Menguruskan surat-menyurat, seperti surat kebenaran penjaga, surat kebenaran dari sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

    5.5.4 Menghubungi agensi-agensi yang hendak dikunjungi

    5.5.5 Menyediakan pengangkutan dan guru pengiring

    5.5.6 Menyediakan peralatan dan instrumen yang diperlukan termasuklah borang soal selidik

    5.5.7 Memberikan taklimat kepada calon yang meliputi tugasan kumpulan, aspek kajian, jumlah responden yang ingin ditemu bual/soal selidik, taklimat kawalan keselamatan dan lain-lain yang bersesuaian

    5.6 Semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon menjalankan pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan soal selidik mengikut item-item tugasan yang telah dipilih (calon mesti mendapatkan data primer atau data sekunder semasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah).

    5.7 Sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, calon melaksanakan tugasan berikut:

    5.7.1 Menyusun dapatan (data dan maklumat) yang diperoleh mengikut keutamaan atau mengikut item yang telah dipecahkan daripada soalan yang telah dipilih

    5.7.2 Memproses maklumat mentafsir, menganalisis, dan membuat hubung kait antara dapatan yang diperoleh

    5.7.3 Mempersembahkan maklumat dan data dalam bentuk jadual, graf, carta, dan rajah bagi mana-mana item yang relevan dan sesuai

    5.7.4 Membincangkan dapatan/hasil kajian menghubungkaitkan dapatan yang diperoleh dengan teori yang telah dipelajari di dalam bilik darjah

    5.7.5 Menyiapkan penulisan kerja kursus mengikut format yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

    5.7.6 Membentangkan hasil kerja kursus masing-masing. Tempoh pembentangan dan soal jawab hendaklah tidak melebihi 10 minit bagi setiap calon

    5.7.7 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pembentangan adalah digalakkan

    6.0 Kaedah kajian 6.1 Maklumat diperoleh daripada dua jenis sumber, iaitu sumber primer dan sumber sekunder

    6.2 Bagi mendapatkan maklumat primer, kaedah berikut digunakan: kaedah mencerap, memerhati, mengukur, melakar, merakam, merekod, menemu bual, pemerhatian, dan mengkaji selidik

    6.3 Bagi mendapatkan maklumat sekunder, kaedah berikut digunakan: kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian di perpustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber Internet

    7.0 Peralatan dan kegunaannya Bagi menjalankan aktiviti di luar bilik darjah, peralatan/bahan berikut boleh digunakan:

    7.1 Borang soal selidik yang telah disediakan sebelum ke lokasi kajian

    7.2 Kamera digunakan untuk merakam foto sebagai bukti lokasi itu dan bahan sokongan kajian

    7.3 Alat perakam suara, jika perlu

  • TERHAD

    12 TERHAD

    8.0 Format Penulisan 8.1 Calon digalakkan untuk menggunakan TMK bagi memperoleh maklumat tambahan.

    8.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer bagi menyediakan penulisan kerja kursus mengikut perkara berikut:

    8.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

    8.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm

    8.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja

    8.2.4 Langkau (spacing): 1.5

    8.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

    8.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

    8.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain.

    8.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:

    8.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

    8.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    8.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

    8.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)

    8.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    8.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

    9.0 Struktur Penulisan Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

    disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

    9.1 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian.

    9.2 Isi kandungan 9.3 Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan kata

    kunci

    9.4 Pernyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan

    9.5 Tujuan/objektif kajian Menyatakan dua atau lebih objektif

    9.6 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan, seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan.

