kesantunan melayu 1 ppismp

14
Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum seperti orang Melayu,Cina India dan sebagainya.Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza budaya,agama,kepercayaan tetapi kita boleh hidup bersama-sama secara aman damai.Faktor utama memboleh rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni adalah rakyat Malaysia kaya dengan kesantunan berbahasa.Kesantunan berbahasa berdefinisi sebagai perlakuan,tutur kata yang dapat mengurangkan tidak selesa dalam komunikasi antara satu sama lain.Kesantunan berbahasa haruslah dipupuk kerana ianya dapat mengekalkan interaksi yang harmoni supaya tidak menyebabkan perselisihan faham antara penutur dan pendengar.Kesantunan berbahasa boleh dipratik melalui Kesantunan Verbal dan Kesantunan Non Verbal.Dengan Kesantunan Berbahasa ini,kita dapat berkongsi fikiran,idea,maklumat dan perasaan dengan orang lain.Selain itu,kesantunan berbahasa memboleh kita menyampai maklumat lebih berkesan dan akan menjadikan komunikasi lebih menarik dalam percakapan.Kesimpulannya,Kesantunan Berbahasa sangat penting dalam kehidupan kita.Hal ini kerana,perlakuan bahasa kita akan melambangkan kehalusan budi,kesopanan dan tingkah laku diri sendiri di hadapan orang lain. 1

Upload: yi-ying

Post on 15-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kesantunan Melayu 1 PPISMP

TRANSCRIPT

Page 1: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum seperti orang

Melayu,Cina India dan sebagainya.Walaupun rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai

kaum yang berbeza budaya,agama,kepercayaan tetapi kita boleh hidup bersama-sama

secara aman damai.Faktor utama memboleh rakyat Malaysia hidup dalam keadaan

harmoni adalah rakyat Malaysia kaya dengan kesantunan berbahasa.Kesantunan

berbahasa berdefinisi sebagai perlakuan,tutur kata yang dapat mengurangkan tidak

selesa dalam komunikasi antara satu sama lain.Kesantunan berbahasa haruslah

dipupuk kerana ianya dapat mengekalkan interaksi yang harmoni supaya tidak

menyebabkan perselisihan faham antara penutur dan pendengar.Kesantunan

berbahasa boleh dipratik melalui Kesantunan Verbal dan Kesantunan Non

Verbal.Dengan Kesantunan Berbahasa ini,kita dapat berkongsi fikiran,idea,maklumat

dan perasaan dengan orang lain.Selain itu,kesantunan berbahasa memboleh kita

menyampai maklumat lebih berkesan dan akan menjadikan komunikasi lebih menarik

dalam percakapan.Kesimpulannya,Kesantunan Berbahasa sangat penting dalam

kehidupan kita.Hal ini kerana,perlakuan bahasa kita akan melambangkan kehalusan

budi,kesopanan dan tingkah laku diri sendiri di hadapan orang lain.

1

Page 2: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Tugasan 1

I.Kesantunan Verbal

Kesantunan Verbal bermaksud komunikasi lisan.Berkomunikasi jenis ini banyak

digunakan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian. Hal ini kerana kita sentiasa

berhubung dengan orang lain untuk mengeluarkan pendapat atau perasaan

kita.Perhubungan antara kita dengan orang lain itu dikenali sebagai proses komunikasi

secara verbal.Secara penjelasan,kesantunan verbal berkaitan dengan simbol atau

mesej lisan.Simbol atau mesej lisan adalah semua jenis simbol yang menggunakan satu

atau lebih perkataan.Bahasa lisan juga dianggap sebagai satu sistemkod

lisan(Azian,2005).Selain itu,bahasa boleh ditakrifan sebagai satu set simbol,peraturan

untuk menggabungkan simbol-simbol yang digunakan,diucapkan dengan santun agar

difahami oleh masyarakat.

Cerpen yang dikaji:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah Yunos;Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul Ahmad,April 1989.

Contoh Kesantunan Verbal Penjelasan

1. “Hai...tak sangka emak,Fara.Datuk

Malik dan Datin Jamiliah yang tinggal

dekat Taman Bayan tu yang datang!”

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan6 m/s;hlm 110

Datuk Malik dan Datin Jamiliah telah

bertegur sapa dengan ahli keluarga Fara

semasa menziarahi mereka

sekeluarga.Datuk Malik dan Datin Jamiliah

berbudi apabila menziarahi keluarga Fara

supaya mengeratkan hubungan mereka.Ini

adalah perlakuan berbahasa.

