khi pulse: jul issue (ba)

9
M asa berlalu dengan begitu pantas sekali apabila anda bergembira! Kita telah pun memasuki suku ketiga tahun 2012 di mana sudah begitu banyak perkara yang boleh diimbas dalam tempoh enam bulan pertama. Namun masih begitu banyak lagi rintangan yang perlu kita ditempuhi untuk hari-hari yang akan datang. Baru-baru ini, kami mengadakan‘Retreat’ Pengurusan KHI yang pertama di Grand Dorsett Subang di Malaysia yang dihadiri oleh Pengurus-Pengurus Besar, Pengarah-Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran serta Pengurus-Pengurus Kewangan daripada kumpulan hotel yang datang dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China, bersama-sama dengan kakitangan kanan utama daripada Pejabat Korporat Hong Kong. Melihat lebih daripada 50 peserta yang datang daripada pelbagai negara seluruh Asia ke program ‘Retreat’ ini, saya berbesar hati dengan pencapaian yang kita perolehi setakat ini. Lebih penting lagi, ‘Retreat’ ini membolehkan semua yang hadir mencapai kesepakatan dan pemahaman tentang visi dan matlamat KHI untuk terus maju ke hadapan, dan juga peluang untuk mendapat informasi terkini bagi pencapaian dan aktiviti terbaru KHI. Seterusnya, kami akan melancarkan program latihan Wawasan dan Nilai Teras; satu inisiatif yang diterajui oleh Pembangunan Sumber Manusia Korporat dan pasukannya yang berkaliber. Apabila anda membaca edisi ‘Nadi KHI’kali ini, dapat dilihat banyak hotel dibawah payung KHI mengambil inisiatif untuk meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kakitangan hotel melalui Kem Bina Semangat, aktiviti bersama rakan sekerja dan lain-lain. Secara peribadinya, saya berpendapat bahawa setiap saat yang diluangkan bersama dengan rakan sekerja adalah amat penting bagi memastikan kita berada di landasan yang betul untuk mencapai wawasan kita. Bercakap mengenai wawasan, adalah amat memberangsangkan melihat kumpulan KHI secara keseluruhannya menunjukkan pertumbuhan positif yang berterusan untuk tahun kewangan berakhir 31 March 2012 dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak HK$605.1 juta, dengan peningkatan sebanyak 190.3% daripada tahun lepas. Hasil kenaikan ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh keuntungan yang diperolehi hasil jualan Central Park Hotel di Hong Kong. Perolehan ini akan disalurkan untuk mengembangkan lagi sayap KHI dengan pembelian hotel baru. Semua hasil operasi amat membanggakan dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah memungkinkan semua ini.Saya yakin bahawa kita mampu mencapai visi SATU impian, apabila kita terus berganding bahu sebagai SATU pasukan! Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif, KHI Pemacu Pemikiran 1 Maju Bersama Berdasarkan ramalan terbaru Organisasi Pelancongan Asia Pasifik (PATA), dijangka terdapat pertambahan sebanyak 8.7 juta pengunjung daripada Eropah ke Asia Pasifik pada 2012, meningkat daripada 34.5 juta pada 2009 kepada lebih daripada 44 juta ketibaan. Secara keseluruhannya, pertumbuhan ketibaan di rantau Asia Pasifik dijangka akan ditutup hampir dua kali ganda daripada purata ketibaan di seluruh dunia meskipun ekonomi negara Eropah menghadapi krisis dan ramalan kelembapan pertumbuhan ekonomi di China. Di KHI, lebih daripada 60% pasaran kumpulan KHI (tetamu) adalah daripada Asia. Justeru itu, KHI berada di kedudukan yang agak baik untuk menguasai pasaran pelancongan Asia yang terus berkembang. Dengan unjuran pertumbuhan dalam sektor pelancongan di negara yang hotel-hotel KHI beroperasi, KHI akan terus menggunakan pendekatan “Chinese Wallet Strategy” yang akan membolehkan kita untuk mendekati segmen pasaran berbeza dan memacu pertumbuhan. Kita juga bakal menyaksikan pembukaan hotel baru iaitu Dorsett Regency Kwun Tong, Hong Kong yang mempunyai 361 bilik, Grand Dorsett Chengdu, China yang mempunyai 556 bilik dan Dorsett Regency Singapore yang mempunyai 285 bilik; begitu juga dengan penjenamaan semula Yue Shanghai sebagai Dorsett Regency Shanghai, China. Saya begitu berbesar hari untuk berkongsi dengan anda semua bahawa kami sedang dalam proses untuk menjalankan strategi penyelarasan jenama untuk KHI dan hotel kami yang akan dilancarkan pada Oktober 2012. Nantikan informasi terkini untuk sama-sama menyaksikan semua ini yang bakal berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi. Kita juga boleh berbangga kerana bergiat secara aktif dan mengambil berat tentang masyarakat dan persekitaran sekeliling kita. Ini dapat dilihat apabila kita telah memperolehi pengiktirafan seperti “ Anugerah Prihatin” dan banyak lagi.Adalah amat menggembirakan apabila kebanyakan daripada hotel kita meneruskan usaha untuk menjalankan program yang didorong oleh rasa tanggungjawab sosial korporat bersama dengan pasukan mereka. Dengan kehadiran Hari Raya, salah satu daripada perayaan yang penting untuk orang Islam seluruh dunia untuk meraikan tanda berakhirnya Ramadan (bulan suci bagi orang Islam berpuasa), ini merupakan masa yang sesuai untuk kita semua berkongsi keprihatinan kita dengan menyebarkan kegembiraan kepada orang yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif CSR kita. Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua rakan- rakan sekerja Muslim kita, “Selamat Berbuka Puasa” dan “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, dan kepada rakan-rakan sekerja yang lain, nikmatilah musim panas yang menggembirakan. Akhir kata, sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas, dan pendapat untuk dikongsikan bersama atau pertanyaan, sila hubungi saya secara peribadi melalui email saya: [email protected] Pulse The Gateway To Asian-Inspired Hospitality ISU 3 2012 NadiKHI Purata Harga Bilik Milik Diuruskan oleh Jumlah Kadar bilik Milik Diuruskan oleh Jumlah

Upload: kosmo-hotels

Post on 10-Mar-2016

276 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

TRANSCRIPT

Page 1: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Masa berlalu dengan begitu pantas sekali apabila anda bergembira! Kita telah pun memasuki suku ketiga tahun 2012 di mana sudah begitu banyak perkara yang boleh

diimbas dalam tempoh enam bulan pertama. Namun masih begitu banyak lagi rintangan yang perlu kita ditempuhi untuk hari-hari yang akan datang.

Baru-baru ini, kami mengadakan‘Retreat’ Pengurusan KHI yang pertama di Grand Dorsett Subang di Malaysia yang dihadiri oleh Pengurus-Pengurus Besar, Pengarah-Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran serta Pengurus-Pengurus Kewangan daripada kumpulan hotel yang datang dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China, bersama-sama dengan kakitangan kanan utama daripada Pejabat Korporat Hong Kong.

Melihat lebih daripada 50 peserta yang datang daripada pelbagai negara seluruh Asia ke program ‘Retreat’ ini, saya berbesar hati dengan pencapaian yang kita perolehi setakat ini. Lebih penting lagi, ‘Retreat’ ini membolehkan semua yang hadir mencapai kesepakatan dan pemahaman tentang visi dan matlamat KHI untuk terus maju ke hadapan, dan juga peluang untuk mendapat informasi terkini bagi pencapaian dan aktiviti terbaru KHI. Seterusnya, kami akan melancarkan program latihan Wawasan dan Nilai Teras; satu inisiatif yang diterajui oleh Pembangunan Sumber Manusia Korporat dan pasukannya yang berkaliber.

