sosialis (jun jul 2014)

12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Jun-Jul 2014 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ > m/s 5 Selepas Teluk Intan Ke Mana Tujunya Pakatan? Dua pilihanraya kecil (PRK) telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu. PRK Bukit Gelugor tidak sebegitu hangat macam PRK yang lepas kerana Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon, sekali membolehkan kemenangan mudah untuk calon DAP- Pakatan Rakyat, Ram Karpal Singah, anak kepada mendiang Karpal Singh yang menyandang kerusi parlimen Bukit Gelugor sebelum ini. Namun, senario amat berbeza dalam PRK Teluk Intan, di mana kita menyaksikan pertarungan sengit sehingga kita dikejutkan dengan kekalahan calon DAP-Pakatan Rakyat dengan perbezaan 238 undi sahaja! PRK Teluk Intan diadakan pada 31 Mei yang lalu, selepas penyandang kerusi parlimen, Seah Long Peng (DAP-Pakatan Rakyat) meninggal dunia. DAP telah mengambil keputusan yang “berani” dengan meletakkan seorang anak muda Melayu yang baru berkecimpung dalam arena politik, Dyana Sofya, sebagai calonnya. Pencalonan Dyana Sofya sebenarnya juga merupakan kompromi dalam parti DAP yang cuba meredakan perbalahan dalaman parti di mana calon-calon yang lebih dikenali sebelum ini terpaksa digugurkan dan seorang calon payung terjun diletakkan. Pencalonan Dyana Sofya telah mencetuskan satu topik perbualan yang hangat pada awalnya tetapi perdebatan yang berlaku kebanyakannya hanya tertumpu pada wajah luaran seseorang calon bukannya tentang ideologi politik dan juga isu-isu asas yang berkaitan dengan rakyat akar umbi. UMNO begitu gerun pada pencalonan Dyana Sofya sehingga cuba melontar pelbagai tohmahan dan mengatur serangan peribadi secara bertubi-tubi. Apabila keputusan PRK Teluk Intan diumumkan, calon BN, Mah Siew Keong, yang merupakan Presiden untuk Parti Gerakan, telah meraih sebanyak 20,157 undi, mengalahkan Dyana Sofya yang mendapat 19,919 undi. Undi majoriti yang memastikan kemenangan BN di PRK Teluk Intan hanyalah 238 undi, jumlah ini lebih kurang daripada undi rosak, iaitu 543 undi. Undi yang diperoleh DAP-Pakatan dalam PRK Teluk Intan memang jauh lebih kurang daripada undi semasa PRU-13 pada setahun yang lepas, di mana mendiang Seah meraih undi sebanyak 27,399, dan menang dengan undi majoriti sebanyak 7,313. Ini menunjukkan bahawa DAP telah kehilangan atau kekurangan lebih 7,000 undi! Satu “swing” yang boleh dikatakan agak hebat. Ada penganalisa yang mengatakan bahawa kehilangan undi DAP adalah disebabkan oleh peratusan keluar mengundi yang rendah, iaitu 67.4% (berbanding dengan 80.4% dalam PRU- 13), di mana ramai pengundi yang bekerja atau menetap di luar Teluk Intan tidak balik mengundi. Ini menimbulkan satu persoalan, adakah kemenangan Pakatan di kawasan separa luar bandar seperti Teluk Intan dalam pilihanraya perlu bergantung pada pengundi-pengundi yang bekerja di bandar? Mengapakah sokongan daripada pengundi tempatan yang tinggal di kawasan mengundi itu tidak kuat berbanding pengundi yang tinggal di luar? Ini adalah satu perkara yang perlu kita teliti jika kita inginkan perubahan politik yang bermakna di negara kita melalui proses pilihanraya. Salah satu faktor Mah Siew Keong, calon BN dalam PRK Teluk Intan, boleh mengekalkan 20,000 undinya, kerana dia bukannya seorang yang asing untuk pengundi Teluk Intan, berbanding dengan Dyana Sofya yang dipayungterjunkan pada saat-saat terakhir. Hubungan Mah dengan masyarakat setempat telah wujud sebelum ini, dan memang ada penduduk tempatan yang mengatakan Mah pernah menyelesaikan aduan mereka sebelum ini. Di kawasan separa bandar seperti Teluk Intan, isu-isu nasional seperti Hudud, cincin Rosmah dan sebagainya tidak memainkan peranan paling utama dalam mempengaruhi pilihan pengundi, sebaliknya isu-isu tempatan menjadi satu faktor penentu. Ada juga pengundi yang berasa bosan terhadap perbalahan dalaman parti-parti Pakatan Rakyat. Retorik politik mungkin boleh mempengaruhi sebahagian pengundi, tetapi yang memastikan sokongan berterusan adalah kerja-kerja akar umbi yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah masyarakat tempatan dan juga menampilkan kebolehan untuk menyajikan politik alternatif kepada rakyat. Oleh yang demikian, adakah calon Pakatan yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau pilihanraya kecil akan terus bertapak di kawasan yang ditandingnya walaupun dia kalah? Ramai pengundi mahukan calon pilihanraya dan wakil rakyat yang faham tentang isu tempatan dan sentiasa bersama rakyat dalam memperjuangkan hak rakyat, bukannya penceramah hebat yang dipayungterjunkan pada saat-saat terakhir sebelum pencalonan dan hilang selepas kalah dalam pilihanraya. Rakyat juga mual dengan politik rebut-merebut kuasa dalam sesuatu parti politik sehingga mengetepikan kepentingan rakyat. Seseorang ahli politik hanya dapat memastikan sokongan rakyat dengan mendekati rakyat melalui kerja-kerja akar umbi, bukannya hanya untuk rakyat ambil gambar selfie. Ini cabaran kepada semua parti-parti yang ingin melakukan perubahan politik di negara kita. ## Ahli Parlimen PSM Isytihar Harta Kali ke-6

Upload: partisosialis

Post on 07-Apr-2016

279 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Topik: Tinta Merah, Pilihanraya Tempatan, Isytihar Harta, Orang Asli Bantah Empangan Ulu Telom, AUKU Dan Akta 174, Malam Salam Perjuangan, Hudud, Thailand, Kebangkitan Mahasiswa 1974

TRANSCRIPT

Page 1: Sosialis (Jun Jul 2014)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Jun-Jul 2014

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

> m/s 5

Selepas Teluk IntanKe Mana Tujunya Pakatan?

Dua pilihanraya kecil (PRK) telah berlangsung pada bulan Mei yang lalu. PRK Bukit Gelugor tidak sebegitu hangat macam PRK yang lepas kerana Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon, sekali membolehkan kemenangan mudah untuk calon DAP-Pakatan Rakyat, Ram Karpal Singah, anak kepada mendiang Karpal Singh yang menyandang kerusi parlimen Bukit Gelugor sebelum ini. Namun, senario amat berbeza dalam PRK Teluk Intan, di mana kita menyaksikan pertarungan sengit sehingga kita dikejutkan dengan kekalahan calon DAP-Pakatan Rakyat dengan perbezaan 238 undi sahaja!

PRK Teluk Intan diadakan pada 31 Mei yang lalu, selepas penyandang kerusi parlimen, Seah Long Peng (DAP-Pakatan Rakyat) meninggal dunia. DAP telah mengambil keputusan yang “berani” dengan meletakkan seorang anak muda Melayu yang baru berkecimpung dalam arena politik, Dyana Sofya, sebagai calonnya. Pencalonan Dyana Sofya sebenarnya juga merupakan kompromi dalam parti DAP yang cuba meredakan perbalahan dalaman parti di mana calon-calon yang lebih dikenali sebelum ini terpaksa digugurkan dan seorang calon payung terjun diletakkan.

Pencalonan Dyana Sofya telah mencetuskan satu topik perbualan yang hangat pada awalnya tetapi perdebatan yang berlaku kebanyakannya hanya tertumpu pada wajah luaran seseorang calon bukannya tentang ideologi politik dan juga isu-isu asas yang berkaitan dengan rakyat akar umbi. UMNO begitu gerun pada pencalonan Dyana Sofya sehingga cuba melontar pelbagai tohmahan dan mengatur serangan peribadi secara bertubi-tubi.

Apabila keputusan PRK Teluk Intan diumumkan, calon BN, Mah Siew Keong, yang merupakan Presiden untuk Parti Gerakan, telah meraih sebanyak 20,157 undi, mengalahkan Dyana Sofya yang mendapat 19,919

undi. Undi majoriti yang memastikan kemenangan BN di PRK Teluk Intan hanyalah 238 undi, jumlah ini lebih kurang daripada undi rosak, iaitu 543 undi.

Undi yang diperoleh DAP-Pakatan dalam PRK Teluk Intan memang jauh lebih kurang daripada undi semasa PRU-13 pada setahun yang lepas, di mana mendiang Seah meraih undi sebanyak 27,399, dan menang dengan undi majoriti sebanyak 7,313. Ini menunjukkan bahawa DAP telah kehilangan atau kekurangan lebih 7,000 undi! Satu “swing” yang boleh dikatakan agak hebat.

Ada penganalisa yang mengatakan bahawa kehilangan undi DAP adalah disebabkan oleh peratusan keluar mengundi yang rendah, iaitu 67.4% (berbanding dengan 80.4% dalam PRU-

13), di mana ramai pengundi yang bekerja atau menetap di luar Teluk Intan tidak balik mengundi. Ini menimbulkan satu persoalan, adakah kemenangan Pakatan di kawasan separa luar bandar seperti Teluk Intan dalam pilihanraya perlu bergantung pada pengundi-pengundi yang bekerja di bandar? Mengapakah sokongan daripada pengundi tempatan yang tinggal di kawasan mengundi itu tidak kuat berbanding pengundi yang tinggal di luar?

Ini adalah satu perkara yang perlu kita teliti jika kita inginkan perubahan politik yang bermakna di negara kita melalui proses pilihanraya. Salah satu faktor Mah Siew Keong, calon BN dalam PRK Teluk Intan, boleh mengekalkan 20,000 undinya, kerana dia bukannya seorang yang asing un tuk pengund i Te luk In tan , berbanding dengan Dyana Sofya yang dipayungterjunkan pada saat-saat terakhir. Hubungan Mah dengan masyarakat setempat telah wujud sebelum ini, dan memang ada p e n d u d u k t e m p a t a n y a n g m e n g a t a k a n M a h p e r n a h menyelesaikan aduan mereka sebelum ini. Di kawasan separa bandar seperti Teluk Intan, isu-isu nasional seperti Hudud, cincin Rosmah dan sebagainya tidak memainkan peranan paling utama da lam mempengaruh i p i l ihan pengundi, sebaliknya isu-isu tempatan menjadi satu faktor penentu. Ada juga pengundi yang berasa bosan terhadap perbalahan dalaman parti-parti Pakatan Rakyat.

Retorik politik mungkin boleh mempengaruhi sebahagian pengundi, tetapi yang memastikan sokongan berterusan adalah kerja-kerja akar umbi yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah masyarakat tempatan dan juga menampilkan kebolehan untuk menyajikan politik alternatif kepada rakyat.