2. “Fara,jum kita balik,nanti ketinggalan

bas”Wahidah bersuara memecah

kebeningan.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 4 m/s;hlm 113

Wahidah mengajak Fara balik ke rumah

bersama-sama dengan bas.Perlakuan

Wahidah yang mengingatkan Fara supaya

tidak ketinggalan bas adalah berbudi.Ini

boleh dikatakan sebagai perlakuan

berbahasa.

3. “Fara,janganlah kauambil hati dengan

Cikgu Zairi”

Kawan Fara iaitu Shikin menasihati Fara

supaya tidak marah dengan Cikgu

Zairi.Tindakan Shikin telah berjaya

2

Page 3: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 7 m/s;hlm 113

menyelamatkan hubungan Fara dengan

Cikgu Zairi supaya tidak menjadi

renggang.Ini merupakan

perlakuanberbahasa.

4. “Selamat petang ,cikgu”

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 4 m/s;hlm 115

Fara telah memberi salam keada Cikgu

Zairi apabile berhadapan dengan cikgu.Hal

ini dikatakan sebagai perlakuan berbahasa

kerana ia merupakan tindakan berbidi

bahasa.

5. “Maafkan saya atas kekasaran tempoh

hari.” Tiba-tiba saja kalimah-kamilah itu

meletus dari mulutnya setelah agak lama

juga dia berdiam.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 5 m/s;hlm 115

Cikgu Zairi telah meminta maaf kepada

Fara atas kesalahannya yang menyalah

Fara kerana tidak memberi perhatian

dalam kelas ketika Fara yang di dalam

banyak masalah.Ini merupakan perlakuan

verbal.

6. “Er... sa...saya yang sepatutnya minta

maaf daripada cikgu.Saya yang bersalah.”

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 7 m/s;hlm 115

Fara telah meminta maaf balik kepada

Cikgu Zairi kerana dia telah sedar bahawa

dia yang tidak memberi perhatian dalam

kelas merupakan kesalahan diri sendiri

dan bukan salah cikgunya.Hal ini

demikian,inlah merupakan perlakuan

verbal.

7. “Baiklah ,cikgu. Saya berjanji.Insya-

Allah,kejayaan menanti saya.”

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 6 m/s;hlm 116

Fara berjanji bahawa akan bersungguh-

sungguh dalam pelajarannya untuk

menghadapi cabarannya iaitu Sijil

Peperiksan Malaysia(SPM).Perkataan

“Insya-Allah” menunjukkan Fara

mempunyai nilai kepercayaan kepada

tuhan dalam jiwanya dan ini telah

menyerapkan kandugan berbudi bahasa

dalam perkataan mereka.Ini adalah

perlakuan berbahasa.

3

Page 4: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

8. “Tahniah,Fara,saya bangga dengan

kejayaan ini” tiba-tiba suatu suara

menyapukan dari belakang.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 2 m/s;hlm 117

Cikgu Zairi berasa bangga dan gembira

atas keputusan Fara dalam SPM.Oleh

itu,Cikgu Zairi telah bertahniah kepada

kejayaan Fara.Ini adalah perlakuan

berbahasa.

9. “Terima Kasih di atas segala-galanya

ayah. Sampaikan surat ini dan salam Fara

buat emak.”

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 7 m/s;hlm 118

Fara bersyukur kepada semua yang dibuat

daripada ibu bapa dia.Fara amat

menghargai ibu bapa yang telah mendidik

dan membesarkan dia.

Ini merupakan perlakuan berbahasa.

10. “Budi cikgu hanya Tuhan yang dapat

membalasnya. Terim Kasih ,Cikgu.”

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 6 m/s;hlm 119

Fara menghargai dan bersyukur atas

kesabaran Cikgu Zairi telah membimbing

Fara supaya lulus peperiksaan SPM

dengan keputusan yang cemerlang.Fara

yang berterima kasih kepada Cikgu Zairi

merupakan tindakan yang berbudi dan ini

dikatakan sebagai perlakuan berbahasa.