    9.7 Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

    9.8 Cadangan Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah

  • TERHAD

    13 TERHAD

    9.9 Penutup/Rumusan kajian Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian 9.10 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti

    contoh berikut:

    Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    9.11 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

    10.0 Penskoran

    Bil Aspek Pemarkahan Markah penuh

    1 Tajuk kajian dan abstrak 2

    2 Pengenalan: Latar belakang kajian 3

    3 Pernyataan masalah 2

    4 Tujuan/objektif kajian 2

    5 Kaedah kajian 4

    6 Hasil kajian dan perbincangan 20

    7 Cadangan 4

    8 Penutup/rumusan kajian 2

    9 Senarai rujukan 1

    10 Lampiran 2

    11 Kemahiran manipulatif 3

    12 Kemahiran insaniah 5

    13 Pembentangan 10

    JUMLAH MARKAH 60

  • TERHAD

    14 TERHAD

    10.1 Penskoran Pembentangan Kerja Kursus (Individu)

    No Perkara Markah Markah Penuh

    1

    Kerelevanan

    Apa yang dibentang oleh pelajar sama atau tidak dengan yang dihasilkan dalam kerja kursus.

    2

    10

    2

    Kreativiti

    Calon menggunakan alat bantuan seperti OHP, manila kad, flash kad, power point, dan lain-lain

    2

    3

    Keterampilan

    Keyakinan calon semasa pembentangan

    Pakaian yang sesuai

    Sahsiah diri

    2

    4

    Kebahasaan

    Calon menggunakan istilah ekonomi semasa pembentangan

    2

    5

    Soal jawab

    Calon respon terhadap soalan guru

    2

  • TERHAD

    15 TERHAD

    11.0 Tanggungjawab Calon

    11.1 Memahami sukatan pelajaran Ekonomi dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus (kerja projek)

    11.2 Melaksanakan kerja kursus (kerja projek) dalam tempoh yang ditetapkan

    11.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas kerja kursus (kerja projek) dijalankan

    11.4 Menghasilkan penulisan kerja kursus (kerja projek) secara individu

    11.5 Berdasarkan tema yang dipilih, calon perlu;

    (a) Memilih tajuk kerja kursus berdasarkan tema,

    (b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

    (c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan

    11.6 Mencari maklumat, memproses data/maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

    11.7 Mengukuhkan kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah semasa pencarian/pengumpulan data/maklumat

    11.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta orang lain menulis penulisan kerja kursus (kerja projek)

    11.9 Menggunakan muka hadapan kerja kursus (kerja projek) yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) pada muka hadapan kerja kursus (kerja projek) calon

    11.10 Menghantar hasil kerja kursus (kerja projek) kepada guru Ekonomi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (kerja projek) pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi dan tidak mengambil kertas 944/4, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Ekonomi STPM

    11.11 Mengakui kerja kursus (kerja projek) Ekonomi yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    11.12 Mengisi maklumat yang terdapat dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3) dan menyerahkan borang tersebut kepada guru Ekonomi pada setiap kali pertemuan antara calon dengan guru bagi membincangkan proses penghasilan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    11.13 Membentangkan hasil kerja kursus (kerja projek) pada sesi pembentangan pada tarikh, waktu, dan tempat yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

    11.14 Memastikan kerja kursus (kerja projek) yang dihasilkan ialah hasil usaha calon sendiri dengan cara merekodkan sumber maklumat yang digunakan dan mencatatkan sumber maklumat tersebut dengan betul dalam penulisan kerja kursus (kerja projek)

    11.15 Menyediakan satu folder PBS untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    BAHAGIAN II : CALON

  • TERHAD

    16 TERHAD

    12.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus (Kerja Projek) Ekonomi

    Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Calon

    28 Mei hingga

    9 Jun 2013

    MPM memuat naik bahan berikut dalam portal MPM (www.mpm.edu. my) pada 28 Mei 2013: i. Manual PBS yang mengandungi Bahagian I : Guru, Bahagian II : Calon, dan soalan tugasan ii. Kriteria penilaian dan pemarkahan