Apabila anda membaca edisi ‘Nadi KHI’kali ini, dapat dilihat banyak hotel dibawah payung KHI mengambil inisiatif untuk meluangkan masa untuk bersama-sama dengan kakitangan hotel melalui Kem Bina Semangat, aktiviti bersama rakan sekerja dan lain-lain. Secara peribadinya, saya berpendapat bahawa setiap saat yang diluangkan bersama dengan rakan sekerja adalah amat penting bagi memastikan kita berada di landasan yang betul untuk mencapai wawasan kita.

Bercakap mengenai wawasan, adalah amat memberangsangkan melihat kumpulan KHI secara keseluruhannya menunjukkan pertumbuhan positif yang berterusan untuk tahun kewangan berakhir 31 March 2012 dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak HK$605.1 juta,

dengan peningkatan sebanyak 190.3% daripada tahun lepas. Hasil kenaikan ini sebahagiannya adalah disebabkan oleh

keuntungan yang diperolehi hasil jualan Central Park Hotel di Hong Kong. Perolehan ini akan disalurkan untuk mengembangkan lagi sayap KHI dengan pembelian hotel baru. Semua hasil operasi amat membanggakan dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah memungkinkan semua ini.Saya yakin bahawa kita mampu mencapai visi

SATU impian, apabila kita terus berganding bahu sebagai SATU pasukan!

Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif, KHI

Pemacu Pemikiran

1

Maju Bersama

Berdasarkan ramalan terbaru Organisasi Pelancongan Asia Pasifik (PATA), dijangka terdapat pertambahan sebanyak 8.7 juta pengunjung daripada Eropah ke Asia Pasifik pada 2012, meningkat daripada 34.5 juta pada 2009 kepada lebih daripada 44 juta ketibaan. Secara keseluruhannya, pertumbuhan ketibaan di rantau Asia Pasifik dijangka akan ditutup hampir dua kali ganda daripada purata ketibaan di seluruh dunia meskipun ekonomi negara Eropah menghadapi krisis dan ramalan kelembapan pertumbuhan ekonomi di China. Di KHI, lebih daripada 60% pasaran kumpulan KHI (tetamu) adalah daripada Asia. Justeru itu, KHI berada di kedudukan yang agak baik untuk menguasai pasaran pelancongan Asia yang terus berkembang. Dengan unjuran pertumbuhan dalam sektor pelancongan di negara yang hotel-hotel KHI beroperasi, KHI akan terus menggunakan pendekatan “Chinese Wallet Strategy” yang akan membolehkan kita untuk mendekati segmen pasaran berbeza dan memacu pertumbuhan.

Kita juga bakal menyaksikan pembukaan hotel baru iaitu Dorsett Regency Kwun Tong, Hong Kong yang mempunyai 361 bilik, Grand Dorsett Chengdu, China yang mempunyai 556 bilik dan Dorsett Regency Singapore yang mempunyai 285 bilik; begitu juga dengan penjenamaan semula Yue Shanghai sebagai Dorsett Regency Shanghai, China. Saya begitu berbesar hari untuk berkongsi dengan anda semua bahawa kami sedang dalam proses untuk menjalankan strategi penyelarasan jenama untuk KHI dan hotel kami yang akan dilancarkan pada Oktober 2012. Nantikan informasi terkini untuk sama-sama menyaksikan semua ini yang bakal berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi.

Kita juga boleh berbangga kerana bergiat secara aktif dan mengambil berat tentang masyarakat dan persekitaran sekeliling kita. Ini dapat dilihat apabila kita telah memperolehi pengiktirafan seperti “ Anugerah Prihatin” dan banyak lagi.Adalah amat menggembirakan apabila kebanyakan daripada hotel kita meneruskan usaha untuk menjalankan program yang didorong oleh rasa tanggungjawab sosial korporat bersama dengan pasukan mereka. Dengan kehadiran Hari Raya, salah satu daripada perayaan yang penting untuk orang Islam seluruh dunia untuk meraikan tanda berakhirnya Ramadan (bulan suci bagi orang Islam berpuasa), ini merupakan masa yang sesuai untuk kita semua berkongsi keprihatinan kita dengan menyebarkan kegembiraan kepada orang yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif CSR kita.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan kepada semua rakan-rakan sekerja Muslim kita, “Selamat Berbuka Puasa” dan “Selamat Hari Raya Aidilfitri”, dan kepada rakan-rakan sekerja yang lain, nikmatilah musim panas yang menggembirakan.

Akhir kata, sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas, dan pendapat untuk dikongsikan bersama atau pertanyaan, sila hubungi saya secara peribadi melalui email saya: [email protected]

PulseThe Gateway To Asian-inspired Hospitality

iS

u 3

2

012

NadiKHI

Purata Harga Bilik

Milik

Diuruskan oleh

Jumlah

Kadar bilik

Milik

Diuruskan oleh

Jumlah

Page 2: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

2

Daftar MasukPapan Mata

Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur merupakan tambahan terbaru kepada jenama Hotel Silka yang mensasarkan pengunjung yang mengutamakan nilai

dan penjimatan untuk pelancong dan ahli perniagaan .Terletak di tengah-tengah salah satu kawasan hiburan

dan komersial utama di Kuala Lumpur, Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur menampilkan 193 bilik dan suite yang menawarkan pemandangan bandar, taman dan Menara Kuala Lumpur.

Bilik-bilik dan suite yang moden sesuai untuk tetamu yang berkunjung bersama keluarga, pelancong, ahli perniagaan, serta tetamu jangka panjang. Semua bilik dan suite dilengkapi dengan sambungan internet, bilik mandi ‘en-suite’ berjubinkan marmar, meja kerja, dan TV LCD 32-inci dengan saluran satelit.

Untuk pelancong dan ahli perniagaan, lokasi hotel yang strategik menjadikan Silka Maytower Hotel & Serviced

Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur

Program Penginapan, Membeli-belah & Penjimatan di Silka Maytower Hotel & Serviced Residences(Stay, Shop & Save)Di bawah Program Penginapan, Membeli-belah & Penjimatan, Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan beberapa gedung membeli belah barangan produk dan perkhidmatan seperti kosmetik, elektronik, restoran dan peruncit yang terletak di sekitar hotel dengan menawarkan diskaun membeli-belah dan keistimewaan bagi para tetamu.

Untuk menikmati faedah khas dari Program ini, tetamu hanya perlu menunjukkan kad kunci bilik kepada mana-mana rakan kongsi yang disenaraikan. Antara gedung membeli belah yang bekerjasama di bawah Program Penginapan, Membeli-belah & Penjimatan adalah Dr. Kong Healthy Shoes, Wai Kong Tours and Travel, Challenger Technologies, MyOrtho Centre, Karyaneka and SaSa.

Residences pilihan yang ideal untuk penginapan di Kuala Lumpur. Restoran La Maison memenuhi keperluan hidangan bufet sarapan pagi, dengan menu a la carte untuk makan tengahari dan makan malam. Terdapat juga perkhidmatan penghantaran makanan ke bilik 24 jam untuk kemudahan para tetamu.

Di tingkat 8 hotel, terdapat kolam renang yang dibina bercirikan tiang dan gerbang Rom dilengkapi pemandangan menarik mercu tanda Kuala Lumpur, sempurna untuk tetamu melepaskan lelah sambil berjemur di bawah matahari. Hotel ini juga mempunyai gimnasium dan sauna untuk lelaki dan wanita.

Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur menawarkan tempat yang sempurna untuk urusan perniagaan atau majlis persendirian. Bilik mesyuarat moden dan dewan banquet mempunyai kapasiti maksimum 200 orang dan dilengkapi dengan kemudahan audio visual dan telekomunikasi.

Selain akses mudah untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, tetamu hotel boleh merasai kesibukan kotaraya Kuala Lumpur dengan berjalan kaki ke Dataran Merdeka, KL Tower, Central Market, Chinatown, Menara Berkembar Petronas, Taman Tasik dan Sogo, menjadikan hotel ini lokasi terbaik untuk bagi para pelancong untuk mendalami sejarah, pemandangan moden dan semula jadi, membeli-belah, makan di warung-warung, restoran dan aktiviti masyarakat tempatan.

www.silkahotel.com/maytower

3

Sorotan hasil:• Hasil bagi tahun ini adalah HK$ 1,096.1 juta, meningkat

26.4% dari tahun lepas, terutamanya didorong oleh peningkatan bilik sebanyak 38.3% tahun-ke-tahun di Hong Kong.

• Pada tahun ini, Kumpulan KHI telah mencatatkan keuntungan sebanyak HK$ 380.3 juta atas pelupusan Central Park Hotel, yang terletak di Hollywood Road, Hong Kong.

• Dengan pertumbuhan yang ketara dalam keuntungan operasi dan keuntungan ke atas pelupusan hartanah, Kumpulan KHI bagi Tahun ini mencatatkan keuntungan bersih sebanyak HK$ 605.1 juta yang mewakili peningkatan 190.3% daripada tahun lepas.

• EBITDA yang dilaraskan, pengurusan prestasi operasi hotel, mencapai HK $ 509.4 juta bagi tahun ini. Ini mewakili peningkatan 40.5% tahun-ke-tahun yang didorong oleh pertumbuhan sebanyak 23.9% dalam purata harga bilik (“RevPAR”) dan 11.5% pertumbuhan dalam bilangan bilik yang tersedia dan ditambah dengan peningkatan 4.7% dalam nilai EBITDA yang dilaraskan.

• Lebihan penilaian semula hotel pada 31 Mac 2012 adalah HK$ 7,749.9 juta tidak dicatat dalam penyata kewangan Kumpulan yang disatukan. Ini berberbeza dengan HK $ 5,978.8 juta lebihan penilaian semula hotel pada akhir tahun kewangan yang lepas. Peningkatan ketara dalam lebihan penilaian semula adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan nilai aset Hong Kong.

• Pelarasan bagi lebihan penilaian semula, asset bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat sebanyak 25.8% kepada HK$ 5,58 pada 31 Mac 2012.

• Lembaga Pengarah mencadangkan dividen akhir sebanyak HK 10 sen sesaham, bersama-sama dengan dividen ‘interim’ sebanyak HK 2 sen sesaham, menjadikan jumlah pembayaran dividen bagi tahun ini HK 12 sen sesaham. Ini mewakili 39.7% daripada jumlah keuntungan diagihkan, berbanding dengan 38.5% tahun lepas.

Pengambilalihan dan Pelupusan:Untuk mencatatkan prestasi kukuh operasi bagi hotel yang sedia ada, Kumpulan KHI juga telah menyiapkan beberapa urusniaga penting:

• Pada bulan September 2011, Kumpulan KHI telah mengambilalih Shepherd’s Bush Pavilion, London untuk nilai sebanyak £ 16 juta (bersamaan dengan HK$ 198.9 juta). Bangunan yang merupakan sebuah mercu tanda ini telah diubahsuai kepada Dorsett Regency London hotel (322 bilik).

• Pada bulan November 2011, Kumpulan KHI telah melupuskan Central Park Hotel kepada pihak ketiga pada nilai HK

Kosmopolito Hotels International mengumumkan keuntungan bersih untuk setahun dengan kenaikan 190%, dan Lembaga Pengarah KHI mengumumkan keputusan yang telah diaudit disatukan dengan syarikat dan anak-anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2012.

Mencapai Rekod Baru

$ 515 juta membolehkan keuntungan kira-kira HK$ 380 juta.• Pada Disember 2011, Kumpulan KHI telah

mengambilalih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Capital Fortune Investment Limited, yang memegang 25% kepentingan ekuiti dalam Cosmopolitan Resort (Zhuji), Limited pada nilai kira-kira HK$ 76 juta.

• Pada bulan April 2012, Kumpulan KHI telah menyelesaikan pengambilalihan bangunan industri ‘BIG ORANGE’ yang terletak di Kwai Chung, Hong Kong dari pihak ketiga dengan nilai HK$210 juta dan telah diubahsuai kepada Silka Tsuen Wan hotel (420 bilik).

Perniagaan & Projek Pembangunan: • Pada bulan Jun 2011, Kumpulan KHI telah memulakan

operasi di Dorsett Regency Hong Kong (209 bilik), yang mencapai kadar penginapan 90.5% bagi tempoh yang berakhir 31 Mac 2012.

• Pembinaan masih giat dijalankan bagi Grand Dorsett Chengdu (556 bilik) dan Dorsett Regency Singapura (285 bilik).

• Bagi Dorsett Regency Tsuen Wan (548 bilik), kerja-kerja pengstrukturan utama telah berjaya disiapkan dan kerja-kerja pemasangan bermula pada bulan April 2012.

• Dorsett Regency Kwun Tong (361 bilik) dijadualkan beroperasi pada bulan Julai 2012.

Analisis:Kumpulan ini akan terus menggunakan “Chinese Wallet Strategy” untuk memacu pertumbuhan. Kumpulan KHI percaya bahawa dengan pelaburan yang telah dijalankan dalam beberapa tahun yang lepas, ia telah meletakkan suatu asas yang kukuh untuk pertumbuhan dan akan meneruskan strategi pengembangan untuk kumpulan KHI menerusi pembangunan, pengambilalihan dan perolehan kontrak pengurusan.

Ms. Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif KHI berkata: “Pembinaan giat dijalankan untuk Grand Dorsett Chengdu, Dorsett Regency Singapura dan Dorsett Regency Tsuen Wan.”

“Bersama-sama dengan Silka Tsuen Wan dan Dorsett Regency London yang baru sahaja diambil alih, kumpulan KHI dijadualkan untuk terus berkembang maju dengan jumlah keseluruhan bilik lebih daripada 7,000 bilik pada tahun yang akan datang. Pengembangan bilangan hotel yang bakal beroperasi dijangka akan menjana lebih banyak aliran tunai untuk Kumpulan KHI”

Pada 31 Mac 2012, Kumpulan KHI kini memiliki 23 hotel yang beroperasi dan hotel-hotel yang sedang dibangunkan seluruh Asia: 11 di Hong Kong, lima di China, lima di Malaysia, satu di Singapura dan satu di United Kingdom.

Page 3: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Daftar Masuk

4

Dorsett Regency WuhanTerletak di lokasi strategik di tengah-tengah Jalan Jianghan -

bandar fesyen-di Daerah Hankou, Dorsett Regency Wuhan menawarkan lokasi sempurna untuk percutian dan tetamu

korporat apabila melawat wilayah Hubei di China.Hotel interaktif perdana ini, terletak di tengah-tengah pusat

bandar Wuhan di kawasan komersil dengan mercu tanda seperti ‘New World Plaza’, ‘Wang Fu Jing Store’, ‘Wan Da Business Plaza’, ‘Jia Li Plaza’, ‘Wal-Mart Supermarket’ and ‘Grand Ocean Department Store’.

