kkbi pj sem3 lower trunk

Upload: fathin-mukhtar

Post on 08-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    1/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    1

    a) Prinsip Regangan

    Definisi Regangan

    Menurut Professor Zulkifli Kadir, bekas Timbalan Dekan Fakulti Sains

    Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara, regangan adalah aktivit

    memanjangkan serat otot dalam tempoh dan waktu tertentu.

    Regangan merupakan komponen yang amat penting dalam aktiviti

    memanaskan badan. Aktiviti regangan perlu dilakukan mengikut prosedur yang

    betul dan sistematik agar tidak berlaku kecederaan kepada bahagian bahagian

    badan dalaman mahupun luaran seperti tulang, otot, tendon, ligamen, sendi, kulit

    dan sebagainya. Oleh sebab itu, regangan mesti dilakukan mengikut kaedah dan

    prosedur yang betul disamping di bimbing oleh individu yang berpengalaman

    kerana setiap pergerakan regangan melibatkan aksi sendi, jenis jenis sendi

    dan otot otot tertentu khususnya otot - otot besar seperti seperti quadriceps,

    triceps, hamstring, deltoiddan sebagainya.

    Jenis Regangan

    Regangan terbahagi kepada dua iaitu statik dan bergerak. Regangan

    statik ditafsirkan melalui dua iaitu aktif dan pasif manakala regangan bergerak

    pula diklasifikasikan kepada tiga iaitu bergerak statik, bergerak dinamik dan

    bergerak ballistik. Regangan statik aktif bermaksud satu gerakan regangan

    dengan mengekalkan posisi tertentu tanpa bantuan melainkan otot agonis yang

    dikehendaki. Sebagai contoh untuk regangan otot hamstring (otot peha

    belakang) dan otot yang berlawanannya dikenali sebagai antagonis iaitu otot

    Quadriceps (otot peha depan) seperti dalam Rajah 1 .

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    2/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    2

    Rajah 1

    Pada kebiasaannya regangan aktif akan memberikan fleksibiliti dan

    kekuatan kepada otot agonis. Dan secara praktikalnya adalah sangat sukar

    untuk seseorang bertahan lebih daripada 10 saat. Regangan aktif sesuai untuk

    acara memanaskan badan. Menurut www.runtheplanet.com & Hillclimb Media

    (2008) regangan pasif pula dikenali sebagai relaxed stretching dan regangan

    statik-pasif. Ia adalah satu gerakan regangan dimana memerlukan badan untuk

    bertahan dalam sesuatu posisi dengan bantuan pihak ketiga atau menggunakan

    peralatan lain seperti getah senaman dan sebagainya. Regangan statik-pasif ini

    mampu mengurangkan rasa sengal otot dan sangat digalakkan dilakukan

    selepas melakukan latihan-latihan berat atau perlawanan. Dalam perkataan lain,

    regangan jenis ini sangat sesuai untuk regangan menyejukkan badan.

    Regangan bergerak secara statik bermaksud sejenis regangan yang

    dilakukan dengan durasi 6-60 saat. Regangan jenis ini dilakukan tanpa gerakan

    yang melebihi tahap maksimum sesuatu gerakan. Sewaktu gerakan rengangan

    ini akan memberi stimulasi kepada golgi tendon organ yang mengakibatkan

    stretch refleks. Regangan dinamik adalah sejenis regangan yang

    menggabungkan beberapa elemen seperti bergerak, momentum dan

    mengaktifkan otot tertentu ketika bergerak. Sebagai contoh walking lunges.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    3/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    3

    Regangan jenis ini dikatakan sangat berguna kepada pemain-pemain terutama

    sebelum pertandingan atau perlawanan. Hal ini kerana boleh mengurangkan

    ketegangan otot ketika bermain. Regangan bergerak yang ketiga ialah Ballistik.

    Regangan ballistik merupakan sejenis regangan yang menggabungkan

    regangan pasif dan dinamik. Regangan ini sangat teknikal dan memerlukan

    bantuan daripada professional. Secara praktikalnya, regangan ballistik dilakukan

    dengan gerakan yang pantas dimana terdapat 2 bounce dalam sesuatu

    pergerakan. Namun begitu, terdapat banyak pakar mendakwa regangan jenis ini

    mempunyai risiko kecederaan yang tinggi.