Oleh yang demikian, adakah calon Pakatan yang bertanding dalam mana-mana pilihanraya umum atau pilihanraya kecil akan terus bertapak di kawasan yang ditandingnya walaupun dia kalah? Ramai pengundi mahukan calon pilihanraya dan wakil rakyat yang faham tentang isu tempatan dan sent iasa bersama rakyat da lam memperjuangkan hak rakyat, bukannya penceramah hebat yang dipayungterjunkan pada saat-saat terakhir sebelum pencalonan dan hilang selepas kalah dalam pilihanraya. Rakyat juga mual dengan politik rebut-merebut kuasa dalam sesuatu part i pol i t ik sehingga mengetepikan kepentingan rakyat.

Seseorang ahli politik hanya dapat memastikan sokongan rakyat dengan mendekati rakyat melalui kerja-kerja akar umbi, bukannya hanya untuk rakyat ambil gambar selfie. Ini cabaran kepada semua parti-parti yang ingin melakukan perubahan politik di negara kita. ##

Ahli Parlimen PSM Isytihar Harta

Kali ke-6

Page 2: Sosialis (Jun Jul 2014)

Jun-Jul 2014PSM2

Dari Meja PengarangRejim UMNO-BN memang tidak bosan menggunakan taktik mengapi-apikan s e n t i m e n p e r k a u m a n d a n j u g a mempermainkan isu-isu agama apabila kekuasaannya diancam. Sekarang ini, UMNO-BN amat suka mengkontrakan ataupun “outsource” politik perkauman kepada Pemuda UMNO dan juga kumpulan pelampau seperti PERKASA dan ISMA. Apabila rakyat Malaysia amat tidak puas hati dengan keadaan sosio-ekonomi negara kita yang semakin tenat dan bangkit menentang pelaksanaan cukai GST yang memiskinkan rakyat, UMNO-BN sekali lagi cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan politik perkauman dan agama.

Isu Hukum Hudud yang tertimbul dewasa ini, telah dipergunakan oleh UMNO-BN untuk memerangkap parti-parti komponen Pakatan Rakyat, khususnya PAS dan DAP, dengan niat melemahkan gabungan parti-parti pembangkang dan mengelirukan rakyat. Isu Hukum Hudud memang merupakan sebahagian agenda politik mewujudkan Negara Is lam yang diperjuangkan oleh Parti PAS dan memang adalah kebebasan PAS sebagai sebuah parti politik untuk membawa satu isu yang diperjuangkannya. Namun, isu ini masih memerlukan banyak perbincangan secara intelek dan penyertaan masyarakat dalam perdebatan ini secara meluas, demi membolehkan pemahaman oleh orang ramai dan mewujudkan persefahaman dalam isu ini. Apa yang cuba dilakukan oleh UMNO-BN adalah mempergunakan isu Hudud ini untuk memecah-belahkan rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama supaya melemahkan kuasa rakyat yang mampu mencabar rejim UMNO-BN. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menangan i i su in i supaya t idak terperangkap dalam percaturan politik UMNO-BN yang cuba memperkukuhkan kekuasaannya.

Kita juga menyaksikan bagaimana samseng-samseng UMNO beraksi apabila mereka mendakwa bahawa pemimpin mereka dihina oleh perkataan “celaka”.

Puak samseng tersebut telah menyerbu dan merosakkan harta benda di pejabat DAP, dan membuat tuduhan bahawa menghina UMNO itu adalah menghina orang Melayu. Perbua tan sebeg in i memang menunjukkan sifat sebenar UMNO-B N , y a n g c u b a m e n g a n c a m demokrasi negara kita dengan cara yang ganas dan ugutan macam samseng.

Pada bulan Mei yang lalu, kita juga be rpe luang menghadap i dua pi l ihanraya keci l (PRK) yang melibatkan kerusi parlimen yang dikosongkan, satu di Bukit Gelugor, Pulau Pinang, dan satu lagi di Teluk Intan, Perak. PRK Bukit Gelugor menyaksikan kemenangan mudah calon DAP, Ram Karpal Singh, iaitu anak kepada mendiang Karpal Singh yang merupakan ahli parlimen kawasan tersebut sebelum ini, apabila Barisan Nasional begitu pasti ia tidak dapat menandingi sokongan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut sehingga mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon. Ini juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada MCA, parti komponen dalam BN.

Namun, PRK di Teluk Intan pula mengejutkan ramai apabila calon DAP, Dyana Sofya, kalah kepada calon Gerakan-BN dengan perbezaan undi yang amat tipis, menyebabkan Pakatan Rakyat kehilangan satu kerusi parlimen yang disandangnya dalam PRU-13. Kekalahan DAP di Teluk Intan memang boleh dijadikan satu pengajaran kepada semua yang inginkan perubahan politik, untuk merenung tentang bagaimana kita boleh memecahkan tembok politik perkauman dan menjana alternatif untuk perubahan, bukan hanya melalui propaganda media sosial yang hebat dan penampilan wajah luaran, tetapi melalui kerja-kerja organisasi akar umbi yang sentiasa mendekati rakyat dan membina kuasa rakyat dari bawah. ##

http://partisosialis.org/Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama:Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/[email protected]

Page 3: Sosialis (Jun Jul 2014)

PARTI DAN FRON3 Jun-Jul 2014

TINTA MERAH DILANCARKANPUSAT ONE STOP PSM yang terletak di Kota Damansara kini diberi nama TINTA MERAH.

Pelancaran kedai buku dan cenderahati telah berlangsung pada 30 April yang lalu di pejabat PSM Subang. Majlis tersebut dirasmikan oleh Dr. Nasir Hashim (Pengerusi Parti Sosialis Malaysia(PSM), dan turut dihadiri oleh Dr Rohana Ariffin (Pengerusi Parti Rakyat Malaysia).

Mengikut kata Azmin Aziz, AJK Pusat PSM yang juga merupakan penyelaras Biro Kewangan dan Pemasaran PSM, ini adalah satu kejayaan PSM dalam pentas penyebaran maklumat dan ideologi melalui pembacaan buku. Tinta Merah beroperasi lima hari seminggu, dari hari Isnin hingga Jumaat dan waktu operasi adalah bermula dari jam 2 petang hingga 8 malam. Peranan Tinta Merah bukan sahaja menjual buku dan cenderamata, malah ia juga turut mengumpul barang dan memasarkan perkhidmatan kepakaran yang dimiliki oleh anggota-anggota PSM. Tinta Merah juga membuka kedai jualan bergerak dan beroperasi di mana sahaja tempat yang mempunyai pengunjung

ramai seperti forum dan ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh PSM atau kumpulan-kumpulan lain.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Nasir mengucapkan syabas kepada semua anggota PSM yang sentiasa bergerak dan bergiat aktif untuk melangkah maju ke hadapan. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa yang membangunkan inisiatif ini yang menjual buku-buku yang pelbagai di samping cenderahati yang cantik. Tinta Merah juga turut membantu memasarkan kepakaran yang dimiliki oleh ahli-ahli PSM bagi membantu mereka menyediakan satu cabang pemasaran yang lain. Ini adalah alternatif kepada saluran pemasaran yang biasa digunakan. Selain itu, dari sini juga boleh dijadikan pusat pengumpulan hasil seni dan kerja kraftangan aktivis-aktivis yang berbakat. Menurut Azmin, ruangan khas yang berlangsungnya program perasmian Tinta Merah tersebut merupakan satu dewan kecil yang boleh menjalankan aktiviti mesyuarat dan forum kecil yang ditawarkan untuk disewa pada kadar yang murah dan berpatutan.

Tinta Merah beralamat di No.12-1, Blok A, Bistari D'Kota, Jalan Teknologi 3/9, Seksyen 3, Kota Damansara. 47810. Petaling Jaya. Boleh juga dihubungi melalui talian 012-6932978, 016-6798005 dan 014-6856123.

Kongres Pemuda Sosialis ke-4Kongres Nasional Pemuda Sosialis ke-4 telah berlangsung pada 1 Jun yang lalu, di Dewan LLG, Kuala Lumpur. Satu pemilihan telah dilakukan untuk membentuk Jawatankuasa Nasional Pemuda Sosialis untuk sesi Jun 2014 – Jun 2015.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa Nasional Pemuda Sosialis:Pengerusi : Bawani KSTimbalan Pengerusi : Amirul Izwan bin JohariSetiausaha : Kesavan a/l VijayanBendahari : Lee Kok WaiBiro Propaganda : Ilaiya BarathiBiro Ideologi : Deeba a/p KathirasanBiro Kebudayaan : Dinagaran NavaratnasingamBiro Pemasaran : Sri SangkariSkuad Merah : Rubben LogethasanKelab Sosialis : Amirul Izwan bin JohariKempen GMPP : Narasimha

RESOLUSI KONGRES NASIONAL KE-4 PEMUDA SOSIALIS: 1. Menuntut pendidikan percuma dari tadika ke universiti ijazah pertama2. Menuntut AUKU & Akta 174 dimansuhkan3. Kerajaan harus mengambil langkah membasmi penganguran dan menjamin peluang pekerjaan 4. Menentang segala politik perkauman yang menggugat perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum5. Membantah Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) yang akan

menaikkan harga barangan & perkhidmatan6. Membantah perjanjian Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA)7. Membantah sistem kuota be rs i f a t pe r kauman da lam kemasukan IPTA8. Menuntut Akta Gaji Minima RM15009. Menuntut kebebasan akademik dan autonomi universiti10. Menuntut penambahan unit rumah mampu milik & kurangkan harga rumah.

PSM Buntong menganjurkan Malam Solidariti Hari Pekerja pada 24 Mei yang lalu di Ipoh.

S. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM, telah diundang untuk menghadiri persidangan nasional Socialist Alliance, di Sydney, Australia. Arutchelvan telah berucap dalam satu sesi khas dalam persidangan tersebut dengan tajuk “Gerakan Kuasa Rakyat yang Baru di Malaysia”.

Konsert Titisan Peluh yang ke-27 telah diadakan di Sungai Siput (U), Perak, pada 17 Mei yang lalu. Konsert Titisan Peluh yang telah menjadi tradisi sambutan Hari Pekerja ini dianjurkan setiap tahun oleh Gabungan Pekerja Sungai Siput dengan sokongan daripada PSM Sungai Siput.

“Makin hari saya menjadi lebih yakin dan tiada lagi keraguan dalam minda saya, seperti juga ramai cendekiwan pernah kata, bahawa adalah menjadi keperluan untuk kita melangkaui kapitalisme. Tetapi kapitalisme tidak boleh dilangkaui melalui kapitalisme itu sendiri. Ia mesti dilakukan melalui sosialisme, sosialisme yang sebenar, dengan kesaksamaan dan keadilan. Saya juga yakin bahawa ini boleh dilakukan di bawah demokrasi, tetapi bukannya jenis demokrasi yang dikenakan oleh Washington.” - Hugo Chavez (1954-2013), semasa berucap di Forum Sosial Sedunia, pada 31 Januari 2005, di Porto Alegre, Brazil.

Malam Solidariti Gabungan Pekerja Perak telah diadakan pada 4 Mei yang lalu di Ipoh.

