sosialis (jun jul 2013)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Jun-Jul 2013 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ TSUNAMI POLITIK 2.0 Perjuangan Belum Selesai Pilihanraya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu menyaksikan satu pertarungan yang amat sengit. Ini merupakan pilihanraya yang begitu kotor sekali apabila Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik politik kewangan dan penyelewengan kuasa untuk mempertahankan kekuasaannya. PRU- 13 juga menyaksikan satu lagi tsunami politik yang hebat, lebih hebat berbanding PRU-12, tetapi malangnya gagal tukar kerajaan persekutuan. Walaupun Pakatan Rakyat berjaya meraih kerusi yang lebih banyak daripada PRU-12 dan jumlah undi yang diperolehnya melebihi BN, namun masih gagal memenangi majoriti dalam Dewan Rakyat, akibat sistem pilihanraya yang penuh dengan kelemahan. Pakatan Rakyat juga gagal mengambilalih semula kerajaan Negeri Perak dan lebih-lebih lagi kehilangan kuasa pemerintahan di Negeri Kedah. Dalam PRU-13 baru-baru ini, seramai 579 orang calon bertanding untuk 222 kerusi Parlimen, manakala 1322 orang calon bertanding untuk 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali negeri Sarawak). Pertarungan kali ini begitu sengit sehingga banyak kawasan wujudnya pertarungan pelbagai penjuru, dan tiadanya calon yang menang tanpa bertanding. Peratusan pengundi yang keluar mengundi mencecah 80%. Pilihanraya kali ini memang memperlihatkan pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan BN. Pakatan telah memenangi 7 kerusi lebih berbanding PRU-12, menjadikan jumlah kerusi Pakatan di Parlimen adalah 89 (termasuklah kerusi yang dimenangi oleh calon PSM di Sungai Siput). Kerusi yang dikuasai oleh BN telah kurang kepada 133. Oleh sebab wujudnya masalah pemecahan sempadan mengundi ( Gerrymandering) dan kelemahan dalam sistem pengundian majoriti (first- past-the-post ), walaupun jumlah undi dan peratusan undian yang diperoleh oleh Pakatan melebihi BN, tetapi BN masih menguasai hampir 60% kerusi di Parlimen. Masalah penyelewengan pilihanraya juga berleluasa dalam PRU-13 seperti politik wang, pembelian undi, pengundi hantu dan salahguna kuasa. Semua masalah ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan gelombang aksi bantahan ke atas penyelewengan dalam pilihanraya telah tercetus selepas 5 Mei dengan banyak himpunan blackout 505 diadakan. Sekarang ini UMNO-BN masih berkuasa, rakyat Malaysia akan terus diperas dan kroni-kroni UMNO-BN akan terus merampas kekayaan negara Malaysia untuk memenuhi poket wang mereka sendiri. Perjuangan rakyat untuk demokrasi tulen dan keadilan sosial perlu diteruskan. Gerakan dan aksi-aksi massa sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini telah menyumbang kepada Tsunami Politik 2.0 yang hampir menumpaskan rejim BN dalam PRU-13. Selepas PRU-13, adalah penting untuk rakyat yang sedar terus tabahkan hati, merenung kembali dan mengatur langkah untuk ke hadapan. Kita tidak boleh putus asa dan berhenti daripada berjuang, kerana masa hadapan rakyat biasa akan menghadapi ancaman yang lebih serius jikalau kita terus membiarkan UMNO-BN bermaharajarela. # > m / s 8 > m / s 5 > m / s 6 > m / s 9 PSM DALAM PRU-13

Upload: partisosialis

Post on 06-Apr-2016

261 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Topik: PSM Dalam PRU-13, Analisa PRU-13: Sg Siput, Kota Damansara, Semenyih Dan Jelapang, Venezuela: Chavez Meninggal Dunia, Suriani Abdullah

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Jun Jul 2013)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Jun-Jul 2013

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

TSUNAMI POLITIK 2.0Perjuangan

Belum Selesai

Pilihanraya Umum ke-13 yang berlangsung pada 5 Mei lalu menyaksikan satu pertarungan yang amat sengit. Ini merupakan pilihanraya yang begitu kotor sekali apabila Barisan Nasional (BN) menggunakan pelbagai taktik politik kewangan dan penyelewengan kuasa untuk mempertahankan kekuasaannya. PRU-13 juga menyaksikan satu lagi tsunami politik yang hebat, lebih hebat berbanding PRU-12, tetapi malangnya gagal tukar kerajaan persekutuan.

Walaupun Pakatan Rakyat berjaya meraih kerusi yang lebih banyak daripada PRU-12 dan jumlah undi yang diperolehnya melebihi BN, namun masih gagal memenangi majoriti dalam Dewan Rakyat, akibat sistem pilihanraya yang penuh dengan kelemahan. Pakatan Rakyat juga gagal mengambilalih semula kerajaan Negeri Perak dan lebih-lebih lagi kehilangan kuasa pemerintahan di Negeri Kedah.

Dalam PRU-13 baru-baru ini, seramai 579 orang calon bertanding untuk 222 kerusi Parlimen, manakala 1322 orang calon bertanding untuk 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (kecuali negeri Sarawak). Pertarungan kali ini begitu sengit sehingga banyak kawasan wujudnya pertarungan pelbagai penjuru, dan

tiadanya calon yang menang tanpa bertanding. Peratusan pengundi yang keluar mengundi mencecah 80%. Pilihanraya kali ini memang memperlihatkan pertarungan antara Pakatan Rakyat dengan BN.

Pakatan telah memenangi 7 kerusi lebih berbanding PRU-12, menjadikan jumlah kerusi Pakatan di Parlimen adalah 89 (termasuklah kerusi yang dimenangi oleh calon PSM di Sungai Siput). Kerusi yang dikuasai oleh BN telah kurang kepada 133. Oleh sebab wujudnya masalah pemecahan sempadan mengundi (Gerrymandering) dan kelemahan dalam sistem pengundian majoriti (first-past-the-post), walaupun jumlah undi dan peratusan undian yang diperoleh oleh Pakatan melebihi BN, tetapi BN masih menguasai hampir 60% kerusi di Parlimen.

Masalah penyelewengan pilihanraya juga berleluasa dalam PRU-13 seperti politik wang, pembelian undi, pengundi hantu dan salahguna kuasa. Semua masalah ini telah menimbulkan kemarahan rakyat dan gelombang aksi bantahan ke atas penyelewengan dalam

pilihanraya telah tercetus selepas 5 Mei dengan banyak himpunan blackout 505 diadakan.

Sekarang ini UMNO-BN masih berkuasa, rakyat Malaysia akan terus diperas dan kroni-kroni UMNO-BN akan terus merampas kekayaan negara Malaysia untuk memenuhi poket wang mereka sendiri. Perjuangan rakyat untuk demokrasi tulen dan keadilan sosial perlu diteruskan. Gerakan dan aksi-aksi massa sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini telah menyumbang kepada Tsunami Politik 2.0 yang hampir menumpaskan rejim BN dalam PRU-13.

Selepas PRU-13, adalah penting untuk rakyat yang sedar terus tabahkan hati, merenung kembali dan mengatur langkah untuk ke hadapan. Kita tidak boleh putus asa dan berhenti daripada berjuang, kerana masa hadapan rakyat biasa akan menghadapi ancaman yang lebih serius jikalau kita terus membiarkan UMNO-BN bermaharajarela. #

> m / s 8 > m / s 5 > m / s 6 > m / s 9

PSM DALAM PRU-13

Page 2: Sosialis (Jun Jul 2013)

Jun-Jul 2013PSM2

Dari Meja PengarangSeruan un tuk mengkuburkan pemerintahan UMNO-BN dengan slogan-slogan seperti “Ini Kalilah!” dan “Ubah!” begitu lantang sekali, tetapi dengan kegagalan Pakatan Rakyat u n t u k m e n g a m b i l a l i h k u a s a pentadbiran negara dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) j uga mengundang kekecewaan yang teramat sangat.

Walaupun Pakatan Rakyat berjaya meraih sebanyak 51% daripada j u m l a h u n d i , t e t a p i g a g a l mendapatkan majoriti kerusi di Parlimen dengan hanya 7 kerusi lebih berbanding pilihanraya yang lalu. Ini jelas menunjukkan pembahagian kawasan p i l i hanraya me la lu i G e r r y m a n d e r i n g m e m a n g menguntungkan parti pemerintah dan sekaligus melanggari prinsip “seorang satu undi” dalam pil ihanraya. Penyelewengan dalam pilihanraya seperti pengundi hantu, pembelian undi, rasuah dan salahguna kuasa telah menimbulkan kemarahan rakyat. H i m p u n a n m e m b a n t a h penyelewengan pilihanraya telah berlangsung di banyak tempat dan setiap perhimpunan dihadiri puluhan ribu orang. Nampaknya semangat perjuangan rakyat dalam menegakkan demokrasi masih kuat walaupun Pakatan gagal menawan Putrajaya dalam PRU-13.

Kerajaan BN yang memerintah dengan hanya mendapat “mandat” daripada 47% pengundi (termasuk p e n g u n d i h a n t u ) c u b a mempertahankan kuasanya

melalui cara yang lembut dan ca ra yang ke ras . Ca ra lembutnya adalah meneruskan retorik “transformasi” Najib yang cuba menggambarkan bahawa pemerintahan BN itu bersedia untuk mengubah cara pentadbirannya dan menyogok rakyat untuk sokongan melalui pemberian wang sedekah kepada rakyat. Cara kerasnya pula adalah melalui ancaman, tangkapan dan pendakwaan di bawah akta zalim ke atas para aktivis politik. Penahanan dan pendakwaan aktivis seperti Adam Adli, Tian Chua dan Haris Ibrahim, memang bertujuan untuk menakutkan rakyat.

Namun, yang pasti sekarang, rakyat yang sudah sedar tidak akan terbeli oleh retorik kosong dan sogokan wang kerajaan BN. Rakyat juga semakin berani menghadapi segala ancaman ke atas demokrasi dan keadilan sosial. Oleh itu, jikalau adanya aktivis yang ditahan, lebih ramai lagi rakyat akan turun beraksi. Memang zaman telah pun berubah. #

Page 3: Sosialis (Jun Jul 2013)

PARTI DAN FRON3 Jun-Jul 2013

PSM dalam PRU-13Parti Sosialis Malaysia (PSM) bertanding untuk kali pertama dengan menggunakan logo sendiri selepas PSM didaftarkan sebagai sebuah parti politik yang sah pada tahun 2008 berikutan perjuangan untuk pendaftaran yang berlanjutan selama 10 tahun.

