sosialis (jul ogos 2014)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Jul-Ogos 2014 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ sila baca lanjut tentang Gabungan Kiri di m/s 5 Baca lanjut tentang isu pengusiran Kampung Chubadak di m/s 4 GABUNGAN KIRI SEDANG DIBENTUK Menarik di dalam KONGRES PSM KE-16 > m/s 6 SIAPA DALANG DI SEBALIK KRISIS DI IRAQ? > m/s 10 MELAWAN ARUS GLOBALISASI > m/s 9 AKSI TUTUP LYNAS > m/s 4 &12

Upload: partisosialis

Post on 07-Apr-2016

270 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Topik: Gerakan Hijau Lawan Lynas, DBKL Kampung Chubadak, Gabungan Kiri, Kongres Nasional, PRK Teluk Intan, Menentang Arus Globalisasi, Resolusi Kongres

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Jul Ogos 2014)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Jul-Ogos 2014

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

sila baca lanjut tentang Gabungan Kiri di m/s 5

Baca lanjut tentang isu pengusiran Kampung Chubadak di m/s 4

GABUNGAN KIRISEDANG DIBENTUK

Menarik di dalamKONGRES PSM KE-16

> m/s 6

SIAPA DALANG DI SEBALIK KRISIS DI IRAQ?

> m/s 10

MELAWAN ARUS GLOBALISASI> m/s 9

AKSI TUTUP LYNAS> m/s 4 &12

Page 2: Sosialis (Jul Ogos 2014)

Jul-Ogos 2014PSM2

Dari Meja PengarangKerajaan UMNO-BN telah mempamerkan sifat pilih kasihnya yang berpihak kepada kapitalis korporat besar dalam episod terbaru isu kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan. Apabila kerajaan membenarkan korporat besar dari Australia mengancam kesihatan rakyat Malaysia dengan membenarkan kilang Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif itu beroperasi, aktivis alam sekitar dari Australia yang prihatin pada keselamatan rakyat Malaysia pula dihalang untuk bersolidariti dengan rakyat Malaysia yang membantah Lynas.

Aksi “Shutdown Lynas” yang dianjurkan oleh Himpunan Hijau pada 22 Jun yang lalu, merupakan aksi protes terbaru rakyat Malaysia menuntut supaya kilang Lynas yang mengancam alam sekitar dan memudaratkan kesihatan rakyat itu ditutup. Pihak berkuasa telah bertindak dengan menahan 16 orang aktivis yang berprotes di hadapan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, antaranya termasuklah seorang aktivis alam sekitar dari Australia, Natalie Lowrey. Natalie telah direman dalam lokap Kuantan untuk 5 hari sedangkan 15 orang yang lain dibebaskan pada malam 22 Jun itu juga. Disebabkan bantahan hebat daripada masyarakat umum di Malaysia dan Australia, akhirnya Natalie dibebaskan dan tiada apa-apa dakwaan dikenakan ke atasnya semasa dibebaskan. Ini sekali lagi menunjukkan kuasa rakyat memang boleh memberi tekanan yang berkesan.

UMNO-BN yang sentiasa memihak pada golongan kapitalis besar dalam dan luar negeri telah menyebabkan hak asasi rakyat terus dicabuli dan kekayaan negara kita hanya tertumpu dalam tangan segelintir elit pemerintah.

Ini telah menimbulkan krisis sosio-ekonomi yang semakin mendalam tetapi cara penyelesaian yang ditawarkan oleh rejim UMNO-BN adalah memainkan isu-isu perkauman untuk memecahbelahkan rakyat di samping melaksanakan dasar-dasar yang memaksa rakyat miskin bayar untuk kerugian yang diakibatkan oleh ketamakan golongan kaya. Pemotongan subsidi telah diteruskan dan rakyat Malaysia akan dihantui oleh Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal memiskinkan lagi rakyat miskin mulai 1 April tahun hadapan.

Untuk menangkis serangan bertubi-tubi ini, rakyat Malaysia perlu mengembleng tenaga kita untuk terus berjuang. PSM juga cuba berusaha untuk mewujudkan Gabungan Kiri, satu gabungan baru antara kumpulan-kumpulan yang progresif untuk menawarkan alternatif baru kepada rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip keadilan sosial dan demokrasi dari bawah.

Kongres PSM yang selesai baru-baru ini telah memberi semangat baru untuk PSM terus mengorak langkah ke hadapan dalam usaha membina kuasa rakyat. Penyertaan anak muda yang semakin ramai dalam gerakan rakyat telah menyemarakkan lagi harapan kita untuk membentuk gerakan yang lebih dinamik. Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa menajamkan analisa dan pemikiran kita supaya tidak kehilangan arah dalam perjuangan ini. ##

http://partisosialis.org/Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama:Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/[email protected]

Page 3: Sosialis (Jul Ogos 2014)

PARTI DAN FRON3 Jul-Ogos 2014

Solidariti BersamaRevolusi Venezuela

Kepimpinan PSM telah membuat satu kunjungan solidariti ke Kedutaan Venezuela pada 18 Jun yang lalu. Delegasi PSM diketuai oleh Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM. Turut bersama adalah S. Arutchelvan selaku Setiausaha Agung PSM dan juga D. Sivan selaku ahli PSM dalam Jawatankuasa Persahabatan Malaysia-Venezuela.

Delegasi PSM disambut mesra oleh Timbalan Duta Venezuela, Enrique Gonzales Kong dan Setiausaha Hal Ehwal Politik, Mina Perez.

PSM melahirkan rasa solidariti dan menyampaikan kenyataan bersama membantah cadangan Amerika Syarikat untuk mengenakan sekatan ekonomi ke atas Venezuela. Selain PSM, parti lain yang menyokong kenyataan tersebut adalah Parti Buruh Massa Filipina (PLM), Parti Pekerja Awani Pakistan, Parti Komunis India (ML) Pembebasan, Socialist Alliance dari Australia dan Nepal Venezuela Solidarity Network.

Tindakan Amerika yang cuba mengenakan sekatan ekonomi hanya bermotif untuk membantu puak kanan di Venezuela menyahstabilkan negara tersebut dalam usaha menghancurkan hasil revolusi yang diperoleh sejak kemenangan Chavez pada tahun

1998, yang mengambil haluan menuju ke sosialisme.

Selain itu, PSM juga berbincang bersama wakil Kedutaan tetang sambutan Hari Kemerdekaan Venezuela pada 5 Julai, dengan mencadangkan satu tayangan gambar dan forum diadakan di Kuala Lumpur untuk

membincangkan topik hangat – Venezuela selepas Chavez.

PSM sejak dulu mengambil posisi menyokong perjuangan rakyat Venezuela dan juga kagum dengan Sosialisme Abad ke-21 yang dibawakan oleh Chavez kerana ia memberikan satu nafas baru kepada gerakan kiri di Latin Amerika dan juga seluruh dunia. Kebanyakan negara-negara Latin Amerika secara total telah menolak agenda neo-liberal yang dibawa oleh Amerika Syarikat di rantau tersebut.

Pimpinan PSM juga menghadiri satu majlis khas bersempena dengan Hari Kemerdekaan Venezuela yang diadakan pada 4 Julai yang lalu. ##

Setiausaha Agung PSM, Arutchelvan bersama dengan Duta Venezuela, Manuel Guzman.

Pada 11 Jun yang lalu, 27 orang anak muda dari Sungai Siput yang berumur dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun telah mengunjung ke dua buah pusat latihan, iaitu Vocational Training Opportunity Centre (VTOC) yang diuruskan oleh Young Women's Christian Association (YWCA) dan Institut Teknologi PRIMUS yang diuruskan oleh MySkills Foundation. Lawatan ini dianjurkan oleh Biro Anak Muda PSM Cawangan Sungai Siput.

Kedua-dua pusat latihan yang dikunjungi ini membekalkan latihan

kepada anak-anak muda yang berminat dalam pembelajaran kemahiran. Kursus-kursus yang dibekalkan termasuklah persolekan, pendandanan rambut, penjaga warga tua, memasak, kursus komputer, pendidikan pra-sekolah, jahitan, elektrikal, setiausaha undang-undang, kimpalan dan

sebagainya. Kursus-kursus tersebut menitikberatkan pembelajaran praktikal untuk membina kemahiran, terutamanya di kalangan pelajar yang kurang minat dengan akademik.

Peserta-peserta telah diberikan peluang untuk mengunjung ke bilik-bilik kelas dan pensyarah memberikan penerangan tentang kursus

yang dijalankan. Pelajar yang mengikuti kursus di VTOC dan PRIMUS bukan sahaja akan dilatih untuk berkemahiran, tetapi juga dipupuk semangat positif dari segi rohani dan jasmani.

Satu mesyuarat bersama bekas penduduk Ladang Bukit Jelutong diadakan pada 2 Julai yang lalu untuk membincangkan isu perumahan yang masih belum selesai. Arutchelvan daripada PSM hadir ke mesyuarat sebagai penasihat.

ISU-ISU KAWASAN & AKTIVITI CAWANGAN

Sivarajan, Bendahari PSM, bersama dengan penduduk PJS 1 yang menghadapi isu perumahan telah mengadakan satu aksi demo di Kementerian Perumahan pada 3 Julai yang lalu, dengan tuntutan untuk menyelesaikan masalah pembeli rumah Blok E yang terbengkalai.

Gabungan pemandu lori telah mengadakan satu jamuan ringan menyambut kemenangan 3 kes pemandu lori di Ipoh pada 22 Jun yang lalu. Gabungan pemandu lori ini merupakan satu inisiatif PSM Buntong untuk menyatukan pemandu lori dalam memperjuangkan hak mereka.

Dr. Jeyakumar Devaraj, AJK Pusat PSM, telah mengadakan perjumpaan bersama penduduk orang asli di Kg. Sendrod, Lojing, Gua Musang, untuk membincangkan isu tanah di mana hak tanah istiadat orang asli telah dicabuli. Turut hadir dalam perjumpaan adalah ahli-ahli PSM Cawangan Cameron Highlands dan Sungai Siput.

Anak-anak muda PSM telah menyertai pertandingan futsal terbuka anjuran Kedutaan Venezuela bersempena dengan ulang tahun ke-203 kemerdekaan Venezuela pada bulan Julai ini.

Page 4: Sosialis (Jul Ogos 2014)

4 NASIONAL Jul-Ogos 2014

GERAKAN HIJAU LAWAN KAPITALIS LYNAS?Himpunan #622 Tutup Lynas yang bermula dengan konvoi kereta ke Kilang Lynas dari Kampung Balok yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari Kilang Lynas di Gebeng Kuantan, telah berakhir dengan penangkapan 16 aktivis alam sekitar termasuk Wong Tack dan Dr Phua Kia Yaw daripada Himpunan Hijau, aktivis politik Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai 'Superman', dan juga seorang aktivis alam sekitar yang merupakan warga Australia, Natalie Lowrey.

Seramai 1,000 orang telah hadir untuk memberikan sokongan solidariti kepada aksi Himpunan Hijau ini untuk hentikan operasi kilang Lynas. Kampung Balok telah dijadikan pusat operasi dan tempat berkumpul untuk aktivis-aktivis yang membantah kilang Lynas. Antaranya termasuklah aktivis yang mengayuh basikal menjelajah di beberapa negeri sejak awal bulan Jun, Isaiah Jacob dan kawan-kawan yang berjalan kaki dari Kuala Lumpur

ke Gebeng selama seminggu bermula 16 Jun, dan juga pemimpin daripada parti-parti politik.

Pusat operasi yang kelihatan hijau dicetuskan semangat lagi dengan ucapan solidariti daripada aktivis-aktivis alam sekitar dan pemimpin-pemimpin politik. Turut berucap dalam himpunan ini adalah Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, yang telah mengatakan bahawa himpunan #622 Tutup Lynas adalah satu eksperimen untuk rakyat yang melawan syarikat gergasi Lynas. Memang benar kata Arul bahawa bukannya senang untuk berlawan dengan gergasi antarabangsa yang dilindungi oleh kuasa pemerintah. Persoalannya adalah, adakah gerakan hijau di Malaysia cukup kuat untuk melawan kapitalis antarabangsa ini? Seperti yang dikatakan oleh Arul, kilang Lynas tidak boleh tutup dengan hanya seorang Wong Tack atau Superman, tetapi kuasa rakyat.

Di Malaysia, boleh dikatakan tiada satu Gerakan Hijau yang teratur, tersusun dan diterajui oleh gabungan aktivis-aktivis alam sekitar serta parti-parti politik yang mengembleng tenaga untuk memperjuangkan isu alam sekitar. Apa yang dilihat sekarang adalah usaha beberapa invidivu dan NGO-NGO yang melakukan aktiviti masing-masing. Semangat hijau yang ada sebelum PRU-13, di mana kita telah saksikan puluhan ribu rakyat Malaysia membanjiri Kuantan untuk membantah ancaman alam sekitar, nampaknya sudah banyak kurang. Namun harus dikatakan bahawa selepas PRU-13, tidak banyak aktiviti yang dilakukan untuk mengutarakan isu alam sekitar di Malaysia.