Semua bilik, suite dan pangsapuri di Dorsett Regency Wuhan berkonsepkan kontemporari dan moden dan menawarkan persekitaran yang selesa untuk tetamu korporat dan pelancong bersama keluarga. Pangsapuri yang ditata rias dengan bergaya dan anggun, terdiri daripada dua bilik tidur yang luas, ruang tamu dan ruang makan, sesuai untuk percutian keluarga dan tetamu jangka panjang.

Suite di hotel ini menawarkan pemandangan yang menawan Sungai Yangtze dan ‘Jianghan Road Walking Street’ yang bersejarah. Suite yang luas termasuk ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi dan dapur berdinding kaca, adalah pilihan terbaik untuk tetamu jangka panjang dan mereka yang melancong bersama keluarga.

Bilik Perniagaan Dorsett Regency Wuhan yang mewah dengan reka bentuk moden dan merangkumi kawasan seluas lebih 50 meter persegi, dipisahkan oleh bilik tidur dan kawasan kerja dilengkapi dengan kerusi yang empuk untuk keselesaan tambahan.

Untuk pengalaman yang lebih bermakna, tetamu sering memilih bilik Deluxe yang lebih besar dengan pandangan Sungai Yangtze yang indah, atau Bilik Superior yang menampilkan hiasan kontemporari dengan warna lembut dan perabot anggun.

Hotel in ini turut menyediakn Gimnasium yang serba

www.dorsettregency.com/wuhan

lengkap menawarkan para tetamu untuk bersantai selepas seharian sibuk berkerja.

Dorsett Regency Wuhan menempatkan dua dewan besar dan empat dewan banquet yang lebih kecil. Semua dewan dilengkapi dengan projektor berskrin besar, lampu pentas dan peralatan bunyi, serta kemudahan audio.

Oleh kerana lokasinya yang strategik di tengah-tengah daerah komersial, Hankou, Hong Kong Macau Café yang terletak di dalam hotel merupakan tempat kegemaran bagi pengunjung yang gemarkan adunan makanan dari Hong Kong dan Macau.

Selari dengan jenama Dorsett Regency yang mengambil berat tentang persekitaran dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, peralatan yang mesra alam sekitar diguna pakai dan langkah-langkah penjimatan tenaga seperti elektrik dan pemuliharaan air diaplikasikan dalam operasi harian Dorsett Regency Wuhan.

Tempat-tempat menarikWuhan dikenali antara Bandar Terkemuka dengan Sejarah dan Kebudayaan China. Terdapat pelbagai tempat-tempat menarik untuk dilawati:

‘The Yellow Crane Tower’ merupakan simbol untuk Wuhan yang menghadap Sungai Yangtze, sungai ketiga terpanjang di dunia. Ia mula-mula dibina pada tahun 223AD.

The East Lake Ecotourism Scenic Spot, terletak di timur Wuhan, tasik bandar terbesar dengan keluasan 33 kilometer persegi.

Hubei Museum merupakan institusi utama untuk mengumpul, mempromosi dan penyelidikan artifak. Ia juga menempatkan paparan dewan yang terbesar dilengkapi dengan instrumen muzik kuno yang disimpan rapi.

Hankou Riverside yang terletak berhampiran Pelabuhan Penumpang Wuhan untuk limbungan kapal Danshuichi Houhu, terkenal untuk pelancongan, serta taman-taman hiburan dan kecergasan.

Di luar Kastam Jianghan, terdapat sebuah bangunan yang menjadi mercu tanda di Hankou, bangunan bergaya Eropah yang menghadap sungai yang mewakili ‘Konsesi Hankou’, penanda era Konsesi Perancis di Hankou pada tahun 1860 sehingga abad ke-20.

5

Chef berhati mulia dan bersuara merdu di Dorsett Regency Kuala Lumpur Pasukan kulinari Dorsett Regency Kuala Lumpur yang telah

memenangi pelbagai anugerah meneruskan keunggulan dengan menambah almari trofi mereka dengan

pencapaian terbaru. Demi Chef Gerard Jerome Selvaraj telah memenangi dua lagi anugerah khas di ‘2nd Glittering Stars of Kuala Lumpur Hotels Awards’ yang diadakan di Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH) - Bahagian KL, acara ini bertujuan untuk menghargai perkhidmatan dan sumbangan ‘hotelier’ yang bertugas di hotel-hotel di Kuala Lumpur terutama para ‘hoteliers’ yang telah menunjukkan perkhidmatan luar biasa, contoh terbaik dan juga sumbangan terhadap komuniti.

Diantara anugerah-anugerah yang dipersembahkan ialah ‘Super Star Award’, ‘Innovative Star Award’, ‘Personal Star Award’, ‘CSR Star Award’ dan ‘Departmental Star Awards’.

Chef Gerard membawa pulang anugerah yang dikehendaki ramai iaitu ‘CSR Star Award’, kerana jasa-jasanya kepada komuniti dan orang-orang di sekelilingnya. Dia juga dianugerahkan ‘Super Star Award’ yang diberikan kepada individu yang memberi kesan positif kepada industri hotel dan juga menunjukkan contoh terbaik di dalam pekerjaan. Kejayaan ini merupakan suatu kejutan bagi beliau.

“Saya tidak terfikir untuk menang kerana banyak chef yang berpengalaman dan berbakat juga bertanding untuk anugerah ini dan saya merasa rendah diri dengan

minggu dan juga hari cuti untuk membuat kerja sukarelawan di dapur dan menyiapkan makanan untuk orang miskin dan tidak berumah di daerah Lembah Klang.

“Saya merasa diberkati untuk berada ditahap ini. Saya berpendapat bahawa menjadi sukarelawan adalah cara terbaik yang saya mampu untuk memberi kepada masyarakat yang memerlukan sumbangan dan bantuan”, ujar Gerard.

Chef Gerard juga meminati bidang fotografi, selain itu, beliau merupakan penyanyi bagi Dorsett Regency Kuala Lumpur kerana sering menunjukkan bakatnya sewaktu aktiviti atau projek CSR yang dianjurkan oleh hotel.

“Gerard disukai oleh rakan sekerja kerana sikapnya yang peramah dan positif. Disamping bakatnya yang tidak boleh dipertikaikan lagi, semangat berpasukan dan kesanggupan untuk membantu orang lain dan memberi tunjuk ajar kepada rakan sekerja yang lebih muda membuatkan beliau menyerlah daripada yang lain.” Kata Chef Eksekutif Dorsett Regency Kuala Lumpur, Yau Kok Kheong.

Demi Chef Gerard Jerome Selvaraj dari Dorsett Regency Kuala Lumpur

bersama 2 anugerah yang dimenangi di ‘2nd Glittering Stars of Kuala Lumpur

Hotels Awards 2011’.

www.kosmohotels.com/blog

Berita Terkini!Susulan kejayaan beliau sebagai pemenang keseluruhan ‘2nd Glittering Stars of Kuala Lumpur Hotels Awards 2011’, Chef Gerard berjaya memenangi tempat ke-dua di Anugerah Persatuan Hotel Malaysia 2011. Tahniah Gerard!

Kenali Lebih Dekat

hadiran mereka.” ulas Gerard. Beliau berkata, “Memenangi anugerah ini lebih penting kepada seluruh pasukan Dorsett Regency KL dari saya sendiri. Ini bukan hanya untuk pasukan kulinari tetapi juga orang-orang dari dapur, pasukan servis dan juga jabatan sumber manusia.

Memenangi anugerah bukanlah perkara baru kepada Gerard, sejak berkerja di Dorsett regency KL sebagai seorang pelatih pada tahun 2008. Koleksi pencapaiannya termasuklah ‘Employee of the Month Award’ (2010), ‘Group General Manager Certificate’ (2011), ‘2nd Quarter Star Award’ (2011) and ‘Star of the Year’ (2011).