Namun, penglibatan PSM dalam PRU-13 menghadapi pelbagai cabaran dan

halangan. Akhirnya, PSM terpaksa menggunakan logo PKR di dua kawasan yang dimenangi sebelum ini dalam pilihanraya, manakala menggunakan logo sendiri di dua lagi kawasan tetapi juga terpaksa menghadapi calon daripada Pakatan.

Berikut adalah keputusan di kawasan-kawasan yang ditanding oleh calon PSM:

Kerusi Parlimen Sungai SiputDr. Jeyakumar Devaraj – MenangUndi yang diperolehi: 21,593

Dr. Kumar berjaya menangkis serangan hebat calon BN (Devamany) yang membelanjakan jutaan wang untuk m e n y o g o k p e n g u n d i d a n mempertahankan satu-satunya kerusi parlimen PSM. Dr. Kumar menang dengan perbezaan undi sebanyak 2793, lebih banyak berbanding PRU-12.

Kerusi DUN Kota DamansaraDr. Nasir Hashim – KalahUndi yang diperolehi: 14,860

Kawasan DUN Kota Damansara terjerumus dalam pertarungan 6 penjuru. Dr. Nasir kalah kepada calon BN dengan perbezaan undi hanya 1,527 sahaja. Sebab utama kekalahan Dr. Nasir adalah terdapat puak kanan dalam PAS yang meletakkan calon di kawasan DUN Kota Damansara pada saat-saat terakhir. Walaupun PAS pusat telah mengatakan bahawa calon PAS tarik diri daripada pertandingan, namun calon PAS di Kota Damansara masih teruskan kempennya sehingga hari mengundi, sekaligus memecahkan undi Dr. Nasir.

Kerusi DUN SemenyihArutchelvan – KalahUndi yang diperolehi: 5,568

Menghadapi pertandingan tiga penjuru selepas PKR meletakkan calon payung terjunnya walaupun masih dalam proses perundingan dengan PSM. Arul mendapat sokongan hebat daripada masyarakat sivil tetapi tidak berjaya meraih undi yang cukup banyak sehingga hanya menduduki tempat ketiga dalam perolehan undi.

Kawasan DUN JelapangSarasvathy – KalahUndi yang diperolehi: 2568

Pertandingan 3 penjuru selepas DAP enggan memberi laluan. Memang Saras dikenali ramai kerana kerja-kerja akar umbinya tetapi gagal menterjemahkan pencapaian kerja-kerja akar umbi kepada undi. Calon DAP menang kerana tsunami politik yang hebat walaupun calon tersebut enggan berdebat dengan Saras dan mengeluarkan tomahan tidak berasas ke atas PSM.

PSM telah mendapat banyak bantuan daripada para penyokong sepanjang kempen pilihanraya. Ahli-ahli PSM juga menunjukkan dedikasi dan semangat yang tinggi dalam membawa perjuangan sosialis ke hadapan dalam keadaan yang penuh dengan cabaran. PSM ingin merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua ahli parti dan juga penyokong yang telah menyumbang masa dan tenaga yang begitu hebat sekali kepada kempen PSM dalam PRU-13. PSM tetap akan berjuang bersama-sama dengan rakyat biasa dalam menuntut demokrasi sejati dan keadilan sosial dengan membina kuasa rakyat dari bawah.

Wakil masyarakat sivil menghadiahkan jambak bunga kepada Arul sebagai tanda solidariti dan sokongan kepada Arul dan perjuangan PSM.

Dr. Kumar pada malam pengumuman keputusan pilihanraya.

Dr. Kumar berucap semasa majlis penghargaan PRU-13 dan menyeru supaya kita teruskan usaha membina kuasa rakyat.

Saras bersama penyokong PSM dalam majlis penghargaan di DUN Jelapang.

Page 4: Sosialis (Jun Jul 2013)

4 NASIONAL Jun-Jul 2013

INI KALILAH ……. LAIN KALI LAHoleh S. Arutchelvan

PRU 13 yang berlangsung pada 5 Mei 2013 berakhir dengan harapan Pakatan R a k y a t ( P R ) u n t u k m e n g u a s a i P a r l i m e n Malaysia buat kali pertama dengan slogan “Ini kalilah” berkecai dan tidak berjaya. N a m u n d e m i k i a n P R sebenarnya memenangi 7 ke rus i Par l imen leb ih berbanding PRU-12, iaitu telah meningkat daripada 82 kerusi kepada 89 kerusi manakala BN jatuh daripada 140 kepada 133. Dalam pengagihan kerusi DUN pula, PR mendapat peningkatan 71 kerusi tambahan iaitu daripasa 161 pada PRU-12 kepada 230 kepada PRU13 manakala BN jatuh dari 344 kepada 275.

Dari segi penguasaan Negeri pula, PR agak kecewa apabila gagal memenangi semula Negeri Perak dan gagal mempertahankan kerajaan negeri Kedah yang dimenangi dalam PRU lalu. PR juga gagal mengambilalih Negeri Sembilan yang sebelum ini diura-ura akan dimenangi. Namun demikian, pencapaian paling sedap adalah memastikan negeri terkaya iaitu Selangor masih bersma PR walaupun Najib bertungkus lumus untuk ambilalih Selangor.

Gerrymandering, iaitu satu cara penyelewengan melalui pembahagian kerusi Parlimen dimana sempadan dilukis mengikut citarasa parti yang memerintah melalui majoriti 2/3 di Parlimen, telah membolehkan BN menang PRU13 walaupun BN kalah kepada PR jika mengambilkira jumlah undi.

Maka buat pertama kalinya sejak Pilihanraya 1969, negara kita hari ini diperintah oleh sebuah kerajaan minoriti yang diterajui oleh UMNO-BN, dan inilah yang tidak boleh diterima oleh PR terutamanya Anwar Ibrahim yang sebelum ini berkata akan bersara andaikata tidak berjaya menguasai Parlimen kali ini.

Anwar Ibrahim berkata beliau tidak boleh menerima keputusan PRU kali ini dan berkata Pakatan Rakyat sudah pun memenangi PRU kali ini. Anwar memberikan dua jenis isyarat yang mengelirukan. Beliau berkata beliau tidak boleh menunggu sehingga PRU ke 14 dan pada masa yang sama, beliau menegaskan tidak akan membuat rampasan kuasa melalui proses selain dari proses pilihanraya. Beliau telah memulakan satu gerakan perhimpunan Blackout 505 yang rata-rata mendapat sambutan agak hebat dan luarbiasa walaupun persediaan agak kurang. Persoalan sekarang adalah, adakah PR atau Anwar mampu menukar keputusan PR yang lalu dan bagaimana mereka hendak berkuasa. Adakah mereka mempunyai kemampuan ?

Semua Parti menghadapi krisis dalaman

Namun, nampaknya PR sebagai satu alternatif atau kuasa kedua dalam politik Negara tidak mempunyai satu pendirian yang jelas mengenai keputusan PRU-13. Uztaz Hadi Awang, Presiden PAS nampaknya sudah menerima keputusan PRU13. Terbukti PAS menghadapi masalah dalaman antara pasukan pro-perpaduan Ummah yang diketuai Uztaz Hadi dengan kumpulan yang lebih progresif seperti Sdr Mohammad Sabu.

Begitu juga ternampak perpecahan di PKR antara Anwar Ibrahim dan Timbalannya Azmin Ali. Hanya DAP yang nampaknya sedikit stabil dan mungkin ini disebabkan kemenangan besar DAP dalam PRU ini.

Nampaknya PR juga tidak menolak sepenuhnya PRU-13 tetapi hanya mempertikaikan kerusi di 27 tempat dan mereka bercadang membuat petisyen Pilihanraya d ikawasan-kawasan ini.

Ini tidak bermaksud PR sahaja ada dalam krisis, malah Barisan Nasional (BN) sendiri menghadapi satu krisis yang serius. MCA menghadapi krisis dalaman apabila ada orang mendesak Presidennya meletak jawatan selepas MCA kalah 30 daripada 37 kerusi parlimen yang ditandingi, iaitu pencapaian paling teruk dalam sejarah MCA. MIC juga menghadapi krisis dalaman sehingga Presiden parti mahu menunda tarikh Pilihanraya parti memandangkan ada penentangan terhadap kepimpinannya. Namum krisis yang paling serius jika melanda adalah krisis dalaman UMNO. Dr. Mahathir sudah melahirkan kekecewaan terhadap prestasi Najib di mana Najib gagal mendapat 2/3 majoriti di Parlimen, Majoriti di parlimen juga

merosot dan tidak berjaya menakluki semula neger i t e r k a y a i a i t u S e l a n g o r . P e r s e m b a h a n Najib jauh lebih teruk dar ipada Abdullah Badawi semasa PRU-12. N a j i b t e l a h m e n y i n g k i r k a n Abdullah Badawi kerana prestasi teruk PRU-12 dan kini adakah beliau a k a n d i m i n t a m e l e p a s k a n jawatan kerana

prestasinya jauh lebih teruk daripada Badawi?

Dalam keadaan ini , adalah sukar untuk mana-mana parti baik PR atau BN untuk fokus kepada kerja-kerja pasca PRU-13 kerana masing-masing terjerat dalam konflik dalaman. Adakah mereka akan fokus kerja memantapkan parti mereka sendiri atau mengkonsolidasi posisi mereka dalam parti. Konflik dalaman ini boleh dijadikan kesempatan politik baik untuk PR atau BN. Persoalan adalah pihak mana yang dapat menyelesaikan masalah dalaman mereka dulu - PR atau BN?

Jalanraya atau PRU-14?

Satu lagi isu yang menjadi debat adalah perhimpunan-perhimpunan raksasa yang dianjurkan oleh Anwar Ibrahim di merata tempat seluruh negara. Setiap perhimpunan blackout ini mendapat sambutan luarbiasa dalam puluhan ribu dan ini menggambarkan suasana rakyat Malaysia yang amat kecewa dengan keputusan PRU yang lalu.

Kebanyakan orang yang turun ke perhimpunan ini nampaknya adalah dari golongan anak muda Cina di pantai barat manakala di pantai timur pula adalah kumpulan anak-anak muda melayu. Ada orang menginterpretasi tindakan Anwar sebagai satu isyarat untuk rakyat turun ke jalanraya mempersoalkan keputusan PRU13 yang tidak adil dan memastikan PR dapat menguasai Parlimen. Kadangkala mood pemimpin PR dan rakyat susah untuk difahami.

Jika anwar memanggil untuk rakyat turun walaupun Anwar mengatakan beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mengulingkan kerajaan cara jalanraya, saya mendapati beliau tidak akan mendapat sokongan sepenuhnya dari komponen PR. DAP selesa dengan keputusan PRU dan tidak berhasrat untuk turun ke jalanraya. Begitu juga dengan PAS yang terjerumus dalam konflik dalaman. Maka PR nampaknya tiada banyak pilihan.

