pengurusan bilik darjah pendidikan khas

10
PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS 1.0 Pendahuluan “The administration or direction of activities with special reference to such problem as discipline, democratic techniques, use and care of supplies and reference materials, the physical features of the classroom, general housekeeping and the social relationship of pupils.” (Good – Dictionary of Education, 1945) Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal murid bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah berhubung dengan peraturan dalam bilk darjah. Manakala McCaslin dan Good (1992) pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih daripada kepatuhan peraturan-peraturan bilik darjah: ia adalah satu jentera bagi memupuk pemahaman kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid. Pengurusan bilik darjah sangat penting kerana seperti kata MacAulay (1990), bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti- aktiviti yang pelbagai sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru. Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur adalah; Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat oleh murid, Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan murid dan guru di dalam bilik darjah, Mengurangkan segala gangguan supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam pembelajaran, dan 1

Upload: syazayasminismail

Post on 10-Jun-2015

6.937 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

PENGURUSAN BILIK DARJAH PENDIDIKAN KHAS

1.0 Pendahuluan

“The administration or direction of activities with special reference to such

problem as discipline, democratic techniques, use and care of supplies and

reference materials, the physical features of the classroom, general

housekeeping and the social relationship of pupils.”

(Good – Dictionary of Education, 1945)

Pengurusan bilik darjah boleh ditakrifkan sebagai kebolehan guru mengawal murid bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut

Doyle (1979), pengurusan bilik darjah adalah satu proses menyelesaikan masalah

berhubung dengan peraturan dalam bilk darjah. Manakala McCaslin dan Good (1992)

pula menyatakan pengurusan bilik darjah merangkumi lebih daripada kepatuhan

peraturan-peraturan bilik darjah: ia adalah satu jentera bagi memupuk pemahaman

kendiri, penilaian kendiri dan kawalan kendiri dalam diri murid-murid.

Pengurusan bilik darjah sangat penting kerana seperti kata MacAulay (1990),

bilik darjah sebaiknya diatur agar ianya dapat menampung aktiviti-aktiviti yang pelbagai

sepanjang hari bagi memenuhi matlamat arahan yang ingin disampaikan oleh guru.

Susun atur ini seumpama pentas, guru dapat menguruskan keperluan akademik, sosial

dan juga emosi pelajar. Antara fungsi penting susun atur adalah;

Untuk memaksimakan cara di mana guru berupaya untuk melihat serta dilihat

oleh murid,

Ruang yang mencukupi untuk memudahkan pergerakan murid dan guru di dalam

bilik darjah,

Mengurangkan segala gangguan supaya murid dapat terlibat secara aktif dalam

pembelajaran, dan

Memastikan guru dan murid masing-masing merasa selesa. Dalam pengurusan

fizikal perlu difokuskan kepada dua komponen utama iaitu pola kedudukan murid

dan peralatan yang lengkap.

1

Page 2: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

2.0 Kajian Kes

Kaji rajah yang diberikan. Terdapat beberapa masalah dengan susunan fizikal bilik

darjah ini. Kenalpasti masalah-masalah ini dan cadangkan cara-cara mengatasi

masalah ini di bilik darjah ini dengan merujuk bilik darjah prasekolah yang ideal serta

beri hujah-hujah yang menyokong cadangan anda.

2

Page 3: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

Rajah 1: A room arrangement with potential problems

2.1 Masalah

Beberapa masalah telah dikenalpasti terdapat dalam gambar rajah bilik darjah yang

telah diberikan. Berikut adalah masalah-masalah tersebut;

(a) Laluan lalu lintas sempit.

Laluan lalu lintas di kawasan rak buku dan perjalanan menuju ke tandas dan

tempat mengasah pensel agak sempit. Murid-murid juga tidak dapat bergerak

secara aktif dan menyukarkan keadaan jika berlakunya sebarang kecemasan.

(b) Kedudukan meja “small group” tidak sesuai.

Meja “small group” di tengah-tengah bilik darjah terlalu hampir dengan meja

murid. Susunan itu bukan sahaja mengganggu pelajar yang duduk di tempat

mereka, malah tiada ruang di meja untuk guru duduk dan memerhatikan murid.

Ini menjadi salah satu punca masalah disiplin dalam bilik darjah.

(c) Beberapa orang murid membelakangi papan hitam.

Murid-murid yang duduk membelakangi papan hitam perlu menoleh ke papan

hitam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Keadaan ini tidak

sesuai kerana ia mengganggu konsentrasi murid dalam menerima pengajaran

yang disampaikan oleh guru.

(d) Meja yang terletak berhampiran dengan bilik rehat perempuan tidak sesuai.

Meja ini berpotensi memberi masalah kepada pergerakan lalu lintas dalam bilik

darjah. Ia menghalang laluan ke pintu bilik rehat perempuan. Lokasi meja

menyukarkan guru mengawasi bilik darjah.

