kesantunan verbal

Upload: dennistt94

Post on 02-Mar-2016

97 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GSB 1062 Kesantunan Masyarakat Malaysia

GSB 1062Kesantunan Masyarakat Malaysia

2/8/2013

Kesantunan Verbal

PengenalanKesantunan berbahasa dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk dan jenis. Antaranya ialah kesantunan verbal.

Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal. Ketika berkomunikasi, kita perlu merujuk kepada norma-norma budaya, tidak hanya sekadar menyampaikan idea yang kita fikirkan

Konsep Kesantunan VerbalDefinisi kesantunan verbalbermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulisBahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila. Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi.

ditakrifkan juga sebagai komunikasi lisanBerkomunikasi jenis ini banyak digunakan dalam kalangan individu yang berlaku setiap hari. Hal ini kerana kita sentiasa berhubung dengan orang lain sama ada bertujuan untuk melahirkan pendapat atau perasaan kita.

Perkataan Verbal merujuk kepada teks, pengucapan dan lisan. Perilaku verbal dalam fungsi imperatif misalnya, terlihat pada bagaimana penutur mengungkapkan perintah, keharusan, atau larangan melakukan sesuatu kepada pendengar

Contoh:Terima kasih, selamat datang, sila masuk, jemput duduk, tolong hulurkan bantuan, minta kerjasama

Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai,iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah ,lembut, dan sesuai,walaupun sewaktu menyindir,tidak akan menyinggung perasaan orang lain.

Kesantunan dalam berbahasa juga dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai. Kesilapan dalam penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat boleh menyebabkan seseorang berasa tersinggung dan marah.

Dalam Bahasa Melayu, penggunaan kata ganti nama diri orang berkait rapat dengan bentuk sapaan yang mengambil alih kata ganti nama untuk memberikan penghormatan atau kemuliaan kepada seseorang.

Contohnya, sekiranya seseorang itu pensyarah yang berpangkat doktor falsafah, adalah menjadi kesilapan besar sekiranya kita memanggil beliau dengan panggilan encik.

Berikut ialah beberapa contoh yang dapat menunjukkan kesantunan berbahasa secara verbal dalam kehidupan seharian kita.

Semasa Menjawab Telefon Jawab setiap panggilan dengan ucapan selamat diikuti oleh nama organisasi, nama pejabat atau nama sendiri dengan nada suara yang ramah sebaik sahaja anda mengangkat ganggang telefon.

Contohnya:(a) Hello ... Selamat pagi, Unit Stor Pejabat Agama Kuala Kangsar, Puan Aida bercakap. Boleh saya bantu?

(b) Hello ... Selamat tengahari, Pusat Pemulihan Akhlak,Kuala Kangsar. Puan Latifah bercakap. Boleh saya bantu?

(c) Hello ... Selamat Petang, Unit MPKK. Puan Gauthry pegawai bertugas sedia membantu

Kesantunan Bahasa Di Pintu MasukImej sesebuah organisasi bermula dari pintu masuk. Walaupun petugas di pondok pengawal dikendalikan syarikat swasta, bimbinglah mereka untuk bertutur dengan penuh kesantunan

Contoh:(a) Selamat pagi encik, boleh saya bantu?(b) Sila tinggalkan lesen memandu encik di sini. Terima kasih.(c) Maaf encik, hanya kenderaan yang mempunyai pelekat rasmi sahaja dibenarkan masuk.(d) Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Terima kasih encik/puan. Selamat jalan..

Kesantunan Bahasa Di Tempat Letak Kereta

(a) Maaf encik/puan, di sini tidak dibenarkan meletakkan kenderaan.

(b) Mohon alihkan kenderaan ke tempat meletak kereta di sana.

(c) Maaf Encik/Puan, hanya kereta berpelekat sahaja dibenarkanmasuk

Kesantunan Bahasa Di KaunterBahagian di hadapan kaunter adalah tempat di mana orang ramai berkumpul untuk mendapatkan makluman dan perkhidmatan. Justeru petugas perlu senyum dan bertanyalah dengan bahasa yang bersantun. Contoh:

(a)Selamat pagi encik/puan, boleh saya bantu?(b)Terima kasih, jumpa lagi.

Kesimpulan

Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan.

Kesantunan berbahasa verbal perlu sentiasa ditonjolkan terutamanya semasa bercakap dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan- rakan, menyampaikan maklumat, bertanyakan sesuatu, membuat pembentangan kepada umum dan lain- lain lagi.

Secara ringkasnya, konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.

Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.

Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa- apa yang ingin disampaikan.

Sekian, Terima Kasih