Namun dari segi tindakan yang nyata dibuat oleh PR hanyalah sekadar membuat petisyen pilihanraya di 27 kawasan dengan harapan mereka dapat menang di kawasan –kawasan ini melalui proses kehakiman. Ini bermakna PR kena menang petisyen di 22 kawasan ini. Saya merasakan ini adalah mustahil. Petisyen pilihanraya bukannya satu yang mudah untuk menang dan selain itu, sistem kehakiman di Malaysia masih tidak bebas daripada kawalan parti pemerintah

Justeru itu, saya tidak yakin PR dapat menguasai Parlimen melalui petisyen PRU. Mereka hanya dapat menguasai Parlimen jika ada keretakan dalam UMNO-BN dan ini bukan sesuatu yang begitu mudah kerana kuasa memerintah lebih penting dari pertelingkahan kecil-kecilan.

Selain itu, saya melihat tindakan Najib membuat perlantikan ahli kabinet seperti pelantikan ahli Koperat Maybank Abdul Walid Omar, Presiden Tranparency International Datuk Paul Low, membawa masuk Khairy Jamaluddin dan ahli Hindraf Wathyamoorthy sebagai tindakan-tindakan bijak untuk cuba mengembirakan pelbagai serpihan dalam UMNO dan BN, selain dari juga mendapat keyakinan rakyat terhadap beliau.

Pelantikan Ketua Polis Negara baru Khalid dengan Timbalannya Bakri di pihak polis dan pelantikan Zahid hamidi sebagai Menteri Dalam Negeri, adalah satu kombinasi yang memberi isyarat bahawa Najib mahu semua perhimpunan diberhentikan. Pihak pemertintah mahu melenyapkan gerakan dan bantahan terhadap kerajaannya dihentikan. Dalam minggu pertama kombinasi ini, kita sudah melihat tindakan ke atas akhbar-akhbar alternatif, penahanan Adam

Adli, Tian Chua, Tamrin Ghafar dan Haris Ibrahim untuk tuduhan hasutan.

Najib akan membuat segala-galanya untuk mempertahankan kerajaan minoritinya.

Kuasa Ketiga

Dalam PRU kali ini juga, kita tidak dapat menafikan peranan yang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan masyarakat sivil seperti BERSIH, HIMPUN, ABU dan sebagainya. Sejak keputusan PRU pula, terdapat pelbagai kumpulan yang juga mendesak untuk perubahan sekarang dan juga tidak sabar menunggu sehingga PRU-14. Namun demikian, tidak ada satu konsensus yang cukup untuk membina satu gerakan kuasa ketiga yang kuat.

BERSIH yang dilihat sebagai gerakan yang paling kuat di Malaysia berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang mahu memanggil satu perhimpunan raksasa BERSIH 4.0 manakala kumpulan kedua yang mahu mengadakan satu tribunal dahulu mengenai penyelewengan dalam PRU-13.

Selain itu, terdapat kumpulan-lumpulan kecil lain dan pelbagai NGO baru. Ini juga termasuk parti politik kiri seperti PSM dan PRM yang semakin mendapat sambutan ekoran kegagalan PR menang dalam PRU ini.

Dapatkah aktivis dan kumpulan-kumpulan ini membentuk gelombang kuat dan membina kuasa rakyat untuk mendesak peletakan jawatan SPR dan lain-lain program untuk memantapkan kuasa rakyat?

Adakah penyertaan ramai anak muda dalam program bantah penyelewengan pilihanraya memberikan satu isyarat bahawa anak muda sedia untuk perjuangan atau ia hanya sekadar satu aktiviti yang mengembirakan mereka dan tidak mempunyai agenda yang mendalam?

Lain kalilah

Beberapa persoalan masih relevan untuk kita mengambilkira apabila membincangkan masa depan politik Negara kita, iaitu:1. Dapatkah sistem 2 parti bertapak di negara kita atau adalah kita memerlukan satu kuasa ketiga?2. Mengapakah pengundi luar Bandar di kebanyakan kawasan kecuali di Terengganu dan Kelantan memberi sokongan kepada BN? Adakah trend ini akan berlanjutan dan adakah keadaan di mana DAP mempunyai paling banyak kerusi akan menyukarkan PR mengambil kuasa kerana ketakutan orang Melayu terhadap DAP? Adakah persolan perkauman masih relevan untuk politik Malaysia?3. Adakah parti pembangkang boleh memenangi PRU di negara ini memandangkan penyelewengan PRU terus berleluasa?

Walau apapun, politik Malaysia yang dinamik sejak akhir-akhir ini dijangka terus dinamik. Sejak dua dekad lalu, politik pembangkang berkisar atas nama Anwar Ibrahim. Mungkin senario ini berubah dalam 5 tahun ini dengan munculnya pemimpim baru seperti Rafizi dan Nurul Izzah.

Selain itu, kombinasi Zahid Hamidi dan Khalid sudah tentu akan cuba melenyapkan gerakan rakyat di Malaysia. Tekanan mereka mungkin berjaya melenyapkan kuasa dan angin perubahan. Satu crackdown yang besar untuk melambatkan perubahan mungkin berlaku. Parti UMNO-BN – parti pilihanraya yang paling lama memerintah di dunia akan terus mahu berkuasa. Mungkin juga tekanan dan ancaman parti pemerintah akan mencetuskan satu gerakan rakyat yang cukup besar dan kuat untuk membimbing angin perubahan yang sebenar. Kali ini perubahan ini bukan sahaja untuk tukar sistem Pilihanraya tetapi untuk tukar Pemerintah.

Page 5: Sosialis (Jun Jul 2013)

5 PILIHANRAYA Jun-Jul 2013

Sg Siput: Bagaimana Dr. Kumar Mempertahankan Kerusi Sg Siput

(oleh Rani Rasiah)

Permulaan yang agak mengecewakan

Keputusan logo PKR untuk Sg Siput dibuat di saat-saat akhir pada malam sebelum hari penamaan calon. Begitulah hasil beberapa siri rundingan dengan parti-parti pembangkang yang lebih besar yang telah menetapkan syarat-syarat untuk kami. Oleh itu, dari hari penamaan calon ke minggu pertama kempen PRU-13, semangat kami memang rendah.

Pada hari penamaan calon, kami mendapati bahawa penyandang ADUN Jalong telah digugurkan sebagai calon DAP. Ini telah menimbulkan kekecewaan dan perasaan tidak puas hati yang hebat dalam kalangan pengundi Cina. Pengundi Cina secara terbuka menunjukkan kekecewaan mereka, dengan mengatakan bahawa mereka tidak akan mengundi DAP di Jalong.

Kata-kata Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi, pada awal kempen, keras dan mengejutkan, dan menyebabkan kami mempersoalkan sekutu kami dalam pilihanraya. Serangannya tentang Karl Marx, label komunis (= pengganas) ke atas PSM, gelaran syaitan terhadap kami - semua in i yang sebenarnya bertujuan untuk menjustifikasikan tindakannya meletakkan orangnyaa sebagai calon PAS untuk pertandingan tiga penjuru dengan Dr Nasir di Kota Damansara, amat mengejutkan dan menjijikkan kami.

Tetapi secara beransur-ansur, kami dapat mengatasi perasaan kekecewaan yang disebabkan tikaman belakang yang tidak dijangka dan memberi tumpuan kepada melawan musuh bersama - iaitu BN, dan calon BN di Sg Sipput, Dato Devamany daripada parti MIC.

Duit, beras dan kerja keras

Kami tidak menghadapi Samy Velu dalam pilihanraya ini, tetapi kami tahu bahawa Dato Devamany, penyandang jawatan Timbalan Menteri di kabinet sebelum ini juga bukan senang untuk ditewaskan. Selain itu, Samy Velu juga berada di Sg Siput dan berkempen untuk Dato Devamany. Dato Samy Velu diketahui ada helah dan taktiknya sendiri. Juga Dato Devamany dikatakan mempunyai bajet kempen sebanyak RM6 juta!

Begitu banyak wang dibelanjakan oleh BN untuk kempen dan ianya dapat dilihat daripada bendera, poster dan kain rentang yang penuh sesak di jalanraya.Terdapat banyak bilik gerakan BN di seluruh kawasan pilihanraya ini; makan malam demi makan malam berulang menjadi satu kebiasaan, dan cabutan bertuah serta konsert. Banyak wang tunai telah diberikan kepada ketua-ketua cawangan MIC, dan juga diedar kepada orang awam dengan pelbagai alasan.

Selain wang tunai, beras dan barangan runcit juga telah diberikan kepada rakyat Sg Siput secara rawak dan tidak berdasarkan pada keperluan. Di kawasan perkampungan Melayu, beras dan barang runcit telah diberikan pintu ke pintu, dengan mesej bahawa ia adalah untuk membantu rakyat semasa keganasan yang pasti akan berlaku jika PR menang Putrajaya.

Strategi kempen BN adalah untuk membeli undi dengan wang dan beras, dan selain itu, menanamkan rasa takut kepada kemenangan PR. Tetapi selain daripada meracuni fikiran rakyat dengan sentimen-sentimen ini, pasukan BN berusaha keras untuk memenangi kerusi Sg Siput. Sebagai perbandingan, kempen Samy Vellu dalam pilihanraya sebelum ini agak lembap, kerana dia berpendapat bahawa Sg Siput merupakan kubu kuat BN. Tetapi Devamany tahu dia terpaksa bekerja keras kerana dia juga sedar bahawa Dr Kumar mempunyai rekod kerja yang kukuh dan reputasi yang baik di kalangan rakyat. Devamany telah mengupah banyak pekerja-pekerja pilihan raya di seluruh kawasan pilihan raya itu, dan dia bekerja keras dengan melawat kawasan-kawasan beberapa kali. Dia juga menjalankan kempen pintu ke pintu.

Kempen PSM di Sungai Siput

Strategi kempen PSM mengambil kira kerja yang dilakukan di Sg Siput dalam tempoh lima tahun yang lepas oleh calon dan pasukan PSM Sg Siput. Kempen kami bertujuan untuk memaklumkan kepada rakyat atau mengingatkan pengundi-pengundi tentang jenis kerja yang akan dilakukan oleh calon sosialis jika beliau dipilih semula. Orang ramai juga diingatkan tentang isu-isu nasional yang mewajarkan satu perubahan pada peringkat kerajaan Persekutuan.