Page 4: Sosialis (Jun Jul 2014)

4 KEMPEN Jun-Jul 2014

Kembalikan Pilihanraya TempatanPSM telah mengambil inisiatif baru dan melancarkan kempen penyerahan memorandum ke majlis-majlis tempatan di seluruh negara pada bulan Mei yang lalu untuk menyeru kepada ahli-ahli majlis supaya menyokong tuntutan rakyat untuk mengembalikan pilihanraya tempatan.

Antara majlis tempatan yang telah dikunjungi oleh rombongan PSM termasuklah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perbandaran Klang.

Kempen Kembalikan Pilihanraya Tempatan disambut baik oleh ahli-ahli majlis di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat iaitu Selangor dan Pulau Pinang. Ramai

ahli majlis menurunkan tandatangan dalam surat Akujanji sebagai tanda sokongan kepada pemulihan pilihanraya tempatan. Seperti yang dijangka, majlis tempatan di negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional tidak memandang serius tentang pilihanraya tempatan, misalnya, rombongan PSM dengan wakil badan bukan kerajaan di Johor hanya dapat menyerahkan memorandum kepada wakil Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) sahaja pada 14 Mei yang lalu.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli majlis yang menurunkan tandatangan sokongan ke atas tuntutan pilihanraya tempatan. Sokongan daripada ahli-ahli majlis ini akan menguatkan seruan kita untuk pilihanraya demokratik untuk semua kerajaan tempatan di negara kita,” ulas Choo Chon Kai, penyelaras kempen pilihanraya tempatan PSM.

Pilihanraya Tempatan Pernah Wujud Tapi Telah Digantung Sampai Kini

Pilihanraya kerajaan tempatan sebenarnya bukan sesuatu yang baru ataupun asing untuk rakyat Malaysia. Negara kita pernah ada pilihanraya di peringkat kerajaan tempatan tetapi telah digantung sejak tahun 1960an sehingga kini.

Pilihanraya kerajaan tempatan pertama kali diperkenalkan di Georgetown, Pulau Pinang pada tahun 1857, tetapi dimansuhkan pada tahun 1913, kemudiannya dipulihkan semula pada tahun 1951, apabila Ordinan Majlis Tempatan diwujudkan pada tahun 1950. Ordinan Majlis Tempatan 1952 pula mewujudkan majlis tempatan untuk kawasan luar bandar. Pada tahun 1958, pilihanraya tempatan telah dijalankan untuk majlis bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah.

Pilihanraya tempatan yang terakhir dijalankan pada tahun 1963 sebelum semua pilihanraya tempatan digantung apabila darurat diumumkan pada September 1964, semasa berlakunya Konfontrasi dengan Indonesia. Suruhanjaya Di-Raja Penyiasatan ke atas Pihak Berkuasa di Semenanjung Malaysia ditubuhkan pada tahun 1965 dan dipimpin oleh Athi Nahappan. Dalam laporan yang diterbitkan pada Disember 1968, Suruhanjaya Di-Raja telah menyarankan bahawa setiap ibu kota di Semenanjung Malaysia patut ditadbir oleh pihak berkuasa tempatan yang terdiri daripada wakil yang dipilih oleh rakyat, dan ini patut diperluaskan ke tempat lain juga.

Namun, Akta Kerajaan Tempatan 1976 telah mengantungkan semua pilihanraya tempatan. Pada masa kini, semua Yang Di-Pertua Majlis Tempatan atau Datuk Bandar dan Ahli Majlis Tempatan dilantik oleh Kerajaan Negeri tanpa pilihanraya.

Mengapa Perlunya Pilihanraya Kerajaan Tempatan?

Kerajaan Tempatan merupakan peringkat ketiga dalam hirarki sistem pentadbiran kerajaan di negara kita iaitu selepas Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri. Kerajaan tempatan termasuklah Dewan/Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan Khas, merupakan badan kerajaan yang bertangungjawab ke atas pengurusan setempat dan penting untuk memastikan pembangunan mampan setempat, menjaga alam sekitar dan menyediakan kemudahan sosial. Kerajaan tempatan berurusan secara harian dengan rakyat setempat.

Rakyat Malaysia telah dinafikan hak untuk memilih wakil rakyat di peringkat tempatan kerana tiadanya pilihanraya kerajaan tempatan. Institusi demokrasi di negara kita hanya akan disempurnakan dengan adanya pilihanraya kerajaan tempatan. Pemulihan pilihanraya tempatan boleh memastikan amalan demokrasi diterap sampai ke peringkat tempatan

Disebabkan ahli-ahli majlis tempatan sekarang ini dilantik oleh parti-parti pemerintah di negeri-negeri masing-masing, ini menyebabkan ahli-ahli majlis hanya melakukan tugas mereka sebagai budak suruhan kerajaan negeri, bukannya bertanggungjawab penuh kepada rakyat tempatan yang sepatutnya menerima perkhidmatan mereka. Dengan adanya pilihanraya tempatan, ahli-ahli majlis tempatan akan bertanggungjawab terus kepada pengundi, dan bukannya kerajaan negeri yang melantik mereka tanpa proses demokrasi. Para pengundi juga boleh menukar ahli majlis yang tidak melaksanakan tugasnya secara baik melalui proses pengundian.

Dengan adanya pilihanraya tempatan, pihak berkuasa tempatan akan menjadi lebih peka kepada kepentingan rakyat setempat kerana sekiranya kerajaan tempatan tidak menjalankan tugas secara baik, ia akan ditukar dalam pilihanraya tempatan yang akan datang. Pilihanraya tempatan akan menjamin supaya rakyat setempat dapat satu kerajaan tempatan yang efisien dan memberi maklum balas segera terhadap segala masalah rakyat tempatan.

Perkembangan Terkini

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang telah meluluskan Enakmen Pilihanraya Kerajaan Tempatan (Pulau Pinang dan Seberang Perai) 2012. Kerajaan Negeri Pulau Pinang kemudiannya membawa kes ke mahkamah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan menguruskan pilihanraya tempatan di Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Selangor juga bercadang untuk melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan secara berperingkat dengan membawa enakmen negeri yang baru. Ini merupakan satu perkembangan yang memberangsangkan dan proses pelaksanaannya perlu dipercepatkan. Kerajaan negeri lain juga patut mencontohi kerajaan Pulau Pinang dan Selangor untuk mengembalikan pilihanraya tempatan dalam masa terdekat.

PSM juga mengaktifkan semula kempen pil ihanraya tempatan dengan harapan pilihanraya tempatan boleh dilaksanakan dalam masa terdekat.

Tuntutan yang dibawa oleh PSM adalah:

1) Pulihkan pilihanraya untuk kerajaan tempatan (termasuk Datuk Bandar, majlis perbandaran, ketua kampung dan JKKK).

2) Meminda undang-undang yang sedia ada untuk memastikan pilihanraya diadakan untuk semua kerajaan tempatan.

3) Libatkan rakyat dalam proses membuat keputusan di peringkat tempatan.

Johor Bahru Klang

Kajang

Shah Alam

Petaling Jaya

Seberang Perai

Pulau Pinang

Page 5: Sosialis (Jun Jul 2014)

5 PSM Jun-Jul 2014

Wakil Rakyat PSM Isytihar Harta

Untuk Kali Ke-6

Satu-satunya wakil rakyat daripada PSM, Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, telah mengisytiharkan hartanya sekali lagi di Pusat Khidmat Parlimen Sungai Siput pada 27 Mei yang lalu. Beliau merupakan satu-satunya Ahli Parlimen yang berbuat demikian sehingga hari ini.

PSM merupakan parti politik yang pertama di mana semua calon pilihanrayanya mengisytiharkan harta apabila Dr. Jeyakumar berbuat demikian semasa bertanding dalam Pilihanraya Umum 1999. Dr. Jeyakumar juga menjadi ahli parlimen pertama yang

mengumumkan harta setiap tahun tanpa gagal sejak beliau menang di Sungai Siput semasa Pilihanraya Umum 2008. Dr. Nasir Hashim pula merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri yang pertama berbuat begitu setiap tahun semasa beliau dipilih menjadi ADUN Kota Damansara.

Sidang media pengisytiharan harta dihadiri oleh penduduk tempatan Sungai Siput dan penyokong PSM. Yang turut hadir termasuklah S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Saraswathy (Timbalan Pengerusi PSM), Soh Sook Hwa (Timbalan Bendahari PSM), Rani Rasiah (AJK Pusat PSM), M. Sugumaran (Pengerusi PSM

Sungai Siput) dan ramai lagi.

Dalam majlis tersebut, Arulchetvan melaporkan tentang penglibatan PSM dalam isu nasional seperti perjuangan penduduk Kampung Hakka Mantin, kempen bantah GST, kempen bantah Perjanjian Perdagangan Bebas Trans-Pasifik (TPPA), himpunan Blackout 505, kempen kembalikan pilihanraya kerajaan tempatan, kempen alam sekitar dan pengangkutan awam.

Arulchetvan telah menyenaraikan 6 pencapaian perjuangan rakyat yang melibatkan PSM:

- 6 orang anggota PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat saman Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara akhirnya mendapat gantirugi sebanyak RM200,000;

- bekas pemimpin pelajar, Soh Sook Hwa memfail kes mahkamah yang mencabar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan;

- memperjuangkan hak pekerja migran, misalnya kes pekerja Myammar Aye Cho dibenarkan bekerja semasa proses perbicaraan berjalan di Mahkamah Buruh,

- membentang rang undang-undang ahli persendirian berkenaan dengan Akta Keterangkuman Sosial;

- membuka Kedai Buku Kiri, ‘Tinta Merah'- kemenangan kes 44 orang yang

di tangkap dan didakwa kerana m e l i b a t k a n d i r i d a l a m p r o t e s membantah kenaikan harga minyak pada tahun 2008.

Pengisytiharan Harta Dr. KumarBerbanding dengan tahun 2013, rumah kediaman Dr. Kumar di Ipoh bertambah harganya sebanyak RM10,000 menjadi RM140,000. 4 buah kereta kepunyaannya adalah Volvo (versi 1988) dengan harga pasaran RM10,000 (tahun lepas RM2,000), kenderaan 4WD Pajero (versi 1996) yang disumbangkan secara ikhlas oleh kawannya yang bernilai RM6000 (sama dengan tahun lepas), Mazda (versi 1986) yang digunakan oleh cawangan Buntong bernilai RM 300, dan juga Nissan Sentra (versi 2000) bernilai RM15,000 (tahun lepas RM18,000). Simpanan wang bertambah ke RM50,000 berbanding dengan tahun lepas hanya RM10,000. Nilai saham bertambah dari RM10,000 ke RM44,000.

Semasa menjawab pertanyaan oleh wartawan tentang kenapa harga pasaran Volvo dinaikkan ke RM10,000, Dr. Kumar berkata bahawa, sekiranya kereta ini dilelong di laman web pada masa kini boleh dapat harga ini. Tahun lepas beliau hanya tanya harga daripada penjual kereta terpakai.