Gerard juga telah mendapat pengiktirafan dipertandingan Culinaire Malaysia 2011 apabila beliau memenangi pingat perak dalam kategori Masakan Laut, Pingat tembaga di pertandingan ‘Remy and Linguini’ untuk kategori pasukan dan juga membantu Dorsett Regency KL untuk memenangi tempat ketiga di dalam pertandingan itu.

Lebih dari hanya bakat, hati beliau yang mulia juga telah memberikan beliau penghormatan. Berumur 23 tahun, chef ini juga sering mengambil masa pada hujung

Page 4: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Pada 31 May, Tan Sri Dato’ David Chiu, Pengerusi KHI, telah menderma sebanyak HK$1.8 juta kepada Sekolah Menengah Ju Ching Chu. Menerusi derma yang disalurkan, Tan Sri berharap agar sumbangan ini dapat memberi manfaat serta pendidikan berkualiti supaya pelajar dapat memperoleh kemahiran baru dan meluaskan pengetahuan mereka.

Tan Sri bersama-sama dengan Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif KHI, menghadiri Majlis ke 44- Pengijazahan Bersama Sekolah Menengah Ju Ching Chu untuk penyerahan sumbangan untuk sekolah dan sijil tamat pengajian.

Dalam upacara tersebut, Tan Sri menggalakkan pelajar untuk mengatasi sebarang halangan yang mereka mungkin hadapi dalam mengejar cita-cita. Majlis berakhir dengan siri persembahan oleh para pelajar.

Tan Sri Dato Dvid Chiu telah menderma sebanyak HK$1.8 juta kepada Sekolah Menengah Ju Ching Chu.

6

Pastikan bilik dikemaskini

Amizi Abdul AzizPenyelaras Kanan Keselamatan

Grand Dorsett Subang

Memberi rasa keselamatan

Berkerja keras demi penyelenggaranWalaupun dianggap baru di Grand Dorsett Subang, K. Jeevaratnam dengan pantas telah dinaikkan pangkat bersandarkan semangat jitu dan ketekunan yang tinggi untuk mendapatkan hasil terbaik dalam kerja-kerja yang dilakukan.

Ia adalah kualiti yang ditunjukkan oleh Eksekutif Penyelenggaraan hotel yang mendorong beliau dianugerahkan ‘Leader of the Year 2011’. Sejak menyertai Jabatan Kejuruteraan tahun lepas, sifat kepimpinan beliau terserlah dan dapat dilihat oleh semua.

“Apa yang mendorong saya pada setiap hari adalah memastikan saya mampu menyiapkan kerja yang diberikan kepada saya sebaik mungkin setiap hari,” kata Jeevaratnam.

Membawa bersamanya pengalaman dan pendedahan yang luas dalam bidang standard dan pelaksanaan menjadikan Jeevaratnam seorang yang disegani! Fokus dan mementingkan hasil dari setiap kerja yang dilakukan,

beliau cepat bertindak, sangat proaktif dan sering menunjukkan etika kerja yang cemerlang.

Hidup oleh prinsip: “Kecemerlangan adalah anugerah Tuhan kepada manusia yang terpilih dan tahu menggunakannya.”, Jeevaratnam sentiasa bersedia untuk membantu rakan sekerja apabila diperlukan.

Beliau juga menghargai Ketua Jurutera hotel yang selama ini menyokong dan membimbing beliau sejak beliau mula bekerja. “Saya suka mengambil cabaran dalam melakukan kerja saya. Saya percaya bahawa kita semua mesti mempunyai sikap “YA,SAYA BOLEH BUAT” dalam kehidupan seharian kita, “tegas Jeevaratnam.

K. JeevaratnamEksekutif Penyelenggaraan Grand Dorsett Subang

Pemenang anugerah ‘Grand Dorsett Subang’s Star of the Year 2011’, Amizi Abdul Aziz, memulakan kerjayanya di hotel dalam usia 30-an. Penyelaras

Kanan Keselamatan di hotel ini mula menyertai hotel pada tahun 1997 sebagai Pegawai

Keselamatan. Beliau merupakan tulang belakang sistem keselamatan hotel.

Sifat beliau yang sentiasa berjaga-jaga, boleh dipercayai dan sangat cekap memudahkan

Amizi untuk menyesuaikan diri

dengan sistem keselamatan hotel yang rumit dan prosedur keselamatan yang sentiasa berkembang.

“Kepuasan terbesar bagi saya adalah untuk melatih rakan sejawat saya tentang prosedur keselamatan dan memastikan semua orang mempunyai kesedaran tinggi untuk mengurangkan kemalangan dan meningkatkan keselamatan di kawasan hotel,” kata Amizi.

Dengan tanggungjawab berat yang digalas, Amizi sering mengingatkan diri sendiri:

“Saya selalu menghargai pengalaman yang telah saya lalui dalam bidang ini. Saya mampu bertenang, sabar dan fokus pada setiap masa dalam menghadapi sebarang situasi yang timbul.”

Jessica Wong dikenali oleh rakan sekerja sebagai seorang yang manis dan pemurah di Dorsett Regency, Hong Kong. Beliau

amat dihargai oleh tetamu dan rakan sekerja di hotel. Selain murah dengan senyuman, beliau merupakan Penyelia Kanan Bahagian Bilik dan bertanggungjawab menyelia dan menguruskan urusan harian ‘Housekeeping’.

“Kepuasan terbesar bagi saya selain daripada mempunyai peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi saya dengan rakan sekerja daripada pelbagai jabatan, saya juga mempunyai peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan saya dalam menguruskan ‘Housekeeping’,” kata Jessica.

Dalam menjalankan tugasnya, Jessica dan 25

rakan sepasukan bertanggungjawab memastikan kebersihan premis, kemudahan hotel dan penyediaan bilik-bilik dan kawasan perkhidmatan tepat pada masanya dan juga memastikan tetamu berasa selesa sepanjang tempoh menginap.

Beliau yang menyertai hotel ini sejak pra-pembukaan Mei 2011, beliau juga memainkan peranan yang penting dalam membina satu pasukan yang ceria dan menyuntik semangat kerja berpasukan di tempat kerja dengan menganjurkan pelbagai acara untuk ‘Housekeeping’ seperti makan malam Krismas, Tahun Baru Cina, BBQ dan pelbagai lagi

Jessica WongPenyelia Kanan Bahagian Bilik Dorsett Regency Hong Kong

27

KHI Majlis Makan Malam Tahunan 2012, Hong Kong

Kenali Lebih Dekat

Yang Terbaru di KHI

Pada tahun ini, Majlis Makan Malam Tahunan KHI disambut meriah dengan sambutan dua peringkat, pada 12 Mac (Cosmopolitan Hotel Hong Kong, Cosmo Hotel Hong Kong, Dorsett Regency Hong Kong, Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong, The Mercer dan Central Park Hotel) dan pada 16 Mac 2012 (Cosmo Hotel Mongkok, Silka West Kowloon, Silka Seaview, Silka Far East dan Pejabat Korporat KHI).

Tema majlis pada 12 Mac ialah “Naga dan Tradisi Cina”. Semua kakitangan hotel hadir mengikut tema dengan menggayakan fesyen dan pertandingan menunjukkan bakat. Satu kumpulan yang terdiri daripada 3 orang penyanyi dari Cosmopolitan Hotel Hong Kong menjadi juara dalam pertandingan tersebut. Hadiah tunai berjumlah lebih daripada HK$100,000 diberikan kepada lebih daripada 100 kakitangan dalam acara cabutan bertuah. Cabutan bertuah tunai HK$10,000 dimenangi oleh kakitangan daripada

Dorsett Regency Hong Kong. Sementara itu, tema bagi parti pada 16 Mac adalah ‘Ungu’,

warna korporat KHI.Acara kemuncak pada malam itu adalah “ Permainan

Ganjaran Tunai Segera “ dimana Eksekutif KHI dan Pengurus Besar Hotel turut mengambil bahagian. Cabutan bertuah HK$ 10,000 telah dimenangi oleh kakitangan daripada Silka Far East.