Kempen kami adalah sederhana dari segi perbelanjaan. Selain itu tidak ada banyak cara kempen yang hebat atau menarik. Ini adalah kerana kami berasa kecewa sedikit sebanyak sebab bahan-bahan yang telah kami hasilkan dengan begitu minat terpaksa ditepikan dan tidak dapat dipakai. Kami telah mencetak belon helium tetapi kami tidak dapat menggunakannya dalam kempen kerana semuanya telah dicetak dengan logo PSM. Kami mempunyai lencana menarik dan T-shirt merah yang menarik tetapi kami tidak dapat menggunakannya kerana tercetak dengan logo PSM. Topi dengan logo PSM, poster PSM – semua bahan dan idea kempen yang kami telah rancang sebelum hari penamaan calon terpaksa diketepikan kerana keputusan untuk bertanding pada logo PKR. Kami tidak berminat banyak untuk menghasilkan bahan kempen yang akan mempopularkan logo lain selain PSM. Bukan kerana kami tidak suka logo PKR tetapi kerana walaupun kami menang sekali lagi, sekali lagi ia akan didakwa bahawa kemenangan kami adalah sebab kami tanding atas logo PKR. Ia adalah mengecewakan bahawa untuk PRU-13 juga kami tidak dapat bertanding pada logo kita sendiri!

Tetapi terdapat banyak aspek kempen yang memberangsangkan, dan antaranya ialah sokongan di peringkat akar umbi dan juga para sukarelawan yang penuh dedikasi. 'Bengkel' di seberang jalan dari bilik gerakan kami menjadi tempat yang sangat sibuk dengan sukarelawan menyediakan bahan-bahan untuk diedarkan. Orang yang tidak dikenali menjadi sukarelawan untuk sepanjang kempen. Juga disebabkan gerakan Bersih, ramai pemuda yang berasal dari Sg Siput tetapi kini bekerja atau belajar di luar, telah pulang untuk mengundi dan juga untuk menjadi agen mengundi.

Hari mengundi mempunyai detik-detik sensasinya. Kami telah hentikan enam buah bas persiaran dari Johor di bandar Sg Siput tetapi penumpang dalam bas telah turun dan “hilang”. Kami membuat aduan polis

dan bas-bas tersebut terpaksa diletakkan di seberang jalan dari stesen polis. Sehingga hari ini ia adalah satu misteri mengapa bas-bas tersebut datang ke Sg Siput. Kami tidak fikir bas-bas itu telah membawa pengundi hantu, sebab dalam semua aliran pengundian, tidak ada sesiapa pengundi yang namanya tidak ada dalam daftar pemilih.

Dua peristiwa yang berlaku pada hari pengundian mencerminkan secara jelas keinginan atau kedahagaan rakyat untuk perubahan serta kesediaan mereka untuk mempertahankan hak mereka dalam menentukan wakil rakyat mereka tanpa campurtangan luar. Pertama, sehingga pengundian berakhir, seratus lebih orang ramai berkumpul untuk menjaga bas-bas Johor untuk mengelakkan berlaku sebarang tipu muslihat. Kedua, sebuah helikopter telah menurunkan 2 peti undi dari kampung orang asli Kuala Mu, di padang Sekolah Kg Baru Sg Buloh. Sebilangan besar orang awam rasa cemas dan marah lalu mengepung peti-peti undi. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai SPR untuk mengumpul peti-peti undi tersebut. Orang ramai tidak sedikit pun percaya pada SPR terutamanya selepas mendapati dakwat kekal yang digunakan itu tidak kekal! Hanya selepas Dr Kumar bertemu dengan pegawai SPR dan mengesahkan peti-peti undi tersebut adalah sah, barulah orang awam beredar dari situ.

Kira-kira 10 malam pada hari mengundi, berdasarkan Borang 14 yang dikutip balik, kami mendapat tahu bahawa kami telah menang. Majoriti di kawasan DUN Jalong amat besar dan merangsangkan. Tetapi undi di luarbandar, kawasan DUN Lintang, telah kurang banyak. Majoriti di Jalong membantu kami untuk menang di Sg Siput.

Kami mendapat tahu bahawa PR telah gagal untuk memenangi negeri Perak. Ia telah kekal di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, tetapi telah kehilangan Kedah. Dan menyedihkan juga apabila kami tahu bahawa PR telah gagal untuk mengambil alih Putrajaya.

Perasaan kami di Sg Siput selepas PRU-13 memang bercampur-campur. #

Page 6: Sosialis (Jun Jul 2013)

6 PILIHANRAYA Jun-Jul 2013

BAGAIMANA HARAPAN RAKYAT KOTA DAMANSARA DIHANCURKAN?

(oleh A. Sivarajan)

Krisis yang telah berlaku dalam PRU-13 di DUN N39 Kota Damansara mencetuskan pelbagai p e r s o a l a n t e n t a n g pergelutan kuasa dan pertelingkahan puak dalam PAS dan juga PKR . Walaupun kerusi tersebut ditandingi oleh D r . N a s i r H a s h i m , Pengerusi PSM, tetapi Kota Damansara telah m e n j a d i m e d a n p e p e r a n g a n y a n g m e n c e r m i n k a n pergelutan peringkat nasional dalam PKR dan PAS .Kisah Kota Damansara membawa ke depan krisis kepimpinan dalam PKR yang melibatkan Azmin Ali. Begitu juga, Kota Damansara memperlihatkan pertarungan sengit di antara dua aliran dalam kepimpinan PAS nasional .

Perundingan Kerusi Peringkat Awal

Beberapa minggu sebelum PRU-13, ramai juga yang menegur PSM kerana kononnya PSM lah yang telah menyebabkan permasalahan pertandingan 3 penjuru. Untuk makluman, PSM sejak tahun 2010 telah berhubung dengan kepimpinan Pakatan Rakyat memaklumkan hasrat PSM untuk bertanding di kerusi DUN Kota Damansara, Semenyih , Jelapang (Perak) dan kerusi Parlimen Sg.Siput menggunakan logo PSM . Sememangnya sebagai sebuah parti berdaftar, PSM boleh bertanding dengan logo sendiri tanpa kebenaran sesiapa. PSM telah membuat keputusan untuk bertanding atas logo bendera merah genggaman tangan putih kali ini. Walau bagaimanapun, atas semangat kerjasama dengan Pakatan dalam menumpaskan UMNO-BN, PSM telah berusaha untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru.

Tetapi malangnya, walaupun PSM telah menghantar surat secara rasmi dan mengadakan bertemuan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ketua Umum PKR DS Anwar Ibrahim, tetapi masalah tersebut berterusan tanpa penyelesaian . PSM amat kecewa kenapa PR begitu susah sangat membenarkan PSM bertanding hanya satut kerusi daripada 222 kerusi Parlimen dan 3 daripada 573 kerusi DUN di seluruh negara. PSM tidak meminta kerusi tambahan sejak PRU-12 yang lalu.

PKR bertegas dengan penggunaan logo

Pada peringkat awalnya, ramai pimpinan PKR termasuk Sdr Azmin sendiri, memberikan sokongan kepada Dr Nasir sebagai calon Kota Damansara memandangkan beliau telah menyandang jawatan ADUN Kota Damansara sejak tahun 2008 . Tetapi apabila PSM menjelaskan hasrat kami untuk menggunakan logo PSM, adanya dalam kalangan pimpinan PKR sudah mula kerja sabotaj mereka. Calon alternatif telah mula dibincangkan di kalangan pimpinan PKR Subang. Beberapa minggu sebelum hari pencalonan, Azmin Ali menurunkan seorang peguam, Razlan sebagai calon sah Pakatan Rakyat di Kota Damansara. Sdr.Razlan, yang menghormati keputusan kepimpinan parti beliau, telah memulakan kempennya di Kota Damansara, walaupun secara peribadinya beliau berasa serba salah melawan Dr.Nasir mantan ADUN dan juga sahabatnya sejak tahun 2008. PKR menggunakan Razlan untuk memberikan tekanan kepada Dr.Nasir supaya bersetuju mengunakan logo PKR dalam PRU 13 ini. Jika PSM tidak akur , maka pertandingan 3 penjuru BN/PSM/PKR sudah pasti.

Kempen anti-sosialis

Niat jahat sesetengah pimpinan PKR terus t e r s e r l a h a p a b i l a mereka mencetuskan pelbagai tohmahan palsu d i kalangan r a k y a t d i K o t a Damansara. Se jak tahun 2008, Dr.Nasir telah bergerak sebagai P S M d i s e l u r u h k a w a s a n K o t a Damansara dengan memberikan bantuan dan perkhidmatannya sebagai seorang ADUN . Tidak pernah timbul isu bahawa rakyat menjauhi diri mereka daripada Dr. Nasir kerana beliau seorang

sosialis ataupun Parti Sosialis Malaysia diketepikan oleh warga Kota Damansara. Tetapi golongan tertentu di PKR Kota Damansara memulakan kempen fitnah bahawa sosialis ialah anti-agama, Dr.Nasir tidak pergi sembahyang di Masjid dan macam-macam lagi .

Kita dapat lihat bahawa semua tohmahan dan persoalan ini hanya timbul daripada individu yang ada kepentingan politik mereka. Ianya hanya ditimbulkan oleh segelintir puak–puak dalam PKR dan PAS serta orang-orang UMNO yang ingin memperlihatkan kemenangan Barisan Nasional di Kota Damansara.

Walaupun selepas tohmahan sedemikian telah mula dicetuskan oleh puak-puak ini, Dr.Nasir dan PSM masih diterima baik di kalangan penduduk Kota Damansara di mana jua beliau pergi semasa kempennya. Ini jelas membuktikan bahawa rakyat Kota Damansara tidak bermasalah dengan ideologi sosialis, hanya sesetengah puak-puak dalam PKR dan PAS sahaja yang sengaja mencetuskan tohmahan palsu untuk memenuhi agenda politik mereka.

Kami difahamkan bahawa PKR Subang juga telah mengadakan perbincangan dengan YDP PAS Subang, menilai kemungkinan YDP PAS dicalonkan di Kota Damansara tetapi dengan syarat mengunakan logo PKR. Sememangnya YDP PAS juga berminat apabila hasratnya untuk bertanding di DUN jiran, Paya Jaras dihancurkan oleh Setiausaha PAS Selangor Sdr. Khairuddin Othman Khairuddin Othman telah disahkan sebagai calon PAS di Paya Jaras.

S e n a r i o sedemikian mula membarakan rasa ketidakpuashatian di kalangan puak penyokong YDP P A S S u b a n g k e r a n a t i a d a peluang bertanding di Paya Jaras dan Kota Damansara .

