kkbi new

47
1.0 ULUM AL-QURAN 1.1 Pengenalan Ungkapan Ulum al-Quran menjadi nama bagi suatu disiplin ilmu dalam kajian Islam yang penting untuk membolehkan seseorang memahami dan mentafsirkan apa yang terdapat di dalam al-Quran dengan baik dan sempurna. Ulum al-Quran adalah dua kalimah atau idafah yang terdiri daripada perkataan Ulum membawa maksud kumpulan dari sejumlah pengetahuan ilmiah manakala al-Quran pula dinyatakan sebagai nama khusus yang ditujukan kepada kumpulan wahyu ALLAH yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Ab Latif Muda & Rosmawati Ali, 2013) Menurut as-Suyuti, Ulum al-Quran ialah suatu bidang dan ilmu yang membicarakan tentang al-Quran dari sudut penurunannya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang berkaitan dengannya (Muhammad Abu al-Fadl Ibrahim, 1988). Menurut Manna’ al-Qatthan (1972), Ulum al-Quran merupakan ilmu yang mencakupi perbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan al-Quran dari segi pengetahuan tentang asbab nuzulnya, pengumpulan dan tertib penulisan al-Quran, ayat-ayat yang diturunkan di Makkah dan ayat- ayat yang diturunkan di Madinah dan hal-hal yang berkaitan dengan al-Quran. Al-Zarqani (1980) pula berpendapat, Ulum al-Quran ialah ilmu yang mempelajari tentang al-Quran itu sendiri, sama ada sudut penurunan, pengumpulan, pembukuan, pembacaan, pentafsiran, i’jaz, nasikh dan mansukh juga semua perkara yang berkaitan dengan al- Quran. 1

Upload: nurul-shahida-mohd-azilah

Post on 09-Jul-2016

234 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kkbi new

1.0 ULUM AL-QURAN1.1 Pengenalan

Ungkapan Ulum al-Quran menjadi nama bagi suatu disiplin ilmu dalam kajian Islam yang

penting untuk membolehkan seseorang memahami dan mentafsirkan apa yang terdapat di

dalam al-Quran dengan baik dan sempurna.

Ulum al-Quran adalah dua kalimah atau idafah yang terdiri daripada perkataan Ulum

membawa maksud kumpulan dari sejumlah pengetahuan ilmiah manakala al-Quran pula

dinyatakan sebagai nama khusus yang ditujukan kepada kumpulan wahyu ALLAH yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW (Ab Latif Muda & Rosmawati Ali, 2013)

Menurut as-Suyuti, Ulum al-Quran ialah suatu bidang dan ilmu yang membicarakan

tentang al-Quran dari sudut penurunannya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan

lain-lain yang berkaitan dengannya (Muhammad Abu al-Fadl Ibrahim, 1988).

Menurut Manna’ al-Qatthan (1972), Ulum al-Quran merupakan ilmu yang mencakupi

perbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan al-Quran dari segi pengetahuan tentang

asbab nuzulnya, pengumpulan dan tertib penulisan al-Quran, ayat-ayat yang diturunkan di

Makkah dan ayat-ayat yang diturunkan di Madinah dan hal-hal yang berkaitan dengan al-

Quran.

Al-Zarqani (1980) pula berpendapat, Ulum al-Quran ialah ilmu yang mempelajari

tentang al-Quran itu sendiri, sama ada sudut penurunan, pengumpulan, pembukuan,

pembacaan, pentafsiran, i’jaz, nasikh dan mansukh juga semua perkara yang berkaitan

dengan al-Quran.

Ulum al-Quran menurut pula Abu Syahbah ialah beberapa pemahaman yang

berkaitan dengan al-Quran dari sudut turunnya, urutan penulisan, pembukuan, cara

membaca, kemukjizatan, nasikh dan mansukh serta lainnya.

Al-Quran merupakan sumber pelbagai jenis ilmu pengetahuan. Walaupun pengertian

Ulum al-Quran dijelaskan dengan maksud yang berbeza, namun semuanya masih

membawa maksud yang sama. Justeru, dapatlah disimpulkan bahawa Ulum al-Quran

merupakan segala ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.

Segala ilmu yang disentuh di dalam al-Quran sama ada secara langsung atau tidak

langsung adalah termasuk dalam kajian Ulum al-Quran sekali gus membuktikan al-Quran

adalah kitab hidayah dan ‘ijaz.

1

Page 2: kkbi new

1.2 Pengertian I’jaz al-Quran

Para rasul datang berserta mukjizat masing-masing untuk mencabar umat mereka

mengikut ilmu yang muncul pada sesuatu zaman. Ini selari dengan sebab utama ALLAH

mendatangkan mukjizat kepada para rasul-Nya untuk melawan adat kebiasaan hidup

manusia. Dalam erti kata lain juga, mukjizat bertujuan membenarkan dakwah yang dibawa

yang menyebabkan manusia tidak mampu melawannya bahkan lemah untuk

menandinginya. (Ab Latif Muda & Rosmawati Ali, 2013)

Kemukjizatan al-Quran secara umumnya ada beberapa perkara iaitu dari segi

susunan ayat dan bahasanya, kandungan ilmu pengetahuan dan ramalan yang diungkapkan

telah terbukti kebenarannya. Walaupun perkataan I’jaz merupakan istilah yang baru muncul

dalam sejarah umat Islam, namun, ia merupakan salah satu pecahan daripada ilmu al-

Quran.

I’jaz dari segi bahasa berasal daripada perkataan

yang bererti melemahkan, membuktikan kelemahan, menetapkan kelemahan atau

menjadikan tidak mampu. Firman ALLAH SWT :

Maksudnya : …(Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah

serta bodohnya aku, Aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya Aku

dapat menimbuskan mayat saudaraku?"

(Surah al-Maidah 5 : 31)

Pada dasarnya Mu’jiz itu adalah ALLAH yang menyebabkan selain-Nya lemah.

Sebagai bentuk mubalaghah atau penegasan kebenaran berita iaitu betapa lemahnya orang-

orang yang didatangi rasul untuk menentang mu’jiz tersebut. (Ab Latif Muda & Rosmawati

Ali, 2013)

I’jaz yang ditakrifkan oleh ulama’ dari sudut istilah, antaranya ialah sebuah perkara

luar biasa yang muncul pada diri seorang yang mengaku dirinya sebagai nabi dan rasul yang

tidak mampu dilakukan oleh sesiapa pun yang mengingkarinya.

As-Suyuti pula menyatakan bahawa I’jaz bermaksud perkara yang menyalahi adat

yang disertai dengan mencabar serta bebas daripada segala bentuk penentangan iaitu

2

�عجزا- ) عجز- يعج�ز– إ(معج�زة

Page 3: kkbi new

memperlihatkan kelemahan orang Arab terhadap mukjizat al-Quran dan kelemahan orang-

orang yang datang sesudah mereka.

Ada juga yang berpendapat bahawa I’jaz al-Quran merupakan suatu ilmu yang

berbicara dan membahaskan tentang kekuatan susunan lafaz juga kandungan al-Quran, di

mana semua itu mampu melemahkan dan mengalahkan pakar bahasa Arab dan selainnya.

(Ab Latif Muda & Rosmawati Ali, 2013)

Berdasarkan pengertian tersebut, dapat disimpulkan bahawa I’jaz al-Quran adalah

nilai kemukjizatan yang terdapat di dalam al-Quran untuk membuktikan kerasulan Nabi

Muhammad SAW sekali gus ketidakmampuan orang Arab untuk menandingi mukjizat Nabi

Muhammad SAW.

Maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian

manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan

mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat

membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka

bantu-membantu sesama sendiri".

(Surah al-Mu’min 40 : 57)

Ini membuktikan bahawa al-Quran tidak mungkin dapat ditandingi manusia mahupun

seluruh makhluk di alam semesta ini untuk menandingi keunggulan al-Quran dengan

mendatangkan sesuatu yang serupa dengannya baik dalam ilmu yang terkandung di

dalamnya atau syariat yang dibawakan dalam menjaga kepentingan manusia.

Ketidakmampuan manusia untuk menandinginya tidak mengenal batas waktu.

Mukjizat ini ALLAH SWT kurniakan kepada para Nabi dan Rasul-nya dan orang-

orang yang biasa tidak mungkin dan tidak akan sanggup mendatangkan apa yang telah

didatangkan oleh mereka yang nyata-nyata telah memperkenalkan bahawa dirinya itu adalah

seorang Nabi dan pesuruh ALLAH SWT (Noraine Abu, 2008).

1.3 Perkaitan I’jaz al-Quran1.3.1 Aspek Sains

3

Page 4: kkbi new

Kemukjizatan al-Quran berlegar di sekitar kehidupan manusia seperti haiwan, tumbuhan,

laut, Bumi adalah merupakan bukti kukuh bahawa ALLAH SWT yang telah mencipta entiti-

entiti ini. Ini bertujuan untuk merenung dan meneliti semua makhluk yang ada di muka Bumi

ini sebagai bukti kebenaran akan kewujudan dan kekuasaan ALLAH SWT.

Para pengkaji telah mengenal pasti bahawa terdapat ratusan ayat Al-Quran yang

membicarakan tentang hukum alam yang telah ditentukan oleh ALLAH SWT serta sistem

yang berlaku kepada segala ciptaannya ini. Ayat-ayat berkaitan fenomena alam ini mengajak

manusia berfikir dan seterusnya mendekatkan diri kepada ALLAH SWT sebagai pencipta.

Seperti firman ALLAH SWT :

Maksudnya : Sesungguhnya, penciptaan langit dan Bumi lebih besar

(dan lebih menakjubkan) daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan

manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui.