PSM sama sekali tidak mahu malapetaka seperti peristiwa bencana radioaktif Fukushima berlaku di Malaysia. Kita sudah cukup dengan peristiwa yang berlaku kepada penduduk Bukit Merah yang meragut nyawa 7 orang pesakit leukemia akibat

pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Mitsubishi Chemical. Walaupun sudah ditutup pada tahun 1992, namun penduduk di situ masih merana akibat pelbagai masalah kesihatan. Penduduk di Bukit Koman Raub juga turut terdedah kepada ancaman kesihatan kesan daripada bahan kimia 'Sodium Cyanide' yang digunakan oleh Australian Gold Mining Sdn. Bhd dalam proses pengasingan emas.

Syarikat Lynas milik Australia yang dibina di tanah yang berkeluasan 100 hektar atau bersamaan 140 buah padang bola ini menghasilkan 22 ribu tan nadir bumi setahun. Kilang Lynas sudah mula beroperasi sejak November 2012 selepas kerajaan Malaysia memberikan lesen tumpangan sementara (Temporary Occupation License,TOL). Pancaran radioaktif daripada sisa nadir bumi ini akan memberikan kesan sejauh 25 kilometer dari kilang Lynas di Gebeng. Ini bermakna seramai 700,000 penduduk Kuantan yang tinggal dalam

lingkungan jarak ini terdedah kepada ancaman radioaktif daripada sisa nadir bumi ini. Pada 22 Mac yang lalu, sebuah lori yang membawa bahan kimia 'PrND Chloride' berbahaya yang digunakan dalam pemprosesan nadir bumi di Kilang Lynas Gebeng telah ditimpa kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuantan dan menyebabkan pengguna lebuhraya terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang tertumpah.

Sememangnya Kilang Lynas adalah satu ancaman besar kepada Malaysia dan PSM sentiasa bersama dengan rakyat dan kumpulan-kumpulan aktivis alam sekitar dalam perjuangan menentang kapitalis yang mengancam alam sekitar seperti Lynas. Kita perlukan satu gerakan hijau yang tersusun, demokratik dan berlandaskan perjuangan untuk lawan kapitalis yang tamak.

(oleh Parameswary. E, Biro Alam Sekitar PSM)

Natalie Lowrey (gambar kiri), seorang aktivis alam sekitar dari Australia merupakan antara 16 orang yang ditahan oleh polis semasa Himpunan Tutup Lynas pada 22 Jun yang lalu. Selepas 15 orang aktivis anti-Lynas yang ditahan itu dibebaskan pada lewat malam yang sama, Natalie tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Penahanan Natalie membongkarkan sifat sebenar kerajaan BN yang sudi menggadaikan kesihatan rakyat kepada syarikat Australia yang hanya pentingkan keuntungan

tetapi langsung tidak boleh menerima seorang warga Australia yang prihatin pada kesejahteraan rakyat Malaysia.

Namun, selepas masyarakat sivil di Malaysia dan Australia telah mengadakan pelbagai aksi solidariti menuntut pembebasan Natalie, beliau telah dibebaskan selepas 5 hari dalam tahanan lokap. Satu petisyen online yang menuntut pembebasan Natalie berjaya mendapat lebih 15,000 tandatangan yang mewujudkan tekanan hebat

kepada pihak berkuasa untuk pembebasan Natalie. Natalie sekarang ini telah selamat pulang ke Australia dan meneruskan usaha membantah kilang Lynas yang mengancam nyawa rakyat Malaysia.

Sementara itu, 15 orang aktivis yang ditahan pada 22 Jun kemudiannya didakwa di mahkamah.

Dalam satu lagi perkembangan

terbaru, syarikat Lynas telah mengumumkan bahawa ia akan menutup ibu pejabatnya di Sydney dan berpindah ke Malaysia. Nampaknya syarikat Lynas yang menghadapi

bantahan hebat daripada rakyat Malaysia yang menentang ancaman alam sekitar sekarang ini sedang menghadapi masalah dalaman yang serius juga.

Penduduk di Kampung Chubadak Tambahan, Sentul menghadapi lagi pengusiran paksa oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kampung Chubadak terletak lebih kurang 5 km sahaja dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur, menjadikan tempat ini direbut-rebut oleh pemaju yang tamakkan keuntungan untuk membangunkan kawasan ini dengan penempatan mewah yang menjanjikan pulangan lumayan untuk golongan kapitalis pemaju, bukannya penduduk di situ. DBKL pula sibuk menjadi budak suruhan kepada kapitalis besar dengan cuba mengusir keluar penduduk Kampung Chubadak Tambahan demi membuka jalan untuk pemaju masuk ke situ.

Dalam satu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1998, memang penduduk Kampung Chubadak diiktirafkan hak sebagai peneroka bandar dan perlu dibayar ganti rugi yang berpatutan sekiranya tanah mereka diambil untuk pembangunan. Namun, masalah pengusiran telah dihadapi oleh penduduk di situ sejak tahun 1990-an.

Pada tahun 2008, DBKL telah menyenaraikan Kampung Chubadak Tambahan sebagai “setinggan” yang bakal “dibersihkan” di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur.

Penguatkuasa DBKL telah merobohkan lagi dua buah rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dalam satu operasi baru-baru ni. Perbuatan DBKL merobohkan rumah yang masih diduduki oleh orang kampung ini memang tidak berperikemanusiaan dan langsung tidak mempedulikan nasib penduduk di situ.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Chubadak adalah masalah yang dihadapi

oleh semua peneroka bandar, di mana hak perumahan untuk peneroka sentiasa diancam oleh kapitalis yang hanya tamakkan keuntungan sehingga sanggup menghancurkan kampung halaman rakyat biasa. Oleh itu, perjuangan penduduk Kampung Chubadak mempertahankan rumah mereka daripada diroboh adalah perjuangan antara rakyat biasa yang ingin menegakkan hak asasi dengan golongan kapitalis yang celaka. Persoalan untuk DBKL, adakah ia akan bersama mempertahankan hak perumahan rakyat biasa ataupun menyebelahi kapitalis yang celaka? ##

DBKL BERKOMPLOT DENGAN KAPITALIS CELAKAKG CHUBADAK DIANCAM PUNGUSIRAN PAKSA

(sambung dari m/s 5 - Gabungan Kiri)

Antara intipati dan ciri perjuangan utama Gabungan Kiri pula adalah perjuangan yang berlandaskan kelas dan bersifat anti-kapitalis, anti-imperialis serta anti-feudal. GK juga semestinya melangkaui isu neo-liberal, etnik, agama dan menentang sistem patriaki. GK juga harus menerajui Gerakan Hijau/Alam Sekitar selain daripada menentang penswastaan perkhidmatan dan harta awam. Untuk menggerakkan Gabungan Kiri, 5 jawatankuasa kecil juga telah ditubuhkan, iaitu:- 1. JK Sekolah Idelogi dan Pendidikan; 2. JK Gerakan Massa dan Aksi; 3. JK Dasar (Think Tank); 4. JK Hubungan dengan Kesatuan Sekerja; dan 5. JK Komunikasi / Media Sosial dan Penerbitan. Gabungan Kiri ini adalah gabungan luas kumpulan kiri. Ia tidak mempunyai satu struktur yang ketat dan membenarkan diskusi secara terbuka untuk mencari kata sepakat yang terbaik. GK terbuka kepada

individu dan kumpulan yang bersetuju dengan Agenda Gabungan Kiri. Walaupun Gabungan Kiri ini bukan satu gabungan pilihanraya, namum potensi untuk gabungan ini menjadi satu kuasa besar atau kuasa ketiga (third force) tidak boleh disingkirkan begitu sahaja. Gabungan Kiri mempunyai potensi untuk berkembang. Keadaan politik tanahair, perpecahan dalam isu Hudud di kalangan Pakatan Rakyat, pertelingkahan dalaman PKR ekoran pilihanraya parti, semua ini menyebabkan rakyat semakin hilang kesabaran dan mereka menantikan satu alternatif baru. Anak-anak muda juga amat bosan dengan politik pemerintah dan pembangkang hari ini dan mereka juga mencari alternatif baru. Gabungan Kiri diharapkan dapat mengisi kekosongan ini. ##

Page 5: Sosialis (Jul Ogos 2014)

5 PSM Jul-Ogos 2014

oleh S.ArutchelvanKepada mereka yang lahir selepas tahun 1969 di Malaysia, mereka hanya kenal satu jenis politik iaitu politik perkauman. Politik perkauman adalah agenda politik elit pemerintah negara kita sejak berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 dan diikuti oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu satu dasar yang buat pertama kalinya menwujudkan perbezaan mengikut golongan bumiputera dan bukan bumiputera. DEB berlangsung untuk 20 tahun dan berakhir pada tahun 1990. Rakyat juga semakin tidak kenal apakah itu politik kiri dan politik kiri hampir pupus dalam lensa politik tanahair. Keseluruhan agenda negara kita sejak 1970-an diselubungi oleh isu-isu perkauman seperti isu sekolah bahasa ibunda, isu sekolah wawasan, Universiti Merdeka, Bangsa Malaysia, Hukum Hudud, Negara Islam dan sebagainya.

Sistem kapitalis juga dapat bermaharajalela dalam situasi di mana rakyat dipecah-belahkan melalui kaum dan agama, dan ini menyebabkan rakyat sentiasa tidak bersatu sehingga isu-isu perkauman dan agama menjadi lebih “relevan” daripada isu-isu ekonomi dan isu-isu rakyat biasa seperti gaji dan pekerjaan.

Ramai yang tidak faham bahawa sistem politik perkauman hanya wujud setelah parti-parti politik berhaluan kiri dan progresif telah dihancurkan secara berterusan sejak tahun 1948 apabila darurat

diisytiharkan oleh penjajah British yang kononnya untuk berperang dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Pada tahun 1945-1948, satu gabungan kiri yang amat kuat dan berwibawa di negara kita pada masa itu adalah gabungan politik yang dikenali sebagai PUTERA-AMCJA, iaitu gabungan NGO dan parti politik kiri Melayu seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hisbul Muslimin, BATAS dan juga gabungan bukan Melayu yang diwakili oleh All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang disertai oleh MDU, PMFTU, bekas MPAJA dan MIC.

Gabungan kiri progresif ini telah dibubarkan oleh British pada tahun 1948 dengan pengisytiharan darurat dan ramai antara mereka telah ditahan. Bagi pihak pemerintah penjajah British, kesalahan yang dilakukan oleh gabungan ini adalah menuntut kemerdekaan 100% dan menganjurkan satu hartal seluruh Malaya yang telah menakutkan Empayar British. Maka darurat telah diisytiharkan. Selain itu, ia juga adalah satu keadaan yang diwujudkan untuk memberi peluang terbuka untuk golongan bangsawan dan feudal daripada UMNO untuk mengambilalih pemerintahan negara dan meminggirkan golongan kiri.

Gabungan kiri kedua pula telah ditubuhkan pada hari kemerdekaan, iaitu 31 Ogos 1957. Gabungan tersebut dikenali sebagai Barisan Sosialis atau Fron Sosialis Rakyat Malaya yang merupakan gabungan antara Parti Buruh yang berpengaruh di bandar-bandar dengan Parti Rakyat yang bertapak di kawasan luar bandar. Gabungan ini cukup kuat sebagai pembangkang pada masa itu

dengan memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen setelah pilihanraya 1959. Fron ini bercita-cita menjadikan Malaya sebagai Negara Demokratik Sosialis yang adil. Fron ini meletakkan perjuangan kelas sebagai intipati utama di mana mereka mengatakan semua perbezaan mengikut perkauman adalah salah. Rakyat hanya harus dipisahkan antara penindas dan mereka yang ditindas. Namun, tindakan penahanan di bawah ISA, pengumuman Darurat pada tahun 1963, pembubaran Parti Buruh dan akhirnya isu pertelingkahan dalam persoalan bahasa rasmi telah menghancurkan Fron Sosialis yang terkubur pada tahun 1967.

Setelah 46 tahun pembubaran Fron Sosialis dan penguasaan politik perkauman di arena politik negara kita, akhirnya pada 8 September 2013, atas inisiatif oleh PSM, satu usaha telah dilakukan untuk menggabungkan semua kumpulan kiri di bawah satu gabungan politik yang baru. Ini adalah ekoran cadangan dalam kongres PSM pada tahun 2013 di mana ramai perwakilan dan pemerhati Kongres mendesak supaya sudah tiba masanya untuk kaum kiri bersatu di bawah satu gabungan kiri baru.