Dr. Nasir setuju g u n a k a n l o g o PKR

S e l e p a s p e r b i n c a n g a n p a n j a n g l e b a r dengan kepimpinan dan ahli-ahli PSM,

serta perbincangan dengan DS Anwar Ib rah im, maka Dr.Nas i r be rse tu ju menggunakan logo PKR di Kota Damansara walaupun, Setiausaha Agung PSM sendiri diketepikan oleh Sdr Azmin Ali di Semenyih. Walapun Sdr Arulchelvan telah bersetuju menggunakan logo PKR di Semenyih tetapi Azmin Ali masih berdegil meletakkan orangnya, Hamidi Hassan, Ketua Cabang PKR Serdang untuk mewakili PKR. Dengan mengambil kira kepentingan rakyat Kota Damansara dengan hasrat tidak mewujudkan pertandingan 3 penjuru, maka Dr.Nasir setuju menggunakan logo PKR walapun di Semenyih Sdr Arulchelvan di-3-penjurukan oleh Hamidi Hassan daripada PKR.

Sabotaj PAS

Suatu perkara yang tidak disangkakan berlaku pada hari penamaan calon, 20 April 2 0 1 3 , a p a b i l a PA S t i b a d e n g a n rombongannya dan calonnya Ust. Ridzuan untuk bertanding sebagai calon Kota Damansara. Apabila dihubungi, kepimpinan PAS termasuk YDP PAS Selangor Dr Rani, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha PAS Mustafa Ali, kesemua mereka tidak tahu bagaimana boleh jadi adanya calon PAS di Kota Damansara . Pebagai persoalan timbul. Siapakah yang memberikan surat watikah PAS ini? Bagaimana pula kepimpinan PAS sendiri tidak tahu mengenainya? Tetapi segalanya sudah ter lambat , penca lonannya d i te r ima mengakibatkan pertandingan BN/PKR/PAS dan tiga lagi calon bebas tetap berlaku pada hari pengundian .

Doa untuk kehancuran Dr Nasir

Pada pagi hari pencalonan itu, ramai ahli dan penyokong kami terkejut apabila, rombongan hampir 100 orang ahli dan penyokong PAS Subang berdoa secara terbuka di khalayak ramai, “ Ya Allah, hancurkanlah Dr.Nasir, butakanlah matanya!” Kejadian ini amat menggugat kepercayaan kami terhadap PAS yang kami telah kenali selama ini. Ramai yang terkejut, kenapa sebuah parti yang kami telah hormati dan bekerjasama sejak lebih 20 tahun yang lalu di peringkat nasional dan kawasan boleh berubah wajah dan menikam belakang kami. Tambahan pula boleh mendoakan untuk kehancuran seorang pejuang rakyat seperti Dr. Nasir Hashim.

(sambung di m/s 7)

Page 7: Sosialis (Jun Jul 2013)

7 PILIHANRAYA Jun-Jul 2013

(sambung dari m/s 6)

Penjelasan dari blog

Kebenaran muncul pada hari yang sama, melalui suatu blog oleh blogger “Tulangbesi”. Tulang besi ini merupakan seorang ahli PAS yang amat tidak berpuashati dengan tindakan puak PAS Subang yang meletakkan calon mereka di Kota Damansara. Mengikut blog tersebut, menantu Presiden PAS Dato' Seri Ust Hj Hadi Awang, seorang yang dikenali sebagai 'Din Ayam' yang tinggal di Kota Damansara secara terus mendapatkan surat watikah daripada Presiden PAS itu tanpa melalui kepimpinan PAS Pusat. Niat mereka untuk meletakkan Ust.Ridzuan sebagai wakil PAS Subang tercapai, setelah hasrat mereka bertanding di Paya Jaras gagal. Samada hasrat mereka demi kepentingan segelintir PAS Subang ataupun adakah mereka ini telah bergerak sebagai agen pengacau puak UMNO/Barisan Nasional masih merupakan persoalan sehingga hari ini .

Presiden PAS, Hadi Awang serang Dr.Nasir

Selepas isu perletakkan calon PAS ini diadu kepada kepimpinan PAS dan juga Pakatan Rakyat, maka kami dimaklumkan bahawa pada hari Isnin (22/4/2013) berikutnya selepas hari pencalonan, PAS Pusat akan mengadakan suatu mesyuarat khas untuk menarik balik surat watikah tersebut dan mengeluarkan arahan kepada Ust Ridzuan untuk menarik diri. Tetapi sehari sebelum mesyuarat tersebut, Presiden PAS Ust Hadi Awang memberikan penjelasan melalui youtube kenapakah PAS meletakkan calon di Kota Damansara dan 6 lagi kerusi yang telah ditetapkan sebagai kerusi PKR. Ust Hadi memberikan justifikasi kononnya PAS ingin menyelamatkan Pakatan Rakyat daripada calon-calon yang dianggap sebagai 'komunis'. Beliau turut melemparkan tuduhan bahawa kami menganggap Karl Marx dan Lenin sebagai Nabi . Maka sebab itu lah , PAS meletakkan calonnya di Kota Damansara untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat.

Berikutan kenyataan Ust Hadi tersebut, kami telah menerima ugutan bahawa ahli PAS akan menyerbu pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kota Damansara untuk merampas semua gambar-gambar Karl Marx dan Lenin di pejabat kami. Tetapi setelah dihubungi polis, perbuatan mereka tidak berjaya. Pada hari yang sama Dr. Nasir telah mengadakan sidang akhbar membidas kenyataan Ust Hadi dan

telah tarik diri

Pada pagi hari mengundi, 5hb.Mei 2013, puak PAS Subang mengeluarkan sms dengan tohmahan palsu bahawa Dr.Nasir telah tarik diri daripada bertanding di Kota Damansara, maka penyokong Pakatan perlu mengundi calon PAS. SMS tersebut didapati diedarkan kepada ribuan pengundi di sekitar dan di luar Kota Damansara. Sememangnya hanya mereka yang mempunyai hubungan dengan UMNO/BN dan syarikat telco boleh memperolehi sebegitu banyak nombor untuk disebarkan sms tersebut. Ramai juga yang keliru dengan sms pada saat terakhir ini dan mengundi untuk calon PAS.

Akhirnya keputusan pilihanraya di DUN Kota Damansara amat mengecewakan, BN – 16,387 undi, PKR (Dr.Nasir) -14,860 undi, PA S ( U s t R i d z u a n ) - 7 , 3 1 2 u n d i . Kemenangan telah dikorbankan kepada calon BN, Halimahton Saadiah. Harapan rakyat dihancurkan oleh PAS.

Pasca PRU-13

Kini PRU13 telah berlalu, tetapi isu tikam belakang yang berlaku kepada PSM oleh kedua-dua PAS dan PKR masih hangat dibincangkan oleh ahli PAS dan PKR. Ketamakan Azmin Ali telah menyebabkan PKR hilang dua kerusi di Semenyih dan Kota Damansara kepada UMNO/BN. Kehilangan ini juga menyebabkan PKR k e k u r a n g a n p e r j u m l a h a n k e r u s i berbanding dengan PAS dan DAP. Justeru itu juga menyebabkan Azmin Ali terlepas peluang menjadi Menteri Besar Selangor .

YB Khalid Samad juga baru-baru ini menulis mengenai pergolakan yang berlaku dalam PAS yang tercermin di Kota Damansara. Pergolakan diantara puak Unity Government(UG) dan puak yang menentangnya jelas terbukti apabila ada puak pro Presiden PAS yang sanggup menentang keputusan PAS Pusat dan Setiausaha Agung Dato 'Mustafa Ali untuk undur diri di Kota Damansara.

Kini PSM, walaupun sebuah parti yang kecil tetapi menjadi duri dalam daging kepada kedua-dua PAS dan PKR kerana membongkarkan kepincangan dan pergelutan politik dalaman mereka. Bagi PAS Subang, ianya telah hilang segala kredibiliti di kalangan rakyat Kota Damansara kerana dengan jelasnya menghancurkan harapan rakyat untuk membawa perubahan. Oleh kerana kepentingan diri dan dipergunakan oleh UMNO/BN, rakyat Kota Damansara kehilangan seorang ADUN yang bersih, telus dan benar-benar berkhidmat untuk rakyat . #

menjelaskan isu sebenarnya bahawa, Ust Hadi t e r p a k s a m e n g e c a m k a m i d e m i menjustifikasikan tindakannya memberikan surat watikah kepada Ust Ridzuan tanpa persetujuan kepimpinan PAS Pusat yang lain.

Intimidasi dan kempen PAS berterusan

Walaupun selepas beberapa har , Setiausaha PAS Dato Mustafa Ali telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerusi Kota Damansara dengan sahnya akan ditandingi oleh PKR dan calonnya ialah Dr. Nasir, tetapi kepimpinan PAS Subang enggan terima arahan tersebut. Mereka berkempen dengan lebih giat lagi. Pada satu ketika mereka juga melakukan provokasi dengan menuduh kami menurunkan bendera PAS di kawasan bilik gerakan Dr. Nasir. Mereka datang ke bilik gerakan menuduh dan menjerit dengan niat untuk memprovokasi kami .

Kami juga dapat lihat kekuatan kewangan jentera PAS untuk calon mereka Ust Ridzuan. Begitu banyak wang dibelanjakan untuk menaikkan billboard, sepanduk, bendera dan pelbagai lagi bahan kempen. Sangkaan kami pada masa itu adalah jentera PAS Subang ditaja secara kewangan oleh puak UMNO/BN untuk memecahkan undi hampir terbukti.

Ceramah Dato'Mustafa Ali, Setiausaha PAS Pusat di serang oleh PAS Subang

Sebagai tindakan memperjelaskan isu pertelingkahan PKR dan PAS di Kota Damansara, kami telah mengaturkan ceramah khas dengan menjemput Dato'Mustafa Ali untuk

menerangkan dengan sendirinya keputusan PAS Pusat mengenai kerusi Kota Damansara.

Semasa ceramah itu, sekumpulan ahli PAS dari PAS Subang telah mengecam Dato'Mustafa Al i , mengeluarkan sepanduk protes dan mengejek beliau untuk menjadi ahli PSM. Mereka juga mencelah semasa ceramahnya dan mendakwa bahawa mereka lah calon yang telah menerima watikah Presiden PAS. Keadaan menjadi begitu tegang dan bantuan pihak polis terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan. Mustafa Ali terpaksa memberhentikan ceramahnya dan dibawa keluar kerana kemungkinan dicederakan oleh ahli partinya sendiri.

PKR Kota Damansara bertalam dua muka

Oleh kerana Sivarasa, calon Parlimen Subang memerlukan kerjasama PAS Subang untuk menyokongnya di Paya Jaras, maka beliau dipercayai membuat rundingan sulit dengan kepimpinan PAS Subang agar berkempen untuk beliau sebagai calon PKR kerusi Parlimen Subang. Jentera Ust Ridzuan juga bertukar rentak dan mula berkempen pula untuk calon PKR Sivarasa di Parlimen dan Ust Ridzuan untuk DUN Kota Damansara.