(Surah al-Mu’min 40 : 57)

1.3.1.1 Putaran dan Peredaran Bumi dan Mataharia) Pandangan Sejarawan

Sejak zaman dahulu, manusia selalu beranggapan bahawa Bumi yang dipijak ini dalam

keadaan yang tidak bergerak akan tetapi, bintang-bintang yang menghiasi langitlah yang

berputar mengelilinginya. Teori ini dilontarkan oleh Claudius Ptolemaus dan didokong oleh

ramai ilmuwan ketika itu.

Phytogoras, ahli falsafah Yunani kuno membenarkan teori putaran Bumi akan tetapi

ia juga tidak dapat membuktikan teorinya ini sampai akhirnya pada akhir abad 16, seorang

ahli astronomi berbangsa Itali yang dikenali sebagai Galileo berjaya membuat teleskop untuk

melihat gerakan Bumi.

Kemudian, muncul Johanes Kapler, seorang ahli astronomi yang berjaya

mengemukakan bukti-bukti ilmiah tentang peredaran Bumi dan semua benda-benda langit

seperti bintang, planet beredar pada garisan orbit masing-masing.

b) Fakta Ilmiah

Bumi merupakan planet ketiga yang paling dekat dengan matahari. Bumi menyelesaikan

satu kali putaran mengelilingi matahari dalam 360 hari lebih seperempat hari. Bumi memiliki

4

Page 5: kkbi new

dua jenis gerakan peredaran iaitu gerakan berputar pada paksinya sendiri dan gerakan

berputar mengelilingi matahari.

Bumi berputar pada dua titik di permukaannya. Titik tersebut bertentangan di antara

satu sama lain di kedua-dua hujung Bumi. Satu di bahagian atas Bumi yang dikenali sebagai

Kutub Utara. Satu lagi di bahagian bawah Bumi dikenali sebagai Kutub Selatan. Cuaca di

Kutub Utara dan Kutub Selatan sangat sejuk kerana permukaan kedua-dua kutub ini diliputi

ais dan salji.

Selain itu, Bumi juga beredar pada paksinya sendiri selama 23 jam 56 minit 4, 096

detik untuk satu kali gerakan dari barat ke timur yang menyebabkan timbulnya fenomena

astronomi iaitu kejadian siang dan malam, perbezaan waktu di permukaan Bumi yang

berbeza menurut terbit dan tenggelamnya matahari serta munculnya daya “centrifugal” yang

menyebabkan pemekaran Bumi di daerah khatulistiwa.

Kecepatan peredaran Bumi di daerah khatulistiwa mencapai sekitar 465 m/ detik dan

kecepatan ini kemudian semakin berkurangan selari dengan garis lintang utara yang hanya

mencapai 312/m detik di garis lintang. Kecepatan ini juga hilang pada kedua daerah kutub.

c) Aspek Kemukjizatan Al-Quran

Aspek kemukjizatan yang terkandung dalam ayat al-Quran ini terletak pada isyarat yang

menunjukkan bahawa Bumi beredar pada paksinya seperti firman ALLAH SWT:

Maksudnya : Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau

menyangkanya ia tetap membeku (tetap di tempatnya), padahal ia bergerak

cepat seperti bergeraknya awan. Demikianlah perbuatan ALLAH yang telah

membuat tiap - tiap sesuatu dengan rapi dan sebaik-baiknya. Sesungguhnya

ALLAH amat mendalam pengetahuannya akan apa yang kamu lakukan.

(Surah an-Naml 27 : 88)

Ayat ini memberikan garis bahawa semua benda yang tunduk pada daya graviti bumi

mengikuti pergerakan putaran Bumi pada paksinya setiap hari dan beredar mengelilingi

matahari pada setiap tahun. Al-Quran juga menyatakan Bumi dan matahari berputar dan

tidak pegun. Sebagai contoh, firman ALLAH SWT:

5

Page 6: kkbi new

Maksudnya : Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang,

serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat

edaran masing-masing (di angkasa lepas).

(Surah al-Anbiya’ 21 : 33)

Perkataan berenang pada asalnya berkaitan dengan perbuatan seseorang yang

bergerak dalam air melalui pergerakan anggota badannya. Begitulah kiasannya dengan

matahari dan bulan. kedua-duanya bergerak sendiri di angkasa. Perkataan falak yang

digunakan yang membawa maksud bulat seperti sfera, menunjukkan matahari dan bulan

bergerak dalam bulatan.

Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibn Kathir menukilkan pandangan sahabat Abdullah

bin Abbas yang mengatakan “Malam dan siang, matahari dan bulan beredar dalam bulatan

sebagaimana beredarnya rahat ketika menggulung benang”. Mengikut Kamus Dewan, rahat

ialah alat bulat seumpama roda yang digunakan bagi menggulung benang. Pentafsiran ini

menunjukkan para sahabat di zaman Nabi sudah berpegang dengan pendapat matahari dan

bulan berputar dalam bulatan di atas paksinya sendiri. (Danial Zainal Abidin, 2011)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang

statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu. Seperti firman ALLAH SWT :

Maksudnya : Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat ang ditetapkan

baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengetahui.

(Surah Yaasin 36 : 38)

Selain matahari, semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem

graviti matahari juga turut bergerak pada jarak yang sama. Ternyata alam semesta dipenuhi

dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Quran :

Maksudnya :Demi langit yang mempunyai jalan yang pelbagai bentuk keadaannya.

(Surah adz- Dzariyaat 51 : 7)

6

Page 7: kkbi new

Suatu yang pasti, ketika al-Quran di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang

teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan

kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden.

Adalah mustahil pada ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit

'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran.

Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Quran

yang diwahyukan ketika itu kerana Al-Quran sebenarnya adalah kalam Tuhan. Kesemua ini

menampakkan al-Quran adalah sebuah kitab yang begitu saintifik kerana kenyataan-

kenyataan ini adalah selari dengan penemuan semasa.

1.3.2 Aspek Bahasa Arab

Penurunan al-Quran telah mencabar sasterawan Arab zaman Jahiliah dalam

pelbagai aspek seperti aspek bahasa yang tidak dapat ditandingi bahkan mereka pula

tertarik dengan bahasa yang digunakan. Sejarah telah membuktikan bahawa orang Arab

yang pakar dalam bahasa juga sastera gagal menandingi al-Quran.

Pemimpin Quraisy pernah mengutuskan al-Walid bin al-Mughirah, salah seorang

sasterawan ulung pada zaman tersebut untuk berunding dengan baginda SAW. Beliau

menawarkan kuasa, harta dan wanita kepada Rasulullah agar menghentikan dakwah

baginda SAW. Lantas Nabi menjawab dengan membacakan surah Fussilat ayat 1-13

kepada al-Walid.

Setelah mendengar ayat tersebut, ia bagaikan sesuatu yang menyentap sanubari al-

Walid sehingga menjadikan beliau kelu dan tercengang. Sebaik sahaja kembali kepada Abu

Jahal, beliau mengatakan “Aku tidak pernah mendengar rangkaian kata-kata seindah itu. Di

mana ia buka syair, bukan sihir atau kata-kata tukang tenung. Sesungguhnya al-Quran itu

ibarat pohon yang daunnya rendang, akarnya terpacak ke dalam tanah. Susunan kata-

katanya manis dan enak didengar. Itu bukan ciptaan manusia. Al-Quran adalah tinggi, tidak

ada yang lebih tinggi dari itu dan sungguh ia dapat mengalahkan segala yang di bawahnya.”

Selain itu, sejarah telah mengemukakan kisah Abdullah Ibn al-Muqaffa’ yang

merupakan salah seorang sasterawan terkenal pada zamannya. Beliau pernah disuruh oleh

kaum Zindik agar membuat sebuah karya dalam tempah setahun untuk menandingi al-

Quran. Akhirnya, tugasan tersebut tidak dapat disempurnakan dan beliau mengaku tidak

mampu dan tidak sanggup.

7

Page 8: kkbi new

Begitu juga, dengan Musailamah al-Kazzab yang mengaku dirinya sebagai nabi

pernah mencipta dan menggubah sesuatu yang mirip dengan ayat al-Quran. Antara

gubahan yang dibuat untuk menandingi al-Quran antaranya ialah tentang katak.

�نت ض�فدعين� نقي ما تناق�ين أعالك� ف�ى الماء� و يا ض�فدع بأسفلك� ف�ى الطين�

Maksudnya : Wahai katak, anak dari dua katak. Bersihkan apa saja yang akan

engkau bersihkan. Bahagian atas engkau di air dan bahagian bawah engkau di tanah.

Seorang sasterawan, al-Jahiz dalam karyanya al-Hayawan menyebut, “Alangkah

aibnya gubahan yang dikatakannya sebagai ungkapan yang sama dengan al-Quran, yang

dikatakannya diturunkan kepadanya sebagai wahyu.”

Selepas itu, diriwayatkan bahawa Musailamah mengoyak dan melemparkan apa

yang telah dia kumpulkan dan berasa malu untuk muncul di khalayak ramai. Selepas

peristiwa itu, dia mengucapkan kata-katanya yang masyhur, “ Demi ALLAH, sesiapapun

tidak akan mampu mendatangkan sesuatu yang sama dengan al-Quran.”

a) Penggunaan perkataan dan kalimah serta susunan perkataan dan struktur ayat

Al-Quran menggunakan kalimah yang ringkas tetapi jelas maknanya. Segala

perkataan atau kalimah yang digunakan tidak asing dari sudut pendengaran, mudah

diucapkan serta tidak berat apabila didengar. Selain itu, al-Quran juga seimbang dalam

penggunaan perkataannya sebagai contoh penggunaan kalimah al-Hayah atau kehidupan

dengan antonimnya al-Maut atau kematian digunakan sebanyak 145 kali di dalam al-Quran.