Maka satu gabungan baru yang dinamakan “Gabungan Kiri” kini dalam proses pembentukan. Antara kumpulan yang terlibat dalam Gabungan Kiri ini adalah Parti Rakyat Malaysia (PRM), Collective Intelligence, IRF/Projek Dialog, SAMM, LMP, Workers Organisation, Gerakbudaya dan PSM. Selain organisasi-organisasai ini, terdapat juga individu-individu seperti Dr. Kua

Kia Soong, Irene Xavier, V. Alfred, Amir Dastan, Anas Abdul Jalil , Ahmad Fuad Rahmat, Chong Ton Sin dan lain-lain lagi yang terlibat dalam Gabungan Kiri.

Seruan untuk wujudkan gabungan kiri ini semakin mendapat sambutan setelah PRU-13 yang memperlihatkan perlunya satu lagi kuasa politik untuk mempertengahkan isu-isu kelas dan menentang sistem kapitalisme. PR dan BN dilihat sebagai dua kumpulan parti politik yang mendukung sistem kapitalime neo-liberal walaupun PR boleh dikatakan jauh lebih bersih daripada BN.

Hari ini, isu-isu yang sekali lagi dimainkan untuk menjadi agenda utama wacana politik di negara kita adalah isu kalimah “Allah”, isu Hudud, isu kitab injil dan isu-isu ini jauh lebih luas mendapat liputan media daripada isu-isu harian yang dirasai oleh kaum pekerja dan rakyat biasa seperti isu kenaikan harga barangan, isu gaji yang rendah, isu GST, isu harga rumah yang tidak mampu ditanggung rakyat biasa dan lain-lain lagi.

Maka sudah sampai masanya untuk gerakan kiri dalam negara Malaysia (biarpun kecil buat masa ini) untuk menyusun dan menentukan perspektif kiri yang sesuai dengan masyarakat, berdasarkan permasalahan sosio-ekonomi yang sedang menimpa golongan marhaen, pekerja, dan seluruh rakyat hasil dari amalan ekonomi berteraskan kapitalisma tempatan mahupun global. 4 peranan utama Gabungan Kiri adalah:

1. Menyediakan analisa sosialis yang jelas tentang masyarakat kontemporari Malaysia. 2 Menyediakan platform bagi membina dan menyusun perjuangan rakyat/massa.3. Komunikasi dengan masyarakat massa (khususnya golongan muda, 40 tahun ke bawah).4. Menghidupkan semula tradisi perjuangan kiri negara kita.

(sambung di m/s 4)

(sambung dari m/s 7 - Ucapan Dasar)

ROADSHOW PSM

Syabas kepada komrad PSM kerana dapat menjayakan Roadshow PSM menjelajahi negara mendedahkan kepincangan GST, TPPA dan pentadbiran negara yang pasti memudaratkan kehidupan rakyat khususnya rakyat miskin. BN memang tidak serius mengatasi amalan pembaziran, pemborosan dan rasuah yang leluasa kerana sudah lama terperangkap dalam kancah penghinaan dan kebebalan.Sebaliknya mudah menghukum rakyat dan menjadi lintah masyarakat yang menghisap darah rakyat. Kita pernah melancarkan program berbasikal menjelajahi negara serta program “Udahlah ... Bersaralah”. Namun setiap kali pemerintah bertindak terhadap PSM maka kedudukan PSM dan Sosialisme menjadi lebih mantap dan mendapat sokongan rakyat.

Justeru itu kita harus mengkaji pengalaman Roadshow ini agar mengukuhkan lagi perjuangan kita dengan lebih banyak pertemuan dan perbincangan. Sudah cukup masanya untuk kita menggerakkan rakyat dan tingkatkan lagi tahap perjuangan kita iaitu mengambil kira segala aspek kemasyarakatan secara terperinci (tahap mikro) dan menyeluruh (tahap makro). Mengadakan buku panduan merangka program jangka pendek dan jangka panjang termasuklah perbincangan yang berterusan pada setiap kongres. Apatah lagi semangat dan

tindakan PSM semakin segar dan kental apabila disambut oleh golongan muda yang berani mencabar sistem kapitalis yang pincang ini.

Dengan pengalaman yang ada,

1. Kita menajamkan lagi fahaman tentang keluhan dan hasrat rakyat. Ingin kenal pasti inti sarinya (essence / missing link) agar sentiasa bertindak mengubahkan keadaan dan memperkasakan rakyat.

2. Kita perlu membentuk garis panduan atau Road-Map bagi menjana perjuangan kita dalam jangka masa tertentu.

3. Kita ingin mendampingi rakyat, ingin mengenal pasti pengaruh luar dan dalam termasuklah fahaman politik, kaum, agama.

4. Kita harus mengkaji budaya badan-badan ekstremis agar menangkis serangan mereka.

5. Mengkaji sama ada tanggapan negatif terhadap Sosialisme masih menebal ataupun kita berjaya menggegarkan tembok prejudis dengan kegiatan yang membuka minda rakyat

6. Menggunakan taktik / strategi terkini yang mampu membebaskan rakyat dari cengkaman penindasan, pengabaian dan salahguna kuasa.

7. Mengambil kira persamaan, perbezaan dan cita rasa (felt needs) antara kawasan supaya kita dapat mencelah agar segala tindakan kita sesuai dan tidak sumbang.

8. Kita pasti menemui golongan yang tidak selesa dengan rentak dan ragam PSM. Soalnya adakah mereka tidak faham PSM dan ideologi Sosialisme atau pun secara tidak langsung kita mendedahkan kelemahan mereka kerana tidak mampu menggerakkan sesuatu program yang setanding dengan program PSM. Ataupun Parti dan golongan NGO tidak senang dengan penerimaan dan penyertaan golongan muda dalam PSM, khususnya anak muda Melayu.

9. Mengadakan sesi ideologi untuk golongan muda yang ingin menyertai perjuangan kita termasuklah anak muda yang dapat membebaskan diri dari cengkaman propaganda BN. Justeru itu kita perlu menambahkan maklumat, analisis dan penglibatan sesuai dengan keadaan dan kemampuan mereka.

10. Kita sudah mula memasuki kubu-kubu lawan untuk memberitakan kehadiran dan program PSM. Inisiatif ini tetap disanjung. Kita harus menerima hakikat bahawa apabila kita terokai kawasan baru, kita akan menerima tentangan daripada pihak tempatan dan bersedia menanganinya dengan maklumat dan penerangan.

PRK KAJANG

Pendirian PSM terhadap Pilihan

Raya Kecil (PRK) Kajang yang

lalu merupakan pendirian yang

berprinsip walaupun tindakan

ini menimbulkan ketegangan

dan tohmahan yang tidak

disenangi. Sebaliknya,PSM

tetap mendapat penghormatan

di kalangan kelompok kawan

dan lawan. PSM pula tidak

kaku dan membeku. Sanggup

mengubah pendiriannya

apabila Mahkamah

menghukum Sdr Anwar dalam

sekelip mata. Hukuman ini

bertujuan membatalkan hasrat

Sdr Anwar bertanding dalam

PRK Kajang.Tidak hairanlah

sekiranya rakyat mensyaki bahawa

tindakan ini berbau politik dan

dendam kesumat. Memandangkan

keputusan Mahkamah yang

mandul ini mengancam hak

pemimpin negara dan juga maruah

negara, maka PSM bertindak

menyokong calon PR agar DUN

Kajang tidak jatuh ke tangan BN.

PSM tetap berpendirian bahawa

walau apa jua jenis pentadbiran

yang timbul, selagi kita tidak

mempertikai dan mengubahkan

acuan kapitalis yang lapuk yang

menghancurkan alam dan

kemanusiaan, selagi itulah rakyat

akan menderita dalam kancah

kemiskinan dan penghinaan.

PENUTUP

Kita sudah

melangkah

jauh dalam

perjalanan

menuju ke

dunia

Sosialisme. Diharapkan jarak

langkah kita semakin luas dan

bernas kerana masa tidak

menunggu untuk kita

sempurnakan diri bagi

melancarkan sesuatu tujuan dan

tindakan. Menajamkan ideologi

dan peka kepada perubahan

menjadi tunjang untuk kita maju

hadapan. Kita tidak memerlukan

sesuatu peristiwa atau

isu untuk memaksa kita

bertindak, malahan kita

sentiasa mencari

peluang menyampaikan

berita, menyentuhi jiwa

rakyat yang terpinggir

dan mewujudkan

keadaan demi

memperkasakan rakyat. Pendek

kata, ada masanya kita mengikuti

arus dan ada masanya kita

melawan arus. Menganalisis

hubungan dialektik dapat menentu

kemampuan dan prestasi kita.

Salam Perjuangan! Hidup

Sosialisme! Hidup Rakyat!

Gabungan Kiri – Kuasa ketiga dalam pembentukan?

Page 6: Sosialis (Jul Ogos 2014)

6 KONGRES Jul-Ogos 2014

KONGRES NASIONAL KE-16:PSM SELANGKAH MAJU DEPAN

Kongres Nasional PSM yang ke-16 telah berlangsung pada 13-15 Jun yang lalu di Port Dickson dengan suntikan semangat baru dan keazaman untuk menghadapi cabaran baru pada masa akan datang. Politik islam dan juga transisi dalaman parti adalah topik yang hangat dibincangkan dalam kongres ini.

Penyertaan delegasi dan pemerhati dalam diskusi dan debat secara aktif sepanjang kongres ini, mencerminkan budaya demokrasi dalam

parti semakin matang. Seperti dikatakan oleh seorang ahli PSM baru yang pertama kali menyertai Kongres Nasional, dia amat tertarik kerana dapat melihat semangat demokrasi yang sebenar dalam PSM, semua usul telah dibahaskan secara terbuka, para pemerhati juga dibenarkan untuk berbahas dan mempengaruhi keputusan, pemimpin parti tidak dapat mendominasi keputusan ahli, dan juga proses membuat keputusan secara konsensus ataupun pengundian secara demokratik.

Sambutan Meriah

Bendera-bendera merah PSM yang dipacak sepanjang jalan menuju ke tempat di mana Kongres Nasional PSM diadakan, megah berkibar dan mewujudkan suasana hangat untuk perbincangan politik untuk membawa perjuangan rakyat ke hadapan. Poster dengan gambar-gambar tokoh kiri tanahair seperti Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Lim Chin Siong dan Veerasenan, menyambut kedatangan delegasi dengan memori warisan politik kiri di negara kita. PSM telah memastikan politik sosialis terus kekal di negara kita yang satu ketika dahulu mempunyai kuasa politik kiri yang amat kuat. Hari ini, PSM memikul tugas yang besar untuk memajukan lagi politik kiri demi demokrasi sejati dan kesejahteraan rakyat jelata.

Upacara pembukaan

Kongres Nasional tahun ini telah dihadiri oleh ramai tetamu khas, antaranya adalah Dr. Rohana Arifin (Pengerusi Parti Rakyat Malaysia, PRM), Mat Sabu (Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia, PAS), Chegu Bard (Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia, SAMM), Maria Chin Abdullah (Pengerusi BERSIH 2.0), Wathamoorthy (Presiden HINDRAF) dan M. Ravi (ADUN Port Dickson). Wakil daripada kumpulan masyarakat seperti Bela Tani dari Kedah, Persatuan Persahabatan Abad ke-21, Asalkan Bukan UMNO (ABU) dan sebagainya turut hadir bersama.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Kongres PSM kali ini juga menerima mesej solidariti daripada kumpulan kiri antarabangsa, termasuklah kumpulan kiri di Australia, Basque, Jerman, Greece, Hong Kong, Pakistan, Filipina, Indonesia dan Venezuela.

Parti Semakin Berkembang

Dr. Nasir Hashim, Pengerusi PSM, telah menyampaikan ucapan dasarnya yang menyentuh pelbagai aspek dalam perjuangan rakyat, peranan aktivis, serta isu dalam dan luar negeri. Dr. Nasir berkata bahawa PSM telah pun bergerak jauh dalam peranan membina sosialisme di Malaysia. “Kunci kepada perkara ini adalah untuk memahami ideologi dan menjadi peka terhadap perkembangan dialektik di sekeliling kita untuk terus bergerak ke hadapan,” demikian katanya Dr. Nasir.

Semasa pembentangan laporan Setiausaha Agung, S. Arutchelvan mengatakan bahawa dalam satu tahun yang lepas, keahlian parti telah meningkat sebanyak 33% dan 75% daripada ahli-ahli baru ini adalah kaum Melayu, berbanding 7% kaum Cina dan 18% kaum

India. Arutchelvan juga menerangkan tentang usaha yang sedang dijalankan dalam membina Gabungan Kiri yang akan merupakan gabungan politik kiri yang pertama sejak pembubaran Barisan Sosialis pada tahun 1967. Gabungan baru ini juga memperlihatkan dua buah parti kiri, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan PSM buat pertama kali terlibat dalam pakatan politik secara rasmi, seperti yang diinginkan oleh orang ramai. Selain itu, Gabungan Kiri itu juga mendapat sokongan daripada aktivis-aktivis sosial seperti Dr Kua Kia Soong, Irene Xavier, Fuad Rahmat, Anas Abdul Jalil, Boon Kia Meng dan Aziz Suraini. Organisasi lain yang menganggotai gabungan baru ini adalah badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti SAMM, Collective Intelligence dan Pertubuhan Pekerja.

