selangorkini 29 jul – 5 ogs 2016

23
Memori Rumah Bugis PERCUMA 29 Julai - 6 Ogos 2016, 24 Syawal - 4 Zulkaedah 1437H #SmartSelangor Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my www.selangorkini.my PERSEKUTUAN TANGGUH LANGAT � Lab Smart Selangor 4 Jelajah �6 negara tingkat pelaburan Kerajaan Negeri mengeluarkan dana sendiri sebanyak RM�. � bilion untuk Lembah Klang dan Putrajaya bagi memastikan tiada masalah gangguan air pada masa akan datang - Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali Menteri Besar BERITA PENUH MUKA � BERITA PENUH MUKA � ISU 1MDB SIAPA 'MALAYSIAN OFFICIAL �' ? 14 11

Upload: vuduong

Post on 23-Jan-2017

302 views

Category:

Documents


28 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

Memori Rumah Bugis

PERCUMA 29 Julai - 6 Ogos 2016, 24 Syawal - 4 Zulkaedah 1437H #SmartSelangor

Media_SelangorMediaSelangor

tv.selangorkini.my

www.selangorkini.my

PERSEKUTUANTANGGUHLANGAT �

Lab Smart Selangor

4

Jelajah �6 negara tingkat pelaburan

Kerajaan Negeri mengeluarkandana sendiri sebanyak RM�.� bilionuntuk Lembah Klang dan Putrajaya

bagi memastikan tiada masalah gangguan air pada masa akan datang

- Dato’ Seri Mohamed Azmin AliMenteri Besar BERITA

PENUHMUKA �

BERITA PENUH MUKA �

ISU1MDB SIAPA'MALAYSIANOFFICIAL �'?

14

11

Page 2: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

2Utama

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

�� aset bakal dirampas AmerikaSHAH ALAM - Jabatan Kehaki-man Amerika Syarikat menye-naraikan 17 aset bernilai lebih USD1 bilion untuk dirampas dalam saman sivilnya yang tu-rut menamakan ‘Malaysian Of-ficial 1’.

Peguam Negara Amerika, Lo-retta E Lynch dalam sidang me-dianya berkata, aset yang akan dirampas dalam saman itu ter-masuk hartanah mewah dan se-buah pesawat jet.

“Aset bernilai USD1 bilion yang kita bincangkan hari ini hanya sebahagian lebih USD3 bilion yang dicuri daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dicuri di Amerika yang juga satu kesalahan un-

dang-undang.“1MDB sepatutnya memban-

tu pembangunan ekonomi me-lalui perkongsian antarabangsa dan pelaburan langsung an-tarabangsa yang memberi ha-sil memberangsangkan untuk rakyat Malaysia,” kata Loretta pada transkrip sidang medianya yang mula tersebar ke seluruh dunia, pada 21 Julai lalu.

Katanya, aset lain turut dise-naraikan dalam saman sivil itu termasuk hartanah L’emritage iaitu Hotel L’Ermitage di 9291 Burton Way, Beverly Hills, Cali-fornia 90210; aset perniagaan L’ermitage merangkumi semua harta dan aset tidak ketara juga sebuah jet Bombardier Global

5000 dengan nombor siri pem-buatan 9625 serta nombor pendaftaran N689WM dengan dua enjin Rolls Royce.

Selain itu, tiga karya seni ber-nilai tinggi, Vincent Van Gogh Artwork bertajuk ‘La maison de Vincent yang Arlest’, lukisan Claude Monet bertajuk ‘Saint-Georges Majeur’ dan lukisan Claude Mo-net bertajuk ‘Nym-pheas avec Reflets de Hautes Herbes’ turut di-senaraikan.

Katanya, selain ‘Malaysian Of-ficial 1’ turut dinamakan dalam saman itu termasuk anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz; ahli per-niagaan, Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi se-

Najib perlu ambil cutiSHAH ALAM - Dunia dikejut-kan apabila Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfail-kan tindakan undang-undang merampas aset lebih RM4 bilion (USD1 bilion) berkenaan kons-pirasi antarabangsa mengubah wang haram dari 1MDB.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, berkata si-dang media DOJ dengan jelas menyatakan RM4 bilion itu seba-hagian daripada lebihan RM14 bilion (USD3.5 bilion) yang dike-nal pasti dilarikan daripada 1MDB antara 2009 hingga 2015.

“Jangka masa ini bertindih sepenuhnya dengan jangka masa Datuk Seri Najib Razak meme-gang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengeru-si Lembaga Penasihat 1MDB.

“DOJ juga menamakan indi-vidu didakwa terlibat iaitu anak tiri Najib, Riza Aziz, Jho Low, Kha-dem Abdulla Al-Qubaisi dan Mo-hammed Ahmed Badawy Al-Hus-seiny,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, Wan Azizah berkata, jawatan Najib sebagai Perdana Menteri memberinya kuasa dan pengaruh ke atas

agensi utama kerajaan termasuk pejabat Peguam Negara, Polis Di-raja Malaysia (PDRM) dan Suru-hanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM).

Katanya, Perkara 117 Memo-randum dan Artikel Persatuan 1MDB yang berkuatkuasa ketika wang RM14 bilion itu didakwa dilarikan daripada 1MDB me-letakkan tanggungjawab me-luluskan 'komitmen kewangan, penyusunan semula atau seba-rang perkara membabitkan ja-minan kerajaan' di tangan Per-dana Menteri.

“Saya percaya rakyat Malaysia mahu Najib mengambil cuti se-bagai Perdana Menteri supaya ti-dak timbul syak wasangka salah guna kuasa, melengah atau menghalang siasatan penuh ter-hadap isu serius ini.

“Saya juga menggesa kabinet menasihatkan DYMM Seri Padu-ka Baginda Yang Dipertuan Ag-ong untuk menitahkan supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat tuduhan wang RM14 bilion di-larikan serta mencadangkan individu terlibat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Cukuplah bersembunyi NajibSHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak bo-leh lagi menyembunyikan diri se-baliknya perlu tampil menjelas-kan isu skandal 1MDB kepada rakyat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata tidak syak lagi skandal terbabit menya-lahgunakan wang rakyat oleh mereka yang berpangkat tinggi dalam kakitangan awam.

“Akhirnya, selepas berbulan menyorokkan skandal juga ber-main teka teki, tidak syak lagi me-mang ada konspirasi menyalah-gunakan duit rakyat oleh mereka berpangkat tinggi.

“Walaupun benar tidak ada tindakan undang-undang dina-makan atas Najib, tetapi ia membabitkan orang yang rapat dengan beliau,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada 21 Julai lalu.

Mohamed Azmin berkata, aset terbabit termasuk rumah ‘penthouse’, karya seni, jet peri-badi dan kutipan filem ‘Wolf of

Wall Street’ yang didakwa diper-olehi secara tidak sah menerusi wang yang dilencongkan dari-pada 1MDB ketika Najib menjadi pengerusinya.

“Langkah Amerika Syarikat ini dilakukan sebagai sebahagian daripada usaha mereka ‘menen-tang rasuah global’.

“Ia juga untuk memastikan ba-hawa Amerika Syarikat tidak akan menjadi ‘syurga’ yang selamat untuk mereka bersembunyi dari-pada menggunakan dana awam bagi kepentingan peribadi,” ka-tanya.

Katanya, tindakan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan orang tertinggi di SPRM mem-buktikan ada konspirasi untuk menutup skandal itu.

“Ia mengesahkan dengan jelas sememangnya wujud satu kons-pirasi untuk menipu dan mem-bersihkan berbilion dolar wang pembayar cukai yang di ‘songlap’ mereka yang rapat dengan pemerintah tertinggi negara,” ka-tanya.

Saya percaya rakyat Malaysia mahukan Najib mengambil cuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak timbul syak wasangka salah guna kuasa, melengah atau menghalang siasatan penuh terhadap isu serius ini

DR WAN AZIZAHPresiden KEADILAN

KEADILAN teruskan perbincangan

Tiada pilihan raya mengejut Pulau Pinang

PETALING JAYA - Presiden KE-ADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Ma-jlis Pimpinan Pusat (MPP) Khas KEADILAN sebulat suara belum yakin dengan cadangan diada-kan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut DUN Pulau Pinang.

Katanya, KEADILAN tetap bersedia meneruskan perbin-cangan dengan parti kompo-nen di dalam Pakatan Harapan.

"Justeru, KEADILAN akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti un-tuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat," katanya selepas Mesyuarat Majlis Pim-pinan

Pusat (MPP) di Ibu Pejabat KE-ADILAN, pada 26 Julai lalu.

Wan Azizah berkata, KEADIL-AN sebagai rakan politik akan terus berjuang untuk memper-tahankan pihak yang dianiaya

dan dizalimi.Katanya, hal itu termasuk

kes pendakwaan politik yang dilemparkan kepada Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang bangkit

melawan Umno-Barisan Nasio-nal.

Pada 20 Julai lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberitahu ba-hawa DAP akan memberi masa

yang sewajarnya kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Ha-rapan (KEADILAN dan Amanah) untuk berbincang sebelum membuat keputusan berke-naan PRN itu.

bagai antara pemain utama dalam dakwaan ‘penyeleweng-an’ dana itu.

Katanya, dana 1MDB turut di-

gunakan untuk membiayai gaya hidup mewah dan hutang per-judian di Las Vegas selain mem-beli pelbagai aset mewah.

Page 3: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

3SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Utama

Skandal 1MDB

Bukan sekadar saman sivil OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Saman sivil dike-mukakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bagi menyita aset bernilai berbilion ringgit yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Develop-ment Berhad (1MDB) di negara itu bukan sekadar saman sivil biasa.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata se-baliknya saman sivil itu sudah pasti mendedahkan perbuatan jenayah rasuah membabitkan individu ‘Malaysian Official 1’.

“Mereka mendakwa kita ti-

dak boleh mencipta gunung daripada bukit kecil semata-mata satu saman sivil.

“Sekarang, jelas ini satu penghinaan apabila sebena-rnya ia bukan sekadar saman sivil tetapi dua kata kunci bagi menggambarkannya iaitu ra-suah dan kleptokrasi, “katanya ketika menyampaikan ucap-tama pada Forum Kebebasan Maklumat di Bangunan Annnex di Dewan Negeri Selangor (DNS), pada 25 Julai lalu.

Ketika menyentuh isu ke-bebasan maklumat, Mohamed Azmin turut mengutuk pihak tertentu yang menggunakan

Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi melindungi perbuatan rasuah masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, ke-adaan itu berbeza di Selangor apabila Kerajaan Negeri sen-tiasa berusaha meningkatkan kebebasan maklumat di negeri yang dikuasai Pakatan itu.

Forum Kebebasan Maklumat anjuran DNS itu menampilkan panelis seperti Pengasas C4 Centre, Cynthia Gabriel; Penga-rah Penang Institute, Steven Sim; Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru dan Naib Dekan Law School Universiti Tasmania, Profesor Rick Snell.

RM��� juta bina dua LRA atasi kelewatan Langat �GOMBAK - Kerja pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih 2 bakal dimulakan pada masa ter-dekat bagi mengelakkan ber-lakunya krisis bekalan air ekoran kelewatan projek Kerajaan Perse-kutuan, LRA Langat 2.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata projek LRA Semenyih 2 itu adalah salah satu pembinaan LRA baru seperti diumumkan sebelum ini.

“Sepatutnya projek ini siap pada 2017 bagi menampung

permintaan industri dan juga pengguna domestik di Selangor, namun kita kecewa kerana pro-jek ini lewat dan hanya siap pada 2019.

"Bagi menampung kemung-kinan berlakunya krisis air, Kera- jaan Negeri terpaksa membelan-jakan RM800 juta bagi memas-tikan tiada masalah gangguan air pada masa akan datang,” ka-tanya.

Beliau berkata demikian ke-tika merasmikan Majlis Pelan-

caran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Ta-man Melawati, pada 26 Julai lalu.

Katanya, projek LRA Seme-nyih 2 dan LRA Labuhan Dagang itu dibiayai dengan mengguna-kan dana rizab Kerajaan Negeri.

Ia selaras hasrat Kerajaan Negeri yang mahu supaya rizab tinggi diterjemahkan dalam ben-tuk pembangunan yang mem-beri kesan langsung kepada rak-yat negeri termaju itu.

RM��� juta biayai kerja ganti ��� km paip lamaGOMBAK - Demi kepentingan rakyat, Kerajaan Negeri menda-hulukan kos pembiayaan RM400 juta bagi menggantikan paip air lama di laluan sepanjang 422 ki-lometer (km) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, berkata kos menggantikan paip usang membabitkan 84 hotspot itu sepatutnya ditanggung Penguru-san Aset Air Berhad (PAB).

"Kita gantikan 422 km paip bermula hari ini hingga 2019 dan tahun ini sahaja kita me-ngenal pasti 12 hotspot bermula di Taman Melawati yang juga ka-wasan kritikal berlakunya kebo-coran dan paip pecah.

"Ia suatu yang mendesak, maka Kerajaan Negeri mendahu-lukan pembiayaan Capex (perbe-lanjaan modal) kerana saya tidak pasti bilakah PAB akan menerima cek daripada Kerajaan Persekutu-an,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika merasmikan Maj- lis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lum-

pur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, pada 26 Julai lalu.

Katanya, kerja menggantikan paip lama itu dijalankan secara berperingkat dengan mendahu-lukan kawasan kritikal, sekali gus mensasarkan penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 25 peratus pada tahun 2025 ber-banding 35 peratus hari ini.

“Air Selangor juga melak-sanakan pengurusan air secara holistik membabitkan kawalan kualiti kerja komitmen pengu-rusan dan kakitangan, selain mengkaji semula kesesuaian pengambilan sumber luar secara keseluruhan kerja NRW ini,” ka-tanya.

Beliau berkata, kempen mengurangkan NRW itu turut membabitkan kesedaran semua pihak ekoran terdapat kejadian kecurian air oleh segelintir pe-main industri dan individu.

Sebagai simbolik kerja peng-gantian paip lama, Mohamed Azmin menurunkan paip air baru pada laluannya menggunakan jentolak.

��,��� pengguna dapat faedahGOMBAK - Projek menggantikan paip usang fasa 1 di kawasan Ta-man Melawati, Gombak Setia dan Seri Gombak bakal memberi fae-dah kepada 11,934 pemegang akaun membabitkan hampir 48,000 pengguna.

Ketua Pengurusan Aset Air Se-langor, Sanusi Sulieman, berkata projek itu bakal mengurangkan gangguan bekalan air akibat paip pecah dan bocor.

“Penggantian paip lama ini kita dapat mengurangkan gangguan bekalan air disebabkan paip pe-cah dan bocor, kualiti air lebih ter-jamin dan kadar air tidak berhasil (NRW) terjamin,” katanya.

Katanya, kerja fasa pertama itu menelan kos RM9.12 juta dan dijangka siap dalam tempoh 12 bulan.