Keseimbangan lain yang bersifat khusus ialah penggunaan kalimah Yaum atau hari dalam

bentuk mufrad sebanyak 365 kali sesuai dengan jumlah hari dalam setahun.

Dari sudut keindahan susunan perkataan dan struktur ayat di dalam al-Quran,

terdapat beberapa perkara yang sangat menakjubkan antaranya ialah singkat namun padat.

Nada dan irama serta ketepatan maknanya malah memberikan keindahan ketika dibaca dan

tenteram jiwa ketika membaca atau mendengarnya. Gaya bahasanya mudah difahami dan

mendalam. Ekoran gaya bahasa sedemikian, Sayidina Umar al-Khattab telah memeluk

Islam apabila mendengar bacaan surah Taha yang dibaca oleh adiknya ketika itu.

b) Fasahah dan Balaghah al-Quran

8

Page 9: kkbi new

Kemukjizatan al-Quran dari sudut bahasa melibatkan juga aspek Fasahah dan

Balaghah al-Quran. Pengertian al-Fasahah pada bahasa ialah jelas dan terang. Manakala

daripada segi istilah ia bermaksud mudah difahami. Al-Balaghah pada bahasa pula bererti

sampai kepada sesuatu. Pada istilah ia bermaksud menyampaikan sesuatu pengertian ke

hati dengan cara yang sebaik-baiknya.

Perbezaan antara al-Fasahah dan al-Balaghah sepertimana disebut oleh al-Khafaji di

dalam “Sirr al-Fasahah” bahawa al-Fasahah berkait langsung dengan lafaz, sementara al-

Balaghah ialah sesuatu yang berkait dengan makna atau pengertian. Al-Quran banyak

menggunakan beberapa perkataan yang berkaitan dengan balaghah antaranya Tasybih,

Isti’arah, Majaz atau metafora juga Mathal atau perumpamaan. Firman ALLAH SWT:

Maksudnya : Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

(Surah al-Qari’ah 101 : 5)

Ungkapan yang memperlihatkan sesuatu itu sama dengan sesuatu yang lain dalam

satu atau beberapa ciri atau sifat. Bulu yang dihamburkan itu sebagai perumpamaan

gunung-ganang yang telah hancur lebur berserakan di mana di dalam ayat tersebut terdapat

tasybih. Musyabbah atau yang diserupakan dan musyabbah bih atau yang diserupakan

dengannya yang mana keduanya mempunyai sifat yang sama seperti gunung dengan bulu.

Al-Quran mempunyai gaya bahasa khas yang jauh berbeza dengan gaya bahasa

masyarakat Arab. Pemilihan kosa kata di dalamnya bukan suatu kebetulan melainkan

mempunyai nilai falsafah bahasa yang tinggi dan jauh berbeza dengan penggunaan kosa

kata bahasa Arab dalam kalangan pujangga Arab yang lain.

Selain daripada itu, kemukjizatan al-Quran dari aspek ini boleh dilihat daripada segi

susunan huruf, kalimah dan ayat-ayatnya yang disebut sebagai al-Nazm al-Qurani. Dalam

konteks ini, kita dapati al-Quran mempunyai keselarasan antara susunan katanya yang

diungkapkan dengan mesej yang hendak disampaikan.

1.3.3 Aspek Perkhabaran Masa Akan Datang

Perkhabaran dan penjelasan al-Quran meliputi kewujudan perkara ghaib yang tidak dapat

dilihat manusia seperti malaikat, jin, syaitan, syurga, neraka, hari kiamat dan lain-lain lagi. Al-

Quran turut menyatakan dan peristiwa semasa serta terkini. Perkara ini akan berlaku pada

masa akan datang dan ianya benar-benar berlaku apabila tiba masanya.

9

Page 10: kkbi new

Peristiwa-peristiwa yang dikhabarkan ini hanya dapat diketahui oleh ALLAH SWT

sahaja dan tidak mungkin bagi akal manusia untuk menanggapi atau mengetahuinya.

Rasulullah SAW sendiri pernah menyatakan bahawa Baginda tidak mengetahui apa-apa pun

mengenai perkara-perkara ghaib melainkan setelah dikhabarkan oleh ALLAH melalui wahyu

yang diturunkan kepada Baginda SAW.

1.3.3.1 Hari Kiamat

Hari kiamat ialah suatu hari berlakunya peristiwa kehancuran yang terbesar bagi alam

semesta ini yang terdiri daripada langit dan bumi serta segala apa yang terdapat di antara

keduanya. Peristiwa ini akan menamatkan seluruh sistem alam dan cakerawala. Persoalan

mengenai bilakah akan berlakunya hari kiamat adalah suatu daripada rahsia yang ALLAH

sembunyikan dari pengetahuan makhluk-Nya. Tiada siapa pun yang mengetahui melainkan

ALLAH yang Maha Esa. Al-Quran telah menyatakan berkali-kali tentang perkara ini. Antara

firman ALLAH yang menjelaskan tentangnya ialah :

Maksudnya : Dan mereka berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu,

jika betul kamu orang-orang yang benar?". Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu pengetahuan

(tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi ALLAH, dan sesungguhnya aku

hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".

(Surah Maryam 19 : 67-68)

Rasulullah SAW juga telah menerangkan dalam hadith baginda semasa baginda

ditanya oleh malaikat Jibril, “Bilakah hari kiamat itu?” Lantas baginda menjawab, “Tidaklah

yang ditanya itu lebih mengetahui berbanding dengan yang bertanya.” (Hadith sahih riwayat

Bukhari dan Muslim)

Permasalahan kiamat ini termasuk dalam perkara ghaib yang tidak dapat dijangkau

oleh sesiapa pun. Seorang Muslim haruslah bergantung sepenuhnya kepada perkhabaran

sahih sama ada daripada al-Quran mahu pun hadith Rasulullah SAW. Sebagai contoh,

terbitnya matahari di barat merupakan salah satu daripada tanda-tanda yang telah

dinyatakan dengan jelas sekali di dalam al-Quran dan hadith.

Baginda SAW telah menyatakan bahawa hari kiamat itu tidak akan berlaku melainkan

sesudah terbitnya matahari di sebelah barat. Maksud terbitnya matahari di sebelah barat

ialah matahari seperti yang kita lihat pada hari ini akan muncul di ufuk barat pada waktu pagi

10

Page 11: kkbi new

sebagai ganti arah timur pada kebiasaannya. Pada waktu itu, ALLAH telah menjadikan

peredaran bumi ini terbalik daripada putaran yang asal mengelilingi matahari.

Jumhur ulama’ telah bersepakat menyatakan bahawa beriman dengan hari kiamat ini

adalah wajib dan ia merupakan salah satu daripada cabang-cabang aqidah Islam yang

terpenting. Tiada suatu perumpamaan pun yang dapat menggambarkan tentang

kedahsyatan fenomena kiamat itu sekalipun dengan penggunaan senjata-senjata canggih

seperti yang dilakukan oleh orang Barat dalam menghayati kejadian sebenar kehancuran

bumi kelak.

ALLAH SWT telah menjelaskan dengan begitu terang tentang keraguan dan syak

wasangka manusia terhadap kejadian yang wajib berlaku ini :

Maksudnya : Berkata manusia: "Apabila aku mati, adakah aku akan

dibangkitkan hidup semula?". Patutkah manusia itu berkata demikian dan tidak

memikirkan bahawa kami telah menciptakan dia dahulu sedang ia pada masa itu

belum ada sebarang apa pun? Oleh itu, demi Tuhanmu! Sesungguhnya Kami

akan himpunkan mereka dengan syaitan-syaitan, kemudian kami akan bawa

mereka duduk berlutut di keliling neraka Jahannam.

(Surah Maryam 19 : 66-68)

Beberapa petikan ayat al-Quran turut menyatakan tentang amaran dan peringatan

keras ALLAH ke atas hamba-hamba-Nya yang angkuh :

Maksudnya : Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang

menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu

akan mengetahuinya.

(Surah al-An’am 6 : 67)

Tiada siapa yang dapat membayangkan dahsyatnya fenomena ini nanti. Sungguh

pun begitu, memadailah sekadar maklumat yang dinyatakan ALLAH bahawa ia adalah suatu

hari yang amat dahsyat berbanding dengan segala kedahsyatan yang lain.

11

Page 12: kkbi new

Manusia tidak berupaya menafikan hakikat ini yang tidak dapat dijangkau dengan

keupayaan pancaindera kerana ia sudah termaktub di dalam al-Quran. Pemberitaan tentang

peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa depan hanyalah salah satu di antara sekian

hikmah yang terkandung dalam Al-Quran.

1.4 Rumusan

Mukjizat al-Quran akan sentiasa menjadi hujah kepada setiap generasi sepanjang zaman

yang berhadapan dengan para penentang kesucian dan keagungan Al-Quran. Aspek-aspek

kemukjizatan Al-Quran telah menunjukkan betapa agung dan lengkapnya kandungan Al-

Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui pengantaraan Malaikat Jibril.

Secara ringkasnya, aspek utama mukjizat terdiri daripada aspek sains, bahasa dan

perkhabaran yang akan berlaku.

Kesemua ini menjadi suatu dalil yang jelas bahawa Al-Quran adalah mukjizat yang di

dalamnya terkandung satu perlembagaan dan panduan hidup manusia yang melangkaui

batas pemikiran manusia dan tidak dapat disangkal selama-lamanya oleh mana-mana

individu sekalipun.

Justeru, kemukjizatan Al-Quran bukan hanya membenarkan kenabian Rasulullah

SAW, bahkan ianya sekali gus menetapkan suatu kenyataan bahawa Al-Quran datangnya

dari ALLAH. Maka ALLAH jualah Tuhan Yang Maha Berkuasa yang selayaknya disembah

oleh semua makhluk.

