projek pbs geografi 2014 sem3

14
PENGHARGAAN Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Cikgu tercinta saya, Puan Hajjah Nor Aziza binti Ab Rahman selaku penyelia di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar serta bimbingan telah membuka ruang untuk saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.Teguran dan tunjuk ajar beliau amat dihargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru geografi serakan guru geografi yang sentiasa berusaha membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini selain itu tidak terlupa juga kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Pangliam Raja yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di sekolah ini.Dalam kesempatan ini juga,terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberikan saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih kepada semua.

Upload: veinzhent

Post on 19-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PBS GEOGRAFI SEMESTER 3 STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

PENGHARGAAN

          Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Cikgu tercinta

saya, Puan Hajjah Nor Aziza binti Ab Rahman selaku penyelia di atas kesudian beliau

meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar serta bimbingan telah membuka ruang untuk

saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.Teguran dan tunjuk ajar beliau amat

dihargai.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru geografi serakan

guru geografi yang sentiasa berusaha membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini selain

itu tidak terlupa juga kepada semua guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku

Pangliam Raja yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat sepanjang saya berada di

sekolah ini.Dalam kesempatan ini juga,terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa

saya yang memberikan saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus  ini.Mereka

telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai

saya Berjaya menghabiskan tugasan ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan

menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka.

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih kepada semua.

Page 2: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

TAJUK: AKTIVITI PELANCONGAN DI PANTAI SERI TUJUH,TUMPAT, KELANTAN

Abstrak

Page 3: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

1.0 PENGENALAN

Pelancongan bukanlah sesuatu yang baru. Sejak dulu lagi sector pelancongan telah menjadi nadi penggerak ekonomi beberapa buah negara. Dalam era globalisasi kini, banyak negara dunia berlumba-lumba memajukan industri pelancongan untuk tukaran wang asing yang lumayan. Malahan banyak juga negara yang menggalakkan pelancongan dalam negara untuk menjana pertumbuhan ekonomi di sekitar destinasi pelancongan. Negara kita Malaysia amat bertuah mempunyai alam semulajadi yang indah, unik dan pelbagai seperti hutan hujan tropika, iklim dan cuaca yang tidak melampau, banjaran gunung, pulau dan pantai serta pelbagai spesies flora dan fauna.

Dalam Kamus Dewan edisi ke-4 ditakrifkan Pelancongan adalah “perihal melancong” dan “ perihal orang melancong dan perkhidmatan yg berkaitan dengannya” . Pelancong adalah mereka yang berada di luar kawasan tempat tinggal mereka. Mathieson & Wall (1982), mengatakan bahawa pelancongan melibatkan pergerakan sementara manusia kepada destinasi di luar tempat kerja biasa dan tempat tinggal. Pelancongan juga melibatkan aktiviti yang dilakukan di tempat yang dituju dan kemudahan yang diwujudkan untuk menampung keperluan mereka. Berdasarkan definisi tersebut, pelancongan bukanlah hanya melibatkan kemasukan pelancong dari luar negara sahaja, malahan juga pelancong tempatan yang bermalam di destinasi pelancongan.

Memang tidak dapat dinafikan , aktiviti pelancongan di Pantai ini telah banyak memberikan sumbangan dan faedah kepada negeri mahupun Negara sebagai contoh pelbagai peniagaan seperti kedai makan ,perincit ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan meningkatkan taraf hidup mereka .Secara tidak langsung keadaan juga menyumbang kepada kegiatan ekonomi berjalan sepanjang kawasan pinggir pantai. Migrasi yang menyebabkan pertambahan penduduk.peningkatan kualiti hidup dan keperluan masa senggang serta proses globalisasi kini telah meningkat kan lagi kadar penggunaan sumber semulajadi. Sehubungan dengan peningkataan penggunaan tersebut ,keunikan kawasan pinggir pantai negari ini dengan tarikan pantai yang indah ,sinaran matahati sepanjang tahun,menjadi sebagai salah satu daripada kawasan yang mempunyai kemampuan untuk memenuhi permintaan dan untuk tujuan pembangunan pelancongan negeri tersebut. Bagaimanapun, proses pembangunan pelancongan, sama ada yang dirancang ataupun tidak, mampu menyebabkan kemerosotan persekitaran fizikal di zon pinggir pantai apabila daya tamping sesuatu destinasi itu dilampaui.