II.Kesantunan Non Verbal

4

Page 5: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

“Non Verbal” merupakan isitilah popular untuk beberapa isitilah lain seperti non verbal

BL(body language),bahasa badan dan bahasa tubuh.Bahasa tubuh ialah bahasa

berhubung dengan orang lain melalui isyarat tangan,air muka dan gerakan

badan.Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan sesuatu idea atupun

pendapat yang sukar dilahirkan dengan pertuturan atau tulisan.Bahasa tubuh

sebenarnya banyak menggambarkan emosi,personaliti,tujuan dan status sosial

seseorang individu.Bahasa tubuh boleh menjelaskan sesuatu mesej kerana dapat

menterjmeah maksud yang hendak disampaikan dengan lebih berkesan.Menurut

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd(1999) bahawa apa-apa yang disebut bahasa tubug

termasuklah perhubungan ruang dari jarak,orientasi masa,gerak-geri,rupa muka,gerak

mata,sentuhan,suara dan kadar kelajuan kita bercakap.

Cerpen yang dikaji:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah Yunos;Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul Ahmad,April 1989.

Contoh Kesantunan Non Verbal Penjelasan

1.Seperti hendak luruh jantungku

mendengar berita yang bagai petir tunggal

itu.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 8 m/s;hlm 111

Fara berasa terkejut apabila menerima

berita tersebut.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

2.Aku tegak berdiri di hadapannya seperti

seorang koperal di hadapan.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 5 m/s;hlm 115

Fara tegak berdiri semasa berjumpa

dengan Cikgu Zairi.Hal ini menjelaskan

bahawa Fara amat menghormati gurunya.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

3.Terkaku aku mendengar khutbah pendek

guru.Begitu bersemangat sekali.Terasa

betapa kerdil diri ini di hadapannya.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

Fara mendengar dan menerima khutbah

pendek Cikgu Zairi dengan teliti.Fara

berasa kerdil diri di hadapan guru dan

tidak bersombong.Hal ini menjelaskan

Fara seorang pelajar yang menghargai

5

Page 6: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 5 m/s;hlm 116

jasa dan pengetahuan guru.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

4.Wahidah yang sejak tadi kulihat

terlonjak-lonjak kegembiraan,tiba-tiba

mengalirkan air mata.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 12 m/s;hlm 116

Wahidah terlonjak-lonjak kerana berasa

gembira apabila diberitahu kawan

karibnya,telah lulus dalam peperiksaan

SPM dengan pangkat satu bersama-sama.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

5.Cikgu Zairi tersenyum lebar di

hadapanku.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 3 m/s;hlm 117

Cikgu Zairi bersyukur bahawa murid-

muridnya telah berjaya menghadapi

cabaran peperiksaan SPM dan mereka

berusaha mendapatkan keputusan yang

cemerlang.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

6.Tawaran untuk mengikuti kursus

Matrikulasi Sains di UPM telah pun aku

terima,malah borang kemasukannya

lengkap diisi dan ayah sendiri

menandatanganinya.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 9 m/s;hlm 117

Ayah Fara membantu Fara melengkapkan

borang kemasukan Matrikulasi Sains di

UPM dan menandatanganinya.Walaupun

ayah Fara tidak bercakap apa-apa

terhadap kecemerlangan Fara dalam

akedemik tetapi dia telah bertindak untuk

menjelaskan bhawa dia amat mengambil

berat terhadap Fara.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

7.Semalam,aku sempat menulis sepucuk

surat untuk emak,dan surat itu kubaca lagi

sebelum keluar dari rumah tadi.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 1 m/s;hlm 118

Fara menulis sepucuk surat kepada ibunya

sebelum keluar dari rumah ke Matrikulasi

Sains di UPM.Surat ini ditulis oleh Fara

bagi memohon maaf kepada ibunya atas

segala-gala kesalahannya di rumah.Selain

itu,Fara berjanji akan belajar bersungguh-

sungguhdan tidak akan mengecewakan

ibunya.

Ini merupakan pelakuan non verbal.

8.Aku mencium tangan ayah. Fara mencium tangan ayahnya sebelum

6

Page 7: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 7 m/s;hlm 118

keluar dari rumah.Hal ini membuktikan

Fara sayang akan ahli kerluarganya.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

9.Aku hanya tunduk,cuba

menyembunyikan air jernih yang

bergantung di pelupuk mata.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 9 m/s;hlm 118

Fara ingin menyembunyi air jernihnya

dengan bertunduk kepala kerana dia tidak

sampai hati meninggal kawan-kawan dan

ibu bapanya dan seorang melanjutkan

pelajarannya di bandar lain.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

10. Cikgu Zairi dengan senyum hambar

apabila meihatkan aku terdiam begitu.