2.0 ULUM AL-HADITH2.1 Pengenalan

Pengajian Ulum al-Hadith merupakan suatu bidang yang sangat penting sama ada

peringkat individu, institusi pendidikan mahupun pengajian umum. Melalui pengajian ini,

seseorang itu akan berasa yakin dengan sesebuah hadith yang dipegangnya bahkan boleh

dijadikan sebagai satu dalil yang kukuh dengan mengetahui kedudukannya sama ada dalam

kategori diterima atau ditolak.

Perkataan ‘hadith’ sering digunakan di dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW

pada tempat yang berbeza. Selain itu, makna dari sudut bahasa dan istilah juga dilihat pada

kesesuaian tempat dan penggunaannya. Ini adalah berdasarkan kepada firman ALLAH

SWT di dalam al-Quran :

Hadith dari sudut bahasa membawa erti perkhabaran, sesuatu yang baharu,

keterangan dan cerita atau kisah. Semua definisi ini adalah berdasarkan pada konteks

12

Page 13: kkbi new

penggunaan perkataan ini dalam memahamkan maksud ayat tersebut. Antara yang

digunakan di dalam al-Quran seperti firman ALLAH :

Maksudnya : Dan sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad)

perihal Nabi Musa?

(Surah Taha 20 : 9)

Maksudnya : Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya

daripada ALLAH?

(Surah an-Nisa’ 20 : 87)

Maksudnya : Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap

keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)?

(Surah an-Najm 53 : 59)

Maksudnya: Lalu, kami binasakan umat-umat yang demikian, lepas

satu-satu; dan kami jadikan perihal mereka sebagai cerita-cerita (yang

mendatangkan iktibar); maka kebinasaanlah kesudahannya bagi orang-

orang yang tidak beriman.

(Surah al-Mu’minun 23 : 44)

Menurut pengertian istilah yang dikemukakan menurut penjelasan ulama’ antaranya

ialah segala yang diriwayatkan daripada baginda SAW samada berbentuk perbuatan,

percakapan, kelakuan, ikrar atau penerangan tentang sifat fizikal baginda SAW yang zahir.

Seterusnya, ia merangkumi apa yang disandarkan kepada para sahabat atau Tabi’in.

Oleh itu, ada berdasarkan definisi ini, hadith merangkumi aspek perkataan iaitu kata-

kata yang disebut oleh Rasulullah. Hadith juga turut merangkumi aspek perbuatan yakni

perbuatan-perbuatan Rasulullah yang diceritakan oleh para sahabat.

Aspek ‘taqrir’ pula ialah sesuatu percakapan atau perbuatan yang dilakukan para

sahabat dan Rasulullah hanya diam dan tidak mengingkarinya. Maka tindakan Rasulullah

yang berdiam diri dan tidak mengingkarinya merupakan suatu pengakuan dan pengiktirafan

13

Page 14: kkbi new

daripada beliau. Ia adalah suatu yang disyariatkan kerana Rasulullah tidak akan berdiam diri

dalam perkara-perkara yang dilarang.

Sifat-sifat fizikal ialah seperti yang diceritakan oleh sahabat Rasulullah yang

mengatakan beliau adalah seorang yang elok paras rupanya, baik penciptaan, tidak terlalu

tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Bagi sifat peribadi iaitu hadith yang menceritakan akhlak

Rasulullah. Contohnya seperti yang dinyatakan Abu Hurairah yang menyatakan Nabi

Muhammad tidak pernah sama sekali mencela makanan, jika suka beliau akan makan, dan

jika tidak suka beliau meninggalkannya.

Sebagai rumusan, hadith bermaksud semua yang diriwayatkan daripada Rasulullah

SAW yang terdiri daripada perkataan, perbuatan, sifat dan ikrar baginda SAW.

2.2 Penjelasan dan Pengertian2.2.1 Al-Quran

Dr Subhi Al-Salih mengemukakan satu pendapat yang kuat mengenai definisi al-Quran iaitu

al-Quran bermaksud ‘bacaan’ yang berasal daripada perkataan qara’a Qara’a bererti

mengumpulkan dan menghimpun.

Qiraah bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata satu dengan yang lain

dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Quran pada mulanya seperti qiraah, iaitu masdar

(infinitif) dari kata qara’a, qiraatan, quranan.

Di dalam al-Quran juga terdapat perkataan Quran seperti firman ALLAH :

Maksudnya : Sesungguhnya kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-

Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh

itu, apabila kami telah menyempurnakan bacaannya (dengan perantaraan

Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.

(Surah al-Qiyaamah 75 : 17-18)

14

( .(قرأ

(ق�رأة)

(قرأ – ق�رأة– قرأن)

Page 15: kkbi new

Perkataan ‘Quran’ itu adalah khusus sebagai nama kepada kitab yang merupakan

mukjizat yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ia juga dapat

diertikan sebagai kalam Allah SWT. Kalam Allah yang diwahyukan kepada nabi-nabi lain

sebelum Nabi Muhammad SAW tidak dikenali sebagai al-Quran sebagai contoh, kitab

Taurat kepada Nabi Musa AS, kitab Injil kepada Nabi Isa AS dan kitab Zabur yang

diturunkan kepada Nabi Daud AS.

Ternyata al-Quran adalah sebuah kitab yang teragung di alam ini. penurunannya

memang amat diperlukan oleh manusia di dunia ini untuk menyelesaikan bermacam bentuk

persoalan mereka. Definisi bagi al-Quran pada sudut istilah ialah kalamullah yang

melemahkan (mukjizat) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara mutawatir melalui

perantaraan Malaikat Jibril AS yang tertulis di dalam mashaf dalam bahasa Arab yang

merupakan suatu ibadat bagi orang yang membacanya.

Al-Quran juga merupakan sumber perundangan kehidupan manusia yang pertama

sebelum al-Hadith. Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT kepada manusia

yang merangkumi aspek akidah, ibadah (solat, zakat, puasa, haji dan ekonomi), syariah,

politik, sosial, makanan dan minuman serta akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk

kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dalil penjelasan al-Quran sebagai sumber utama perundangan Islam adalah seperti

firman ALLAH SWT :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada

ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-

orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-

bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (Kitab) ALLAH (Al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya

- jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat yang demikian

adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

(Surah an-Nisa’ 4 : 59)

15

Page 16: kkbi new

Dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, bahawa Baginda bersabda: "Aku

tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali

akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab ALLAH

dan sunnah Rasulullah SAW. (Imam Malik)

Oleh yang demikian, wajiblah ke atas seorang Muslim untuk berpegang teguh

terhadap al-Quran kerana tidak akan tersesat sekiranya berpegang teguh akannya. In

shaa ALLAH.

2.2.2 Hadith Qudsi

Perkataan Qudsi adalah nisbah kepada al-Quds iaitu suci atau bersih yang menunjukkan

keagungan dan kemuliaan atau penyandaran kepada zat ALLAH. Qudsi juga membawa

maksud keberkatan dan kesucian sesuai dengan kedudukan maknanya yang datang

daripada ALLAH sekaligus suci daripada segala sifat yang tidak layak bagi-Nya. Ia juga

dipanggil Hadith Ilahi atau Rabbani kerana ia disandarkan kepada ALLAH.

Dari sudut istilahnya, hadith Qudsi membawa maksud perkataan daripada Nabi SAW,

sedangkan isi perkataan tersebut berasal daripada ALLAH. Menurut pendapat al-Haithami,

hadith Qudsi ialah ucapan yang dipindahkan kepada kita daripada Rasulullah SAW melalui

perkhabaran Ahad.

Ada juga yang mengatakan bahawa hadith Qudsi ialah apa sahaja hadith yang

disampaikan oleh Rasulullah SAW tetapi ia disandarkan kepada ALLAH sebagai sumbernya

sama ada bentuk mimpi atau ilham (Ab Latif Muda & Rosmawati Ali, 2013). Sebagai

kesimpulannya, hadith Qudsi ialah hadith yang maknanya berasal daripada ALLAH SWT,

namun lafaznya berasal daripada Baginda Rasullah SAW sendiri.

Ciri-ciri bagi hadith Qudsi ialah makna datang daripada ALLAH dan lafaznya daripada

Nabi. Ia tidak dikira sebagai ibadat bagi sesiapa yang membacanya serta kelebihan dan

pahalanya tidak sama taraf sebagaimana membaca al-Quran. Sesebuah hadith Qudsi tidak

disyariatkan penetapannya melalui periwayatan Mutawatir.

16

Page 17: kkbi new

Diriwayatkan hadith Qudsi disandarkan kepada ALLAH secara tidak langsung dan

majoriti hadith Qudsi memperkatakan tentang perkara kelebihan amalan dan kebanyakannya

bersifat Ahad dan ia bertaraf zann bukan Mutawatir.

Contoh bagi hadith Qudsi ialah kejadian mengenai masa sebagaimana yang

diriwayatkan oleh Abu Hurairah :

هار قل الله يسب بنو آدم الدهر و أنا يل و الن �يد�ي الل الدهر بMaksudnya : ALLAH berfirman : Anak-anak Adam sering mencela

masa, sedangkan Akulah masa, di tangan-Ku pertukaran siang danmalam.

(Al-Bukhari, al-Adab : 5742)

2.2.3 Khabar Mutawatir

Dari segi perkataan al-tawatur membawa maksud yang berturut-turut seperti contoh tawatara

al-matar iaitu hujun turun berturut-turut. Dari segi istilah ia bererti khabar yang diriwayatkan

oleh bilangan yang ramai dan pada kebiasaannya mustahil mereka berpakat untuk berdusta.