Dr. Kumar berkata bahawa Ahli Parlimen adalah penjawat awam, berkh idmat demi kepentingan awam, wakil rakyat yang berjaya dipilih tidak boleh menggunakan jawatan ini untuk menjadi kaya-raya. Dr. Kumar menegaskan bahawa beliau tidak menghalang mana-mana orang menjadi kaya, tetapi bukan dengan mempergunakan posisi sebagai wakil rakyat.

Laporan KerjaDianggarkan sebanyak 2500 kes aduan telah ditujukan kepada Pusat Khidmat Parlimen Sungai Siput untuk satu tahun yang lepas.

Isu komuniti yang dibawa oleh rakyat dan ditangani oleh pusat khidmat PSM Sungai Siput termasuk menuntut bantuan daripada kerajaan untuk mangsa kedai terbakar di Jalan Lintang, membantah kenaikan kadar sewa kedai Jalan Lintang, membantah kenaikan kadar sewa penjaja sebanyak 500% oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, isu petani diusir, penubuhan jaringan petani menuntut geran tanah, mengumpulkan rakyat yang tiada rumah untuk memohon rumah di bawah projek MyHome, menuntut pembinaan perpustakaan awam di Sungai Siput, masalah tanah adat orang asal, kematian dalam lokap dan lain-lain. Semua kerja yang dilakukan oleh PSM Sungai Siput telah dicatat dan diterbit dalam buletin dalam 3 bahasa dan diedar di sekitar kawasan Sungai Siput. Nombor telefon Dr. Kumar, pembantunya dan pemimpin cawangan Sungai Siput juga dipaparkan dalam buletin itu supaya rakyat dapat menghubungi mereka dengan mudah.

Dr. Kumar menegaskan bahawa isu-isu yang disebut di atas bukannya senang untuk diselesaikan. Jikalau banding dengan ahli parlimen sebelum ini yang menjadi menteri berpenggal-penggal, iaitu Datuk Seri S. Samy Vellu, yang mempunyai kuasa dalam kerajaan dan peruntukan kewangan, memang cabaran yang besar untuk seorang ahli parlimen pembangkang.

“Isu yang disebut di atas bukan semuanya dapat diselesai dengan mudah, terutamanya isu komuniti, dan faktor yang penting untuk penyelesaian adalah penglibatan rakyat. PSM menggalakkan rakyat melibatkan diri secara aktif dalam perjuangan untuk menuntut hak asasi. Di Perak, bilangan kerusi DUN BN dan PR adalah lebih kurang sama, kalau pada masa ini rakyat seperti petani dan peneroka berani berjuang, maka kedua-dua pihak akan lebih prihatin terhadap isu-isu ini,” katanya.

Dr. Kumar juga mencetak buku perbahasan yang mencatat rekod perbahasannya di Parlimen dalam 3 bahasa. Usaha ini dapat respon yang positif, sebagai contohnya, baru-baru ini adanya penoreh getah meminta Dr. Kumar supaya membawa isu ke Parlimen tentang harga getah yang rendah. Pusat khidmat PSM juga memuatnaikkan jawapan bertulis kepada soalan yang ditanya oleh ahli-ahli parlimen dalam laman web PSM.

Selain itu, Dr. Kumar juga prihatin tentang isu di luar kawasan Sungai Siput dan sentiasa bertindak untuk memperjuangkan kepentingan rakyat, misalnya mengutip derma untuk mangsa banjir di Kuantan, menganjurkan forum isu Hudud bersama-sama dengan NGO lain, memobilisasi rakyat ke Hari Pekerja dan membantah TPPA. Dr. Kumar juga cuba membentangkan Rang Undang-undang Keterangkuman Sosial yang membanteraskan kemiskinan dan diskriminasi kaum di Parlimen, tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat.

Page 6: Sosialis (Jun Jul 2014)

6 PERJUANGAN RAKYAT Jun-Jul 2014

Orang Asli Bantah Empangan Ulu Telom

Satu rombongan orang asli dari 7 buah kampung di Pos Lanai negeri Pahang telah mengadakan satu aksi protes membantah cadangan pembinaan Empangan Ulu Telom di ibu pejabat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, pada 21 Mei yang lalu.

Orang asli daripada suku kaum Semai tersebut dipindahkan oleh Jabatah Hal Ehwal Orang Asli dari kampung asal masing-masing di Pos Lanai ke kawasan penempatan semula di Kampung Pos Pantos sejak 3 tahun yang lalu. Tiada tanah yang boleh diusahakan oleh penduduk orang asli di kawasan penempatan baru dan mereka terpaksa balik ke kawasan kampung asal untuk mencari rezeki. Kini, masyarakat orang asli tersebut diancam dengan kehilangan tanah adat mereka selama-lamanya kerana TNB merancang untuk membina Empangan Ulu Telom di Daerah Kuala Lipis yang bakal menenggelamkan tanah adat orang asli seluas 7600

hektar di hulu Sungai Telom. Orang asli akan kehilangan kampung halaman dan rezeki mereka sekiranya kawasan tersebut ditenggelami air.

Rombongan masyarakat orang asli yang berprotes di hadapan ibu pejabat TNB pada 21 Mei telah meluahkan ketidakpuashatian mereka terhadap TNB kerana tidak menghiraukan kepentingan orang asli dalam rancangan projek pembinaan empangan baru. Mereka menuntut pada TNB supaya mengadakan perbincangan dengan masyarakat orang asli s e b e l u m p r o j e k t e r s e b u t

diteruskan.

Turut bersama dengan rombongan masyarakat orang asli adalah Suresh Kumar, Setiausaha PSM Cawangan Cameron Highlands.

Satu memorandum telah diserahkan kepada wakil TNB dan satu perbincangan se lama 20 min i t te lah diadakan. Menurut Suresh, pihak TNB bersetuju untuk meneliti memorandum yang diserahkan oleh masyarakat o r a n g a s l i d a n a k a n m e m p e r t i m b a n g k a n rancangan untuk membina empangan tersebut.

“Empangan yang dicadangkan itu akan mengancam kewujudan kampung orang asli tetapi ia hanya akan menjana tenaga elektrik sebanyak 132 MegaWatt, maka empangan ini bukannya sesuatu yang amat diperlukan,” demikian kata Suresh.

Suresh juga memberitahu bahawa masyarakat orang asli telah menyerahkan memorandum kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi tiada tindakan diambil, maka mereka berputus untuk mengadakan protes di hadapan ibu pejabat TNB untuk memberi tekanan kepada pihak yang berkenaan supaya menyelesaikan masalah ini secara adil.

Sureh juga mengucapkan syabas kepada masyarakat orang asli di Pos Lanai yang berani tampil ke hadapan untuk memperjuangkan hak tanah adat mereka. ##

Perbicaraan 6 Tahun Kes Protes

Semua Tertuduh DibebaskanSetelah perbicaraan mahkamah yang memakan masa selama 6 tahun, Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur telah memutuskan pada 20 Mei yang lalu bahawa kesemua 42 tertuduh didapati tidak bersalah secara prima facie, maka dibebaskan daripada segala pertuduhan berkenaan dengan perhimpunan haram.

Lebih kurang 58 orang telah ditahan oleh polis semasa himpunan membantah kenaikan harga minyak petrol anjuran Gabungan Protes di KLCC pada 26 Januari 2008. Antaranya seramai 44 orang aktivis telah didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan (perhimpunan haram) dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan (ingkar arahan mahkamah). Sementara itu, seorang wartawan yang bekerja dengan Malaysiakini pada masa itu juga

didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam dalam menjalankan tugas).

Sepanjang tempoh perbicaraan selama 6 tahun ini, salah seorang tertuduh telah meninggal dunia, seorang pula mengaku salah dan didenda, manakala seorang lagi didapati tersilap dakwa dan dibebaskan. Hakim Mat Ghani Abdullah akhirnya membebaskan kesemua t e r t u d u h s e l e p a s m e n d a p a t i p i h a k pendakwaraya gagal membuktikan kesalahan para aktivis dalam proses perbicaraan yang berlangsung selama 6 tahun. Pembebasan kesemua aktivis ini membuktikan bahawa pertuduhan perhimpunan haram tersebut memang sesuatu yang membazirkan masa.

Antara 42 orang yang bebas daripada pertuduhan, terdapat 10 orang anggota PSM, termasuklah Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM), S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Rani Rasiah (AJK Pusat PSM), V. Selvam (AJK Pusat PSM), M. Sugumaran (AJK Pusat PSM), Mohan (ahli Cawangan Subang), Ganesan (ahli Cawangan Kajang) dan Kohila (penyelaras JERIT). Yang lain termasuklah Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS), Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen PAS Kuala Krai), Tian Chua (Ahli Parlimen PKR Batu) dan Badrul Amin Baharom (bekas tahanan ISA).

Himpunan Protes pada 6 tahun lalu, berlangsung 2 bulan sebelum PRU-12. Pihak polis cuba menghalang himpunan daripada berlangsung dengan mendapatkan

perintah mahkamah yang menghalang aktivis-aktivis seperti Arutchelvan, Dr. Hatta Ramli, Tian Chua dan juga semua penyokong Gabungan Protes daripada berkumpul di dalam lingkungan 1 km dari KLCC. Namun, ini tidak menghalang rakyat berhimpun pada hari tersebut. Dalam 6 tahun yang lepas, disebabkan kebangkitan kuasa rakyat yang hebat, kerajaan telah cuba membuat perubahan secara kosmetik dengan meluluskan Akta Perhimpunan Aman (APA) pada tahun 2012. Tetapi, seksyen dalam APA yang mensyaratkan pihak penganjur memberitahu pihak polis telah didapati bercanggah dengan Per lembagaan Persekutuan dalam satu kes di Mahkamah Rayuan baru-baru ini. ##

Page 7: Sosialis (Jun Jul 2014)

7 ISU RAKYAT Jun-Jul 2014

Mahasiswa Tuntut Mansuh AUKU dan Akta 174

Pada 5 Jun yang lalu, wakil Pemuda Sosialis dan Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) bersama-sama Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) telah menyerahkan satu memorandum kepada SUHAKAM dengan tuntutan supaya AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (AUKU) DAN AKTA INSTITUSI-INSTITUSI PELAJARAN 1976 (AKTA 174) dimansuhkan.

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dikemukakan oleh Dato' Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 dan mula dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuannya dikatakan untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Namun, akta yang telah melalui 3 siri pindaan ini; iaitu pada tahun 1975, 1983 dan 1996 jelas tidak berimbang dan bercanggah dengan peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Dalam masa tempoh enam bulan pada tahun ini, seramai 25 mahasiswa telah dikenakan tindakan prosiding tatatertib oleh pihak universiti masing-masing di bawah AUKU dan Akta 174. AUKU dan

AKTA 174 menjadi halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan bahawa hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang sah sebagai warganegara Malaysia.

Ramai wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) seperti SUARAM dan gerakan mahasiswa seperti GMPP, GAMIS, DEMA dan lain-lain lagi telah menyertai dalam penyerahan memorandum ini. Pemuda Sosialis & GMPP menyokong memorandum ini.