Tajuk:Biarkan Aku Pergi karya Fauziah

Yunos daripada buku:Puteri Dayana

diselenggarakan oleh Abdul

Ahmad;Petikan 4 m/s;hlm 119

Cikgu Zairi senyum hambar kepada Fara

kerana Cikgu Zairi ingin Fara melanjutkan

pelajarannya tanpa membimbang ibu

bapanya.Selain itu,Cikgu Zairi ingin

memberi keyakinan kepada Fara.

Ini merupakan perlakuan non verbal.

Tugasan 2

7

Page 8: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Fenomena Kesantunan Berbahasa Dalam Kalangan Generasi Muda Dan Nyatakan

Faktor-Faktornya

Orang Malaysia kaya dengan kesantunan berbahasa.Kesantunan berbahasa

diinterpretasikan sebagai perlakuan,tutur kata yang mampu mengurangkan rasa tidak

selesa dalam interaksi dua orang yang digelar penutur dan pendengar.Kesantunan

berbahasa memboleh komunikasi antara satu sama lain secara harmoni tanpa

konflik.Oleh itu, kesantunan berbahasa dapat mengekalkan pengiktirafan diri seseorang

dalam interaksi sosial.

Pada masa kini,kesantunan berbahasa di kalangan generasi muda kian

luntur.Situasi ini senang dilihat oleh kita dan mendengar melalui telinga kita. Remaja

sekarang tidak lagi menggunakan kesantunan berbahasa.Hal ini amat membimbangkan

kerana jika perkara ini berlarutan,ianya dapat menyebabkan generasi sekarang semakin

tidak bersopan.Masalah penggunaan bahasa rojak merupakan pembunuh kesantunan

bahasa. Bahasa rojak bererti mencampurkan perkataan Bahasa Melayu dan perkataan

Bahasa Inggeris serta Bahasa Cina.Generasi muda kini telah menjadikan bahasa rojak

ini sebagai pertuturan kehidupan seharian mereka dan menggangap bahawa pertuturan

bahasa rojak merupakan trend terkini di atas dunia ini.Penggunaan bahasa rojak dalam

pertuturan telah menyebabkan kehilangan keaslian bahasa yang asal dan kesantunan

berbahasa kian pudar. Selain itu, media massa juga mempengaruhi generasi muda kini

secara mendalam.Media massa sekarang selalu menayangkan filem-filem yang tidak

ada lagi kesantunan berbahasa.Filem seperti Rempit,Impak Maksima dan sebagainya

mengajar generasi kini untuk berlumba dan bercakap dengan bahasa rojak serta

memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak mempunyai kesantunan bahasa.Di

samping itu,bahasa ringkas (bahasa sms) juga menyebabkan kelunturan kesantunan

berbahasa.Pada awalnya, bahasa ringkas diperkenalkan untuk menghantar mesej

kepada seseorang dengan ringkas dan cepat.Namun,bahasa ringkas yang menjadikan

cepat dan senang untuk berkomunikasi telah menyebabkan generasi muda kini

bergantung kepada cara berkomunikasi ini.Dengan terlampau banyak bahasa

ringkasan,maka kesantunan berbahasa semakin layu sehingga ketinggalan zaman.Hal

ini demikian,noktah untuk menyelesaikan masalah tersebut haruslah diberikan

perhatian.

8

Page 9: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Bak kata perkata: “Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara” menjelaskan

bahawa remaja memainkan peranan yang penting dalam memacu negara pada masa

akan datang.Oleh itu,analogi yang menggambarkan jika generasi muda hari ini

pincang,maka situasi negara pada masa akan datang masih belum terjamin,begitulah

juga sebaliknya.Memang tidak dinafikan,generasi muda kini kian kurang kesantunan

berbahasa,pengunaan kata-kata kesat dalam perbualan seharian.Sebenarnya,generasi

muda hari ini bukan berperangai semula jadi seperti itu,tetapu didorong dan dipengaruhi

oleh pelbagai faktor.

Antara faktor utama yang dapat kita rungkaikan ialah faktor media massa. Media

massa merupakan medium yang penting untuk menyamaikan maklumat dan juga alat

berkomunikasi antara satu sama lain.Namun,penyiaran fielm-filem ganas yang tidak

ditapis oleh pihak berwajibtelah menyedihkan masyarakat Malaysia.Pemikiran generasi

muda sebagai sebuah kertas putih dan tidak sedar akan mana-mana yang betul telah

mendorong mereka mengikut [enggunaan bahasa yang kesat dan tidak baik.