Ketika mengulas kejadian gangguan bekalan air di kawasan terlibat, Sanusi berkata, bagi tem-poh Januari 2014 hingga Jun lalu, ketiga kawasan berkenaan me-rekodkan kejadian paip pecah dan kebocoran tinggi menye-babkan kerap berlaku gangguan bekalan air.

“Kawasan ini dipilih berdasar-kan rekod paip pecah yang ba-nyak. Kawasan Taman Melawati bagi tempoh Januari 2014 hing-ga Jun lalu merekodkan paip pecah 43 kali hampir dua kali se-bulan dan aduan paip bocor 118 kali.

“Taman Seri Gombak pula 30 kali paip pecah, hampir setiap bulan dan paip bocor 44 kali, manakala di Gombak Setia, paip pecah 23 kali dan kebocoran 42 kali,” katanya.

Page 4: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

SHAH ALAM - Kemunculan kain rentang provokasi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan beberapa pimpi-nan bukan kerajaan didakwa usa-ha mengalihkan tumpuan rakyat terhadap skandal kewangan itu.

Pengarah National Oversight & Whistleblowers (NOW), Akmal Nasir, berkata beliau bersama Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ram-li dan Cynthia Gabriel tidak ter-libat dalam forum itu di Dewan MPAJ, Ampang, penghujung bu-lan ini.

“Saya maklumkan perkara ini kepada Rafizi dan Cynthia dan kami mengecam sekeras-keras-nya cubaan fitnah serta cubaan memburukkan usaha masyarakat sivil memerangi rasuah.

“Ini adalah fitnah jahat untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada ‘Malaysian Official 1’, dan skandal 1MDB,” katanya.

Katanya, NOW tidak berkom-promi dalam membongkar skan-

dal rasuah dan salah guna kuasa, tambahan mereka kini menum-pukan pendedahan skandal membabitkan Tabung Haji.

“Ini juga cubaan untuk me-lemahkan rakyat daripada bersa-tu menyatakan bantahan secara demokrasi sama ada melalui pili-han raya atau himpunan aman,” katanya.

Kemunculan kain rentang provokasi di beberapa lokasi ter-masuk Ampang, Gombak dan Shah Alam turut mengaitkan Dr Maszlee Malik yang ber-tindak selaku moderator.

Bagaimana-pun, Maszlee m e n e r u s i akaun Face-booknya ber-kata, beliau m e m p u ny a i program lain di Kangar, Per-lis pada 30 Ju-

lai ini iaitu tarikh didakwa bakal berlangsungnya forum itu.

“Macai ini pun hendak buat ‘fake poster’ buatlah homework (kerja rumah) dulu. Saya bukan-nya ada hantu raya nak muncul di dua tempat dalam satu masa.

“Nak menipu biarlah cerdik sikit adik-adik oi. Apapun terima kasih kerana meminati saya se-bagai moderator forum,” katanya sinis.

4Utama

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Buka jalan

Lab Smart Selangor mudah pelaksanaan polisi

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Lab Smart Sela-ngor diharap dapat membuka jalan kepada pelaksanaan polisi lebih menyeluruh bagi melancar-kan agenda Smart Selangor yang ditekankan Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.

Pegawai Alam Sekitar, Norfai-za Abdul Muin, berkata polisi itu perlu mengambil kira pandangan dan cadangan dikemukakan pi-hak berkepentingan sepanjang ‘lab’ diadakan.

“Selama ini, kita di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) ternanti-nanti polisi kukuh untuk diguna pakai misalnya bagi pen-gurusan sampah.

“Buat masa ini, tiada polisi yang menjadi pegangan meman-dangkan Selangor menolak Akta 672 yang digunakan di peringkat Kerajaan Persekutuan,” kata kaki-tangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu kepada Sela-ngorKini.

Beliau adalah salah seorang daripada 60 peserta Lab Smart Selangor Fasa 2 di Hotel Saujana, di sini, pada 26 Julai lalu.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Penguru-san Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Majlis Daerah Hulu Sela-ngor (MDHS), Nurhayati Sharifud-din, berharap ia turut merang-

�� diplomat muda kunjungi MBGOMBAK - 14 diplomat muda yang bakal dihantar ke luar negara melu-angkan masa hampir dua jam me-ngunjungi Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk melihat lebih dekat model pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Bercakap kepada SelangorKini, Mohamed Azmin berkata, kunju-ngan itu sebagai perkembangan positif dan penghormatan kepada Kerajaan Selangor.

“Buat pertama kalinya, Wisma Putra atau Kementerian Luar Ne-geri mengizinkan 14 diplomat muda yang dihantar ke luar negara bertemu saya.

"Perkara dibangkitkan dalam dialog hampir dua jam itu melihat dasar peduli rakyat, memperta-hankan kepelbagaian kaum dan agama dalam negeri serta melihat Smart Selangor sebagai gagasan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Penggantian Paip Air Lama di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya 2016 di Jalan Taman Melawati, di sini, pada 26 Julai lalu.

Katanya, kemampuan Paka-tan menerajui Kerajaan Nege-ri dengan prinsip kebertang-gungjawaban dan ketelusan itu juga termasuk kesungguh-an Kerajaan Negeri memukta-madkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor.

"Ia bagi menjamin bekalan air dapat diuruskan dengan holistik dan menyeluruh," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mendapat pengiktirafan dan menerima kunjungan dari-pada pelbagai pihak dalam dan luar negara ekoran pelbagai ke-jayaan ditempa pentadbiran negeri termaju itu, sejak 2008.

Kain rentang cuba alihkan isu �MDB

Subur pendengaran awam selesai masalah setempatSHAH ALAM - Pendengaran awam secara atas talian atau langsung antara masyarakat dan agensi kerajaan perlu disuburkan bagi memudahkan kedua pihak bertukar pan-dangan menyelesaikan masalah setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rod-ziah Ismail, berkata budaya itu sudah mula dicadangkan di kawasannya dan berharap ia boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita ingin mendidik dasar komuniti su-paya rakyat boleh bersama dalam konteks hak bersuara.

“Sebab itu perlu diwujudkan pende-ngaran awam di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) setiap dua minggu sekali dengan penglibatan semua pimpinan ma-syarakat,” katanya.

Pada masa sama, Rodziah berkata, antara

tumpuan isu di DUN Batu Tiga menjurus ke-pada penerangan kelulusan strata terhadap orang awam.

Beliau turut mengakui terdapat beberapa kawasan tumpuan banjir ekoran masalah sistem perparitan terutama di kawasan kam-pung tradisi dan boleh menjadi punca wa-bak denggi.

“Dalam dua minggu ini, saya kerap ber-

temu jawatankuasa daerah terutama berke-naan kampung tradisi yang tidak mempu-nyai sistem perparitan betul.

“Apabila berlaku hujan lebat, air tidak ke-luar. Saya mencadangkan kepada pegawai daerah menyelesaikannya, di samping pen-duduk perlu memberikan kerjasama berke-naan tinjauan struktur longkang sesuai bagi kawasan mereka,” katanya.

Norfaiza Abdul Muin

kumi bantuan kewangan kepada majlis daerah yang mempunyai sumber kewangan terhad.

“Dengan sokongan Kerajaan Negeri dan anak syarikat, kami per-caya agenda Smart Selangor mam-pu dijayakan dengan baik seterus-nya menjadi ‘benchmark’ kepada negeri lain di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pega-wai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Jurasmadi Pauzi, mengingatkan supaya se-barang polisi atau cadangan ha-

rus realistik.“Lab Smart Selangor adalah

inisiatif penting bagi memastikan Kerajaan Negeri mendapat res-pon daripada pihak berkenaan.

“Maka, ia perlu dijalankan se-cara berterusan dalam setiap ‘domain’ bagi memastikan hasil yang menyeluruh dan mampu direalisasikan,” katanya.

Page 5: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

5SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Utama

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - DYMM Sultan Se-langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan jemaah haji supaya berhati-hati dan ber-waspada ketika berada di tanah suci Makkah.

Baginda bertitah, bakal haji yang berhadapan masalah atau kemusykilan segera merujuk kepada petugas disediakan Tabung Haji.

“Beta mahu bakal haji sentia-sa bersedia menghadapi dugaan dan cabaran yang mungkin di-hadapi ketika musim haji.

“Beta berkenan menasihatkan supaya semua bakal haji juga dapat memberi fokus sepenuh-

nya dalam menunaikan ibadah haji di samping menjaga tingkah laku dan akhlak,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Kursus Per-dana Haji Musim 1437/2016M, di Masjid Negeri, di sini, pada 24 Julai lalu.

Baginda bertitah, bakal haji juga perlu sentiasa menumpu-kan perhatian kepada amal iba-dah masing-masing dan berji-mat cermat.

“Bakal haji juga dinasihatkan untuk tidak membeli belah de-ngan berlebihan dan tidak boros apabila berbelanja di sana.

“Tunaikan ibadah haji de-ngan tertib, sabar serta mengi-kut peraturan dikeluarkan dari

masa ke masa,” titah baginda.Pada masa sama, baginda

mahu bakal haji membuat per-siapan sebaik-baiknya sebelum berangkat ke tanah suci.

Titah baginda, hal itu kerana ibadah haji memerlukan kesi-hatan fizikal baik dan kekuatan mental.

“Tahniah kepada bakal haji yang terpilih. Sesungguhnya ramai lagi umat Islam berhas-rat menunaikan haji tetapi ti-dak berpeluang kerana kuota terhad.

“Jika terdapat jemaah menga-lami sakit atau demam, segeralah berjumpa dengan doktor yang disediakan Tabung Haji,” titah ba- ginda.

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syasya Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

Hadapi ujian dan dugaan

Jemaah Haji perlu bersedia

SHAH ALAM - Seramai 4,038 je-maah haji di Selangor terpilih menunaikan ibadah haji, tahun ini.

Pengarah Tabung Haji Sela-ngor, Syawal Abong, berkata bakal haji mula berangkat ke ta-nah suci dengan penerbangan bermula 4 Ogos dan berakhir 5 September ini.

Katanya, bakal haji Selangor tahun ini kebanyakannya perta-ma kali menunaikan rukun Islam kelima itu.

“Daripada 22,320 bakal haji, 4,038 dari Selangor dan majoriti-nya adalah jemaah yang pertama kali menunaikan haji.

“Ia juga membabitkan 47 pe-nerbangan keseluruhan daripada Malaysia,” katanya ketika dite-mui selepas Kursus Perdana Haji musim 1437/2016M, pada 24 Ju-lai lalu.

Kursus dianjurkan Tabung Haji (TH) bermula 15 Julai hingga 31 Julai ini diadakan secara berpe-ringkat di seluruh negara.

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyempur-nakan penutup kursus.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Jo-han Abdullah.

Sementara itu, Noraida Mohd Noor, 48, menyuarakan rasa gem-bira kerana terpilih ke tanah suci ketika umur masih muda.

Katanya, beliau tidak me-nyangka terpilih selepas menunggu sejak 2007.

“Tak sangka terpilih kerana jika ikut tawaran, tahun depan baru dapat. Alhamdulillah terpi-lih awal,” katanya.

�,��� jemaah Selangor terpilih tunai haji

MELAKA - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah terus fokus memberi tumpuan terha-dap aspek pembangunan belia di seluruh negeri.

Baginda bertitah, usaha itu dizahirkan menerusi projek pembangunan Youth Commu-nity untuk menggerakkan pros-pek kemajuan belia di Selangor.

“Kita akan terus mengge-rakkan Youth sebagai landasan-membangunkan golongan be-lia di Selangor.

“Antara inisiatif itu terma-sukkomitmen organisasi untuk turun padang menyertai pel-bagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh negeri,” titah baginda.

Pada masa sama, baginda turut mengulas rangka per-temuannya bersama Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim minggu lalu bagi membincangkan prospek kemajuan belia Selangor dan Johor.

“Dalam pertemuan bersama TMJ, kami berkongsi panda-ngan dan pengetahuan berke-naan isu pembangunan belia membabitkan kedua negeri.

“Ia sangat menarik, kerana hasil pertemuan itu juga beta mendapat idea dan pengala-man TMJ atas inisiatif digerak-kannya seperti pembangunan bola sepak dan banyak lagi,” ti-tah baginda.

Raja Muda fokus pacu pembangunan belia

Sultan cemar duli ke Rumah Terbuka Aidilfitri CIMBKUALA LUMPUR - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah berkenan mencemar duli ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kumpulan CIMB, di St Re-gis, di sini, pada 25 Julai lalu.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Per-maisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-

hamed Azmin Ali dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hisham-muddin Tun Hussein.

Ketibaan baginda kira-kira jam 8.30 malam ke rumah terbuka itu disambut Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak.

Baginda meluangkan masa ki-ra-kira dua jam dalam majlis yang dihadiri tetamu daripada kerabat dan kenamaan sebelum berang-kat pulang.

Sebelum ini, Raja Muda mewujudkan Youth Commu-nity sebagai landasan bagin-da mendekatkan diri dengan golongan belia Selangor.

Page 6: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

6Utama

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kediaman tidak berpenghuni yang dibiarkan untuk tempoh lama berpotensi menjadi tempat pembiakan Ae-des ekoran pembuangan sam-pah domestik dan pukal.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Kelu-arga, Dr Daroyah Alwi, berkata lawatan ke pangsapuri Bandar Baru Kundang, baru-baru ini mendapati 243 daripada 548 unit kediaman tidak berpeng-

huni.Katanya, kawasan itu turut

dilabel sebagai bermasalah se-lain dihuni warga asing.

“Kawasan ini dilabel sebagai bermasalah kerana mempu-nyai potensi tempat pembiakan Aedes dan dihuni warga Indo-nesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam.

“Hasil daripada lawatan turut mendapati unit tidak berpeng-huni ini dipecahkan individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan tempat pembuangan

sampah," katanya dalam ke-nyataan.

Pada masa sama, Daroyah berkata, pelbagai jenis bahan buangan dapat dilihat di dalam premis terbabit seperti sampah pukal pembinaan, perabot, pa-kaian juga sampah domestik.

“Sikap malas dan tidak ber-tanggungjawab sebahagian penduduk merisikokan semua penghuni pangsapuri kepada masalah denggi selain bau bu-suk dan persekitaran kurang menyenangkan,” katanya.

Kediaman tiada penghuni

Potensi biak Aedes

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sedang mempertimbangkan un-tuk meluluskan RM164,000 bagi kos pembersihan dan baik pulih unit premis bermasalah di pang-sapuri Bandar Baru Kundang, Gombak.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata Majlis Per-bandaran Selayang (MPS) sudah mengeluarkan notis kepada pe-ngurusan pangsapuri bagi men-jalankan aktiviti gotong-royong, namun tiada respon.

Katanya, MPS turut diarahkan untuk mengkaji dan meneliti semula cara pelaksanaannya su-

paya kejadian sama tidak ber-ulang.