3

Page 4: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

2.2 Cara Atasi Masalah

Berikut adalah susunan fizikal bilik darjah Pendidikan Khas yang telah dilakukan

penambahbaikan daripada bilik darjah dalam Rajah 1;

Rajah 2: Susunan bilik darjah Pendidikan Khas yang telah dibaiki

4

1

2

5

3

4

6

7

8

9

10

Page 5: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

Petunjuk bagi Rajah 2;

1. Meja Guru

2. Papan tulis atau papan putih

3. Sudut token ekonomi

4. Meja murid-murid

5. Meja murid

6. Sudut time-out

7. Bakul sampah

8. Meja bulat (bagi pelajar-pelajar belajar secara berkumpulan)

9. Tandas lelaki dan perempuan

10. Sudut renungan

Ulasan:

Berdasarkan gambar rajah yang diberikan, saya berminat untuk menyusunkan

kekeliruan susunan kelas berdasarkan ‘Pengalaman Berasaskan Sekolah’ (PBS) yang

pernah saya hadiri dahulu. Dalam gambar rajah yang telah diberikan, merujuk kepada

Pengurusan Bilik Darjah yang Dinamik, oleh Tuan Haji Samsudin Bin Md Noor,

“pengurusan bilik darjah bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan

sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah harmonis,kondusif dan perlaksanaan

yang memberangsangkan serta mencapai objektif.”

Dengan itu, mengikut susunan yang teratur, perkara yang perlu dititikberatkan

adalah keadaan kelas itu sendiri. Rasionalnya, mengikut pengalaman (PBS) yang lalu,

kelas yang saya hadiri hanya mempunyai satu pintu masuk utama. Guru kelas

meletakkan poster ekonomi token sebelah pintu masuk kelas. Bilangan murid pelajar

pendidikan khas yang kurang iaitu seramai 6 orang ruang kelas itu besar dan teratur.

Sekolah ini telah menempatkan Pelajar Pendidikan Khas di Blok yang berhampiran

dengan kanak-kanak prasekolah. Bilangan guru seramai 3 orang serta dibantu 2 orang

pembantu memudahkan lagi kerja guru.

5

Page 6: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

Papan putih atau papan hitam diletakkan berhadapan dengan meja murid-murid

pendidikan khas. Ini kerana, ia memudahkan lagi guru untuk menerangkan atau

mengajar serta memberi maklumat kepada pelajar. Meja murid-murid hendaklah

bersesuaian dengan kedudukan murid-murid kerana murid-murid pendidikan khas

dapat menyesuaikan diri dengan kedudukan meja murid-murid yang diaturkan oleh guru

sendiri.

Sudut token ekonomi diletakkan berhampiran dengan pintu masuk kerana ia

mudah dilihat oleh semua pihak yang telah masuk ke dalam kelas. Sudut token

ekonomi ini akan memberikan peranan sebagai satu sudut kesedaran bagi murid-murid

pendidikan khas. Bagi murid-murid pendidikan khas, mereka pasti akan mengawasi

sikap mereka bagi mengelakkan hukuman yang diterima. Bagi murid-murid pendidikan

khas yang mempunyai token ekonomi yang banyak mereka akan merima ganjaran dari

guru mereka.

Sudut ‘time-out’ diletakkan di sudut kiri belakang kelas. Ini kerana kedudukan itu

teal ditetapkan. Kebiasaannya murid yang telah melakukan kesalahan yang sama akan

berada dibelakang kelas di mana telah pelbagai hukuman telah dikenakan sudut ‘time-

out’adalah tempat untuk mereka (murid-murid pendidikan khas) yang melakukan

kesalahan berulang kali. Sudut ini berada dalam keadaan kosong dan tidak

mengandungi apa-apa perkataan melainkan sudut yang dibuat khas untuk mereka

berdiri sebagai tanda pengajaran.

Bakul sampah diletakkan di belakang kelas. Pada kebiasaannya murid-murid

pendidikan khas jarang menggunakan bakul sampah yang disediakan berdasarkan

pemerhatian yang saya lihat. Walau bagaimanapun, kekemasan kelas tetap dijaga

dengan rapi oleh pembantu kelas pendidikan khas berkenaan.

Meja bulat disediakan untuk murid berehat dan bermain alatan yang akan

diberikan oleh guru untuk murid-murid pendidikan khas sambil dipantau oleh pembantu

sekolah. Di meja bulat tersebut, pelajar perlu melakukan aktiviti bersama sambil

mempelajari ilmu baru.

6

Page 7: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

Tandas lelaki dan perempuan perlu diasingkan kerana kesemua pelajar di

sekolah berkenaan beragama Islam dan subjek pelajaran Agama Islam dipelajari di

sana. Manakala sudut renungan adalah sudut untuk murid-murid melihat dan

menyedari diri sendiri di samping guru membagi peluang untuk mereka.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru

memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang hamonis,

kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan

serta mencapai objektif.

7

Page 8: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

3.0 Rumusan

3.1 Kesimpulan

Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan

untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang baik tidak

berlaku tanpa sebarang perancangan. Pengajaran akan berlaku dengan lancer

sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak ada gangguan

tingkah laku yang tidak menyenangkan.

Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal,

peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi,

pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian.

Guru memainkan peranan penting sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan.

Guru bertanggungjawab mendapatkan kerjasama daripada murid-murid bagi

memastikan mereka mematuhi peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. Selain itu,

guru perlu menguruskan persekitaran bilik darjah yang kondusif agar dapat

merangsang minat kepada murid-murid untuk belajar.

Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah sangat penting. Semua guru perlu

mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik.

8

Page 9: Pengurusan Bilik Darjah Pendidikan Khas

3.2 Rujukan

Choong Lean Keow (2009); Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Carolyn M. Evertson, Edmund T. Emmer, Barbara S. Clements, Murray E.

Worsham(1994); Classroom Management for Elementary Teachers, Allyn and Bacon,

USA.

Mok Soon Sang (2008); Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.,

Selangor.

http://www.maxis.communities.com.my/sites/sksimpang4/index

http://profblogs.blogspot.com/2008/04/pengurusan-bilik-darjah-by-khairi-hj.html

http://kocot.edublogs.org/pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

9