Arutchelvan telah memberitahu tentang beberapa kejayaan dan

inisiatif yang diambil oleh PSM sepanjang satu tahun yang lepas. Ini termasuklah kemenangan kes 6 orang anggota PSM (EO6) menyaman kerajaan kerana penahanan tanpa bicara, himpunan Hari Pekerja (1 Mei) yang paling besar dalam sejarah Malaysia, perjuangan menentang TPPA, dan pembentukan kempen baru membantah kenaikan harga rumah. Arutchelvan juga melaporkan tentang pembukaan kedai buku dan cenderamata yang dimiliki oleh PSM yang diberi nama “Tinta Merah”.

Arutchelvan memberi amaran bahawa krisis politik yang semakin meningkat dan dijangkakan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi ketidakstabilan jika Anwar Ibrahim dipenjarakan, manakala cara Pakatan mengendalikan isu Hudud juga telah menimbulkan ketidakpuashatian ramai orang.

Topik Hangat Dibahaskan

Terdapat 3 panel perbincangan dalam Kongres kali ini yang memfokus pada isu-isu penting dalam dan luar negeri serta perkembangan parti.

Topik panel pertama adalah “Pasca Kesatuan Soviet: Ke mana halatujunya?”. Pembentang sesi ini adalah Koh Kay Yew, seorang bekas tahanan ISA pada tahun 1960-an yang merupakan aktivis Kelab Sosialis Singapura dan Generasi Fajar, dan juga Choo Chon Kai, penyelaran Biro Antarabangsa PSM. Koh menerangkan tentang konteks dan perkembangan dunia selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, manakala Choo membincangkan tentang peranan Russia pada zaman pasca Perang Dingin.

Panel kedua membincangkan satu topik yang menarik, iaitu “Sosialisme dan Islam Politikal”. Sesi ini membariskan 3 orang ahli panel, iaitu Ahmad Fuad Rahmat (penyelidik sosial), Aziz Suriani (ahli sejarah lisan) dan Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM). Perbincangan berkisar pada hubungan antara ideologi sosialisme dengan prinsip

asas Islam, dan peranan yang boleh dimainkan oleh PSM dalam menghadapi perkembangan Islam politikal. Juga adanya perbincangan yang menarik mengenai Perlembagaan Madinah, peranan ulama dan bagaimana golongan kiri perlu memberi respon terhadap isu berkaitan dengan agama.

Selepas perbahasan yang menarik di kalangan ahli-ahli PSM, kongres PSM telah mengambil keputusan untuk menyemak semula dasar sebelum ini yang cuba berkecuali dan tidak komen secara aktif dalam isu-isu agama. Keputusan kongres yang terkini membolehkan parti mengambil bahagian dalam perdebatan terbuka dan memberi pandangan mengenai isu-isu tersebut dengan perpektif tersendiri. Kongres juga memutuskan untuk mengadakan sesi perbincangan dalaman khas

untuk membincangkan isu pelaksanaan Hukum Hudud dan posisi PSM mengenai perkara ini.

Satu lagi panel membincangkan isu dalaman PSM, iaitu “bagaimana memastikan proses transisi kepimpinan tertinggi parti berlaku?” Ahli panel untuk sesi ini adalah Sivarajan (Bendahari Kehormat PSM), Soh Sook Hwa (Timbalan Bendahari PSM) dan Nurhayyu (Setiausaha Cawangan KL/PJ). PSM sentiasa menekankan pada keperluan peralihan kepimpinan dalam parti untuk membolehkan anak-anak muda mengambil alih kepimpinan semasa. Ahli-ahli telah memutuskan untuk mewujudkan langkah peralihan secara beransur-ansur di mana kesinambungan dan kekuatan parti mesti sentiasa diambil kira. PSM kekal sebagai satu-satunya parti kiri di Asia Tenggara pada masa ini yang masih belum menghadapi perpecahan sejak penubuhannya 17 tahun yang lalu. Kejayaannya adalah hasil daripada cara parti menangani percanggahan dalaman dan disiplin yang ketat dalam persoalan demokratik sentralisme.

Usul dan Resolusi

13 usul kritikal yang dibawa oleh cawangan-cawangan pada tahun ini telah dibincangkan dan diputuskan secara demokrartik oleh ahli-ahli PSM. Antara usul yang diluluskan termasuklah PSM perlu mempunyai orientasi dan program latihan untuk ahli-ahli muda; badan yang baru akan ditubuhkan untuk menyelia pembangunan cawangan; PSM perlu mengkritik campurtangan raja dalam kes-kes eksploitasi golongan miskin atau penglibatan dalam usaha perniagaan yang akan membuat golongan miskin menjadi lebih miskin; PSM harus melakarkan secara jelas manifesto ekonomi kiri untuk Malaysia.

Sebanyak 18 resolusi telah

diluluskan dalam kongres ini, antaranya membantah GST, menyeru pada kerajaan untuk keluar dari rundingan TPPA, memperbaiki kesihatan awam, menjamin hak perumahan, melindungi alam sekitar, mempertahankan hak pekerja dan sebagainya.

Kongres tiga hari berakhir dengan

nyayian lagu Internationale. Walaupun PSM masih sebuah parti yang kecil, tetapi telah berkembang menjadi semakin mantap selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam tempoh 16 tahun sejak penubuhannya. Komposisi keahlian PSM yang semakin berbilang kaum mencerminkan perkembangan positif dalam parti. PSM pastinya akan memainkan peranan sebagai

satu kuasa politik kiri yang penting dalam perjuangan rakyat Malaysia dalam menegakkan demokrasi dan keadilan sosial. Seperti yang dikatakan oleh Dr. Nasir, Pengerusi PSM, “Tiadanya jalan pintas dalam perjuangan ini, kita perlu mengatur langkah demi langkah untuk terus mara ke hadapan.” ##

Page 7: Sosialis (Jul Ogos 2014)

7 KONGRES Jul-Ogos 2014

TERUS LANGKAH KE DEPANUcapan Dasar Pengerusi PSM untuk Kongres ke-16

oleh Dr. Nasir Hashim

Salam berkongres. Terlebih dulu saya ingin merakamkan setinggi tahniah kepada cawangan-cawangan PSM yang memastikan Kongres tahun ini berjalan dengan lancar. Saya percaya banyak perkara dan peristiwa bakal dikupas dan dibincangkan demi memajukan PSM dan ideologi Sosialisme. Semangat setia kawan, kreativiti, kegigihan, lantang bersuara sungguh memberangsangkan. Disambut pula dengan penyertaan dalam program Bersih, Hari Bumi, Hari Pekerja, GST, TPPA dan berbagai lagi program yang perlukan perhatian dan

penyertaan rakyat. Pengalaman ini amat berguna untuk kita terus bekerjasama menyusun langkah dan di samping itu mengukuhkan ideologi kita.

Badan Gabungan Kiri Malaysia merupakan satu lagi pintu alternatif bagi menghadapi cabaran semasa di mana golongan progresif berganding bahu menganalisis sistem kapitalis dan mencerahkan lagi mutu perjuangan mempertahankan hak rakyat yang tertindas. Badan ini juga boleh digembeleng untuk mengumpulkan maklumat terkini tentang ragam dan kehidupan rakyat dari berbilang kaum dan agama.

Dalam kemelut pergolakan semasa, kita

sudah kehilangan rakan-rakan kita, Irene

Fernandez dan Karpal Singh. Kita tetap

berterima kasih atas sumbangan tenaga

dan kebijaksanaan mereka. Begitulah

lumrah kehidupan ini. Kita haruslah

bersedia memastikan kesinambungan

dalam kepimpinan dan perjuangan agar

tidak wujud kekosongan (vacuum) yang

memudaratkan perjuangan kita. Patah

tumbuh hilang berganti. People come

and go but the struggle must go on.

PERANAN AKTIVIS

Saya berpeluang menjenguk dalam whatsapp PSM dan tertarik dengan petikan definisi aktivis /sosialis:“An activist is someone who cannot help but fight for something. That person is not usually motivated by a need for power, or money, or fame, but in fact driven slightly mad by some injustice, some cruelty, and some unfairness. So much so that he or she is compelled by some internal moral engine to act to make it better.” - Eve Ensler

[Seorang aktivis (sosialis), tidak dapat mengelakkan diri memperjuangkan sesuatu. Beliau tidak mudah dirangsang dengan umpan kuasa, atau wang, atau nama, tetapi mudah dirasuk kemarahan apabila berlaku sesuatu ketidakadilan, kekejaman, pilih kasih.Mengakibatkan jentera moral dalam diri memberontak bagi memulihkan keadaan.]

Ada tiga pepatah ayat (sengaja di highlight) yang mendorong kuat dalam diri manusia (yang sedar) untuk mengatasi musibah atau menentang ketidakadilan. Beliau menyebut seolah-olah ada jentera moral dalam diri (self) yang mengasaknya untuk bertindak. Sosialis sentiasa mengalami perasaan ini. Mungkin kita

menyebutnya sebagai kesedaran (awareness / consciousness) etika, moral, spiritual, naluri, kemanusiaan dan sebagainya.

Pada mereka yang berilmu tinggi dalam dunia metafisik atau falsafah mereka membahagikan istilah diri (self) dalam dua hubungan dialektik yang walaupun bercanggah namun saling mempengaruhi iaitu;

a. Diri yang tidak terikat pada masa (Timeless Self) yang bersih, mencerahkan peribadi murni, dan dapat memisahkan diri daripada kemelut keadaan dan masa. Sifat Timeless Self ini tidak dikongkong oleh sifat-sifat hipokrit, tidak mempunyai agenda negatif, menjadi suatu penyaksian dalam jiwa sendiri yang membantu kita membuat perhitungan yang bijak.

b. Diri yang terikat kepada masa (Time-Bound Self) yang dikongkong (conditioned) oleh nafsu, ego, darjat, sejarah dan hanyut mengikut kehendak keadaan dan masa.

Ramai tidak sedar tentang hubungan ini dan tetap tenggelam dalam Time-Bound Self. Terus berkejar-kejaran merebut harta, kuasa dan kedudukan seperti amalan Machiavelli yang menghalalkan tindakan kejam asalkan matlamat tercapai. Sentiasa dikongkong oleh keadaan dan sering kali membuat keputusan yang melulu. Maka mereka terus hanyut dalam

kancah penghinaan, emosi, agenda peribadi dan dendam kesumat.

Walhal pencerahan Timeless Self bergerak penuh dengan kewarasan (wisdom) mengambil kira hubungan dan imbangan kedua-dua jenis diri (self) ini dalam perhitungan semasa (sons / daughters of the moment). Timeless Self ini memiliki wawasan yang memutlakkan kebenaran dan keadilan; mengimbangkan keadaan; dan memberi ketenangan dalam keadaan yang mencemaskan kerana ilham dan pandangan mudah melamarkan diri kepada mereka yang tenang dan bertindak cermat.

Apabila kita menyebut perhitungan semasa (sons/daughters of the moment) bermaksud kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang berlaku sekarang, mengimbangkan hubungan dialektik kedua-dua jenis diri (self) tadi dalam usaha menangani isu-isu semasa. Janganlah terlalu menumpu kepada masa depan hingga mengabaikan atau meremehkan keadaan semasa. Kerana apa yang kita lakukan sekarang akan menentukan masa depan dan tidaklah terbenam dalam ilusi bahawasanya masa depan pasti

cerah tanpa menangani masalah semasa. Kita kena peka kepada keadaan sekeliling yang sentiasa dinamik dan berubah ubah. Tumpuan yang sepenuh ini membolehkan kita tenang menghayati keindahan alam, hubungan manusia dan mencari perimbangan yang segar dari sekitaran kita (seperti pepohon, manusia, haiwan, serangga, kuman dll) yang sentiasa menggamit ilham dan membuka pintu penyelesaian. Justeru itu perimbangan ini bukanlah hanya wujud dalam hubungan manusia dengan kebendaan sahaja, tetapi juga dalam hubungan segala yang wujud selain manusia. Di samping itu kita makin sedar betapa rapatnya kesinambungan kehidupan manusia dengan kesuburan alam. Kehancuran alam semula jadi bermakna menghancurkan manusia dan kemanusiaan.Maka dalam keadaan perhitungan semasa (sons / daughters of the moment) kita berpeluang mencedok ilham dan yang mengekalkan perimbangan yang mengagungkan kedaulatan kebenaran, keadilan dan keharmonian. Ada Surah-surah dalam Al-Quran yang menjadi tajuk utama seperti labah-labah, lebah, semut, lembu, gajah, besi, buah zaitun, besi dll, semata-mata memberi gambaran betapa

akrabnya alam sekitar dalam kehidupan insan kerana ia penuh dengan sumber ilham, kiasan dan penentu terhadap kesinambungan hayat dunia ini. Kerana alam sejagat juga merupakan kitab terbuka (selain Al-Quran)yang menonjolkan tanda-tanda Keindahan (Beauty) dan Keagungan (Majesty) sejajar dengan ayat mengatakan di mana saja anda berpaling anda akan melihat wajah Allah (Quran 2:115).