“MPS juga mengeluarkan notis kepada 243 pemilik unit kosong untuk menjalankan kerja pem-bersihan di kediaman masing-masing melalui penampalan no-tis dan pos kepada pemilik di luar kawasan," katanya.

Daroyah berkata, selepas ber-langsung beberapa siri gotong-royong membabitkan MPS dan penduduk setempat, 67.1 pera-tus kediaman sudah dibersihkan.

"Bagaimanapun, kejadian sedemikian tidak mustahil akan berulang jika tiada pemantauan berterusan,” katanya.

Petimbang lulus RM���,��� baik pulih pangsapuri

Jangan politikkan isu serah bantuanSHAH ALAM - Tindakan menghalang Exco Selangor memasuki Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil (T) Ladang Ker-ling bagi menyerahkan subsidi tambang bas sekolah, baru-baru ini tidak wajar berlaku.

Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau, ber-kata pembangunan pelajar tidak sepa-tutnya dicampur dengan politik.

Katanya, semua pihak perlu bersikap profesional dalam membantu keluarga pekerja ladang kurang berkemampuan.

“Guru Besar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah sangat membantu se-belum ini, tetapi Pejabat Pendidikan Dae-rah (PPD) Hulu Selangor memberi ama- ran keras supaya Kerajaan Negeri tidak dibenarkan menyerah bantuan.

“Mereka memanggil Kerajaan (Ne-geri) sebagai pembangkang adalah salah kerana kita adalah kerajaan. Mereka ha-

lang program kita untuk menyampaikan bantuan kepada anak pekerja ladang,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Halangan terhadap Ganabatirau me-nyaksikan beliau menyerahkan sumba-ngan RM300 kepada 59 pelajar anak pekerja ladang di luar pagar sekolah wa-laupun dalam keadaan hujan.

Sebelum ini, halangan sama turut ber-laku di SJKT Ladang Sungai Choh yang juga terletak di Parlimen Hulu Selangor.

Namun, situasi berbeza berlaku di ka-wasan Bukit Raja apabila beliau akhirnya dapat menyerahkan bantuan walaupun dihalang pada awalnya.

“Kita bimbang Ahli Parlimen Hulu Se-langor, P Kamalanathan yang juga Tim-balan Menteri Pendidikan I menyalah-gunakan kuasa mengawal PPD untuk menghalang Kerajaan Negeri.

"Saya menuntut beliau bertanggung-jawab atas halangan ini,” katanya.

Page 7: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

7SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Utama

SHAH ALAM - Projek hartanah kediaman dan komersial de-ngan nilai pembangunan kasar kira-kira RM300 juta dibangun- kan Urus Maju Ehsan (M) Sdn Bhd (UME), anak syarikat Per-badanan Wakaf S e l a n g o r (PWS).

P e n g e r u s i Eksek ut i fnya , Mohd Azli Md Yusof, berkata projek itu dibangunkan dalam tempoh lima hingga enam ta-hun melalui tiga fasa.

Katanya, fasa pertama

membabitkan tanah wakaf di sekitar Klang, fasa kedua untuk pembangunan rumah kedia-man di Hulu Langat dan fasa ke-tiga bagi pembinaan hartanah komersial serta stesen minyak.

“ J u m l a h tanah wakaf di Selangor kira-kira 480 hektar de-

ngan 70 peratus daripadanya adalah tanah wakaf khas. Kami menumpukan pembangunan membabitkan tanah wakaf am terbiar.

“Tanah wakaf dibangunkan membabitkan keluasan kira-kira 12 hingga 16 hektar bagi setiap fasa,” katanya dipetik BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas memeterai perjanjian pembia- yaan pembangunan tanah wakaf berjumlah RM15.5 juta dengan Bank Islam, pada 25 Julai lalu.

Mohd Azli berkata, pembia-yaan berkenaan merangkumi dua projek pembangunan tanah wakaf di sekitar Klang, seluas 2.4 hektar.

Katanya, projek pertama merangkumi pembinaan 164 unit pangsapuri serta 12 unit lot kedai di Jalan Kebun, Mukim Kapar.

Manakala, projek kedua membabitkan pembangunan 13 unit kedai pejabat dan 34 unit bazar di Jalan Teratai, Mu-kim Kapar.

“Kerja pembangunan pro-jek ini dijangka dimulakan ta-hun ini, malahan kami sudah mendapat kelulusan pihak berkenaan daripada segi peran-cangan projek,” katanya.

Pembangunan tanah wakaf

RM��� juta realisasi hasrat

SHAH ALAM - Selangor men-catatkan peratusan negeri penduduk tertinggi tahun ini iaitu 19.9 peratus diikuti Sabah (12.0%) dan Johor (11.5%).

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun ini (2016) diang-garkan 31.7 juta, meningkat 0.5 juta berbanding 31.2 juta tahun lalu.

Jabatan Perangkaan Malay-sia dalam kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk tahu-nan 1.5 peratus bagi tempoh sama.

Jumlah penduduk 31.7 juta itu juga merangkumi kompo-sisi jantina iaitu 16.4 juta lelaki dan 15.3 juta perempuan de-ngan nisbah 107 lelaki bagi se-tiap 100 perempuan.

“Etnik bumiputera mencatat-kan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk wargane-gara di Malaysia iaitu 68.6 pe-

Peratusan penduduk tertinggi di Selangor

SHAH ALAM - Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara, Ng Sze Han menyo-kong penuh kenyataan Menteri Be-sar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengambil alih tanah tidak digunakan Kerajaan Persekutuan.

Ia ekoran masih terdapat banyak tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan serta menimbulkan pelbagai kesan sampingan merugikan rakyat.

Sze Han berkata, sesetengah tanah diceroboh dan kegiatan se-perti pembuangan sampah haram, pembakaran terbuka berlaku di kawasan itu serta menjadi sarang penagih dadah.

“Tanah diluluskan kepada Ke-rajaan Persekutuan tidak dise-lenggara merosakkan pemanda-ngan dan memberi masalah serta kesan negatif kepada penduduk sekitar apabila tempat dipenuhi semak samun.

“Di Puchong misalnya, tanah lapang berlokasi di Taman Kinrara Seksyen 4 menjadi tempat timbu-nan sampah,” katanya dalam ke-nyataan media.

Beliau berkata, walaupun be-

Setuju ambil alih tanah tidak dimanfaat

SHAH ALAM - Penduduk yang memohon peruntukan mem-baik pulih kediaman mereka di bawah Skim Baikpulih Ne-geri Berkebajikan (CERIA) bo-leh menyemak status permoho-nan mereka di laman sesawang Lembaga Perumahan dan Har-tanah Selangor (LPHS).

Exco Perumahan, Penguru-san Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata penduduk bo-leh membuat semakan status terus tanpa perlu bertanya ke-

pada Badan Pengurusan Bersa-ma (JMB) atau Perbadanan Pe-ngurusan (MC).

“Sebelum ini terdapat pen-duduk tidak diberitahu JMB atau MC status permohonan mereka dan akhirnya ada yang menya-lahkan Kerajaan Negeri,” kata- nya dalam kenyataan media.

Beliau berkata, sebanyak 171 kawasan pangsapuri kos ren-dah dibaik pulih di bawah CERIA membabitkan kos RM33.3 juta dengan kerja di 44 kawasan se-dang dilaksanakan, sejak 2012.

Semak status permohonan CERIA di laman sesawang

ratus diikuti Cina (23.4%), India (7.0%) dan lain-lain (1.0%).

“Peratusan penduduk bukan warganegara tahun ini adalah 10.3% daripada keseluruhan

jumlah penduduk Malaysia,” katanya.

Menurut jabatan itu, taburan penduduk mengikut kumpu-lan umur bagi tahun ini tidak menunjukkan perbezaan keta-ra berbanding 2015.

“Penduduk dalam kumpulan umur kosong hingga 14 tahun berkurang 0.4 peratus pada 2016 (24.5%) berbanding 2015 (24.9%).

“Penduduk dalam kumpu-lan umur bekerja, 15 hingga 64 tahun, meningkat 0.2% ta-hun ini kepada 69.5% berban-ding 2015 dan penduduk ber-umur 65 tahun dan meningkat 0.2% kepada 6.0% bagi tempoh sama.

“Negeri yang mencatatkan peratusan penduduk terkecil pula adalah Wilayah Persekutu-an Labuan dan Wilayah Perse-kutuan Putrajaya iaitu 0.3%,” katanya.

berapa operasi pembersihan di-jalankan tetapi perkara sama berlarutan selagi tanah itu tidak diurus dengan baik.

“Selain itu, tanah kosong di se-belah SMK Batu 8 Puchong juga ti-dak diselenggara Kementerian Pe-lajaran sehingga dipenuhi semak samun serta kebakaran juga kerap berlaku di tapak berkenaan.

“Kegagalan dan keengganan Kerajaan Persekutuan memba-ngunkan tanah itu adalah pemba-ziran menjejaskan ekonomi nega-ra,” katanya.

Ng Sze Han

Pembangunan tanah wakaf

l Kos pembangunan kasar RM50 juta. l Terletak atas tanah wakaf am. l Wakaf am – wakaf tanpa pengkhususan, hasil pembangunan untuk man-faat umat Islam. l Setakat 2014, jumlah tanah wakaf am dan khas di Malaysia seluas 11,091.82 hektar.

Etnik bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu 68.6 peratus diikuti Cina (23.4%), India (7.0%) dan lain-lain (1.0%)

JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA

Page 8: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

8Nasional

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Tumpu misi pendidikan

Bukan jadi ‘pengendali’ hotelSHAH ALAM - KEADILAN kece-wa dan terkejut dengan hasrat Universiti Utara Malaysia (UUM) mengambil alih beberapa hotel bagi menjana pendapatannya.

Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin, berkata universiti ti-dak patut bertukar peranan men-jadi pengendali hotel dan me-nyimpang daripada objektifnya sebagai institusi pendidikan.

“Mengapa sesebuah universiti awam perlu menceburkan diri dalam perniagaan untuk menja-na pendapatan sendiri?

“Bukankah universiti awam dibiayai pihak kerajaan dan mengutip pelbagai jenis yuran daripada penuntutnya?” soalnya dalam kenyataan media.

Terdahulu, media melaporkan

kenyataan Naib Canselor UUM, Profesor Mohamed Mustafa Isak bahawa universiti itu berhasrat mengambil-alih beberapa ho-tel di Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi menjana pendapatan.

Tze Tzin berkata, UUM perlu mengambil iktibar terdapat ba-nyak perniagaan ditadbir badan kerajaan tidak berjaya seperti Perwaja dalam industri besi ke-luli, Proton (industri kereta), MAS (penerbangan) dan terkini 1MDB.

“Adakah UUM terdesak untuk mencari sumber kewangan aki-bat pemotongan bajet sehingga perlu membuat pelaburan yang sangat berisiko tinggi?

“KEADILAN sebelum ini me-nyeru kerajaan supaya tidak memotong peruntukan kepada

IPTA tetapi seruan itu langsung tidak diendahkan,” katanya.

Sim Tze berkata, Institusi Pe-ngajian Tinggi Awam (IPTA) me-ngalami potongan bajet melebi-hi RM1.4 bilion atau 16.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, peruntukan UUM di-potong hampir 20 peratus tahun ini berbanding 2015, walaupun bilangan penuntut UUM bertam-bah tujuh peratus dalam tempoh sama.

“Pemotongan peruntukan IPTA keputusan tidak bijak kerana menjejaskan kualiti pendidikan tinggi dan kini terbukti apabila sumber dan masa yang boleh di-gunakan untuk memperkasakan pendidikan dijuruskan ke bidang perniagaan,” katanya.

Bertindak tangani penipuan akademikSHAH ALAM - Kajian menyelu-ruh usahasama Penyelidikan Berimpak Tinggi (HIR) antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya (UM) perlu dilaksanakan ekoran wu-jud dakwaan penipuan akademik membabitkan institusi pendidi-kan berkenaan.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata langkah berkenaan perlu diambil supaya integriti dan kredibiliti intelektual serta martabat universiti tertua itu dapat dikembalikan.

“Mengikut laporan tahunan UM 2014, KPT menyuntik RM590 juta ke dalam program penyeli-dikan, dengan tambahan dana dari UM untuk mendanai projek penyelidikan sehingga tahun ini.

“Memandangkan jumlah be-gitu besar dikhususkan untuk ini-siatif berkenaan dan hakikat dua daripada projek penyelidikan berkenaan dikenal pasti sebagai penipuan akademik, menjadi hak orang awam mengetahui perihal berkenaannya,” katanya dalam

kenyataan, pada 25 Julai lalu.Bulan lalu, UM mendapati ter-

dapat duplikasi dan manipulasi terhadap angka di dalam Lapo-ran Saintifik dan tiga lagi laporan diterbitkan sekumpulan penyeli-dik universiti itu selepas mem-buat siasatan terhadap perkara terbabit.

Ekoran daripada penemuan berkenaan, artikel didakwa dicip- lak itu ditarik balik daripada jur-nal penyelidikan terbabit.

Kian Ming menggesa UM mendedahkan prosiding penuh siasatan dalaman menge-nai perkara berkenaan selain mencadangkan perubahan di-lakukan terhadap garis pan-duan sedia ada bagi memasti-kan perkara seumpama itu tidak berulang.

“UM juga harus mendedah-kan hukuman dikenakan terha-dap penyelidik terlibat sebagai peringatan kepada yang lain bahawa hukuman setimpal dike-nakan jika melakukan penipuan akademik,” katanya.

Turki Pasca Kudeta: Gambaran sebenar sejarah rampasan kuasaSHAH ALAM - Siri Dialog Da-rul Ehsan (SDDE) bertajuk ‘Turki Pasca Kudeta: Erdogan & Kuasa Rakyat’ berjaya menarik lebih 200 hadirin, pada 22 Julai lalu.

Sambutan luar biasa me-nyaksikan ada dalam kalangan hadirin terpaksa duduk di tang-ga bagi mendengar sesi dialog berkenaan.

Bertempat di Auditorium Universiti Selangor (UNISEL), turut kelihatan Exco Negeri, Dr Daroyah Alwi dan Ketua Se-tiausaha Sulit Menteri Besar, Mohd Shahrizal Mohd Salleh.

Sesi dialog dimulakan de-ngan Timbalan Pengerusi Insti-

tut Darul Ehsan (IDE) merang-kap Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berucap.

Beliau mengupas sejarah Tur-ki sebagai negara sekular dan se-jarah rampasan kuasa tentera se-jak 1960 yang mendukung kuat fahaman sekularisme.

Ia diteruskan Timbalan Se-tiausaha NGO Islam Dunia (UNIW) merangkap Presiden Wadah Pencerdasan Umat Ma-laysia (WADAH), Ahmad Azam Ab Rahman yang tertumpu ke-pada penghuraian faktor kega-galan rampasan kuasa.

Berlangsung dua jam, sesi

dialog itu dikelolakan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Shamsuddin selaku moderator.