(oleh Kesavan / Pemuda Sosialis)

2 ORANG PEMANDU LORI WAI TRANSPORT & TRADING DIBUANG KERJA

Beberapa orang pemandu lori telah berpiket di luar syarikat pengangkutan Wai Transport and Trading di IGB, Ipoh. Sebabnya adalah dua orang pemandu telah dibuang kerja tiba-tiba pada 5 Mei yang lalu tanpa sebab dan tidak mengikut peruntukan dalam undang-undang buruh. Kisah dua orang pemandu lori ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa, tetapi menggambarkan realiti semua pemandu lori yang bukannya ahli mana-mana kesatuan sekerja. Keadaan dan terma kerja mereka ditetapkan mengikut suka hati majikan dan selalunya melanggar undang-undang pekerjaan yang sedia ada. Antara masalah yang dihadapi oleh pemandu logri adalah pengiraan gaji mengikut sistem sendiri, kerja lebih masa (OT) tidak dibayar, tiada cuti tahunan, tiada cuti sakit, bayaran KWSP dianggap sebagai tidak wajib; muatan yang melebihi had, dan banyak lagi. Apakah peranan Kementerian Sumber Manusia dan cawangan-cawangan Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara dalam keadaan di mana undang-undang buruh dilanggar secara terbuka dan berleluasa? ##

Taman Dovenby, Sungai Siput (U)

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput, mengadakan perjumpaan dengan penduduk Taman Dovenby Fasa 2 yang menghadapi masalah kesihatan diancam oleh pencemaran dari kilang simen, pada 5 Jun yang lalu. Kebanyakan pemilik masih gagal dikesan, dan ini sedikit menjejaskan tindakan susulan penyelesaian masalah penduduk. PSM Sungai Siput telah mengambil tindakan untuk mengorganisasi penduduk di situ sejak penduduk mengadu masalah tersebut pada beberapa tahun dahulu.

PSM ada buat kajian rumah ke rumah di Taman Dovenby Fasa 2, dan selepas itu mengadakan mesyuarat dengan jawatankuasa penduduk untuk berbincang bagaimana meneruskan perjuangan pemindahan 92 buah rumah ke kawasan selamat daripada letupan kuari simen. ##

Isu Kawasan

Kampung Perak Hidro

Dr. Jeyakumar mengadakan perbincangan bersama penduduk Kampung Perak Hidro, Sungai Siput (U), untuk mengatur strategi perjuangan. Penduduk Kampung Perak Hidro menghadapi ancaman pengusiran kerana penukaran pemilikan tanah yang diduduki oleh mereka sekarang. ##

Page 8: Sosialis (Jun Jul 2014)

8 PSM Jun-Jul 2014

Malam Salam Perjuangan PSM 2014

Lebih kurang 700 orang menghadiri jamuan makan malam tahunan “Malam Salam Perjuangan PSM” yang diadakan pada 31 Mei yang lalu di Kuala Lumpur. Menurut A. Sivarajan, Bendahari Kehormat PSM yang j uga merupakan Pengerus i Jawatankuasa Penganjur Malam Salam Perjuangan, “ramai lagi yang menyumbangkan derma kepada PSM, hanya mereka tidak sempat menghadiri majlis pada malam ini.”

Antara tetamu khas yang hadir dalam program tahunan ini adalah Haris Ibrahim (Asalkan Bukan UMNO, ABU), Dr. Rohana Ariffin (Pengerusi Parti Rakyat Malaysia), Dr. Kua Kia Soong (SUARAM), Premesh Chandran (CEO Malaysiakini), Saari Sungib (ADUN PAS Kawasan Hulu Kelang), Zunar (Pelukis Kartun terkenal), Mina Perez (Setiausaha Kedua Kedutaan Venezuela di Malaysia) dan ramai lagi rakan-rakan seperjuangan daripada pelbagai organisasi masyarakat sivil.

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Internasionale dan diikuti dengan satu persembahan sketsa yang mengisahkan tentang superhero seperti Superman, Godzilla dan Ultraman telah berputus

a s a k e r a n a g a g a l menyelesaikan masalah rakyat, tetapi masalah rakyat dapat diatasi hanya dengan adanya kuasa rakyat yang bangkit dari bawah.

Beberapa orang pemimpin PSM telah menyampaikan ucapan dalam majlis ini, termasuklah Dr. Nasir Hashim (Pengerusi PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj (AJK Pusat PSM dan juga Ahli Parlimen Sungai Siput) dan S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM).

Namun, orang yang menjadi tumpuan pada Malam Salam Perjuangan tahun ini adalah seorang budak perempuan yang hanya berumur 7 tahun, iaitu adik Areeta. Adik Areeta telah menyanyikan tiga buah lagu dengan suaranya yang penuh merdu dan mendapat tepukan yang gemuruh sekali daripada para hadirin.

Satu lagi persembahan menarik adalah daripada sebuah band baru yang bergelar Orkestra Rakyat Tertindas. Kumpulan penari daripada masyarakat pelarian Chin dari Myanmar pula mempersembahkan sebuah tarian tradisi.

Zunar, pelukis kartun yang terkenal di Malaysia, juga memeriahkan majlis telah menunjukkan bakat seninya dengan melukis kartun secara langsung atas pentas. Karya secara spontan oleh Zunar atas pentas yang memaparkan seekor Panda mengambil gambar

PM di penjara Sungai Buloh, telah dilelongkan dalam majlis sebagai sumbangan ikhlas kepada PSM. Lelongan karya kartun Zunar yang bermula dengan RM 50 akhirnya berjaya dilelongkan dengan harga RM 1000.

Ramai yang hadir dalam majlis ini j u g a m e n g e t a h u i t e n t a n g keputusan kekalahan DAP yang mengejutkan di Pilihanraya Kecil Teluk Intan pada malam itu. Arutchelvan telah menyeru pada

hadirin sekalian supaya terus melibatkan diri dalam politik dan perjuangan rakyat, kerana perubahan politik yang sebenar hanya boleh berlaku sekiranya berlaku perubahan sistem. Jika kita gagal menukar sistem yang sedia ada, barangkali kita hanya akan menyaksikan perubahan pucuk pemerintahan tetapi rakyat biasa masih miskin dan terus ditindas.

Arutchevan juga berkata, walaupun PSM merupakan sebuah parti politik yang kecil, tetapi ia adalah satu-satunya parti politik yang membantah lawatan Obama ke Malaysia. PSM juga merupakan satu-satunya parti politik yang mewujudkan hotline di seluruh negara untuk memantau pelaksanaan gaji minima. PSM juga mencipta sejarah kerana Ahli Parlimen PSM merupakan wakil rakyat pertama sekali mengisytihar harta tiap-tiap tahun.

Arutchelvan menegaskan bahawa, kempen PSM melangkaui sempadan perkauman dan agama, menyentuh isu-isu asas rayat seperti harga rumah, gaji, pengangkutan awam dan alam sekitar. Matlamat perjuangan PSM adalah membina dan memperkasakan kuasa rakyat demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Dr. Nasir merakamkan terima kasih kepada mereka yang telah menyokong perjuangan PSM selama ini. PSM akan terus untuk berjuang selagi adanya penindasan di bumi kita. PSM berjuang bersama rakyat! ##

Aktivis Gaza Lawat MalaysiaSolidariti Dengan Palestin Perlu Diteruskan

Shamikd Badra, seorang aktivis politik yang berasal dari Gaza, Palestin, telah mengunjung ke Malaysia pada 3-10 Mei yang lalu atas jemputan PSM. Shamikh merupakan ahli jawatankuasa pusat untuk Parti Rakyat Palestine (PPP) dan juga penyelaras untuk sayap anak muda parti tersebut. Lawatan Shamikh adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan solidariti antara aktivis di Malaysia dengan rakyat Palestin yang memperjuangkan pembebasan daripada rejim zionis Israel yang mengamalkan dasar apartheid.

Shamikh telah mengambil kesempatan untuk melawat cawangan-cawangan PSM di Sungai Siput dan Semenyih. Shamikh berkongsi pengalamannya dan perjuangan rakyat Palestin dalam menuntut pembebasan nasional dengan anggota-anggota dan penyokong-penyokong PSM di Sungai Siput pada 5 Mei. Satu sesi pertemuan khas dengan Jawatankuasa Pusat diadakan pada 7 Mei, manakala satu sesi terbuka yang bertemakan “Kehidupan di Gaza dan Perjuangan Rakyat Palestin untuk Menentukan Nasib Sendiri” berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor pada 9 Mei yang lalu. Shamikh juga berkesempatan bertemu dengan kumpulan di Malaysia yang membuat kerja-kerja bantuan dan solidariti untuk Palestin.

Menurut Shamikh, solidariti antarabangsa adalah amat penting untuk perjuangan rakyat Palestin, kerana ini memberikan semangat dan dorongan yang kuat kepada rakyat Palestin untuk meneruskan usaha untuk memperjuangkan pembebasan daripada rejim zionis yang zalim. “Keadaan di Gaza memang susah, dan adalah niat Israel untuk menjadikan kehidupan rakyat Palestin susah supaya boleh mengusir kami keluar dari kampung halaman asal kami,” kata Shamikh. Oleh yang demikian, Shamikh menyeru supaya masyarakat antarabangsa perlu memberikan bantuan bukan sahaja bantuan kemanusian, tetapi sokongan politik dan bantuan untuk membolehkan anak-anak muda di Gaza dapat mencari rezeki di kampung halaman mereka seperti bercucuk tanam. Tentera Israel telah banyak kali cuba menghancurkan tanah untuk tanaman tetapi rakyat Palestin masih cuba bertahan.

Shamikh mengulas, “adalah penting untuk anak-anak muda mendapat kerja, mempunyai pendapatan dan menghasilkan bekalan kehidupan harian mereka di sini, supaya mereka tidak perlu melarikan diri keluar dari Tebing Barat dan Gaza. Kewujudan Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Gaza merupakan satu pencapaian yang mustahak dalam perjuangan rakyat

Palestin kerana menunjukkan bahawa rakyat Palestin tetap bertahan di atas tanah mereka dan ini merupakan tamparan kepada Israel. Kita perlu pastikan rakyat Palestin, khususnya anak-anak muda, terus bertahan di sini dengan mewujudkan peluang pekerjaan seperti membangunkan semula sector petanian.”