Page 5: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Landskap padang rumput yang indah dan menghijau di Mulan menjadikan ia tempat yang sesuai untuk Kem Bina Semangat Dorsett Regency Wuhan untuk kakitangannya.

Berlangsung pada 26 dan 27 April, ‘Kem Bina Semangat dan Kemuncak Prestasi’, yang diadakan selama dua hari penuh dengan keseronokan, cabaran serta keterujaan. Kakitangan hotel menempuhi pelbagai latihan seperti “Rebah dalam Kepercayaan” dan “Menyeberangi Api”, telah menguji semangat

kerjasama berkumpulan, teknik menyelesaikan masalah dan ketahanan.

“ Kem Bina Semangat ini telah membantu ahli kumpulan menerokai cara untuk menangani kesusahan, mempertingkatkan keyakinan diri dan mencetuskan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Mereka juga telah mempelajari cara untuk bertoleransi antara satu sama yang lain dan untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan,” kata Pengurus Besar Dorsett Regency, Wuhan Leslie Wan.

KHI @ IVE Ekspo Kerjaya 2012KHI telah mengambil bahagian sebagai salah satu daripada 34 peserta Pameran Kerjaya 2012 yang dianjurkan oleh Institusi Pendidikan Vokasional Hong Kong (IVE) pada 26 April 2012, untuk berhubung dengan lebih dekat dengan 2,000 pelajar yang bakal menamatkan pengajian.

IVE yang merupakan penyalur pendidikan vokasional yang terkemuka di Hong Kong komited untuk melahirkan golongan professional yang diperlukan oleh pelbagai industri. Setiap tahun, mereka menganjurkan siri ceramah kerjaya dan temuduga di pelbagai lokasi untuk melengkapkan para graduan dengan pemahaman dan kemahiran yang diperlukan untuk memulakan kerjaya mereka.

Mengulas mengenai pameran itu, Philip Schaetz, Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran KHI, berkata: “Pameran Kerjaya membolehkan kita untuk berhubung dan memahami bakal graduan yang akan menjadi pemangkin industri hospitaliti. Selain itu, aktiviti ini membantu mengukuhkan tanggungjawab sosial korporat KHI yang merupakan nilai penting dalam falsafah pengurusan kami. “

Kerja berpasukan di Dorsett Regency Wuhan

Setiap tahun, berjuta-juta rakyat, badan badan korporat dan kerajaan di seluruh dunia bersatu untuk menyokong acara “Earth Hour” yang dianjurkan oleh WWF, dimana acara ini memberi peluang kepada penduduk dunia untuk meluahkan kebimbangan mereka tentang perubahan iklim yang menjejaskan dunia.

The Mercer, Central Park Hotel dan Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong ke arah Kehijauan.

‘Green Globe’ telah mengesahkan Cosmo Hotel Hong Kong dan Cosmo Hotel Mongkok sebagai hotel yang memenuhi piawaian ‘Green Globe’ untuk Perjalanan dan Pelancongan Mampan. Kedua-dua hotel telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memikul tanggungjawab sosial dan mengurangkan penggunaan tenaga dan air serta sisa, termasuk menggunakan lampu jimat tenaga elektrik dan merekabentuk semula kemudahan di dalam bilik tetamu, antaranya memasang bekas sabun untuk mengurangkan penggunaan barangan pakai buang.

Kedua-dua hotel menggalakkan tetamu untuk menggunakan semula tuala dan linen, dan turut menyediakan bas ‘shuttle’ percuma ke pelbagai destinasi yang memenuhi keperluan pelancong dan ahli perniagaan, serta mengurangkan pelepasan karbon di bandar.

Pengurus Besar kedua-dua hotel, Anita Chan berkata: “Tanggungjawab sosial telah dan akan terus menjadi keutamaan bagi kami. Industri perhotelan merupakan salah satu industri terbesar, justeru itu, mengaplikasikan prinsip ‘hijau’ adalah satu langkah yang perlu untuk menyelamatkan planet kita. Kami juga akan memastikan mesej ini disampaikan kepada tetamu kami secara berterusan. “

Kumpulan yang terdiri daripada kakitangan daripada The Mercer, Central Park Hotel dan Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong telah menyertai ‘Cabaran Menanam Pokok 2012’ yang diadakan pada 22 April 2012.

Dianjurkan oleh ‘Friends of the Earth’, pertandingan yang diadakan memerlukan peserta untuk menghabiskanpendakian sejauh 10 km dan menanam benih pokok sepanjang pertandingan berlangsung. Komitmen yang diberikan adalah sebagai sokongan untuk persekitaran global yang lebih baik amnya dan penglibatan yang berterusan untuk aktiviti ‘hijau’. Mereka berjaya menghabiskan cabaran dalam masa empat jam

Dalam menyokong acara global ini, Dorsett Regency Hong Kong menyertai acara ‘Earth Hour 2012’ dengan mematikan lampu-lampu yang tidak penting di hotel dari 8:30 malam hingga 9:30 malam pada 31 Mac.

8 29

Cosmo Hotel Hong Kong & Cosmo Hotel Mongkok memenuhi piawaian ‘Green Globe’

Yang Terbaru di KHI Yang Terbaru di KHI

dan berjaya menanam 30 benih pokok.“Ini adalah satu cara terbaik untuk kita bersama-sama

berkumpul pada hari yang indah ini untuk menyumbangkepada alam sekitar. Inisiatif seperti ini membantu memberi kesedaran tentang bahaya karbon dan mengajar kita apa yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan pemanasan global, “ kata Pengurus Besar Hotel, Rebecca Kwan.

Dorsett Regency Hong Kong Bergelap Demi Kelastrian Dunia

Page 6: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Tendangan Ribut Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong

Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong dianugerahkan sebagai “Tempat Terhangat untuk Mengenali Warisan Hong Kong”.

Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong menghantar pasukan bola sepak di Persatuan Bola Sepak Perlawanan Antara Hotel 2012.

Ini merupakan tahun kedua pasukan bola sepak hotel mengambil bahagian dalam kejohanan itu. Dalam perlawanan terakhir, di tengah-tengah hujan lebat dan

padang yang licin, pemain bertungkus lumus sepenuh tenaga dalam pusingan Playoff 32 pada 26 April.

Pengurus Besar Hotel, Rebecca Kwan berkata bahawa pertandingan bola sepak adalah cara yang baik untuk membina semangat persahabatan dengan pasukan hotel lain dan juga untuk menggalakkan gaya hidup sihat.

10 211

Dorsett Regency Chengdu Bersatu Teguh

Dorsett Regency Chengdu, Bernard Lo.Selain sesi fotografi, bermain mah-

jong dan memancing, mereka turut

membawa pulang buah loquats – buah tempatan yang terkenal untuk keluarga masing-masing.

Penjenamaan Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur - dahulunya dikenali sebagai Maytower Hotel & Serviced Residences - akan meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan dan pengalaman tetamu yang mementingkan nilai dan penjimatan di Kuala Lumpur.

“Jenama Hotel Silka telah dikenali

sebagai hotel nilai untuk wang khususnya di Asia. Kami yakin bahawa menjadi sebahagian daripada jenama Hotel Silka akan terus merangsang pertumbuhan kami di pasaran dan membolehkan kami untuk mendekati pasaran global,” kata Pengurus Besar Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Roland Lai.