SDDE dianjurkan dengan ker-jasama IDE, UNISEL dan Media Selangor turut disiarkan secara langsung di tv.selangorkini.my

Pada 18 Julai lalu, tentera Turki melancarkan cubaan ram-pasan kuasa di negara itu de-ngan tentera mengawal jalan utama di Ankara dan Istanbul.

Namun, ia berjaya digagal-kan dan Recep Tayyip Erdogan kekal selaku Presiden Turki apa-bila rakyat negara itu bangkit menentang cubaan berkenaan.

Mahkamah Persekutuan arah ‘Papagomo’ bayar RM���,��� kepada Anwar

PUTRAJAYA - Mahkamah Perse-kutuan mengekalkan perin-tah bayaran ganti rugi Blogger ‘Papagomo’ atau Wan Muham-mad Azri Wan Deris terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumlah RM800,000.

Ia berkaitan penyiaran per-kataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Keputusan itu dibuat susu-lan panel tiga hakim menolak permohonan kebenaran beliau merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahka-mah Rayuan.

Pada 28 Februari 2014, Wan

Muhammad Azri diperintahkan membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar selepas mahka-mah mendapati beliau selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muham-mad Azri adalah ‘Papagomo’.

Mahkamah juga memerin-tahkan Wan Muhammad Azri selaku defendan membayar kos RM50,000 kepada plaintif.

Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta pada 21 Mac 2013 kerana men-dakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkata-an fitnah di laman blog berke-naan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Page 9: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

9SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Nasional

PUTRAJAYA - Gabungan Pili-han Raya Bersih dan Adil (BER-SIH 2.0) menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera ber-tindak atas aduan perpindahan kawasan pengundian secara haram.

Pengerusinya, Maria Chin Abdullah, berkata 118,774 senarai nama pengundi dipin-dahkan sudah diserah kepada SPR, awal Julai lalu.

Katanya, lebih 40,000 pe-ngundi juga dipindah keluar dari kawasan Parlimen didaftar mereka.

“SPR janji untuk meneliti adu- an ini, namun sehingga kini ti-dak memberikan tarikh untuk perbincangan mahupun tinda-kan lanjut berkenaannya.

“Kita akan terus datang jika SPR terus berdiam diri,” kata-nya pada sidang media selepas hadir bersama pimpinan Paka-tan Harapan bagi menyerahkan memorandum pengundi DUN Batang Kali yang dipindah se-cara haram, di Menara SPR, di sini, pada 22 Julai lalu.

Antara yang hadir adalah Ahli Dewan Negeri (ADN) Kua-la Kubu Bharu, Lee Kee Hiong; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Mula beroperasi 1 Jun lalu, talian aduan Bersih 2.0 mene-rima lebih 100 aduan perpin-dahan haram pengundi.

Maria berkata, pengundi mengadu mereka tidak dimak-lumkan berkenaan perpindah-an berkenaan oleh SPR.

“Kita menggesa SPR

Segera tangani pindah kawasan undi haram PUCHONG - KEADILAN sedia

bekerjasama dengan parti politik dan pihak yang bersetuju dalam menjayakan agenda reformasi di-pelopori parti berkenaan dalam usaha menentang Umno Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya mengalu-alu-kan rancangan penubuhan parti politik baru dicadangkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad dalam semangat demokrasi.

“Ini dapat menyuburkan sua-sana demokrasi dalam negara, namun sama ada kita akan beker-jasama dengan parti baru atau ti-dak tertakluk kepada agenda dan idealogi parti berkenaan.

“Sekiranya parti baru ini ber-setuju untuk bersama dengan agenda reformasi semestinya kita akan bekerjasama dengan mana-mana parti politik dan pihak yang menyokongnya,” katanya kepada media, di sini, pada 19 Julai lalu.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan

satu parti politik baru dan pem-bentukan pakatan pembang-kang bersama PKR, DAP dan Amanah bagi menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Antara individu dikatakan berminat dengan penubuhan parti baru itu ialah mantan Tim-balan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Mantan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan mantan Men-teri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KEADILAN sedia kerjasama menentang BN

laysia tetap menidakkannya dan sehingga kini masih tiada seba-rang tindakan terhadap mana-mana individu. Malah, mereka menutup kes ini,” katanya.

SHAH ALAM - KEADILAN adalah rakan seperjuangan politik yang konsisten sama ada ketika di dalam Barisan Alternatif, Pakat-an Rakyat mahupun Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil, berkata KEADILAN sentiasa mengadakan perbin-cangan, mendengar, dan ber-tindak ke atas isu dibangkit rakan pakatan dan terus kon-sisten membina Malaysia lebih baik.

Katanya, KEADILAN ingin memperjelasnya beberapa perkara dibangkitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa KEADILAN bertindak unilateral mengada-kan beberapa pilihan raya kecil (PRK) lalu, khususnya Permatang Pauh, Penanti dan Kajang.

“Wujudnya perbezaan cukup besar dengan PRK membabit-kan satu kerusi dipegang satu parti politik, sementara PRN pula seperti dalam kes Pulau Pinang – membabitkan 40 keru-si DUN mempunyai implikasi lebih luas dan mendatangkan

KEADILAN konsisten rakan Pakatan

mengembalikan pengundi ke kawasan undian mereka. Per-tukaran kawasan hanya boleh dibuat menerusi proses per-sempadanan semula yang dilu-luskan Parlimen,” katanya.

kesan kepada lebih daripada satu parti politik.

“Ketiga-tiga contoh dibang-kitkan Lim Guan Eng adalah PRK membabitkan satu kerusi yang penyandangnya adalah KEADIL-AN, dan implikasi serta-merta adalah kepada kita sendiri.

“Berkenaan Permatang Pauh, sama ada bagi PRK pada 2008 atau 2015, ia berpaksikan peng-aniayaan politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.

Fahmi berkata, ekoran Pilih-

an Raya Umum (PRU) 2008 dia-dakan beberapa bulan sebelum Anwar layak bertanding selepas bebas dari penjara, maka PRK itu membolehkan beliau kem-bali ke Parlimen dan memimpin pembangkang yang semakin kuat.

Manakala pada 2015, ia adalah kerana Anwar sekali lagi menjadi mangsa politik zalim mengakibatkan beliau dipenja-ra sebagai tahanan politik nom-bor satu negara.

Berkenaan PRK Penanti pada 2009, katanya, KEADILAN se-benarnya bertindak di atas ke-bimbangan dibangkit pimpinan DAP Pulau Pinang mengenai prestasi wakil rakyat terbabit.

“Berkenaan PRK Kajang pada 2014 pula, beberapa siri run- dingan, mesyuarat dan kon-sultasi bersama pimpinan DAP serta Pakatan Rakyat yang lain sudah diadakan.

“Selepas rasional PRK itu dibentang, pimpinan DAP me-nyokong usaha untuk mem-perkukuh pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor,” katanya.

Kita menggesa SPR mengembalikan pengundi ke kawasan undian mereka. Pertukaran kawasan hanya boleh dibuat menerusi proses persempadanan semula yang di- luluskan Parlimen

MARIA CHINPengerusi BERSIH 2.0

Fahmi Fadzil

Berhenti ulas 'pelik-pelik'Alasan zahir kesetiaan

SHAH ALAM - Pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dan pihak berwajib di Malaysia disaran ti-dak memberi pelbagai ulasan ‘pelik-pelik’ berkenaan ‘Malaysian Official 1’ semata-mata mahu menzahirkan kesetiaan kepada individu tertentu.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata tidak dinafikan individu yang disebut dalam tuntutan DOJ difailkan itu mirip kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Na-jib Razak.

“Peguam Negara Amerika merujuk inidividu yang mirip Per-dana Menteri Malaysia. Adalah wajib Najib jawab secara ikhlas apa peranan beliau dalam skan-dal 1MDB ini.

“Anak Datin Seri Rosmah Mansor (isteri Najib) iaitu Riza Aziz juga dinamakan secara terang terlibat dan istilah yang digunakan adalah dana milik negara Malaysia dicuri,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini, pada 22 Julai lalu.

Tian Chua berkata, istilah ‘dana milik negara Malaysia su-dah dicuri’ itu juga menguatkan lagi bahawa skandal berkenaan membabitkan orang paling berkuasa dalam negara.

“Pendedahan ini amat mema-lukan imej negara kerana memi-liki pemimpin yang begitu korup. Rakyat keseluruhan menunggu penjelasan Najib dan rakyat ti-ada pilihan selain bangkit un-

tuk mendesak beliau meletak jawatan jika gagal menjelaskan-nya,” katanya.

Pada masa sama, Ketua Ang-katan Muda KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa Kerajaan Persekutuan membuka semula siasatan membabitkan skandal 1MDB ekoran pendeda-han yang mengatakan pegawai syarikat itu menggunakan dana pelaburan negara seperti akaun bank peribadi dan rakyat Malay-sia ditipu dalam skala yang be-gitu besar.

“Walaupun negara lain terma-suk Singapura, Switzerland, Hong Kong dan AS terus menyiasat kes 1MDB berdasarkan aktiviti pe-nipuan dijalankan, kerajaan Ma-

Rakyat keselu-ruhan menunggu penjelasan Najib dan rakyat tiada pilihan selain bangkit untuk mendesak beliau meletak jawatan jika gagal menjelas-kannya

TIAN CHUAAhli Parlimen Batu

Page 10: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

10 SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Page 11: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

11SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Ekonomi

Invest Selangor lawat 26 bandar raya utama dunia

Komited tingkat pelaburanOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Invest Sela- ngor Berhad sudah melaku-kan lawatan kerja tujuh kali ke luar negara meliputi 26 bandar raya utama, setakat Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Hasan Azhari Idris, ber-kata semuanya menampak-kan respon positif daripada pelabur asing setakat ini..

“Selangor sememangnya strategik untuk pelabur dan perkara itu jelas menarik mi-nat mereka.

“Ada juga dalam kalangan pelabur tidak tahu mereka melabur di Selangor selama ini kerana menyangka kita terletak dalam Kuala Lumpur.

“Namun, sekarang mere-ka sudah lebih jelas dan arif

kedudukan Selangor,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau ditemui ketika Maj-lis Rumah Terbuka Invest Se-langor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mo-hamed Azmin Ali, di sini, 25 Julai lalu.

Setakat Mac lalu, Invest Se-langor berjaya menarik hampir RM1 bilion pelaburan sektor perkilangan dari negara luar.

Hasan berkata, pihaknya yakin sasaran RM6 bilion un-tuk tahun ini berjaya dicapai menjelang Disember ini.

“Tahun lalu, kita mencapai RM7.9 bilion daripada sasaran RM8 bilion.

“Jadi, kita yakin sasaran yang sudah dikurangkan ekoran keadaan ekonomi global untuk tahun ini boleh dicapai,” katanya.

Situasi politik beri kesan pelaburan luar

No. Tajuk Taraf/jenis Gred, Kategori, Tarikh & Tempat HargaTender Projek Syarikat Pengkhususan Dokumen Mula Dijual Dokumen

KENYATAAN TENDERTender ini adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan CIDB gred, Kategori dan Pengkhususan serta jenis pendaftaran yang berkaitan sahaja dan masih berkuatkuasa dibenarkan menyertai tender berikut :-

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR

JPV.SEL(S)400/

71/2

2 / 2016

TENDER KERJA-KERJA

MEMBINA, MENYIAPKAN, MENGUJI DAN MENTAULIAH

SEBUAH REBAN AYAM SATU (1) TINGKAT

SISTEM TERTUTUP DI

TAMAN KEKAL PENGELUARAN

MAKANAN (TKPM)

SUNGAI NILAM, DAERAH HULU

SELANGOR

Bumiputera Berdaftar di Negeri Selangor

CIDB, SPKK & PKK

Gred : G4

Katergori : B

Pengkhususan :B04 & B05

01 Ogos 2016 (Isnin)

hingga

10 Ogos 2016 (Rabu)

di Bahagian Khidmat Pengurusan,

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri

Selangor, Lot 2, Jalan Utas 15/7, Seksyen

15,40630 Shah Alam

(Dokumen hanya dijual pada waktu pejabat)

RM50.00

(Bank Draf & Wang

Pos)

atas nama

Bendahari Negeri

Selangor

Sesi Taklimat & Lawat Tapak

akan diadakan pada 29 JULAI 2016 (JUMAAT) Jam 10.30 pagi bertempat di TKPM Sg Nilam, Kg Selisik Hulu Bernam, Daerah Hulu Selangor. Sebarang pertanyaan hubungi Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor : No Tel : 03-55103900Sesi Taklimat adalah WAJIB.

Tarikh & Waktu Tender TUTUP

Pada : 11 OGOS 2016 (KHAMIS) Waktu : Sebelum / Pada Jam 12.00 tengahari

1. Dokumen Meja Tawaran akan mula dipamerkan mulai 01 OGOS 2016 (ISNIN) pada waktu pejabat di Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor dan Dokumen Tender akan mula dijual pada hari yang sama iaitu 01 OGOS 2016 hingga 10 OGOS 2016 pada waktu pejabat. Dokumen Tender TIDAK akan dijual selepas tempoh ini.

2. Hanya pengurus / pegawai syarikat yang ditauliahkan seperti di dalam sijil pendaftaran atau wakil yang telah diberi kuasa dibenarkan untuk hadir sesi taklimat & Lawat tapak serta membeli dan mengambil Dokumen Tender. Petender / Wakil hendaklah membawa bersama SIJIL ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor, CIDB, Pendaftaran Syarikat, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor.

3. Bayaran bagi dokumen Tender hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan dalam bentuk Wang Pos/ Bank Draf atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR.

4. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda kenyataan Tender di sebelah kiri sampul surat dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di pejabat seperti berikut :

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANTINGKAT SATU,

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGORLOT 2, JALAN UTAS 15/7, SEKSYEN 15

40630 SHAH ALAM

SHAH ALAM - Situasi politik sema-sa dijangka memberi cabaran kepada perkembangan pelaburan negara luar ke Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif In-vest Selangor Berhad, Hasan Azhari Idris, berkata kesan serta merta bagaimanapun masih be-lum dapat dilihat setakat ini.

“Setakat ini tidak ada kesan, namun kita akan terus meman-tau perkembangannya dari masa ke masa.

“Kita juga mengambil lang-kah berhubung dengan pelabur bagi memastikan mereka terus bersama Selangor,” katanya ke-pada SelangorKini.

Beliau ditemui ketika Majlis Rumah Ter-buka Invest Selangor yang turut dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, pada 25 Julai lalu.

Pada 20 Julai lalu, Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwanya

dibeli menggunakan dana yang dialihkan daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

DOJ mendedahkan AS$1 bilion dana digu-nakan untuk membayar hutang judi di Las Vegas, membeli kapal layar me-wah, perhiasan dalaman, hartanah dan sebuah jet.

Sejumlah AS$731 juta turut didakwa disalur-kan daripada 1MDB ke dalam akaun AM Bank milik ‘Malaysian Official 1’ yang digambarkan se- bagai ‘pegawai ber-

pangkat tinggi’ dan memegang jawatan ‘berkuasa’ dalam 1MDB.