Shamikh juga berharap PSM bo leh menganjurkan satu rombongan solidariti untuk melawat Gaza dan Palestin pada masa yang akan datang. ##

Page 9: Sosialis (Jun Jul 2014)

9 ANALISA Jun-Jul 2014

ISU HUDUDSurat kepada Wakil Rakyat PAS daripada Ahli Parlimen PSM

(oleh Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput)

Saya sedar saya tidak mempunyai sebarang hak untuk memberi “nasihat” kepada mana-mana Ahli Parlimen. Tetapi saya rasa adalah tanggungjawab saya sebagai seorang aktivis politik untuk berkongsi pandangan saya dengan YB sekalian supaya kita dapat memajukan perjuangan Pakatan Rakyat dan PSM untuk menjatuhkan pemerintahan BN. Saya khuatir apabila dengar bahawa beberapa orang pemimpin PAS ingin membentangkan Usul Persendirian (Private Member's Bill) untuk membolehkan pelaksanaan Hudud di Negeri Kelantan. Saya terima bahawa sebahagian umat Islam percaya perjuangan untuk melaksanakan Hudud adalah antara kewajipan mereka sebagai seorang beragama Islam. Dan Perlembagaan Persekutuan, memang menyatakan bahawa semua rakyat Malaysia harus diberi kebebasan untuk mengamal agamanya seperti yang dipercayainya. Daripada itu, wujudlah ruang untuk berhujah bahawa adalah hak masyarakat Islam untuk menuntut Hudud dipakai untuk kendalikan kes-kes jenayah yang melibatkan orang Muslim. Masalahnya adalah, Malaysia adalah sebuah negara majmuk di mana lebih kurang 37% bilangan penduduk bukan beragama Islam. Rakyat bukan Islam khuatir bahawa pelaksanaan hukum Hudud akan melibatkan dan menyusahkan mereka. Antara soalan yang ditanya oleh masyarakat bukan Islam adalah:- Jika satu kes jenayah melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, kes ini akan didengar di mahkamah mana satu? Adakah orang Islam yang terlibat berhak untuk paksa kes ini ke Mahkamah Syariah?- Apakah nilai pemberat (weightage) yang akan diberi pada seorang saksi yang bukan Islam dalam perbicaraan kes di Mahkamah Syariah? Keraguan dan kekhuatiran masyarakat bukan Islam bukan khayalan tanpa asas. Ini kerana adanya beberapa kejadian di mana penguatkuasaan oleh Jabatan Agama, Mahkamah Syariah atau NGO Islam telah menyebabkan ketidakadilan terhadap pihak bukan Islam.

Sebagai contoh, dalam kes S Deepa di Seremban – suaminya, Izwan Abdullah, telah memeluk Islam dan dengan itu membatalkan perkahwinan antara mereka. Selepas itu, suami telah membawa anak-anak mereka yang berumur 5 dan 8 tahun ke Pusat Dakwah Islam untuk menukarkan agama mereka ke Islam tanpa pengetahuan ibu mereka. Selepas itu Mahkamah Syariah telah memberi hak menjaga anak kepada bapa.

Pada saya, peristiwa ini amat mengecewakan. Saya bukan pakar dalam mana-mana agama, tetapi saya percaya bahawa intipati agama adalah keadilan dan perasaan sayang pada manusia (compassion). Dalam kes penceraian ini- Mengapakah Pusat Dakwah Islam mengizinkan penukaran agama dua anak itu tanpa menyiasat terlebih

dahulu? Mengapa tidak memanggil isteri untuk medapat penjelasannya?- Mengapa Mahkamah Syariah memberi hak jaga anak pada bapa tanpa meneliti lebih dalam?- Bukankah lebih adil untuk menyelesaikan perkahwinan antara S. Deepa dan suaminya di dalam kerangka undang-undang sivil kerana itulah di mana kontrak perkahwinan mereka diwujudkan?- Mengapakan institusi dan badan-badan Islam rela membenarkan diri mereka diperalatkan oleh suami yang nampaknya membalas dendam terhadap isteri yang dicerai?- Dan mengapa tiada suara menegur daripada pihak ulama, peguam syariah dan pemimpin PAS? Satu lagi contoh kes-kes yang menimbulkan ketidakpercayaan terhadap keadilan untuk masyarakat bukan Islam di bawah sistem hukum Syariah adalah caranya permohonan untuk membetulkan tafsiran agama dikendalikan. Individu-individu yang didaftarkan sebagai Islam tetapi dibesarkan mengikut agama lain menghadapi banyak masalah mendapatkan kebenaran di Mahkamah Syariah untuk membetulkan status mereka. Mereka diminta hadir kursus kaunseling untuk 3 atau 6 bulan atau pun lebih lama lagi. Kadang kala mereka diarahkan untuk mengulangi sesi kaunseling sebanyak 2 atau 3 kali. Perkara-perkara seperti ini telah menimbulkan kekhuatiran dalam masyarakat bukan Islam bahawa pelaksanaan undang-undang Islam akan menyusahkan mereka. Adakah pihak-pihak di dalam PAS yang berhasrat membawa Usul terhadap pelaksanaan Hudud di Kelantan mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk menangani keraguan dan kekhuatiran orang bukan Islam? Jika anda pernah mengambil pendirian tegas terhadap ketidakadilan dalam kes-kes seperti disentuh di atas tadi – berkaitan penceraian dan pembetulan taksiran agama – masyarakat bukan Islam mungkin sedia terima pelaksanaan undang-undang Islam tidak akan menyusahkan mereka. Tetapi pada masa ini majoriti besar masyarakat bukan Islam rasa takut dan khuatir. Ini situasi sebenarnya.

Sekarang, marilah kita pandang dari segi politik- Jika beberapa ahli parlimen PAS membawa usul ini ke parlimen, dan DAP berdiam, sudah tentu DAP akan hilang sokongan pengundi bukan Melayu dalam PRU-14. Jadi, sudah tentu DAP akan membantah dengan sekeras-kerasnya dan bersaing dengan MCA untuk menonjolkan dirinya sebagai pelindung masyarakat bukan Islam. Dalam proses ini, jurang perbezaan politik antara PAS dan DAP akan menjadi lebih lebar.- Jika PAS teruskan dengan usaha mengusulkan Akta yang membolehkan pelaksanaan Hudud di Kelantan, ada kemungkinan besar Pakatan Rakyat akan berpecah-belah. Inilah “hasil” yang dinanti-nantikan oleh BN! Itulah sebabnya mereka sedia membenarkan usul persendirian ini dibentangkan dalam parlimen. - Jika PAS menarik balik usul tersebut selepas membentangkannya, sokongan bukan Islam untuk PAS akan menurun, dan mungkin sokongan orang Melayu untuk DAP akan turun juga. Tetapi impaknya dari sudut memenangi kerusi dalam pilihanraya adalah lebih teruk untuk PAS kerana margin kemenangan adalah jauh lebih besar untuk ahli parlimen DAP berbanding PAS Adanya satu pepatah dalam Bahasa Inggeris yang berbunyi – “Politics is the Art of the Possible” (Politik adalah seni kemungkinan). Adalah “possible”(mungkin) untuk kita menewaskan BN dan bina sebuah negara di mana jurang antara miskin dengan kaya dikurangkan, di mana pemimpin hidup secara sederhana, di mana politik perkauman d ibendung, d i mana kete lusan pemerintahan dipelihara, di mana kebebasan sistem kehakiman dikembalikan dan sebaginya. Bukankah ini semua selaras dengan ajaran Islam? Saya harap YB sekalian boleh berbincang perkara ini dengan rakan-rakan lain supaya kita dapat buat satu keputusan yang baik untuk rakyat Malaysia. Bukankah lebih baik kita berjuang untuk apa yang “possible” dan menangguhkan isu pelaksanaan Hudud ke satu masa selepas kekhuatiran masyarakat bukan Islam ditangani? Akhirnya saya ingin memohon maaf jika apa yang saya tulis ataupun perkataan yang digunapakai menyinggung hati sesiapa. Itu bukan tujuan saya – saya hanya mahu Pakatan Rakyat memantapkan diri sehingga sanggup menukarkan kerajaan yang sedia ada. Salam Perjuangan! ##

“Media Sosial” Candu Masyarakat Masa Kini?Pada masa sekarang, ketika dunia menuju ke arah kehidupan ala robot, masyarakat dunia masih perlukan hubungan sosial antara satu sama lain. Ini tidak kira yang kenal atau tidak kenal. Ini dapat dibuktikan apabila media sosial mendapat sambutan luarbiasa berbanding sepuluh tahun yang lalu. Selepas kewujudtan perkhidmatan Internet, kehidupan masyarakat dunia sudah banyak berbeza. Boleh dikatakan bahawa masyarakat sekarang ada 2 bentuk kehidupan, iaitu dunia nyata dan dunia maya.

Dengan keadaan kehidupan dunia nyata sekarang makin tertekan dan mencabar daripada pelbagai aspek seperti sosio-ekonomi, politik dan tanggungjawab terhadap persekitaran. Masyarakat kini senang tertarik dengan dunia maya yang seolah-olah tiada batasannya dan memberikan keseronokan serta dapat menyajikan hiburan sehingga boleh melupakan dunia nyata. Hubungan manusia di dunia pada masa sekarang sebenarnya sudah didekatkan lagi dengan kehadiran pelbagai peralatan teknologi seperti telefon pintar, komputer tablet dan sebagainya. ini juga menyebabkan masyarakat dunia terpengaruh dengan media sosial seperti Facebook, Twitter, Whats app, Instagram dan sebagainya.

Salah satu saluran komunikasi yang paling popular di dunia sekarang adalah ““WhatsApp”. Menurut Ketua Exsekutif (CEO) Syarikat “WhatsApp”, Jan Koum, lebih dari 200 juta orang di dunia sedang menggunakan “WhatsApp” dalam sebulan.

Ini menunjukan satu trend yang dahsyat, di mana telefon pintar (smart phone), internet dan media sosial menelan sebahagian besar masa dalam kehidupan harian kita. Media sosial menjadi segala-galanya dalam kehidupan seseorang sehingga ianya dijadikan seumpama diari atau catatan harian seseorang yang terbuka. Segala aktiviti seseorang mereka dikongsi dengan pihak ketiga atau di laman media sosial. Bangun pagi sampai tidur, setiap gerak-geri mereka dikongsikan.

Misalnya “WhatsApp” membolehkan “chat” (sembang) antara seorang manusia dengan manusia lain tanpa duduk di satu meja. Ini menyebabkan komunikasi tanpa batasan dan tanpa sempadan.

Walaupun pada mulanya ia membantu dalam mempermudahkan komunikasi antara individu dan sekumpulan orang, tetapi sekarang ia menjadi candu masyarakat kini. Orang suka “chat” berjam-jam sebagai hiburan sehingga menjejaskan kerja harian; ada yang suka berdebat di “WhatsApp” dan ini menjadi perjumpaan secara bersemuka tidak penting lagi. ada orang pula dapat tekanan hidup kerana komunikasi “WhatsApp” yang meningkatkan beban kerja; ada pula kerana “WhatsApp” wujudnya perselisihan faham dan masalah dalam rumahtangga; juga “WhatsApp” membuatkan seseorang hilang kawalan, beremosi dan lain-lain lagi. Baru-baru juga kita ada baca satu berita di mana seorang Isteri telah ceraikan suaminya yang meluangkan kebanyakan masa di “WhatsApp”. Siapa kawal siapa? Adakah “WhatsApp” kawal kita, atau kita kawal “WhatsApp”? Ada satu pandangan bahawa “WhatsApp” telah mengkongkong manusia. Maka, apakah saluran komunikasi “Media Sosial” ini baik atau buruk?