    Prinsip Regangan

    Robert J. Heimlech (1998) mengatakan bahawa regangan adalah

    komponen yang berbeza berbanding dengan memanaskan badan. Prinsip

    regangan boleh dilihat daripada pelbagai perspektif iaitu:

    1) International Amateur Athletic Federation (1993) menyatakan ada sembilan

    prinsip prinsip regangan

    y Regangan dimulakan dengan relaks supaya mengelakkan kekejangan

    otot berlaku. Ini menjelaskan bahawa otot otot telah diberi latihan

    pemanasan yang cukup sebelum melakukan sesuatu aktivit sukan seperti

    bola sepak, futsal dan sebagainya

    y Regangan bersifat sistematik. Dimulakan dari bahagian kepala hingga ke

    jari jari kaki atau dimulakan daripada bahagian tengah tubuh dan

    seterusnya ke bahagian tangan dan kaki

    y Kemajuan bersifat deduktif (umum kepada khusus). Latihan hendaklah

    dillakukan dengan menyeluruh terlebih dahulu sebelum melakukan latihan

    yang spesifik

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    4/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    4

    y Latihan regangan aktif diikuti pasif. Regangan dilakukan secara

    menyeluruh sebelum tenaga atau daya digunakan untuk regangan

    tambahan

    y Regangan bersifat variasi. Regangan dilakukan dengan cara dan gaya

    berbeza untuk bahagian bahagian tubuh tertentu.

    y Regangan dimulai dengan cara perlahan dan progresif. Latihan regangan

    dimulakan dengan gerakan mudah kepada kompleks untuk mengelakkan

    ketegangan dan kekejangan otot.

    y Jangan menahan nafas ketika regangan. Bernafas secara normal dan

    dalam keadaan tenang

    y Regangan berbeza mengikut kemampuan dan kesesuaian individu.

    Badan badan yang berbeza memerlukan penekanan regangan yang

    berbeza dan fleksibiliti yang berbeza.

    y Regangan dilakukan secara teratur.

    2) President Of Global Health And Fitness, Chad Tackett menyatakan terdapat

    empat prinsip regangan iaitu:

    y Gunakan regangan yang statik. Meliputi pergerakan perlahan, sederhana

    dan kawalan otot melalui tahap penuh gerakan. Kekerapan regangan

    akan membantu seseorang mengelakkan ketidakseimbangan otot,

    kekejangan dan kesakitan otot otot disebabkan oleh aktiviti harian serta

    senaman

    y Melakukan pemanasan badan sebelum regangan. Panaskan badan

    terlebih dahulu sebelum melakukan sebarabg aktiviti. Lakukan selama 5

    hingga 10 minit

    y Regangan dilakukan pada sebelum dan selepas aktiviti.

    sebelum untuk meningkatkan dimanik fleksibiliti dan mengurangkan

    risiko kecerderaan

    selepas mengurangkan kesakitan dan kekejangan otot untuk

    meningkatkan pembentukan struktur tisu otot.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    5/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    5

    y Regangan digabungkan dengan set pemberat. Selalu dilakukan jika masa

    tidak mencukupi dan terbatas.

    Panduan Regangan

    y Ketika regangan, libatkan kesemua komponen otot terutamanya otot

    besar

    y Lakukan sekurang kurangnya dua regangan berbeza pada setiap

    pergerakan sendi

    y Sebelum melakukan apa apa aktiviti fizikal, gunakan regangan sebagai

    sebahagian daripada langkah langkah pemanasan badan

    y Selepas melakukan aktiviti, sejukkan badan dengan regangan berintensiti

    sederhana

    y Jika otot mengalami kesakitan, lakukan regangan yang hanya bersifat

    ringan dua atau tiga kali menahan selama 5 hingga 10 saat setiap

    regangan

    y Secara majoritinya, regangan haruslah bersifat statik.

    y Pakai pakaian yang sesuai.

    y Elakkan daripada melakukan regangan dalam tempoh 2 jam selepas

    makan.

    y Minum air secukupnya.

    y Berhenti bila merasa semput atau sakit dada

    y Jangan lakukan regangan di tempat yang tidak selamat.

    y Jangan terus mandi selepas melakukan regangan.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    6/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    6

    b) Kelebihan Regangan

    y Meningkatkan batas pergerakan. Apabila otot telah menjadi elastik,

    otot berkebolehan untuk mengendur dengan lebih banyak. Apabila

    otot dapat mengendur lebih banyak, banyak pergerakan dapat

    dilakukan. Pergerakan yang terbatas mungkin dapat dilakukan

    apabila kita melakukan regangan terlebih dahulu. Contohnya,

    jangkauan melunjur.

    y Mengurangkan risiko kecederaan .Apabila otot telah diregangkan

    atau dilonggarkan, otot dapat mengendur dengan sempurna. Jika kita

    melakukan aktiviti yang lasak tanpa melakukan regangan, otot masih

    dalam keadaan sejuk dan tidak elastik. Jika otot diregangkan secara

    tiba-tiba, otot akan mengalami kejutan dan kita akan mengalami

    kecederaan dan kesakitan.

    y Mengelakkan kecederaan selepas bersukan. Dengan melakukan

    regangan, kecederaan selepas bersukan dapat dielakkan. Ini kerana

    otot akan mengendur dan otot telah mendapat haba dan oksigen

    yang cukup semasa regangan tadi. Jadi, otot akan bertindak dalam

    keadaan yang terbaik semasa bersukan. Oleh itu, kecederaanselepas bersukan dapat dielakkan.

    y Merehatkan otot. Apabila otot mengecut dan mengendur semasa

    melakukan aktiviti regangan otot akan dapat digunakan dengan

    sebaiknya dan tidak berada dalam keadaan terkejut apabila ia perlu

    mengendur atau mengecut.

    y Sendi-sendi bergerak dengan licin tanpa rintangan.

    y Mengurangkan dan mengelakkan penyakit Muskulo Skeletal.

    y Mengelakkan kecederaan pada otot tendon atau ligamen.

    y Membenarkan pergerakan aktif dan pergerakan maksima.

    y Mempercepatkan proses pembuangan kumuh supaya tidak terasa sakit

    atau ketegangan otot.

    y Melancarkan peredaran darah

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    7/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    7

    y Mengekalkan kelembutan dan postur badan yang baik

    y Meningkatkan fleksibiliti, stamina dan kekuatan otot. Keberkesanan

    bergantung kepada jumplah baya yang dikenakan ke atas otot.

    y Mengurangkan kesakitan otot. Lakukan regangan ringan jika mengalami

    kesakitan otot.

    y Berkebolehan untuk mengenakan daya maksimum melalui pergerakan

    y Mengelakkan masalah bahagian belakang badan.

    .

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    8/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    8

    c) Namakan 3 gerakan regangan dan prosedur gerakan regangan.

    Aktiviti regangan 1: Melentur ke belakang sambil berdiri (Extension)

    Prosedur

    1) Berdiri tegak dengan kaki terbuka paras bahu.

    2) Letakkan tangan di bahagian belakang pinggang.

    3) Dengan perlahan-lahan, bongkokkan badan ke belakang mengikut

    kemampuan

    4) Condongkan kepala ke belakang

    5) Dalam keadaan yang sama, lurutkan tangan melepasi pinggul dan kaki

    mengikut kemampuan

    6) Kekal dalam keadaan tersebut dalam kiraan 6 saat.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    9/23

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    10/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    10

    Aktiviti 3 : Mengiring ke kiri sambil berdiri (Lateral flexion)

    Prosedur :

    1. Berdiri tegak dengan kaki terbuka paras bahu.

    2. Letakkan tangan di bahagian tepi pinggang.

    3. Dengan perlahan-lahan, bongkokkan badan ke kiri mengikut kemampuan.

    4. Condongkan kepala ke kiri.

    5. Dalam keadaan yang sama, lurutkan tangan ke bawah dalam keadaan

    bebas mengikut kemampuan

    6. Kekal dalam keadaan tersebut dalam kiraan 6 saat

    *Semasa mengiring ke kiri, tangan kiri boleh diletakkan di atas pinggang

    manakala tangan kanan dilunturkan di atas kepala ke arah kiri juga.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    11/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    11

    e) Bahagian-bahagian yang terlibat dalam sistem otot semasa aktiviti

    regangan dilakukan

    Aktiviti 1: Melentur ke belakang sambil berdiri (Extension)

    Bahagian otot yang paling banyak direngangkan :

    1) Rectus abdominis

    2) External oblique

    3) Internal oblique

    Bahagian otot yang kurang direngangkan :

    1) Quadrates lumborum

    2) Psoas major

    3) Iliacus

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    12/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    12

    Aktiviti regangan 2 : Melentur ke hadapan sambil berdiri (Flexion)

    Bahagian otot yang paling banyak direngangkan :

    1) Iliocostalis lumborum

    2) Multifidus

    Bahagian otot yang kurang direngangkan :

    1) Interspinales

    2) Rotators

    3) Spinal thoracis

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    13/23

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    14/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    14

    f) Kreativiti dan variasi dalam regangan

    Aktiviti regangan : Melentur ke belakang (Extension)

    i. Sambil baring ke belakang

    Prosedur:

    1) Baring di atas lantai di atas bahagian belakang badan.