Turut dinamakan termasuk anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz; ahli perniagaan, Low Taek Jho dan dua bekas pegawai Abu Dhabi se-bagai antara pemain utama dalam dak-waan ‘penyelewengan’ dana itu.

Page 12: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

Album12 SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Album13SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

ADN Meru, Dr Abdul Rani Osman menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Jalan Nenas, Klang

ADN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak di Rumah Terbuka Aidilfitri Kajang

ADN Sri Serdang, Noor Hanim Ismail menyantuni pelbagai kaum yang hadir dalam Sambutan Aidilfitri DUN Sri Serdang

ADN Batu Caves, Amirudin Shari

menyampaikan sumbangan

Food Stamp ke-pada penduduk

DUN terbabit

Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar beramah mesra bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan CIMB

ADN Sekinchan, Ng Suee Lim turun padang menyantuni warga emas serta menyampaikansumbangan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Fasa 2 bernilai RM 1,500

ADN Rawang, Gan Pei Nei

bermesyua-rat bersama

SPAD bagi menyele-

saikan masalah

pengang-kutan bas di

beberapa kawasan

sekitar DUN itu

ADN Bukit Melawati,Jakiran Jacomah menyantuni pesakit yang bakal menjalani pembedahan tulang selangka di kawasan itu

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo meraikan kanak-kanak yang menghadiri sambutan Aidilfitri diParlimen Puchong

Page 13: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

14Rencana

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Rumah Bugis kini jadi warisan generasi baru

Pewaris terharu tempat membesar dipulihara “Memang menyentuh hati bila lihat rumah tempat kita membesar kini dipulihara un-tuk dijadikan tatapan ramai, maka sebab itu saya merasa agak sebak ketika berucap tadi,” katanya.

Terdahulu, Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Ba- ngunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga Konservasi PADAT, Prof Dr A Ghafar Ah-mad memberitahu, kerja me-mindahkan rumah yang asal-nya didirikan di Kampung Permatang itu mengambil masa selama 10 bulan.

“Kalau mengikut jadual asalnya, tujuh bulan tetapi ekoran kerja pemindahan ini memerlukan ketelitian, maka kami mengambil masa sela-ma 10 bulan sebelum rumah ini dapat didirikan di sini se-perti yang kita lihat hari ini,” katanya.

Katanya, antara proses di-lakukan adalah kerja men-dokumentasi, merawat kayu dan menggantikan kayu yang rosak dengan bantuan pakar dari Institut Penyelidikan Per-hutanan Malaysia (FRIM).

“Ini perlu dilakukan untuk memastikan keaslian rumah ini dikekalkan sama seperti dibina pemiliknya. Kayu yang rosak juga diganti dengan je-nis sama atau lebih baik lagi dan untuk itu kita menggu-nakan pakar dari FRIM yang mampu mengenal-pasti kayu yang digunakan melalui pengecaman urat kayu itu,” katanya.

Apabila memandang ruang ‘serambi jatuh’ di rumah

itu, terbayang-bayang pula bagaimana saya dan adik-beradik yang lain meniarap menghadap pelita minyak

tanah beramai-ramai untuk menelaah pelajaran

MOHAMAD ROSLAN

“Tentulah rasa bangga apa-bila rumah yang pernah kami diami kini menjadi salah satu warisan atau sejarah yang perlu dikekalkan untuk tatap-an generasi hari ini dan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Exco Adat Melayu dan Warisan Sela-ngor, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri membelanjakan RM500,000 bagi membeli dan membiayai kerja pemuliharaan rumah Bugis ini.

OLEH NAZLI IBRAHIM

Mata Mohamad Roslan Zainal, 62, mula berka-ca. Dadanya se-

bak lantaran terlalu banyak memori tersimpan di sebalik rumah kayu berwarna merah yang tersergam di hadapan-nya itu.

Masakan tidak, di rumah inilah beliau, adiknya Moha-mad Roslan juga 12 adik-be-radiknya yang lain dilahirkan dan kemudiannya dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Apabila memandang ru-ang ‘serambi jatuh’ di rumah itu, terbayang-bayang pula bagaimana beliau dan adik-beradiknya yang lain menia-rap menghadap pelita minyak tanah beramai-ramai untuk menelaah pelajaran.

Selepas masing-masing meningkat dewasa, seorang demi seorang melangsungkan perkahwinan yang juga dilaku-kan di rumah yang menyim-pan pelbagai sejarah keluarga Tok Sidang pertama Kampung Permatang Kuala Selangor.

“Dalam kalangan anak Al-lahyarham Zainal (bapa ke-pada Daud dan Roslan), saya adalah yang terakhir me-ngadakan kenduri kahwin di rumah ini.

“Saya masih dapat mem-bayangkan kedudukan pela-min di serambi dan kemeriah- an kenduri pada masa itu,” kata Mohamad Daud pada Majlis Penyerahan Rumah Bu-gis kepada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor di Muzium Sultan Alam Shah, di sini, pada 21 Ju-lai lalu.

Sementara itu, Mohamad Daud, 52, pula adalah gene-rasi keempat yang mendiami rumah Bugis itu sejak mo-yangnya membina kediaman

terbabit, kira-kira lebih 100 ta-hun lalu.

Mohamad Daud turut me-nyatakan rasa terharu apa-bila Kerajaan Negeri melalui PADAT memutuskan untuk mengekalkan warisan yang ditinggalkan nenek moyang beliau.

Page 14: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

15SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Rencana

OLEH NORHAYATI UMOR

Selaras dengan visi menjadi peneraju utama dalam pembangunan sumber

asli mineral utama di Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kini mengorak langkah terbaru meneroka sumber ta-nah liat untuk terus Merakyat-kan Ekonomi Se-langor (MES).

KSSB memain-kan peranan penting menero-ka sumber terba-ru di negeri ter-kaya itu sebagai usaha menyela-matkan beberapa kilang ‘tile’ besar daripada ditutup.

Usaha meliberalisasikan ekonomi negeri itu disuara-kan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali bagi me- ngukuhkan lagi KSSB sekali gus kedudukan kewangan Kerajaan Negeri.

Dengan pengalaman, kepa-karan dan rangkaian sedia ada syarikat itu, pastinya pernia-gaan baru ini tidak menjadi ma-salah besar kepada KSSB.

Kebimbangan penurunan permintaan hartanah juga pe-nyebab utama KSSB bersetuju industri tanah liat dijadikan per-niagaan anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) ini untuk tidak hanya bergantung kepada

Kukuh kewangan negeri

KSSB teroka sumber tanah liathasil jualan pasir.

Ketua Pegawai Kewangan KSSB, Mohamed Fariz Ghazali, berkata KSSB dipanggil Lem-baga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mem-bangunkan industri tanah liat, sekali gus menyelamatkan be-berapa kilang ‘tile’ khususnya di Selangor daripada ditutup.

“KSSB berbin-cang dengan peng- usaha jubin yang mendakwa isu ke-tiadaan sumber tanah liat menye-babkan kilang ‘tile’ di Malaysia khu-susnya Selangor tidak dapat ber-operasi.

“Menerusi perbincangan itu, KSSB mengambil maklum bera-pa banyak permintaan diperlu-kan dan kajian juga dijalankan,” katanya kepada SelangorKini.

Rentetan itu, KSSB giat men-jalankan kajian menyeluruh dan mencari sumber di negeri itu yang masih belum terlaksana.

Tiga lokasi berkeluasan lebih 600 ekar dikenal pasti di Batang Berjuntai sesuai bagi memenuhi permintaan industri tanah liat.

Bukan itu sahaja, hasil bakal dikorek itu boleh memenuhi permintaan industri sekurang-kurangnya lima hingga 10 tahun.

“Setakat ini, KSSB menerima permit untuk 50 ekar diusa-hakan di salah satu tapak ter-

babit, namun sumber itu tidak keseluruhannya sesuai digu-nakan.

“Kini, KSSB sedang memohon untuk meneroka 500 ekar tanah dan menemui 100 ekar yang bo-leh diterokai tetapi masih dalam kajian bagi memastikan sumber itu sesuai digunakan,” katanya.

KSSB mula membuat jualan

pertama sumber itu seminggu selepas Aidilfitri dengan penge-luaran 1,000 tan sehari.

Fariz berkata, KSSB meng-anggarkan Kerajaan Negeri akan menerima royalti RM12 hingga RM 16 juta, tahun ini.

“Jika permintaan banyak, maka lagi banyak Kerajaan Neg-eri akan terima. ‘Volume’ sumber

ini tidak sebanyak hasil pasir. “Tetapi KSSB menerima ‘mar-

gin’ baik bagi jualan tanah liat dan selesa, jadi aliran tunai ini dapat disumbangkan kepada Kerajaan Negeri,” katanya.

Katanya, pengusaha kilang yang berkemungkinan ditutup dapat dibantu selepas penyele-saian dibuat KSSB walaupun in-dustri hartanah menurun teta-pi pengusaha memerlukan stok dan jualan aktif.

“Apa yang penting pendapa-tan ini tidak terlepas. KSSB juga mahu bersama kontraktor lain supaya memenuhi kehendak kilang.

“Bagaimanapun, industri pa-sir masih menjadi perniagaan utama syarikat kerana ‘vol-ume’ keperluan tanah liat han-ya pada kadar 30,000 hingga 40,000 tan keperluan industri secara keseluruhan,” katanya.

Bagi 2015, produk galian bukan logam mencatatkan pendapatan eksport ke-15 ter-besar berjumlah RM6 bilion dan menyumbang kira-kira 0.8 peratus kepada jumlah eksport sektor perkilangan di Malaysia.

Eksport utama termasuk produk mineral (RM2.2 bi- lion); kaca dan barangan kaca (RM1.86 bilion) manakala ka-pur, simen serta bahan binaan fabrikasi (RM741 juta).

Manakala, destinasi eksport utama ialah Singapura, China dan Jepun.

Page 15: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

16Seni

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

OLEH NURUL FARINA NAZLAN

Istana Budaya sekali lagi berjaya menampilkan ke-lainan melalui karya klasik Lela Manja yang penuh

dengan mainan emosi dan kerin-duan dengan menampilkan pela-kon terkenal tanah air yang mula dipentaskan, pada 22 Julai lalu.

Istimewanya skrip teater klasik dihasilkan Hairul Anuar Harun yang juga terkenal sebagai penulis lirik lagu Cindai nyanyian Datuk Siti Nurhaliza itu adalah mesej yang cuba diketengahkan iaitu kerinduan dua beradik Lela dan Manja yang terpisah akibat kekejaman si ibu tiri, Dang Suri.

Naskhah adaptasi daripada filem hitam putih terkenal tahun 1960 arahan Jamil Sulong itu juga menerapkan sedikit ele-men berbeza daripada karya asal apabila watak Dang Suri lakonan hebat Nabila Huda dipanjangkan sehingga ke akhir teater sebagai nenek kebayan, berbanding di dalam filem.

Siapa tidak kenal dengan Nabila Huda yang mampu membawa apa juga watak ditawarkan kepadanya dan kali ini pelakon yang sinonim den-gan panggilan Abil itu sekali lagi berjaya mencuit hati penonton apa-bila beraksi ce-merlang sebagai Dang Suri.

Aksi spontan Abil dalam beberapa babak memperlihatkan kematangannya di pentas teater dan watak ibu tiri ke-jam serta penuh muslihat turut memberi kesan mendalam bagi setiap yang menonton naskhah itu, bahkan lebih menarik apabila ia tidak dibayangi watak asal di dalam filem, lakonan seniwati Normadiah.

Teater kerjasama Istana Budaya dan Creative Impact Solutions berkonsepkan bangsawan dan rakyat itu juga memperlihatkan aksi hebat Aeril Zafril yang per-tama kali beraksi di pentas teater apabila berjaya membawakan watak Manja dengan gaya tersendiri.

Beberapa kali, pelakon berusia 27 tahun itu menegaskan dia banyak belajar untuk menjiwai watak Manja dan mengakui ter-dapat banyak perbezaan antara lakonan filem dan drama dengan pementasan teater.

“Saya banyak menonton filem lama untuk menjayakan watak Manja dan belajar cara pahla-

Kekejaman ibu tiri pisahkan dua beradik

Lela Manja sarat mesej kerinduan

sangat terkenal dengan gaya lemah lembutnya.

Lela Manja mengisahkan dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman ibu tiri sehingga mengubah perjalanan kehidupan mereka daripada kecil sehingga dewasa terutama selepas terpisah akibat pembunuhan bapa mer-eka, Sang Naka.

Kehidupan bahagia dua be-radik itu berubah selepas Sang Naka berkahwin dengan Dang Suri yang difikirkan mampu mengganti arwah isterinya, namun tanpa disedari wanita itu sangat licik dan curang di belakangnya.

Lebih malang, Lela dan Manja sering

menjadi mangsa apabila dipukul dan dikerah melakukan

kerja berat ke-tika Sang

Naka ke luar negeri kerana bertugas sebagai pegawai istana. Dang Suri menggunakan peluang itu untuk menjalinkan hubungan dengan kawan baik suaminya, Megat Sura.

Kedua pengkhianat itu mem-bunuh Sang Naka apabila rahsia mereka diketahui, manakala Lela dan Manja pula terpisah selepas sampan yang sudah dinaiki Lela hanyut ekoran arus deras ke-tika mereka cuba melarikan diri kerana takut diapa-apakan Megat Sura dan Dang Suri.

Selepas mengetahui apa yang terjadi daripada Lela, Sultan dan rombongan terus ke rumah Sang Naka dan menangkap Megat Sura juga Dang Suri yang kebetulan in-gin menyembunyikan mayat itu. Megat Sura cuba memberontak dan dibunuh pengawal, manaka-la Dang Suri diikat di pokok berdekatan hutan serta ditoreh badannya sebagai hukuman.

Di sinilah bermulanya dendam anak Megat Sura iaitu Megat Ko-meng lakonan Jay Iswazir atas ke-matian bapanya itu dan ia sangat ‘sampai’ kepada penonton. Tidak kurang juga, watak Panglima

Harimau Berantai pengi-kut setia Komeng yang dilakonkan Syazwan Zulkifly.

Pujian juga harus diberikan kepada pela-

kon kanak-kanak yang membawakan watak Lela

dan Manja ketika kecil iaitu Izzya Reen dan Wafiy terutama ketika babak Lela dan Manja men-gunjungi pusara ibu mereka yang membuatkan penonton terdiam.

Sementara itu, penonton, Hisham Alias pula menyifat-kan plot naskhah itu memang menarik walaupun agak berat, dan penyampaian mesej seperti dendam serta nafsu agak mudah dihadam siapa sahaja yang me-nontonnya.

wan berjalan. Saya akui berlakon teater sedikit penat berban- ding drama atau filem, namun ia sebenarnya memberi cabaran sebagai anak seni,” katanya ketika ditemui SelangorKini selepas pe-mentasan teater berkenaan, pada 23 Julai lalu.