Kita tidak juga boleh katakan bahawa saluran komunikasi sebegini adalah buruk 100%. Ini kerana ia membantu juga menyebarkan maklumat penting kepada seseorang yang tinggal jauh dan sukar untuk berjumpa selalu. Ada juga di dunia ini, saluran komunikasi “facebook” pada satu masa menjadi salah satu benda penting untuk wujudnya kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. Pada masa sekarang, “WhatsApp” juga membantu oraganisasi massa untuk turun padang bagi memperjuangkan hak mereka. “WhatsApp” juga menjadi alat komunikasi bertukar pandangan dan debat sihat di kalangan massa sekarang.

Maka, ia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ia bergantung pada siapa dan untuk tujuan apa ia digunakannya. Walau apa jua alasan diberikan, alat komunikasi seperti “WhatsApp” tidak boleh menggantikan komunikasi secara bersemuka di mana perasaan manusia, sentuhan manusia, dan bahasa badan adanya maksud tersendiri dan ia amat menyumbang dalam sesuatu komunikasi.

Jangan kita lupa:

Media sosial adalah satu saluran diwujudkan oleh kapitalis untuk tujuan komersial dan mengaut keuntungan pada awalnya. Golongan progresif seperti kita boleh menggunakannya sekadar untuk sebarkan mesej dan memainkan peranan kecil dalam agen perubahan. Akan tetapi, ada pula golongan yang berfikiran bahawa kita boleh buat revolusi di dunia ini dengan menggunakan media sosial sahaja. Fikiran ini yang perlu dikikis. Musuh kita di dunia nyata lebih kuat daripada kita, oleh itu kita perlu lebihkan masa untuk organisasi massa, luangkan masa yang lebih dalam perjuangan dunia nyata. Ini kerana dunia maya hanya mengambarkan lebih keseronakan seorang daripada kesusahan mereka. Seorang aktivis atau pejuang masyarakat harus mengimbangi dirinya dengan media sosial. Kalau tidak kita akan dilabel sebagai “pejuang keyboard” (keyboard warrior).

Biar kita pijak di bumi nyata, turun bersama rakyat, ber jumpa secara bersemuka, berbincang bersama dan berjuang untuk membawa perubahan nyata. “Media sosial” hanya satu produk komunikasi, jangan pula kita jadi hamba kepadanya.

(oleh Sivaranjani / Nagen)

Page 10: Sosialis (Jun Jul 2014)

10 ANTARABANGSA Jun-Jul 2014

Thailand: Tentera Rampas Kuasa Lagi

Tentera Negara Thai yang di bawah pimpinan Jeneral Prayuth Chan-ocha telah melakukan kudeta (rampasan kuasa) pada 22 Mei yang lalu, dua hari selepas pihak tentera mengumumkan darurat di seluruh negara tanpa memberitahu kerajaan penjaga.

Rampasan kuasa oleh tentera Thai terbaru ini merupakan kudeta tentera ke-12 yang berjaya dalam sejarah Thailand. Sejak tahun 1932 selepas sistem raja mutlak digantikan dengan sistem raja berperlembagaan, Negara Thai telah mengalami lebih kurang 19 kali kudeta tentera, ada yang berjaya dan ada yang gagal. Kudeta tentera kali terakhir sebelum ini adalah pada tahun 2006, apabila pihak tentera merampas kuasa daripada kerajaan pimpinan Thaksin Shinawatra.

Kudeta terbaru ini berlaku 6 bulan selepas Negara Thai terjerumus dalam krisis politik yang tidak habis-habisan. Puak konservatif yang dipimpin oleh golongan elit pemerintah yang rapat dengan kerabat diraja, telah melancarkan demonstrasi berterusan di bawah pimpinan Suthep Thaugsuban, bekas Timbalan Menteri dalam kabinet Abhisit Vejjajiva pada tahun 2008-2011. Protes puak konservatif yang kononnya mahu menjatuhkan rejim Yingluck Shinawatra, yang dikatakan sebenarnya boneka kepada Thaksin, sebenarnya bukan bertujuan untuk memperjuangkan demokrasi dan keadilan sosial, tetapi hanya semata-mata menjatuhkan satu kerajaan yang dianggap bertentangan dengan kepentingan elit di

Bangkok dan cuba merampas hak mengundi daripada golongan miskin.

Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) yang dipimpin oleh Suthep telah menganjurkan aksi-aksi demontrasi yang cuba melumpuhkan seluruh bandar Bangkok pada sejak akhir tahun lepas. Apabila Yingluck membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya dengan hasrat menyelesaikan pergolakan politik melalui proses demokrasi, PDRC bersama dengan Parti Demokrat di bawah pimpinan Abhisit telah memboikot pilihanraya. Mereka juga menghalang proses pilihanraya berlangsung. Akhirnya, puak konservatif sekali lagi mempergunakan sistem kehakiman yang penuh dengan kepincangan, seperti yang pernah berlaku pada tahun 2008, Yingluck telah disabit kesalahan menyalahgunakan kuasa atas alasan memindah seorang pegawai Majlis Keselamatan Negara secara tidak sah, dan ini sekali gus melucutkan jawatan Yingluck.

Peristiwa keganasan dan keadaan huru-hara yang ditimbulkan oleh demontrasi puak konservatif telah digunakan oleh pihak tentera sebagai alasan untuk campurtangan. Rampasan kuasa yang dilakukan oleh pihak tentera, sememangnya bukan untuk melindungi demokrasi ataupun mempertahankan keadilan sosial di Thailand, tetapi hanya memperketatkan pemerintahan kediktatoran puak konservatif dan memusnahkan segala institusi demokrasi. Selepas merampas kuasa, pihak tentera telah memanggil ramai aktivis politik untuk pergi berjumpa dengan tentera untuk disoal siasat. Mereka yang ingkar dan

juga mereka yang membantah kudeta telah ditangkap. Pemerintah tentera juga mengetatkan kawalan terhadap media dan internet. Kebebasan bersuara di Thailand tidak wujud di bawah kuasa tentera.

Pihak tentera Thailand memang terkenal d e n g a n k e k e j a m a n n y a d a l a m menghancurkan gerakan demokrasi. Salah satu contohnya, adalah kezaliman yang dilakukan ke atas protes pro-demokrasi kumpulan baju merah pada tahun 2010, yang meragut nyawa seramai lebih 90 orang.

Walaupun kebebasan rakyat Thai telah disekat oleh pihak tentera, tetapi ini tidak menghalang mereka yang inginkan demokrasi untuk meneruskan bantahan mereka. Ramai aktivis dan rakyat Thai telah turun ke jalanraya untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap kudeta tentera dan menuntu t supaya demokras i dikembalikan.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah mengambil inisiatif mengeluarkan satu kenyataan bersama antarabangsa yang disokong oleh lebih 20 organisasi di rantau Asia Pasifik. Tuntutan yang dibawa dalam kenyataan bersama tersebut adalah:

- Memansuhkan segera undang-undang darurat di Thailand;

- Pemulihan proses pilihanraya supaya rakyat Thailand boleh membuat keputusan tentang masa hadapan negara mereka secara demokratik;

- Hentikan penindasan dan penangkapan ke atas aktivis politik, dan bebaskan semua tahanan politik;

- Kerajaan ASEAN perlu bersama-sama mengutuk rampasan kuasa di Thailand dan memberi tekanan supaya kudeta ditamatkan segera;

- Semua kerajaan patut memanggil balik duta besar mereka di Thailand untuk menunjukkan bahawa mereka tidak mengiktiraf kerajaan tentera.

Sejarah Kudeta Thailand1932 Jun

Revolusi Siam, Khana Ratsadon (Parti Rakyat) menggulingkan sistem raja mutlak dan gan t i kan dengan s i s tem ra ja berperlembagaan.

1933 Apr

“Kudeta Senyap”, dalam usaha menghalang pembaharuan yang dibawa oleh pemimpin revolusioner Pridi Phanomyong, Perdana Menteri Phraya Manopakorn Nititada m e m b u b a r k a n p a r l i m e n d a n memperkenalkan undang-undang anti-komunis. Khana Ratsadon dibubarkan.

1933Jun

Pemimpin tentera Phraya Phahonphon Phayuhasena merampas kuasa daripada Phraya Manopakorn Nititada. Orang kuat dalam tentera Plaek Phibunsongkhram semakin berkuasa selepas itu dan menjadi Perdana Menteri yang diktator pada tahun 1938-1944.

1947

Nov

Plaek Phibunsongkhram yang kehilangan kuasa pada 1944 telah merancang kudeta menjatuhkan kerajaan pimpinan Thawan Thamrongnawasawat. Plaek kembal i berkuasa pada 1948-1957, dan menggubal Perlembagaan 1949 yang dikatakan perlembagaan yang paling berpihak pada kerabat diraja.

1948Okt

Penyokong Pridi dalam tentera darat cuba melakukan rampasan kuasa tetapi gagal.

1949Feb

Anggota tentera laut yang sokong Pridi melakukan cubaan rampasan kuasa dan bertempur hebat dengan tentera darat tetapi gagal.

1951Jun

Sekumpulan pegawai tentera laut yang membantah pengurangan peruntukan untuk tentera laut, cuba melakukan kudeta dan menculik Plaek sebagai tebusan. Plaek hampir terbunuh apabila tentera laut mengebom kapal perang di mana dia ditahan sebagai tebusan. Kudeta tersebut juga gagal.

1951

Nov

Satu lagi “Kudeta Senyap”. Pihak tentera m e r a m p a s k u a s a , m e m a n s u h k a n Perlembagaan 1949 dan memulihkan Perlembagaan 1932.

1957

Sep

P e n i p u a n d a l a m p i l i h a n r a y a mencetuskan demonstrasi besar-besaran. Pemimpin tentera darat Sarit Thanarat merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan Plaek.

1958

OktSarit Thanarat melakukan satu lagi kudeta menjatuhkan kerajaan pimpinan Thanom Kittikachorn yang dikatakan terlalu lembab.

1971

Nov

Thanom melakukan kudeta dengan memansuhkan Perlembagaan 1968 dan membubarkan parlimen supaya kuasa tertumpu semula dalam tangannya.

1973

Okt

Kebangkitan rakyat 14 Oktober, menuntut perubahan demokratik, akhirnya menjatuhkan kerajaan diktator Thanom. Negara Thai memasuki zaman demokratik yang hanya bertahan untuk 3 tahun.

1976

OktMenteri Pertahanan Sangad Chaloryu mendakwa adanya komunis dalam kabinet dan menggunakan alasan tersebut untuk melakukan kudeta. Kerajaan campuran yang dipimpin oleh Parti Demokrat dijatuhkan. Pihak tentera dan kumpulan pelampau berhaluan kanan melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas pelajar di Universiti Thammasat. Thanin Kraivichien dilantik menjadi Perdana Menteri oleh pihak tentera.

1977

Mac

Pergolakan dalaman pihak tentera menyebabkan sekumpulan pegawai muda cuba menggulingkan Thanin tetapi gagal.

1977

Okt

Pihak tentera yang tidak puas hati dengan campurtangan Thanin dalam hal dalaman tentera melakukan kudeta dan menjatuhkan kerajaan Thanin.

1981

AprSekupulan pegawai tentera muda cuba menggulingkan kerajaan pimpinan Prem Tinsulanonda tetapi gagal.