Al-khabar atau al-hadith yang diriwayatkan oleh setiap tabaqah sanad oleh ramai perawi

yang menurut hukum aqal atau secara logiknya mustahil mereka bersetuju untuk mereka-

reka al-khabar ini.

Justeru, ia dinamakan dengan mutawatir kerana jumlah perawinya ramai, dari tempat

berlainan dan jauh antara mereka dari awal sanad hingga akhirnya. Jumlah yang ramai ini

hendaklah memenuhi 3 zaman terawal iaitu, tabaqah Sahabat, tabaqah Tabi’in dan tabaqah

Tabi’ Tabi’in. Zaman selepas mereka tidak perlu kepada jumlah yang ramai kerana pada

waktu itu hadith telah dikumpul dan dibukukan menurut pengumpulan hadith oleh ahli hadith.

Syarat-syarat bagi khabar Mutawatir iaitu diriwayatkan oleh bilangan perawi yang

ramai. Namun begitu, terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan had minimum bagi

bilangan yang ramai ini. Pendapat yang terpilih ialah seramai sepuluh orang. Syarat

seterusnya ialah, bilangan yang ramai ini terdapat dalam setiap tabaqah sanad dan pada

kebiasaannya mustahil yang mereka berpakat untuk berdusta.

Al-Mutawatir menghasilkan ilmu yang pasti iaitu ilmu yang diyakini dan seseorang itu

mempercayai atau membenarkan dengan tegas dan putus seperti persis orang menyaksikan

sendiri sesuatu peristiwa dan dia tidak teragak-agak untuk membenarkannya begitulah

17

Page 18: kkbi new

halnya dengan hadith mutawatir. Oleh kerana itu seluruh hadith mutawatir diterima

hukumnya dan tidak perlu lagi mengkaji keadaan perawinya.

Khabar Mutawatir terbahagi kepada dua iaitu yang pertama al-Mutawatir Al-Lafzi iaitu

hadith yang mutawatir pada lafaz dan maknanya seperti hadith telah diriwayatkan oleh lebih

70 orang sahabat.:

من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النارMaksudnya : “Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka

hendaklah dia mempersiapkan tempatnya di dalam api neraka.”

Kedua, Mutawatir Al-Ma’nawi iaitu hadith yang mutawatir pada makna tidak pada

lafaz seperti hadith mengangkat dua tangan ketika berdoa. Ianya telah diriwayatkan oleh

Rasulullah SAW hampir atau lebih kurang seratus hadith. Setiap hadith menyebutkan

baginda mengangkat tangan ketika berdoa cumanya dalam keadaan yang berbeza-beza.

Dari segi keadaan ianya tidak mutawatir tetapi masing-masing menyebut mengangkat

tangan ketika berdoa. Dengan itu ia menjadikan tawatur berdasarkan kepada keseluruhan

atau gabungan jalan-jalan sanad.

Terdapat bilangan yang cukup banyak hadith mutawatir antaranya hadith tentang

kolam, menyapu khauf, mengangkat dua tangan di dalam solat, hadith “semoga Allah

menyinari seseorang yang mendengar hadith” dan banyak lagi. Bagaimana pun kalau

dibandingkan dengan hadith ahad, bilangan hadith mutawatir sangatlah sedikit.

2.2.4 Persamaan dan Perbezaan al-Quran, Hadith Qudsi dan Khabar Mutawatir

Persamaan bagi al-Quran, Hadith Qudsi dan Khabar Mutawatir ialah ketiga-tiganya

merupakan sumber perundangan bagi umat Islam. Seorang Muslim wajib percaya dengan

al-Quran dan khabar Mutawatir. Namun begitu, hadith Qudsi boleh diterima dan ditolak

mengikut kesahihannya dan jalan penyampaiannya kepada kita sama ada sahih, hasan,

dhaif dan maudhu’

Perbezaan bagi al-Quran, Hadith Qudsi dan Khabar Mutawatir adalah seperti berikut :

BIL AL-QURAN HADITH QUDSI KHABAR MUTAWATIR

1 Al-Quran merupakan Hadith Qudsi bukan satu Khabar Mutawatir bukan satu

18

Page 19: kkbi new

mukjizat mukjizat mukjizat

2 Ayat al-Quran di baca

dalam solat

Hadith Qudsi tidak dibaca

dalam solat

Khabar Mutawatir tidak dibaca

dalam solat

3 Orang yang berpaling

dari al-Quran jatuh

kafir

Berpaling dari hadith Qudsi

tidak jatuh kafir

Menolak atau mengingkari

khabar Mutawatir adalah kafir

iaitu dikira keluar dari Islam atau

murtad

4 Al-Quran diturunkan

kepada Nabi SAW

melalui malaikat Jibril

Hadith Qudsi boleh datang

melalui ilham dan mimpi

Khabar Mutawatir diriwayatkan

oleh sejumlah perawi yang

ramai bilangannya dengan cara

penerimaan dan

penyampaiannya melalui

pancaindera.

Perawi mesti melihat dan

mendengar sendiri hadith itu

diriwayatkan

5 Al-Quran hanya boleh

disentuh dalam

keadaan bersuci

Harus untuk menyentuh kitab

hadith Qudsi dalam keadaan

berhadas

Harus untuk menyentuh kitab

khabar Mutawatir dalam

keadaan berhadas

6 Kumpulan perkataan

dalam al-Quran

dinamakan ayat,

kumpulan ayat-

ayatnya dinamakan

surah dan

kandungannya adalah

qat’ie (tetap) serta

tidak boleh ditolak

Hadith Qudsi boleh diterima

dan ditolak mengikut

kesahihannya dan jalan

penyampaiannya kepada kita

sama ada sahih, hasan, dhaif

dan maudhu’

Khabar Mutawatir menghasilkan

ilmu yang pasti, iaitu ilmu yang

diyakini

19

Page 20: kkbi new

7 Pemeliharaannya

termaktub secara

mutlak dalam firman

ALLAH SWT

Hadith Qudsi

pemeliharaannya tidak

dijanjikan oleh ALLAH SWT

Khabar Mutawatir

pemeliharaannya tidak

dijanjikan oleh ALLAH SWT

8 Kandungan al-Quran

bersifat pasti dan

tidak mengandungi

sebarang kesilapan

Kesahihan hadith Qudsi

adalah merujuk kepada

kekuatan perawinya.

Sekiranya salah seorang

daripada perawi hadith

tersebut disifatkan sebagai

dhaif, maka hadith tersebut

adalah dhaif

Semua khabar Mutawatir

diterima dan tidak perlu lagi

mengkaji keadaan perawinya

jika syaratnya telah dipenuhi

9 Pahala membaca al-

Quran adalah thabit

Membaca hadith Qudsi tidak

mendapat pahala

sebagaimana membaca al-

Quran

Membaca khabar Mutawatir

tidak mendapat pahala

sebagaimana membaca al-

Quran

2.3 Perbahasan Hadith

Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan

manusia dan perintah ALLAH dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu

sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam

mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadith, terlebih dahulu hendaklah

disemak kedudukan atau status hadith tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadith). Jika hadith

itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh

dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat

seterusnya iaitu mengkaji maksud matan hadith tersebut.

Jika dilihat dari sudut kesahihan sesebuah hadith daripada Rasulullah SAW, ia boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu maqbul (diterima) dan mardud (tidak diterima). Hadith

yang maqbul dibahagikan kepada dua iaitu hadith sahih dan hadith hasan. Hadith yang

mardud pula ialah hadith dhaif. (Wan Hasan Wan Embong, Aminuddin Hashim Ahmad

Kilami Mohamed, 2003)

2.3.1 Hadith Sahih

20

Page 21: kkbi new

a) Pengertian

Hadith sahih dari segi bahasa bererti yang sihat, yang selamat, yang benar, yang sah dan

yang sempurna. Para ulama biasa menyebut bahawa sahih ini sebagai lawan kepada kata

dari saqiem (sakit). Maka kata hadith sahih menurut bahasa ialah hadith yang sah, hadith

yang sihat atau hadith yang selamat.

Dari segi istilah, Ibn Shalah mendefinisikannya sebagai hadith yang disandarkan

kepada Nabi yang sanadnya bersambung, diriwayatkan oleh perawi yang adil dan dhabit,

diterima dari perawi yang adil dan dhabit hingga sampai akhir sanad, tidak ada kejanggalan

dan tidak ber’illah. Ibn Hajar al-Asqalani mendefinisikan bahawa hadith sahih sebagai hadith

yang diriwayatkan oleh seorang yang adil, sempurna kedhabitannya, bersambung sanadnya,

tidak ber’illah dan tidak syaz.

Apa yang dimaksudkan dengan syaz ialah suatu hadith yang diriwayatkan oleh

seorang yang thiqah tetapi hadith ini bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh

orang yang lebih thiqah atau bertentangan dengan hadith yang diriwayatkan oleh beberapa

orang thiqah. ‘Illah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam sesuatu hadith yang

menjadikan hadith itu tidak boleh diterima. Apabila tidak terdapat salah satu daripada lima

perkara ini, suatu hadith itu tidak boleh dihukum sebagai sahih.

Al-Qasimi juga mengemukakan definisi bahawa hadith sahih ialah hadith yang

bersambung sanadnya, diriwayatkan dan diterima daripada perawi yang adil lagi dhabit serta

selamat atau terhindar dari kejanggalan dan ‘illah. Para ulama mendefinisikan hadith sahih

sebagai hadith musnad yang mempunyai sanad yang bersambung dan diriwayatkan oleh

perawi yang adil lagi dhabit daripada perawi yang adil lagi dhabit (dan begitulah seterusnya)

hingga sampai kepada Rasulullah SAW., sahabat atau generasi selepas sahabat dan hadith

berkenaan bukan hadith syaz atau hadith mu’allal. Hadith sahih juga ialah hadith yang

diriwayatkan oleh periwayat-periwayat yang adil lagi dhabit (mempunyai ketepatan dan

ingatan yang kuat). Sementara sanadnya hendaklah bersambung-sambung serta tidak cacat

dan tidak syaz (janggal) yang bermula daripada awal hingga akhirnya.