Seperti juga hubungan dialektika

(mukhasamah) yang menyebut

hubungan yang wujud dalam

alam sendiri; dalam diri sendiri;

dan juga antara diri sendiri

dengan alam, “ Kita akan tunjuk

kepada mereka tanda-tanda

Kita di ufuk dunia dan dalam

diri mereka hingga jelas

kepada mereka bahawa inilah

Kebenaran” (Quran 41:53;

51:20-21) Justeru itu, Sosialis

sentiasa menghadapi pelbagai

hubungan dialektik ini, mampu

mengenali dan mengimbangkan

sifat-sifat (antara Timeless Self

dengan Time-Bound Self) yang

bercanggah dan saling

mempengaruhi ini.

KEMELUT ANTARABANGSA

Dunia sentiasa bergolak. Tidak tenteram kerana negara-negara mudah berlaga atau dilagakan demi meraih kuasa, keuntungan, sumber asli dan kedudukan yang strategik. Ada yang memangsakan dan dimangsakan. Ketidaktentuan di Ukraine secara langsung telah menimbulkan ketegangan antara Rusia dan kuasa-kuasa Barat (diketuai US) saling mencari alasan untuk menghalalkan tindakan demi merebut kekayaan sumber asli Ukraine.

Di Mesir pula, lebih 500 orang pengikut Ikhwan Muslimin dihukum bunuh kerana menentang pemerintahan yang ada. Jeneral Sisi pula bersiap sedia untuk menyandang jawatan Presiden. Yang menyedihkan, rakyat biasa berentap sesama sendiri dan diakhiri dengan penganiayaan dan tumpahan darah. Keharmonian dan kegetiran yang pernah terkawal antara penganut Syiah dan Sunni hancur luluh, dipecah-belah dan diapi-apikan demi menghalalkan pencerobohan kuasa-kuasa besar kerana inginkan sumber kekayaan negara-negara tersebut. Kerajaan tempatan pula menggunakan polisi yang sama bagi mencabuli dan menafikan hak rakyat. Ini bermakna negara-negara kapitalis bersama konco-konco mereka berjaya memecah-belah rakyat menggunakan kaum dan agama. Lebih mudah menghasut dan melaga-lagakan rakyat tempatan dan kemudian mencelah sebagai pendamai. Strategi bangsat ini diulang tayang dalam sejarah persengketaan negara.

NEGARA DALAM KRISIS

Negara kita Malaysia sedang dilanda krisis demi krisis yang dahsyat. Kestabilan dan pembangunan negara yang berpaksikan kepada pemisahan kuasa (separation of powers) antara Eksekutif, Kehakiman dan Parlimen, sudah luput dan tidak bermakna lagi. Telah kotak-katik oleh pihak Eksekutif dan dikekalkan oleh kroni-kroni dalam Parlimen dan Kehakiman. Maka salah guna kuasa, rasuah, pengabaian memusnahkan maruah, kestabilan dan kekayaan Negara.

Sistem-sistem pentadbiran dalam segala institusi menghadapi kemunduran dan pucuk pimpinan pula gigih menafikannya seperti 'menegak benang basah'. Kehakiman bersifat hamba, tidak berhati perut dan membuat keputusan yang melulu kerana Eksekutif sudah bertitah. Peguam Negara pula 'sewa' kemahiran peguam luar (UMNO) seolah-olah tidak ada peguam lagi dalam pentadbirannya untuk mendakwa yang tertuduh. Betapa mudah dan cepat untuk menghukum musuh pemerintah.

Membenarkan ugutan dan keganasan daripada kumpulan rasis dan pelampau agama yang memihak kepada pemerintah. Sistem keselamatan negara mudah dicerobohi. Ketua Polis Negara endahkan keputusan dan perintah mahkamah.

Kematian dalam tahanan (lock-up) berterusan. Sistem pendidikan semakin mundur dan tertinggal jauh dalam peta dunia. Ekonomi merosot. Perlaksanaan GST dan TPPA diteruskan walaupun disedari bahawa GST menjajah kehidupan rakyat tempatan dan TPPA menggadaikan kedaulatan Negara. Kehadiran Presiden USA, Obama di Malaysia bertujuan memaksa tangan PM Najib untuk tandatangani TPPA yang meleset ini kerana kesemuanya ini adalah dalam agenda mengukuhkan kuasa Amerika di rantau ini. Cara pemimpin negara menangani isu MH370 amat memalukan hingga menimbulkan pelbagai spekulasi seolah-olah ada konspirasi yang memihak kepada kuasa besar khususnya USA. Sebenarnya, negara kita ada PM tapi kita tetap merasakan PM tidak wujud, lesap entah ke mana seperti kapal tak berkemudi.

Pendek kata, sistem-sistem yang menjana pentadbiran negara berpecah dan menimbulkan pelbagai kontroversi hinggakan masyarakat umum mudah mendedahkan kepincangan pendirian-pendirian pucuk pimpinan yang korup. Bila dipertikaikan kewibawaan mereka, maka hasutan kaum, agama, keganasan, tuduhan anti nasional menjadi agenda orang politik dan berkumandang dalam

media utama terkutuk, tajaan pemerintah yang sudah hilang kewarasan.

Maka berlakulah kucar-kacir pada rantai arahan (broken chain of command) dan undang-undang rimba menjadi alternatif. Timbullah pula puak rasis dan ekstremis agama, lintah masyarakat dan hipokrit yang mengambil kesempatan,menjadi balaci pada pihak yang berpengaruh untuk memutar belitkan minda dan di samping itu menonjolkan kewiraan masing-masing. Apabila tidak dibendung maka timbullah huru hara dan tumpahan darah. Tidak hairanlah sekiranya mereka yang menjadi punca perbalahan, dengan tidak segan silu menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah.

Sebenarnya inilah peluang keemasan bagi golongan progresif bersatu menggerakkan segala kuasa yang mencintai negara dan memperkasakan rakyat untuk bertindak merampas tampuk kepimpinan. Malangnya mengikut sejarah, keadaan tidak mengizinkan kerana golongan progresif lambat bertindak atau belum bersedia bergerak secara besar-besaran. Semoga kita dapat membatalkan tanggapan ini.

(sambung di m/s 5)

Page 8: Sosialis (Jul Ogos 2014)

8 ANALISA Jul-Ogos 2014

Apakah yang harus dipelajari daripada PRK Teluk Intan?oleh Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen Sungai Siput)

Datuk Mah Siew Keong, Presiden Parti Gerakan telah mendapat 20,157 undi dalam PRK Teluk Intan untuk menewas calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti yang amat tipis – 238 undi sahaja. Tetapi keputusan ini menggegarkan sistem politik di Malaysia kerana untuk kali pertama sejak PRU-13, keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) adalah berlainan daripada keputusan pada PRU-13. PRK Teluk Intan merupakan berita manis untuk BN kerana undi masyarakat Cina untuk BN telah meningkat daripada 19% dalam PRU-13 pada Mei 2013 ke 34% pada Mei 2014. Salah satu faktor yang menyebabkan ini adalah kerana pilihan raya ini adalah

naik sebanyak 3%, undi masyarakat Melayu untuk DAP masih rendah – hanya 34%. Pihak PR dan juga semua rakyat Malaysia yang ingin menukar Kerajaan harus menganalisa fakta ini dan memahami sebab-sebabnya. Saya percaya faktor terbesar yang menyebabkan keraguan masyarakat Melayu terhadap Pakatan Rakyat adalah kekhuatiran bantuan yang sedang diterima seperti kuota pendidikan

dan biasiswa untuk pelajar Melayu, subsidi untuk petani dan nelayan dan sebagainya akan disekat jika Pakatan Rakyat pegang kuasa di

sebuah pilihan raya kecil yang tidak dapat menukar kerajaan sama ada di peringkat negeri ataupun nasional. Oleh itu, pengundi yang pragmatis telah undi untuk calon yang boleh mendapatkan peruntukan kewangan daripada kerajaan pusat. Iktibar yang harus diambil daripada perkara ini adalah pengundi-pengundi pragmatis mungkin akan ambil keputusan untuk undi BN dalam PRU-14 juga jika mereka hilang harapan bahawa Pakatan Rakyat (PR) boleh menggantikan Barisan Nasional. PRK Teluk Intan juga menunjukkan bahawa walaupun

Putrajaya, kerana DAP akan melaksanakan sistem meritokrasi,

Negara Bertambah Kaya, Tetapi Rakyat Biasa

Dibelenggu KemiskinanGDP Malaysia ataupun Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencecah paras RM 1 trilion tahun ini. (1 trilion = 1000 bilion)

Mungkin ramai telah terlupa – KDNK Malaysia pada tahun 1970 adalah RM 10.7 billion – dalam ertikata lain, pendapatan negara kita dalam nilai ringgit telah berlipat ganda 93.45 kali (1000 dibahagi 10.7) dalam 44 tahun yang lalu! Tetapi ini bukan satu pengiraan yang tepat kerana nilai ringgit telah susut dalam 44 tahun itu , dan juga bilangan penduduk Malaysia juga telah bertambah antara 1970 dan 2014. Kedua fakta ini harus diambilkira dalam penghitungan betapa banyak kekayaan Negara kita telah berkembang.

Ikut angka Indeks Harga Pengguna (Consumer Price Index) yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, inflasi kumulatif adalah 466.89% antara tahun 1970 dan 2014. Bilangan penduduk Malaysia telah bertambah daripada 9.4 juta pada tahun 1970, hingga ke 29 juta tahun ini – iaitu 3 kali lebih ramai sekarang.

Daripada statistik di atas, angka “93.45” yang tercatit dalam perenggan kedua diubahsuaikan dengan ambilkira realiti kemerosotan nilai wang ringgit (sebanyak 4.67 kali) dan penambahan jumlah populasi negara (sebanyak 3.08) – 93.45 bahagi 4.67 dan sekali lagi oleh 3.08. Penghitungan ini menunjukkan bahawa pendapatan per kapita negara kita telah berkembang 6.49 kali di antara 1970 hingga ke 2014. Ertinya, kekayaan negara ini, jika dibahagikan kepada semua penduduk di Malaysia secara yang samarata, adalah 6.49 kali lebih besar sekarang berbanding

1970.

Tetapi apakah nasib 40% rakyat yang termiskin di Malaysia. Adakah kehidupan mereka 6 kali lebih senang jika berbanding ibubapa mereka?

Realiti yang kita hadapi di Malaysia adalah, 20% daripada keluarga di Malaysia adalah berpendapatan RM 2000 sebulan sekeluarga atau ke bawah, dan 20% lagi berpendapatan antara RM 2000 hingga ke RM 3100. Hampir kesemua keluarga-keluarga ini terperangkap dalam hutang – hutang rumah, hutang PTPTN, hutang kad kredit. Hampir kesemua ibubapa daripada kumpulan ini terpaksa kerja lebih daripada 8 jam sehari untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Isunya adalah – mengapa ini berlaku? Mengapakah kekayaan negara tidak digunapakai untuk menyenangkan kehidupan rakyat biasa? Mengapa perkembangan dalam kekayaan negara kita tidak dipakai untuk membawa satu gaji minima yang lebih tinggi daripada RM 900 sebulan, ataupun satu skim pencen untuk semua pekerja swasta, ataupun pendidikan percuma sampai ke tahap universiti?

Satu lagi isu yang berkaitan adalah, ke mana perginya penambahan dalam kekayaan negara – dimakan oleh pihak yang mana? Dan apakah yang menyebabkan kekayaan negara kita disalurkan kepada pihak-pihak ini? Jikalau kita tidak mengenalpasti sebab-sebab ini, ada kemungkinan besar

bahawa dalam 15 tahun lagi, apabila KDNK negara kita mencecah RM 2 trilion, majoriti rakyat kita akan terus duduk dalam keadaan kesusahan.

(oleh Jeyakumar Devaraj)

Seni RevolusiBudaya Akarumbi

Brayok! Let's Go!oleh Shazni

Salam Ramadhan.