Walaubagaimanapun, aktiviti pelancongan ini telah banyak memberikan sumbangan kepada negeri dan Negara tetapi disebalik faedah yang kita dapat telah menyebabkan pelbagai kesan negatif yang timbul dan sukar untuk mengatasinya.Sebagai contoh,pembuangan sampah sarap merata tempat ,pencemaran air akibat daripada pembinaan dan kemusnahan alam sekitar dengan pelbagai resort dan sebagainya.Berdasarkan pemerhatian saya ,secara rasionalnya,saya memilih tajuk kajian tentang aktiviti pelancongan di Pantai Sri Tujuh bagi memahami markah kerja kursus.

Page 4: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Lima objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun.

2.1 Mengenal pasti aktiviti pelancongan di Pantai Sri Tujuh.2.2 Menyenaraikan jenis peniagaan ,perkhidmatan, dan kemudahan sosial di Pantai

Sri Tujuh.2.3 Menjelaskan faktor setempat yang mempengaruhi kedatangan pelancong ke

kawasan pelancongan Pantai Sri Tujuh.2.4 Menghuraikan isu kegiatan pelancongan yang timbul di Pantai Seri Tujuh.2.5 Mengemukakan aktiviti yang boleh dilaksanakan di kawasan kajian untuk

menarik lebih ramai pelancongan ke Pantai Sri Tujuh.

Page 5: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Ciri Fizikal dan Budaya

3.11 Ciri Fizikal

Pantai Sri Tujuh ini terletak di daerah Tumpat,Kelantan..Pantai ini terletak di bersebelahan dengan Laut China Selatan dan dikelilingi oleh 7 buah teluk berlongitud U6013’0.53’’dan berlatitud. T10207’34.854”. Pantai ini menarik dengan pemandangan yang cantik,berpasir putih dan lembut,nyaman.Selain itu, Jarak di antara sekolah dan Pantai Sri Tujuh ini adalah 42km mengambil masa selama 35 minit untuk sampai ke destinasi.Manakala jarak antara Pantai Sri Tujuh ke bandar seperti Kota Bharu ialah 24.8Km , ke Tumpat 5.5Km,ke Pengkalan Kubor 11Km dan ke Pasir Mas 29.9Km.

3.12 Ciri Budaya

Pantai Sri Tujuh ini terletak di tepi Jalan Stesen yang dihubungkan oleh jalan raya berturap ke Pengkalan Kubur,Tumpat.Penggunaan jalan raya untuk ke lokasi Pantai Sri Tujuh ini ialah Wakaf Bharu, Pasir Mas dan Kota Bharu. Kawasan Pantai ini terdapat pelbagai kemudahan peniagaan seperti kedai makan ,peniagaan makanan.Di samping itu,terdapat pelbagai kemudahan sosial yang telah disediakan seperti masjid, Dewan seminar ,tandas, tempat perletakkan kenderaan. Seterusnya,pelbagai perkhidmatan chalet,restoran ,kolam air kanak-kanak dan taman permainan kanak-kanak,tapak permainan golf ,dan kaunter pertanyaan .Pelancong boleh datang ke pantai ini melalui pelbagai pengangkutan seperti kereta api KTM sehingga ke Tumpat dan menaiki teksi atau bas (Cityliner) ke destinasi tersebut .