Al- Hafiz Ibn Hajar mengatakan bahawa hadith sahih ialah hadith yang diriwayatkan

oleh orang-orang yang adil, kuat ingatannya, bersambung-sambung terus sanadnya kepada

Nabi SAW., tidak ada sesuatu yang cacat dan tidak bersalahan riwayat itu dengan riwayat

orang yang lebih rajih daripadanya. Maksud hadith sahih yang lain ialah hadith diriwayatkan

oleh perawi yang adil dan tidak mempunyai ingatan yang kuat serta sanadnya bersambung

antara satu sama lain dan tidak mempunyai kejanggalan dan kecacatan.

21

Page 22: kkbi new

Hadith sahih dapat dibahagikan kepada dua iaitu sahih li zatih dan sahih li ghairih.

Sudut istilah hadith sahih li zatih membawa maksud hadith yang mempunyai salasilah sanad

yang bersambung, diwakili oleh para perawi adil, dhabit atau baik pemeliharaannya samada

sudut tulisan atau hafazan, tidak janggal juga tiada kecacatan yang boleh merosakkan

riwayat tersebut.

Contoh hadith sahih li zatih yang dapat dikemukakan ialah :

KKاف�ع عن �KKك عن ن حدثنا عبد الله� بن يوسف اخبرنKKا مال �ذا م قال : ا عبد� الله� ان رسول الله� صلى الله عليه� وسل

. (رواه البخارى ال�ث� �ثنان� دون الث (كانوا ثالثة فال يتناجى ا

Ertinya: “Bukhari berkata, “Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada

kami bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila mereka bertiga, janganlah

dua orang berbisik tanpa ikut serta orang ketiga” .

(Hadith Riwayat Bukhari)

Hadith ini diterima oleh Bukhari dari Abdullah bin Yusuf, Abdullah bin Yusuf

menerimanya dari Malik, Malik menerimanya dari Nafi’, Nafi’ menerimanya dari Abdullah,

dan Abdullah itulah sahabat Nabi yang mendengar Nabi saw bersabda, seperti tercantum di

atas. semua nama-nama tersebut adalah perawi-perawi yang adil, dhabit, dan benar-benar

bersambung, tidak ada cacat, baik pada sanad mahupun pada matan. dengan demikian

hadith di atas termasuk hadith shahih lizatih.

Hadith sahih li ghairih pula dari sudut istilahnya membawa makna hadith yang mana

sanadnya bersambung dan perawinya adil serta dhabit, Cuma sudut keadilan dan

kedhabitannya kurang sedikit dari hadith sahih li zatih.

Hadith ini berasal dari hadith hasan li zatih, namun ia dinaikkan taraf menjadi hadith

sahih li ghairih kerana ia diriwayatkan melalui para perawi yang sudah terkenal dengan

kebenaran dan baik walaupun hanya sedikit kurang pemeliharaan mereka. Hadith ini turut

diriwayatkan melalui jalan sanad lain yang sahih dan mempunyai kekuatan untuk

mendokong hadith ini ke tahap penjagaan yang sempurna.

Contoh hadith sahih li ghairih yang dapat dikemukakan ialah :

22

Page 23: kkbi new

�ى هريرة رض�ي الله عنه ان رسول الله� صلى عن اب المرتهم م قال: لو ال ان اشق على امتي� الله عليه� وسل

ند كل صالة. (رواه البخارى و الترمذى واك� ع� �الس (بErtinya : “Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda, “Sekiranya aku

tidak menyusahkan umatku, tentu aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali

solat”

(Hadith Riwayat Bukhari dan at-Tirmidzi)

Apabila suatu hadith diriwayatkan oleh lima buah sanad, maka hadith itu dihitung

bukan sebagai satu hadith, tetapi lima hadith, dan seterusnya. Jadi hadith yang diriwayatkan

oleh Imam Bukhari ini dengan sanad tersendiri dan at-Tirmidzi dengan sanad tersendiri pula,

dihitung sebagai dua hadith. Pertama adalah hadith Bukhari yang dinilai sebagai hadith li

zatih, dan kedua hadith, iaitu hadits at-Tirmidzi itu diperkuat oleh hadith Bukhari, maka hadith

at-Tirmidzi naik tingkatannya menjadi hadith shahih li ghairih.

b) Contoh Hadith Sahih

Contoh yang diberikan oleh Imam Bukhari di dalam kitab sahihnya sebagai hadith yang

bertaraf hasan ialah :

قال حدثنا عبد الله بن يوسف قال أخبرنا مالك عن ابن شهاب عن محمد بن جبير بن مطعم عن أبيه قKKال سمعت رسKKول اللKه صKKلى اللKKه عليKKه وسKلم قKرأ في

المغرب بالطورImam Al-Bukhari berkata : “Abdullah bin Yusuf telah menceritakan kepada

kami bahawa Malik telah mengkhabarkan kepada kami daripada Ibn Shihab

daripada Muhammad Bin Jubir daripada Mu’tim daripada ayahnya katanya:

23

Page 24: kkbi new

saya telah mendengar Rasulullah SAW telah membaca Surah Al-Tur di dalam

solat Maghrib.”

( Sahih al-Bukhari: Kitab al-Azan )

Hadith ini sahih kerana sanadnya bersambung (Muttasil) kerana setiap perawi

mendengar daripada gurunya, tentang periwayatan secara ‘an’anah oleh Malik, Ibn Shihab

dan Ibn Jubair ditafsirkan sebagai bersambung-sambung dan perawi-perawinya adil dan

dhabit. Antaranya Abdullah bin Yusuf seorang yang thiqah dan mutqin, Malik bin Anas

seorang imam dan hafiz, Ibn Syihab al-Zuhri seorang yang faqih, hafiz, kehebatan dan

keteguhannya disepakati semua.

Hadith ini tidak syaz kerana tidak bercanggah dengan yang lebih kuat daripadanya

dan ia tidak mempunyai sebarang ‘ilah.

c) Syarat Beramal dan Berhujah dengan Hadith Sahih

Wajib beramal dengan hadith sahih berdasarkan kepada ijmak ahli hadith ulama yang diakui

pendapat mereka dari kalangan usuliyyin dan fuqaha. Ia merupakan salah satu hujah

syarak` yang tidak ada ruang bagi seorang Muslim untuk tidak beramal dengannya.

Oleh itu, apabila thabit suatu hadith itu sebagai hadith sahih ia adalah menjadi hujah

dan wajib beramal dengannya sekalipun hadith itu ahad. Hal ini kerana hadith ini berada

dalam susunan yang iltizam dengan kesahihan apabila perawinya terdiri daripada orang

thiqah seperti sahih al-Bukhari dan sahih Muslim.

2.3.2 Hadith Hasana) Pengertian

Pengertian hadith hasan sudut bahasa dan istilah bererti keindahan. Para ulama juga telah

banyak memberi pengertian dari sudut istilah mengenai hadith hasan. Di antara pengertian

itu ialah menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalabi bahawa hadith Sahih li zatih ialah hadith

yang berhubung sanadnya dari perawi yang adil dan dhabit kepada perawi yang adil dan

dhabit. Hadith itu juga tidak mempunyai ‘illah dan tidak syaz.

Seterusnya beliau menjelaskan jika perawi itu tidak juga mempunyai kekuatan

ingatan ( khaf al-dhabit ) hadith yang diriwayatkan adalah hasan. Berdasarkan keterangan

tersebut, dapat difahamkan bahawa hadith hasan ialah hadith yang mempunyai sanad yang

berhubung daripada seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga akhir sanad, melalui

24

Page 25: kkbi new

perawi-perawi yang adil dan mempunyai ingatan yang kurang sempurna, tidak syaz dan

tidak mempunyai ‘illah.

Menurut Ab Latif Muda & Rosmawati Ali (2013), hadith hasan menyerupai hadith

sahih kecuali dari sudut perawi sahaja dalam kalangan orang yang tidak kuat ingatan.

Hadith hasan dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu hadith hasan li zatih

dan hasan li ghairih. Hadith hasan li zatih ialah hadith silisilah sanadnya bersambung

diwakili oleh para perawi yang adil, kurang sedikit dari sudut dhabit atau kurang

pemeliharaannya samada sudut tulisan atau hafalan, tetapi tidak janggal dan tidak ada

kecacatan.

Istilah lain membawa maksud bahawa hadith hasan ialah hadith yang bersambung

sanadnya dari dari awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat

serta tidak syaz iaitu tidak janggal sudut matanya, cuma ia kurang sifat dhabitnya. Ia

dinamakan hasan li zatih kerana ia menjadi hasan dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat

khas pada hadith hasan bukan sebab atau sesuatu natijah daripada luar.

Contoh hadith hasan li zatih ialah :

حKKدثنا قتيبKKة حKKدثنا جعفKKر بن سKKليمان الصKKبعي عن أبي عمران الجوني عن أبي بكKKر بن أبي موسKKى الألشKKعري قKKال :ة سمعت أبي حضرة العدو يقول: قال رسوالله : أن أبوب االجن

...الحديث تحت ظ�الل� السيوف�Maksudnya : Telah diceritakan keada kami oleh Qutaibah sebagaimana yang

diceritakan oleh Jaafar bin Sulaiman al-Siba’ie daripada Abu Imran al’Juuni daripada Abu

Bakar bin Abu Musa al-Asya’ari, beliau ebrkata : Aku mendengar Abu Khudrah al- ’Aduw

berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu berada di

bawah bayang-bayang pedang…. Al-hadith

Hadith ini merupakan hasan li zatih kerana ia memenuhi syarat hadith hasan li zatih

dan keempat-empat perawi adalah thiqah kecuali Jaafar bin Sulaiman al-Siba’ie. Tarafnya

adalah siddiq (rendah daripada thiqah). Maka taraf hadith ini turun kepada hadith hasan li

zatih.