Mulai edisi ini, sudut seni akan diperbaharui dengan satu kolum baru yang akan dimuatkan dengan artikel seni dan budaya secara konsisten untuk setiap keluaran Berita Sosialis.

"Bangunlah generasi ku kita bentuk revolusi Hidup hanya sementara hijrah dan bentukkan jati diri Ini bukan ilusi berdiri dengan kakimu sendiri" - Berdiri di tepi sebelah kiri. Begitulah antara petikan lirik dari lagu 'Berdiri di tepi sebelah kiri' dendangan kugiran yang memainkan muzik yang tak mungkin akan diputarkan lagu-lagu mereka di radio arus perdana. Untuk permulaan baru ini, kalian akan dihidangkan dengan sesuatu yang bingit. Di sini saya akan membawakan kepada pembaca ulasan mengenai satu kugiran punk (dengan sedikit adunan muzik ska dan reggae). Brayok dianggotai oleh 3 anak muda dari Ipoh, Perak dan seorang lagi dari Terengganu. Walaupun ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2004, sejarah mereka bermula seawal tahun 2001 ketika 3 ahli awal kugiran itu mula berkenalan dan bermain muzik bersama. Brayok, yang diambil dari perkataan yang berasal dari dialek Terengganu, telah pun merakamkan beberapa video latihan, 'extended play', 'split series', dan kompilasi sebelum ini. Setelah mengalami fasa yang kurang produktif akibat kesibukan kerja masing-masing, mereka sekarang muncul kembali dengan hasil usaha mereka yang dimuatkan dalam 12 buah lagu dalam satu album, 'Let's Go!' yang baru dilancarkan.

Bingit, keras, pantas, melawan, Brayok! Let's Go!

Album yang sarat dengan mesej kepada rakyat umumnya dan anak muda khususnya dimulakan dengan lagu 'My Malaysia' yang memang jelas mempersoalkan kemerdekaan negara kita. Setelah 'bebas' daripada penjajah, namun masalah gelandangan dan kemiskinan masih wujud, sedangkan wang dibazirkan demi membina mercu tanda dengan memeras tenaga rakyat. Brayok juga mengajak anak muda tanpa mengira fahaman

sub-budaya untuk turut serta berdiri mendapatkan kebebasan. Isu projek Lynas juga turut dipetik dengan menyatakan Kuantan bakal menjadi bandar radioaktif.

Lagu seterusnya, 'Suara pemuda' pula menuding

jari kepada bukan sahaja media arus perdana yang mendiskriminasi suara pemuda bahkan masyarakat yang terpedaya bulat-bulat dengan helah media.

Bagi yang belum pernah mendengar semangat melawan Brayok, kalian boleh tonton video muzik mereka di youtube dengan menaip kata carian 'Hikayat Kuasa Sakti' yang liriknya berbaur unsur tidak puas hati terhadap institusi kebal di negara kita. Melalui klip video ini juga anda akan mendapati bahawa kesemua ahli kugiran ini memang gila-gila bahasa dan selamba sahaja.

Nyanyian 'Dunia perlumbaan' pula sesuai untuk menggambarkan betapa kita dalam pertarungan 'survival of the fittest' di mana kerajaan berserta instrumen mereka terus dengan agenda tamak sedangkan rakyat mengah dihambat kos sara hidup yang meningkat dengan paras pendapatan yang wajar dipersoalkan.

Saya sendiri secara peribadi mula tertarik dengan Brayok sejak negara kita di bawah pentadbiran Pak Lah ketika pertama kali didengarkan “I'm a shitworker” yang bertunjangkan emosi amarah pekerja.Brayok yang telah pun berusia 10 tahun dalam arena muzik “bawah tanah” tebal dengan sikap tidak peduli kerana muak dengan penipuan oleh pemerintah. Isu-isu lain yang disebut dalam lagu-lagu mereka antaranya jenama korporat besar yang dijadikan bahan propaganda untuk mengelirukan generasi, mempersoalkan demokrasi dan hak bersuara, menyeru supaya anak muda bangkit agar tidak merangkak kesusahan di masa depan dan membawa mesej anti-perkauman dengan menekankan bahawa kita semua sama sahaja.

Tidak rugi untuk memiliki album ini (500 salinan sahaja!) dengan harga tidak lebih dari RM20. Anda juga boleh terus berhubung dengan mereka di laman Facebook:https://www.facebook.com/pages/The-Brayoks/158598477520722

"..Hitam putih kita multirace, kesamarataan untuk semua...”..Pabila suara tidak di endah...Muzik median untuk membantah" - Brayok Mok Sokong kumpulan muzik tempatan!

Page 9: Sosialis (Jul Ogos 2014)

9 EKONOMI Jul-Ogos 2014

Menentang Arus Globalisasi

Perlumbaan ke arah globalisasi menyebabkan majoriti penduduk dunia jauh ketinggalan di belakang. Menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), 20% mereka yang terkaya di dunia mengaut 83% daripada pendapatan global, manakala rakyat termiskin hanya mendapat 1% daripadanya. Trend ini bertambah teruk setiap tahun. Satu lagi laporan daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) yang bertajuk “Umat Manusia Terbahagi” (Humanity Divided) menganggarkan bahawa kini 75% daripada penduduk dunia hidup dalam masyarakat yang mempunyai pengagihan kekayaan yang tidak seimbang berbanding dengan tahun 1990-an, walaupun jumlah KDNK global melonjak daripada USD 22 trilion kepada USD 72 trilion dalam tempoh ini.

Koeffisien Gini (iaitu petanda yang mengambarkan jurang perbezaan kaya dan miskin di sesebuah negara) menjadi pengukur pendapatan yang efektif. Koeffisien Gini pada skala dari sifar kepada satu di mana satu adalah yang paling teruk perbezaan jurang antara

menyebabkan ketidaksaksamaan di kalangan rakyat melalui pelbagai cara. Pertamanya ialah kebolehan untuk pemodal dan modal itu untuk beralih dengan mudah dan cepat berbanding dengan pekerja, menyebabkan pihak pekerja kehilangan kuasa tawar-menawarnya. Justeru menyekatkan peningkatan gaji dan menyebabkan polisi buruh murah berleluasa. Ketua ahli ekonomi Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dalam satu artikelnya berhujah bahawa jurang antara kaya dengan miskin ini sebenarnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi, tetapi senario buruh murahlah yang biasanya diminati oleh pemodal!

Antara pertengahan tahun 1990-an ke pertengahan tahun 2000-an, didapati bahawa peratus gaji pekerja daripada jumlah nilai pengeluaran sektor pembuatan, telah jatuh daripada 48% ke 42% di China dan daripada 37% ke 22% di India.

UNDP juga membuktikan bahawa jika sesebuah negara mengharapkan sangat kemasukan pelabur asing dan aliran modal luar negara maka ianya akan mendedah ekonomi

kaya dengan miskin. Dilaporkan bahawa untuk negara-negara yang sedang membangun di Asia, Koeffisien Gini ini telah meningkat daripada 0.33 pada 1990 ke 0.46 pada tahun 2010.

Ketidaksaksamaan ini disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu, pelaburan yang lebih rendah, ketegangan sosial, ketidakstabilan politik dan keganasan serta konflik sosial. Ia memusnahkan hak asasi manusia bagi majoriti rakyat, terutamanya golongan yang mudah terjejas seperti wanita, kanak-kanak dan warga tua.

Apakah punca ketidaksamaan ini? UNDP menyatakan bahawa, "terdapatnya beberapa ciri khusus globalisasi, seperti regulasi sektor kewangan yang merosot serta liberalisasi perdagangan yang tidak terkawal. Juga berlaku apabila pengagihan kekayaan itu tidak adil antara negara dan juga dalam sesebuah negara akan memainkan peranan penting dalam pemusatan kekayaan dalam tangan golongan elit .”

Proses globalisasi

negara tersebut kepada kejutan ekonomi

1997.

"Deglobalisation” tidak bermaksud kita langsung mengelakkan diri daripada ekonomi dunia. Ia sebenarnya suatu proses penstrukturan semula sistem ekonomi dunia dan politiknya agar ianya membina kapasiti ekonomi tempatan dan nasional, bukannya menghancurkannya. Deglobalisation bermakna transformasi ekonomi global daripada ekonomi yang mendahulukan keuntungan syarikat transnasional kepada ekonomi yang mementingkan keperluan rakyat, bangsa, dan masyarakat.

Ekonomi neoliberal gagal, kerana ianya menawarkan struktur ekonomi yang sama untuk semua negara, dengan anggapan bahawa geo-politik yang berbeza dapat menyesuaikan diri kepada sistem ekonomi global ini. Justeru itu, deglobalisation harus memahami kepelbagaian komuniti dan keperluan masyarakat .

Beberapa cadangan utama deglobalisation:

1. Penstrukturan semula ekonomi tempatan agar meningkatkan pengeluaran untuk keperluan tempatan berbanding dengan eksport. Pengeluaran berfokus pada keperluan asas rakyat, bukannya barangan mewah yang membazirkan. Penggunaan sumber asli yang efektif dan membina teknologi tempatan yang menguatkan industri desa dan produk komuniti. Industri domestik dan teknologi yang meningkatkan, bukan memusnahkan masyarakat, alam sekitar, dan kehidupan itu sendiri.

2. Melaksanakan dasar-dasar pengagihan semula sumber-sumber kekayaan seperti tanah serta memastikan kawalan domestik sektor ekonomi utama. Ia juga

harus menggalakkan akses komuniti kepada kemudahan asas air, penjagaan kesihatan dan pendidikan.

3. Menyediakan lebih banyak sumber ekonomi di luar bandar untuk menghentikan penghijrahan ke bandar serta mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar.

4. Kemudahan infrastruktur haruslah sampai ke kawasan pedalaman dan usaha-usaha untuk membina semula pengeluaran makanan ditingkatkan . Ini perlu untuk memastikan kedaulatan makanan kita terjaga dan tidak ditentukan oleh pergolakkan ekonomi global.

5. Pertumbuhan ekonomi mempunyai hadnya, kerana sumber di dunia adalah terhad. Apakah

rasionalnya pemimpin setiap negara berkejar-kejar mengumumkan peratusan pertumbuhan KDNK yang meningkat setiap tahun apabila ianya menjahanamkan sumber alam?

6. Sebaliknya, pencapaian dalam pengagihan kekayaan harus menjadi kayu ukur kepada pertumbuhan sesebuah negara, dengan syarat ianya merupakan sebuah pembangunan yang mampan.

7. Demokrasi yang dipratikkan sekarang hanyalah demokrasi setakat namanya sahaja. Wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat tidak mengikuti kehendak rakyat tetapi sebaliknya kehendak para penaja kempennya. Demokrasi perwakilan ini harus digantikan dengan demokrasi penyertaan yang menjamin kuasa politik di tangan rakyat dan bukan

sepenuhnya pada seorang wakil yang dipilih setiap sesi pilihanraya umum.

8. Halatuju ekonomi tidak seharusnya dipandu oleh pasaran bebas, kerana ia sebenarnya tidak bebas, dan dimanipulasi oleh kuasa-kuasa ekonomi besar. Halatuju ekonomi harus dikembalikan dan ditentukan oleh rakyat biasa melalui pengamalan demokrasi penyertaan.

Konsep deglobalisation ini, masih dalam proses pembentukan dan ianya memerlukan diskusi dan input yang berterusan. Ianya diperlukan untuk menawarkan suatu alternatif kepada sistem ekonomi kapitalis neoliberal yang kita ada pada kini. Ekonomi kapitalis ini telah gagal menyelesaikan

masalah masyarakat dunia dan hanya berpura-pura menyelesaikannya melalui perubahan kosmetik.

Selagi kita tidak berusaha membentuk menawarkan suatu alternatif, maka ekonomi kapitalis global ini akan terus berevolusi untuk mengkekalkan acuan penindasannya .

(oleh Pablo Solon, Focus on Global SouthDiterjemah dan diedit oleh Sivarajan, PSM)

Page 10: Sosialis (Jul Ogos 2014)

10 ANTARABANGSA Jul-Ogos 2014

AFRIKA SELATAN Kemenangan Bersejarah Mogok Pekerja Lombong Platinum

Setelah 5 bulan bermogok, pekerja-pekerja lombong Platinum di Afrika Selatan akhirnya mendapat satu kemenangan yang bersejarah.

Pekerja-pekerja lombong platinum yang diwakili oleh Persekutuan Kesatuan Pekerja Lombong dan Pembinaan (AMCU) telah mencapai perjanjian dengan pihak majikan di mana pekerja lombong platinum yang menerima gaji terendah akan mendapat kenaikan gaji sebanyak R 1000 (bersamaan dengan RM 302) sebulan untuk 3 tahun berturut-turut. Pekerja lain juga mendapat kenaikan gaji sebanyak 7.5% hingga 8% setiap tahun.