    Menerima soalan tugasan Memahami skop tugasan kajian luar

    10 Jun hingga

    28 Jun 2013

    Pengenalan kerja kursus dan penentuan tajuk kerja kursus

    Mendapatkan sumber kewangan Mendapatkan kebenaran ibu

    bapa/penjaga Membincangkan jadual kerja

    bersama-sama ahli kumpulan Mengagihkan kerja dan membentuk

    struktur organisasi kumpulan Menyediakan kerangka tugasan Menyediakan peralatan dan

    instrumen seperti borang soal selidik Mencari sumber rujukan seperti

    sumber primer dan sekunder

    10 Jun hingga

    28 Jun 2013

    Perlaksanaan kajian di luar bilik darjah, atau pencarian data sekunder yang berkaitan

    Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual, dan kaji selidik

    Memperoleh data dan maklumat dari sumber sekunder

    1 Julai hingga 31 Julai

    2013

    Penulisan kerja kursus setelah kembali dari aktiviti di luar bilik darjah

    Menyusun dapatan (data dan maklumat) mengikut keutamaan dan struktur tugasan

    Memproses, mentafsir, manganalisis, dan merumus data dan maklumat

    Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk peta, jadual, graf, carta, dan lain-lain yang bersesuaian

    Membincangkan dapatan hasil kajian dan menghubungkait dengan teori yang dipelajari

  • TERHAD

    17 TERHAD

    Tarikh Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti Tindakan Calon

    Menulis penulisan kajian luar yang lengkap mengikut format yang ditetapkan

    Menyemak dan membuat penambahbaikan penulisan kajian luar

    1 Ogos hingga

    20 September

    2013

    Penilaian laporan kerja kursus Pembentangan kerja kursus

    oleh semua calon

    Menghantar penulisan kerja kursus masing-masing kepada guru

    Membentangkan hasil kerja kursus secara individu

    13.0 Format Penulisan 13.1 Calon digalakkan menggunakan TMK untuk memperoleh maklumat tambahan.

    13.2 Calon digalakkan menggunakan komputer untuk menyediakan penulisan kerja kursus mengikut perkara berikut:

    13.2.1 Saiz kertas: A4 putih sahaja

    13.2.2 Margin : Atas, bawah, kiri,dan kanan 2.54cm

    13.2.3 Tulisan: Times New Roman font 12 poin ditaip pada sebelah muka surat sahaja

    13.2.4 Langkau (spacing): 1.5

    13.2.5 Panjang penulisan: tidak melebihi 25 muka surat termasuk jadual, rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

    13.3 Calon juga boleh menghasilkan kerja kursus dengan tulisan tangan.

    13.4 Penulisan kerja kursus mestilah disokong dengan pembuktian foto, data, hasil temu bual, dan lain-lain.

    13.5 Susunan laporan kerja kursus adalah seperti berikut:

    13.5.1 Kulit hadapan (seperti format yang ditetapkan) (Lampiran 1)

    13.5.2 Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

    13.5.3 Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

    13.5.4 Borang Markah Kerja Kursus Calon Sekolah (BMKKC) (Lampiran 4)

    13.5.5 Penulisan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi

    13.6 Penulisan kerja kursus (kerja projek) yang telah siap hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.

    14.0 Struktur Penulisan Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilah

    disediakan secara individu. Oleh itu, satu penulisan kerja kursus yang lengkap perlu dibuat sekembali daripada menjalankan aktiviti di luar bilik darjah. Penulisan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:

  • TERHAD

    18 TERHAD

    14.1 Abstrak Tidak melebihi satu halaman dengan langkau 1.0. Dalam abstrak mestilah mengandungi ringkasan tentang objektif, kaedah kajian, dan hasil kajian.

    14.2 Isi kandungan 14.3 Latar belakang kajian Gambaran umum tentang tajuk/skop kajian dan penjelasan

    kata kunci

    14.4 Pernyataan masalah Huraian tentang apa yang dikaji dan mengapa kajian perlu/penting dilakukan

    14.5 Tujuan/objektif kajian Menyatakan dua atau lebih objektif

    14.6 Kaedah kajian Huraian tentang cara kajian dilakukan seperti pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian untuk memperoleh data primer. Data sekunder diperoleh melalui kajian kepustakaan, muat turun bahan dari sumber Internet, dan mengumpul laporan agensi kerajaan serta swasta. Seterusnya calon hendaklah menjelaskan kaedah analisis data yang digunakan.