Selain Nabila dan Aeril, Lela Manja turut dijayakan beberapa lagi pelakon terkenal antaranya Shahrolnizam Noor (Sang Naka), Sari Yanti (Lela Sari), Hafidz Roshdi (Raja Muda) dan Rashdan Baba (Megat Sura).

Bagi watak Lela Sari, Sang Naka dan Megat Sura pula, kehebatan tiga pelakon yang memegang watak itu tidak boleh disang-kal lagi kerana berpengalaman dalam naskah klasik terutama Shahrolnizam.

Sari Yanti juga berjaya me-mainkan elemen kelembutan dan ketegasan dalam menjayakan watak Lela Sari yang mungkin boleh dikatakan amat sesuai de-ngan perwatakan ibu beranak

dua itu yang

“Persembahan sangat bagus kerana bukan mudah berlakon secara langsung, namun ada se-setengah pelakon agak keterlalu-an seperti Nabila Huda. Saya akui dia berbakat dan pandai men-jiwai watak, namun tidak perlu rasanya ibu tiri berjalan seperti pinggang terkehel.

“Pelakon juga harus didedah-kan dengan pergerakan silat yang lebih asli kerana ada yang nampak sangat tidak berseni ke-tika melakukan aksi itu. Saya suka adegan silat antara Shahrolnizam dan Rashdan Baba kerana me-mang nampak berseni. ,” katanya.

Memang diakui, daripada segi rekaan set menampakkan kesungguhan dalam setiap babak dan susunan cerita dalam teater yang turut sarat dengan mesej kekeluargaan selain ada menyelit-kan aspek kesetiaan juga keta-atan kepada negara yang pasti-nya menjanjikan kepuasan buat peminat seni teater tanah air.

Teater itu juga turut diperin-dahkan dengan tiga lagu baru iaitu Kiasan Rindu, Serampang Serumpun dan Dakapan Ibu yang digubah Rosli Abu Bakar, manakala liriknya ditulis Hairul Anuar sendiri.

Tidak dinafikan lirik sentu-han Hairul Anuar masih kekal segar dan mempunyai ke- istimewaan tersendiri, bahkan ia menjadi elemen membang-kitkan lagi kepuasan mereka yang menonton Lela Manja.

Peminat teater boleh me-nyaksikan plot hebat di dalam naskhah arahan Ramli Lani dibantu Khairulnazwan Rodzy itu yang akan dipentaskan sekali lagi pada 29 dan 30 Julai ini (8.30 malam), manakala pada 31 Julai pula bermula jam 3 petang dengan harga tiket bermula RM33 hingga RM253 yang boleh dibeli di AirAsia-RedTix.com.

Gam

bar I

hsan

Ista

na B

uday

a

Page 16: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

17SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Khutbah Jumaat

MIMBARJUMAAT

Intisari Khutbah Jumaat: 22 Julai 2016

Mendidik penderma prihatinMemiliki harta adalah nikmat

kurniaan Allah SWT kepada kita semua. Barang siapa beri-

man kepada Allah SWT dan membelan-jakan hartanya sesuai dengan keredaan Allah, memberi makan kepada fakir miskin dan membelanjakannya untuk menolong agama Allah SWT, nescaya Allah SWT akan menambahkan lagi rezeki kepadanya.

Keistimewaan dianugerahkan kepa-da orang bersedekah (menginfaqkan) hartanya di jalan Allah SWT juga di-anggap seakan-akan memberi pinjaman kepada Allah SWT, padahal Allah SWT Maha Kaya dan Maha Pem-beri.

Bersedekah atau berinfaq juga me-nyebabkan rezeki bertambah, berlipat ganda, berkembang dan memperoleh ke-berkatan.

Sebenarnya rezeki bukanlah dilihat dalam bentuk wang dan kekayaan sahaja, malah meliputi kesihatan, anak soleh, jiran dan teman baik, pe-kerjaan halal, kehidupan tenang dan itulah rezeki yang sangat mahal dan tidak ternilai dibandingkan dengan wang dan kekayaan.

Walaubagaimanapun, pada masa kini terdapat segelintir masyarakat me-nyalahgunakan kebaikan orang yang suka menginfaqkan atau menderma-kan hartanya.

Aktiviti pungutan derma boleh dilihat dengan jelas di tempat

awam seperti di hadapan bank, stesen minyak,

pasar malam, restoran dan lain-lain .

Lebih malang, sebilangan kanak-kanak turut di-peralatkan untuk membuat pungutan

derma di stesen minyak dan restoran.

Kanak-kanak ini ada yang digunakan khusus

menjalankan kutipan derma dan ada juga untuk menjual

cakera padat syarahan agama, kismis, buku dan sebagainya.

Jika tidak mahu membeli, mereka mendesak supaya memberikan sum-bangan jariah. Masyarakat pula seum-

pama tidak mengambil peduli akan kesahihan individu atau kanak-kanak yang menjalankan kutipan sama ada benar-benar mewakili sesebuah ins-titusi seperti maahad tahfiz ataupun melakukan penipuan.

Para pengutip derma pula secara terang-terang bebas menjalankan ku-tipan ke sana ke mari tanpa sebarang sekatan mana-mana pihak.

Di Selangor, aktiviti kutipan derma atau secara istilahnya disebut sebagai pungutan khairat banyak dijalankan pelbagai pihak.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selaku badan yang diamanahkan untuk mentadbir hal ehwal agama Islam di Selangor ingin menyampaikan mak-lumat kepada seluruh umat Islam di negeri ini supaya aktiviti kutipan derma atau pungutan khairat berjalan mengi-kut lunas undang-undang.

Berdasarkan Seksyen 106, Enak-men Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003, dengan surat kebena-ran dikeluarkan Majlis, membenarkan mana-mana orang atau kumpulan orang memungut wang atau sumbang-an lain bagi apa-apa maksud khairat untuk menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang Islam mengikut hukum syarak.

Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mendapat kebenaran MAIS

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipen-jarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Justeru, masyarakat diajak supaya mengambil tindakan seperti berikut:

1. Prihatin ke atas sesuatu yang dise-dekahkan. Bersedekah itu sangat baik, namun memastikan pengutip itu orang yang telus dan jujur melak-sanakan kutipan juga adalah baik;

2. Menjadi mata dan telinga kepada agensi agama Islam supaya sum-bangan itu sampai kepada matlamat asalnya iaitu untuk membangunkan aset serta meningkatkan sosio-eko-nomi umat Islam; dan

3. Melapor kepada MAIS, JAIS atau PDRM ke atas individu atau warga asing yang membuat kutipan derma tanpa kebenaran

Kita tidak mahu umat Islam ini di-pandang serong sebilangan agama lain. Peranan kita sebagai umat Islam yang prihatin perlu dipamerkan dalam bentuk terbaik dan menjadi umat ce-merlang selaras baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.

Page 17: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

18PBT

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Sebanyak 24 kon-traktor menerima tawaran Kuti-pan Sampah Domestik sesi 2016-2019 daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Datuk Bandar Shah Alam, Da-tuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, berkata kontrak itu ditambah baik berbanding kontrak sebe-lumnya daripada segi kekerapan kutipan bagi rumah jenis ‘landed’.

“Pengubahan jadual keke-rapan kutipan bagi rumah jenis ‘landed’ dari tiga kali kepada em-pat kali seminggu mengambil kira kutipan sampah pada hu-jung minggu.

“Bagi mengatasi masalah pem-buangan sampah haram, kerja kutipan sisa domestik di premis

seperti industri sesebuah, indus-tri teres, berkembar dan hotel juga dilaksanakan dengan keke-rapan kutipan lima kali seming-gu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kontraktor juga perlu menyediakan bilangan lori kompaktor mengikut bilangan dan spesifikasi ditetapkan.

“Pada masa sama, lori kom-paktor ini juga perlu dipasang dengan alat Automatic Vehicle Locating System (AVLS) bagi memudahkan pemantauan pergerakan.

“Kos pemasangan alat di-anggarkan membabitkan har-ga RM1,000 hingga RM3,000, manakala sewa untuk sistem pemantauan dianggar RM160 sebulan,” katanya.

Kontrak baru itu juga per-

SUBANG JAYA - Majlis Persaraan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Abdullah Marjunid, pada 20 Julai lalu berjalan dalam sua-sana bercampur baur antara sayu dan lucu.

Suasana sayu mula dirasai apa-bila menyaksikan hari terakhir le-laki berusia 59 tahun yang begitu lama mencurahkan khidmat dan baktinya dengan gigih kepada organisasi disayangi dan ma-syarakat Selangor amnya.

Mengimbau kembali pengala-man susah dan senang ketika berkhidmat sebagai penjawat awam, Abdullah berkata, antara pengalaman tidak dapat dilupa-kan adalah ketika berlaku keba-karan di pejabat MPSJ.

“Saya masuk di sini pada masa (masih) Majlis Daerah dahulu, ada beberapa bahagian sahaja. Saya-lah mula-mula mengadakan ‘ad-hoc’ untuk Majlis Daerah Petaling ini dengan menubuhkan jabatan untuk memastikan kelancaran-nya,” katanya di Dewan Kenanga, Bangunan MPSJ, di sini.

Bagaimanapun katanya, se- masa beliau dan kakitangannya

KLANG - Tujuh kompaun dikelu-arkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) terhadap premis makanan yang gagal mematuhi tahap ke-bersihan ditetapkan dalam ope-rasi bersepadu, pada 21 Julai lalu.

Setiausaha MPK, Adi Faizal Ah-mad Tarmizi, berkata operasi itu dijalankan berdasarkan aduan orang ramai yang kurang ber-puas hati dengan keadaan gerai kotor di kawasan terbabit.

“Kita menetapkan setiap pre-mis harus ada satu tong sampah bersaiz 2.4 liter bagi memboleh-kan pemilik mengurus sampah dengan baik dan teratur, namun gagal dilaksanakan peniaga.

“Selain itu, pekerjanya juga didapati gagal mematuhi

syarat dan peraturan berniaga mendapatkan suntikan anti de-mam kepialu,” katanya dalam ke-nyataan.

Pada masa sama, Adi ber-kata, pemilik premis juga boleh dikenakan denda maksimum RM1,000 mengikut Undang-Un-dang Kecil Establishment Makan-an MPK 2007 atas kesalahan itu.

Katanya, operasi sama akan diteruskan dari semasa ke sema-sa bagi memastikan pemilik pre-mis mematuhi peraturan majlis.

“Bermula September ini, MPK menguatkuasakan penutupan premis makanan yang kebersi-hannya berada bawah tahap 50 peratus dan penutupan dibuat selama tempoh 14 hari,” katanya.

SHAH ALAM - 23 peniaga ter-pilih sebagai penerima anugerah Peniaga Contoh Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 2016.

Pegawai Komunikasi Korpo-rat, Muhammad Azli Miswan, berkata 15 daripadanya dipilih MPSJ, manakala lapan lagi penia-ga dipilih Unilever Food Solution selepas memenuhi beberapa kri-teria ditetapkan.

“Anugerah ini diperkenalkan

Kutipan Sampah Domestik sesi 2016-2019

�� kontraktor terima tawaran MBSA

lu menyediakan tong sampah MGB120 liter untuk setiap lan-ded house dan MBSA mem-bayar kontraktor selepas selesai

proses penyediaan dan peng-hantaran tong.

“MBSA mengenakan tinda-kan tegas kepada kontraktor di-

lantik dan penamatan kontrak dibuat segera jika mereka gagal mematuhi syarat ditetapkan,” katanya.

Warna warni ‘istiadat’persaraan TYDP MPSJ

berusaha keras menaik taraf mutu perkhidmatan untuk ma-syarakat di kawasan pentadbir-annya, berlaku satu kebakaran memusnahkan beberapa rekod penting termasuk rekod kewan-gan.

Katanya, selepas beliau dan beberapa kaitangan lain bekerja keras, isu itu berjaya diselesaikan dalam tempoh empat bulan ber-banding lima bulan yang diberi-kan.

Abdullah memulakan per- khidmatannya di Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) pada

1981 hingga 1988 sebelum ber-pindah ke Majlis Daerah Peta-ling (1988-1992) dan kemudian-nya Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) (1992-1996).

Pada 1996 hingga 2000, beliau bertugas di Majlis Daerah Hulu Langat (MDHL) sebelum ditugas-kan di Majlis Perbandaran Sela-yang (MPS) (2000-2005) dan Ma-jlis Perbandaran Kajang (MPKj) (2005-2010).

Selepas menimba pengala-man di pelbagai PBT di Selangor, pada 1 Ogos 2010, beliau kemba-li bertugas di MPSJ.

�� terpilih Peniaga Contoh Bazar Ramadan MPSJ

MPK kompaun � premis makanan

MPSJ berharap me-lalui program inisiatif hijau ini melahirkan lebih ramai peniaga dan masyarakat yang menjaga alam sekitar serta mengamalkan amalan kitar semula

bagi mengiktiraf peniaga yang memberi komitmen tinggi dalam mengamalkan amalan terbaik pengendalian makanan.

“Selain itu, mereka juga men-dokong usaha aspirasi hijau di bawah MPSJ dalam perniagaan ketika bazar Ramadan,” kata-nya dalam kenyataan.

Azli berkata, peniaga turut di-beri kelebihan membuat pilihan lokasi dan petak tanpa melalui sesi undian selain menerima insentif wang tunai RM1,000.

“Mereka tidak perlu beratur un-tuk mendapatkan borang permo-honan mendapatkan petak bazar bagi Ramadan tahun hadapan.

“MPSJ berharap melalui pro-gram inisiatif hijau ini akan mela-hirkan lebih ramai peniaga dan masyarakat yang menjaga alam sekitar serta mengamalkan ama-lan kitar semula,” katanya.

Page 18: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

19SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

PBT

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbanda-ran Subang Jaya (MPSJ) berjaya mendapat pengiktirafan bertaraf antarabangsa melalui pensijilan Konfederasi Bola Sepak Dunia (FIFA).

Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata pengiktirafan dua bin-tang itu diperakui FIFA Quality Pro selepas disenaraikan di laman sesawang FIFA.

“Penganugerahan pensijilan ini sah bagi tempoh setahun ber-mula 15 Julai lalu sehingga 14 Ju-lai 2017.

“MPSJ sedang menunggu un-tuk mendapatkan sijil asal dari-pada FIFA,” katanya dalam ke-nyataan.

Azli berkata, pengiktirafan terbabit juga dilihat sebagai salah satu inisiatif MPSJ bagi me-

Sedia kemudahan berkualiti

Padang Bola Sepak MPSJ diiktiraf FIFA

nyediakan kemudahan sukan berkualiti untuk manfaat ma-syarakat.

Beliau berkata, Padang Bola Sepak Arena MPSJ mula dibuka sepenuhnya, pada 1 Jun lalu.