Kemenangan mogok pekerja platinum ini telah memberi impak yang besar kepada landskap politik Afrika Selatan. Ini merupakan satu-satunya perjuangan pekerja utama sejak beberapa dekad ini yang dipimpin oleh kesatuan sekerja yang tidak bersekutu dengan parti pemerintah, Kongres Nasional Afrika (ANC). Pengaruh Kesatuan Nasional Pekerja Lombong (NUM) yang bergabung di bawah Kongres Kesatuan Sekerja Afrika Selatan (COSATU), sekutu rapat kepada ANC, semakin berkurangan di kalangan pekerja lombong, apabila AMCU telah menunjukkan

semangat dan kebolehan berjuang dalam menentang golongan kapitalis yang tamak.

Lebih kurang 70,000 pekerja lombong platinum yang dipimpin oleh AMCU telah melancarkan mogok pada 23 Januari tahun ini, dengan tuntutan kenaikan gaji dan memperbaiki keadaan kerja. Mogok ini merupakan mogok yang paling lama dalam sejarah Afrika Selatan. Mogok ini telah menjejaskan pengeluaran platinum sedunia sebanyak 45%, dan memberi pukulan hebat kepada ekonomi kapitalis Afrika Selatan. Mogok telah menyebabkan syarikat gergasi perlombongan di Afrika Selatan (khususnya 3 syarikat gergasi, Lonmin, Impala dan Anglo American Platinum) mengalami kerugian sebanyak R 24 bilion (bersamaan dengan RM 7.3 bilion).

Walaupun pekerja yang bermogok tidak mendapat gaji minimum bulanan sebanyak R 12,500 (bersamaan RM 3,779) seperti yang dituntut pada awalnya, para pekerja lombong masih mendapat janji kenaikan gaji dalam 3 tahun berturut-turut. Perjanjian baru ini akan memastikan bahawa gaji pokok pekerja lombong platinum di Afrika Selatan tidak kurang daripada R 8,000 (bersamaan RM 2,420), satu

kemenangan yang bersejarah.

Sektor perlombongan merupakan tunjang ekonomi Afrika Selatan. Tercetusnya banyak perjuangan pekerja lombong sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Peristiwa tembak mati oleh pihak polis yang meragut nyawa 34 orang pekerja lombong platinum di Marikana pada 16 Ogos 2012, merupakan kemuncak kezaliman kerajaan pro-kapitalis dan titik hitam dalam sejarah Afrika Selatan selepas apartheid.

Kesatuan sekerja NUM yang rapat dengan parti pemerintah ANC semakin mendampingi pihak

pengurusan syarikat perlombongan dan mengetepikan kepentingan pekerja. Akhirnya pekerja telah menyokong kesatuan sekerja baru yang mampu memimpin pekerja untuk aksi yang lebih radikal seperti AMCU. AMCU mempunyai keahlian sebanyak 70% dalam syarikat Lonmin manakala NUM yang mendapat sokongan 20%. AMCU juga merupakan kesatuan terbesar yang mewakili pekerja di syarikat Anglo American Platinum dan Impala.

Mogok pekerja platinum yang berjaya menaikkan gaji ini, pastinya akan dapat memperbaiki kehidupan pekerja. Namun, sistem kapitalis

yang membiak kemiskinan dan memeras pekerja masih wujud. Perjuangan masih belum selesai.

Sejak sistem apartheid ditamatkan secara rasminya pada tahun 1994, dalam tempoh masa 20 tahun di bawah perintah oleh ANC, ekonomi neo-liberal telah mendominasi negara ini. Apartheid yang mengasingkan rakyat mengikut warna kulit telah digantikan dengan satu bentuk apartheid baru yang mengasingkan rakyat mengikut kelas. Dasar-dasar ekonomi yang memihak pada kapitalis telah menyebabkan jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin semakin melebar, dan ketidakadilan sosial semakin terjadi-jadi.

Kemenangan mogok pekerja platinum di Afrika Selatan telah memberi nafas baru kepada perjuangan pekerja di negara itu, dan akan menjadi inspirasi kepada pekerja sektor lain untuk bergabung dan berjuang. Ini pastinya bukan perjuangan mogok yang terakhir… ##

KRISIS IRAQ Kesan Imperialis AS yang Berlarutan Sebuah kumpulan militan yang bergelar “Negara Islam Iraq dan Syam” (ISIS) telah melancarkan serangan ke atas wilayah di utara Iraq sejak bulan Jun yang lalu, sehingga berjaya menawan bandar Mosul, bandar kedua besar di Iraq. ISIS juga menguasai Tikrit dan semakin dekat dengan Baghdad, ibu kota Iraq. Kumpulan ISIS telah mengumumkan pemimpinnya Abu Bakr al-Baghdadi sebagai “Khalifah”. Krisis peperangan di Iraq telah memasuki peringkat yang baru.

Pergolakan dan perang saudara yang sedang berlaku di Iraq, yang memperlihatkan pertempuran antara puak-puak yang berlainan fahaman, merupakan satu “warisan” dan kesan berlarutan yang ditinggalkan oleh penaklukan dan pendudukan kuasa tentera imperialis Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan perang ke atas Iraq pada 2003.

Krisis peperangan yang berlaku di Iraq sekarang, bukannya kerana tentera AS berundur keluar dari Iraq pada tahun 2011, tetapi merupakan masalah sistemik yang diwujudkan oleh pendudukan tentera AS selama 8 tahun di Iraq.

Apa itu ISIS?

ISIS merupakan satu kumpulan militan Sunni yang berpecah keluar daripada kumpulan Al-Qaeda di Iraq. Kumpulan ISIS berniat untuk menumbuhkan sebuah “Negara Islam” di Iraq dan Syria dengan menggunakan kekerasan.

Al-Qaeda ditubuhkan pada tahun 1980an di Afghanistan dengan sokongan AS dan Arab Saudi, dalam usaha kuasa imperialis barat memerangi tentera Kesatuan Soviet di situ. Al-Qaeda kemudiannya menjadi ancaman kepada AS pula dengan aktiviti pengganasannya, dan AS mendapat alasan baik sejurus selepas serangan 11 September 2001 yang dirancang oleh Al-Qaeda untuk memperluaskan kekuasaan ketenteraannya atas nama “Perang ke

atas Pengganasan” (War on Terror). Seperti yang kita ketahui, Perang ke atas Pengganasan yang diterajui oleh AS tidak mendatangkan keamanan kepada dunia kita, sebaliknya menimbulkan lagi pelbagai masalah.

Kumpulan Al-Qaeda di Iraq ditubuhkan oleh orang kanan Osama bin Ladin selepas tentera AS menyerang Afghanistan dan menjatuhkan kerajaan Taliban di situ. Kumpulan puak pelampau ini pada awalnya terlibat dalam perjuangan menentang tentera AS dan kerajaan Iraq yang dikuasai oleh golongan Syiah. Kumpulan ISIS telah mengambil bahagian dalam gerakan bersenjata menentang kerajaan al-Assad di Syria dan menguasai banyak kawasan di Syria.

Kumpulan ISIS yang dipimpin oleh Abu Bakr al-Baghdadi sekarang ini telah mengambil pendirian yang paling ektremis dan cuba memperluaskan kuasanya dengan cara yang kejam, sehingga Al-Qaeda itu sendiri berputus hubungan dengannya.

Kerajaan Maliki Semakin Terancam

Kumpulan ISIS bukannya satu-satu kuasa yang menentang kerajaan pusat Iraq yang dipimpin oleh Nouri al-Maliki. Adanya kumpulan lain yang menentang kerajaan Maliki termasuk kumpulan yang menggunakan cara bukan keganasan.

Kerajaan Maliki memang semakin kehilangan sokongannya walaupun menang dalam pilihanraya baru-baru ini, kerana dasarnya yang sektarian dan mewujudkan kerajaan pusat yang dikuasai

sepenuhnya oleh golongan Syiah, walhal terdapatnya lebih 40% penduduk di Iraq adalah daripada golongan Sunni. Kuasa politik Sunni telah dipinggirkan

sepenuhnya oleh kerajaan Maliki dan ini memburukkan lagi hubungan antara rakyat daripada mazhab berlainan di Iraq. Tindakan kekerasan yang digunakan oleh kerajaan Maliki ke atas golongan Sunni yang menentangnya telah mencetuskan gelombang penentangan yang lebih hebat dan mendorong ramai orang berpaling kepada puak bersenjata yang lebih ektremis seperti ISIS. Sebelum ISIS menguasai Mosul dan Tikrit, kumpulan tersebut telah menguasai wilayah di barat Iraq.

Namun, kumpulan ISIS sememangnya bukan “pembebas” yang lebih baik daripada tentera AS. Pendekatan sektarian dan kekerasan yang digunakan ke atas mereka yang menentang kumpulan ini, hanya menunjukkan kumpulan ISIS tidak akan membawa apa-apa pembebasan kepada rakyat Iraq selain kehancuran yang berterusan. Kerajaan imperialis AS yang telah mengalami kegagalan dalam operasi pendudukan tenteranya selama 8 tahun di Iraq, sekarang ini menjadi teragak-agak untuk melibatkan diri dalam konflik di Iraq, kerana ia sedar bahawa campurtangan terus AS sekali lagi akan mengundang lebih penentangan daripada rakyat Iraq.

Punca sebenar: Kekuasaan Imperialis

Apa yang berlaku di Iraq pada hari ini, adalah peninggalan penguasaan imperialis di rantau Timur Tengah sejak beberapa dekad ini. Sebelum Iraq menghadapi Perang Teluk pada tahun 1991, sekatan ekonomi yang diterajui oleh AS sepanjang tahun 1990-an

dan penaklukan ketenteraan oleh AS pada tahun 2003, negara Iraq merupakan sebuah negara sedang membangun yang mempunyai tahap kehidupan yang sederhana. Oleh sebab kuasa imperialis cuba memperkukuhkan kepentingan politik ekonominya di rantau Timur Tengah, rakyat Iraq telah dikorbankan dan dihumban dalam kehancuran peperangan yang tidak kehabis-habisan.

Selepas tentera AS menakluk Iraq, disebabkan ia menghadapi penentangan hebat daripada rakyat Iraq, pentadbiran AS telah menggunakan taktik pecah dan perintah untuk melemahkan gerakan penentang dan ini telah menyebabkan ketegangan antara mazhab semakin hebat.

Rancangan asal AS untuk menakluk Iraq adalah mendirikan sebuah kerajaan yang pro-AS selepas menggulingkan Saddan Hussein, supaya kuasa AS boleh menggunakan Iraq sebab batu loncatan untuk menggulingkan kerajaan yang anti-AS di Syria dan Iran. Tetapi apa yang berlaku selepas penaklukan tentera AS memang di luar kawalan AS dan terbukti kuasa imperialis sebenarnya tidak sebegitu hebat untuk menentukan apa yang dikehendakinya. Dengan secara tidak langsung, kewujudan kerajaan yang dikuasai oleh golongan Syiah di Iraq, telah membuka ruang kepada Iran mendapat satu sekutu baru untuk menyekat kekuasaan AS. Sekutu kuat AS di Timur Tengah, kerajaan Arab Saudi, memang rasa tergugat dengan perkembangan kuasa golongan Syiah di rantau Timur Tengah yang bakal menjejaskan kepentingan politik ekonominya. Oleh sebab itu, golongan elit pemerintah yang kaya-raya di Arab Saudi dan juga Qatar telah menyalurkan banyak wang untuk menyokong kumpulan pelampau Sunni yang bersenjata dan memburukkan lagi keadaan tegang di rantau Timur Tengah.

Sekarang ini, negara Iraq sekali lagi menghadapi krisis kemanusiaan yang serius dan negara yang berpecah-belah. Campurtangan AS dan negara rantau Timur Tengah khususnya Arab Saudi dalam konflik di Iraq tidak akan selesaikan masalah, kerana merekalah punca kepada masalah ini. ##

Page 11: Sosialis (Jul Ogos 2014)

11 RESOLUSI Jul-Ogos 2014

RESOLUSI KONGRES PSM KE-1615 Jun 2014, Port Dickson

1. Batalkan cadangan untuk mengimplementasi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) pada 1 April 2015. Cukai GST, cukai untuk yang maha kaya. Kekalkan cukai korporat dan jangan alihkan beban cukai kepada rakyat biasa.

2. Mengimplemtasikan Akta Gaji Minima atau Gaji Saradiri RM1500 untuk keseluruhan warga pekerja termasuk pekerja di Sabah & Sarawak. Hapuskan sistem gaji murah.

3. Jangan tandatangani Perjanjian Kerjasama Transpasifik (Trans Pacific Partnership Agreement, TPPA). TPPA adalah agenda korporat sedunia dan cara penjajahan baru ekonomi yang dikelola oleh Amerika Syarikat.