Kesannya,kesantunan bahasa tidak dapat dikekalkan dan lama-kelamaannya,ia

mungkin kian pudar serta ditelan oleh zaman pemodenan.

Selain itu,faktor kedua yang telah mendatangkan kesan kelunturan kesantunan

berbahasa adalah ibu bapa dan ahli keluarga juga memainkan peranan yang penting

dan berkesan kepada kehidupan generasi muda.Ibu bapa dan ahli keluarga sebenarnya

memainkan peranan penting dalam membentuk kesantunan berbahasa anak-anak sejak

di bangku sekolah,bak kata pepatah : “melentur biarlah dari rebungnya”. Dengan

matlamat memperbaiki taraf hidup keluarga,kebanyakan ibu bapa mungkin sibuk dan

fokus dalam kejayaan masing-masing supaya menjamin kehidupan ahli kelaurganya dan

memenuhi keperluan anak-anak. Hal ini demikian, ibu bapa telah mengabaikan masa

bersama anak-anak di rumah walhal masa itulah yang paling penting untuk

menyerapkan nilai-nilai murni ke dalam jiwa generasi muda yang merupakan pemangkin

kepada pembangunan negara termasuklah kesantunan berbahasa.Oleh itu,ibu bapa

haruslah sedar akan peranan mereka untuk mendidik anak-anak dengan kesantunan

bahasa yang mulia.

Akhir sekali,faktor yang boleh dianggapkan adalah rakan sebaya juga menjadi

faktor dalam pembinaan kesantunan berbahasa generasi muda hari ini. Hal in kerana

bahawa pengaruh rakan sebaya lebih berkesan berbanding dengan pengaruh ibu bapa

9

Page 10: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

ataupun ahli keluarga. Generasi muda ini dalam linkungan 16-19 tahun merupakan umur

yang kritikal untuk dicorak.Bagi mereka,rakan-rakan adalah segala-galanya sehingga

mempunyai gaya-gaya pertuturan,pemakaian yang hampir sama.Pemilihan rakan

sebaya yang baik menjamin kesantunan berbahasa tetapi jika tersalah pilih maka

buruklah akhlaknya ibarat terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya. .

Berbeza dengan rakan yang kurang baik dan tidak mempunyai keperibadian yang tinggi,

mereka cenderung mengetepikan kesantunan berbahasa ketika berbicara mahu pun

berhubung dengan rakan masing- masing.Hal ini demikian mereka menggangap

kesantunan berbahasa ini adalah satu perkara yang ketinggalan zaman dan sesiapa

yang melakukannya ibarat kolot dan tidak “up-to-date”. Oleh itu,mereka mahu

menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pergaulan bersama rakan - rakan serta

memiliki identiti sendiri. Kadangkala, mereka dapat mengelakkan mesej yang mereka

sampaikan daripada diketahui oleh generasi terdahulu dengan menggunakan bahasa

yang kurang kesantunannya. Namun, hal ini telah menyebabkan kemerosotan

penggunaan bahasa yang sopan dalam kalangan generasi muda dan akhirnya akan

menyebabkan mereka berkata sesuatu perkara yang kurang ajar tetapi bagi mereka

ianya adalah satu perkara yang biasa.

Antara kesan-kesan terhadap kesantunan berbahasa semakin luntur adalah

perubahan cara percakapan.Kini,fenomena bahasa barat telah campur kepada bahasa

kita secara keadaan biasa untuk diperhatikan. Bahasa Kebangsaan Malaysia iaitu

Bahasa Melayu sering digunakan dan bercampur dengan bahasa dari barat menjadi

satu cara percakapan yang baru.Contohnya, “ Jumaat ini mari kita pergi

supermarket”.Hal ini demikian kerana generasi muda hari inimenggangap bahasa barat

itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah mereka dan tidak tahu bahawa cara

percakapan ini akan menjatuhkan maruah bangsa mereka.Sebenarnya,kita patutlah

menjaga imej bangsa melalui cara pertuturan supaya keunikan bangsa Malaysia tidak

akan ketinggalan zaman.

Tuntasnya,kesantunan berbahasa amat penting dalam membentuk jiwa generasi

muda pada masa ini.Slogan “Bahasa Jiwa Bangsa” patutlah sentiasa tersemat dalam

diri setiap individu supaya generasi muda agar kesantunan bahasa secara “Tak lapuk

dek hujan dan tak lekang dek panas”. Oleh itu,kita harus berganding bahu sebagai aur

dengan tebing untuk membendung masalah ini supaya tidak berleluasa seterusnya

10

Page 11: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

dapat melahirkan insan yang berkualiti sebagai pemimpin negara pada masa akan

datang.