Lai menambah: “Menjadi hotel yang pertama di Kuala Lumpur yang diletakkan di bawah jenama Hotel Silka dan hotel kelima dalam jenama yang semakin dikenali ini; kami benar-benar berbangga dengan kejayaan ini dan akan memastikan pasukan kami sentiasa berusaha untuk memberi layanan yang istimewa kepada tetamu hotel.”

Sejak pembukaannya pada tahun 2008, Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur telah menjadi lokasi penginapan kepada ahli perniagaan dan para pelancong, terutamanya mereka yang mementingkan nilai untuk wang serta perkhidmatan tetamu yang berkualiti.

Dorsett Regency Chengdu buat julung kalinya menganjurkan Kem Bina Semangat pada 12 Mei dalam suasana yang indah di Longquan, Chengdu.

Dengan tema: ‘Bekerja sebagai Satu Pasukan di Masa Hadapan’, kakitangan hotel dikelilingi oleh persekitaran indah flora dan fauna di Longquan.

Sepanjang program itu, para peserta menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan interaksi yang padu ketika latihan bina semangat.

“Latihan-latihan ini membantu mengukuhkan kecergasan mental dan fizikal dan kerjasama sesama mereka. Kami akan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk meningkatkan komunikasi antara satu sama lain di tempat kerja, “kata Pengurus Besar

Musim panas kali ini pastinya akan lebih hangat dengan penganugerahan Sijil Kecemerlangan bagi tahun 2012 oleh TripAdvisor.com. Sembilan hotel di bawah kumpulan KHI - Cosmo Hotel Hong Kong, Cosmo Hotel Mongkok, Cosmopolitan Hotel Hong Kong, Dorsett Regency Hong Kong, Dorsett Regency Kuala Lumpur, Dorsett Regency Wuhan, Grand Dorsett Labuan, The Mercer dan Yue Shanghai telah menerima anugerah berprestij ini.

Anugerah ini diberikan untuk mengiktiraf kecemerlangan hospitaliti dan hotel yang secara konsisten menerima ulasan pengunjung yang cemerlang serta mengekalkan kedudukan keseluruhan empat daripada lima di Tripadvisor.com. Hanya kira-kira 10% daripada penginapan global yang disenaraikan di TripAdvisor menerima anugerah ini.

Tanda kecemerlangan hotel kita!

Yang Terbaru di KHI

Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong telah dinamakan sebagai “ Tempat Terhangat untuk Mengenali Warisan Hong Kong” di Anugerah HotelClub 2012.

Anugerah HotelClub 2012 merupakan penghormatan luar biasa dari destinasi yang paling popular di seluruh dunia. Setiap anugerah yang diberikan mempunyai kategori khusus berpandukan adat resam dan budaya.

Pemenang dipilih berdasarkan ulasan

ahli di www.hotelclub.com dan juga dinilai oleh pakar di peringkat akar umbi HotelClub.Tahun ini, 30 calon peringkat akhir dan pemenang telah diiktiraf bagi kecemerlangan mereka dalam kepakaran unik yang ditawarkan di Hong Kong.

Pengarah Perhubungan Awam HotelClub, Claire Wong, menyampaikan anugerah itu kepada Rebecca Kwan, Pengurus Besar Lan Kwai Fong Hotel @ Kau U Fong.

Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur Menjangkakan Penjenamaan Baru Sebagai Tanda Aras Bagi Hotel Nilai.

Yang Terbaru di KHI

Page 7: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Through the Lens

Through the Lens

12 13

KHI baru-baru ini telah menganjurkan buat pertama kalinya ‘Retreat’ Pengurusan di Grand Dorsett Subang, Malaysia.

Lebih daripada 50 peserta menghadiri program ini yang terdiri daripada semua Pengurus Besar dari hotel yang dimiliki dan diuruskan oleh KHI di Malaysia, Singapura, Hong Kong dan China, Pengarah Jualan & Pemasaran serta Pengurus Kewangan daripada semua rangkaian hotel KHI termasuk kakitangan kanan utama dari Pejabat Korporat KHI di Hong Kong dan Malaysia.

Berpandukan tema ‘1 Mimpi 1 Pasukan’, program yand dijalankan selama 2-hari menjadi platform untuk Presiden & Ketua Pengarah Winnie Chiu untuk berkongsi dengan semua yang hadir tentang wawasan kumpulan, pelan pengembangan, penjenamaan dan strategi pemasaran, dan membuka peluang bagi semua rangkaian.

Program ini terdiri daripada pelbagai sesi iaitu Kewangan, Pembangunan, Jualan & Pemasaran, Modal Insan dan Perolehan; sesi dengan penceramah jemputan, Giovanni Angelini, Independent and Non-Executive Director KHI; kem Bina Semangat dan pastinya, sesi soal jawab untuk semua yang hadir.

KHI ‘Retreat’ Pengurusan 2012 @ Grand Dorsett Subang

Dari Kanta Lensa

Page 8: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

Richard KwongPengurus BesarSilka West Kowloon / Silka [email protected]

Dilantik sebagai Pengurus Besar Silka West Kowloon pada bulan Januari 2005 dan Silka Seaview Mac 2004, Richard Kwong mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri perhotelan.

Beliau memulakan kerjaya beliau dengan Grand Plaza Hotel di bawah Kumpulan Hotel Hang Lung pada tahun 1987. Pelantikan beliau yang seterusnya adalah dengan Hotel Kimberly pada tahun 1990 di mana beliau kemudiannya telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengurus Eksekutif pada tahun 1996.

Pada tahun 2000, Richard adalah Pengurus Hotel di Dorsett Garden Hotel. Pada tahun 2002, beliau mennyelia Dorsett Seaview Hotel (kini dikenali Silka Seaview) dan Dorsett Garden Hotel dalam kapasiti yang sama.

Pada tahun 2004, Richard telah dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar untuk Dorsett Seaview Hotel, Dorsett OlympicHotel (kini dikenali sebagai Silka West Kowloon) dan Dorsett Far East Hotel (kini dikenali sebagai Silka Far East).

Richard memperolehi sijil dan pelbagai kursus pengurusan hotel di Cornell University New York, United States of America; American Hotel & Motel Association; Hong Kong Polytechnic dan University of Hawaii & HKHA. Beliau juga merupakan ahli Persatuan ‘Society of Hong Kong Hospitality Professional’.

Eric ChengPengurus BesarSilka Far [email protected]

Eric Cheng dilantik sebagai Pengurus Besar Silka Far East pada tahun 2007, dan membawa bersama beliau lebih daripada 19 tahun pengalaman bekerja di hotel.

Memulakan kerjayanya pada tahun 1988 dengan pelbagai hotel di Hong Kong, beliau menyertai Majestic Hotel pada tahun 2000 sebagai Pengurus Front Office dan pada tahun 2005, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Jualan mengawasi keseluruhan Jualan dan Pemasaran, Penempahan dan Front Office.

Sebelum ini, Eric menghabiskan masa sembilan tahun di Century Hong Kong di mana beliau akhirnya bekerja sebagai Pengurus ‘Front Office’ dan menjaga pelbagai jabatan di dalam hotel antaranya ‘Front Desk’, ‘Executive Lounge’, ‘Pusat Perniagaan, Agen Perkhidmatan Tetamu dan Pembantu Pengurus Bertugas.

Sepanjang kerjayanya, Eric memperolehi pelbagai sijil perhotelan yang dikelolakan oleh University of Hawaii, School of Travel Industry Management & Hong Kong Hotels Association; American Hotels & Motels Association and Cornell University, School of Hotel Administration.