4. Hentikan semua bentuk diskriminasi tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan orientasi seksual. Hapuskan ruangan “kaum” dalam borang-borang kerajaan. Gubal Akta Keterangkuman Sosial supaya bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dapat disalurkan secara adil.

5. Benarkan kesatuan sekerja diberi pendaftaran secara automatik dan undang-undang harus digubal untuk membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan di kilang-kilang dan syarikat-syarikat tanpa kekangan dan sekatan.

6. Pembekalan air bersih adalah hak rakyat. Krisis air dan kemarau melanda negara adalah sebahagian daripada krisis pertukaran iklim dunia (climate change) kesan daripada aktiviti-aktiviti pembangunan kapitalis yang tidak bertanggungjawab dan yang hanya bermotifkan keuntungan.

7. Selamatkan bumi. Hentikan pemusnahan hutan. Hutan harus dikekalkan demi menjaga ekologi alam sekitar. Pembinaan insinerator juga perlu dihentikan di seluruh negara dan digantikan dengan kempen kitar semula yang agresif dan serius.

8. Kerajaan harus selesaikan krisis harga rumah dan bebaskan rumah daripada pasaran spekulasi . Kerajaan harus menubuhkan satu badan amanah yang “bukan untuk keuntungan” (non-profit) untuk membina rumah-rumah selesa dengan harga yang munasabah. Satu skim simpanan di mana 10% daripada bayaran pinjaman perumahan disalurkan untuk digunapakai sekiranya pembeli rumah itu mengalami kecutan pendapatannya akibat kegawatan ekonomi. Satu lembaga juga harus sediakan rumah majlis (council homes) yang disewa dengan harga sewa yang rendah kepada keluarga-keluarga yang berpendapatan di bawah RM 2000 sebulan.

9. Kerajaan harus tarikbalik pindaan Akta Pekerjaan 1955 mengenai kontraktor untuk buruh. Hadkan juga kerja kontrak kepada kerja-kerja bersifat bermusim dan sementara sahaja.

10. Kerajaan harus mengambil langkah membasmi pengganguran dan menjamin peluang pekerjaan untuk semua. Kerajaan juga harus memulakan satu skim pencen untuk pekerja di sektor swasta. Permasalahan yang melibatkan kebajikan pengawal keselamatan juga harus diambil perhatian memandangkan penindasan berleluasa di sektor tersebut.

11. Kerajaan harus membina lebih banyak hospital kerajaan di kawasan-kawasan yang populasinya semakin meningkat. Kerajaan juga harus sekat pembinaan hospital swasta.

12. Kawal dan kurangkan tarif elektrik domestik yang terus meningkat. Kaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat. Subsidi gas lebih 20 billion yang diberikan kepada IPP hanya memberi keuntungan kepada kapitalis dan kroni pemerintah.

13. Tingkatkan tahap keprofesyenalan polis. Tuntut pelaksanaan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

14. Bekukan pembinaan sekolah swasta dan tingkatkan kualiti di sekolah kerajaan dengan mengecilkan bilangan pelajar di setiap kelas terutama untuk murid LINUS (lemah literasi & numerasi). Tingkatkan juga sekolah khas bagi pelajar kurang upaya dalam pembelajaran.

15. PSM membantah rampasan kuasa tentera di Thailand. PSM menuntut supaya demokrasi dipulihkan dengan menamatkan undang-undang darurat, hentikan sekatan ke atas kebebasan bersuara, bebaskan semua tahanan politik dan adakan pilihanraya serta-merta.

16. PSM menegaskan sokongan ke atas perjuangan rakyat Palestin dalam menentukan nasib mereka sebagai hak asasi yang tidak boleh dicabul langsung dan menyokong usaha pendamaian antara puak politik dalam Palestin ke arah memperkuatkan gerakan pembebasan nasional Palestin.

17. Kerajaan harus menghapuskan / meliberalisasikan sistem kabotaj (cabotage system) yang “memaksa” kontena import barangan dibawa ke Pelabuhan Klang sebelum dibawa ke Pelabuhan Kota Kinabalu dan Pelabuhan Kuching. Ini adalah bagi membantu menurunkan kos barangan keperluan di Sabah dan Sarawak yang sekarang ini jauh lebih tinggi daripada Semenanjung.

18. PSM menyokong penuh tuntutan kumpulan NGO Royalti iaitu menuntut hak ROYALTI minyak diberikan kepada Negeri Kelantan. Hak ini haruslah sama dengan negeri lain seperti Sabah dan Sarawak dan harus ditingkatkan. ##

SUDUT SEJARAHGambar perarakan di sebelah kiri ini diambil di pada 27 Disember 1946, semasa Kongres Kedua PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) di Kota Melaka.

Kongres PKMM ini telah disertai oleh wakil-wakil dari gerakan API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan GERAM (Gerakan Angkatan Muda).

Perarakan ini dijalankan sebagai tanda protes dan bantahan mereka terhadap cadangan Perlembagaan Persekutuan yang telah disusun secara rahsia oleh Kerajaan Penjajah Inggeris dengan kerjasama wakil-wakil UMNO dan Raja-raja Melayu untuk menggantikan Perlembagaan Malayan Union. Kertas putih cadangan perlembagaan baru ini telah dikeluarkan pada 19 Disember 1946.

Sebagai alternatif, PKMM, API, AWAS, GERAM telah bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dalam AMCJA (All Malaya Council of Joint Action) untuk menyusun cadangan Perlembagaaan Rakyat yang siap dikeluarkan pada 10 Ogos 1947.

Sumber gambar: Akhbar Malayan Tribune, 28 Disember 1946

Gambar di bawah ini diambil 40 tahun lalu di ibukota Kuala Lumpur semasa sebuah demonstrasi yang dijalankan oleh kaum keluarga tahanan politik di kem Kamunting dan Batu Gajah.

Peristiwa pada tahun 1974 ini tercetus selepas tahanan-tahanan politik di kedua-dua kem tersebut melancarkan mogok lapar untuk membantah kekejaman dan ketidakperikemanusiaan pihak pentadbir kem tahanan yang tidak menghormati hak mereka sebagai manusia.

Nenek berpakaian gelap yang cuba ditangkap oleh polis dalam gambar ini merupakan ibu kepada seorang tahanan politik. Demonstrasi

aman pada 9 Februari 1974 yang disertai oleh majoriti besar kaum wanita ini telah dipaksa bersurai secara kekerasan oleh pihak berkuasa.

Sumber gambar: Buku "Lawan Tetap Lawan: Kisah Perjuangan Rakyat Menegakkan Keadilan" (SIRD, 2000)

Sumber maklumat daripada Pusat Sejarah Rakyathttps://www.facebook.com/pusatsejarahrakyat

Page 12: Sosialis (Jul Ogos 2014)

GALERI12 Jul-Ogos 2014

SUDUT INFO

SEKITAR HIMPUNAN TUTUP LYNAS #622

Terlebih dahulu saya bagi pihak PSM, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Agar hari mulia ini memberi ribuan makna kepada kehidupan kita yang seterusnya. Umat Islam menempuhi bulan puasa dengan penuh kegembiraan dan ketabahan mengharungi pelbagai cabaran harian. Ada yang mengharap pencerahan spiritual dan ada pula berlumba, bentes membentes menghiasi rumah masing-masing, membeli pakaian baru, membuat kuih-muih dan bersiap sedia untuk balik kampung menemui ibu bapa dan sanak saudara. Ingin menceritakan apa yang sudah berlaku pada tahun yang lalu (mungkin ditokok tambah hendak menyedapkan cerita!!). Ada pula membeli kereta baru, ingin memberitahu bahawasanya mereka sudah berjaya hidup di bandar. Ada yang terlalu terikut-ikut, sanggup berhutang sekeliling pinggang. MasyAllah. Begitulah lumrahnya sebahagian rakyat yang menyambut Hari Raya yang mulia ini.

Mereka yang beragama Islam berharap sangat dapat sucikan zahir dan batin. Kerana inilah masanya untuk mengubah (overhaul) ragam hidup, ragam pemakanan dan menilai kembali hubungan sesama insan. Sama ada berjaya atau tidak, wallahualam. Hikmah berpuasa memanglah banyak seperti melawan dan mengawal nafsu, ego, ketagihan terhadap kebendaan dan menegur kita tentang tanggungjawab diri dan kepada masyarakat. Di samping itu memberi peluang kepada sistem-sistem badan untuk rehat seketika dan mengikis segala racun yang sudah bertakung

sepanjang tahun. Diharapkan amalan berpuasa menimbulkan kesedaran bahawa kehidupan ini bukanlah mudah. Ramai bertungkus lumus mencari kerja; tidak berupaya kerana kesihatan tidak mengizinkan; kais pagi makan pagi demi mengejar sesuap nasi dan seteguk air untuk keluarga tersayang.

Diharapkan sangat agar keinsafan ini bukan timbul hanya pada bulan puasa belaka walhal pahit manis kehidupan ini berlaku sepanjang tahun dan pada setiap tahun.

Bukan tidak ada usaha untuk membaiki diri sendiri dan keluarga. Namun dasar-dasar ekonomi dan pembangunan secara terbuka dan halus telah menindas dan memisahkan rakyat (selaku pekerja-pekerja) yang pada hakikatnya menjadi tulang belakang kepada pembangunan dan ekonomi negara. Lantas pengabaian pihak pentadbir mengakibatkan mereka yang kaya menjadi kaya raya dan miskin papa kedana. Kerana ramai sudah mempertuhankan kepada ego, keuntungan dan kedudukan. Dalam rangka Islam, mereka ini telah memperduakan Allah. Suatu dosa yang amat besar, tidak boleh dimaafkan, maka neraka jahanamlah tempat mereka. Jelas bahawa golongan miskin menjadi mangsa kepada sebuah sistem kapitalis yang kejam dan tidak berhati perut.

Kita pula mengharap sangat, tidak habis-habis merayu kepada golongan kaya (kapitalis) agar bermurah hati membantu golongan miskin dan mereka yang terpinggir daripada arus pembangunan. Harapan ini tetap

hampa kerana sumber keuntungan kapitalis berpunca daripada penindasan terhadap golongan pekerja (rakyat). Melalui media massa dan jaringan pentadbiran, golongan kaya pula bersubahat dan mempengaruhi golongan menengah supaya menghalalkan penindasan, membenci dan menganiayai rakyat miskin seolah-olah mereka ini sampah masyarakat yang harus dikebumikan.

Yang kaya lupa bahawa mereka juga diperangkap dan terperangkap dalam putaran jahanam yang menjadikan mereka robot (hilang kemanusiaan) yang mempertuhankan kepada penindasan dan keuntungan. Tetap terperangkap dalam jenayah sistem kapitalis untuk berfoya-foya, menghancurkan hubungan keluarga dan kawan karib, sanggup bunuh membunuh, diri makin terasing, membenamkan nilai-nilai kemanusiaan dan bergelumang dalam kancah penghinaan di mana mereka berkejaran menindas dan merebut keuntungan, menjadi candu kepada kehidupan mereka (profit is the god and the opium of the capitalists).

Namun kita masih tidak tahu bagaimana zakat diagihkan. Pungutan zakat (yang mampu mengurangkan bebanan rakyat miskin) semenjak merdeka sudah berjumlah berbilion-bilion ringgit dan jika diagihkan dengan

tulus dan saksama, tidaklah kita saksikan betapa ramai lagi rakyat yang miskin dan papa kedana pada kini hari dan tidak pula mudah terjebak dalam dunia jenayah.

Pada rakan-rakan selain Islam, mereka juga sucikan diri dalam pelbagai cara seperti merenungi kehidupan ini berbentuk pengalaman, bertafakur tentang peristiwa yang menyentuh perasaan dan penyaksian terhadap hubungan antara insan dan juga hubungannya dengan alam.

Lebih kurang 1,000 orang yang prihatin pada alam sekitar dan kesihatan rakyat telah berkumpul dan berprotes di hadapan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, pada 22 Jun yang lalu. Ini merupakan aksi terbaru rakyat Malaysia membantah kilang nadir bumi Lynas yang menghasilkan sisa radioaktif yang mengancam alam sekitar. Himpunan tersebut berakhir dengan penangkapan 16 orang aktivis. Namun, rakyat Malaysia akan terus menentang ancaman alam sekitar dan menghalang golongan kapitalis daripada terus menjahanamkan bumi kita.

(baca lanjut di m/s 4)

Justeru biarlah setiap tahun baru menjadi iktibar untuk kita mengukuhkan lagi tanggungjawab dan keazaman membela mangsa-mangsa penindasan dan biarlah setiap tahun kita memperkasakan mereka dengan ilmu, analisis, tindakan yang jitu dan secara kritis merenungi nilai dan ragam kehidupan ini.

Semoga kita berjaya menghadapi cabaran ini. Salam perjuangan.

MESEJ HARI RAYA PUASA 2014Oleh Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM)