kertas kerja permohonan bilik khas pjpk 2011

7
UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN BEA : 6043 NO TEL: 03- 32241331 FAX ; 03-32244818

Upload: razeliza-raji

Post on 05-Aug-2015

250 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Permohonan Bilik Khas Pjpk 2011

UNIT PENDIDIKAN JASMANI DAN

PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAHSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR

45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN

BEA : 6043 NO TEL: 03- 32241331 FAX ; 03-32244818

Page 2: Kertas Kerja Permohonan Bilik Khas Pjpk 2011

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR43500 SUNGAI BESAR,SELANGOR

NO TEL 03- 32241331 NO.FAX ; 03-32244818

Ruj. Kami : SMKSB/04/03/005 – (30) Tarikh : 23 Mei 2012

YDP Persatuan IbuBapa dan Guru ( PIBG)SMK. Sungai Besar,Jalan Pegawai,45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan.

Melalui

Pengetua SMK. Sungai Besar,Jalan Pegawai,45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI MENAIKKAN TARAF KEMUDAHAN BILIK KHAS 2012

Berhubung perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Panatia Ekonomi Rumahtangga ( ERT) amat memerlukan peruntukkan bagi membeli peralatan dan meningkatkan prasarana untuk bengkel masakan dan bengkel jahitan bagi kemudahan guru – guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Ekonomi Rumahtangga berlangsung

2. Sehubungan dengan itu, Panitia ERT memohon bantuan kewangan dari pihak tuan/puan bagi membiayai perbelanjaan yang berjumlah RM 900.00 bagi projek ini. Rujuk lampiran A.

3. Adalah diharapkan sumbangan yang dihulurkan oleh pihak tuan akan dapat meningkatkan kemudahan prasarana dan peralatan untuk kemudahan guru – guru dan pelajar – pelajar SMK Sungai Besar.

Di atas kerjasama dan pertimbangan yang pihak tuan berikan, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

……………………………………(RAZELIZA BT ABDUL RAJI)Ketua Panitia ERTSMK.Sg.Besar2012

Lampiran A

KERTAS KERJA

Page 3: Kertas Kerja Permohonan Bilik Khas Pjpk 2011

MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN DAN BILIK PERSEDIAAN UNTUK MENJALANKAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN

KESIHATAN DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Selaras dengan falsafah pendidikan Negara, konsep matapelajaran Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah ialah memberi penekanan terhadap

perkembangan menyeluruh dan seimbang dari segi kesihatan jasmani, mental – emosi, sosial dan rohani

pelajar.

Tujuan PJPK di peringkat Sekolah Menengah adalah untuk membolehkan pelajar – pelajar menjadi

sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap dan pengetahuan serta amalan kesihatan dan

kecergasan dalam kehidupan seharian.

Untuk mencari tujuan murni ini, penekanan pelajaran PJPK adalah untuk memberi sebanyak

pengetahuan yang boleh dalam bentuk teori dan amali tentang aspek – aspek pemeliharaan dan

peningkatan kesihatan dan kecergasan diri pelajar. Dengan cara ini pelajar – pelajar dapat membuat

keputusan yang positif dengan menggunakan pengetahuan yang ada ke arah kesihatan yang lebih

sempurna bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk anggota keluarga dan masyarakat.

2.0 RASIONAL

Matlamat kami ingin mendapatkan bilik khas untuk persediaan PJPK supaya P & P berjalan dengan

lancar. Kami ingin memohon sedikit peruntukan kewangan kokurikulum daripada pihak tuan. Hal ini

kerana Unit PJPK amat menitikberatkan tempat persediaan guru – guru dan pelajar – pelajar semasa

matapelajaran ini berlangsung.

Selain itu,bilik khas ini perlu untuk penyimpanan barang – barang dan alatan – alatan PJPK. Alatan –

alatan PJPK tidak boleh dicampur dengan alatan – alatan sukan sekolah seperti yang sedia ada sekarang.

Keadaan ini akan menyukarkan sekiranya inventori dan pemantauan hendak dibuat. Tambahan pula bilik

pengurusan PJPK perlu kerana di ambilkira dalam permarkahan 3P. Oleh itu, Unit PJPK menetapkan

mahu mendapatkan markah penuh dan membantu unit kokurikulum meraih kejayaan seterusnya

menaikkan nama sekolah semasa pertandingan.

3.0 OBJEKTIF

Page 4: Kertas Kerja Permohonan Bilik Khas Pjpk 2011

Terdapat beberapa objektif dalam memohon peruntukan kewangan kokurikulum ini. Antaranya ialah:-

a. Peningkatan perkembangan dan pertumbuhan fizikal

b. Perkembangan kemahiran dalam prestasi aktiviti fizikal

c. Penyumbangan kepada perkembangan kognitif

d. Penyumbangan kepada perkembangan kendiri

e. Penyumbangan kepada perkembangan social

f. Peningkatan kesihatan ke tahap optima

4.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

i. Sumbangan PIBG

BIL BUTIR – BUTIR KEPERLUAN HARGA (RM)

1 Lapik Meja (8 orang ) - 4 keping x RM80.00 RM 320.00

2 Lapik Meja Kopi - 2 keping x RM 6 RM 200.00

3 Napkin ( 50 helai ) - 12 keping x RM25 RM 300.00

4 5 Set Tea Party - 5 Set x RM89.90 RM 200.00

JUMLAH RM 900.00

ii. Fasa Kedua ( Pembangunan Sekolah / PJPK)

BIL BUTIR – BUTIR KEPERLUAN Kuantiti (RM) HARGA (RM)

1 Almari Besi untuk simpan bahan – bahan ABM 2 X RM 300.00 RM 600.00

2 Rak untuk simpan bola dua tingkat 4 X RM 200.00 RM 800.00

Jumlah RM 1400.00

iii. Fasa Ketiga (Pembangunan Sekolah / PJPK)

BIL BUTIR – BUTIR KEPERLUAN HARGA (RM)

1 Rak untuk simpan kayu hoki RM 250.00

2 Meja komputer RM 150.00

3 Printer RM 300.00

4 Meja Guru

5 Kerusi

Jumlah RM 700.00

Page 5: Kertas Kerja Permohonan Bilik Khas Pjpk 2011

PENUTUP

Lanjutan daripada perkara di atas kami berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan

kami. Segala kerjasama pihak tuan kami akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih

…………………………………… (NOOR ASLINDA BINTI AZMI)Ketua Panitia PJPKSMK.Sg.Besar2011