    2) Letakkan satu gulung tuala di antara celahan kecil belakang badan

    dengan lantai.

    ii. Sambil baring ke hadapan

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    15/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    15

    Prosedur:

    1) Menerap menghadap lantai

    2) Letakkan kedua-dua tapak tangan ke bawah, jari diletakkan di tepi

    pinggang dan menghala ke arah hadapan.

    3) Dengan perlahan-lahan, lengkungkan bahagian belakang badan ke atas.

    4) Pada waktu yang sama, angkat kepala dan dada dari lantai.

    5) Ampu badan dengan telapak tangan.

    Aktiviti regangan : Melentur ke hadapan (Flexion)

    i) Sambil duduk

    Prosedur:

    1) Duduk tegak di atas kerusi dengan kaki dibuka sedikit.

    2) Dengan perlahan-lahan, bongkokkan badan ke hadapan sehingga

    mampu.

    3) Tangan diletakkan di sisi badan.

    4) Pastikan pinggul dan peha tidak terangkat.

    *Kaki boleh diselitkan di belakang kerusi.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    16/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    16

    Aktiviti 3 : Mengiring ke kiri dan kanan (Lateral flexion)

    i) Berdiri sambil memegang dinding

    Prosedur:

    1) Berdiri tegak dengan kaki dirapatkan bersebelahan dengan dinding kira-

    kira satu lengan panjang.

    2) Letakkan tapak tangan kiri di dinding kira-kira paras bahu, dan letakkan

    tangan kanan di sisi pinggang.

    3) Dengan perlahan-lahan, lenturkan pinggang ke arah dinding dan pastikan

    kaki sentiasa lurus.

    4) Gunakan tangan kanan untuk menolak pinggang kanan menghala ke

    dinding.

    5) Ulang pergerakan yang sama ke arah kanan.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    17/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    17

    ii) Sambil duduk

    Prosedur:

    1) Duduk tegak di atas kerusi

    2) Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang kepala

    3) Siku ditegakkan di atas bahu

    4) Condongkan kepala ke bahagian sebelah kanan bersama-sama dengan

    tangan

    5) Kemudian kembali ke posisi asal

    6) Ulang langkah 3 ke sebelah kiri

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    18/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    18

    iii) Sambil duduk dan melentur ke bawah

    Prosedur :

    1) Duduk tegak di atas kerusi dengan kaki terbuka

    2) Gerakkan badan dan kepala ke bawah

    3) Bongkokkan badan dan kepala sehingga ke lutut kanan secara perlahan-

    lahan

    4) Kemudian kembali ke posisi asal

    5) Ulangi langkah 2-3 menggunakan lutut kiri

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    19/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    19

    Rumusan dan cadangan

    Secara ringkasnya, terdapat tiga pergerakan regangan untuk bahagian

    lower trunk iaitu melentur ke belakang(extensions), membengkok ke hadapan

    (flexions) dan melentur ke kiri dan kanan (lateral flexions). Ramai orang yang

    mengalami masalah otot belakang telah mendapati regangan ini membantu

    mereka untuk melegakan sakit belakang.

    Semasa melakukan ketiga-tiga regangan ini, terdapat beberapa perkara

    yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah, ramai orang telah salah faham

    bahawa untuk melegakan sakit belakang, mereka perlu melengkung ke belakang

    (hyperextensions), walaubagaimanapun tindakan ini adalah salah. Ini kerana ia

    hanya melibatkan otot abdomen (abdominal muscles) sahaja. Hyperextension

    dan hyperflexions) adalah sangat bahaya terutama sekali kepada orang yang

    menghadapi lemah otot abdomen, peha dan pinggul. Selain itu, pastikan kita

    tidak overstreching kerana ia boleh menjadikan sakit-sakit otot. Ia juga boleh

    mengurangkan muscle tone badan. Sebaik-baiknya, lakukan regangan

    sehingga mampu sahaja tetapi berterusan.

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    20/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    20

    Refleksi

    Alhamdulillah, bersyukur kepada tuhan kerana berjaya menyiapkan

    tugasan pada kali ini. Teriam kasih diucapkan kepada semua yang terlibat

    secara lansung dan tidak lansung termasuk pensyarah kami, Encik Zulkifli binAhmad dan terutama sekali rakan-rakan sekumpulan.

    Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak perkara dan pengetahuan baru

    yang saya telah pelajari. Antaranya ialah jenis-jenis dan prinsip-prinsip

    regangan, jenis-jenis otot terutama sekali otot-otot di bahagian lower trunk dan

    perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa melakukan sesuatu aktiviti

    regangan. Selain itu, saya juga belajar cara melakukan regangan dengan betul

    dan kepentingan membuat aktiviti regangan sebelum melakukan sesuatu aktiviti

    yang lebih lasak. Pengetahuan ini sangat berguna kerana saya dapat

    mempraktikkan apa yang telah saya pelajari ini dalam usaha menjadi seorang

    rakyat Malaysia yang lengkap dari segi jasmani seperti yang terkandung dalam

    Falsafah Pendidikan Negara.

    Selain daripada pengetahuan baru yang diperoleh daripada tugasan ini,

    secara tidak lansung saya juga belajar mengenai beberapa penting. Sebagai

    contoh, kerjasama dalam kumpulan dan tanggungjawab setiap ahli kumpulan

    dalam menyiapkan tugasan yang telah dibahagikan. Ini sangat penting kerana

    jika masing-masing tidak amanah dengan tugasan yang telah diberikan, banyak

    masalah yang akan timbul.

    Akhir sekali, saya sangat berharap segala yang telah saya pelajari dalam

    menyiapkan tugasan ini akan memberi kelebihan dan kebaikan kepada saya

    kelak terutama sekali semasa bergelar seorang guru. Mudah-mudahan tugasan

    pensyarah yang berkenaan akan berpuas hati dengan hasil usaha kami bertiga.

    Sekian, terima kasih.

    NUR FATHIN IZZATI BINTI MUKHTAR

    891205-02-5562

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    21/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    21

    Refleksi

    Tugasan khusus Anatomi dan Fisiologi pada semesta ini sangat menarik.

    Ini kerana terdapat banyak pengertahuan baru yang dapat kami pelajari semasa

    menyiapkan tugasan ini..

    Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak perkara dan pengetahuan baru

    yang saya telah pelajari. Antaranya ialah prinsip dan panduan regangan,

    kelebihan-kelebihan regangan dan jenis-jenis otot terutama sekali otot-otot di

    bahagian lower trunk dan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa

    melakukan sesuatu aktiviti regangan. Untuk menghasilkan tugasan yang baik,

    saya telah berusaha mendapatkan semua maklumat yang diperlukan dari

    pelbagai sumber terutama sekali dari laman web yang bersesuaian.

    Selain daripada pengetahuan baru yang diperoleh daripada tugasan ini,

    secara tidak langsung saya juga belajar mengenai beberapa penting. Sebagai

    contoh, nilai-nilai murni yang ingin diterapkan dalam tugasan ini iaitu

    berkerjasama dalam kumpulan. Kami telah membahagikan tugasan kepada

    setiap ahli kumpulan dan setiap ahli mesti menyiapkan tugasan yang diberikan

    pada masa yang ditetapkan dengan baik. Alhamdulillah, kami berpuas hati

    dengan tugasan ini.

    Sekalung penghargaan diberikan kepada semua yang terlibat antaranya

    Encik Zulkifli bin Ahmad, rakan-rakan sekelas dan terutama sekali ahli-ahli

    kumpulan. Akhir sekali, saya sangat berharap segala yang telah saya pelajari

    dalam menyiapkan tugasan ini akan memberi kelebihan dan kebaikan kepada

    saya kelak terutama sekali semasa bergelar seorang guru.

    Sekian, terima kasih.

    NUR RAZAN BINTI MANSOR

    900705-13-6682

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    22/23

  • 8/6/2019 Kkbi Pj Sem3 Lower Trunk

    23/23

    ANATOMI DAN FISOLOGI PJM 3106

    23

    Rujukan

    Anonymous, Regangan dalam bola sepak,

    http://abscergas.blogspot.com/2009/05/regangan-dalam-bolasepak-

    bahagian-2.html

    Anonymous,Dewasa,

    http://portal.imateradigital.com/myhealth/bm/dewasa_content.jsp?lang=de

    wasa&sub=0&bhs=may&storyid=1186995513643#benefit

    Anonymous, Bersenam mesti mula dengan regangan,

    http://anizyn.blogspot.com/2008/08/bersenam-mesti-mula-dengan-

    regangan.html

    Anonymous, Information for track & field/ athletics coaches lower trunk,

    http://coachr880.com/id139.html