“MPSJ juga mengambil inisi-atif penggunaan rumput tiruan (artificial turf) berdasarkan peng-gunaan padang lebih kerap se-

lain menjimatkan kos penyeleng-garaan sehingga 21 peratus.

Arena MPSJ turut dilengkapi padang bola sepak bersaiz FIFA, trek balapan diiktiraf IAAF, bi-lik teknikal, pentas, bilik persali-nan, grandstand penonton selain gelanggang bola tampar, g bola jaring dan badminton/sepak takraw.

SHAH ALAM - Konsep ‘Go Green’ sekali lagi menjadi tema Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penganjuran jamuan Aidilfitri tahun ini.

Ketua Bahagian Korpo-rat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berka-ta konsep itu merangkumi pe-nyediaan juadah, hiasan gerai dan pengurusan sampah.

Katanya, peralatan seperti pinggan, mangkuk, cawan, sudu dan garfu yang diguna-kan diperbuat daripada plastik dan kertas.

“Kita juga tidak menggu-nakan peralatan berasaskan polisterin.

“Perhiasan khemah makanan disedia berasaskan ba-han kitar semula, penye-diaan tong kitar semula serta tong pengasingan minyak bagi pengedalian jamuan,” katanya.

Selain Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad, majlis turut di-hadiri Tengku Laksamana Se-langor, Tengku Sulaiman Shah dan Menteri Besar, Dato ‘ Seri Mohamed Azmin Ali.

Sejumlah RM2,000 turut di-sumbang kepada Pertubu-han Pengurusan Rumah Safi-yyah Seksyen U10 dan duit raya kepada 30 anak yatim.

KLANG - Pengurusan tertinggi Kelab Sukan dan Sosial Majlis Per-bandaran Klang (MPK) menafikan pihaknya menentang kerja me-naik taraf Dewan Hamzah, di sini seperti didakwa akhbar tempatan.

Timbalan Presidennya, Zairee-zal Ahmad Zainuddin, berkata dakwaan itu tidak berasas dan dilihat sebagai cubaan sabo-taj terhadap pimpinan tertinggi kelab dengan MPK.

Beliau berkata, individu berke-naan perlu tampil bersemuka bagi menyatakan pendirian sebenar.

“Dakwaan berkenaan terlalu serius dan berniat tidak baik ke-rana pihak kelab sentiasa berdiri teguh dengan kepimpinan Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin yang sentiasa komit-ed dalam pembangunan sukan.

“Kerja menaik taraf fasiliti su-kan lain di beberapa kawasan turut membuktikan YDP dan Se-tiausaha MPK, Adi Faizal Ahmad Tarmizi sentiasa memberi komit-men terhadap pembangunan sukan di daerah Klang,” katanya dalam kenyataan.

Zaireezal berkata, ekoran ker-ja menaik taraf Dewan Hamzah, ahli kelab dibenarkan untuk bermain di Dewan Teluk Pulai dan Sri Andalas secara percu-

Nafi bantah naik taraf Dewan Hamzah

Konsep mesra alam meriahkan Jamuan Raya MBSA

ma bagi sukan badminton serta sepak takraw.

Sementara itu, Presiden Kelab Sukan dan Sosial MPK, Hasnor Harith berkata, 1,100 ahli kelab merakamkan penghargaan ter-hadap kepimpinan baru MPK yang sentiasa menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan ka-kitangan.

“Pihak kelab meminta in-dividu berkenaan tampil ber-semuka kerana kami sentiasa menerima cadangan, pendapat dan kritikan, namun bukannya tuduhan melulu tanpa bukti ku-kuh,” katanya.

Pihak kelab meminta individu berkenaan tampil bersemuka kerana pihak kami sentiasa menerima cadangan, pendapat dan kritikan, namun bukannya tuduhan melulu tanpa bukti yang kukuhHASNOR HARITHPresiden Kelab Sukan dan Sosial MPK

Page 19: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

20Pendidikan

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

PTPTN potong bantuan belajar

UNISEL salur makanan percumaOLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Universiti Sela-ngor (UNISEL) kini merancang memberikan makanan percuma kepada semua pelajarnya selepas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengu-rangkan jumlah bantuan.

Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, ber-kata secara dasarnya program itu sudah mendapat kelulusan tetapi perlu diperhalusi untuk meringankan tekanan kos sara diri sepanjang mengikuti pelajar pengajian masing-masing.

“Saya jangka, ia akan menelan kos RM2 juta setahun dengan jumlah pelajar yang ada seka-rang. Kita cuba buat dua hidang-an setiap pelajar untuk siang juga malam kerana ada dalam kalang-an mereka bermasalah menam-pung perbelanjaan untuk makan dan UNISEL bantu apa yang mampu.

“Kelulusan di peringkat lem-baga sudah diluluskan dan kita akan angkat satu kertas bagaima-na perkara ini boleh dilaksanakan seterusnya dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri,” kata Amidi ke-pada SelangorKini, di sini, pada 20 Julai lalu.

Amidi berkata, pemberian makanan percuma untuk dua hidangan itu membabitkan

KUIS tawar laluan pantas � semesterSHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menawarkan sesi pem-belajaran peringkat asasi tiga semester bagi lanjutan penga-jian sarjana muda.

Proses pengajian itu mem-beri peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian singkat menerusi beberapa kursus ta-waran pendidikan di institusi pengajian milik Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.

Antara program pengajian ditawarkan adalah Kursus Asas Pengajian Islam, Pengajian Asas Pengurusan, Pengajian Asas Teknolgo Maklumat, Pe-ngajian Bahasa Arab dan Pe-ngajian Asas Komunikasi.

Pengambilan pelajar baru dibuka 18 Julai lalu dengan syarat minima lima kredit SPM.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di www.kuis.edu.my atau membuat pendaftaran te-

rus pada hari pendaftaran.KUIS antara institusi pendidi-

kan tinggi yang terus konsisten mewujudkan pelan jangka pan-jang ke arah mengukuhkan pe-ranannya sebagai pusat pendi-dikan terulung di Selangor.

Antara usaha lain termasuk usahasama serta memoran-dum pendidikan KUIS dan ins-titusi pengajian tinggi (IPT) dari luar negara bertujuan me-lebarkan jaringan pendidikan-nya.

Tiga MPP UNISEL sertai simposium kemanusiaan di Hanoi

SHAH ALAM - Tiga wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Uni-versiti Selangor (UNISEL) akan menyertai ‘7th University Schol-ars Leadership Symposium (USLS)’ yang bakal berlangsung di Hanoi, Vietnam, bermula 1 Ogos sehingga 7 Ogos ini.

Pengarah Komunikasi Korpo-rat, Hasril Abu Hassan, berkata itu adalah penyertaan kali ke- dua UNISEL dalam USLS dan kali pertama ketika simposium kali ke-6 di Hong Kong.

"USLS adalah simposium yang menghimpunkan lebih 1,000 siswa dan siswi dari in-stitusi pendidikan seluruh du-nia bagi membincangkan hal berkaitan kemanusiaan.

"Program ini dibentuk bagi melahirkan pemimpin muda yang berupaya dan mempunyai ketahanan terhadap cabaran terkehadapan," katanya dalam kenyataan.

Hasril berkata, antara MPP yang terpilih adalah Muhd Fakh-rul Amiruddin Hamdan (Yang Dipertua), Qurratu ‘Anini bt Ali Mohamed (Naib Yang Dipertua) serta Nurul Aqilah bt Mahmud (Setiausaha).

Penyertaan pelajar ditaja Jawatankuasa Tetap Pendidi-

kan, Pembangunan Modal In-san, Sains, Teknologi dan Ino-vasi negeri melalui peruntukan dana pengantarabangsaan yang turut dibiayai UNISEL.

"Keperihatinan universiti dalam memberi peluang ke-pada pelajar demi mendedah-kan mereka kepada program antarabangsa serta membina jaringan antarabangsa dengan peserta negara lain.

"Diharap dengan peluang ini, ia mampu membakar se-mangat pemimpin muda untuk melakukan sesuatu sebagai re-

spon kepada isu kemanusiaan supaya mereka menyedari po-tensi diri sebagai ejen peruba-han selain menaikkan nama UNISEL ke persada antarabang-sa," katanya.

Simbolik pelepasan pelajar dilaksanakan Presiden dan Naib Canselor UNISEL, Prof Datuk Dr Muhammad Redzuan Othman serta Timbalan Presiden yang juga Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Ja-ringan Komuniti, Prof Dr Shah-rudin Badaruddin di kampus UNISEL, di sini.

Kelulusan di peringkat lembaga sudah diluluskan dan kita akan angkat satu kertas bagaimana perkara ini boleh dilaksanakan seterusnya dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri

AMIDI ABDUL MANANDekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISELpemberian makanan asasi, nasi dan sayuran seperti yang dilak-sanakan di beberapa universiti luar negara.

“Kita perlu memikirkannya demi kemajuan pelajaran me-reka dan melalui kaedah ini pe-lajar dapat menjimatkan belanja makan kerana hanya perlu mem-beli protein sahaja untuk me-lengkapkan hidangan,” katanya.

Sebelum ini, UNISEL turut mengumumkan program yuran percuma kepada pelajar yang mengikuti pengajian tahun asas bagi membantu golongan itu ter-utama mereka yang datang dari-pada keluarga berpendapatan rendah juga sederhana.

Page 20: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

21SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Agama

SHAH ALAM - Mahkamah Sya-riah Selangor menetapkan sesi perbicaraan sebelah malam, ber-mula 25 Julai lalu dalam usaha mengurangkan bilangan kes ter-tunggak yang tinggi.

Ketua Hakim Syarie, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata ini-siatif itu turut membantu pihak yang sukar mendapatkan cuti waktu siang untuk menghadiri prosiding,sebelah malam.

Beliau berkata, prosiding se-belah malam pertama kali diken-dalikannya sendiri pada 25 Julai adalah dua kali sebulan, bermula

jam 8 hingga 10 malam.“Saya mengambil inisiatif itu

bagi mempercepatkan perjalan-an kes khususnya mengurangkan bilangan kes tertunggak yang tinggi di negeri ini.

“Justeru, saya berharap semua Hakim Syarie di Selangor ber-sedia untuk mengadakan sesi ‘night court’ bagi mengurangkan kes tertunggak di dewan masing-masing,” katanya dalam kenyata-an, pada 23 Julai lalu.

Mohd Naim berkata, sesi per-bicaraan malam itu bakal diperlu-askan ke dewan hakim Syarie lain

secara berperingkat mengikut kesesuaian.

Katanya, prosiding pada wak-tu malam juga dilihat sebagai sumbangan dan tanggungjaw-ab sosial korporat yang dilaku-kan Mahkamah Syariah Selangor dalam membantu masyarakat.

Mohd Naim pernah mengen-dalikan prosiding sebelah malam ketika beliau menjadi Hakim Mahkamah Rendah Syariah Pe-taling pada 1998 hingga 2000 dan sepanjang tempoh itu, kira-kira 2,000 kes tertunggak berjaya diselesaikan.

Elak tambah kes tertunggak

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berse-dia mengambil tindakan tegas jika terdapat pihak melakukan perbuatan khurafat termasuk pemujaan di tanah perkuburan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata orang ramai disaran-kan membuat aduan jika me-ngetahui wujudnya kegiatan bertentangan ajaran Islam itu.

“Sudah tentu JAIS meman-dang berat perkara ini.

"Jika orang ramai menge-tahui hal ini, jangan tunggu, cepat adukan kepada JAIS un-tuk siasatan dan tindakan se-terusnya,” katanya pada Majlis Penyerahan Rumah Bugis di Muzium Sultan Alam Shah di sini, pada 21 Julai lalu.

Beliau berkata demikian susulan kejadian gangguan makhluk halus di Jalan Kebun yang menjadi viral di laman so-sial.

Kejadian itu turut dikaitkan dengan perbuatan pemujaan di tanah perkuburan.

Sementara itu, Setiausa-ha JKKK Kampung Jalan Ke-bun, Mahmud Maftam, ber-kata perkuburan dikatakan berlubang itu dipercayai ekoran tanah mendap.

“Ia sebenarnya kubur lama. "Jadi kami percaya ‘lubang’

itu sebenarnya akibat tanah mendap ekoran papan liang lahad yang menutup mayat su-dah terlalu lama patah dan ta-

JAIS sedia siasat aktiviti bertentangan Islam

SHAH ALAM - Dalam keadaan ekono-mi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, 30 pasangan anak muda mengambil peluang bernikah seren-tak dalam Program Pernikahan Bera-mai-ramai “Kemuncak Destinasi Cinta 2016” anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pemba-ngunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata program itu bermanfaat bagi golo-ngan anak muda.

“Di samping meraikan mempelai, program ini juga memudahkan urusan pernikahan halal diuruskan Pejabat Agama Daerah Petaling.

“Secara tidak langsung, ia juga men-jimatkan kos perbelanjaan majlis,” ka-tanya kepada SelangorKini.

Katanya, program itu sebagai ke-sedaran masyarakat supaya mengada-kan majlis pernikahan dengan mem-belanjakan kos sederhana.

“Masyarakat perlu mengubah sikap untuk tidak melihat ia sebagai sesuatu yang menyusahkan khususnya bagi anak muda berpendapatan rendah,”

katanya.Sementara itu, salah seorang peser-

ta, Wan Muhammad Amirul Wan Yus-mera, 23, berkata dirinya bertuah ke-rana terpilih dalam senarai pasangan yang diijab kabul itu.

“Program ini jarang ditemui kerana kita tidak dibebankan perkara remeh

dan mengutamakan perkara wajib.“Kebanyakan pasangan tidak dapat

meneruskan pernikahan kerana me-merlukan kos tinggi untuk mengada-kan majlis sedangkan program ini ha-nya memerlukan pasangan membayar RM1,500 sahaja dan kita sah menjadi suami isteri,” katanya.

nahnya jerlus atau mendap ke bawah,” katanya kepada Sela-ngorKini.

Kemuncak Destinasi Cinta rai �� pasangan

Sudah tentu JAIS memandang berat perkara ini. Jika orang ramai mengetahui hal ini, jangan tunggu, cepat adukan kepada JAIS untuk siasatan dan tindakan seterusnya

DR AHMAD YUNUSExco Hal Ehwal Agama Islam

WAKTU SOLAT SELANGOR29 Julai -5 Ogos 2016

24 Syawal -2 Zulkaedah 1437HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

29 Jumaat 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:4330 Sabtu 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:4331 Ahad 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:4301 Isnin 5.42 5:52 7.11 1:22 4:43 7:30 8:4202 Selasa 5.42 5:52 7.11 1:22 4:43 7:29 8:4203 Rabu 5.42 5:52 7.11 1:22 4:43 7:29 8:4204 Khamis 5.42 5:52 7.11 1:22 4:42 7:29 8:4105 Jumaat 5.42 5:52 7.11 1:22 4:42 7:29 8:41

29 Jumaat 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:4530 Sabtu 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:4531 Ahad 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:4501 Isnin 5.44 5:54 7:14 1:24 4:45 7:32 8:4402 Selasa 5.44 5:54 7:14 1:24 4:45 7:31 8:4403 Rabu 5.44 5:54 7:14 1:24 4:45 7:31 8:4404 Khamis 5.44 5:54 7:14 1:24 4:44 7:31 8:4405 Jumaat 5.44 5:54 7:14 1:24 4:44 7:31 8:43

Bicara sesi malam

Page 21: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

22Kebajikan

SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM - Kisah 'viral makcik menumpang teduh di pondok usang kononnya dihalau anak adalah tidak sahih.