Beliau telah dilantik sebagai Pengurus Besar Silka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala Lumpur pada Januari 2010.

Roland memulakan kariernya di TanjongJara Beach Resort, Terengganu, Malaysia dan memegang pelbagai jawatan kanan dalam bahagian operasi dengan kumpulan hotel antarabangsa seperti Equatorial Hotel Kuala Lumpur dan Parkroyal Hotel di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Roland LaiPengurus BesarSilka Maytower Hotel & Serviced Residences, Kuala [email protected]

Angie Ng telah dinaikkan pangkat oleh Kosmopolito Hotel International (KHI) sebagai Pengarah Kawasan Pengurusan Hasil, dan beliau ditugaskan untuk menyelia kumpulan hotel di Malaysia dan China.

Berpusat di pejabat korporat KHI di Kuala Lumpur dan melaporkan diri kepada Naib Presiden Kanan Kumpulan Jualan dan Pemasaran, beliau bertanggungjawab untuk memaksimumkan jumlah hasil, penembusan pendapatan dan juga merancang inisatif bagi mengoptimumkan pendapatan rangkaian hotel KHI di Malaysia dan China.

Dilengkapi dengan Diploma Pengurusan Hotel dan

Kevin Sun Timbalan Presiden

Pembangunan Kosmopolito Hotels

International

Kevin Sun menyertai KHI sebagai Timbalan Presiden Pembangunan pada 12 Mac 2012 dan menetap di Pejabat Korporat Hong Kong. Beliau bertanggungjawab untuk menyelia pembangunan kumpulan termasuk pengambilalihan dan peluang kontrak-kontrak pengurusan, sambil membantu untuk menubuhkan manual operasi dan teknikal untuk KHI.

Kevin membawa bersamanya lebih daripada 17 tahun sebagai penasihat, pembangunan dan perundingan dalam industri hospitaliti di Asia Pasifik.

Sebelum ini, beliau adalah Pengarah Urusan Prolink Pembangunan Hotel yang telah menjalankan pengambilalihan aset-aset hotel di China dan rundingan kontrak-kontrak pengurusan untuk Kumpulan Pan Pacific Hotel Singapura dan Dusit International of Thailand.

Graduan dari University Cornell ini juga sebelum ini merupakan Timbalan Presiden

Perkhidmatan Hospitaliti Global HVS dan Pengarah Pembangunan di Marco

Polo Hotels Angie NgPengarah

Pengurusan Hasil, China and MalaysiaKosmopolito Hotels

International

Katering dari Kolej Damansara Utama, Angie membawa bersamanya lebih 21 tahun pengalaman dalam industri hospitaliti. Sebelum ini, beliau bertugas sebagai Pengurus Pengurusan Hasil di Hotel Nikko Kuala Lumpur, serta Pengurus ‘Front Office’ di Pan Pacific Kuala Lumpur dan beliau juga aktif dalam bidang pengurusan hasil.

Don Lee menyertai KHI pada 28 Mac 2012 dan berpangkalan di Pejabat Korporat Hong Kong. Dia bertanggungjawab bagi reka bentuk dalaman bagi kumpulan KHI dan melapor diri kepada Pengarah Kumpulan Reka Bentuk Dalaman.

Kelvin menyertai KHI sebagai Pengurus Kanan Perolehan pada 16 April 2012 dan berpangkalan di pejabat korporat Hong Kong. Beliau bertanggungjawab atas perolehan kumpulan KHI dan melapor diri kepada Ketua Jabatan Perolehan.

14 215

Tony ChanPengurus Kanan KewanganKosmopolito Hotels International

Don LeePereka KreatifKosmopolito Hotels International

Kelvin LoPengurus Kanan Perolehan Kosmopolito Hotels International

Penggerak Maju Berita Pekerja

Tony Chan menyertai KHI sebagai Pengurus Kanan Kewangan pada 10 April 2012 dan berpangkalan di Pejabat Korporat Hong Kong. Beliau bertanggungjawab atas urusan kewangan dalam kumpulan KHI dan melaporkan diri kepada Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan KHI.

Page 9: KHI Pulse: Jul Issue (Ba)

16

Penasihat Penerbitan: Kattie HooPengarang: Christopher TanPenyumbang: Vivian Lo Carman Choy Tan May Lee Nurul Ashikin NajibPereka: Kenneth Fan

Pasukan editorial KHI Pulse ingin menyampaikan penghargaan khas kepada pihak pengurusan KHI atas sokongan dan galakan untuk merealisasikan risalah ini. Jutaan terima kasih kepada semua Pengurus Besar Hotel atas sumbangan artikel dan berita. Tidak dilupakan, individu-individu yang membantu dan berusaha untuk menjadikan KHI Pulse suatu kenyataan.

Selamat membaca!

KHI Pulse NadiKHI • Pasukan editorial

Kosmopolito Hotels International (KHI) telah melantik Philip Wong sebagai Pengurus Besar bagi Dorsett Regency Singapura yang dijadualkan pembukaannya akhir tahun ini.

Mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri pelancongan dan hospitaliti di Singapura dan negara-negara serantau, Philip juga merupakan Pengurus Besar di hotel platinum 5-bintang Sovereign Hotel, Zhanjiang di Guangdong, China.

Beliau telah memegang jawatan pengurusan kanan di hotel-hotel terkemuka di Singapura dan Asia termasuk Starwood Hotel dan Resorts, Syarikat Ritz Carlton Hotel, Shangri-La International Group dan Cairnhill Hotel & Resorts.

Menambah kepada pengalaman beliau yang pelbagai, beliau juga bekerja untuk organisasi terkenal, seperti Singapore Airlines dan DFS, sebuah syarikat terkemuka yang menyasarkan pelancongan ke seluruh dunia khususnya untuk operasi, Jualan dan Pemasaran.

Philip, yang mempunyai Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Leicester di United Kingdom dan juga pelbagai diploma dalam Pengajian Pengurusan dan Pengurusan Hospitaliti, dan juga berkelayakan ACTA (Advance Certificate in

Training and Assessment) yang dikreditkan dengan Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura.

Seorang veteran dalam industri hospitaliti, Stanley Cheong membawa pengalaman yang luas dalam bidang makanan dan minuman, setelah memegang berbagai pangkat dalam operasi dan pengurusan di hotel-hotel 5-bintang.

Stanley memulakan kerjayanya dengan Kumpulan Equatorial pada tahun 1990, di mana beliau berkhidmat selama tiga tahun, sebelum menjadi Chef De Partie di Cambridge Pantai Resort & Spa di Bermuda, di mana beliau mempelajari masakan Perancis dan masakan klasik Bermuda.

Pada tahun 1995, Stanley bekerja sebagai Chef Sous Junior di Marquis Marriott, Amerika Syarikat. Beliau kemudiannya terlibat dalam pra pembukaan - empat hotel yang diuruskan oleh GHM - Datai Langkawi di Malaysia, Lalu Sun Moon Lake Resort di Taiwan, Chedi Chiang Mai Hotel di Thailand dan Nam Hai Hoi An Hotel di Vietnam.

Sebelum menyertai Grand Dorsett Subang, Stanley memegang jawatan Chef Eksekutif selama empat tahun di Saujana Hotel. Beliau bertanggungjawab untuk pengurusan dan operasi sebanyak lima cawangan makanan dan minuman di hotel serta banquet dan stewarding.

Stanley CheongPengarah Makanan

& Minuman Grand Dorsett Subang

Philip WongPengurus BesarDorsett Regency Singapore

Pernahkah anda layarifacebook dan laman blog kami

kebelakangan ini?

Berita Pekerja