11

Page 12: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Refleksi

Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan

ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.Jutaan terima kasih dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing IPG Tuanku Bainun,En

ROSLI SHAHIDAN,rakan-rakan dan pihak lain di atas tunjuk ajar dan bantuan yang

telah diberikan.

Saya amat bersyukur bahawa saya dapat menyiapkan tugasan tersebut dalam

tempoh yang ditetapkan.Saya telah bertungkus lumus menyiapkan tugasan tersebut

agar saya menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang guru pelatih di Institut

Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.Sebagai guru pelatih PPISMP

Sejarah,tugasan ini merupakan tugasan pertama kepada saya. Walaupun tugasan ini

dapat disiapkan tetapi dalam proses menyediakan tugasan tersebut,banyak kekangan-

kekangan dan cabaran telah ditimbulkan dan masalah-masalah itu telah diselesaikan

dengan sebaiknya.

Pertamanya,apabila saya menerima tajuk tugasan ini,saya berasa amat sukar

untuk memulakan tugasan tersebut kerana saya tidak berkenali dengan cara-cara

membuat tugasan dan tidak begitu memahami tentang maksud dan kepentingan

kesantunan berbahasa.Namun demikian,kekangan tersebut telah diselesaikan melalui

pembimbingan pensyarah saya, En. Hamidah Bt Che Meh yang sabar membimbing

saya dalam perjalanan menyiapkan tugasan tersebut.

Keduanya ialah sukar mendapat sumber-sumber untuk tugasan tersebut.Saya

bersyukur bahawa saya dapat dipilih oleh IPG Tuanku Bainun yang mempunyai

prasarana yang lengkap terutamanya Perpustakaan Za’ba dan kemudahan internet

telah membantu saya menyiapkan tugasan tersebut. Melalui buku-buku rujukan

daripada perpustakaan dan melayari internet, saya dapat lebih memahami tentang tajuk

tugasan ini iaitu:“Kesantunan Berbahasa”

Melalui peluang menyiapkan tugasan ini bahawa memboleh saya mendapati

bahawa kepentingan kesantunan bahasa dalam kalangan masyarakat

Malaysia.Kesantunana Malaysia boleh menjadikan interaksi antara satu sama lain lebih

berkesan.Selain itu,percakapan yang berbudi akan menjadikan pertuturan lebih selesa

dan tidak menyebabkan perselisihan faham antara penutur dan pendengar. Setelah

menghasilkan tugasan ini, saya dapat memahami tentang konsep budi bahasa,

12

Page 13: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

kesantunan dan kepentingannya dalam masyarakat Malaysia.Selain itu, saya juga

memahami kepentingan sistem sapaan dalam kehidupan. Kita harus menggunakan

panggilan dan perkataan yang sesuai apabila bergaul dengan orang lain.Di samping itu,

sistem sapaan dalam cerpen juga amat penting kepada pembaca supaya dapat

dicontohi oleh orang ramai serta dapat melahirkan generasi muda yang berbudi bahasa.

13

Page 14: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Rujukan

Buku Rujukan:

1. Dr.Nazariyaj Sani Husin Fateh Din,2014,Kesantunan Masyaraat

Malaysia,Selangor Darul Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd

2. Abdul Ahmad,1989,Puteri Dayana,

Laman Web:

1. http://puterijelapangpadi.blogspot.com/2012/05/ulasan-cerpen.html diakses pada 15-

7-2014.

2. http://www.scribd.com/doc/52849288/Fenomena-kesantunan-berbahasa-dalam-

kalangan-generasi-muda-dan-faktor diakses pada 16-7-2014.

3. http://www.scribd.com/doc/51644528/Fenomena-Kesantunan-Berbahasa-Dalam-

Kalangan-Generasi-Muda diakses pada 16-7-2014.

4. http://babacream0934.blogspot.com/ diakses pada 17-7-2014.

5. http://farihinzul1974.blogspot.com/2009/10/kesan-kesan-dan-cara-cara-untuk.html

diakses pada 18-7-2014.

Surat Khabar:

1. Zuraidah Sulaiman,7 Mei 2011,Minda:Hilang Budaya Santun,Malaysia,Harian

Metro.

14

Page 15: Kesantunan Melayu 1 PPISMP

Lampiran

15