1985

SepSatu lagi cubaan kudeta untuk jatuhkan Prem Tinsulanonda tetapi gagal lagi.

1991

Feb

Pihak tentera mendakwa kerajaan pimpinan Chatichai Choonhavan terlibat dalam rasuah dan melakukan kudeta. Pemimpin tentera Sunthorn Kongsompong berkuasa selepas kudeta.

2006

Sep

Kumpulan baju kuning mula mengadakan aksi protes menentang Thaksin. Thaksin membubarkan parlimen pada Februari 2006, tetapi parti pembangkang memboikot pilihanraya yang diadakan pada bulan April. Selepas mahkamah memutuskan pilihanraya tidak sah, cabinet Thaksin merancang untuk mengadakan pilihanraya pada bulan Oktober. Pihak tentera di bawah pimpinan Sonthi Boonyaratglin melakukan rampasan kuasa yang menjatuhkan kerajaan Thaksin pada bulan September.

2008

DisMahkamah Per lembagaan memutus untuk membubarkan parti pemerintah yang pro-Thaksin dan menghalang pemimpinnya bergiat aktif dalam politik untuk 5 tahun. Ini sekali gus membolehkah pemimpin Parti Demokrat Abhisit Vejjajiva menjadi Perdana Menteri tanpa melalui proses pilihanraya.

2014

Mei

Rampasan kuasa oleh pihak tentera menjatuhkan kerajaan penjaga sementara yang dipimpin oleh Niwatthamrong Boonsongpaisan selepas Yingluck dilucutkan jawatan oleh mahkamah.

Page 11: Sosialis (Jun Jul 2014)

11 SUDUT SEJARAH Jun-Jul 2014

Kebangkitan Mahasiswa 1974"Di Kuala Lumpur pada Ahad 1 Disember 1974 pelajar Universiti Malaya telah pulang dari bercuti. Senin 2 Disember k u l i a h a k a n b e r m u l a . Ta n p a pengetahuan komuniti kampus satu demo besar telah dirancang pada Selasa 3 Disember. Melalui hubungan peribadi, me la lu i hubungan t i dak rasmi mahasiswa dari Institut Teknologi Kebangsaan, Institut Teknologi Mara, Universiti Kebangsaan dan Universiti Malaya telah merancang akan keluar ke Dataran Merdeka untuk bersetia kawan dengan penduduk miskin desa di Baling Kedah."

"Pada hari Senin 2 Disember heboh Baling makin merebak dari mulut ke mulut. Pada malamnya – kami dari Kelab Sosialis telah menconteng semua papan tanda di Dataran Sastera – DEMO 3 Disember Dataran Merdeka jam 10:00 Pagi. Biasanya kami akan mengadakan

Sudut Pidato untuk membakar dan menghasut pelajar agar keluar berdemo. Tetapi kali ini TIDAK perlu lagi."

"Pagi Selasa 3 Disember 1974 – saya membonceng motosikal untuk sampai ke Padang Selangor nama asal untuk Dataran Merdeka. Bersama saya ialah Halim Latif anggota Kelab Sosialis. Bila saya sampai di tepi Air Pancut depan Muzium Tekstil saya melihat ada hampir 500-1,000 pelajar telah sedia berhimpun."

— Petikan pengalaman Hishamuddin Rais, salah seorang aktivis mahasiswa dari Universiti Malaya yang memimpin demonstrasi tersebut. Dilaporkan lebih 8,000 orang mahasiswa telah turun berdemonstrasi. Gambar ini menunjukkan mahasiswa berdemonstrasi bersama sepanduk "RAKYAT KIAN MENDERITA – PEMERINTAH LUPAKAN AMANAT".

Sumber gambar: Buku "With the people!: the Malaysian student movement, 1967-74"

suntingan Hassan Karim & Siti Nor Hamid (Institut Analisa Sosial, 1984)

G. Velayutham (1957 - 2014) Sentiasa Bersedia Untuk Perjuangan

oleh S.Arutchelvan terjemahan oleh Harris Nasril

Saya menerima SMS daripada S u g u , p e n g e r u s i P S M Cawangan Sungai Siput, yang mengatakan bahawa saudara Velayutham telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Saya c u b a m e m b a y a n g k a n mendiang di dalam minda saya. Ya, mana mungkin saya melupakan wajah yang sangat biasa saya lihat dan selalu menghadirkan diri ke semua program dan aktiviti PSM. Saya bertanya pada rakan-rakan lain dan mereka mengesahkan berita tersebut. Apa yang lebih tragik adalah Velayutham ketika itu sedang melintas jalan di Sungai Siput untuk pergi menghadiri satu program parti di Bagan Serai tetapi beliau dilanggar oleh sebuah kereta. Nampaknya, beliau meninggal dunia ketika menjalankan tugas.

Saya tidak mengenali Velayutham secara peribadi tetapi pemergian beliau secara mengejut telah memberi kesan kepada saya sebagai seorang insan. Saya pasti ia memberi kesan lebih banyak

buat mereka yang mengenali beliau secara peribadi.

Ramai komrad-komrad di Sungai Siput juga agak terkejut dan menurut Sugu, beliau adalah seorang yang tidak pernah mengatakan "tidak" apabila dipanggil untuk mana-mana program. Ya, saya melihat beliau hampir di semua program. Saya telah melihat beliau semasa kempen jelajah PSM awal tahun ini dan saya juga pernah melihat beliau ditahan di lokap Seberang Perai Utara selama seminggu bersama 30 komrad-komrad

lain pada bulan Jun 2011. Penangkapan itu tidak sedikitpun mematahkan semangat beliau. Rakan-rakan rapat dengan mendiang menganggap beliau sebagai seorang yang sangat berani dan sering berada di barisan hadapan dalam perjuangan.

Ve layutham yang berumur 54 tahun meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak. Upacara pengkebumian diadakan di rumah beliau di Ladang Changkat Salak. Beliau juga salah seorang pejuang utama dalam perjuangan pekerja Ladang Changkat Salak di mana beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pekerja

L a d a n g C h a n g k a t Salak. Beliau masih menetap di rumah ladang, di mana beliau dan pekerja-pekerja lain berjuang selama 15 t a h u n m e l a w a n pengusiran paksa oleh pemilik ladang.

S a y a t e l a h memberitahu ahli-ahli s u p a y a m e n u t u p i keranda beliau dengan bendera par t i j ika dibenarkan oleh ahli keluarganya. Beliau akan dihantar dengan penghormatan. Beliau merupakan salah seorang yang tidak dikenali ramai tetapi antara orang yang membolehkan PSM terus bergerak. Terdapat banyak pemimpin tempatan yang tidak berkongsi populariti dan imej yang sama seperti sebahagian daripada kita. Walau bagaimanapun, mereka adalah pemimpin yang hebat dan pejuang sejati. Kehilangan beliau merupakan satu kerugian yang sangat besar untuk parti dan kelas pekerja. Mereka inilah antara ramai pemimpin peringkat akar umbi yang membuatkan PSM terus bergerak, yang mana sumbangan beliau tidak ternilai dan kekal abadi.

Program kami yang seterusnya akan mempunyai kekosongan. Iaitu kehadirannya, komitmen dan disiplin beliau yang kami akan rasai. Berehatlah komrad, saudara meninggalkan kami pergi sebagai seorang lagi pejuang kelas pekerja di dalam perjuangan panjang yang belum selesai ini. ##

Memperingati Saudara dari Seberang Laut

Romy Castillo (1951-2014)Seorang rakan seperjuangan dari Filipina yang rapat dengan PSM, Romy Castillo, telah meninggal dunia pada 5 Jun yang lalu kerana sakit.

Romy Castillo, yang lebih dikenali dengan nama panggilan Ka Romy, merupakan s e o r a n g a k t i v i s b u r u h y a n g mendedikasikan seumur hidupnya kepada perjuangan rakyat di Filipina. Beliau mula bekerja di ladang tebu pada umur 15 di La Carota, kemudiannya berpindah ke Manila dan bekerja di dalam sebuah kilang keluli di mana beliau memulakan kerja-kerja mengorganisasi pekerja di situ. Romy pernah menyandang jawatan Pengerusi pertubuhan pekerja KMU untuk kawasan perlabuhan Manila dan Rizal Timur.

Romy juga merupakan seorang tahanan politik semasa zaman kediktatoran Marcos, di mana beliau telah ditangkap pada tahun 1984 dan diseksa teruk oleh ejen kerajaan semasa dalam tahanan. Romy dibebaskan pada tahun 1986 apabila Marcos

dijatuhkan oleh revolusi rakyat. Romy kembali bergiat dalam gerakan pekerja selepas dibebaskan dan aktif dalam kesatuan sekerja BMP serta parti politik seperti Parti Pekerja Filipina (PMP) yang kemudiannya bergabung menjadi Parti Massa Pekerja (PLM).

Romy pernah mengunjungi Malaysia pada tahun 2011 apabila beliau menghadiri Kongres PSM di Sungai Siput. Beliau juga pernah ditahan untuk seketika semasa di Malaysia, apabila kerajaan melakukan tangkapan besar-besaran ke atas anggota PSM dalam usaha menghalang himpunan BERSIH 2.0. Oleh sebab aksi solidariti dan tekanan daripada organisasi di Malaysia dan Filipina, Romy dapat pulang ke Filipina dengan selamat pada masa itu.

Walaupun mendiang Ka Romy berasal dan bergiat di Filipina, tetapi PSM tetap menganggap beliau sebagai seorang rakan seperjuangan yang rapat kerana komitmen dan semangatnya dalam perjuangan rakyat. Semangat gigih berjuang yang ditampilkan oleh Ka Romy tetap akan dikenangi dan diteruskan. ##

Page 12: Sosialis (Jun Jul 2014)

GALERI12 Jun-Jul 2014

Sudut Komik

Sudut SeniJika anda turun ke demonstrasi atau protes, ada beberapa lagu yang pasti akan dinyanyikan oleh kumpulan anak-anak muda. Antara lagu yang selalu dinyanyikan ialah lagu “Pembebasan”. Lagu yang berasal dari tanah seberang ini memang menjadi lagu wajib bagi setiap anak muda yang terlibat dalam perjuangan di sana, dan gemar didendangkan di setiap aksi massa. Lirik yang disertakan di bawah adalah versi yang telah digubal dari lirik aslinya (bersama dengan kod gitar).

Kod gitar yang digunakan hanyalah melibatkan kod A minor, D minor, dan G. Anda boleh juga menaikkan kuncinya satu paras lebih tinggi (mulakan dengan kod D minor) untuk disesuaikan dengan nyanyian beramai-ramai. Selamat beraksi! ##

Lagu Pembebasan

“Selfie” Bersama Panda

Lukisan komik ini dilukis secara spontan dan “live” oleh Zunar semasa Malam Salam Perjuangan PSM pada 31 Mei 2014 di Kuala Lumpur.

Solidariti untuk Palestinbaca lanjut di m/s 8

Protes bantah Rampasan Kuasa di Thailand

Galeri Gambar

Sekitar Malam Salam Perjuangan 2014baca lanjut di m/s 8