Page 6: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

4.0 KAEDAH KAJIAN

4.1 Kaedah Pemerhatian

Melalui kaedah ini saya telah memerhatikan ciri fizikal, ciri budaya kawasan dan pelbagai jenis peniagaan,perkhidmatan dan kemudah sosial di kawasan kajian juga saya perhatikan.Selain itu,saya juga memerhatikan masalah dan kesan yang timbul sebalik aktiviti pelancongan.Pembuktian pemerhatian ini dibuat melalui pengambilan Foto yang berkaitan.

4.2 Kaedah Temubual

Saya telah menemubual beberapa pelancong tempatan dan asing,peniaga dan penduduk setempat tentang tarikan fizikal dan budaya yang adanya, dan masalah masalah yang timbul selepas aktiviti pelancongan serta cadangan.

4.3 Kaedah Rujukan Perpustakaan

Saya telah membuat beberapa rujukan kajian ke atas buku buku majalah dan surat khabar , Kamus Dewan Bahasa,Internet yang berkenaan dengan aktiviti pelancongan khususnya di Pantai Sri Tujuh ini.

Page 7: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

5.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 Aktiviti Pelancongan

5.1.1 BerkelahTapak pantai yang luas,landai, berpasir putih dan diteduhi oleh pokok

Rhu amat sesuai untuk aktiviti berkelah.Malahan,Pokok Rhu yang mengelilingi kawasan pantai ini telah meneduhkan pelancong yang sedang berkelah daripada terkena cahaya matahari yang panas.

Foto 1:Aktiviti berkelah

5.1.2 Sukan Air Pantai Sri Tujuh yang mempunyai 7 teluk dan mempunyai tasik buatan manusia.Air tasik buatan manusia ini kelihatan jernih,tenang dan dalam.Ciri fizikal ini amat sesuai dengan aktiviti sukan air ini.Di pantai Sri Tujuh juga mempunyai permainan berkayak dan jet ski.

Foto 2: Sukan Air

Page 8: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

5.1.3 Sukan Pantai Pantai Sri tujuh yang berpasir luas ,rata,berangin nyaman sesuai untuk permainan seperti futsal pantai ,bola tampar pantai serta golf pantai.Aktiviti memancing juga sesuai dilakukan di Pantai Sri Tujuh.Tasik di pantai ini mempunyai air yang bersih,dalam,malah ia juga mempunyai hidupan aquatik yang banyak.

Foto 2:Aktiviti Sukan Pantai

5.1.4 Muzium Muzium wau di Pantai Sri Tujuh merupakan sebuah pusat rujukan maklumat mengenai sejarah perkembangan dan seni kraftanganwau seluruh dunia. Pelancong akan berkesempatan mengenali pelbagai jenis wau yang asalnya dicipta oleh orang Melayu Muzium ini turut memaparkan pelbagai jenis wau seperti wau bulan ,wau kucing dan lain-lain.

Foto 4:Muzium Wau

Page 9: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

Foto 5 :Jenis wau di Muzium Wau

Page 10: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3

5.2 Jenis peniagaan ,perkhidmatan, dan kemudahan social di Pantai Sri Tujuh.Jadual 1: Jenis Perniagaan di Pantai Sri Tujuh.

Bilangan

Katagori Unit

1 Kedai kopi 42 Jualan ikan dan sayur 53 Kedai makanan laut 74 Kedai runcit 75 Restoran 23

Jadual 2 : Jenis perkhidmatan di Pantai Sri Tujuh

Bilangan

Katagori Unit

1 Klinik 22 Resort 43 Rumah tumpangan 14 Muzium wau 15 Sukan air (berkayak,berbasikal air) 1

Jadual 3 : Jenis kemudahan social di Pantai Sri Tujuh

Bilangan Katagori Unit1 Tandas 42 Pondok bas 23 Masjid 24 Dewan serbaguna/seminar 25 Futsal Pantai 16 Parking 57 Golf pantai 18 Taman permainan 29 Astaks 110 Pondok rehat 611 Tong sampah 612 Jeti nelayan 513 Gelangan bola tampar pantai 1

Page 11: Projek Pbs Geografi 2014 Sem3