    14.7 Hasil kajian dan perbincangan Menjawab persoalan kajian/objektif kajian secara berfokus dengan menggunakan data/maklumat sebagai bukti

    14.8 Cadangan Mencadangkan dan menjelaskan sekurang-kurangnya dua langkah 14.9 Penutup/Rumusan kajian Rumusan mesti dikaitkan dengan objektif kajian

    14.10 Senarai rujukan Mesti melebihi empat rujukan. Rujuk format Gaya Dewan seperti contoh berikut:

    Jamaluddin Md. Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Anuwar Ali dan Rajah Rasiah. 1996. Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    14.11 Lampiran Mesti melebihi dua lampiran. Terdiri daripada borang soal selidik, foto, maklumat-maklumat lain yang penting yang tidak dimasukkan dalam teks

  • TERHAD

    19 TERHAD

    Lampiran 1

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    PENGGAL 3 TAHUN 2013

    MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

    TAJUK

    NAMA CALON NOMBOR KAD PENGENALAN

    ANGKA GILIRAN

    ALAMAT SEKOLAH NAMA GURU

    TANDATANGAN GURU

    TARIKH

    MARKAH

  • TERHAD

    20 TERHAD

    Lampiran 2

    BPC

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013

    MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG PERAKUAN CALON

    Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

    Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon

    Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Ekonomi di sekolah.

    Tandatangan Calon Tarikh

    Perakuan oleh Guru/Pemeriksa: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Ekonomi (944) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

    Tandatangan Guru Nama Guru Tarikh Alamat

  • TERHAD

    21 TERHAD

    Lampiran 3

    BRKKC

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)

    PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4)

    BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

    No. Pusat/Angka Giliran : No. Kad Pengenalan :

    Tarikh Aktiviti

    Aktiviti dalam Penghasilan

    Kerja Kursus (Untuk diisi oleh calon)

    Ulasan Guru Tandatangan Calon Tandatangan

    Guru

    (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru EKONOMI Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi STPM 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

    Tandatangan Guru: .. Nama Guru: .. Tarikh : ............................................................

    Cop Sekolah:

    Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian depan (sebelum kerja kursus calon) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai.

  • TERHAD

    22 TERHAD

    Lampiran 4

    BMKKC

    MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2013 EKONOMI 944/4

    BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon : ...... Angka Giliran No. Kad Pengenalan : ...

    (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

    Bil Kriteria Penilaian Markah Penuh Markah Guru atau Pemeriksa Markah

    Penyelaras A. Kerja Kursus

    1 Tajuk/Abstrak 2 2 Latar belakang kajian 3 3 Penyataan masalah 2 4 Tujuan/objektif kajian 2 5 Kaedah kajian 4 6 Hasil kajian dan perbincangan 20 7 Cadangan 4 8 Penutup/rumusan 2 9 Senarai rujukan 1

    10 Lampiran 2 11 Kemahiran manipulatif 3 12 Kemahiran insaniah 5

    B. Pembentangan 1 Kerelevanan 2 2 Soal jawab 2 3 Kebahasaan 2 4 Kreativiti 2 5 Keterampilan 2 JUMLAH 60

    PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

    Saya memperakui bahawa markah dan Butiran di atas adalah benar.

    Tandatangan Guru/Pemeriksa: Tandatangan Penyelaras: Nama : Nama : No. Kad Pengenalan : No. Kad Pengenalan : Tarikh : .. Tarikh : .. No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : .

    No. Telefon (sekolah) : (bimbit) : .

    Nota: Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

  • TERHAD

    23 TERHAD

    23

  • TERHAD

    24 TERHAD

    Jawab satu soalan sahaja. Tema 1 Tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60]

    Tema 2 Perbelanjaan kerajaan persekutuan Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. [60]

    944/4