25

Page 26: kkbi new

Hadith hasan li ghairih pula ialah hadith yang tidak diketahui dengan jelas keadaan

perawinya dari sudut sifat dan kelayakan samada perawi itu kuat atau lemah. Ia tidak jelas

sanadnya samada kuat atau lemah hafazan perawinya, tetapi tidak cuai, tidak banyak

kesalahan dan tidak dituduh sebagai pendusta. Justeru, asalnya hadith ini ialah Dhaif, tetapi

menjadi hasan li ghairih kerana disokong oleh hadith lain atau riwayat lain yang sama pada

lafaz dan maknanya.

Contoh hadith hasan li ghairih ialah sebagaimana yang ditakhrijkan oleh at-Tirmidzi

daripada Ahamda daripada Hasyim daripada Yazad ibn Abu Ziyad daripada Abd al-Rahman

ibn Abu Laila daripada al’Barra’ ibn ‘Azib, kata beliau Rasulullah SAW bersabda :

ل �م�ين ان يغتس� قال رسول الله )ص( : حق على المسليوم الجمعة�

Ertinya: “Rasulullah SAW bersabda, “Merupakan hak atas kaum Muslimin mandi

pada hari Jumaat.”

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Semua perawinya adalah dhabit kecuali Hasyim sahaja. Walau bagaimanapun,

hadith ini disokong oleh riwayat Abu Yahya al-Tamimi menyebabkan hadith ini diangkat

menjadi hasan li ghairih.

b) Contoh Hadith Hasan

Contoh hadith hasan ialah seperti hadith yang dikeluarkan oleh at-Tirmizi:

بعي عن KKليمان الضKKر بن سKKدثنا جعفKKحدثنا قتيبة ح أبي عمKKKران الجKKKوني عن أبي بكKKKر� بن� أبي موسKKKى

: – سمعت أبي بحضرة� العدو يقول قKKالاألشعري قال

26

Page 27: kkbi new

ة� لم: إن أبKKواب الجن KKوس �هKKه علي لى الل KKص �ول الله KKرس . تحت ظالل�

Kata beliau: “Qutaibah telah menceritakan kepada kami bahawa Ja`far bin Sulaiman al-

Dhuba`i telah menceritakan daripada Abi `Imran al-Jauni daripada Abi Bakar bin Abi Musa

al-`Asy`ari berkata: “Saya mendengar ayah saya berkata ketika berhadapan dengan musuh:

“Rasulullah SAW. bersabda: Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada di bawah naungan

pedang-pedang.”

(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Hadith ini dihukumkan oleh al-Tirmizi sebagai: “Ini adalah hadith hasan gharib”.

Hadith ini hasan kerana perawi-perawi yang empat bagi sanad ini kesemua adalah thiqah

kecuali Ja’far bin Sulaiman al-Dhuba’i. Beliau seorang hasanul hadith. Oleh kerana itu

hadith ini jatuh dari martabat sahih kepada hasan.

Al-Hafiz Ibn Hajar mengatakan sekiranya hadith itu mempunyai dua sanad atau lebih,

ungkapan itu bermaksud hasan berdasarkan satu sanad dan sahih berdasarkan kepada satu

satu lagi. Ini dipersetujui oleh al-Suyuti. Namun begitu, sekiranya hadith itu hanya

mempunyai satu sanad, maksudnya ialah hasan menurut satu kumpulan ulama dan sahih

menurut yang lain. Beliau memberikan isyarat tentang perbezaan pendapat di kalangan

ulama tentang kedudukan hadith ini, tidak boleh ditentukan samada sahih atau hasan.

c) Syarat Beramal dan Berhujah dengan Hadith Hasan

Ia seperti hadith sahih dari segi boleh untuk dijadikan hujah walaupun dari segi kekuatan ia

lebih rendah. Oleh kerana itu, semua fuqaha’ beramal dengannya. Kebanyakan ulama hadith

dan ulama usul berhujah dengannya kecuali segelintir dari kalangan yang berpandangan

keras. Bagaimanapun sebahagian ulama hadith yang bersikap mudah seperti al-Hakim, Ibn

Hibban dan Ibn Khuzaimah telah memasukkannya ke dalam bahagian sahih walaupun

mereka berpendapat hadith hasan lebih rendah daripada hadith sahih seperti yang

dijelaskan sebelum ini.

2.3.3 Hadith Dhaifa) Pengertian

Hadith Dhaif dari sudut pengertian bahasa bererti lemah, iaitu lawan kepada kuat. Ibn al-

Salah memberi takrifan bahawa setiap hadith yang tidak menepati ciri-ciri hadith sahih dan

hasan adalah hadith dhaif. Ia adalah hadith yang gugur satu atau lebih syarat-syarat maqbul.

27

Page 28: kkbi new

Pada asasnya, hadith dhaif termasuk kategori hadith mardud iaitu hadith yang ditolak

oleh para ulama’ sebagai sumber rujukan hukum atas beberapa sebab. Kedhaifan sesuatu

hadith adalah disebabkan sama ada sanadnya tidak berhubung atau kerana sebab yang lain

seperti tidak bersambung di antara seorang perawi dengan perawi yang lain, perawi tidak

adil dan tidak dhabit, mempunyai syaz dan mempunyai ‘illah.

Kelemahan perawi adalah kerana perawi tersebut fasik, banyak salah selain banyak

prasangka bahkan menyalahi riwayat orang yang lebih thiqah. Perawi itu juga mungkin

seseorang yang tidak diketahui identitinya, penganut bid’ah dan tidak baik hafazannya.

Hadith boleh menjadi dhaif sekiranya sanadnya tidak bersambung iaitu jika sanad pertama

atau terakhirnya digugurkan atau lebih dan sanadnya tidak berturut-turut, selain matan atau

kandungan hadith yang bermasalah juga menyebabkan hadith tersebut menjadi dhaif.

Rumusannya, hadith dhaif tidaklah dianggap sebagai salah dan palsu

keseluruhannya cuma sudut statusnya sangat diragui samada ia sebuah hadith atau tidak.

b) Contoh Hadith Dhaif

Antara contoh hadith dhaif ialah yang dikeluarkan oleh at-Tirmidzi dari tariq al-Athram

daripada Abu Tamimah al-Hujaimai daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

�مKKا KKا فيصKKدق ب ا أو� امKKرأة ف�ى دبر�هKKا, أو كاه�ن KKض� من أتى حائ�ما أنزل على محمد يقوله, فقد كفر ب

“ Barang siapa yang melakukan hubungan kelamin dengan isterinya yang

sedang haid, atau melakukan senggama melalui dubur, atau mendatangi

seorang dukun, kemudian ia membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia

telah kufur terhadap apa (agama) yang diturunkan kepada manusia”.( Hadith

riwayat at-Tirmidzi)

Setelah mengeluarkan hadith ini, at-Tirmidzi mengulas bahawa hadith ini adalah dari

Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimai daripada Abu Hurairah. Imam Bukhari

telah mendhaifkan hadith ini pada sanadnya ada Hakim al-Athram.

c) Syarat Beramal dan Berhujah dengan Hadith Dhaif

Para ulama’ telah berselisih pada keharusan beramal dengan hadith dhaif kepada tiga

pendapat. Pendapat pertama mengatakan tidak boleh beramal dengannya semata-mata

28

Page 29: kkbi new

samada pada hukum-hakam atau fadhail amalan dan kelebihan seseorang atau sesuatu. Ini

adalah pendapat Ibnu Arabi Al-Maliki.

Pendapat kedua pula mengatakan boleh beramal dalam semua keadaan apabila

tidak didapati hadith yang lain pada sesuatu bab melainkan hanya hadith dhaif. Ini adalah

pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Daud.

Pendapat ketiga iaitu Ibn Hajar al-‘Asqalani membolehkan berhujah dengan hadith

dhaif untuk keutamaan amalan berasaskan 3 syarat iaitu dhaif pada hadith itu tidak

keterlaluan dan sekiranya perawi itu pendusta, tertuduh dusta dan banyak salah, maka tidak

dapat dijadikan sebagai hujah. Ia juga boleh digunakan atas dasar amal yang ditunjuk oleh

hadith tersebut masih selaras dengan dasar yang dibenarkan oleh hadith yang lebih sahih.

Selain itu, semua orang hendaklah berhati-hati ataupun ihtiyat dari sudut pegangan

ketika beramal dengannya. Hal ini supaya tidak tersalah menyandarkan hadith itu kepada

Rasulullah SAW sedangkan hakikatnya ia bukan hadith atau perkataan baginda SAW.

Konklusinya, hadith dhaif tidak boleh dijadikan hujah syarak, tetapi hanya boleh

digunakan untuk beramal dengan perkara-perkara kecil sahaja. Dalam erti kata lain, hadith

ini tidak boleh digunakan sebagai dalil dalam perkara-perkara hukum apatah lagi yang

berkait dengan aqidah.

d) Hukum Meriwayatkan Hadith Dhaif

Ulama’ mengharuskan mempermudah-mudahkan pada sanad hadith dhaif,

meriwayatkannya dan beramal dengannya tanpa menyatakan kedhaifannya. Oleh kerana

itu, hadith dhaif boleh diterima pakai di dalam segala jenis amalan yang berbentuk

menggemarkan, menakutkan, peradaban, kisah tauladan bukan di dalam perkara aqidah

seperti sifat ALLAH dan hukum seperti halal haram.