Walaupun Sivarasa menyatakan bahawa Dr.Nasir adalah calon sah DUN Kota Damansara apabila menghadiri ceramah kami, sikap talam dua muka ini terus ditonjolkan apabila seluruh jentera PKR Subang berpecah dua. Keseluruhan penyelaras DUN PKR dan orangnya melompat ke pihak menyokong c a l o n PA S U s t Ridzuan.

T i n d a k a n P K R Subang memuncak a p a b i l a s e h a r i s e b e l u m h a r i m e n g u n d i , keseluruhan jentera P K R D U N K o t a D a m a n s a r a m e n g e l u a r k a n kenyataan akhbar bahawa mereka tolak Dr. Nasir sebagai calon PKR .

Tohmahan palsu bahawa Dr .Nasir

Page 8: Sosialis (Jun Jul 2013)

8 PILIHANRAYA Jun-Jul 2013

PSM di Semenyih: Pencapaian di Sebalik Kekalahan

PRU-13 di DUN Semenyih (N.24) memperlihatkan pertandingan 3 penjuru – PSM, PKR dan BN. Segala rundingan untuk mengelakkan pertandingan 3 penjuru gagal. Pimpinan PSM telah berjumpa dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dan menyatakan kesediaan PSM bertanding menggunakan logo PKR demi menghormati aspirasi rakyat yang mahukan satu lawan satu. Namun, agak mengejutkan apabila nama calon PKR, Hamidi Hassan diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) di Semenyih walaupun rundingan masih berjalan. Percaturan politik dalaman dan perebutan jawatan MB Selangor dalam PKR, telah menafikan kesediaan PSM menggunakan logo PKR dan alasan calon Melayu turut dimainkan.

Bagi PSM, kerusi DUN Semenyih adalah kerusi yang telah dipertandingkan olehnya pada tahun 2008. Ianya juga adalah hasil rundingan pada masa itu di mana kerusi Bukit Lanjan ditukarkan dengan Semenyih. Sebelum itu, pada tahun 2004, PSM pernah bertanding di Bukit Lanjan. Lebih dari itu, PSM, khususnya Arul telah lama membuat kerja-kerja akar umbi di kawasan Semenyih. Jadi, adalah wajar PSM bertanding di Semenyih. Lagi pun, PKR tidak mempunyai calon tempatan dan Hamidi dibawa dari Serdang.

Namun, keputusan di Semenyih tidak seperti yang dijangkakan. Kami sedar bukan mudah nak menang di DUN Semenyih. Tetapi, tidak juga dijangka keputusan yang sebegitu. PSM hanya meraih undi sebanyak 5568 berbanding PKR 13,471 dan BN 17,616. Ya, PSM kalah. Tetapi di sebalik kekalahan ini adalah beberapa pencapaian.

1. Buat pertama kali dalam sejarahnya, PSM

bertanding mengunakan logonya sendiri.

Logo gengaman tangan dapat bertanding

secara sah kerana PSM telah didaftarkan

selepas ber juang lebih 10 tahun.

Pendaftaran ini diberikan pada tahun 2008

se lepas PRU-12. In i menandakan

kemasukan parti sosialis secara rasminya dalam

arena pilihanraya di negara ini. Sebelum ini, PSM

hanya mampu meminjam logo parti pembangkang

yang lain seperti DAP dan PKR.

2. PSM di Semenyih telah berjaya meraih hampir

5600 undi. Jika kita analisa keputusan PRU13,

semua calon yang berlawan dengan calon BN dan

PR mendapat undi yang amat sedikit,

kebanyakannya kurang dari 1000 undi. Tetapi

PSM di Semenyih nampaknya lebih mantap dan

mempunyai sokongan rakyat kerana jumlah ini

memang ditujukan kepada PSM.

3. Jika dilihat perang poster dan bendera, seolah-

olah pertandingan 2 penjuru di antara PSM dan BN

di Semenyih. Gelombang merah sememangnya

terasa bagi mereka yang melalui jalan-jalan utama

di Semenyih. Bendera PKR hanya kelihatan di

beberapa tempat sahaja dan manakala poster

calon PKR boleh dibilang dengan jari.

4. PSM mendapat sokongan padu daripada rakan-

rakan seperjuangan dalam gerakan rakyat. Ramai

yang turun membantu apabila mendapat tahu Arul

telah ditigapenjurukan di Semenyih. Kehadiran

Aunty Bersih, Mama Bersih, Solidariti Mahasiswa

Malaysia (SMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa

Independen (KAMI), dan ramai lagi amat

bersungguh-sungguh dalam membantu kempen

pilihanraya PSM di Semenyih. Kumpulan pelajar

DEMA telah berkampung selama 2 minggu di

Semenyih. Semasa kempen, Pak Samad Said,

Dato Ambiga dan aktivitis sosial seperti Dr. Kua,

Lee Ban Chen, Wong Chin Huat dan ramai lagi

juga turun bersama. Tidak cukup dengan itu, ramai

pemimpin nasional dan tempatan memberikan

testimoni bahawa Arul adalah seorang calon yang

berwibawa.

5. Calon PSM, Arul

telah menunjukkan

kualiti yang tinggi.

Beliau telah menjadi

c o n t o h c a l o n

sosialis yang baik.

Sdr Arul dan calon

PSM yang lain telah

membuat deklarasi

h a r t a s e b e l u m

p i l i han raya . I n i

untuk memastikan

supaya rakyat dapat

memantau semua

calon PSM dan kesemuanya adalah

bersih dan tidak korup. Sdr Arul juga

membuat akujanji dengan rakyat di

Semenyih agar semua janj i

pilihanraya bukan sekadar janji

manis. Malah beliau mempelawa

rakyat untuk membawanya ke

mahkamah jika beliau mungkir janji.

Cuma, satu perkara yangh amat mengecewakan PSM dalam PRU-13 ini. Arul mempunyai track record sebagai aktivitis dan Ahli Majlis MPKj yang cemer lang . Be l i au t e l ah banyak mencurahkan khidmatnya di kawasan Semenyih. Memang PSM dikenali dengan kerja akar umbinya dan ini diakui oleh ramai orang termasuk calon lawan. Bermodalkan kekuatan ini, PSM yakin dapat memberikan saingan sengit dalam pilihanraya ini. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya tidak mencerminkan perkara ini. Jasa dan bakti PSM Semenyih diketepikan sama sekali. Rakyat hanya melihat logo dan bukannya calon. Rakyat telah mengundi untuk logo parti yang 'besar' supaya dapat UBAH Kerajaan.

Di Semenyih, parti DAP yang tidak pernah aktif, tiba-tiba bangun dari tidurnya dan mula berkempen secara giat di Kg Baru Cina. Mereka berkempen dengan hujah bahawa, Arul bagus dan banyak buat kerja tetapi Arul bukan PR dan adalah calon bebas. Mereka berkata, Undi kepada Arul tidak akan 'UBAH' Kerajaan. Ini ditambah pula dengan segelintir petugas PKR berbangsa India yang mengelirukan rakyat marhaen – Arul sudah tarik diri, Arul tanding bawah logo mata yang sedikit sebanyak menjejaskan kempen PSM.

Hasilnya, BN menang dan UBAH tidak berlaku di Semenyih. 'Ini kalilah' sudah menjadi 'Lain kalilah'. Semoga pengalaman PRU-13 ini menjadi satu pengajaran kepada semua pihak terutamanya bagi mereka yang bersikap angkuh dan membuli parti kecil seperti PSM demi kepentingan sendiri.

(Oleh K. Simon)

Page 9: Sosialis (Jun Jul 2013)

9 PILIHANRAYA Jun-Jul 2013

Kempen PSM Di DUN Jelapang:Tetap Berjuang Bersama Rakyat

PSM Jelapang ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi-pengundi Jelapang yang telah keluar mengundi pada 5 Mei baru-baru ini. Calon PSM, M. Sarasvathy yang bertanding di Jelapang telah kalah dalam PRU kali ini dengan hanya meraih undi sebanyak 2568. Walaupun undi yang diperoleh dalam pilihanraya kali ini berlipat ganda berbanding pilihanraya yang lalu, namun undi yang calon PSM peroleh masih jauh berbanding dengan calon yang menang.

PSM Jelapang kecewa bahawa usaha-usaha kerja akar umbi yang telah dijalankan selama ini tidak menterjemah kepada undi dalam pilihanraya. Namun, keputusan yang mengecewakan ini langsung tidak menjejaskan semangat PSM Jelapang untuk terus berkhidmat untuk rakyat DUN Jelapang dan membawa perjuangan rakyat ke hadapan.

Kekalahan PSM di Jelapang: Apakah telah terjadi?

Kempen PSM di Jelapang berjalan dengan begitu semangatnya sekali. Ramai pengundi yang didekati memang tahu tentang kerja-kerja yang dilakukan oleh Saras dan PSM Jelapang, serta banyak punjian yang diperoleh oleh Saras. Boleh dikatakan bahawa hanya calon PSM dan pasukannya berkempen secara serius di DUN Jelapang dengan mengemukakan manifesto DUN Jelapang secara jelas, menandatangani Akujanji calon dan juga mengedarkan risalah tentang kerja-kerja akar umbi calon kepada para pengundi. Kempen PSM juga mendapat sambutan baik daripada penduduk di sekitar DUN Jelapang. Walau bagaimanapun, calon PSM, Saras, telah kalah dalam pertarungan di DUN Jelapang.

Memang terdapatnya hasrat jelas di kalangan rakyat untuk mengundi calon Pakatan Rakyat kerana keinginan hebat untuk tamatkan pemerintahan BN. PSM telah sejak awalnya berjuang untuk menamatkan pemerintahan BN dan menyokong Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun, di dalam pertandingan di DUN Jelapang, selain mood rakyat untuk memilih calon daripada Pakatan Rakyat walaupun mereka tidak kenal calon ataupun calon tidak mempamerkan kualiti sebagai seorang wakil rakyat, terdapat juga usaha-usaha yang cuba sabotaj kempen pilihanraya PSM di Jelapang:

- Semasa tempoh kempen pilihanraya, calon DAP telah membuat beberapa kenyataan kepada pihak media bahawa PSM bukannya anggota Pakatan Rakyat dan membuat tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, misalnya PSM menyalahgunakan lambang parti-parti Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat. Padahal, PSM telah mengatakan dirinya adalah sahabat kepada Pakatan Rakyat dan menyokong Pakatan Rakyat dalam mengambilalih kerajaan Perak melalui pilihanraya. PSM Jelapang langsung tidak mengatakan apa-apa yang buruk tentang calon DAP dan Pakatan Rakyat semasa kempen, sebaliknya menyeru pengundi mengundi calon Pakatan Rakyat di semua kawasan (termasuk kawasan Parlimen Batu Gajah) kecuali DUN Jelapang. Yang mengelirukan pengundi adalah k e n y a t a a n c a l o n D A P y a n g t i d a k bertanggungjawab itu.

- Terdapatnya banyak khabar angin yang berniat jahat ke atas Saras dan PSM telah disebarkan melalui saluran seperti SMS. Tohmahan-tohmahan palsu yang berniat jahat yang dilemparkan ke atas Saras dan PSM Jelapang

termasuklah bahawa Saras adalah ejen BN, Saras hanya mahukan undi orang India dan sebagainya. Semua tohmahan ini terbukti tidak berasas. Saras dan PSM sejak awal lagi berjuang untuk kepentingan rakyat dan sent iasa menentang pemerintahan BN yang korup lagi zalim. Malahan, Saras sendiri menjadi mangsa kepada kezaliman pemerintahan BN apabila ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO). Prinsip dan pendirian Saras dalam melawan BN menjadi lebih kukuh lagi selepas penahanan di bawah EO. Semua orang yang pernah mengunjungi pusat khidmat PSM dan pernah dibantu oleh Saras tahu bahawa PSM menghulurkan bantuan kepada sesiapa saja yang perlukan bantuan tanpa mengira warna kulit, kaum, agama, bahasa dan budaya.

- Papan tanda (billboard) pilihanraya PSM Jelapang di SMK Pusing dirobohkan oleh SPR atas sebab adanya aduan tidak berasas daripada DAP Tronoh. Memang SMK Pusing adalah di bawah kawasan

DUN Jelapang tetapi telah dituduh menceroboh ke kawasan DUN Tronoh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua usaha ini cuba menimbulkan persepsi negatif ke atas PSM Jelapang.

PSM Jelapang tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang menyerang calon DAP ataupun Pakatan Rakyat sepanjang kempen pilihanraya kami, kerana kami jelas bersama dengan Pakatan Rakyat dalam menentang kekuasaan BN. Tetapi, malangnya, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam DAP yang menggunakan taktik kotor seperti tomahan palsu yang mengelirukan rakyat dan tuduhan yang tidak berasas untuk menjatuhkan r e p u t a s i Saras/PSM . P S M Jelapang k e c e w a d e n g a n s i k a p sesetengah a h l i p o l i t i k d a l a m P a k a t a n R a k y a t yang tidak mengenal s iapakah k a w a n d a n musuh.

P S M T e t a p A k a n Laksanakan Janji-j a n j i

Dalam Manifesto DUN Jelapang

S a r a s d a n P S M J e l a p a n g t e l a h mengutarakan 23 perkara yang perlu diselesaikan untuk DUN Jelapang dalam Manifesto PSM untuk DUN Jelapang. 23 perkara tersebut boleh dilaksanakan sekiranya Saras dipilih sebagai ADUN. Namun, dengan kekalahan Saras di DUN Jelapang, pelaksanaan penyelesaian untuk isu-isu ini akan menjadi rumit kerana ketiadaan wakil rakyat yang berani dan sanggup membawa isu-isu ini dalam DUN dan juga mendesak kerajaan negeri.

Misalnya, isu tanah seperti di Kg Pinang. Selama ini, pihak kerajaan Negeri Perak tidak mengiktiraf kedudukan penduduk yang mendiami sesuatu tempat untuk bergenerasi tanpa hak milik tanah. Peneroka-peneroka bandar sering dilabel sebagai setinggan dan diusir secara paksa sesuka hati. Perkara yang sama berlaku walaupun Pakatan menguasai pentadbiran negeri Perak untuk lebih 10 bulan selepas PRU-12. Memang kita perlukan suara yang lantang dalam DUN Perak untuk memperjuangkan hak tanah dan perumahan untuk kampung-kampung peneroka Bandar seperti di Kg Pinang Pusing.

Walaupun Saras tidak dapat dipilih ke dalam DUN Perak, Saras dan PSM Jelapang masih bertekad dan berusaha gigih untuk menunaikan janji dalam Manifesto DUN Jelapang.

Saras dan PSM Jelapang akan teruskan khidmat untuk rakyat DUN Jelapang dengan meneruskan pusat-pusat khimat rakyat PSM di DUN Jelapang.

PSM Jelapang berterima kasih kepada s e m u a s u k a r e l a w a n y a n g t e l a h mengorbankan masa dan tenaga mereka dalam berkempen untuk Saras. Semua sukarelawan ini telah berkempen untuk kami tanpa mengharapkan apa-apa habuan daripada PSM. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka semua ini. PSM juga berterima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas kepada kempen kami.

Walaupun kalah dalam pilihanraya, tapi kami tidak kalah dalam perjuangan rakyat. Rakyat Malaysia sudah semakin sedar dan berani dalam memperjuangkan hak asasi. Gerakan rakyat akan menjadi lebih hebat selepas PRU kali ini. Sekiranya pemimpin kerajaan enggan melindungi hak rakyat, yang pasti rakyat akan bangkit lebih kekuatan yang lebih hebat. #

(Berikut merupakan kenyataan yang dikeluarkan oleh K. Kunasekaran, Pengarah Pilihanraya PSM DUN Jelapang pada 10 Mei 2013, berikutan kekalahan Saras di DUN Jelapang)

Page 10: Sosialis (Jun Jul 2013)

Venezuela: Chavez Meninggal DuniaRevolusi Bolivarian Tetap Berterusan

10 ANTARABANGSA Jun-Jul 2013

Pemimpin unggul gerakan Sosialis Abad ke-21, Hugo Chavez, meninggal dunia akibat penyakit barah pada 5 Mac 2013 di Caracas. Kesedihan atas pemergian Chavez memang begitu hebat, apabila ramai orang bergegas ke Caracas dan melihat jenazah Chavez untuk kali terakhir.

Chavez merupakan tokoh politik kiri yang penting dalam sejarah kontemporari Amerika Latin dan merupakan seorang pejuang revolusioner yang gigih. Chavez telah mendedikasikan seumur hidupnya kepada perjuangan rakyat Venezuela dan Amerika Lat in untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu serangan neo-liberal, imperialis dan kapitalis.

Dalam pilihanraya presiden terakhir yang disertai oleh Chavez pada tahun 2012, Chavez telah mendapat sebanyak 8,191,132 undi (peratusan undi 55.07%) dan menang untuk kali keempat. Beliau juga merupakan calon presiden yang memperoleh paling banyak undi dalam sejarah Venezuela.

Selepas Chavez dipilih menjadi Presiden Venezuela pada tahun 1998, beliau telah memulakan satu proses revolusioner yang melibatkan perubahan politik dan ekonomi yang radikal. Selapin memperbaiki kehidupan jutaan rakyat bawahan, Chavez juga menggerakkan praktik demokrasi dari bawah sebagai alternatif kepada politik elit. Dasar-dasar ekonomi Chavez yang berhaluan kiri dan juga pendirian tegasnya di arena antarabangsa apabila berdepan dengan kekuasaan kapitalis global serta mencabar dominasi Amerika Syarikat, telah menjadikan Chavez seorang pemimpin dunia yang begitu kontroversi sekali. Chavez dilihat sebagai musuh utama oleh elit pemerintah Washington dan juga golongan oligarki di Venezuela; tetapi Chavez disambut sebagai seorang wira sejati oleh rakyat bawahan di Venezuela dan Amerika Latin. Chavez juga menjadi insiprasi kepada golongan kiri di seluruh dunia dalam membina al ternat i f sosia l is yang menjamin kesejahteraan rakyat.

Pelbagai usaha dilakukan oleh imperialis Amerika Syarikat dan golongan elit oligarki Venezuela untuk menggagalkan Revolusi Bolivarian yang dipimpin oleh Chavez, tetapi semuanya gagal. Cubaan rampasan kuasa secara keras pada April 2002 telah digagalkan oleh kebangkitan kuasa rakyat Venezuela. Mogok industri petroleum yang cuba lumpuhkan ekonomi oleh puak oligarki juga gagal. Cubaan melucutkan jawatan Presiden Chavez pada 2004 melalui referendum juga gagal apabila rakyat memilih semula Chavez melalui proses demokrasi.

Walaupun Chavez sudah meningggal, tetapi semangat perjuangan revolusi beliau tetap akan membara dalam hati rakyat Venezuela yang sudah pun sedar. Apabila mengetahui tentang pemergian Chavez, Presiden Bolivia, Evo Morales berkata demikian, “Chavez adalah seorang sahabat yang penuh dengan kasih sayang, seorang rakan seperjuangan dalam revolusi, seorang rakyat Amerika Latin yang berjuang bersungguh-sungguh untuk tanahairnya, seperti Simon Bolivara (tokoh pembebasan Amerika Latin daripada penjajahan Sepanyol). Beliau menyumbangkan seumur hidupnya kepada usaha pembebasan rakyat Venezuela, rakyat Amerika Latin dan juga pejuang-penjuang anti-imperialis seluruh dunia… Walaupun sedih, apa yang ingin kami kata, mereka yang bersama beliau perlu lebih bersemangat, berani dan bersatu padu, kerana proses pembebasan ini bukan sahaja milik rakyat Venezuela, tetapi rakyat Amerika Latin juga patut teruskannya.” Morales bertegas bahawa “Chavez akan sentiasa bersama kita.”

Cabaran Selepas Chavez

Selepas kematian Chavez, satu pilihanraya Presiden telah diadakan pada 14 April yang lalu. Ini adalah satu pilihanraya yang tidak diinginkan oleh rakyat Venezuela kecuali puak kanan yang cuba merampas kembali kuasa.

Apa yang memeranjatkan dalam pilihanraya presiden tersebut, pengganti Chavez, Nicolas Maduro yang dijangka akan menang dengan selesa, hanya menang dengan perbezaan undi yang tipis. Maduro berjaya meraih sebanyak 7,587,161 undi (peratusan undi 50.61%) hanya 1% lebih sahaja b e r b a n d i n g c a l o n pembangkang berhaluan kanan, Capriles. Ini telah menimbulkan kebimbangan sama ada proses revolusi Bolivarian boleh bertahan atau tidak.

S e b e l u m p i l i h a n r a y a presiden terbaru, sokongan kepada Maduro memang tinggi, tetapi keputusan

pilihanraya mencerminkan bahawa gerakan Bolivarian terlalu yakin pada diri mereka dan memandang remeh terhadap kebolehan mobilisasi puak kanan yang mendapat sokongan kewangan daripada golongan elit ekonomi.

Sepanjang 14 tahun revolusi Bolivarian, memang prosesnya tidak selalunya lancar. Venezuela tidak bertukar menjadi syurga di dunia dalam proses tevolusi, tetapi proses revolusi telah memperbaiki kehidupan kebanyakan rakyat bawahan dan paling penting adalah memberikan kuasa kepada rakyat miskin untuk melibatkan diri dalam proses pembinaan demorasi dari bawah. Konflik kelas di Venezuela semakin ketara apabila proses revolusi Bolivarian mengancam kepentingan ekonomi golongan elit oligarki.

Selepas Chavez meninggal dunia, gerakan revolusi Bolivarian telah kehilangan seorang pemimpin berkarisma untuk menyatukan massa rakyat. Pengganti Chavez, Maduro, yang berasal daripada gerakan kesatuan sekerja, lebih cenderung kepada proses perundingan berbanding ketegasan yang ditunjukkan oleh Chavez. Puak kanan juga lebih “cerdik” dengan menggunakan retorik bahawa mereka boleh “tamatkan segala masalah” dan berselindung di bawah penyamaran sebagai “demokratik sosial”.

Proses revolusi dalam mempertingkatkan taraf kehidupan rakyat bawahan dan membina demokrasi dari bawah yang telah berlangsung untuk 14 tahun di Venezuela, memang m e n u n j u k k a n p e n c a p a i a n y a n g memberangsangkan. Tetapi masih adanya masalah-masalah yang belum ditangani secara berkesan, misalnya birokrasi, jenayah dan rasuah. Ada orang juga berasa kepenatan terhadap politik revolusi apabila berlakunya keadaan kekurangan bekalan barangan keperluan harian akibat sabotaj golongan elit politik, sehingga mereka terpedaya dengan retorik kosong puak kanan..

Rakyat Venezuela telah berjaya menangkis serangan puak kanan tanpa kehadiran Chavez, walaupun hanya satu kemenangan yang tipis. Memang keputusan pilihanraya terbaru ini memberikan amaran bahawa proses revolusi rakyat Venezuela tidak boleh dilengahkan. Cabaran yang bakal dihadapi oleh rakyat Venezuela memangnya hebat. Tetapi, Venezuela tidak sama dengan Chile tahun 1973. Tempoh 14 tahun proses Revolusi Bolivarian telah melahirkan satu generasi rakyat yang sedar dan tidak akan patah balik. Revolusi Bolivarian tetap berterusan! #

Page 11: Sosialis (Jun Jul 2013)

11 SUDUT SEJARAH Jun-Jul 2013

SURAINI ABDULLAH (1924-2013) SEORANG PEJUANG KEMERDEKAAN DAN ANTI-IMPERIALIS

Pemergian Suriani Abdullah sudah terjangka. Beliau memang uzur untuk jangkamasa yang yang lama sebelum meninggal dunia. Usia beliau pun sudah lanjut. Suraini meninggal dunia bukan di tanahairnya. Beliau meninggal dunia di Kampung Perdamaian Sukhirin atau secara rasminya disebut Ban Chulabhorn Patana 12 dalam Wilayah Narathiwat di Selatan Thailand iaitu satu kawasan yang telah pernah menjadi kubu Rejimen ke-10, Tentera Pembebasan Rakyat Malaya sejak 1950-an.

Beliau menghembuskan nafas seperti juga pejuang pembebasan tanahair yang lain seperti Rashid Maidin, Abu Samah dan ramai lagi yang tidak dapat pulang di tanah air mereka. Antara kepimpinan Parti Komunis Malaya yang masih hidup di Thailand adalah Pengerusinya Abdullah CD dan Setiausahanya Chin Peng.

Perkampungan Sukhirin di selatan Thailand adalah satu kawasan yang boleh dilawati oleh orang ramai. Terdapat sebuah muzium di sana dan juga tugu pahlawan Rejimen ke-10. Saya sempat melawat perkampungan ini seperti ramai orang yang lain dan juga sempat berjumpa dengan ibu Suraini.

Pada ketika itu pun, umur beliau sudah lanjut tetapi beliau cukup tegas dan tajam pemikirannya semasa bercakap. Saya sebagai Setiausaha Agung PSM bertanya sama ada

beliau mempunyai sebarang nasihat dan jawapan beliau cukup ringkas dan padat. Beliau berkata, kita hidup dalam era berlainan dan adalah tidak patut untuk beliau menasihatkan apa yang perlu dibuat. Beliau berkata anda harus berjuang mengikut keadaan objektif di Malaysia hari ini dan anda lebih mengetahui keadaan di sana. Selain itu, beliau ada memberi tiga pesanan yang saya rasa cukup berharga nilainya.

1) Buat kerja secara ikhlas dengan orang dan selalu membantu r a k y a t . B e k e r j a s e c a r a bersungguh-sungguh; 2) Baca buku-buku idelogi dan fikirkan adakah ia benar; 3) Kepimpinan p a r t i j a n g a n s e k a l i - k a l i membelakangkan kepercayaan yang diberikan oleh ahli-ahli.

Bagi saya, nasihat Suraini cukup padat dan menyeluruh. Beliau w a l a u p u n a d a l a h k e t u a propaganda parti pada satu ketika iaitu satu posisi yang cukup hebat t e t a p i t i d a k s e k a l i - k a l i menunjukkan keangkuhannya. Pemerg ian Sur ian i sudah d i j a n g k a . S a y a k e c e w a perjuangan beliau tidak direstui oleh akhbar-akhbar arus perdana.

Mengimbas kembali Suraini dan p e r j u a n g a n k e m e r d e k a a n M a l a y s i a . P e r j u a n g a n Kemerdekaan Malaya dipelopori oleh dua golongan iaitu puak kanan diketuai oleh UMNO dan puak kiri yang diketuai oleh PKMM, AMCJA-PUTERA dan sebagainya. Selain itu ada orang yang menentang Penjajah British d e n g a n c a r a p e r j u a n g a n

bersenjata manakala ada orang yang menggunakan metodologi lain tanpa senjata. Di semua negara di dunia, memang ada dua elemen perjuangan ini iaitu perjuangan bersenjata dan perjuangan menuntut kemerdekaan dengan cara aman atau terbuka.

Pihak penjajah memang takut kepada perjuangan bersenjata tetapi mereka sendiri menggunakan senjata untuk menjajah sesebuah negara. Jika kita menolak perjuangan bersenjata yang digunakan oleh Suraini dan kawan-kawannya, maka kita juga harus menolak perjuangan bersenjata yang di lakukan oleh pejuang tanahair sepert i Maharajalela , Tok janggut, Tok Bahaman, Mat Kilau, Mat Salleh dan sebagainya. Justeru itu, kita harus meneliti apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka mengangkat senjata pada ketika itu daripada mengambil langkah malas mengutuk mereka bulat-bulat.

Semasa Kerajaan Malaysia menandatangai perjanjian Haadyai pada 1989, Kerajaan Melaysia sudahpun mengakui sumbangan PKM dalam kemerdekaan Malaya dan justeru itu, isu ini tidak harus dipertikaikan lagi. Namun saya kecewa pejuang nasionalis kiri seperti Suraini masih dinafikan hak mereka dalam sejarah rasmi negara ini.

Sudah tiba masanya sejarah ditulis sebagai sejarah dan biar rakyat membuat keputusan samada satu perjuangan itu sahih atau tidak.

Kenyataan Rasmi PSM 21-3-2013 setelah mengetahui beliau meninggal dunia adalah

Part i Sosial is Malaysia (PSM) ingin merakamkan rasa takziah kepada keluarga dan kawan-kawan Srikandi Suriani yang merupakan salah seorang tokoh agung kiri tanahair yang berjuang untuk kemerdekaan tanahair dan telah menentang pencerobohan Malaya oleh Imperialis Jepun dan British.

Ibu Suriani adalah antara pejaung paling unggul abad ke 20 dan pernah diberi perkenan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada tahun 1989.

Se benarnya ramai wanita yang terlibat dalam gerakan kemerdekaan dan SriKandi Suriani merupakan salah seorang daripada tokoh yang banyak membuat pergorbanan demi p e r j u a n g a n .

Suriani Abdullah lahir pada 23 Januari 1924 di Sitiawan, Perak. Pejuang progresif ini lahir dalam zaman kesedaran nasional rakyat semasa Tanah Melayu pada masa itu dijajah oleh British. Pada masa itu Malaya sedang bergelora dengan kebangkitan rakyat. Beliau adalah produk kebangkitan ini.

Setelah Perang Anti-Jepun meletus, Suraini terpengaruh dengan gerakan pelajar anti-Jepun. Pada masa itu, terdapat dua parti politik yang aktif menentang penjajahan; KKM (Kesatuan Melayu Muda) dan PKM (Parti Komunis Malaya). Suriani menyertai Tentera Pembebasan Tanahair iaitu Rejimen Ke-10.

Sumbangan Suriani kepada kemerdekaan Negara harus dilihat melalui penglibatan beliau dalam Perjuangan Anti-Jepun (1941-1945) dan Perang Pembebasan Nasional Anti-British (1948-1957)

Beliau pernah ditangkap oleh tentera Jepun dan dipenjarakan. Namun, semangatnya yang gagah dan berani menyebabkan Suriani tidak pernah tunduk kepada kekejaman penjajah. Semangat dan penampilan pejuang wanita ini diberi pengiktirafan dan diberi gelaran ”SRIKANDI ANTI-JEPUN”.

Beliau banyak memberi sumbangan dan berjuang bersama-sama tokoh seperti Abdullah CD dan Rashid Maidin sehinggalah termeterai Perjanjian Damai Haadyai di antara Kerajaan M a l a y s i a d a n P K M . S u r i a n i t e l a h berumahtangga dengan Abdullah CD dan menetap di Selatan Thailand.Pada tahun 1999, Suriani dan Abdullah CD telah mengerjakan Haji di Mekah.

Dalam pemergian ini, PSM meminta Kerajaan Malaysia mengikriraf pengorbonan semua pejuang yang berjuang untuk kemerdekaan Malaysia termasuk pejuang kiri seperti Suriani. Sejarah harus memberi pespektif benar dan biar rakyat menentukan.

Salam Pemergian Ibu Suriani - Perjuangan mu tetap dikenang dan dihormati.

(oleh S.Arutchelvan, 21-3-2013)

Page 12: Sosialis (Jun Jul 2013)

PERJUANGAN RAKYAT12 Jun-Jul 2013

KERLIPAN CAHAYA DEMOKRASI

DALAM BLACKOUT

RAKYAT BERSUARA

Himpunan Suara Rakyat 505

PJ, 25 Mei 2013

Himpunan Blackout 505

Kelana Jaya, 8 Mei 2013

Pulau Pinang, 11 Mei

Ipoh, 12 Mei