Setiausaha JKKK Batu 17 Dusun Tua, Saupi Azran Muhamad Tamjis, berkata Azizah Othman tidak per-nah berkahwin dan turut mempu- nyai kediaman sendiri ber-deka-tan rumah adiknya.

Bagaimanapun, wanita lanjut usia itu didakwa mengalami ma-salah mental dan menjadikan pon-dok jual durian milik penduduk kampung sebagai kediamannya.

“Pengerusi JKKK Batu 17 su-dahpun meminta Azizah kembali semula ke rumah, namun dia ber-degil.

“Diharap maklumat dan fakta tepat ini dapat mencerahkan be-berapa kekeliruan timbul tanpa menyentuh sensitiviti pemimpin

Kisah viral sebenar

Makcik tinggal di pondok durian ada rumah

SHAH ALAM - Sebuah keluar-ga dari Sabah mendapat per-hatian Lembaga Zakat Sela- ngor (LZS) kerana tidak mampu membeli tiket pulang ke kam-pung selepas cuti beraya di se-menanjung.

Menurut laman Facebook LZS, tujuan asal seorang ibu bersama tiga anaknya datang ke semenanjung adalah untuk beraya bersama suami yang hanya tinggal di bilik sewa.

“Si suami men-jangkakan beliau mampu membe-likan tiket balik untuk isteri dan anaknya selepas beraya bersama.

“Namun, dikha- barkan gaji yang sepatutnya dipe-roleh RM900 ha- nya tinggal sepa-ruh kerana di-potong hutang tertentu menye-babkan tiket un-tuk balik ke Sa-bah tidak mampu d i b e l i ,” k a t a n y a dalam kenyataan.

Berita itu diadu-

dan ahli jawatankuasa kampung serta surau, jiran tetangga dan penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan.

Saupi berkata, pihaknya sudah menghulurkan bantuan menaik taraf kediaman Azizah selain me-manjangkan perkara itu kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Tidak dinafikan rumahnya

agak usang, namun kisahnya itu mendapat perhatian Pengerusi JKKK dan bantuan sudah dihulur-kan termasuk mendaftarkannya kepada LZS.

“Bantuan menaik taraf kemu-dahan rumah, membeli perabot seperti almari dan membaiki paip air rumah juga sudah dilak-sanakan JKKK Batu 17,” katanya.

SHAH ALAM - Kolej Universiti Islam Ma-laysia (KUIS) mengesahkan berlaku keba-karan di Blok Akademik 1, pada petang 26 Julai lalu.

Rektor KUIS, Prof Datuk Dr Ab Halim Tamuri ketika dihubungi SelangorKini ber-kata, kejadian berlaku sekitar jam 3.30 pe- tang dan disedari Dekan Fakulti Akademik.

“Kejadian berpunca akibat disambar petir kuat. Hanya satu bilik iaitu bilik Tim-balan Dekan Pusat Asasi di tingkat tiga rosak sementara bilik pensyarah lain sela-mat.

“Bomba tiba lima minit selepas di-hubungi,,” katanya sambil menambah tia-da sebarang kecederaan jiwa berlaku.

Disambar petir kuat punca blok akademik KUIS terbakar

LZS bantu keluarga pulang ke kampung halaman

kannya kepada LZS di Kajang selepas pelbagai usaha dilaku-kan untuk mengumpul wang membeli tiket tidak berhasil.

“Selepas kami melakukan siasatan, keluarga itu dibantu dan mereka selamat sampai ke Sabah berkat bantuan zakat di bawah Ibnu Sabil bersama se-buah NGO,” katanya.

Page 22: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

23SelangorKini 29 Julai - 5 Ogos 2016

Sukan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUCHING - Aksi cemerlang Se-langor dalam acara renang Sukan Malaysia (Sukma) 2016 berteru-san di Pusat Akuatik Sarawak apabila memenangi empat emas dan empat perak dari lapan acara akhir dipertandingkan.

Penguasaan skuad Selangor terserlah dengan kilauan emas dalam dua acara, 200m kuak len-tang lelaki dan wanita melalui Jordan Yap Zhu Ern serta Nadia Redza) diikuti 50m kuak kupu-ku-pu (Chan Jie dan Yap Siew Hui).

Nadia unggul di depan me-ngatasi pencabar daripada rakan senegeri, Rosalind Pang, namun beliau berada di tempat kedua (pingat perak).

Begitu juga Siew Hui dalam kuak kupu-kupu yang menewas-kan rakan sepasukan, Kok Cher Ling Maryann yang terpaksa ber-puas hati untuk pingat perak.

Manakala dua pingat perak lagi daripada acara 200m medley individu lelaki (Jordan Yap Zhu Ern) dan 100m gaya bebas lelaki (Chan Jie).

Sementara penerjun Selangor, Chew Yi Wei memenangi pingat

Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) Sarawak 2016

Kuasai acara renang, raih � emasemas acara akhir tiga meter pa-pan anjal lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Pusat Akuatik Sarawak, pada 23 Julai lalu.

Ia adalah satu daripada lima emas disasar pasukan renang Se-langor dalam aksi akhir berlang-sung di kompleks sukan berke-naan apabila Yi Wei menepati ramalan dengan menguasai aca-ra itu sejak dari awal untuk pung-utan mata 422.85.

Menyertai Sukma buat kali kelima dan terakhir, beliau menjelaskan, ia adalah emas keli-ma buat dirinya dan ketiga dalam acara itu.

Turut bertanding dalam aca-ra 10m papan anjal lelaki, Yi Wei berkata, selepas menyertai Suk-ma, beliau akan terus menjalani

latihan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi seterus-nya melayakkan diri ke Olimpik 2020.

“Saya berazam layak ke Olimpik Tokyo empat tahun lagi selepas gagal ke Olimpik Rio ta-hun ini,” katanya yang hanya me-nyertai kem Selangor dua hari sebelum kejohanan kerana me-nyertai latihan negara di China.

Selangor jelas mempamerkan penguasaan pada hari kedua ke-johanan menguasai pungutan pingat dalam renang dan akua-tik dengan lapan emas, lapan perak dan tiga gangsa mengatasi Wilayah Persekutuan (tiga emas, lima perak, tiga gangsa) dan Jo-hor (tiga emas, satu perak, dua gangsa).

KUCHING -Selangor menewas-kan Negeri Sembilan 2–0 dalam perlawanan akhir lelaki berpasu-kan bagi merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016, pada 25 Julai lalu.

Menepati ramalan, pasukan lima pemain terdiri dari Ahmad Deedat Abdul Razak, Damien Rocky, Shamizul Shahril, Talhah Rahizam dan Sri Aakash Reddiyar tidak mengharungi laluan sukar mengatasi cabaran lawan de-ngan kemenangan dua perlawa-nan perseorangan tanpa balas.

Kemenangan itu sudah mema-dai bagi Selangor muncul juara dengan perlawanan perseorang-an ketiga tidak perlu diteruskan.

“Kita menjadi pilihan utama untuk muncul juara,” kata Damien

yang gembira kerana berjaya dengan sasaran ditetapkan.

Persiapan rapi dan kerjasama berpasukan diikuti persembahan bergaya di gelanggang mem-buahkan kejayan seperti diimpi-kan mereka dan pengurus-an pa-sukan.

“Kita teruja kerana sudah ber-latih gigih dengan membuat per-siapan rapi untuk kemenangan ini.

“Pasukan memang meletak-kan sasaran menang emas kerana semua bekerja keras menjalani latihan,” kata Ahmad Deedat pula.

Pasukan tenis lelaki dan wani-ta Selangor turun dalam per-lawanan seterusnya dalam aksi perseorangan, beregu dan be-regu campuran.

PETRA JAYA - Sukan Malaysia Ke-18 (Sukma XVIII) Sarawak 2016 membuka tirainya de-ngan majlis perasmian penuh gemilang dan warna-warni di Stadium Sarawak, di sini, pada 23 Julai lalu.

Walaupun hujan lewat pe-tang berlarutan ke tengah malam, ia bukan penghalang untuk lebih 3,000 orang ramai hadir ke stadium menyaksikan temasya dwi-tahunan yang di-sertai 5,670 atlet membabitkan 25 jenis sukan dipertandingkan.

Majlis disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud itu diwarnai pertunjukan bunga api dan permulaan perbarisan lintas hormat kontijen bertemakan

'Perpaduan dalam Kepelbagai-an'.

Rakyat Sarawak nyata ber-puas hati dengan sambutan terhadap sukan itu dan ber-bangga kerana terpilih selaku tuan rumah buat kali kedua.

Seorang pelajar dikenali Nazril yang bertugas secara sambilan pada kejohanan itu memaklumkan keadaan bagai-kan pesta menghadirkan ke-lainan dan ia membuktikan penyatuan rakyat Sarawak bagi menjayakannya.

“Malam ini istimewa bagi kita semua bila perasmian ber-jalan lancar walaupun hujan membasahi bumi Sarawak.

“Kehadiran ramai atlet ter-masuk pelancong ketika ini

menggembirakan dan ia di-harap berterusan dengan Sa-rawak terpilih lagi untuk acara lain, pada masa akan datang,” katanya.

Selaku tuan rumah temasya edisi ke-18, Sarawak menghan-tar kontinjen terbesar dengan 544 atlet diikuti Selangor (507), Perak (498), Terengganu (485), Wilayah Persekutuan (478), Sabah (431), Pahang (412), Jo-hor (408), Pulau Pinang (380), Kedah (358), Negeri Sembi-lan (330), Melaka (307), Perlis (253), Kelantan (220) dan Bru-nei selaku pasukan jemputan menghantar 59 atlet.

Kali terakhir kejohanan Suk-ma diadakan di Sarawak, pada tahun 1990.

Bagaikan pesta, satukan pelbagai rakyat

Tepati ramalan, tenis menang emas

Page 23: Selangorkini 29 Jul – 5 Ogs 2016

23

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985

Kuasai acararenang, raih 4 emas

Sukma Sarawak

SUKMA ����: Selangor di landasan tepat capai sasaranKUCHING - Sasaran 48 pingat emas ditetapkan kontinjen Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 mampu dicapai, malahan mungkin lebih baik daripada itu.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebu-dayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pencapaian Selangor setakat ini berpeluang besar bagi menepati matlamat berkenaan.

“Setakat ini, kita masih pada lan-dasan betul, malahan kita ada sasaran tambahan iaitu 55 pingat emas.

“Walaupun agak terganggu tetapi saya percaya jika kita dapat menam-bah semangat dan keyakinan kepada atlet, keputusan luar biasa mampu di-catat,” katanya kepada SelangorKini, pada 25 Julai lalu.

Walaupun ketinggalan berbanding tuan rumah, Sarawak namun Amirudin yakin Selangor mampu ke puncak carta dengan memenangi beberapa acara lagi.

Beliau menambah, keputusan di-catat setakat ini memperlihatkan at-

let Selangor merangkul jumlah pingat perak terbesar melebihi 30 mengatasi kontinjen negeri lain.

“Kita gagal menukar warna emas dalam banyak acara dan mungkin perlu dilihat kembali berkaitan faktornya.

“Namun, ia memberi nafas lega ke-rana kebanyakan yang memenangi perak ini ialah peserta muda dan ma-

sih boleh bertanding pada Sukma akan datang,” katanya.

Berhubung pencapaian atlet, beliau berkata, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan menilai sama ada men-capai sasaran atau gagal daripada segi pengurusan, kejurulatihan atau ter-dapat faktor lain berkaitan selepas kejo-hanan berakhir.

Liga Super 2016 KEDUDUKAN LIGA SUPERKedudukan Setakat 25 Julai

P M S K J B Mt

14 11 3 0 36 9 36

14 11 1 2 32 13 34

14 7 5 2 24 17 26

14 4 7 3 15 20 19

14 4 5 5 25 23 17

14 4 4 6 21 21 16

14 5 1 8 16 29 16

14 3 5 6 18 22 14

14 3 5 6 14 20 14

14 3 4 7 17 32 13

14 3 3 8 20 28 12

14 2 5 7 21 25 11

1 JDT

2 Felda United

3 Selangor

4 Kedah

5 Kelantan

6 T-Team

7 Terengganu

8 Perak

9 PDRM

10 Pahang

11 Sarawak

12 Pulau Pinang

Red Giants optimis kejar kelompok teratasOLEH AFIX REDZUAN

GEORGETOWN - Selangor masih berpelu-ang mengejar dua pasukan di kelompok teratas walaupun terpaksa melepaskan dua mata selepas mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Pulau Pinang dalam aksi Liga Super, pada 23 Julai lalu.

Jurulatih Selangor, Zainal Abidin Has-

san, berkata pasukannya optimis memberi saingan hingga ke perla-wanan terakhir liga bagi merebut

slot kelompok teratas.Walaupun kecewa pemain gagal memanfaatkan pelu-

ang mencipta jaringan untuk kemenangan,

Zainal memuji corak pemainan Red Giants semakin baik dan tersusun.

“Kita membuka banyak ruang untuk menjaringkan gol tetapi dihampakan de-ngan jaringan (seri).

“Kita akui jurang sedikit jauh tetapi apa-apa boleh terjadi. Kita teruskan dengan misi mengutip mata, biarlah saat akhir

yang menentukan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media se-

jurus tamat perlawanan selepas terikat 1-1 me-nentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya.

Katanya, kepantasan pasukan memperke-mas corak permainan selepas ketinggalan pada minit ke-26 menjadi kunci utama ke-bangkitan Selangor untuk kembali mengua-sai permainan.

Menyentuh soal perkembangan pemain import Andik Vermansyah, Zainal Abidin menjangkakan beliau akan kembali bersama pasukan dua minggu lagi.

Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal ditangga ketiga dengan 26 mata di be-lakang pendahulu liga Johor Darul Takzim (JDT) dan Felda United.

Kontinjen JumlahE P G

Sarawak 32 19 29 80Selangor 25 39 30 94Terengganu 22 17 24 63W.Persekutuan 21 24 21 66P. Pinang 16 6 13 35Sabah 11 18 13 42Johor 8 11 13 32Melaka 7 11 14 32N.Sembilan 7 4 16 27Pahang 6 9 10 25Kelantan 6 4 4 14Kedah 6 1 10 17Perak 5 6 12 23Perlis 3 3 10 16Brunei 0 1 3 4

PUNGUTAN PINGAT SUKMA XVIII SARAWAK 2016Setakat 26 Julai