Ibnu Mahdi juga menyebutkan dalam kitabnya Al-Madkhal: “Apabila kami

meriwayatkan daripada Nabi SAW tentang halal haram dan hukum- hakam maka kami

mengetatkan sanad-sanadnya dan kami akan membuat kritikan (pemeriksaan) terhadap

rijal (nama perawi yang terdapat dalam sanad). Tetapi apabila kami meriwayatkan hal-hal

yang berkaitan dengan ganjaran pahala dan seksa maka kami mempermudahkan sanad-

sanadnya dan kami bertolak ansur”.

Walaupun jumhur mengharuskan meriwayatkan hadith dhaif, namun perlu di

ingatkan mereka menyatakan bahawa tidak harus menggunakan perkataan yang

29

Page 30: kkbi new

menunjukkan kepastian (sighah jazam) seperti “sabda Rasulullah SAW” ketika

meriwayatkan hadith dhaif ini kerana untuk mengelakkan daripada menisbahkan kepada

Rasulullah SAW apa yang tidak disabdakannya bahkan hendaklah digunakan kalimah

yang menunjukkan ketidakpastian (tamridh), seperti “diriwayatkan atau dikatakan

bahawa Nabi SAW pernah bersabda” dan seumpamanya.

2.3.4 Rumusan

Sebagai pendokong hadith Nabi Muhammad SAW, adalah penting untuk menguasai Ulum

al-Hadith supaya bertambah keyakinan sekali gus dapat menolak andaian yang tidak

berasas dan sebarang ancaman terhadap hadith dan perawinya. Ulama’ hadith juga telah

menggariskan kaedah-kaedah yang sistematik dan dapat diterima pakai dari satu generasi

dalam menangani isu semasa.

Dalam persoalan hadith, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam

memetik hadith-hadith Nabi SAW begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya

langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan

sesebuah hadith. Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang

dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi SAW tanpa usul periksa.

Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, “Masih ada para

penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai

periwayatan dan teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan

dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka

pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih,

pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari

berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah.”

Oleh yang demikian, kemahiran mengaplikasikan dan menterjemahkan sabda

Baginda SAW ini memerlukan orang yang menguasai ilmu hadith. Lebih-lebih lagi

perbahasan berkaitan hadith sering mendapat kritikan dari golongan orientalis dan lebih

ramai sarjana diperlukan untuk menangani permasalahan ini. Apatah lagi hadith merupakan

sumber kedua selepas al-Quran dan merupakan penyelesaian terbaik dalam semua aspek

kehidupan manusia.

3.0 PENUTUP

Ilmu Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith ini amat penting dipelajari oleh umat Islam kerana

faedahnya yang begitu besar demi kepentingan syiar Islam. Dengan mengetahui dan

30

Page 31: kkbi new

mendalami ilmu ini akan memberi jaminan kefahaman yang tinggi untuk mengetahui lebih

banyak ilmu-ilmu yang masih tersirat di dalam al-Quran dan al-Hadith yang belum mampu

disingkap oleh manusia.

Ini kerana, banyak fakta-fakta mengenai Islam telah diputar belitan oleh musuh-

musuh Islam sehingga ramai dalam kalangan umat Islam sendiri mula goyang akidah

mereka dan terhadap al-Quran itu dan al-Hadith sendiri.

Oleh itu, dengan mempelajari dan memahami ilmu ini akan menjadikan umat Islam

sentiasa bersedia untuk mempertahankan al-Quran serta al-Hadith dan agama Islam itu

sendiri dari dicerobohi, dicemari dan sebagainya oleh musuh-musuh Islam.

Dakwah hari ini sukar mencapai matlamatnya yang sebenar disebabkan para

pendakwah tidak memiliki kepakaran dan pendekatan yang sewajarnya. Mengetahui dan

memahami secara pasti ilmu ini akan memudahkan lagi umat Islam menyelami ilmu-ilmu

syariat Islam.

Justeru, pengetahuan ilmu ini amat penting untuk menjamin pemeliharaan al-Quran

dan al-Hadith dari salah tafsiran yang mungkin terjadi oleh orang tidak memahami

kandungan dan pengajarannya.

4.0 REFLEKSI

31

Page 32: kkbi new

Segala puji bagi ALLAH SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan

besar Nabi Muhammad SAW, penghulu segala para nabi dan rasul, keluarga Baginda dan

para sahabat keseluruhannya.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan ini

dengan sempurna dan jayanya. Sebaik sahaja mendapat tugasan ini, saya terus mencari

maklumat dalam kadar yang segera. Kembara saya bermula di Perpustakaan Ibnu Sina iaitu

di mana saya memulakan pencarian maklumat dengan mencari bahan berkaitan dengan

subjek PQE3023E Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadith.

Antara kelemahan saya semasa menyiapkan Kerja Kursus ini ialah kesukaran dalam

memahami beberapa soalan yang berkaitan dengan penjelasan tentang Khabar Mutawatir

selain kekurangan bahan bukti yang diperlukan seperti rujukan untuk Ulum al-Hadith. Oleh

itu, dalam mencari rujukan untuk bidang Ulum al-Hadith, saya banyak membuat rujukan

melalui penulisan Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin, bekas mufti negeri Perlis di sebuah portal

rasmi beliau melalui laman sesawang.

Untuk menambahkan lagi pengetahuan yang kurang, saya telah juga menerjah

laman-laman web di internet untuk mendapatkan pencerahan tentang tajuk ini. Malang

sekali, jaringan internet agak perlahan di Kolej Kediaman malah terdapat beberapa laman

web yang tidak dapat diakses kerana telah disekat penggunaannya atas sebab-sebab

tertentu. Namun begitu, saya masih berpeluang meminjam beberapa buah buku milik rakan

lain dan milik saya sendiri.

Saya juga mengalami masalah dalam menguruskan pembahagian masa lantaran

beberapa tugasan serta tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

Mungkin ia berpunca daripada diri saya sendiri yang tidak mahir meletakkan keutamaan

sebagai perkara utama. In shaa ALLAH, kelemahan ini akan diperbaiki kelak dan kualiti

masa dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sejujurnya saya kagum dengan usaha para ulama’ serta para al-muhaddithin yang

sedaya upaya menjaga kemuliaan al-Quran dan kesahihan sesebuah hadith dan sewajarlah

mereka dihargai. Biarpun begitu, sebagai orang yang dihormati, mereka hanya hidup dalam

keadaan sederhana. Tiada istana mewah yang dilengkapi perhiasan yang mewah dan

cantik. Namun, kewibawaan mereka dalam menambah ilmu pengetahuan dan menegakkan

32

Page 33: kkbi new

Islam, tidak dibayangi dengan harta yang menimbun sebaliknya rasa ikhlas dalam mencari

keredhaan ALLAH SWT.

Allah SWT menurunkan Al-Quran sebagai petunjuk umat manusia dan sumber ajaran

Islam sudah diyakini dan diakui kebenarannya oleh segenap hukum Islam. Adapun

ajarannya meliputi persoalan kemanusiaan secara umum seperti hukum, ibadah, ekonomi,

politik, sosial, budaya, pendidikan, ilmu pengetahuan dan seni. Al-Quran banyak

menerangkan tentang kisah para nabi dan umat terdahulu, baik umat yang taat

melaksanakan perintah Allah mahupun yang mereka yang menentang dan mengingkari

ajaran-Nya. Kita haruslah bijak dalam mencedok hikmah dan pelajaran dari kisah-kisah yang

diterangkan dalam Al-Quran.

Dalam bidang Ulum al-Hadith, mengetahui tentang sejarah hidup serta latar belakang

setiap periwayat hadith adalah amat penting kerana untuk kita menerima atau menggunakan

hadith tersebut sebagai hujah, maka ianya perlu nyata akan kesahihan hadith tersebut.

Martabat seseorang perawi itu dinilai oleh para ulama terlebih dahulu sebelum hadith

diterima. Jadi, kita telah ketahui bahawa penerimaan sesuatu hadith itu bukanlah boleh

dibuat secara main-main tetapi ianya dibuat secara teliti dan berhati-hati.

Bagi periwayat hadith, orang tersebut mestilah mematuhi syarat-syarat yang berikut

iaitu, seseorang itu hendaklah mempunyai ilmu yang mendalam di dalam ilmu agama, serta

memahami dengan baik al-Qur'an, as-Sunnah dan pengambilan hukum yang berkaitan

daripada kedua-dua sumber tersebut. Seseorang itu juga hendaklah seorang yang bertaqwa,

wara' dan tidak dicaci serta dicela atau bukan majruh. Sekiranya sesuatu hadith itu sahih

maka ia akan menjadi satu sumber bagi sumber-sumber hukum.

Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa menyiapkan Kerja Kursus ini. saya

juga mulai sedar akan kepentingan subjek Ulum al-Quran al-Hadith ini dan bukan hanya

sekadar berharap kepada orang lain untuk mengkaji al-Quran mahu pun al-Hadith. Ini

kerana, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap Muslim untuk memelihara kesucian

agama Islam.

Syukur Alhamdulillah dengan berkat pertolongan daripada beberapa pihak, segala

masalah menjadi semakin mudah. Sekalung penghargaan buat atas kesudian Ustaz Mohd.

Ja’afar B. Ab. Latif yang banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan. Tidak dilupakan jua

buat keluarga dan rakan-rakan seperjuangan terutamanya warga PISMP PAI 2 yang

sentiasa bersama berjihad di jalan-Nya. Semoga ALLAH membalas jasa kalian.

33